Isnin, 30 November 2015

AZMIN DAN WAN AZIZAH SEMAKIN BERANTAKAN, ANWAR UTUS SURAT DARI PENJARA SINDIR AZMIN

4

azmin-wan azizah
Pengedaran akhbar Selangorkini palsu semasa Kongres PKR di Shah Alam pada Ahad bukti wujud krisis dalaman di antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail dengan timbalannya, Mohamed Azmin Ali, dakwa The Malaysian Insider.
Wartawan portal itu, Sheridan Mahavera menulis, walaupun pimpinan PKR cuba mengalih perhatian dengan menuduh akhbar Selangorkini palsu didalangi UMNO, namun ia gagal menutup krisis dalaman di antara dua pimpinan tertinggi parti itu.
“Pemimpin parti mengakui terdapat perbezaan pendapat dalam kepimpinan tetapi menyalahkan akhbar palsu Selangorkini didalangi musuh PKR seperti UMNO.
“Namun, persoalannya adakah PKR akan dapat menyelesaikan perpecahan antara 2 pemimpin tertinggi parti itu, terutama apabila mereka memutuskan untuk menjadi penyatu kepada pembangkang yang berbeza ideologi, soal wartawan portal itu.
Akhbar Selangorkini palsu yang diedarkan kepada perwakilan PKR semasa Kongres parti itu di Shah Alam dikatakan telah menghentam Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Antara tajuk dan kandungan laporan berita akhbar itu ialah “Kenaikan tarif air melampau” yang “ditulis “Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim”, “Khalid lebih baik daripada Azmin – Adun DAP” dan “Wan Azizah cuba digulingkan?”.
Akhbar palsu itu turut melaporkan “kartel Azmin” dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden PKR Wan Azizah.
Wartawan The Malaysian Insider merumuskan perselisihan Wan Azizah dan Azmin berpunca daripada keputusan dasar parti seperti hubungan dengan PAS selepas penubuhan Pakatan Harapan.
“Azmin dan Wan Azizah juga berbeza pendapat dalam keputusan dasar parti seperti hubungan dengan PAS selepas Pakatan Rakyat dibubarkan dan pengumuman penubuhan gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.
“Edisi Selangorkini palsu itu yang diedarkan pada hari terakhir konvensyen PKR di Shah Alam semalam mengeksploitasi perselisihan itu.
“Di antaranya ialah sebuah artikel yang mengatakan Wan Azizah akan menjadi menteri besar lebih baik dan Azmin cuba menjatuhkannya sebagai presiden,”katanya.
Menurut portal itu, perselisihan di antara Azmin dan Wan Azizah bukan isu baharu, malah ia menjadi isu hangat politik PKR sejak parti itu ditubuhkan pada 1999 lagi.
“Kemuncaknya ialah pada pemilihan parti itu tahun lepas di mana jawatan presiden ditandingi Wan Azizah dan suaminya, Anwar.
“Cakap-cakap mengatakan tujuan Anwar bertanding jawatan presiden adalah untuk menghalang isterinya dicabar Azmin atau sesiapa sahaja. Anwar kemudiannya menarik diri dan Wan Azizah menang tanpa bertanding sebagai presiden.
“Tahun lalu, Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Wan Azizah, walaupun dalam “Langkah Kajang” menyaksikan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kecil sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif negeri,”katanya lagi
Sebelum ini portal itu juga turut menyiarkan satu artikel yang bertajuk “PKR berdepan risiko dengan terus bersama PAS
Ia merujuk kepada keputusan PKR dalam kongres tahunannya pada Jumaat yang memutuskan akan menjadi penyatu kepada parti pembangkang yang berbeza aliran kerana dengan cara itu sahaja Putrajaya dapat ditawan.
Ini kerana mereka perlu memastikan pertandingan satu lawan satu di antara calon pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Tetapi untuk melakukan ini, mereka perlu mengambil risiko yang sangat berbahaya antara untuk mencapai matlamat dan berkompromi pendirian anti-UMNO, kata wartawan portal itu.
Menurutnya, mesej WhatsApp yang tersebar di Johor Bahru menunjukkan betapa sukarnya mengimbangi tindakan ini dan risiko yang akan ditanggung jika gagal.
Mesej itu, kata Ketua PKR Tebrau Steven Choong, kononnya mendakwa seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Johor akan menyokong Bajet BN yang dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
Choong mengesyaki mesej itu palsu, tetapi ia boleh memburukkan lagi imej PAS di kalangan penyokong pembangkang yang sudah mencurigai selepas beberapa pemimpin parti itu bersikap mesra UMNO.
Memandangkan PKR komited bekerjasama dengan parti Islam itu dalam pakatan pilihan raya menentang BN, mana-mana keburukan yang terpalit kepada PAS akan turut mencalarkan imej mereka.
“Ini kerana jika pengundi melihat PAS semakin mesra UMNO dan kita bekerjasama dengan PAS, pengundi akan melihat PKR bekerja dengan sebuah parti yang mesra UMNO,” kata Choong, yang juga pengarah Pilihan Raya PKR Johor.
Choong berkata wujudnya persepsi berkenan beberapa pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa berkomplot dengan UMNO menyukarkan kerjasama di antara PKR dan PAS.
“Terdapat halangan dan persepsi ini (PAS mesra UMNO) menjadikannya sukar bagi kita. Tetapi dalam pilihan raya anda perlu memastikan pertandingan satu lawan satu,” katanya.
PKR cuba memujuk parti Islam itu untuk menjadi rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu yang tidak melibatkan PAS, tetapi disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
DAP mengkritik pendirian lembut PKR terhadap PAS. Timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Azmin Ali kerana terus mengekalkan ahli PAS dalam barisan exco walaupun pada hakikatnya parti Islam itu tidak berada dalam Pakatan Harapan.
Namun, di sebalik kritikan yang dilemparkan itu, masih terdapat sokongan padu di kalangan ahli akar umbi PKR untuk terus bekerjasama dengan PAS dan memastikan mereka berada di pihak sama dalam mana-mana pilihan raya.
Apabila wakil PAS diumumkan pada Kongres PKR di Shah Alam pada Jumaat, perwakilan parti Islam itu mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan PKR.
Ini kerana rangkaian ahli parti Islam itu amat kuat terutama di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Seorang perwakilan dari Kedah ketika berucap pada Kongres parti itu semalam mengatakan, kerusi Parlimen Alor Star yang dimenangi mereka mempunyai jumlah penyokong PAS yang jauh lebih ramai iaitu 6 kali ganda berbanding PKR.
“Majoriti kita adalah kira-kira 1,500. PAS mempunyai kira-kira 6,000 hingga 7,000 ahli. Jika kita berdepan antara satu sama lain dalam pertandingan 3 penjuru PAS dan PKR akan dikalahkan,” kata perwakilan itu.
Choong turut menambah beliau yakin pakatan pilihan raya yang konsisten boleh dibentuk sebelum pilihan raya umum akan datang.
“Jika pakatan dapat bersatu dalam tempoh 6 bulan sebelum pilihan raya, rakyat Malaysia boleh memaafkan dan melupakan apa yang berlaku dan tidak akan menghukum PAS kerana mesra UMNO.
“Saya juga yakin perdamaian antara DAP dan PAS akan berlaku sebelum pilihan raya, kerana jika mereka mahu ke Putrajaya, perkara itu yang mereka perlu lakukan,” katanya.
*Selepas ini Surat Anwar Dari Penjara Sindir Azmin Ali !

AZMIN ALI 90% BERSAMA PAS, 10% BERSAMA PAN

0


Khairuddin-Aman-Razali
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali





“Akhirnya PKR perlu memperakui mereka perlukan PAS lebih berbanding DAP atau PAN dalam konteks pilihan raya dan undi.
“PKR perlu berani meninggalkan Pakatan Harapan.
“PAS tidak akan berundur. PKR perlu memilih. Jika mahukan Pakatan Harapan tidak perlu bersama dengan PAS.
“PAS akan bertanding di semua kerusi melawan UMNO dan BN,”kata Ustaz Mohd Khairuddin dalam Facebook semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel The Malaysian Insider bertajuk “Cheers for PAS reflect grassroots’ sentiments, says Azmin” (Tepukan untuk PAS cerminan sentimen akar umbi, kata Azmin).
Dalam laporan itu, Azmin berkata sorakan kuat diberikan kepada PAS oleh perwakilan PKR semasa Kongres Nasional Keadilan Tahunan Ke-11 2015 di Shah Alam pada Sabtu, 28 November mencerminkan “sentimen akar umbi” parti itu.
Perwakilan PKR dilaporkan perwakilan PKR menyorak kuat apabila nama wakil PAS diumumkan hadir di kongres itu, sedangkan semasa nama wakil DAP dan parti Amanah Negara turut disebut, ia hanya disambut dengan sambutan dingin.
“Itulah sentimen akar umbi,” kata Azmin kepada pemberita.
Ustaz Mohd Khairuddin menambah satu fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa semasa terbentuknya Pakatan Rakyat, pada PRU 12 dan PRU 13, parti-parti pembangkang termasuk DAP memerlukan sokongan akar umbi PAS.
“Pulau Pinang belum tentu kekal milik DAP tanpa undi Melayu Islam.
“Hakikat yang mesti diperakui oleh PKR ialah mereka bertanding pada PRU ke 12 dan 13 dengan pergantungan besar kepada jentera PAS.
“Lihatkah apa yang berlaku dalam PRK Kajang. Walaupun gah membuat keputusan sendiri mengosongkan kerusi Kajang dan bertanding tapi akhirnya jentera PAS juga yang menjadi nadi gerak kerjanya.
“Kalau DAP teras sokongannya adalah masyarakat cina, PAS pula masyarakat Melayu dan Islam maka apakah pula undi teras PKR?,”katanya lagi.
Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan Tahunan Ke-11 2015 hari ini, Mohamed Azmi mengingatkan segelintir pihak media supaya tidak melaga-lagakan beliau dengan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Beliau berkata demikian sebelum merujuk laporan media yang mendakwa beliau dan Wan Azizah tidak sehaluan ekoran beberapa kemelut melibatkan gabungan parti pembangkang.
Menafikan perkara tersebut, Mohamed Azmin berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Wan Azizah sebaliknya menghormati Wan Azizah sebagai ketua parti.
“Kalau lihat laporan media, Azmin ke sana, Presiden ke sini (ketika menghadiri ko Kongres PKR). Jangan laga-lagakan saya dan presiden.
“Sebagai timbalan saya akan patuh dan setia pada presiden, ketua umum dan keputusan parti. Jangan jadi (macam) sesetengah media arus perdana,” katanya.
haris3
asfa
malik
sh zain
komander

Ahad, 29 November 2015

DAP BERGOLAK, CINA BUDDHIST LAWAN CINA KRISTIAN

5

lim protes2MEREKA mahu Lim Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri dan diganti dengan ADUN DAP Padang Kota, YB Chow Kon Yeow.

Ia merujuk lebih 40 orang yang berkumpul di hadapan Komtar menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim, tengah hari tadi.


Mereka dilihat membawa kedua-dua kain rentang itu iaitu pertama mahu YB Chow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu, manakala kedua meminta Lim balik semula bertanding di tempat asalnya, Melaka.

Jurucakap kumpulan itu yang enggan dikenali dilaporkan berkata, mereka mahu Chow mengambil alih jawatan berkenaan kerana Lim gagal menjadi Ketua Menteri yang berkesan.

“Ramai rakyat keluar dari Pulau Pinang. Kita bimbang penjualan tanah yang tidak terkawal, masalah kesesakan, banjir, penarahan bukit tanpa kelulusan serta kemusnahan alam sekitar.

“Sepanjang Guan Eng menjadi ketua menteri, tiada apa yang dilakukan di sini. Dia tidak memahami apa yang rakyat Pulau Pinang mahu kerana bukan berasal dari sini,” katanya.

Tinjauan mendapati, mereka berkumpul sambil memegang sepanduk tertulis antaranya “Chow Kon Yeow, kami mahu anda”, “Chow Kon Yeow ketua menteri, kami mahukan anda”, “Lim Guan Eng balik Melaka”.

Lim yang berasal dari Melaka mula memegang jawatannya itu pada 2008 selepas PR memenangi PRU12 dengan mengalahkan BN.

PR berjaya mengekalkan kuasa pada PRU13 dan membolehkan Lim kekal memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, perbalahan yang berlaku tahun ini menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan DAP itu menyebabkan PAS negeri mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Kerajaan Pulau Pinang.
dap-penang
Facebooker pro PAS, Norani AbgMarzuki BangiKuching berkata perkembanngan terkini DAP Pulau Pinang itu mencerminkan pergolakan dua aliran dalam DAP, iaitu Kristian DAP dan Buddhist DAP.

“Joseph Lim Guang Eng, cuba kuasai DAP dengan bawa geng Kristian DAP. Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok adalah geng Joseph Lim. 

“Kini mazhab Buddhist dalam DAP mula bangkit dan marah cara DAP Kristian urus pentadbiran negeri Pulau Pinang dan urus politik dalam pakatan pembangkang. 

“DAP akan pecah. Di Johor pun pimpinan DAP sudah marah pada group Joseph Lim dan DAP Johor letak jawatan. Di Penang, satu lagi pimpinan YB DAP letak jawatan.

“Group Buddhist paling ramai dalam DAP tapi mereka low profile. YB Teng dan YB Tan Seng Giaw adalah group Buddhist dan tidak disukai oleh group DAP Kristian. 

“Group Buddhist marah dengan cara Lim yang kurang ajar dalam politik Pulau Pinang. Itu sebab mereka nak halau Lim balik Melaka,”katanya.

Khamis, 26 November 2015

LIM GUAN ENG PECAT SAYA KERANA SAYA BANTAH PREMIS JUDI

6

Selepas lebih setahun ‘mendiamkan diri’ bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Iszuree Ibrahim yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun lalu, akhirnya mendedahkan punca sebenar beliau disingkir daripada jawatan itu.
Iszuree yang juga Setiausaha Badan perhubungan PAS negeri mendakwa, ketika masih memegang jawatan itu beliau sering mempersoalkan tentang kelulusan mendadak yang mahu diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap permohonan premis judi.
Akibat tindakan itu, dakwanya, beliau mula tidak disenangi wakil DAP di dalam majlis itu, manakala wakil PKR lebih banyak berdiam diri.
“Di kawasan Jalan Penang, ketika mula memegang jawatan hanya terdapat sekitar 20 premis hiburan seperti pub, rumah urut dan kedai judi.
“Tetapi jumlah itu meningkat secara mendadak kepada 120 permohonan dan perkara inilah yang sering saya persoalkan,” dakwanya ketika mengadakan pertemuan dengan ahli PAS di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Iszuree mendakwa beliau telah memanjangkan perkara itu kepada Datuk Bandar, Datuk Patahiyah Ismail, namun tidak mendapat maklum balas.
Malah dakwanya, beliau juga difahamkan ketika itu kelulusan rumah urut dan premis judi diserahkan kepada pegawai bukan beragama Islam.
“Dalam mesyuarat ahli majlis pula, hanya dua wakil PAS, manakala selebihnya daripada DAP dan PKR. Bayangkan betapa sukarnya saya untuk mempersoalkan perkara ini.
“Tentangan saya tidak disenangi pemimpin DAP kerana mereka mendapat sumbangan dana daripada pemilik kedai judi. Saya dilihat menggangu pemilik-pemilik premis judi,”katanya.
Iszuree yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada September tahun lalu mendakwa, beliau telah menggunakan pelbagai saluran untuk membangkitkan isu berkenaan, namun tidak berjaya.
“Kemuncaknya apabila saya mendapat aduan daripada ibu bapa pelbagai kaum di Bukit Jambul yang mengatakan anak mereka yang masih bersekolah terlibat dengan permainan judi di situ dan bagi saya masalah ini semakin serius dan tindakan segera perlu dilakukan,”katanya.
Iszuree mendakwa, beliau mengambil peluang menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng tahun lalu yang ketika itu mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, ketika itu riak wajah kurang senang Guan Eng jelas dapat dilihat dan ucapan beliau ketika di Muktamar PAS di Batu Pahat kononnya mengkritik pentadbiran kerajaan negeri hanyalah alasan untuk menghukumnya.
“Kelantangan saya mempertikaikan permohonan premis judi menyebabkan wujud gerakan untuk memecat saya,”katanya – Utusan Malaysia, 24 Nov.
is2
iszuree

Rabu, 25 November 2015

DAP PULA BERONTAKAN, ADUN DAP LETAK JAWATAN

1


dap1
ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu (bertanda bulat) dipanggil untuk memberi penjelasan mengapa menyokong usul yang dibawa oleh ADUN BN-Pulau Betong Muhamad Farid Saad mengenai projek tambakan laut.
GEORGE TOWN- ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu hari ini mengumumkan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Isnin, 23 November lalu.
Peletakan jawatan melalui e-mel itu ditujukan kepada Pengerusi Negeri, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Lim Hui Ying.
Dalam surat peletakan jawatannya, Teh memaklumkan bahawa beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan atas sokongannya terhadap usul UMNO berhubung isu penambakan di sidang DUN Pulau Pinang pada 20 November lalu.
Minggu lalu, ADUN BN-Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mencadangkan semua pembangunan di penambakan laut perlu tertakluk kepada sesi pendengaran awam terlebih dahulu.
Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul yang dibentangkan oleh Muhamad Farid selepas 23 Adun mengundi menentang usul itu, 10 mengundi dan lima berkecuali.
Usul itu juga turut diundi Teh.
Walau bagaimanapun, Teh telah memohon maaf kerana mengundi usul itu dalam sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri.
Nampaknya DAP sekarang kucar-kacir selepas insiden DAPsy meminta Azmin meleteak jawatan, kini DAPiq sendiri letak jawatan.
 

Selasa, 24 November 2015

RAHSIA DAP MENGAMOK DI P PINANG DAN SELANGOR

3
    

DAP mengamok serentak di Pulau Pinang Dan Selangor!!! 

Di Pulau Pinang 5 ADUN PKR menolak Bajet DAP dengan cara sinis iaitu berkecuali. Dalam bahasa politik disebut menyokong UMNO. Lalu mengamoklaj Lim Guan Eng dengan menuduh PKR bersekongkol dengan UMNO.

Di Selangor, DAP turut mengamok dengan mendesak Azmin Ali meletakkan jawatan kerana menyokong PAS. Dalam Rahsia politik disebut " Azmin Sokong PAS , PAS Sokong UMNO, bermakna Azmin jua turut pro-UMNO".

Kedua-dua pergerakan politik PKR ini telah dihidu oleh hidung Lim Guan Eng dengan begitu tajam. 

DAP kini kelihatan mahu berdiri sendiri. 

Isnin, 23 November 2015

PUNCA DYANA SOFYA TEWAS, ROGOLAN DEMOKRASI ATAU SELINGKUH DEMOKRASI ALA DAP

4

   

Kempen Cina-Cina DAP " Don't Vote For Them. There Are Not Ready To Represent and fight for our Right.

Ahad, 22 November 2015

LAWAK OF THE YEAR- 2016

5


PKR jangan marah kih kih kih Siapa Marah kena jual...!!!
Proksi Sebenar Amerika Akhirnya Diketahui
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/19-semasa/8502-proksi-sebenar-amerika-akhirnya-diketahui.html

KUALA LUMPUR - Sewaktu ramai yang mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas kehadiran Barack Obama ke Malaysia, mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil yang diadakan pada 27 April 2014 lalu.

Antara pertubuhan yang terpilih adalah  Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.

Selain itu, turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian, Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM), manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam.

SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.

CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.

Ketua Comango, Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu, Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS.

Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.

Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO.

Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.

Tahun ini. Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini, dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.

Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.

Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.

Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Bila dilihat kembali, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.

Dan macam-macam lagi.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini.

Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan jika Obama sendiri tanpa ragu, boleh bersemuka menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh.

Bahasa lebih tepat, mereka adalah proksi Amerika Syarikat dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.

Namun kita masih lagi hanyut dimomokkan kononnya Najiblah yang menjadi dalang kehancuran negara, sedangkan hakikatnya bukan begitu.

Mereka dah menyerang kita dari segenap sudut. Tak kan kita masih tak perasan lagi?