Selasa, 30 Jun 2015

'PAS IS PAST' KATA LIM KIT SIANG

17
Pengasas dan pemimpin seumur hidup DAP, Lim Kit Siang bersetuju PAS disingkirkan dalam pakatan pembangkang baharu yang bakal ditubuhkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Persetujuan penyingkiran PAS itu diisyaratkan beliau melalui penyalinan semula satu artikel bertajuk “PAS is past. Masa untuk PR2.0” yang disiarkan di laman peribadinya,blog.limkitsiang.com/
“PR 2.0. atau Gabungan Baru atau apa jua nama.
“Lupakan saja PAS dengan mimpinya. Biarkan mereka berangan masih bersama dalam PR. Kalau mereka mahu PR, berikan sahaja kepada mereka. Biarkan lebai-lebai ini syok sendiri dengan fatwa dan politik label-melabel mereka, “kata penulis yang disiarkan blog Kit Siang itu.
Turut dikecam penulis yang menggunakan nama ‘Riesya H’ adalah keputusan Muktamar ke-61 yang menyaksikan kumpulan progresif PAS tewas secara berpasukan.
“Muktamar PAS ke 61 menyaksikan bagaimana pemilihan badan kepimpinan tertinggi pembuat dasar dan halatuju parti dipilih bukan berdasarkan amanah dan keupayaan. Tetapi lebih kerana senarai dan ‘cai’.
“Terjadi satu penyingkiran etnik yang kronik dalam PAS. Golongan professional dan progresif disisihkan sedemikian rupa golongan konservatif.
“Kini, PAS berdepan dengan risiko terbelah dua. Golongan progresif dilihat bakal membawa risiko keluar beramai-ramai dari parti dan membawa halatuju baru diluar PAS. PAS yang ada kini dilihat berpatah balik 20 tahun.
“PAS yang ada, dengan persepsi 30 tahun ditinggalkan masa, tidak akan kemana. Tentunya 1.8juta anak muda tidak terliur dan teruja dengan parti imej kampong zaman 80an sebegini.
“Anak muda akan lebih selesa mengikuti ke mana arus golongan progresif. Mereka ini lebih diyakini dan dipercaya sebahagian besar anak muda.
“PAS kini berisiko akan jadi sebuah parti kampong. Tarikan Cuma mereka mungkin terhad di Pasir Mas, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa atau Marang. Itu sahaja. Malah kerusi seperti Kuala Nerus, Bukit Gantang, Temerloh, Bachok, atau Pasir Putih pun belum tentu milik PAS pada PRU14 akan datang. Itupun terpulang bagaiamana Umno dengan cara politik cah keting nya, seperti lazimnya di Kelantan,”kritik penulis itu lagi.

SALAHUDDIN AYUB BERI SIGNAL TOLAK AJK PAS PUSAT

7
Dato’ Tarmizi Mohd Jam menjangkakan Salahuddin Ayub bakal menolak jawatan lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Beliau berkata berdasarkan perkembangan politik semasa, Salahuddin yang tewas dalam pemilihan Naib Presiden PAS baru-baru ini bakal mengikuti jejak Mazlan Aliman.
Mazlan yang menang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengambil keputusan meletakkan jawatannya kerana menghormati kekalahan kawan-kawannya secara berkumpulan dalam pemilihan pada Muktamar PAS ke-61.
“Berbanding bekas Naib Presiden PAS, Sdr Salahuddin Ayub, Presiden NGO Anak, Sdr Mazlan Aliman tidak begitu lama memerap rasa hati untuk meletak jawatan AJK PAS Pusat yang dimenanginya dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor.
“Berdasarkan rentak politiknya terkini, kemungkinan besar Salahuddin juga akan menolak perlantikannya sebagai AJK PAS Pusat bagi menumpukan perhatian terhadap wadah baharu yg bakal muncul selepas Idulfitri Julai ini. Amacam?,”kata Tarmizi.
Tarmizi juga turut menyiarkan satu poster Wacana Parti Islam ke-2 pada 3 Julai di Senawang, Selangor.
Tiga orang panel dijemput dalam wacana itu; Sheikh Omar, bekas aktivis PAS yang menyertai DAP; Dr Dzulkifly Ahmad, Setiausaha G18 dan Dr Wong Chin Huat, penyelidik politik untuk badan pemikir DAP, Penang Institute.
Wacana itu dipengerusikan oleh Taufek Abd. Ghani, bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
Taufek juga salah seorang yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, namun beliau ditawarkan lantikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Isnin, 29 Jun 2015

'RAHMAN BOTAK' GELARAN OLEH RAFIZI, TUDUH PAS BERUBAH

6
Kenapa PAS berubah sikap terhadap Anwar, PKR
Oleh VETERAN PAS
Memang pelik sikap dan pendirian pemimpin Pas, terutama kumpulan konservatif yang menang besar baru-baru ini. Semasa krisis MB Selangor dulu, apa yang mereka tak kata pada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
Wibawa Azizah diperlekehkan secara terbuka. Anwar digelar Ketum, dengan nada menghina. Presiden Pas, Haji Hadi Awang di depan publik mempersoalkan keupayaan Azizah, yang dicadang Pakatan Rakyat menggantikan Khalid Ibrahim.
Juak-juak Presiden Pas, khususnya Dr Zuhdi Marzuki sudah tidak ada rasa hormat lagi dengan Anwar. Direka pelbagai teori karut-marut, terutama berkaitan durvival bangsa Melayu, untuk menjahanamkan reputasi Anwar dan PKR.
Anwar dipaparkan srolah-olah pengkhianat umat Melayu dan perosak agama Islam. Hanya Pas yang suci dan bersih, itupun pemimpin yang dikira bersama Haji Hadi dan geng ulamak. Macamlah Anwar tiada jasa langsung kepada Pas.
Ramai yang dengar cerita bagaimana layanan buruk Haji Hadi kepada Anwar, yang datang ke Rusila untuk membincangkan hal MB Selangor. Anwar sebagai tetamu tsng datang dari jauh langsung tidak dirai. Hilang nilai sebuah persahabatan.
Bila Anwar ditimpa malang buat kali kedua, dan dihantar ke penjara, cuba kita ingat balik, bagaimana reaksi pemimpin Pas geng ulamak ini.
Tetapi, cuba kita tengok keadaannya hari ini bila Pas sudah putuskan hubungan dengan Dap. Pakatan Rakyat sudah musnah.
Betullah, sepanjang berpakat, Pas adalah parti yang paling banyak membawa masalah. Kononnya nak jadi abang sulung yang tak mahu dibuli PKR dan Dap.
Pas nak tunjuk lagak dia juga ada maruah, bukan jadi kuda tunggangsn Dap dan budak suruhan Anwar. Mahu tunjuk ego sebagai ketua, seperti Umno salam BN, walaupun kerusinya di Parlimen adalah yang paling sedikit.
Untuk menjaga kepentingannya, yang mulai tergugat, terutama di Selangor, Pas mula berubah sikap dengan PKR. Parti yang selalu dikutuknya dulu, kini menjadi taruhan untuk terus berkuasa. … Pas mendakwa Pakatan masih ada kerana PKR belum keluar. Harapan hanya dengan PKR dan Anwar, pihak yang dibelasah habis-habisan dulu.
Nota : Abd. Rahman Yusof diberi gelaran Rahan Botak oleh Rafizi pada tahun 2013 dalam satu emel yang didedahkan.

Ahad, 28 Jun 2015

ADAKAH MAKSUD HADI: BIAR ANJING (DAP) & SERIGALA (PKR) MENYALAK,

7
PAS akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
    
Beliau berkata walaupun ada sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud, PAS tidak akan berganjak malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.
    
"Dalam hal ini, PAS mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. PAS tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah...biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.
    
"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak," katanya pada ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di Kepala Batas malam tadi.
    
Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan dan barisan kepimpinan PAS Pulau Pinang.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi.
    
"Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah.
    
"Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah. Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit," katanya.
    
Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.
    
"Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa.
    
"Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan," katanya.
    
sumber Malaysiakini

GAMBAR KOTA BHARU KELANTAN DISERANG ROKET

9


Majlis pelancaran pameran itu disempurnakan oleh Kit Siang yang juga merupakan Penasihat Impian Malaysia.




Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’ Wan Abd Rahim Wan Abdullah dipercayai telah menolak pelawaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menyertai parti itu.
Beliau berkata penolakan itu bukan bererti beliau tidak suka terhadap DAP, tetapi mempunyai tugasan politik tertentu pada masa depan.
“Maaf Kit..Saya telah memutuskan untuk menolak jemputan anda.
“Ini bukan bermaksud bahawa saya tidak suka DAP tetapi saya mempunyai tugas politik tertentu pada masa akan datang.
“Apa pun, terima kasih diucapkan kerana keyakinan,” kata Wan Rahim dalam Facebooknya semalam.
Wan Rahim berkata demikian selepas menyertai perasmian Pameran Amal Lukisan BRUCE LEE, Ulangtahun ke 75 di KB Mall, Kota Bharu anjuran DAP melalui program Impian Kelantan.
Impian Kelantan adalah gagasan idea pengasas dan pemimpin sepanjang zaman DAP, Kit Siang.
Walaupun majoriti ahli DAP Kelantan adalah berbangsa Cina, namun parti itu melantik Young Syefura Othman sebagai Penyelaras Impian Kelantan.
Selain Kit Siang, tokoh-tokoh lain yang disenaraikan berucap adalah Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP Kebangsaan) Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan), Datuk A Samad Said, Dr Mohd Hatta Ramli dan Wan Abdul Rahim.
Nama Datuk Husam Musa juga turut disenaraikan, namun beliau tidak hadir.
Bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim juga turut hadir dalam program tersebut.

Sabtu, 27 Jun 2015

LIM KIT SIANG MANIS DI MULUT RACUN DI HATI, MASIH ADA YANG DITERPEDAYA

18
Pengasas dan pemimpin sepanjang zaman DAP, Lim Kit Siang mempunyai visi yang konsisten sejak berkecimpung dalam politik sejak 46 tahun lalu.
Berusia 74 tahun, menang 10 kali Pilihanraya Umum (PRU) berbanding dengan 11 kali yang disertainya.
Bermula dengan PRU ke-3 (1969), Ahli Parlimen Kota Melaka (Melaka); PRU ke-4 (1974), Ahli Parlimen Kota Melaka; PRU ke-5 (1978), Ahli Parlimen Petaling Jaya (Selangor); PRU ke-6 (1982), Ahli Parlimen Kota Melaka; PRU ke-7(1986), Ahli Parlimen Tanjong (Pulau Pinang) ; PRU ke-8 (1990), Ahli Parlimen Tanjong; PRU ke-9 (1995), Ahli Parlimen Tanjong dan hanya tewas pada PRU-10 (1999) di parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Pada PRU ke-11 (2004), Kit Siang bertanding lagi dan menang sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Perak; PRU ke-12 (2008), Ahli Parlimen Ipoh Timur dan beralih kawasan ke Johor pada PRU ke-13 (2013), menang dan menjadi Ahli Parlimen Gelang Patah.
“DAP tidak pernah bercita-cita untuk menjadi sebuah parti Cina atau bukan Melayu.
“Sejak awal lagi … DAP telah berikrar untuk mengejar Impian Malaysia, bukan Impian Cina, Impian India atau Impian Melayu,” katanya dalam satu majlis di Klang, 23 Jun lalu.
Kit Siang mengakui partinya selalu diserang sebagai rasis, anti-Melayu dan anti-Islam, kerana sebahagian besarnya ahli partinya adalah daripada kaum Cina yang dikuasai, tetapi beliau berkata pertempuran itu tidak akan memberi kesan kepada perjuangan parti itu untuk kekal sebagai parti berbilang kaum dan agama.
“Inilah sebabnya mengapa kita mempunyai Impian Sabah, Sarawak, Kelantan dan baru-baru ini kami mengumumkan Impian Kedah / Perlis,” katanya.
Menurutnya Impian DAP adalah tiada bangsa tunggal yang memerintah negara sepertimana polisi DAP sejak awal penubuhan iaitu ‘Malaysia untuk bangsa Malaysia’.
“Ia adalah antara kaum, agama dan antara pihak kerjasama – (secara) sama rata dan tidak ada yang unggul dan bawahan – Malaysia boleh menjadi model yang berjaya dalam masyarakat majmuk maju dan makmur bukan sahaja untuk dunia tetapi juga ke Timur Tengah, “katanya.
Namun, kata-kata Penasihat DAP tidak sama dengan realiti yang diamalkan dalam DAP.
Daripada 38 Ahli Parlimen yang dimenangi DAP pada PRU ke-13, hanya 2 orang berbangsa Melayu, 6 berbangsa India dan 30 berbangsa Cina yang menunjukkan bangsa Cina mendominasi bangsa-bangsa lain dalam parti itu.
Itupun identiti Zairil Khir Johari yang menang di Parlimen Bukit Bendera diragui identiti kemelayuannya.

Jumaat, 26 Jun 2015

VIDEO MAT SABU DAKWA PAS SEKARANG SANGAT BERBAHAYA KERANA ADA ELEMEN TERRORIST ISIS

13

Minggu lalu, Mat Sabu menyatakan dalam interiew dengan TMI bahawa Hj Hadi SANGAT BERBAHAYA kepada negara kita. Kali ini, Mat Sabu membuat dakwaan yang lebih serius, iaitu PAS kini ada elemen Terrorist ISIS!!!

Mohamad Sabu membuat satu tuduhan serius terhadap partinya sendiri, PAS, bahawa parti itu kini sudah diresapi elemen bahaya dari Timur Tengah, ISIS.
Walau bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa penerapan elemen itu dalam PAS masih di peringkat awal dan mula dikesan sejak pemilihan parti baru-baru ini.
Mat Sabu yang tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS mendakwa budaya label-melabel sesama ahli adalah unsur-unsur awal penerapan elemen ISIS.
“Di Syria, Iraq, Afganistan, Pakistan, Libya. Semua tempat. Kalau kita tak bendung, kemungkinan penerapan konsep ISIS sedang masuk ke negara kita.
“Label ini telah bermula. Ini liberal. Ini munafik. Ini jebon. Orang ini boleh dibunuh.
“Kalau unsur ini masuk..kita juga akan bertarung dalam pertarungan yang sedang berlaku di Timur Tengah.
“Unsur ini, kalau kita tak bendung, dia masuk ke dalam rakyat Malaysia dan sedang masuk.
“Kita di peringkat awal, kalau kita cepat sedar, kita boleh patahkan kemaraan itu,”kata Mat Sabu ketika berucap dalam forum anjuran Otai Reformis pada 14 Jun lalu.
Turut dikaitkan dengan elemen itu adalah konsep sokongan parti terhadap masyarakat bukan Islam.
“Ada konsep sekarang, orang bukan Islam, buat baik macam mana pun tak boleh terima kerana dia bukan Islam, akhir masuk neraka. Orang Islam yang jahat macam mana pun, kita kena sokong kerana akhirnya masuk syurga.
“Kita kalah pilihanraya pun tak apa, asal dapat keredhaan Allah. Seolah-olah redha tak redha, dia yang beri markah. Ini konsep-konsep baru yang (sedang) masuk (dalam PAS),”katanya.

Rabu, 24 Jun 2015

NGO AMERIKA GEMBIRA USAHA PASMA TUBUH PARTI ISLAM BARU GANTI PAS

43

Sebuah badan perisik Amerika Syarikat (AS) sedang mengikuti perkembangan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) secara dekat apabila usaha NGO Malaysia itu mahu menubuhkan parti Islam baharu untuk bergabung dengan DAP dan PKR mendapat liputan CSIS (Chair for Southeast Asia Studies).
Kenyataan CSIS dalam Facebooknya tertarik dengan kenyataan Presiden PASMA Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menjelaskan bahawa parti Islam baharu itu akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.
Pemerhatian secara dekat CSIS terhadap PASMA di Malaysia turut menimbulkan tanda tanya pemikir Islam, Wan Ahmad Fayhsal.
“Salah satu think tank tersohor AS – Centre for Strategic and International Studies (CSIS) telah mengikuti perkembangan PASMA dengan lebih dekat seperti yang dinyatakan dalam laman Facebook mereka.
“Mengapa agaknya? Apa maksud semua ini?
“Adakah perulangan peristiwa MASYUMI yang digunakan menentang Sukarno bakal berlaku kelak di pentas politik Malaysia?,”soalnya.

DR DZULKEFLY DIPECAT SEBAGAI PENGARAH PENYELIDIKAN PAS PUSAT

3
1. Politik dan Pilihan raya
Pengerusi : YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (P)
Timbalan : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (TP)
Setiausaha :
YB Dato Takiyuddin Hassan (SUA)
YBhg. Dato Mustafa Ali (KP Pilihanraya)
2.Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi : YB Ust Idris Ahmad
Timbalan : YB Ust Sallehen Mukhyi
3.Dakwah
Pengerusi : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1 : YBhg. Dr Nik Zawawi Salleh
Timbalan 2 : YBhg. Ust Mokhtar Senik
4.Penerangan dan Hubungan Media
Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan : YB Dato Nasurudin Daud
5.Ekonomi & Pengurusan Harta PAS
Pengerusi : YB Dato Dr Mohd Khairudin Aman Razali
Timbalan : YBhg. Ust Zaharuddin Mohammad
6.Pendidikan
Pengerusi : YB Dato Mohd Amar Abdullah
Timbalan : YBhg.Hj Zainal Abidin Kidam
7.Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal
Pengerusi : YBhg. Hj Razman Zakaria
Timbalan 1 : YBhg. Dr Ali Akbar
Timbalan 2 : YBhg. Hj Mohamad Hussain
8.Pekerja dan Pengguna
Pengerusi : YBhg. Mohd Taufek Abdul Ghani
Timbalan : YB Ust Abdullah Hussin
9.Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(bersifat sistem sokongan parti di peringkat Pusat dan lebih sesuai di bawah pentadbiran SUA)
Pengerusi : Dato Setiausaha Agung PAS (Dato’ Takiyuddin Hassan)
Pengarah IT – Mohd Shuhaimi Embong (kekal)
10.Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi: YBhg. Dr Rosni bt. Adam
Timbalan 1 : YBhg. Dr Ridhuan Mohd Nor
Timbalan 2 : YB Dato Nasuruddin Daud
11.Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi : YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan : YBhg Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
12.Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi : YBhg. Dato Wan Abdul Mutalib Embong
Timbalan : YB Dato Dr Mohamad Fadzli Hassan
13.Asas Tani dan Alam Sekitar
(‘Lajnah Asas Tani’ dan ‘Lajnah Alam Sekitar’ digabungkan menjadi satu lajnah)
Pengerusi : YBhg. Sanusi Mohamad Nor
Timbalan : Hj Mohamad Hussain
14.Perpaduan Nasional
Pengerusi : YBhg. Dr Najihatul Salihah Ahmad
15.Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi : YBhg. Dr Ridhuan Mohd Nor
Timbalan : YBhg.Ust Norazli Musa
16.Hubungan NGO
Pengerusi: YBhg. Hj Zainal Abidin Kidam
17.Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi: YB Dato Hj Mahfuz Omar
18. Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi
Pengerusi : YBhg. Hj Salahuddin Ayub
19.Lembaga Pemerkasaan Parti
Pengerusi : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan : YBhg. Dr Rosni Adam
20.Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi : YB Dato Iskandar Abdul Samad
Timbalan 1 : YBhg. Hj Mohamad Noor Mohamad
Timbalan 2 : YB Dato Dr Mohd Khairudin Aman Razali
21.Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Pengerusi : Dato’ Seri Presiden PAS
Pengarah : YBhg. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Timbalan : YBhg. Zaharudin Mohammad
22.Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana
Pengerusi : YB Dato Iskandar Abdul Samad
Timbalan : YBhg. Hj Hussin Ismail
23.Jabatan Pilihanraya PAS
Pengerusi: Dato’ Ketua Pengarah Pilihanraya (Dato’ Mustafa Ali)
24.HARAKAH
Pengerusi : YB Ust Idris Ahmad
Pengarah Urusan : YBhg Dr Rosli Yaakup (kekal)
Penasihat Editorial : Ketua Penerangan (YB Nasrudin Hassan Tantawi)
25.Pejabat Presiden PAS
Setiausaha Politik- YBhg. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Sulit- YBhg. Hj Zaihan Mohd Daud
Setiausaha Akhbar- YBhg. Kamaruzaman Mohamad
Pegawai Khas
Pegawai Penyelidik -YBhg. Abdul Malik Abdul Razak
Nota:-
1.Jawatankuasa Kewangan
[Fasal 76 (2)(a)]
Pengerusi : Presiden
Ahli : Setiausaha Agung & Bendahari PAS Pusat
2.Lembaga Pemegang Amanah
[Fasal 78(2)]
Tidak lebih 5 orang
Pengerusi : Presiden
Ahli :Setiausaha Agung, Bendahari
Sekian, terimakasih
YB Dato’ Takiyuddin Hassan

GAMBAR-GAMBAR PRA MESYUARAT DAP-PKR-PARTI ISLAM BARU

12

Jika sebelum ini bekas Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan tentang satu mesyuarat kumpulan yang dinamakan Jawatankuasa Bertindak Kumpulan 18 atau ‘G18′, iaitu kumpulan perintis pembentukan parti Islam baharu menggantikan PAS telah diadakan di Muar, Johor pada 16 Jun lalu.
Kini, Naib Pengerusi DAP Pusat, Teresa Kok pula mendedahkan satu pertemuan di antara kumpulan perintis parti Islam baharu dengan PKR dan DAP yang boleh dinisbahkan sebagai satu gabungan Pakatan baharu.
Pertemuan yang dihebahkan Teresa Kok itu dianggap strategik kerana ia menggabungkan tiga pemutus dasar parti masing-masing.
Pemutus dasar DAP adalah Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Liew Chin Tong (Pemikir DAP/Pengarah Pendidikan Politik DAP pusat) dan Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP Pusat).
PKR pula diwakili ahli-ahli Biro Politik parti itu yang terdiri daripada; Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Pengarah Pilihanraya PKR Pusat),Shamsul Iskandar Mat Akin (Naib Presiden PKR), Tian Chua (Naib Presiden PKR), Datuk Johari Abdul, Khalid Jaafar dan Dr Syed Husin Ali.
Manakala, kumpulan perintis parti Islam baharu pula diwakili Mohamad Sabu (Pengerusi), Salahuddin Ayub (Timbalan Pengerusi), Dr Dzulkefly Ahmad (Setiausaha), Suhaizan Kaiat (Penolong Setiausaha) dan lain-lain.
Teresa Kok dalam Facebooknya menyiarkan tiga keping foto pertemuan yang diadakan di rumah YB Dato’ Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen PAS Tumpat.
Kamaruddin, yang merupakan sahabat karib Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha Agung PAS tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS pusat dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
“Hari ini, saya bersama Lim Kit Siang dan Liew Chin Tong hadir majlis berbuka puasa di kediaman YB Dato’ Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen PAS bagi Kawasan Tumpat.
“Saya rasa gembira dan hairan dapat bertemu dengan begitu ramai kawan-kawan progresif PAS dari beberapa negeri yang luar dari Selangor, seperti Salahuddin Ayub, Suhaizan Kaiat, Aisyah, Mujahid, Dr Hatta Ramli dan lain.
“Saya kata dengan mereka ini pertama kali saya lihat pemimpin progresif dalam PAS begitu bersatu padu. :-))
“Saya juga gembira lihat pemimpin PKR seperti Saifuddin Nasution, Tian Chua, Johari Abdul, Shamsul Iskandar, Khalid Jaafar, Dr Syed Husin Ali juga turut hadir dalam majlis berbuka puasa ini.
“Walaupun saya tidak ada masa untuk bercakap panjang dengan rakan-rakan daripada PAS berkenaan dengan rancangan mereka kerana mereka perlu bersembahyang dan perlu pergi ke program lain, tetapi saya amat teruja untuk melihat rakan-rakan daripada ketiga-tiga parti ini dapat bertemu bersama.
“Walaupun keputusan Muktamar PAS untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan Pakatan Rakyat, tetapi malam ini nampaknya beri harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0,”kata Teresa Kok.

Selasa, 23 Jun 2015

JAWATANKUASA PENAJA PARTI ISLAM BAHARU SAHKAN SOKONG PAKATAN BARU BERSAMA DAP

5
Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) hari ini mengesahkan NGO itu akan menyertai satu pakatan baharu bersama DAP.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata pakatan baru yang dicadangkan DAP selaras cadangan PASMA pada 13 Jun lalu
“Cadangan DAP (untuk pakatan politik baharu) adalah sama dengan yang PASMA,” katanya dipetik sebagai berkata dalam satu laporan Berita Harian hari ini.
Phahrolrazi menjelaskan lebih lanjut pakatan baharu bersama DAP itu.
“Cadangan PASMA antaranya mewujudkan pakatan baharu dengan struktur lebih jelas disebabkan struktur Pakatan Rakyat sebelum ini longgar dan sekadar satu persefahaman.
“Oleh itu perlu diwujudkan Pakatan baharu yang mempunyai struktur kepimpinan dan mekanisme jelas yang mengikat parti komponen menerusi dasar bersama… Jika ada perbezaan pandangan, bagaimana mekanisme untuk menentukannya… cadangan DAP itu menyamai cadangan PASMA,” kata Phahlolrazi.
Sebelum ini DAP bercadang menubuhkan gerakan baru bagi menggantikan pakatan pembangkang yang menggabungkan kerjasama dengan PKR dan PAS.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata langkah itu penting bagi memastikan perjuangan politik serta rangka kerja pakatan pembangkang selepas ini mempunyai objektif serta matlamat yang sama.
Dalam laporan itu juga, Phahlolrazi berkata perbincangan mengenainya masih berlangsung dan menunjukkan tanda positif bagi penubuhan sebuah parti Islam baharu.
“Kita akan wujudkan Jawatankuasa penaja parti Islam baharu itu dan akan terpulang untuk jawatankuasa membincangkan dengan lebih cepat daripada jangkaan segelintir pihak,” katanya.
Phahrolrazi yang turut dilaporkan The Malaysia Insider berkata untuk merealisasikan penubuhan parti Islam baharu, pihaknya akan bergabung dengan pemimpin kumpulan progresif PAS (kumpulan G18) serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain.
“Kami akan bersama-sama dengan G-18 dan NGO Islam yang lain bagi membentuk sebuah parti baharu untuk gantikan PAS dan membentuk pakatan baru,” kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir selepas ditewaskan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, termasuk Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Mohamed Hanipa Maidin dan lain-lain.
Phahrolrazi menjelaskan, parti baharu itu bukan hanya bekerjasama dengan DAP sahaja sebagaimana dilaporkan Berita Harian hari ini, tetapi juga dengan PKR.
“Kita sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan G-18 bagi membincangkan perkara ini.
“Insya Allah lepas raya nanti pengumuman akan dibuat mengenainya,” katanya.
G-18 sudah membentuk jawatankuasa bertindak bagi menguruskan wadah (parti) baharu yang menurut mereka memberikan harapan baharu kepada Malaysia.
PASMA merupakan salah sebuah NGO yang akan bersama dengan G-18.
Setiausaha G18, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu The Malaysian Insider bahawa Mohamad Sabu adalah Pengerusi kumpulan tersebut, diikuti Salahudin Ayub (Timbalan G18) dan Suhaizan Kaiat (Penolong Setiausaha G18)
G18 dakwanya telah mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.
Pada 19 Jun lalu, pemikir DAP, Liew Chin Tong mendedahkan terdapat pertemuan tertutup di antara Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan Mohamad Sabu untuk membincangkan isu-isu politik semasa.
“Semalam (1 Ramadhan 1436) Lim Kit Siang telah berbuka puasa bersama Tuan Hj Mohamad Bin Sabu.
“Peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membincangkan isu-isu politik nasional yang sedang berhadapan dengan suasana gawat mutakhir ini,” dedah pemikir DAP itu.

KINI PKR PULA BERGELORA

3
 Pembubaran Pakatan Rakyat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mencetuskan semula perang proksi PKR sepertimana yang dimanifestasi dalam pemilihan parti itu pada 2014.
Pegumuman DAP itu menyebabkan pemuda PKR terbelah dua, iaitu kumpulan Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan kumpulan Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin.
Ironiknya, YB Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya yang dilantik Guan Eng sebagai Exco Pertanian & Industri, Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan memilih untuk kontra dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa Pakatan Rakyat masih hidup.
Beliau menolak pengisytiharan Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat sudah berakhir.
Malah beliau menegaskan gabungan itu masih wujud selagi diterima rakyat dalam pilihan raya akan datang.
“Polisi dan dasar masih sama, yang boleh isytihar PR mati ialah rakyat dalam pilihan raya akan datang. Kalau rakyat tidak pilih kita dalam pilihan raya akan datang, maknanya kita mati,” katanya 
Beliau turut menolak cadangan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mahu menubuhkan kerajaan gabungan bagi mengelakkan pembubaran DUN Selangor.
“Cadangan itu saya tidak nampak. Kalau hendak bergabung dengan Umno itu mustahil. Di Selangor, agenda PR sebagai asas pentadbiran perlu diteruskan,” katanya.
Di satu pihak lagi, Nik Nazmi selaku Ketua AMK tampil menafikan kenyataan Timbalan Ketuanya itu.
Menurutnya, kenyataan Afif Bahardin yang menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud, bukan merupakan pendirian rasmi sayap parti itu.
Tegas Nik Nazmi, sayap pemuda parti itu berpegang kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan parti itu pada Rabu melalui presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Dimaklumkan yang kenyataan bertajuk ‘Pendirian Pemuda PKR Terhadap PR’ bertarikh 20 Jun 2015 bukan merupakan pendirian rasmi Pemuda PKR.
“Pemuda PKR selaku sayap parti mendukung kenyataan rasmi parti menerusi presiden dan dibincangkan dalam Biro Politik PKR Pusat yang turut dianggotai ketua Pemuda PKR dalam isu ini,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan 
Nik Nazmi adalah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali.
Jika diteliti secara terperinci, perbezaan pendapat di antara Afif Bahardin dengan Nik Nazmi membawa kepada perang proksi di peringkat pimpinan tertinggi PKR, Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Wan Azizah (Presiden).
Afif Bahardin mewakili pandangan Azmin, manakala Nik Nazmi mewakili pandangan Wan Azizah.
Seperti mana yang direkodkan pada pemilihan PKR 2014, Wan Azizah kekal kekal sebagai Presiden PKR, namun Timbalannya, Azmin dicabar oleh dua pihak iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution.
Khalid terkeluar daripada senarai pencabar Azmin apabila tewas dan dipecat keahlian PKR untuk mengosongkan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya.
Namun, sentuhan Wan Azizah lebih berpihak kepada Saifuddin apabila anaknya, Nurul Izzah dan orang kanannya, Rafizi Ramli berada dalam kem itu untuk merebut jawatan Naib Presiden PKR.
Malah, kem Saifuddin turut meletakkan calon di peringkat wanita dan AMK. Ketua Wanita diwakili, Rodziah Ismail, manakala Ketua AMK diwakili Nik Nazmi Nik Ahmad.
Azmin juga turut menyusun orang-orang di peringkat Naib Presiden, Wanita dan AMK. Ketua Wanita diwakili, Zuraida Kamaruddin, manakala Ketua AMK diwakili Amiruddin Shari.
Azmin berjaya menewaskan Saifuddin untuk jawatan Timbalan Presiden, namun, tiga calon Saifuddin; Nurul Izzah, Tian Chua dan Rafizi menang jawatan Naib Presiden PKR, berbanding dengan dua calon Azmin; Shamsul Iskandar Mat Akin dan Dr Xavier Jayakumar yang memenangi jawatan tersebut.
Zuraida, calon Azmin menang jawatan Ketua Wanita, namun Nik Nazmi, calon Saifuddin menang jawatan Ketua AMK.
Walau bagaimanapun, untuk jawatan Timbalan dan Naib Ketua AMK, kedua-dua jawatan itudimenangi oleh calon Azmin iaitu Afif Bahardin (Timbalan) dan tiga Naib Ketua AMK; Raymond Ahua, Mohd Razlan Jalaluddin, dan Sangheta Jayakumar.
Dalam episod Langkah Kajang, Wan Azizah yang dirancang oleh Rafizi dan Saifuddin untuk menjadi Menteri Besar baharu Selangor kecundang mencapai impiannya apabila Azmin diperkenan Sultan Selangor untuk menjawat jawatan tersebut.
Selepas berjawatan Menteri Besar Selangor, Azmin mengangkat semula Amirudin Shari yang tewas sebagai Ketua AMK dilantik menjadi Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Selangor.
Manakala, Wan Azizah pula menyusun semula struktur organisasi di peringkat parti dengan melantik Rafizi sebagai Setiausaha Agung dan mengangkat semula Saifuddin (calon tewas Timbalan Presiden) sebagai Pengarah Pilihanraya PKR Pusat.
Wan Azizah turut melantik orang kepercayaannya, Darell Leiking (Naib Presiden), Datin Paduka Tan Yew Kew (Bendahari), Sim Tze Tzin (Pengarah Strategi), Fariz Musa (Ketua Setiausaha Pengelola), Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi), Sivarasa Rasiah (Pengarah Guaman) dan Fuziah Salleh (Pengarah Latihan)
Turut dilantik Rodziah Ismail dan N. Surendran sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat.
Pada 16 Jun lalu, ketika Biro Politik PKR membincangkan pendirian parti terhadap keputusan DAP membubarkan Pakatan Rakyat, Azmin tidak hadir, sebaliknya Timbalan Presiden PKR itu berada di Kelantan menemui Datuk Ahmad Yaakub, Timbalan Dewan Ulama PAS Pusat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Mesyuarat Biro Politik PKR yang dipengerusikan oleh Wan Azizah itu telah mengesahkan kenyataan Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.
Selain Majlis Pimpinan Tertinggi PKR tertentu, Biro Politik PKR juga turut dianggotai oleh enam orang lantikan Presiden PKR.
Mereka adalah; Dr Syed Husin Ali, Saifuddin Nasution, Datuk Johari Abdul, Datuk Dr Mansor Othman, N. Surendran dan William Leong.