Ahad, 31 Januari 2016

PRN SARAWAK: PAKATAN HARAPAN TIDAK YAKIN MENANG PELAWA SEMULA PAS

4

amanahTimbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ustaz Abdul Ghani Samsudin mengajak PAS kembali menyertai Pakatan Harapan untuk menjayakan misi menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Menurutnya, PAS tidak boleh bersendirian melaksanakan misi berkenaan, sebaliknya perlu bersama DAP, PKR dan dalam Pakatan Harapan sebagai satu pasukan.
Sambil menyeru agar dilupakan sengketa lama, Abdul Ghani yakin hubungan PAS dan PAN akan kembali bertaut selepas keadaan kembali reda.
“Jangan berbalah lagi, cari jalan untuk bersatu, sekiranya PAS kembali bersama kita akan memberi lonjakan terbaik kepada Pakatan Harapan, “katanya ketika berceramah di Kedah.

Sabtu, 30 Januari 2016

PRN SARAWAK: PERTANDINGAN 3 PENJURU PAKATAN HARAPAN-BN-PAS

0

baru-bian-azizah-azminPakatan Harapan berikrar untuk memastikan, kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan dalam pilihan raya negeri Sarawak, sekaligus dilihat tidak memberi laluan kepada PAS yang bukan salah satu kompenan gabungan baharu pembangkang itu.
“Kami akan memastikan tidak ada tempat (semua 82 kerusi) akan menang tanpa bertanding,” kata Pengerusi PKR negeri Baru Bian selepas pelancaran pusat operasi pilihan raya zon selatan PKR pada Ahad, lapor The Malaysian Insider.
Turut hadir bersama Baru ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PKR setakat ini mengumumkan 35 nama semasa pelancaran tiga pusat operasi di seluruh Sarawak, sebelum mengadakan perjanjian berhubung pengagihan kerusi dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Baru mengakui beberapa kerusi masih menjadi pertikaian dan akan dirundingkan sesama rakan Pakatan Harapan pada satu mesyuarat pertengahan bulan depan.
“Kami sudah menyelesaikan 80% daripada kerusi dan hanya 20% daripadanya masih dipertikaikan. Kami bersetuju untuk tidak mendedahkan kerusi ini (yang mempunyai tuntutan bertindih).
“Kami akan merundingkan perkara ini di peringkat tempatan di kalangan pemimpin Sarawak, tanpa melibatkan kepimpinan pusat melainkan jika perlu,” kata Baru.
DAP berkata, mereka menyasarkan 35 hingga 40 kerusi, manakala PAN menyasarkan enam hingga 11 kerusi, dan banyak daripada kerusi itu bertindih dengan PKR, seperti Batu Kitang, Tupong, Bengoh dan Tasik Biru.
Terdapat juga beberapa kerusi yang masih kosong tanpa calon berpotensi mengisinya seperti Bekenu dan Belaga.
Pada Sabtu, Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan meletakkan calon di 11 kerusi pada PRN Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP.
Beliau berkata sembilan daripada kerusi itu merupakan kawasan lama DUN Sarawak, manakala baki dua lagi kerusi merupakan kawasan baharu Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN di negeri ini.
Katanya keputusan PAS untuk bertanding di 11 kerusi tersebut juga telah dibincangkan bersama PKR kerana PAS masih mempunyai hubungan dengan parti itu dan tiada perbincangan diadakan dengan DAP.
“Setakat perbincangan dengan PKR, kita tidak mahu ada pertindingan kerusi dengan mereka (PKR), tetapi yang lain boleh bertindih…tiada masalah sebab kita tidak ada hubungan dengan mereka.
“Kita akan bertanding di 11 DUN, PAS akan meletakkan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional, agamawan dan juga usahawan. Pada PRN Sarawak, PAS juga akan meletakkan seorang calon bukan Islam di kerusi DUN yang baharu diluluskan,” katanya.

baru bian2
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian (bertanda bulat) mengatur pertemuan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama persatuan Kristian Sarawak di Bishop’s House, St. Thomas’ Cathedral Grounds, Kuching. Antara hadir; Reverend Datuk Bolly Lapok, Reverend Datuk John Ha, Reverend Michael Buma dan Ambrose Linang.

Lima hari lepas, Baru membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin kerana beliau mengkritik missionari Kristian di Sarawak.
“Dengan membuat kenyataan yang jahil, Hadi Awang telah menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai kebijaksanaan dan tidak berpandangan jauh untuk dipanggil pemimpin, sama ada dalam politik atau agama.
“Pemimpin sebenar akan berusaha untuk menyatukan semua rakyat, manakala oportunis kejam dan tidak berprinsip akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat kita.
“Jika seorang Kristian telah berkata perkara yang sama tentang Islam, akan ada kegemparan, kemelut, penahanan dan tuduhan menghasut.
“Saya percaya kenyataan Hadi Awang adalah kes klasik hasutan tetapi kepimpinan Malaysia sekali lagi membuktikan kegagalan sebagai kerajaan untuk semua rakyat Malaysia,”katanya.
Abdul Hadi sebelum ini dipetik Harakahdaily sebagai berkata: “Kristian tidak lagi menarik di negara-negara yang mempunyai tahap pendidikan tinggi, seperti Jerman, Perancis, Britain malah di benua Eropah.
“Jadi, pendakwah mereka (mubaligh Kristian) cuba membawa pengajaran agama tersebut kepada masyarakat miskin di kawasan pedalaman di negara kita pula, seperti Sabah dan Sarawak.”

Jumaat, 29 Januari 2016

YAB PERDANA MENTERI BERIKRAR UNTUK TIDAK MEMBERI RUANG KEPADA KEGANASAN

1
FOTO KREDIT KEPADA LAMAN FACEBOOK FRIENDS OF BN
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

A very good morning and Salam 1Malaysia.

Your Royal Highness,

The Honourable Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Deputy Prime Minister of Malaysia and Minister of Home Affairs,

Honourable Ministers, Excellencies,

Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen,

  1. On behalf of the Malaysian Government and the people of Malaysia, I wish you all a warm Selamat Datang, and may I extend our appreciation for your coming from all over the world to attend this important conference.

  1. I would particularly like to welcome the Ministers and representatives who will be delivering statements on the policies of their respective countries on deradicalisation and countering violent extremism.

Ladies and Gentlemen,

  1. We are gathered at a time when the subject you are to discuss over the next two days could not be more urgent. When the idea for this conference was mooted at the Special ASEAN Ministerial Meeting on 2 October 2015, the world was already too familiar with the brutality and barbarity of Daesh.

  1. The sufferings of our brothers and sisters in Syria and Iraq, where Daesh has displaced millions, enslaved thousands, and forced local populations to live under their evil, perverted tyranny, grieved us all to the core.

  1. Since then, we have been horrified by the attacks on Paris, Istanbul, Ankara, Beirut and Jakarta, and the bombing of the Russian passenger jet over Sinai.

  1. Having been overshadowed by Daesh, Al Qaeda now seems to be engaged in an obscene competition with the newer terrorist group. Its affiliate in the Islamic Maghreb showed that it can still commit outrages too, with its recent assaults on hotels in Mali and Burkina Faso.

  1. Hundreds have died, and many have been terribly injured. And for what? Not for Islam – as there can be nothing Islamic about terrorism. These groups blaspheme against a religion of peace, tolerance and understanding. They appal the vast majority of Muslims who say loud and clear: you do not act in our name.

  1. But we must concede their appeal and reach. Not just to the deluded, or to those living on the margins with no hope or purpose.

  1. On the contrary, many of those who have joined, or who have tried to join these groups, are idealistic young men and women, some of them are even professionals who have been cruelly deceived by recruiters who pretend to be their friends, and who falsely claim that their actions are not only justified, but demanded, by religion.

  1. This is a challenge that faces us all around the world. We are far from immune to this danger in Malaysia. Just this month, our police force arrested three of our citizens who were trying to enter Syria to join Daesh.

  1. A young boy of 16 dressed in their uniform was taken into custody after holding a woman at knifepoint in the north west of our country. Think how impressionable teenagers are. Was he really an evil person, or had he been brainwashed and misled?

  1. And only ten days ago, another young man was arrested. He admitted that he was planning a suicide attack, here in Malaysia.

  1. This threat is very real, and my government takes it very seriously. This is why we passed the Security Offences (Special Measures) Act or SOSMA, the Special Measures against Terrorism in Foreign Countries Act, the Prevention of Terrorism Act, and the National Security Council Act.

  1. When other countries have come under attack, some have expressed their dismay that they do not have the appropriate and effective legislation which allows them to deal with the problem promptly and effectively. In some countries, it is not an offence to support Daesh, nor to travel abroad for terrorist-military training.

  1. I will not allow Malaysia to be so open to infiltration. The law is there to protect us all, but the evil intention of those who want to bomb, maim and behead can never be placed above the peaceful majority who firmly reject violence and war.

  1. It is right to talk about striking a balance between civil liberties and national security. But, let me tell you this. There are no civil liberties under Daesh, and they are no shield against those who are set on committing acts of terrorism. The best way to uphold civil liberties is to ensure the safety of the nation.

  1. I make no apology for taking every step to preserve that safety, and for making the safety of all Malaysians and our friends from abroad who visit us, this is my priority. We will not wait for an outrage to take place before putting all measures necessary in place.

Ladies and gentlemen,

  1. An important part of countering violent extremism not only lies in police and military action alone but in clearing away distortions and lies about religion, about Islam – in retelling the narrative of Islam so that we make it absolutely clear that it is the extremists who are the blasphemers. It is they who insult the Holy Quran and the Prophet Muhammad when they claim to act in their name or on their authority.

  1. In Malaysia, we have a long history of emphasising that moderation – the practice of wasatiyya – is a Quranic injunction. It is compulsory, it is a principle that must be upheld.

  1. In fact, there was a Malaysian sheikh – Datuk Dr Afifi al Akiti – who wrote one of the first fatwas after the 2005 London bombings in which he explicitly refuted the so-called religious basis for terrorism, and showed that these extremists have no theological ground to stand on.

  1. My predecessor, prime minister Tun Abdullah Badawi, contributed considerably to the scholarship demonstrating that balance, i.e. the pursuit of knowledge, and the protection of women and minorities are Islamic – and that extremism is not.

  1. And I am glad to say that he was one of the first to endorse the Global Movement of Moderates that I called for at the United Nations General Assembly in 2010. He described it as “a powerful platform that can rally people of all faiths behind the principle of faith in God and doing good deeds.”

  1. These, ladies and gentlemen, are among the tools we can use – both to counter violent extremism, and to assist in guiding former radicals back to the right path.

  1. UN Security Council Resolution 2178 requires member countries to formulate a programme for returning foreign terrorist fighters. I am happy to announce that the special rehabilitation module that we have formulated in Malaysia has been translated into three languages - Arabic, English and French - and will be distributed to all participants at this Conference.

  1. For this is why we are here. To enhance cooperation between our security agencies. To share and analyse the best practices from our various deradicalisation programmes.

  1. To help identify the target groups who are vulnerable to extreme militant ideology. And to discuss the role of governments in rehabilitation efforts, and how best to return any of our citizens who have lost their way to fruitful and responsible lives.

Ladies and gentlemen,

  1. Here in Malaysia, we are firm in our resolve and fully committed to the fight against violent extremism, and we have initiated the establishment of Regional Digital Counter-Messaging Communications Centre, which will synchronise efforts in ASEAN and beyond.

  1. It is vital that this centre utilises the studies that illustrate why there is nothing at all “Islamic” about the state that Daesh intend to set up. And it is vital that all authorities – our muftis, our media commissions, our tech-savvy young people for whom social media is an integral part of their daily lives – to ensure that the messaging the centre puts out is solid, persuasive and real.

  1. It must cut through the rhetoric, and the sadly seductive approaches of the militants. It must state, very clearly, why they are wrong, and why true Muslims have nothing to do with this ideology of hatred and destruction. Digital media is the new frontier on which much of this war must be fought. Its centrality to our efforts cannot be overestimated.

Ladies and gentlemen,

  1. Let me assure you that here in Malaysia we will be dauntless in this battle, as are the very brave men and women of our armed forces and police. They have saved countless lives by foiling terrorist plots and putting themselves in danger. Their work is often unsung for security reasons, but I would like to pay tribute to them now.

Ladies and gentlemen,

  1. We will remain tireless in our endeavours to reverse the ideological misconceptions and falsehoods that fuel extremism. I am sure that this conference will make an important contribution, and will serve as a useful platform for the sharing of expertise and experience.

  1. And above all in the end, insyaAllah, we will prevail.

Thank you.

Khamis, 28 Januari 2016

TONY PUA HINA PENSYARAH MELAYU

10

pua
Tony Pua memperlekehkan pensyarah Melayu.

Naib Presiden Ilmuan, Dr Mohamad Khazani Abdullah berkata kenyataan Pua yang menyifat pensyarah-pensyarah Melayu dipilih bukan berasaskan kelayakan adalah suatu pemikiran songsang dan merbahaya.

“Amat malang sekali, apabila pimpinan utama DAP seperti Tony Pua membuka pekung pemikiran yang songsang dan merbahaya ini.

“Pemikiran sebeginilah yg disaksikan sejarah apabila Hitler dan Nazinya melakukan kekejaman pembersihan bangsa Yahudi di Eropah.

“Pemikiran ini juga menjadi asas kepada pelbagai kekejaman di seluruh dunia melibatkan pembersihan etnik, di Afrika, di Bosnia, di Myanmar dan pelbagai tempat lagi.

“Adakah Tony Pua akan memastikan tiada orang “Melayu” menjadi guru dan pensyarah jika DAP dan Pakatan Harapan memerintah nanti?,”katanya dalam satu kenyataan.

dr ilmuanDr Mohamad Khazani (foto) berkata kenyataan Pua itu mencerminkan pemikiran DAP adalah rasis.

“Seorang yang bercita cita memimpin masyarakat, lebih lebih lagi dalam masyarakat berbilang bangsa dan budaya seperti di Malaysia, amatlah tidak sesuai jika pola pemikiran beliau meletakkan benar dan salah, baik dan buruk, cerdik dan bodoh ke atas sandaran bangsa.

“Dalam kenyataan beliau semasa memberi komen tentang kedudukan pendidikan negara, dengan amat jelas, beliau memberikan persepsi bahawa kualiti pendidikan negara adalah lemah kerana pendidik (khasnya pensyarah, profesor) adalah sebahagian besarnya dari suatu bangsa tertentu.

“Kenyataan beliau amatlah boleh dicanggahi kerana pertamanya ianya hanya satu persepsi tanpa sebarang data dikemukakan. 

“Keduanya, beliau membuat kenyataan menyeluruh bahawa pensyarah, profesor lemah kerana nisbah bangsa. Walaupun dikaitkan dengan proses perlantikan pensyarah dan profesor yang tidak telus (inipun sangat boleh didebatkan), pemikiran bersifat rasis beliau itu tidak dapat ditutup lagi,”katanya lagi.

dap.jpg


Rabu, 27 Januari 2016

BERAPA PERSEN LIM GUAN ENG DAPAT DARIPADA PROJEK TEROWONG? INI RUPANYA

0

trowongMengapa dipromosi syarikat pemaju Zenith Construction dan bukannya Ewein Bhd dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang ?

Sedangkan Zenith hanya memiliki kepentingan 40 peratus berbanding dengan Ewein memiliki kepentingan 60 peratus dalam projek tersebut.

Pengerusi yang dinamakan untuk Zenith adalah Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli, manakala pemilik Ewein adalah Dato’ Ewe Swee Kheng.

Ewe dan Zarul merupakan kroni-kroni Lim Guan Eng melalui rangkaian Tan Kok Peng (gambar rajah di bawah)

Selanjutnya, sila baca “Kroni-Kroni Ketua Menteri Lim Guan Eng Didedah…

Menurut analisis Ashish Saxena dari Investor Central, Ewein Bhd yang mengkhususkan perniagaan syarikat mereka dalam audio, video, komputer, dan peralatan logam telah bersetuju meluaskan operasi mereka dalam bidang pembangunan hartanah.

Persetujuan itu diluluskan pemegang saham Ewein Bhd dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk 27 Jun 2014.

12 pemegang saham Ewein Bhd bersetuju projek pembangunan hartanah itu diuruskan oleh sebuah syarikat subsidiari  yang dipanggil Ewein Zenith Sdn Bhd, di mana Ewein Bhd memiliki kepentingan sebanyak 60 %.

Manakala, baki kepentingan 40%  lagi dalam syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd dimiliki oleh Zenith Construction Sdn Bhd.

Maknanya, syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd adalah syarikat yang ditubuhkan dengan gabungan Ewein Bhd (60 %) dan Zenith Construction Sdn Bhd (40%)

Walau bagaimanapun, dalam Ewein Zenith Sdn Bhd, kedua-dua syarikat pemaju itu memindahkan pegangan mereka dalam anak syarikat masing-masing; Ewein Bhd memindahkan keseluruhan pegangan 60% kepada anak syarikat milik penuhnya Ewein Land Sdn Bhd, manakala Zenith Construction Sdn Bhd memindahkan keseluruhan pegangan 40% kepada sebuah syarikat kumpulan yang dikenali sebagai Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUGG).

Sekarang, Ewein Land Sdn Bhd memegang kepentingan sebanyak 60% dalam Ewein Zenith Sdn Bhd manakala bakinya 40% dimiliki oleh CZBUGG.

Menurut kajian Investor Central, terdapat kecacatan dalam perkongsian Ewein Land Sdn Bhd dan CZBUGG di dalam pembangunan hartanah, di mana suntikan dana hanya dikeluarkan Ewein Land sahaja.

Menurut perjanjian awal  (halaman 3), Ewein Land Sdn Bhd perlu membayar RM 79.8 Juta daripada nilai pembelian RM 133 Juta untuk tanah di Lot 702, yang Ewein Zenith Sdn Bhd akan perolehi daripada CZBUGG.

Dengan kata lain, Ewein Land Sdn Bhd akan membayar RM 79.8 Juta sebagai bahagian 60% daripada kos pengambilalihan tanah untuk Ewein Zenith Sdn Bhd, manakala CZBUGG tidak perlu menyuntik tunai kerana ia sudah menyumbang tanah yang nilainya 40% kepentingan.

Walau bagaimanapun dalam perjanjian tambahan, syarat-syarat telah diubah iaitu Ewein Zenith Sdn Bhd perlu membayar RM 133 Juta kepada CZBUGG untuk memperoleh tanah itu.

Pendek kata, CZBUGG tidak menyumbang apa-apa untuk kepentingan 40% dalam Ewein Zenith Sdn Bhd itu.

Ewein Land Sdn Bhd walaupun memiliki kepentingan 60% dalam usaha sama itu, namun secara langsung dan secara tidak langsung syarikat pemaju itu merupakan pembiaya kos keseluruhan untuk memperoleh tanah itu.

Tetapi apa-apa keuntungan daripada pembangunan tanah oleh Ewein Zenith Sdn Bhd akan dikongsi oleh para pemegang saham dalam bahagian pegangan saham-saham mereka.

Jelas sekali, syarat-syarat perjanjian sekarang memihak kepada vendor, CZBUGG.

Oleh itu mana-mana pelabur yang rasionalh akan tertanya-tanya mengapa Ewein Bhd bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.

Bagaimana jika CZBUGG  gagal untuk mendapatkan tanah di Lot 702?

CZBUGG adalah sebuah syarikat pemaju yang  ditubuhkan khas untuk menjalankan kerja-kerja projek jalan raya dan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan CZBUCG telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 6.3 Bilion untuk melaksanakan projek terowong dasar laut.

Projek-projek ini dijadualkan siap pada 2018-2025.

Sebagai permulaannya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperuntukkan 44.5 hektar (110 ekar) tanah pegangan bebas di Tanjung Pinang  kira-kira bernilai RM1,300 setiap kaki persegi kepada CZBUCG.

Sebidang tanah di Lot 702, seluas 3.67 ekar yang bakal Ewein Zenith Sdn Bhd perolehi itu adalah sebahagian daripada 110 ekar tanah yang bakal diperolehi oleh CZBUCG.

Rupa-rupanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya akan memperuntukkan tanah kepada CZBUCG dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Namun, The Star melaporkan bahawa  masih belum ada kata putus sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperuntukkan tanah di Lot 702 atau Lot 713 kepada CZBUCG.

Jika tiada apa-apa kepastian selepas laporan berita itu, kami  tertanya-tanya apa yang membuatkan Ewein Bhd percaya bahawa CZBUCG akan diperuntukkan tanah di Lot 702.

Bagaimana jika perkara itu berubah tidak seperti yang diharapkan? Adakah Ewein Bhd akan menamatkan usaha sama itu?


Isnin, 25 Januari 2016

BERAPA PERSEN LIM GUAN ENG DAPAT DARIPADA PROJEK TEROWONG? INI RUPANYA

1
trowongMengapa dipromosi syarikat pemaju Zenith Construction dan bukannya Ewein Bhd dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang ?
Sedangkan Zenith hanya memiliki kepentingan 40 peratus berbanding dengan Ewein memiliki kepentingan 60 peratus dalam projek tersebut.
Pengerusi yang dinamakan untuk Zenith adalah Dato’ Zarul Ahmad Bin Mohd Zulkifli, manakala pemilik Ewein adalah Dato’ Ewe Swee Kheng.
Ewe dan Zarul merupakan kroni-kroni Lim Guan Eng melalui rangkaian Tan Kok Peng (gambar rajah di bawah)
Menurut analisis Ashish Saxena dari Investor Central, Ewein Bhd yang mengkhususkan perniagaan syarikat mereka dalam audio, video, komputer, dan peralatan logam telah bersetuju meluaskan operasi mereka dalam bidang pembangunan hartanah.
Persetujuan itu diluluskan pemegang saham Ewein Bhd dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk 27 Jun 2014.
12 pemegang saham Ewein Bhd bersetuju projek pembangunan hartanah itu diuruskan oleh sebuah syarikat subsidiari  yang dipanggil Ewein Zenith Sdn Bhd, di mana Ewein Bhd memiliki kepentingan sebanyak 60 %.
Manakala, baki kepentingan 40%  lagi dalam syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd dimiliki oleh Zenith Construction Sdn Bhd.
Maknanya, syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd adalah syarikat yang ditubuhkan dengan gabungan Ewein Bhd (60 %) dan Zenith Construction Sdn Bhd (40%)
Walau bagaimanapun, dalam Ewein Zenith Sdn Bhd, kedua-dua syarikat pemaju itu memindahkan pegangan mereka dalam anak syarikat masing-masing; Ewein Bhd memindahkan keseluruhan pegangan 60% kepada anak syarikat milik penuhnya Ewein Land Sdn Bhd, manakala Zenith Construction Sdn Bhd memindahkan keseluruhan pegangan 40% kepada sebuah syarikat kumpulan yang dikenali sebagai Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUGG).
Sekarang, Ewein Land Sdn Bhd memegang kepentingan sebanyak 60% dalam Ewein Zenith Sdn Bhd manakala bakinya 40% dimiliki oleh CZBUGG.
Menurut kajian Investor Central, terdapat kecacatan dalam perkongsian Ewein Land Sdn Bhd dan CZBUGG di dalam pembangunan hartanah, di mana suntikan dana hanya dikeluarkan Ewein Land sahaja.
Menurut perjanjian awal  (halaman 3), Ewein Land Sdn Bhd perlu membayar RM 79.8 Juta daripada nilai pembelian RM 133 Juta untuk tanah di Lot 702, yang Ewein Zenith Sdn Bhd akan perolehi daripada CZBUGG.
Dengan kata lain, Ewein Land Sdn Bhd akan membayar RM 79.8 Juta sebagai bahagian 60% daripada kos pengambilalihan tanah untuk Ewein Zenith Sdn Bhd, manakala CZBUGG tidak perlu menyuntik tunai kerana ia sudah menyumbang tanah yang nilainya 40% kepentingan.
Walau bagaimanapun dalam perjanjian tambahan, syarat-syarat telah diubah iaitu Ewein Zenith Sdn Bhd perlu membayar RM 133 Juta kepada CZBUGG untuk memperoleh tanah itu.
Pendek kata, CZBUGG tidak menyumbang apa-apa untuk kepentingan 40% dalam Ewein Zenith Sdn Bhd itu.
Ewein Land Sdn Bhd walaupun memiliki kepentingan 60% dalam usaha sama itu, namun secara langsung dan secara tidak langsung syarikat pemaju itu merupakan pembiaya kos keseluruhan untuk memperoleh tanah itu.
Tetapi apa-apa keuntungan daripada pembangunan tanah oleh Ewein Zenith Sdn Bhd akan dikongsi oleh para pemegang saham dalam bahagian pegangan saham-saham mereka.
Jelas sekali, syarat-syarat perjanjian sekarang memihak kepada vendor, CZBUGG.
Oleh itu mana-mana pelabur yang rasionalh akan tertanya-tanya mengapa Ewein Bhd bersetuju dengan syarat-syarat tersebut.
Bagaimana jika CZBUGG  gagal untuk mendapatkan tanah di Lot 702?
CZBUGG adalah sebuah syarikat pemaju yang  ditubuhkan khas untuk menjalankan kerja-kerja projek jalan raya dan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan CZBUCG telah dianugerahkan kontrak bernilai RM 6.3 Bilion untuk melaksanakan projek terowong dasar laut.
Projek-projek ini dijadualkan siap pada 2018-2025.
Sebagai permulaannya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperuntukkan 44.5 hektar (110 ekar) tanah pegangan bebas di Tanjung Pinang  kira-kira bernilai RM1,300 setiap kaki persegi kepada CZBUCG.
Sebidang tanah di Lot 702, seluas 3.67 ekar yang bakal Ewein Zenith Sdn Bhd perolehi itu adalah sebahagian daripada 110 ekar tanah yang bakal diperolehi oleh CZBUCG.
Rupa-rupanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya akan memperuntukkan tanah kepada CZBUCG dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Namun, The Star melaporkan bahawa  masih belum ada kata putus sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperuntukkan tanah di Lot 702 atau Lot 713 kepada CZBUCG.
Jika tiada apa-apa kepastian selepas laporan berita itu, kami  tertanya-tanya apa yang membuatkan Ewein Bhd percaya bahawa CZBUCG akan diperuntukkan tanah di Lot 702.
Bagaimana jika perkara itu berubah tidak seperti yang diharapkan? Adakah Ewein Bhd akan menamatkan usaha sama itu?

Ahad, 24 Januari 2016

LIM GUAN ENG MENJUAL PULAU PINANG ?

2

lim korupBENARKAH Lim Guan Eng adalah klien Dato’ Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong.

Perkara ini dibangkitkan oleh WakeUp Malaya ketika mendedahkan rahsia nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang sering digunakan Lim ketika berkunjung ke negara itu.

Plat kereta PENANG yang digunakan Lim itu dimiliki Dato Cheah dedah WakeUp Malaya yang menggambarkan betapa akrabnya hubungan mereka berdua.

lim-cheah
Lim Guan Eng meraikan Dato ‘Cheah Cheng Hye, Pengerusi & Ketua Pegawai bersama Pelaburan Value Partners Limited (tengah)

“Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?

“Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?

“Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?,” soal WakeUp Malaya.

Selanjutnya, sila baca “Misteri Nombor Plat ‘PENANG’ Di Hong Kong Terjawab

Nama Cheah sebelum ini pernah didedahkan salah seorang kroni Lim, namun tiada perkaitan projek yang dikaitkan dengannya di Pulau Pinang.

Berbeza dengan kroni-kroni yang lain, mereka sekurang-kurangnya mempunyai hubungan dengan Betty Chew (isteri Lim) atau Lim Hooi Eng (adik Lim), namun Cheah hanya mempunyai hubungan terus dengan Lim secara berasingan.

Selanjut, sila baca “Kroni-Kroni Ketua Menteri Lim Guan Eng Didedah…

Menurut The Star, Cheah asalnya seorang wartawan kini menjadi salah seorang yang paling berpengaruh di Asia dalam perlindungan nilai dana di Hong Kong.

“Hari ini, Cheah menggerakkan pelaburan terbesar di Hong Kong, menguruskan dana bernilai US $ 9bill (RM28.7bil) dari pelabur di seluruh dunia.

“Tahun lepas, beliau menjadi pemain Asia pertama yang dijemput untuk berucap di Majlis Sarapan Graham dan Dodd acara yang berprestij di Universiti Columbia, New York,”lapornya.

Cheah mula menetap di Hong Kong pada tahun 1974 selepas mendapat tawaran Standard Hong Kong sebagai wartawan kewangan dengan Asian Wall Street Journal dan Far Eastern Economic Review.

Pada tahun 1993, Cheah mula menceburi bidang pelaburan dengan mengasaskan syarikat pelaburan sendiri iaitu Value Partners Limited.

Pada tahun lepas TIBAI pernah mendedahkan kekayaan Lim kini sudah sampai ke peringkat tidak mampu disorok lagi.

“Lim Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang, menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Secara jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri, terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.

“Dengan menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang beberapa isu lain termasuklah tender terbuka yang ‘tertutup’ membabitkan tapak bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya Group serta syarikat ‘serta-merta’ dari China yang mendapat projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang, merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng sekeluarga.

“Begitu juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu bergantung kepada laporan awam semata-mata.

“Dengan pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan perompakan besar,” dedahnya.

betty

Khamis, 21 Januari 2016

LIM GUAN ENG DAN RASUAH BELAKANG TABIR

1
penangMisteri nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang digunakan oleh Lim Guan Eng jika beliau berada di Hong Kong telah pun berjaya dibongkar.
Plat terbabit digunakan oleh sebuah BMW 7-Series sebelum ini tetapi sekarang ianya digunakan oleh sebuah Mercedes Benz S-Class yang terbaru.
Ianya dimiliki Datuk Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, yang membuat pelaburan secara ekslusif di luar Malaysia.
Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?
Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?
Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?
Ini kerana, Lim Guan Eng kerap berkata yang buruk mengenai Malaysia kepada media dan pelabur di Hong Kong dan berkata Malaysia akan bangkrap dan beliau risau apa yang akan terjadi pada masa depan Malaysia. https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1440233169528806/
Datuk Cheah Cheng Hye adalah pengurus dana serta pengerusi dan CIO bersama Value Partners, sebuah syarikat pengurusan aset yang berpangkalan di Hong Kong dengan fokus kepada Tanah Besar China. Sekarang, Cheah menguruskan dana Value Partners Classic Fund dan dana lain di dalam kumpulan.
Pada tahun 2013, Cheah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh kerajaan Pulau Pinang.
penang1




Rabu, 20 Januari 2016

LIM GUAN ENG INI CINA APA, DIA SAMAN SAYA KEMUDIAN MINTA RUNDING LUAR

7
1. Kelihatan banyak situasi disiar secara tidak menepati kedudukan sebenar apa yang berlaku. Sebahagian pula bersungguh benar untuk menampakkan kononnya saya membuat fitnah dan akhirnya mengaku salah.

2. Saya mengajak para pembaca mengamati beberapa point yang saya kemukakan di sini untuk melihat kedudukan sebenar apa yang berlaku.

Pertama : Saya adalah pihak yang disaman. Ertinya pihak YAB Lim Guan Eng yang saman saya dan mendakwa saya telah memfitnah beliau melalui artikel saya bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu bertajuk : Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel ?

Kedua : Mereka saman saya, kemudiannya mereka yang mahu selesaikan kes ini diluar mahkamah. Beberapa kali mereka merundingi saya supaya saya keluarkan kenyataan mohon maaf dan mereka akan tarik balik saman.

3. Realitinya, sejak setahun yang lalu lagi, pihak peguam saya telah menerima beberapa surat tawaran dari pihak LGE supaya saya memohon maaf terbuka dan mereka bersedia untuk menarik balik saman ke atas saya. Sejak itu juga, saya tegaskan bahawa tidak ada sebab untuk memohon maaf kerana saya tidak memfitnah.

4. Saya telah catat dalam kenyataan awal saya kelmarin bahawa apabila saya tiba dimahkamah untuk sedia dibicarakan ekoran saman fitnah yang dikemukakan ke atas saya, sekali lagi saya diajak berunding untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah dengan saya mengemukakan permohonan maaf.

5. Saya tanya pandangan team peguam saya. Peguam menyerahkan keputusan kepada saya dengan mengemukakan beberapa option dari perspektif undang – undang. Saya menimbang situasi itu lalu sekali lagi saya buat keputusan bahawa saya tidak akan mohon maaf kerana saya tidak memfitnah LGE sebagaimana yang didakwa.

6. Sekurang – kurangnya dua kali rundingan melalui pasukan peguam berlaku di mahkamah kelmarin. Keputusan saya tetap bahawa saya tidak akan mohon maaf. Bukan kerana degil tetapi kerana saya tidak memfitnah LGE dalam artikel saya sebagaimana yang didakwa dalam writ saman yang dikemukakan kepada saya.

7. Setelah usaha untuk meminta saya memohon maaf itu tidak berjaya dan dimaklumkan kepada hakim bahawa rundingan tidak mencapai kesepakatan, lalu saya dan LGE dipanggil ke kamar hakim untuk sekali lagi melalui proses mediasi (runding cara untuk selesaikan kes – kes sivil di luar mahkamah) tanpa disertai oleh peguam dari kedua – dua pihak.

8. Tanpa saya perlu menceritakan secara detail proses yang berlangsung dalam kamar hakim sekitar setengah jam itu, saya nyatakan secara terus terang kepada Yang Arif Hakim bahawa saya tidak akan mengaku bersalah, tidak akan memohon maaf atas dakwaan fitnah dan berhasrat supaya perbicaraan kes ini diteruskan. Saya adalah orang yang disaman dan saya sedia pertahankan artikel dan kenyataan saya.

9. Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf, cuma apa yg berlaku adalah salah faham tentang artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan mencetus salahfaham antara saya dan LGE, akibat daripada perbezaan penggunaan terminologi – direct nego, open tender dan Request For Proposal (RFP). RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai dari UPEN) bukanlah direct nego, dan bukan juga open tender.

10. Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk “Terowong Dasar Laut – Penjelasan Tuduhan Fitnah” juga masih kekal dan dipertahankan.

11. Pada akhirnya, kami bersetuju dengan cadangan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah RM10K ditanggung oleh defendan.

12. Begitulah secara ringkas saya gambarkan perjalanan kes. Maka tidak sewajarnya saya terus dibicarakan diluar mahkamah setelah kes ini selesai dengan pelbagai andaian dan spin pihak media tertentu yang jelas kelihatan bersungguh – sungguh mahu meletakkan saya sebagai orang yang mengaku bersalah.

13. Kalau masih ada pihak yang mahu mempersoalkan atau membicarakan kes ini di luar mahkamah kerana masih tidak berpuas hati terhadap saya sedang saya telah sedia berpuas hati dengan apa yang dicapai, maka eloklah mereka persoalkan kenapa pihak yang menyaman saya iaitu mendakwa saya memfitnah tetapi pihak yang menyaman pula yang bersungguh – sungguh mohon kes ini diselesaikan diluar mahkamah ? Sedang saya sedia untuk perbicaraan pada bila – bila masa. Ini persoalan yang patut mereka angkat ke langit terbuka.

14. Mereka saman saya, mereka yang mohon kes diselesaikan di luar mahkamah. Bila dah selesai, spin pula seolah – olah saya bersalah. Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah. Selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir.

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat