Ahad, 31 Mei 2015

FELDA: MENANG SAMAN RM 1/2 JUTA...SIAP PENCACAI AKAN DILAYAN 1 PER 1...TUNGGGUUUU

2


Syukur Alhamdulillah akhirnya tukang fitnah merangkap pencacai dan pengacau FELDA disaman. 

Itulah nasib yang menimpa Mazlan anak Aliman dan syarikat cari makan Angkatan Edaran Sdn Bhd yang diperintahkan membayar saman RM500,000.00.

Rasa-rasanyalah mampukah musibat-musibat ini bayar denda kepada FELDA?

Gamaknya lah adakah para pencacai mereka akan dikerah kutip derma tin milo dan beg plastik setiap kali ceramah fitnah seluruh negara untuk bayar saman ini?

Atau mungkin DAP selaku tokey dan along besar akan tolong bayar. Sebagai galang ganti Mazlan Aliman perlu melakukan sesuatu untuk merosakkan lagi bangsa Melayu terutamanya para peneroka dan generasi FELDA?

Jawapannya mudah...kalau semakin banyak ceramah fitnah terhadap FELDA, kalau makin banyak demo jalanan hasut generasi FELDA, kalau makin banyak usaha memecahkan masyarakat FELDA oleh puak pembangkang maka yakinlah duit DAP telahpun disalur ke dalam akaun Mazlan Aliman.

Setakat RM500,000.00 apalah sangat berbanding jika undi kepada UMNO-BN boleh jatuh dengan fitnah, dakyah dan tohmah liar puak penghasut.

Untung bela dan jual babi berbelas ribu hinggit sehari setakat setengah juta hinggit denda saman bagi DAP bagai sisa daging babi lekat celah gigi jer.

DAP bagi duit haram maka kerja-kerjanya mesti yang haram, berdosa di sisi agama dan bersalahan di sisi undang-undang negara.

Lepas ni kita akan lihat lagi satu per satu pemfitnah FELDA disaman. Tak kiralah ko siapa...yang nyanyuk kerepot pun silap-silap pun kena saman dan bertambah sasau nyanyuknya....

Errrr...saman peneroka terhadap FELDA isu Kadar Perahan Gred tu apa khabar?....Yuran guaman Latipah Koyak, Sivarasa dan N. Surendran makin meningkat sejak 2012 tapi kes tak settle-settle lagi... 

Peneroka bingai dan anak-anak pencacai tak sabar nak peluk duit berkepuk-kepuk ni... 

Peneroka pencacai tua bangka yang saman FELDA kerana nak kedarah wang sebelum ajal... kes tertangguh sejak 2012 sedangkan yuran guaman masih berjalan biaya peguam musibat ke sana ke mari. Hehehe kita lihat sapa yang kena!

CALON WARNA HIJAU TOLAK DAP, CALON WARNA MERAH DINAUNGI DAP, PILIHLAH YAG MANA SATU KATA HJ HADI

2
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada ahli-ahli untuk untuk membuat pilihan sama ada memilih pemimpin parti yang disukai DAP atau sebaliknya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor nanti.
Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP.
Kata beliau, jika ada mana-mana parti lain yang ada pandangan tentang PAS termasuk DAP serta mahu mengikut kehendaknya, itu terpulang kepada ahli-ahli PAS sendiri.
“Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP,” tegasnya kepada media, semalam, lapor Harakahdaily
Ketika ditanya dua kumpulan ulama dan profesional pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ini, beliau menjelaskan kedua-dua pihak mempunyai calon tetapi salah satunya menjadi pilihan DAP.
“Tak timbul lagi ulama sebab dua-dua ada ulama. Belah ini ada ulama, belah itu ada ulama. Dua-dua ada ulama. Cuma satunya hak DAP hendak, satunya DAP tak nak…pilihlah.
“Saya hendak beri peluang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak pilih hak kita sendiri atau hak yang DAP hendak. Mungkin ada pemimpin yang dipersetujui DAP dan sependapat dengan DAP,” jelasnya.

Sabtu, 30 Mei 2015

MAHKAMAH ARAH MAZLAN ALIMAN PRO DAPIG BAYAR RM350,000 KERANA FITNAH

5
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan sebuah syarikat membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah lembaga itu dalam sebuah buku.
Hakim Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd yang menerbitkan buku “FELDA… Dulu tolong Sekarang Ah Long” membayar kos guaman sebanyak RM150,000 kepada Felda.
Sementara jumlah RM350,000 adalah bagi ganti rugi am dan teruk.
Pada 20 Julai 2009, Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu dan mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.
Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.
Felda berkata kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.
Felda diwakili oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham, manakala peguam mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd tidak hadir – BERNAMA

Jumaat, 29 Mei 2015

IBADAH HAJI: WADUH KOK ONGKOS HAJINYA DI INDONESIA MURAH BANGET...NGAPAIN SIH?

8

Haaaaa... ada jer isu nak pekena Tabung Haji kunuuuuuuuuunya kos perbelanjaan mengerjakan haji di Indonesia lebih murah berbanding di Malaysia.

Kununnya pemerintah Indonesia telah menurunkan kos haji sebanyak US$502.00 (RM1,800.00) kepada US$2,717.00 (RM9,500.00) berbanding US$3,219.00 (RM11,267.00) tahun lepas.

Bandingan di atas adalah US$1.00 bersamaan RM3.58. Sekarang ni US$1.00 dalam anggaran RM3.60 hingga RM3.66.   

Menurut Presiden Indonesia; Joko Widodo penurunan kos ini disebabkan kajian semula kos biaya haji dan kos operasi.

Penambahbaikan itu terkandung dalam Peraturan Presiden Mengenai Pembiayaan Haji 2015 yang dikeluarkan semalam.

Katanya lagi penurunan kos ini juga disebabkan oleh kejayaan langkah-langkah penjimatan, keberkesanan pengangkutan udara dan darat serta penempatan jemaah haji di Mekah.

Namun kos tersebut tidak termasuk kos manasik haji (kursus persiapan haji), kos-kos tambahan sepanjang berada di Tanah Suci. Kos untuk 15 hari saja di ulangi 15 hari saja. Yang lain...itu biaya sendiri. 

Kuota haji bagi rakyat Indonesia adalah 168,800 orang tahun ini. 

Sementara Menteri Agama Republik Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin berkata antara lain penambahbaikan perkhidmatan haji tahun ini adalah peningkatan kemudahan termasuklah jemaah akan diberi makan sekali setiap hari bagi tempoh 15 hari, dapat mendarat terus di Madinah berbanding sebelumnya yang terpaksa naik bas dari Jeddah ke Madinah.

Dari segi positifnya baguslah semakin baik prosedur haji di Indonesia. Kita kagum kerana mereka buat penambahbaikan hasil kerjasama dan tunjuk ajar dari Tabung Haji Malaysia sendiri.

Tapi kepada pencacai di Malaya yang tak tahu hujung pangkal dan suka cari kesalahan TH,  berita ini akan digunakan untuk membantai TH...lebih tepat lagi kerajaan UMNO.

Kunun pemerintah Indonesia prihatin banget pada rakyatnya ketimbang pemerintah Malaysia!

Tapi meh kita tengok kos haji di Indonesia;

Kos berdasar jarak, pelayanan dan tempoh masa

Kalau di Indonesia kos kapal terbang ke sesuatu destinasi adalah mengikut jaraknya. 

Makin ke wilayah barat (Aceh) maka makin murah. makin jauh ke wilayah timur laut (Makassar) maka tambang makin mahal.     

Macam kalau kita naik kapal terbang tambang murah kita terpesona dengan promosi bayar RM1.00 untuk ke semua destinasi.

Tetapi kita kena bayar kalau nak makan dalam kapal terbang, kena cukai lapangan terbang, cukai luggage dan duduk pun berebut tempat... 

Jadi janganlah mencanak nak kutuk sangat wahai pencacai. Hal-hal ibadah jangan buat main-main, niat mesti betul dan suci.

Lagi pun penurunan dalam bentuk US Dollar...kenapa gian sangat tu?

Pencacai biasa tengok peta Indonesia tak...ni dia peta Indonesia. 

Cuba kita lihat perbandingan ini... 

Kos Haji langsung bagi musim 1436H adalah berjumlah RM17,270 seorang (dulu RM16,155). 

Bagi musim 1436H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih tanggung subsidi RM7,290 seorang untuk Haji secara muasasah selama 40 hari.

Malah TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:
  • Kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kos berkaitan kursus haji,
  • Kos petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
  • Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.
  • kos mengerjakan haji secara Muassasah bagi musim 1435H dulu adalah berjumlah RM16,155 seorang. 
Manakala kos mengerjakan haji bagi pihak swasta adalah lebih mahal, dan bergantung pada pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Pihak swasta mengambil kira tempoh penginapan sepanjang di sana, caj Pakej Haji yang ditawarkan oleh TH Travel and Services Sdn Bhd untuk tempoh 16 hari haji adalah RM149,990.00 seorang (3 orang sebilik) berbanding 45 hari iaitu RM34,990 seorang (3 orang sebilik).

Hotel pun dekat dengan pintu Kaabah, dapat makan pun sedap, dijaga lagi oleh pembimbing haji setiap 3 orang jemaah. 

Layanannya Alhamdulillah dan Subhanallah...rezeki Allah bagi, peluang Allah bagi syukur jangan banyak songeh hal-hal ibadat ni. Sapa yang dah pergi haji secara pakej atau muasasah pasti kagum dengan pelayanan TH.

Jemaah haji Malaysia dapat banyak kemudahan dan diiktiraf terbaik di dunia...semuanya hasil tadbir urus korporat yang baik oleh TH. Hanya pencacai yang tak mahu iktiraf sebab mereka tak ada apa-apa idea dan jasa.
 Tapi sapa-sapa nak kos lebih murah dan tak percaya pada TH kununnya songlap duit rakyat beli aset 1MDB maka bolehlah keluarkan duit itu semua sekarang. 

Lepas tu jangan lupa daftar dengan Kementerian Agama di Indonesia guna saluran dan pakej haji di sana untuk ke Mekah. 

Yang rasa kuota haji di Malaysia terlalu rendah (22,320 orang) kerana yakin pada dakyah kununnya UMNO sengaja tak nak bagi orang pergi haji maka boleh guna kuota Indonesia. 

Jangan tunggu lama-lama keluarkan duit TH tu sekarang...puaskan hati kalian dan salurkan kemarahan pada TH kerana beli tanah TRX.

Amacam mau?




    

ROHINGYA: ORANG LAIN PUNYA TAIK... KENAPA KITA KENA CUCI?

5

La ni sana sini dok bising pasai Rohingya. Yang tak tau cerita hujung pangkai pun masuk gelanggang sama.

Masing-masing dok tuduh yang tu salah yang ni tak betui.  Pakat-pakat dok salahkan kununnya ini semua salah UMNO kerana membiarkan pemerdagangan manusia.

Kununnya kerajaan tak buat apa-apa. Kununnya lagi masa gempa bumi kat Nepal kerajaan boleh bagi duit.

Kununnya lagi masa dulu dia boleh hantaq senjata pi Bosnia bantu rakyat muslim perang komunis Serb...

Kununnya lagi kerajaan tak prihatin dengan orang Islam dan rakyat Folestin hanya dia yang peka dengan permasalahan ummah...kunun dia je yang banyak derma.

Kununnya masalah Rohingya ini disebabkan polisi UMNO yang tak nak bantu umat. Maka dia akan tubuh tabung khas yang dikutip dalam ceramah-ceramah nanti untuk bantu Rohingya.

Kununnya armada kapal perang Turki dah datang berduyun-duyun di perairan negara minta PM Najib dan Presiden Jokowi jangan halang mereka untuk bantu rakyat Rohingya.

Kununnya lagi kapal-kapal Turki ini datang membawa isteri PM Turki untuk angkut beribu-ribu pelarian Rohingya balik ke Isketambol.

Malangnya ada jugak seorang Mopti Agung yang share kisah kapal Turki ni dalam fesbuknya sambil-sambil kutuk-kutuk negara sendiri.

Di negeri dia sendiri orang dok ceroboh masuk jual orang tapi apa dia buat? 

Mengapa kita semakin nyanyuk?

Mengapa kita selalu percaya pada berita fitnah dan kita pula menyebarkannya?

Hakikatnya ramai yang dikatakan pelarian Rohingya yang cuba mendarat di perairan Malaysia, Indonesia dan Thailand sebenarnya 60% di kalangan mereka adalah pelarian ekonomi dari Bangladesh!

Rohingya dan Bangladesh berkongsi satu DNA. Mereka berasal dari keturunan yang sama cuma Rohingya adalah etnik Bengal yang menetap di Myanmar yang dahulunya menguasai sosio ekonomi di Rakhine zaman koloni Inggeris dan junta Burma.

Cuma selepas Myanmar mengecapi demokrasi dan Aung San Suu Kyi menang pilihanraya dan jadi ketua pembangkang menyebabkan etnik Karen dan Rakhine terutamanya sami Buddhanya naik tocang hasut etnik itu membantai beramai-ramai puak Rohingya yang majoriti muslim.

Lihat bagaimana agama disalahgunakan untuk dapat sokongan rakyat hinggakan Islam dianggap ancaman dan Muslim Rohingya dianggap anjing gila yang boleh dibunuh sesuka hati.

Dan kita pula terpaksa guna wang negara untuk bantu pelarian-pelarian ini atas prinsip kemanusiaan. Nak harapkan Myanmar bantu puak Rohingya? 

Jangan haraplah demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan Aung San Suu Kyii yang dibangga-banggakan oleh puak-puak pembangkang hanya menguntungkan sebelah pihak saja. 

Rohingya sampai di Thailand kena jual, sampai di Indonesia kena halau, sampai di Malaysia kita ambil bela kerana dasar kemanusiaan atas tiket UNCHR!

Singapore langsung tak nak ambil ...cer cuba etnik Rohingya ni putih, pandai dan bangsa serta agama pula sama dengan 'kaum itu' di Singapura...

Data pelarian UNCHR di Malaysia hingga Disember 2011. Data hingga Mei 2015 bagaimana dan berapa ramai pula?

Lain pula etnik Bangla yang tumpang sekapal dengan etnik Rohinya ini. Ada yang buang dokumen pengenalan diri kerana nak jadi pelarian Rohingya.

Melarikan diri ke Malaysia kerana yakin dengan kemakmuran negara kita, sedangkan rakyat kita sendiri suka kutuk macam-macam pasal negara sendiri.

Mereka tahu di Malaysia banyak peluang kerja  yang orang Malaysia sendiri tak mahu buat kerana tak de standart, panas, penat dan gaji sikit.

Mereka tahu cerita kemewahan Malaysia melalui rakan-rakan mereka di sini. Lalu bergadai nyawa ada yang menyamar jadi Rohingya walhal mereka Bangla.

Tersalah cara ada yang terpaksa jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia...yang buat pun ramai rakyat negara jiran dan puak Bangla dan Rohingya sendiri.

Bak kata Hussin Lempoyang; "wow...jual manuasia lebih kaya dari jual onta!" 

Kita pun suka Bangla dan Rohingya...

Kita pula terpaksa ambil ramai Bangla dan Rohingya kerana mereka rajin bekerja.

Dah ada perjanjian nak masukkkan ramai pekerja Bangla ke sini secara berperingkat untuk ganti pekerja-pekerja tamat tempoh berperingkat-peringkat, bukannya sekaligus.

Kita pun suka bila Bangla, Rohingya dan India mari ramai bekerja di sini sebabnya kita suka sangat makan di kedai mamak dan restoren makanan segera.

Contohnya, walaupun makan di kedai mamak kena GST dan ditipu harga tinggi berkali-kali namun kerana mandram kari, kedai mamak tetap di hati meskipun yang jadi tukang masak dan tukang hidang 'sana' mari.     

Cuba jika Tamil Eelam nak duduk Penang beramai-ramai...bagaimana reaksinya?

Bila ada Menteri sebuah negeri dakwa kemasukkan Rohingya akan membolehkan satu lagi projek I/C dilakukan sebenarnya kita tak perlu melatah sebab keturunan dia dulu pun naik tongkang hanyut dan dapat kewarganegaraan serta I/C secara percuma juga.

Dia dengan Ketua Menterinya tak nak bagi Rohingya bertapak di negerinya. 

Tetapi cuba bayangkan jika bukan etnik Rohingya tapi etnik Tamil Eelam Sri Lanka atau Etnik Tibet jadi pelarian minta perlindungan sudah pasti dia akan menjerit-jerit desak kerajaan pusat buat itu dan ini.   

Kalau kita rasa kerajaan tak mampu  nak buat apa-apa tentang rakyat Rohingya dan Bangla yang inginkan pembelaan ini apa kata sesiapa yang bising tu cuba-cubalah ambil anak angkat, bakal suami atau isteri pelarian Rohingya dan Bangla ini.

Nasib anak-anak pelarian Muslim Rohingya dan Bangla...ada sapa nak ambil mereka sebagai anak angkat...?Jangan ambil anak saja tetapi ambil juga lelaki atau perempuan dewasa duduk di rumah kita.

Ajak mereka duduk serumah, sediakan bilik dan makan minum serta pakai dan peralatan mandi. Buat macam keluarga sendiri. Kalau rasa nak tambah dan ambil keluarga angkat lagi boleh lagi...tu pun kalau ada yang sudi. 

Buatlah sebagai tanda keprihatinan kita, jangan asyik kutuk kerajaan kunuuuuunnya tak buat apa-apa.

Tak pun daripada gila nak pergi Syria dan Iraq nak bantu IS lebih baik pergi tolong Rohingya di Rakhine.

RAFIZI GEORGE SOROS MALAYSIA MEROMPAK DAN MENYAMUN WANG RAKYAT HIDUP-HIDUP !

9
RAFIZI GEORGE SOROS MALAYSIA
MEROMPAK WANG RAKYAT HIDUP-HIDUP!

Perbuatan Rafizi menipu hidup-hidup rakyat sangat sadis. Rafizi menipu rakyat bulat-bulat. Apakah beza Rafizi dengan George Soros, yang mencuri wang rakyat negara-negara Asia Tenggara dulu.

Apa beza Rafizi dengan penyamun wang rakyat di Yayasan Selangor dulu membuat claim tipu bermacam-macam invois di sekolah dan bangunan Yayasan Selangor walhal kerja tidak dibuat! Mengecat sedikit mengclaim beratus ribu! Ingat lagi Sultan Selangor tak mahu menghadiri majlis santapan di raja di Yayasan Selangor, kerana pelbagai kes penyelewengan di Yayasan Selangor tempohari.

Apa beza Rafizi mencuri wang rakyat di Selangor dengan mempertahan tender-tender pasir haram kepada kroni-kroninya dan kroni Nurul Izah. Fauzi Abd Rahman PKR dari Pahang pun dapat tender pasir haram Selangor.

Bayangkan Rafizi menjadi penyamun dan penyagak wang rakyat ini sebelum memerintah, boleh tak bayangkan kalau Rafizi jadi kerajaan kelak? Habis semua wang kerajaan masuk akaun NOW !

Apabila ketahuan di katanya ini undang-undang kerajaan. Dasar perompak, menggunakan wang MARA belajar luar negara, balik ke Malaysia menipu rakyat bulat-bulat. Sia-sia MARA beri biasiswa manusia seperti ini.

Orang ramai yang tertipu tidak salah jika membuat laporan polis beramai-ramai.


Rafizi mempunyai akhlak yang buruk dengan perbuatan menipu wang rakyat hidup-hidup. Di Terengganu tahun lalu dia memanggil Rahman Yusof PKR sebagai Rahman Botak kerana nak memastikan konco-konconya menang pemilihan PKR, supaya wang hanya diberi kepada kroni-kroninya sahaja.

Khamis, 28 Mei 2015

PENDERMA MINTA RAFIZI KEMBALIKAN WANG MEREKA SEMULA, PUNGUTAN MENCECAH RM5.9 JUTA ?

10

3 Soalan rakyat kepada Rafizi:-

1. BERAPA BANYAK SUDAH WANG HARAM KAMU KUMPUL DALAM SYARIKAT PERIBADI 'NOW' ITU?

2. SYARIKAT NOW IALAH SYARIKAT PERIBADI KAMU, SILA BENTANGKAN STATEMENT AKAUN PUNGUTAN WANG HARAM DARI ORANG RAMAI ? 

3. KHABARNYA PUNGUTAN WANG HARAM DI AKAUN SYARIKAT NOW MENCECAH RM5.9 JUTA TETAPI KAMU HANYA DECLARE RM6,000 SAHAJA? BETUL ATAU TIDAK?

NOTA: BUKANNYA SUKAR BAGI SEORANG AKAUNTAN PENIPU SEPERTI RAFIZI UNTUK MENIPU JUMLAH WANG  KELUAR MASUK. RAFIZI BIASA MELAKUKANNYA SEBAB ITU MANTAN MB SELANGOR SINGKIRKAN RAFIZI SEBAGAI PENASEHAT EKONOMI, KERANA MEMBERI DATA TIPU KEPADA KHALID

4. SOALAN EMEL TERAKHIR, BOLEHKAH WANG PENDERMA DIKEMBALIKAN SEMULA DAN BAGAIMANAKAH CARANYA? MEREKA BARU TERSEDAR DITIPU.
Rafizi, The CEO Syarikat Peribadi National Oversight Whistleblowers (NOW)
National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad di mana Rafizi adalah Pengarah Elsekutif.

Rujukan di Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mempunyai surat kebenaran untuk mengutip wang daripada rakyat. Malangnya, Rafizi tanpa rasa malu telah melancarkan kutipan Wang haram itu.

Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin menyifatkan Rafizi sebagai penipu.

“Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya,” kata Rao.

“Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.”

“Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.

ROSLAN KATA GUAN ENG MENTAL PROBLEM

0
Roslan Abdullah bertanya adakah Setiausaha Agung DAP mengalami gangguan mental kerana percakapan dan tindakannya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbeza mengikut masa dan suasana.
“Lim Guan Eng ni sakit mental ke? Dulu dia kata akan boikot PRK Permatang Pauh kalau Abdul Hadi pergi, hari ini dia persoal pula kenapa tak hadir Kempen semasa di Permatang Pauh.
“Aku nasihat dia gi jumpa pakar jiwa lah,”katanya.
Pada 23 Mac, mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP yang dipengerusikan oleh Guan Eng telah membuat keputusan sebulat suara untuk menghentikan kerjasama dengan Hadi.
“DAP tidak dapat bekerjasama dengan presiden PAS Hadi Awang, yang berterusan melaksanakan taktik tidak jujur dan tidak bermaruah,” kata Guan Eng dilapor pasukan theantdaily.
Ekoran keputusan CEC, membuktikan kehadiran Hadi tidak diperlukan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
“Di peringkat akar umbi, ahli DAP dan PAS tiada masalah, kami boleh bekerjasama, tetapi masalah kami hanyalah Hadi,” kata Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh.
Ram Karpal berkata, faktor Hadi berkemungkinan menjadi liabiliti terhadap jentera pakatan pembangkang ekoran isu hudud yang diperjuangkan parti Islam itu.
Namun, selepas PRK Permatang Pauh dimenangi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Guan Eng menjadikan ketidakhadiran Hadi dalam PRK itu sebagai satu isu utama.
“Bukan sahaja tidak hadir ke kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau malah tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah.
“Ini menunjukkan walaupun tubuh badan beliau masih bersama Pakatan, hatinya sudah bersama Umno,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada 25 Mei, lapor Malaysiakini.

5 SOALAN LIM GUAN ENG KEPADA HJ. HADI

0

Lima soalan Lim Guan Eng Kepada Hj Hadi :
1. Kenapa Abdul Hadi memungkiri komitmen PAS kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan Pakatan?
2. Kenapa Abdul HAdi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut 1MDB?
3. Kenapa Abdul Hadi mahu mewujudkan ‘kerajaan perpaduan’ bersama UMNO?
4. Kenapa Abdul Hadi enggan menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini?
5. Kenapa Abdul Hadi mengisytiharkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud?

ANAK AHMAD AWANG HINA HJ HADI , KATANYA MINUM AIR KAKI

4



1MDB: RAPUSSY MULA SONGLAP DUIT RAKYAT SECARA HARAM...

7

PETALING JAYA: Tindakan Rafizi Ramli mengutip derma daripada orang ramai sebanyak RM10 seorang bagi menjayakan kempen “Tutup 1MDB” merupakan satu kesalahan. 

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa, perbuatan itu juga satu penipuan. 

Katanya, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diamanahkan untuk mengutip dana tersebut didaftarkan sebagai syarikat SDN BHD. 

Selepas membuat semakan saya mendapati NOW ini bukan sebuah pertubuhan tetapi ianya merupakan sebuah syarikat SDN BHD yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bernama NOW SDN BHD,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Rabu. 

"Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang dari orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB."

"National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif."

"Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya," dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi."

"Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya".

"Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri," jelasnya

Menurut Ramesh, tindakan syarikat tersebut beroperasi menggunakan nama NGO untuk mengutip wang daripada orang awam sebenarnya menyalahi undang-undang. 


Sebagai syarikat SDN BHD, NOW tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tindakan itu. 

Bekas ahli DAP itu berkata, semakan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mendapat kelulusan untuk menerima atau mengutip wang daripada orang awam

Sehubungan itu, tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutip derma daripada orang awam menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001). 

Saya minta polis siasat penipuan Rafizi ini. Kalau permulaan dia sudah menipu, saya boleh katakan pembongkaran Rafizi sebelum ini berkaitan 1MDB adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. 

“Kalau betul nak berjuang untuk rakyat dia (Rafizi) tak boleh tipu macam ni, kamu dah menipu rakyat kamu masih nak bodohkan rakyat,” katanya. 

Dia turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan permainan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan itu untuk memberi sokongan kepada kempen tersebut. 


Rafizi menerusi NOW mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap 1MDB dan memerlukan RM20,000 untuk memfailkan saman di mahkamah.

MyMassa: Kini terserlah lagi kejahatan si penabur fitnah yang tersohor ini. Akhirnya terkantoi jua niat nak menjatuhkan bangsa dan negara beliau sendiri.

Malangnya ramai yang terpengaruh dengan fitnah dajjal Melayu ini. Bukankah dalam Al-Quran Surah Hujurat ayat 6 ada menyebut;

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".

Rupanya syarikat kepunyaan Rafizi lebih teruk dari 1MDB. Tak pernah diaudit sejak tahun 2012. Maknanya 3 tahun segala data perniagaan, duit masuk-masyuk dari pelbagai sumber tidak diketahui.

Berbanding dengan 1MDB ada juga diaudit sejak 2010 hingga 2014 oleh firma-firma audit dan akauntan antarabangsa Ernst and Young, KPMG dan Deloitte yang mempunyai cawangan-cawangan di Malaysia. 

Kini 1MDB diaudit sekali lagi oleh Jabatan Audit Negara dan akan diporkan pada PAC. 

Syarikat Rafizi yang dok kutip derma fund raise ni sapa nak audit? Berani ka si Rapussy ni suruh SSM, SPRM, PDRM dan Bank Negara orang audit syarikat dia?

Kes BAFIA dia pun senyap je. Apakah mahkamah takut nak dakwa musibat dajjal penipu sorang ni?

Nak tangguh sampai bila?...Nak buang kes...? Nak kata ini konspirasi sapa plak?

Mengata orang dia yang lebih...Dajjal ini mesti dihukum!

Rabu, 27 Mei 2015

FELDA - PTPTN : DAP DAN PENCACAI BENGANG GENERASI KEDUA FELDA DIBANTU

2

Syukur Alhamdulillah di sebalik tohmahan dan fitnah kununnya FELDA bankrap, kununnya duit FELDA disonglap dan kerajaan BN sengaja seksa peneroka biarkan harga sawit dan saham FGV runtuh, hakikatnya FELDA tetap melakukan kebaikan buat warganya.

Nak harapkan puak hamPAS, PKR dan DAP bantu langsung tiada yang mereka tahu hanyalah menagih duit sedekah dan undi warga FELDA.   

Hari ni BR1M 3.0 fasa 2 dah keluar. Maka akan makin banyak ceramah fitnah siang malam puak-puak pembangang buat...

Inilah peluang puak-puak pembangkang kutip derma atas alasan sedekah jihad akhirat...sungguh jahat lagi musibat. 

FELDA tanggung 30% pembiayaan PTPTN untuk anak peneroka FELDA

KUALA LUMPUR – FELDA hari ini menandatangani memorandum persefahaman dengan PTPTN dalam kerjasama pemberian faedah pengurangan bayaran balik sebanyak 30% pembiayaan pendidikan PTPTN kepada anak peneroka FELDA.

Maknanya 30% duit PTPTN untuk anak-anak peneroka FELDA di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama (degree) di semua IPTA dan sebahagian IPTS ditanggung oleh duit-duit FELDA bermula 1 Januari 2014 lalu. Wow!

Ini adalah satu kerjasama Strategi Lautan Biru antara FELDA dan PTPTN dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya masyarakat FELDA.

Usaha ini wajar diikuti badan-badan korporat, agensi-agensi Kerajaan dan agensi-agensi swasta yang lain untuk membantu kehidupan rakyat. Nak harapkan pembangkang bantu?...setakat mimpi je la.

Mana-mana anak-anak FELDA yang nak pembiayaan pendidikan PTPTN ini tertakluk kepada terma dan syarat serta kaedah semasa seperti yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.

PTPTN mempunyai budibicara sepenuhnya samada nak lulus atau menolak sebarang permohonan yang diterima. 

Antaranya para pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mesti dapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN, baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun serta mempunyai akaun SSPN-i.


Nak bagitau lagi setakat ni dah lebih 42,000 generasi FELDA dapat pelbagai manfaat FELDA dalam bidang pendidikan bermula peringkat pengajian paling rendah iaitu peringkat Sijil Kemahiran hinggalah ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang.

Sehingga 30 April 2015, sejumlah 2.29 juta peminjam telah menikmati kemudahan pembiayaan PTPTN yang melibatkan peruntukan sebanyak RM52 bilion, dan angka ini sememangnya akan meningkat selaras dengan pembangunan modal insan melalui pendidikan.

Tu diaa! puak pembangkang ado?


Banyak rahmat tapi masih ada yang kufur nikmat

Nampak tak apa yang FELDA lakukan untuk bantu belianya belajar dan jadi manusia terpelajar?

Kalau nak harapkan puak-puak penghasut dan pembangkang seperti ANAK apa yang mampu mereka lakukan?

Ceramah...kutuk dan fitnah...akhirnya kutip derma...rakyat tertipu dengan dakyah...itu saja.

Kita buka akaun SSPN-i saja dah layak menyertai cabutan bertuah hampir setiap bulan...hadiah pun lumayan. Hujung tahun pulak dapat faedah dan dividen.

Mak bapak yang simpan diberi pengecualian beberapa peratus cukai pendapatan tahunan LHDN...Itu pun ada tak bersyukur kata haram.

Tapi berapa ramai mak bapak Melayu tahu faedah simpan dalam SSPN-i ini?

Ada pemimpin pencacai terangkan kepada mereka usaha-usaha kerajaan bantu orang Melayu dan rakyat agar mudah dapat pembiayaan?

Tak de kan...sebab mereka mahu pengikut dan pencacai mereka sentiasa bodoh kerana kebodohan itu membolehkan mereka terus dapat sokongan...akhirnya bangsa sendiri yang rugi.

FELDA juga banyak aset ekonomi seperti syarikat perhotelan, katering, ladang, saham, hartanah, ejen pelancongan dan sebagainya di seluruh dunia...

Bidang perhotelan antara bidang berdaya maju yang diceburi oleh FELDA untuk menjana pendapatan syarikat selain menawarkan peluang pekerjaan untuk belianya. Hanya yang jumud saja tak mengakui manfaatnya.

Hasil-hasil pendapatan syarikat di bawah FELDA semua inilah yang menjana ekonomi dan pendapatan kumpulan FELDA. Hasil pendapatan inilah yang membolehkan FELDA memberikan pendahuluan pembiayaan PTPTN 30% kepada pelajar.

Tapi kalau pelajar tak nak bayar pijaman PTPTN kenalah belajar rajin-rajin dan dapat ijazah kelas pertama. Jangan dok habis masa mencacai di kampus...tak de pedahnyer.   

Itu baru sedikit nikmat Allah beri kepada peneroka melalui FELDA.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?" (Surah Ar Rahman)

Ada juga kebaikan yang dilakukan oleh FELDA untuk bantu rakyat...nak harapkan lebai-lebai dan apek-apek pembangkang...haram satu sen pun tak da...fitnah jer pandai!



FELDA: KENSINGTON HOTEL - ASAL MELAYU PUNYA...MESTI DAP PEKIK MEROYAN, NGAPE EKK?

4

Syukur Alhamdulillah satu lagi kebenaran dipertontonkan oleh Allah swt kepada rakyat Malaysia. Kali ini berkaitan dengan Felda yang sering ditohmah dan difitnah dengan dakyah pembangkang agar rakyat marah.

Tak salah kalau nak kata perangai DAP memang macam syaitan kerana kerjanya seharian bikin manusia terutamanya orang-orang Melayu-Islam berbalah dan bertelagah sesama sendiri dengan sesuatu yang kurang pasti.

Biarpun kadangkala yang mempercayai segala fitnah itu adalah lebai-lebai berkepiah dan ostajah litup berpurdah namun pembohongan diterima sebagai satu berita yang sah.

Berbagai cerita akan diputar bagi meyakinkan para pengikut, penyokong dan pencacai mereka kononnya kerajaan BN rasuah dan mereka sajalah yang terbaik. 

Dek akibat inzal dengan pelipor lara pemimpin atasan semasa ceramah, maka tak sedar tabung dihulur derma dipinta.

Senangkan hidup jadi pembangkang langsung tak da integriti dan tak tanggungjawab?

Hartanah Felda di London: Tiada Unsur Penyelewengan 

27 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada sebarang unsur penyelewengan dalam urusniaga yang dibuat oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC) dalam pembelian hartanah di London.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata siasatan awal mendapati segala urusniaga yang dibuat tidak melanggar sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Penyiasatan awal SPRM yang dibuat setakat ini tidak menemui apa-apa asas kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 oleh mana-mana pihak berkaitan isu yang dibangkitkan.

“Sekiranya mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat tambahan atau bukti-bukti kukuh berkaitan isu ini, bolehlah menyalurkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen DAP Seremban, Loke Siew Fook yang meminta kerajaan menyatakan status siasatan tuduhan terhadap pengurusan FIC yang membayar RM538 juta untuk Grand Plaza Serviced Apartment dan RM330 juta untuk Grand Plaza Kensington Hotel di London.

Wajah seorang komunis DAPig yang sengaja mahu memperleceh dan tabur fitnah pada Felda ...akhirnya kantoi jua

Disember lalu, FIC telah membeli Grand Plaza Kensington Hotel dalam usaha untuk mempelbagaikan aset pelaburannya bagi membolehkan syarikat memaksimumkan pulangan pelaburannya bagi manfaat utama pihak-pihak berkepentingan.

Bagaimanapun pada awal Mac lalu, SPRM telah menahan reman seorang pegawai tertinggi FIC kerana didakwa melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan kuasa.


Grand Plaza Kensington London: Mercu Kebanggaan Negara

Memang dah menjadi trend asal saja melibatkan hartanah milik orang Melayu-Islam, DAP bagaikan babi mengelupor diketuk... menjerit tak senang duduk.

Kononnya atas nama ketelusan dan wang rakyat maka diminta SPRM menyiasat. 

Lalu segala rahsia terbongkar untuk mereka tahu berapa banyak harta orang Melayu...

Siapa anak Melayu yang menjawat jawatan penting dalam GLC tersebut...

Berapa banyak projek Felda dapat di luar negara...adakah ia menjadi saingan kepada taikun-taikun bangsa mereka...


Bukan nak tuduh tapi itulah hakikatnya...tuduh semberono agar segalanya dibogelkan...satu modus operandi yang bijak hasil ajaran dan doktrinasi seberang tambak. 

Masihkah kita lupa bagaimana DAP tuduh itu ini berkaitan isu-isu pertahanan negara dulu?

Kalau boleh memang puak DAP ini tak mahu orang-orang Melayu dan mana-mana syarikat Melayu ini berkembang di seantero antarabangsa menyaingi taikun-taikun mereka.

Orang Melayu hanya layak duduk di kampung. Kalau jadi peneroka Felda hanya tanam dan jual buah sawit lepas tu boleh tidur...tak perlu fikir bagaimana mahu tingkatkan hasil pendapatan.  

Malam-malam boleh pergi dengar ceramah penglipor lara lebai berserban cerita tentang kelemahan kerajaan yang sengaja diada-adakan. Tak sedar diri bersubahat jadi pengkufur nikmat.

Mungkin kerana merebaknya fitnah pembangkang di bumi Felda hinggakan harga sawit pun jatuh dan orang di luar negara pun tak nak beli. Nak harap pembangkang tolong naikkan harga?

Haram tak de kuasa pun mereka itu...  

Nak tanya puak-puak lebai malang...berapakah nilai aset Grand Plaza Kensington Hotel di London milik Felda sekarang?

Berapa banyak keuntungan dalam pound sterling yang berjaya dikutip hotel itu dan dibawa balik ke Malaysia...

Betapa harumnya nama GLC Malaysia kini...nak harapkan lebai malang buat...tak de maknenyer...   

Pencacai Felda: Sekadar boleh mintak sedekah ajelaa...jasa bantu peneroka langsung tiada. 

TABUNG HAJI: LAGI LUAHAN AGAR TIDAK JUAL ASET UMMAH

7

Datuk Seri Abdul Azeez Rahim,
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh,

Saya mengutus surat terbuka ini kerana saya terlalu jauh dari tanah air, jika dekat saya akan beri sendiri dengan tangan.

Soalan pertama, kenapa hendak jual aset Tabung Haji (TH) dengan begitu mudah dan murah? Hanya dengan sedikit spin dari segelintir pihak yang tidak pun tahu backround bisnes TH, hanya dengan seminggu dua serangan siber, hanya dengan satu tweet, Datuk Seri terus mengalah dan mengambil keputusan menjual aset TH di TRX dengan keuntungan yang sedikit?

TH adalah agenda umat Islam, bukan agenda politik. Berjuta umat Islam di luar sana bergantung harap kepada TH untuk menunaikan ibadah Haji. Mereka mengharapkan agar kerajaan sentiasa dapat menampung subsidi mereka menunaikan ibadah Haji. Di sini saya melihat umat Islam terpaksa menyediakan wang sendiri serendah USD9,100 (RM33,215) hingga USD10,600 (RM38,690) untuk menunaikan Haji. (kiraan 1USD=RM3.65) . Di Malaysia, bakal haji hanya perlu menyediakan RM9,980 sahaja manakala selebihnya TH menanggung subsidi sebanyak RM7,290.

Sebab itulah TH memiliki 11 anak syarikat dalam pelbagai sektor perladangan, perhotelan, hartanah, industri makanan, perbankan dan sebagainya supaya menjana keuntungan. Keuntungan itu pula dikembalikan semula kepada para jemaah Haji.

Sepatutnya TH mempertahan agenda itu. Jika Datuk Seri tidak dapat mempertahankan agenda itu, terikut-ikut pula dengan sedikit spin dari Rafizi and the geng, maka yang rugi adalah umat Islam sendiri. Rafizi memang tugasnya untuk memperlekeh semua agenda kerajaan. Siapa dia Mat Sabu dan Mahfuz Omar hendak bercakap pelaburan TH? Adakah mereka mengetahui managementdan bisnes TH? 

Adakah Rafizi, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan lain-lain akan mendedahkan wrong doing dalam bisnes pasir, isu dalaman Yayasan Selangor serta projek Datum Jalatek di Selangor? Sudah tentu tidak, mereka lebih rela berdiam diri kerana tugas mereka adalah menyerang, menjatuhkan dan memusnahkan apa jua dasar kerajaan persekutuan. Tidak mungkin Mat Sabu akan mendedahkan penyelewengan di dalam projek terowong bawah laut di Pulau Pinang! Itu pun masih tidak fahamkah?

Saya diberitahu, tanah di TRX itu sudah pun dimajukan sejak 2013 lagi dan TH baru sahaja membelinya pada tahun 2015. Dalam tempoh 2 tahun itu, pelbagai kerja tanah telah dilakukan oleh pihak 1MDB termasuklah urusan cukai tanah, guaman, design, insfrastruktur dan sebagainya. TH membeli tanah yang sudah diproses dengan nilai pakej yang menguntungkan. Saya fikir jika 1MDB menjual kepada Kumpulan Darul Ehsan Bhd. sudah pasti tidak dengan harga RM188.5 juta, barangkali lebih mahal.

Logiknya, nilai tanah pada tahun 2013 yang masih kosong itu sudah tentulah akan meningkat naik semasa dibeli pada tahun 2015 kerana kerja-kerja tanah telah hampir siap sepenuhnya. Ianya sudah bertukar menjadi aset hartanah yang bernilai tinggi. 

TH hanya membelinya pada tahun 2015 ketika ianya sudah bernilai tinggi dan dipaksa menjualnya semula pada tahun yang sama gara-gara spin buta. Cuba bayangkan berapa keuntungan TH akan perolehi jika dijual pada tahun 2018 apabila fasa 1 pembangunan TRX sudah siap.

Hartanah itu sangat-sangat menguntungkan juga kerana menghubungkan lebuh raya utama seperti MEX, SMART dan DUKE yang saling bersambungan. Malahan terdapat pejalan kaki berbumbung ke Bukit Bintang dan KLCC.

Jangan Ulangi Jual Bangunan MAS

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bersembang dengan pelajar kita yang belajar di Wharton School, University Pennsylvania. Kami berbincang isu-isu semasa di tanah air. Seorang pelajar berkata, jika TH menjual semula tanah itu hanya kerana putar belit pembangkang, katanya ia satu kebodohan of the year.

Katanya lagi, jika TH benar-benar memerlukan wang, jika TH amat-amat terdesak, maka baharulah masuk akal jika dijual dalam tempoh yang singkat. Katanya lagi, sudahlah aset TH melebihi RM50 Billion sekarang, apalah sangat nilai pembelian tanah itu (RM188.5 juta) jika keuntungan berlipatkali ganda pada 2018 nanti.

Katanya lagi, jangan ulangi kesilapan menjual bangunan MAS! Mereka berkata, tiada salah dan dosa TH membeli tanah itu untuk pelaburan jangka panjang.

2 Pilihan

Jika TH meneruskan juga niat untuk menjual aset tanah itu, maka jelaslah bahawa terdapat pengkhianat di dalam TH. Barangkali, mereka bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan TH supaya TH menjual semula aset tanah itu tergesa-gesa dengan harga yang mampu dibeli. 

Adakah ada jaminan pembeli itu tidak akan menjualnya semula pada tahun 2018 dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda lagi? 

Kepada DS Abdul Azeez Rahim, anda ada dua pilihan. Jika anda berjaya mempertahan aset TH itu daripada dijual maka anda boleh kekal mempengerusikan TH sehinggalah Perdana Menteri menemui pengganti yang lebih profesional. 

Pilihan kedua, jika anda meneruskan juga niat menjual aset tanah TH itu, saya mencadangkan anda meletak jawatan serta-merta kerana anda gagal mempertahankan agenda umat Islam di TH.


Komen kami;

Tanah TRX yang telah dibeli oleh Tabung Haji itu adalah tanah hak ummat Islam di Malaysia. Tanah yang jika dikekalkan pemilikannya akan terus berkembang menjana kewangan Tabung Haji sendiri.

Tanah TRX itu akan kekal sebagai lambang pembangunan ekonomi dan hak pemilikan bangsa Melayu di Malaysia.

Nasib bangsa Melayu Kuala Lumpur...mereka dihalau secara nyata dengan projek Datum Jelatek 

Tanah yang akan kekal hingga hari kiamat dan menjadi kebanggaan anak cucu Melayu di bumi Kuala Lumpur. 

Adakah kerana hasutan dan fitnah mereka yang hasad dengki maka Tabung Haji dah patah hati nak jual aset yang dimiliki?

Adakah hanya kerana nak keuntungan sedikit maka tanah yang jadi maruah Melayu digadai sesedap hati?

TH beli tanah TRX untuk kepentingan ekonomi Melayu pencacai PR marah. Tapi PKNS syarikat kerajaan Negeri Selangor jual tanah Melayu di Keramat pada bukan Melayu dan warganegara kenapa pencacai diam je...mulut kena sumbat duit DAP?  
Cuba tanya mana apa jadi pada projek PKNS Datum Jelatek di Keramat? 

Siapa pemiliknya sekarang sedangkan kawasan tersebut dulunya menjadi aset anak-anak Melayu Keramat di tengah-tengah bandar?

Kita menangis dan jerit kununnya sudah semakin kurang aset hartanah Melayu di tengah-tengah bandar, tetapi kita bising bila ada syarikat umat Islam nak beli tanah di TRX yang nak tambah aset Melayu. 

Kunun berlakunya penyelewengan dan untung atas angin bila harga dibeli 1MDB terlalu murah dan menjualnya dengan harga mahal?

Apakah tanah TRX milik Tabung Haji itu nanti akan dijual kepada bukan Islam, bukan Melayu dan bukan warganegara? Adakah itu akan dianggap sebagai bail out juga?

Hentikan sindrom merapu dan kenyanyukkan!

Artikel berkaitan;

Selasa, 26 Mei 2015

TABUNG HAJI: TANAH TRX JANGAN DIJUAL...KU SUMPAH TUJUH KETURUNAN

9

Syukur Alhamdulillah tanah Tabung Haji (TH) masih belum dijual lagi.

Sebagai umat Islam yang ingin melihat syarikat umat Islam maju berkembang dan mempunyai aset ditengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur, penjualan tanah milik TH di TRX merupakan satu tindakan bodoh dan merugikan.

Kau ada aset yang baik di tengah- tengah segi tiga emas tapi kau nak jual kerana takut pada fitnah yang melata... nampak sangat iman kau tak kuat.

Persetankan segala fitnah dajjal yang ingin merosakan bisnes ummah. Mereka tak tahu hal ekonomi dan kepentingan jangka panjang tetapi berlagak macam pandai...hanya tau kutuk 

Daftar Tabung Haji pun tidak, duit dalam Tabung Haji pun tak sampai RM1,300.00 yang tak melayakkan untuk masuk daftar haji tapi bising soal duit Tabung Haji.

Kita menyeru agar Tabung Haji kekalkan pemilikan tanah tersebut demi kepentingan ummah di masa hadapan.


Kalau sekarang nak pergi haji pun kena bayar RM9,980.00 seorang tu pun dah disubsidikan Tabung Haji, kita tak tahu berapa banyak kos pergi haji tahun-tahun akan datang. 

Khabarnya 5 juta jemaah haji seluruh dunia boleh buat haji tahun 2020. Tetapi adakah ongkos di tahun 2020 akan kekal. Jika kekal adakah ia tanpa subsidi? 

Mana duit nak cekau untuk subsidi jika bukan melalui pelaburan TRX dan juga pelaburan-pelaburan lain?

Siapa yang dengki kianat sangat tak mahu umat Islam ada aset di tengah- tengah bandar?  

Bijaklah sikit wahai Tabung Haji jangan kau gadai masa depan ummah lantaran takut pada fitnah dajjal. Adakah kerana keuntungan sedikit kau nak gadai masa depan ummah ini?

Tapi sekali lagi kita ucapkan terima kasih kerana tanah TRX milik Tabung Haji itu masih belum dijual.

Ceritanya begini...

Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menjual tanah bernilai RM188.5 juta yang dibeli daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sebelum ini berjanji tanah tersebut akan dijual dalam tempoh 2 minggu.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka masih dalam proses memaktubkan perjanjian beli dan jual ketika ini, namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.

"Tanah dalam proses sedang memaktubkan sales and purchase (jual beli) dengan keuntungan yang sedikit," katanya ketika ditemui pemberita semasa majlis penyampaian hadiah kereta Proton Preve sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, pagi ini.

Azzez bagaimanapun tidak memberitahu mengenai kepada siapa tanah tersebut dijual, sebaliknya berkata mereka akan memaklumkan sebaik sahaja semua proses selesai.

"Ya, ada pembeli. Kami akan maklumkan kemudian," katanya.

April lalu, TH membeli tanah seluas 0.63 hektar itu daripada 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).

Urusniaga yang didedahkan blog The Benchmark (blog dajjal hantu raya) mengundang bantahan meluas bukan saja daripada pendeposit TH, malah pemimpin politik pembangkang dan kerajaan.

Punca kemarahan mereka ialah kerana hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion dan syarikat pelaburan strategik yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak itu pada asalnya membeli tanah kerajaan itu pada harga jauh lebih rendah.


1MDB membayar hanya RM64 sekaki persegi, berbanding RM2,773 sekaki persegi dibayar TH.

Ia mencetuskan spekulasi pembelian itu merupakan usaha menyelamatkan firma itu yang perlu melangsaikan sejumlah faedah hutangnya.

Masyarakat sivil dan pemimpin pembangkang juga menimbulkan isu konflik kepentingan melibatkan pegawai tertinggi TH yang juga menjawat jawatan dalam 1MDB.

Susulan kritikan, Azeez mengumumkan TH akan menjual tanah tersebut atas nasihat perdana menteri.

Pada sidang media 12 Mei lalu, beliau berkata, banyak pihak berminat untuk membeli tanah itu dan ia akan dijual dalam masa seminggu saja.

Kesimpulannya...

Jika ada syarikat lain atau syarikat asing yang mampu beli adakah ia akan dicop sebagai bail out kepada 1MDB?

Jangan jadi bodohlah Tabung Haji...kau beli tanah yang akan dibina bangunan bukan beli benda kosong yang halimunan.

Bangunan tu bila dah siap kau boleh sewakan sepertimana bangunan-bangunan lain yang kau miliki. 

Hasil keuntungan sewa kau boleh beli berbagai benda dan kau boleh subsidi tambang jemaah-jemaah haji di tahun-tahun akan datang.

Kalau kau jual sekarang memang kau bodoh dan aku sumpah kau tujuh keturunan kekal bodoh kerana mengkhianati hak ummah untuk memiliki aset di kota raya dunia ini.


Lantaklah jika ada yang nak keluarkan duit deposit mereka beramai-ramai kerana giliran haji mereka akan ke terbelakang. Ramai lagi yang nak pergi haji tahun ini dan tahun hadapan.

Usah risau kebenaran pasti menjelma. Kau beli dapat pahala kerana bantu ummah dan kau tak jual kerana memertahankan hak ummah itu merupakan jihad fisabilillah.

Pedulikan orang yang bodoh dan nyanyuk terkutuk bergelumang dengan dosa dan fitnah. Yang penting kita bantu ummah. Tapi apa mereka buat untuk bantu rakyat???