Khamis, 30 April 2015

GST: TU DIA PEMAKAN GST AKAN MASUK NURAKA...GILA PUNYA FATWA!!!

1

Mak oiii...memang sah gila meroyan dan mabuk ketum puak-puak ni. Benda yang menjadi sumber pendapatan sesebuah negara untuk pembangunan rakyat dikatakan haram...

Memang haram jadah sungguh puak-puak ni. Kata orang Penang.

Nak tanya ringkas jer pada puak-puak pembangkang fuckatan rakyat ni; kalau sesebuah negara tiada sumber pendapatan bagaimana sesebuah negara itu mahu membangunkan negara dan rakyatnya?

Kalau sampai nak bina masjid, surau, sekolah, jalan raya dan bayar gaji kakitangan awam pun terpaksa pinjam dari negara luar...bukankah itu akan menambah bebanan hutang negara?

Negara yang memberi pinjaman itu duitnya datang dari mana pulak. Dari langit ketujuh ka?

Negara diorang pun ada cukai.

Kita plak tak nak kutip cukai, duit nak datang dari celah mana?

Nak suruh tebang semua balak, korek semua lombong bijih timah, jual semua pasir dan tanah pada negara jiran, sedut selagi boleh segala hasil petroleum...?

Ladang Rakyat pe ceriter? Projek kambing jamnapari per ceriter? Kohilal ape ceriter? Lebuhraya Rakyat ape ceriter? Projek entah ke mana duit lesap semua...

CGT ganti GST???

Muahahahahaha, biaq betui? Kami tak perlu ulas panjang berjela kononnya CGT itu lebih baik dari GST. Yang cakap pasal CGT pun jenis lebai yang tak faham ekonomi.


GST ka atau CGT ka kedua-duanya adalah berkaitan dengan cukai. Apa cerita macai oooii?

Tadi hangpa kata cukai haram, CGT bukan cukai ka?

Kami di Mymassa pernah menerbitkan artikel pasal CGT hangpa boleh rujuk;

1. http://mymassa.blogspot.com/2014/10/cgt-vs-gst-kenali-cgt-kenapa.html
2. http://mymassa.blogspot.com/2014/10/cukai-cgt-dap-sengaja-letak-negara-pada.html

Bila dah baca baru kita tau puak-puak lebai ni pun kebuluq duit jugak tapi jenis tak pandai mentadbir negara kira nak songlap memanjang...

Puak kuat taqiyah banyak helah

Di kalangan puak-puak mereka bertaqiyah dan helah adalah sesuatu yang dibenarkan kononnya bagi melindungi agama...piraaah.

Banyak sangat cakap bohong adakah amalan kita diterima di sisi Allah?



Banyak cakap banyak bohong!

Bila banyak sangat cakap berbelit, bolehkan golongan ini dipercayai?

Mereka menentang GST hanyalah kerana merasa tercabar dengan transformasi ekonomi kerajaan BN. Walhal mereka tahu GST telah berjaya membawa kemakmuran kepada 169 buah negara di dunia.

Namun disebabkan takut kehilangan pengaruh disamping cubaan melindungi kartel-kertel perompak wang rakyat maka GST ditentang habis-habisan dan difatwakan haram pulak.

Kalau haram maka segala hasil GST gaji, bonus, pencen, kemudahan infrastruktur, bantuan persekolahan, biasiswa dan sebagainya juga haram sebab ia adalah pemberian kerajaan hasil kutipan GST.

Yang jadi masalah apabila peniaga-peniaga menipu rakyat menaikkan harga tanpa memansuhkan terlebih dahulu SST. Sebaliknya harga SST dikekalkan dan ditambah pula dengan GST...memanglah mahal. 

Siapa untung kalau bukan peniaga curang?

Tak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pengguna...

Untung berniaga sebelum ini tak sampai RM500,000.00 setahun pun ambil kesempatan mengenakan GST pada pengguna...zalim namanya tu. 

Mereka menaikkan harga kononnya kena GST walhal duit masuk poket bikin untung maaa. Golongan penipu perompak wang rakyat ini sepatutnya ditentang oleh puak pakatan. Tapi kenapa tak buat?



Nenek dan Kipas...

Bagi pulak Nenek Kipas buat pemeriksaan di kedai tokey korup memang harga harga dah mark up sebelum Nenek Kipas datang. 

Lepas tu Nek Kipas pun salahkan kerajaan walhal yang naikkan harga adalah peniaga curang.

Hujung-hujung kicap Cap Kipas Udang dicarinya....Jijah ooo Jijah hang dengan kipas macam adik beradik boleh mampuih kalau tak bawak kipas.



Bila tak tahu GST pi belajar ambil tahu lepas tu baru bercakap. Bukan hentam keromo macam tak dak aturan, Nanti tak ke itu nampak sangat bebalnya...

Nak tahu lagi pasal GST baca di link-link yang berkaitan;

1. http://mymassa.blogspot.com/2015/04/gst-jentera-pas-rompin-mula-berdoa.html
2. http://mymassa.blogspot.com/2014/05/gst-buat-mereka-yang-ingin-tahu-apa-itu.html
3. http://mymassa.blogspot.com/2014/04/tolakgst-adakah-gst-haram-disisi.html
4. http://mymassa.blogspot.com/2014/04/tolakgst-bila-tak-tahu-gst-salahkan.html
5. http://mymassa.blogspot.com/2015/01/gst-bila-ostad-tak-cukup-ngaji-buat.html
6. http://mymassa.blogspot.com/2015/01/gst-giliran-jakim-sekolahkan-ostad.html
7. http://mymassa.blogspot.com/2015/04/gst-hari-pertama-mamak-darussalam.html
8. http://mymassa.blogspot.com/2013/11/ringkasan-perbandingan-antara-sst-dan.html
9. http://mymassa.blogspot.com/2015/04/gst-bila-sang-kaya-pencacai-berotak.html

@ PRK PERMATANG PAUH : PERTOLONGAN YANG SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN SEGERA!

1

'Penduduk Kajang' berhimpun cari ADUN

Ketika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sibuk berkempen untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, puluhan penduduk Taman Delima pula berkumpul mempersoalkan khidmat wakil rakyat mereka itu.

Sambil mempertikaikan keupayaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melaksanakan amanah, Bahtiar Mohd Annuar, 44, yang mengetuai piket tersebut berkata 'kehilangan' Dr Wan Azizah ketika mereka dilanda musibah merupakan perkara yang amat menyedihkan dan sukar untuk dimaaf.

"Selasa lepas berlaku ribut, 60 rumah penduduk rosak dengan atap diterbangkan angin dan semalam Kampung Sungai Kantan pula dilanda banjir, tetapi Wan Azizah langsung tidak muncul.

"Ketika penduduk sedang bersedih dengan apa yang berlaku, wakil rakyat yang diharap pula sibuk berceramah dan berkempen untuk dirinya di Permatang Pauh...ini yang kami kesalkan," katanya.

Bercakap bagi pihak 60 keluarga itu, Bahtiar berkata beliau dan penduduk taman itu berharap Wan Azizah memikirkan kembali sumbangan yang diberikannya selepas memenangi kerusi itu pada Mac tahun lepas.

Katanya mereka juga mahu Dr Wan Azizah supaya tidak lagi menjadi 'orang yang menurut' perintah parti dan suami semata-mata sedangkan beliau turut mempunyai tanggungjawab besar menjaga kebajikan penduduk Kajang.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah, Suhaimi Sabudin daripada BN, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

- Bernama

PRK ROMPIN: POSTER-POSTER MENARIK 1001 CERITA FELDA...

0

Ramai pencacai di luar sana dok sembang dan tabur fitnah kononnya Felda dah nak bankrap, habis semua aset Felda kononnya telah tergadai akibat urusniaga saham FGV yang susut harga.

Maka meluap-luaplah perasaan segala para pencacai dan mereka yang baru kenal siapa puak PAS terpengaruh dengan dakyah pembohong puak hijo yang kuat taqiyyah ini.


Ada kalangan anak-anak peneroka ini yang hidupnya membesar dengan kemewahan turut menjadi penjilat kepada lendir-lendir dan kahak-kahak pembangkang.

Segala fitnah yang puak-puak taburkan mereka berebut-rebut hirup, teguk dan telan hingga sendawa tanpa menilai kesahihan sesuatu berita yang dibawa oleh golongan fasik pembawa berita.


Ada kalangan pemimpin PAS adalah berasal dari anak-anak orang Felda. Mungkin salah didikan atau dah memang jenis kufur nikmat maka segala nikmat yang diperolehi menjadikan mereka tetap kufur...

Kononnya Felda tak bawa apa-apa kebaikan pun. Mereka cakap mereka berjaya pun sebab usaha mereka sendiri. Bukan sebab bantuan Felda

Ye lah cuba ko duduk kat Palestine atau negara-negara Afrika sekarang.... ada ko rasa nikmat seperti yang perolehi seperti di tanah-tanah rancangan Felda kini?


Tengok apa yang terjadi dengan Ladang Rakyat yang dibangga-banggakan itu?

Habih bolos gondol kayu kayan balak...haram satu pokok ladang pun tak dak. Hujung tahun lalu orang Felda dapat bonus. 

Ladang Rakyat pulak bagi banjir lumpur dan balak hanyut. Rakyat derita tapi pemimpin pembangkang sembang lebih kononnya Tanah Felda perlu diselamatkan...

Nak selamatkan dari apa,,,cuba cerita sikit dengan fakta! 


Bila nak tabur fitnah kutip pulak kutu brahak yang dulunya kaki songlap duit Felda. 

Dey mana hilangnya RM30 juta tu?

Masuk tabung milo PAS ka?


Bila dah biasa tabur fitnah, setakat rasuah minyak hitam tu perkara biasa bagi puak-puak kaki taqiyah hijau ni. Dey setakat sedekah minyak hitam masa pilihanraya itu rasuah namanya.

Yang dapat pun pencacai PAS jer...ape ceriter?



Lepas tu nak bantah GST plak. Tak pa nak bantah ka, nak fatwakan haram ka korang punya pasal tapi jangan korang makan walaupun setitik dan sedikit pun hasil GST nanti.

Haram tau ambil sesuatu yang bukan hak

Samalah juga peneroka-peneroka yang bertindak menfailkan saman ke atas Felda kerana kebuluq duit saman isu kadar gred perahan sawit...hujung-hujung peneroka terbabit dan keluarga mereka dihalang mengambil segala bonus FGV, duit raya tahunan...

Padan muka tak dapat habuan, orang lain merasa korang tengok saja.
Tu duit berkepuk-kepuk kononnya akan menang saman yang dijanjikan peguam-peguam keling PKR; Latipah Koya, R.Sivarasa dan N. Surendran bila nak dapat? 

Dah 3 tahun saman difailkan, yuran bulanan tetap jalan, kos mahkamah, kos pengangkutan, kos dokumen semua dikira dek loyar-loyar tu...

Mana-mana peneroka yang nak tarik balik saman kena bayar denda RM5,000 pada loyar-loyar musibat...tengok sapa yang bodoh terjerat sekarang?

Kalau menang pun berapa peneroka akan dapat, berapa banyak duit yang loyar-loyar musibat akan sebat?

Korang ingat Felda duduk diam tak akan lawan mempertahankan hak mereka?...Cer jadi cerdik sket. jangan dok asyik kena tipu memanjang dek pembangkang jer.  


Rabu, 29 April 2015

TELCO VS RAKYAT.. RAKYAT MENANG... SETERUSNYA???

0


Satu berita baik bagi rakyat apabila Kerajaan mengambil tindakan tegas dalam mengekalkan harga asal tambah nilai kad prabayar seperti sebelum pelaksanaan GST. Perkara ini dilihat satu kemenangan moral kepada rakyat dan sekaligus Kerajaan kerana ini membuktikan bahawa Kerajaan senantiasa mendengar rintihan rakyat dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai satu keutamaan.



Apa seterusnya???.... Sudah tentu rakyat mahukan keadilan lebih-lebih lagi terhadap golongan yang mengambil kesempatan melampau menaikkan harga barangan keperluan dan merompak rakyat secara terbuka selepas pelaksanaan GST. Tidak cukup sekadar dakwa, Kerajaan juga perlu bersikap lebih telus dan mendedahkan butiran peniaga-peniaga "lintah darat" ini  iaitu nama premis perniagaan dan lokasi mereka  didalam muka surat khas akhbar perdana agar rakyat dapat mengelakkan diri dari terus ditipu atau lebih baik lagi rakyat akan menjadi "pemantau tidak langsung" pihak Kerajaan dalam memastikan peniaga yang telah menipu ini tidak lagi terus-menerus menipu rakyat. 



Ketegasan dan ketelusan Kerajaan sangat kritikal lebih-lebih lagi dalam menangkis penipuan puak-puak pembangkang yang dilihat sangat seronok menggunakan GST sebagai modal menanam kebencian rakyat terhadap Kerajaan dalam kempen-kempen PRK Parlimen Permatang Pauh dan Rompin. Kedangkalan dan kejahilan macai-macai dieksploitasikan semaksimum mungkin dalam usaha mengelirukan dan menghasut rakyat. Oleh itu, diharap pihak Kerajaan akan meneruskan usaha  murni ini dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga..



Selasa, 28 April 2015

JANGAN SEKSA WAN AZIZAH, KASIHANILAH DIA

3
KAJANG BANJIR BESAR SETIAP TAHUN

Washington DC - Pada tahun 2004, peratus pengundi yang turun dalam PRU ke-11 di Permatang Pauh sebanyak 80.93%. Keputusan amat mengejutkan bilamana Datuk Pirdaus Ismail, mantan Imam Besar Masjid Negara yang mewakili BN mendapat undi 21,147 (49.1%) dan Datuk Wan Azizah Ismail menerima undi 21,737 (50.47%) . Majoriti hanya sekecil 590 undi sahaja.


Apakah rahsianya? Adakah kerana calon BN seorang mantan Imam Besar Masjid Negara? Adakah kerana suasana politik ketika itu berpihak kepada BN selepas baharu sahaja peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi? Pokok persoalannya, mengapakah pengundi-pengundi di Permatang Pauh ketika itu hampir-hampir memberikan kemenangan kepada Datuk Pirdaus Ismail?


1. Jawapannya mudah, pada ketika (PRU 2004) itu Pirdaus Ismail berusia 39 tahun berbanding Wan Azizah 52 tahun. Kali ini (PRK 2015), calon BN berusia 43 tahun manakala Wan Azizah berusia 63 tahun. Bermakna pengundi Permatang Pauh mahukan calon muda yang bertenaga dan bermotivasi tinggi.


2. Di pihak Wan Azizah, percubaan kedua di Permatang Pauh kali ini diketahui ramai hanyalah untuk menyambung legasi suaminya DS Anwar Ibrahim. Mahu tidak mahu, kerusi Permatang Pauh sudah menjadi seolah-olah milik kekal keluarga Anwar walaupun sebelum tahun 1982, kerusi tersebut ditandingi oleh PAS sejak tahun 1955.


Pengundi-pengundi di Permatang Pauh juga perlu sedar, apabila Anwar dibebaskan daripada penjara kelak, Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pasti diadakan semula untuk memberi laluan kepada Anwar pula menduduki kerusi tersebut.


3. Tiada siapa boleh lupa bahawa, Wan Azizah memberikan alasan beliau sudah tua, mahu bersara dan mahu menjaga cucu menjadi alasan mengapa beliau meletakkan jawatan dahulu (2008) untuk memberi laluan kepada PRK Permatang Pauh supaya suaminya Anwar boleh bertanding semula. Baca semula alasan Wan Azizah ini


4. Hari ini,  Wan Azizah muncul semula sebagai calon PKR di Permatang Pauh pada ketika yang sama beliau juga adalah wakil rakyat negeri Selangor di DUN Kajang. Ironinya, satu di Kajang dan kini satu lagi sedang mencuba di Permatang Pauh. Mampukah Wan Azizah memikul amanah yang maha berat di kedua-dua tempat yang berjauhan itu? 


Kepada pengundi di Permatang Pauh, kasihanilah Wan Azizah, berikanlah dia masa rehat yang cukup, janganlah menghukum Wan Azizah sekejap berlari ke Kajang sekejap berlari ke Permatang Pauh. Biarlah dia mempunyai masa yang cukup untuk bermesra dengan cucu dan melawat Anwar di penjara. Memenangkan Wan Azizah bermakna anda menyiksa dirinya, memberi kemenangan kepada calon BN bermakna anda memberi kasih sayang kepada Wan Azizah!


5. Lim Guan Eng memberi amaran kekalahan PKR di Permatang Pauh akan menjadi penamat kepada Pakatan Rakyat. Maka, pengundi PAS di Permatang Pauh gunakanlah peluang ini untuk menegakkan Hukum Hudud. Tanpa PAS pun, PR sudah mempunyai pelan kecemasan (emergency plan) dengan mendaftarkan PASMA sebagai parti politik yang akan bergabung semula dengan PR. 


6. Walaupun golongan Ulama di dalam PAS tawar hati untuk membantu PKR di Permatang Pauh, tetapi golongan lain yang dipengaruhi oleh elemen DAP dan elemen Anwarisma di dalam PAS memberi sokongan kepada Wan Azizah. Sekali lagi, mereka sebenarnya mahu menyiksa Wan Azizah !


Saya meramalkan 70% pengundi PAS yang memberi sokongan kepada Hj Hadi Awang akan memboikot kerana pendirian PKR menolak Hukum Hudud adalah mandotori. Hanya 30% ini sahaja pengundi PAS yang berpihak kepada PASMA akan mengundi Wan Azizah.


7. Akhbar-akhbar Cina dua hari lepas meramalkan Wan Azizah akan mengalami kemerosotan undi yang besar di Permatang Pauh.


Kesimpulan
1. Sekiranya pengundi di Permatang Pauh memilih Wan Azizah lagi, maka mereka harus bersedia untuk suatu PRK kecil semula apabila Anwar dibebaskan daripada penjara. 


Perbandingannya, sekiranya mereka memilih calon muda daripada BN, mereka mempunyai peluang besar untuk menikmati bantuan seorang wakil rakyat yang betul-betul wakil rakyat di kawasan Permatang Pauh.


2. Pengundi-pengundi Permatang Pauh hendaklah beringat bahawa Wan Azizah adalah Wakil Rakyat Kajang sedia ada. Kawasan Kajang adalah kawasan yang setiap tahun dilanda banjir besar yang maha dashyat menenggelamkan sekolah, jalanraya, kedai-kedai dan pejabat-pejabat kerajaan. Setiap kali banjir besar di Kajang, Wan Azizah hanya mampu menonton sahaja seperti di sini


3. Kepada pengundi di Permatang Pauh mengapa memperjudikan masa hadapan anda?


Pesan saya dari jauh, berubahlah, Ini Kalilah!
Akhbar-Akhbar Cina Meramalkan
Wan Azizah Akan Mengalami Kemerosotan 
SUMBER

Isnin, 27 April 2015

PRK ROMPIN: BILA PENIPU DAN PEMBOHONG JADI PENCACAI SEBAR FITNAH

0

Selalunya orang yang suka makan duit haram, pecah amanah dan khianat akan terus buat kerja-kerja haram.

Mereka akan bersama dengan gerombolan haram melakukan apa saja kerja-kerja haram untuk meneruskan hidup mereka.

Benarlah kata pepatah; anjing kalau biasa makan tahi macamana sekali pun tetap akan makan tahi tak pun akan tetap hidu tahi.

Macam itulah juga terjadi pada pengkhianat-pengkhianat Felda yang selama ini hidup mewah hasil gelumang dengan rasuah dan penyelewengan. 

Bila dipecat dan dibuang dari Felda mereka masuk PAS untuk mencari perlindungan kononnya dizalimi kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Kononnya bila masuk PAS segala dosa dan kesalahan mereka akan terampun. Segala silap mereka ada pembelaan.

Kononnya bila masuk PAS mereka bertukar menjadi suci murni. Pakai kepiah dan jubah tahu satu dua ayat Quran maka dia akan diterima sebagai seorang yang maksum.

Itulah yang berlaku apabila diberi amanah dia khianat, bila bercakap suka bohong, bila berdebat mereka degil dan keras kepala tak mengaku salah, riak, suka tabur fitnah dan bersumpah palsu.



PAS tanpa segan silu atas pengaruh dari puak-puak liberal tolak ulama; PASMA telah menghadirkan ular dalam semak terbaru mereka; Datuk Sarcu Sawal.

Dia adalah bekas CEO KPF yang disabitkan kesalahan pecah amanah dalam ceramah "Selamatkan Felda 2.0" di Felda Keratong 4, Rompin pada Sabtu malam 24 April lalu.

Ceramah malam itu tak dapat sambutan hanya dipenuhi para pencacai yang terpaksa diimport dari luar. 

Malah ceramah hanya dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan hanya banyak serangan peribadi ke atas Tan Sri Isa Samad. 

Patut pun ceramah tak dapat sambutan...tapi sedekah wang rakyat tetap dikutip...tapi ke manakah perginya hasil samunan wang rakyat pada malam itu ???

Meskipun sudah beberapa hari lalu berlangsung program tersebut namun fitnah terhadap Felda terus dimainkan oleh puak-puak PAS demi meraih undi simpati. 


Itulah budaya dalam PAS yang mengutip anjing-anjing kurap menjadi pencacai mereka untuk menebarkan fitnah. 

Perjuangan mereka hanyalah untuk merebut kuasa walau dengan apa cara sekali pun termasuk mengambil para penjenayah, banduan dan manusia yang korup jadi penceramah dan pencacai upahan mereka.

Menuduh orang lain salah semata-mata melindungi kesalahan jenayah mereka. 

Adakah ini yang diajarkan oleh Islam seperti yang dilaung-laungkan PAS?

Wahai Sawal, mana perginya wang RM30 juta yang kau lesapkan? 

Bayangkan sudah tentu banyak manfaat diperolehi oleh anak-anak Felda jika Sarchu anak Sawal ni tak songlap wang rakyat RM30 juta tu...

Hari ni kau bebas pun atas jaminan mahkamah dan polis. Kes masih belum selesai...Kau nak suruh PAS selesaikannya dengan cara kau mencacai memperhambakan diri kau pada puak-puak PAS? 

Wahai PAS tak payahlah nak keluar undi dah memang kau akan kalah di Rompin...bawa-bawalah bertaubat menipu tu berdosa besar!!!

Pemecah amanah KPF kini menjadi Ostad dan ularmak penabur fitnah upahan PAS 


Link berkaitan;

Ahad, 26 April 2015

@PRK PERMATANG PAUH : WAN AZIZAH DEDAH NIAT 'SONGSANG' DALAM BORANG SPR

2
Perhatikan borang yang diisi oleh Wan Azizah semasa penamaan calon...



Wah....sudah jadi wakil rakyat rupanya Wan Azizah ni. Kalau dah jadi wakil rakyat, kenapa TAMAK sangat sampai dua kawasan dia nak jadi wakil rakyat.

Jom tengok betapa 'hebat'nya Wan Azizah sebagai wakil rakyat di Selangor.


Bukan ke Wan Azizah ni dah berpuluh tahun jadi wakil rakyat. Takkan macam ni kot kualiti yang dimiliki. Perkara asas pun boleh terlepas pandang.

Rasanya pengundi Permatang Pauh lebih mengenali Kak Wan. Buatlah keputusan yang tepat.

#TolakCalonTamak
#SudahCukupSudah
‪#‎PRKPermatangPauh‬
‪#‎MelakarSejarahBaru‬

*Memang ada wakil rakyat yang memegang dua jawatan iaitu Ahli Parlimen dan ADUN. Majoritinya dari pembangkang. Cuma berbeza dengan Wan Azizah, mereka bertanding dua kerusi serentak dalam PRU. Mungkin Wan Azizah boleh cipta rekod sebagai wakil rakyat yang bertanding dalam dua PRK dalam jarak masa yang dekat.

PEMUDA PAS TETAP BOIKOT PKR DI PRK PERMATANG PAUH - PORTAL TRANUNGKITE

2




BUKIT MERTAJAM: Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah, kekal dengan pendirian untuk memboikot jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ia susulan kegagalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memenuhi desakan pihaknya untuk menarik balik kenyataan berhubung PAS dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta hudud.

Mohd Yusni berkata, pihaknya tidak akan melakukan perubahan pendirian seperti dilakukan PAS Permatang Pauh.

"Kami akan tetap boikot jentera PKR bagi PRK ini dan akan berjuang sehingga AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutan kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan PAS Permatang Pauh yang membuat pusingan U dan kini kembali menyokong calon PKR selepas memberi kata dua kepada parti itu sebelum ini.

Pusingan U itu mungkin berpunca daripada kompromi yang dicapai hasil pertemuan malam semalam antara Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan PAS Permatang Pauh.

Sumber : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=23265

Sabtu, 25 April 2015

POSTER-POSETER PRK ROMPIN DARI PAGE ROMPINKU MAKMUR.

0
Sebuah page yang mempunyai banyak gambar-gambar kempen BN dalam PRK Rompin.


Rugi kalau kita tak tolong LIKE. Berikut ada beberapa poster yang didapati dari page tersebut. Mohon disebar-sebarkan ye.




*Sebar-sebarkan..

PRESIDEN DAN PAS KELANTAN BOIKOT PENAMAAN PRK PERMATANG PAUH, AHLI KECEWA BENDERA TAK KIBAR?

2
Dalam kesibukan Wan Azizah mencalonkan dirinya, rupa-rupanya PAS Pusat dan PAS Kelantan masih lagi tidak kisah apa yang berlaku di Permatang Pauh. Cuba lihat gambar-gambar ini....



Sebagai balasannya, tiada bendera PAS berkibar semasa penamaan calon tadi.

Poster dari page Malaysian Idiots

Walaupun PKR memberitahu media bahawa isu PKR dan PAS telah selesai, apa yang berlaku sebentar tadi menunjukkan sebaliknya....

*Mampukah Wan Azizah menang tanpa sokongan PAS? Sama-sama kita nantikan.

EDISI #PRKPERMATANGPAUH : ANTARA 2 NENEK, MAKCIK MAIMUN LEBIH MULIA DARI WAN AZIZAH

3
Ingatkah lagi anda kepada Makcik Maimun atau lebih dikenali dengan Tok Mun?

MyMassa tiba-tiba teringat kepada Tok Mun apabila seorang lagi nenek bertanding Pilihan Raya, Wan Azizah. Beza antara Tok Mun dan Wan Azizah, Tok Mun bertanding kerana kerana ingin bersuara DEMI RAKYAT manakala Wan Azizah bertanding demi suara SUAMINYA, Anwar Ibrahim.

Poster lama Tok Mun dan poster lama Wan Azizah di Kajang untuk ingatkan kita Wan Azizah adalah ADUN Kajang.

MyMassa pelik lagi hairan, mengapakah NENEK seperti Wan Azizah mahu memegang dua jawatan wakil rakyat? Tidak cukupkah jawatan ADUN Kajang yang dipegangnya sehingga dia begitu tamak untuk memegang jawatan AHLI PARLIMEN pula?


Jika dilihat, masalah utama DUN Kajang iaitu banjir kilat masih belum selesai. Saban hari, penduduk Kajang mendambakan wakil rakyat barunya, Wan Azizah untuk berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah rakyat malangnya Wan Azizah lebih pentingkan diri dan keluarganya.


Perjuangan dan modal politiknya hanya berkisar kepada kisah SUAMI dan KELUARGANYA. Malam tadi ketika diumumkan sebagai calon, tiada cerita lain yang diucapkan kecuali kisah Anwar dalam penjara.

Barangkali Wan Azizah lupa bahawa Anwar bukanlah sosok yang boleh dijual lagi. Cukup-cukuplah jaja kisah basi Anwar Ibrahim. Cubalah belajar dari Tok Mun yang ikhlas berkempen seorang diri demi memperjuangkan rakyat yang ingin diwakilinya.


Kepada pengundi Permatang Pauh, kali ini cubalah 'pinjamkan' kerusi Parlimen kepada calon UMNO-Barisan Nasional. Jika anda mendengar Wan Azizah buka cerita pasal Anwar, ingatlah bahawa nenek tua ini mungkin terlupa bahawa yang ingin diwakili dalam Parlimen adalah penduduk Permatang Pauh dan bukannya suara Anwar Ibrahim!

*Elok UMNO pasal lagu ni masa berkempen. SUDAH CUKUP SUDAH......



Jumaat, 24 April 2015

BREAKING NEWS: BIADAP HASIL DIDIKAN SIAPA NIE???

4

Inilah hasil apabila pencacai bertuhankan kebebasan yang kononnya ia adalah hak asasi manusia.

Tak nak komen banyak nanti marah pula geng-geng Lawyer For Liberty, Bersih, LGBT, PASMA, Anak, DAPSY, AMK, SAMM...

Cuba muka diaorang pula diconteng seperti ini...

Apalagi PDRM, SKMM sila ambil ambil tindakan segera tangkap pencacai yang anti Sultan ini.

Kalau tidak ...

Pencacai ini tentu ada kaitan dengan geng-geng yang disebutkan di atas.

Tak lupa juga dengan kaki seks seperti di bawah...


Siapa yang galakkan mereka kurang ajar pada Islam, Melayu, Raja Melayu... kalau bukan dia ini...


PRK ROMPIN: SAJA NAK TANYA PUAK-PUAK PAS...

0

Dalam PRK Rompin semua pihak nak menang termasuklah puak-puak pengacau daun yang nak cuba nasib.

Sajer jer kami nak tanya PAS yang suka jadi penyibuk dan penghasut yang sentiasa nak rebut kuasa.

Jika di Rompin 3 ADUNnya di Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman adalah kalangan orang UMNO, mengapakah penduduk Rompin perlu ada PAS, mengapa perlu pilih ahli Parlimen dari PAS?

Apakah relevannya kalau pilih orang yang boleh dipertikai kemampuannya!

Nanti susah nak kerjasama. Lebih baik semuanya ADUN BN dan Ahli Parlimen pun BN...kan senang buat kerja. Senang rakyat nak jumpa.

Rompin kan daerah yang luas, adakah PAS mampu nak membiayai pembangunan di daerah ini?

Mampukah PAS nak berjalan jauh melawat kawasan pendalaman, kalau sekadar pergi lawat kawasan tabur fitnah kutip sedekah?

Cukupkah hanya dengan slogan berkebajikan semata-mata. Cuba PAS ceritakan apa bentuk pembangunan yang mahu dibawa di Rompin?

Adakah PAS selama ini hanya jadi penumpang mahu pula jadi ahli Parlimen, maka semuanya akan diserahkan pada orang lain untuk buat kerja membangunkan Rompin...?

Itu bukan tanggungjawab namanya. Itu culas dan makan gaji buta! 

Semuanya nak free, cuci kaki jer...itu pemalas namanya.

Adakah hanya dengan mengutip derma dan sedekah tabung ke hulu ke hilir seperti yang selalu dilakukan PAS selama ini maka kebajikan rakyat dan pembangunan Rompin boleh dijaga dan dijalankan?


PAS mahu selamatkan Felda...nak selamatkan dari apa?

PAS ada duit mahu selamatkan Felda?

PAS ada kemahiran nak bantu Felda?

Selama ini peneroka penyokong mereka hanya menyanggak di tanah-tanah rancangan meraih pelbagai kemudahan tapi adakah mereka tahu bersyukur?

Dulu kebanyakkan mereka merempat mencari rezeki di Felda bila dah kaya melawan dan kufur nikmat?

Islam tak ajar begitu tetapi PAS yang ajar ramai peneroka dan keluarga mereka tersesat dan jatuh mengkufuri nikmat.

Sekali lagi PAS nak selamatkan Felda? Selamatkan dari apa?

Apa rancangan PAS nak selamatkan Felda?

Perjuangan bukan sekadar slogan semata-mata. Tapi perjuangan adalah melaksanakan janji, menabur budi bukan slogan hampas semata-mata sampai manusia mabuk khayal terinzal dengan pelbagai slogan bagai.

Berapa banyak kebajikan yang PAS telah jaga untuk peneroka dan keluarganya selama ini?

Cuba senaraikan la...cakap tara guna.

Setakat slogan mesra dan berkebajikan saja tak cukup untuk PAS nak bangunkan Rompin. 

Sekadar menguruskan kilang keropok lekor Mak Aji saja tidak sama dengan keupayaan memimpin wilayah Rompin...

Rompin bukan sekadar besar Keratong 5 tempat si calon PAS bertenggek selama ini.

Memimpin Rompin bukan seperti menguruskan Markaz PAS Keratong 4 yang lusuh itu. 

Pilihlah pemimpin yang layak dan ada kebolehan memimpin Rompin. BN Memimpin, Rompin Terjamin

Masih lagi nak kempen di Rompin?...

Cukup-cukuplah tu PAS... lebih baik tumpukan usaha menegakkan hudud kamu tu, fahamkan dan dapatkan sokongan DAP dan PKR dulu sebelum nak bercakap soal nak pimpin Rompin.

Lebih baik sokong calon BN, pemimpinnya baik dan boleh memimpin.

Sejahtera Rompin, BN Memimpin, Rakyat Terjamin....

Tapi PAS memang kaki spin, perangai buruk macam Ayah Pin. 



PRESIDEN CADANG PAS-UMNO BERGABUNG

13



Minggu lepas ketika mencari video lama di YouTube tiba-tiba terjumpa satu video berdurasi 18minit 24 saat yang merupakan laporan “Berita Terkini” yang dimuat naik dari akaun IMR Television. Video tersebut boleh ditonton di sini.

Video tersebut merakamkan sesi soal jawab bekas pemimpin PAS, Datuk Hassan Ali dalam satu program tertutup yang dihadiri oleh penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013 lalu.

Dalam menjawab soalan peserta dengan jelas Hassan berkata, sememangnya wujud usul untuk menggabungkan PAS dan Umno yang dinamakn usul UG yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.


Usul menggabungkan Pas dan Umno ini disokong pelbagai pihak dalam PAS antaranya ialah bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa termasuk beliau sendiri Hassan dengan tegas menyatakan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pula merupakan firaun kecil atau sebahagian dari parasit yang menghalang hasrat menggabungkan Umno dan PAS itu.

Dengan nada menghina Hassan menyebut Nik Aziz ketika Maulidur Rasul bukan berarak di Kota Baru tetapi sebaliknya pergi ke rumah Mendiang Karpal Singh, untuk menyambut ulang tahun Karpal malah Hassan menyatakan selagi Nik Aziz hidup jangan mimpi UG terlaksana.

Hassan dalam video tersebut beberapa kali menegaskan Hadi sangat pro penggabungan PAS/Umno tetapi dihalang oleh puak Anwarinas dan pro Nik Aziz dalam PAS.

Hassan tanpa berselindung berkata, menjelang Muktamar PAS Jun akan perbagai pihak perlu terlibat membantu Hadi dan usul UG nya dengan memastikan kumpulan Anwarinas dan pro Nik Aziz kalah dengan digantikan dengan kumpulan ulama yang lebih terbuka dan sanggup bergabung PAS dan Umno demi Melayu dan Islam.

Meneliti perkara ini, tentu ramai ternanti maklum balas terhadap Hadi. Adakah benar dia sedia bergabung dengan Umno ? Adakah benar kempen pemilihan dalam PAS yang sedang berlangsung kini ialah proses menyingkir kumpulan yang menentang usul UG dan digantikan dengan kumpulan yang konon bergelar ulama tetapi yang penting ialah ke arah agenda penggabungan Umno-PAS itu sendiri.

Jika ia fitnah maka video ini fitnah yang menggugat integriti tokoh sebesar Hadi, ia harus bertindak dengan menuntut Hassan menarik fitnah tersebut atau disaman. Mohon maklum balas daripada Hadi. (CB)












Khamis, 23 April 2015

PRK ROMPIN: FITNAH PAS BERKANTOIAN...DAH MALU, SALAHKAN UMNO PLAK?

1


Bagi calon dan parti PAS di Rompin, undi masyarakat Felda adalah penentu kemenangan mereka. 

Bagi mereka juga makin ramai pengundi Felda boleh ditipu maka lebih banyak undi yang mereka boleh dapat.

Malah makin ramai peneroka yang termakan fitnah, maki hamun dan kelentong mereka, maka lebih banyak wang yang boleh dipungut dari para peneroka tambahan lagi bila para peneroka dapat duit hasil jual sawit atau bonus dari kerajaan.

Kerja membangkang memang tak susah. Hanya menjual tubuh lagak seperti ostad dan alim ulama ditambah pula dengan menghafal beberapa kerat ayat Quran dan hadis, maka akan terloponglah mulut para juak-juak yang dahagakan bidadari sorga.

Fitnah menfitnah menjadi perkara biasa dan taqiyah bagi PAS. 

Pencacai mereka leka dihidangkan dengan fitnah  dan penipuan,  namun itulah hiburan penglipur bagi hati yang kontang dengan rasa syukur.

Dr Hatta Ramli jadi tekong PAS?

Hahahaha memang ini satu point dan peluru yang kami amat-amat dinantikan. 

Kesimpulannya mudah apa yang hendak dijajakan oleh Hatta anak Ramli ni?

Penduduk Kuala Krai di Kelantan tempat si Hatta ni jadi MP ditinggalkan semasa banjir.

Hinggakan rakyat di situ melarat terpaksa minta bantuan dari agensi kerajaan Pusat dan UMNO kerana tahu Hatta anak Ramli memang gagal dan lemah untuk membantu mereka.

Tapi kalau bab bersembang pong pang pong pang huh macam nak bergegar bumi. Tapi rakyat Parlimen sendiri melarat. 

Mu nak sembang gapo Hatta di Rompin, kejayae mu di Kuala Krai?


Hatta anak Ramli ini jugalah sebagai agen PASMA yang merosakkan PAS dari dalam menentang hukum Hudud dan pendirian Presiden.

Orang yang macam inilah yang telah merosakkan kempen PAS...ya kita suka taktik Hatta, Husam, Mahfuz, Sabu dan segala juak PASMA di Rompin ini.

Fitnah jadi makanan PAS di Rompin

Makin banyak fitnah ditaburkan maka makin berpeluang untuk BN dapat lebih banyak undi simpati.

PAS tak perlu tunjuk baik sangat kerana memang bukan baik pun. Belum lagi kempen berlangsung juak-juak mereka dah tabur fitnah yang mereka sendiri cipta.

Akhirnya kantoi dituduhnya pula BN yang sengaja reka cipta.

Fitnah pertama PAS di hari penamaan calon...kantoi 

Senangkan cara mereka berkempen?

Kerana mereka tahu tidak ada jasa atau kebaikan sedikit pun yang boleh ditonjolkan oleh calon mereka selain dari menjaja fitnah dan angkat diri kononnya anak usahawan kepok lekor.

Katanya calon adalah seorang ostad penghafal surah, namun dia juga hebat menabur fitnah.

Tapi ingatkah kamu wahai juak-juak PAS bahawa dosa fitnah itu umpama dosa membunuh?

Hari-hari kamu bunuh orang. Kamu tak minta maaf pun pada keluarga mangsa fitnah kamu.

Fitnah demi fitnah terkantoi dan makan diri.

Dulu tuduh Felda berdagang dengan Israel akhirnya kantoi kena saman malu.

Dulu fitnah kononnya Felda bankrap, jugak kantoi kena saman malu juga.

Lepas ni akan keluar pelbagai fitnah lagi terhadap Felda. Dalam masa yang sama mereka melantak segala kemudahan di Felda.  


Kami pesan juga kalau pencacai dan penyokong PAS tak suka GST kononnya haram, maka jangan nikmati atau guna langsung segala kemudahan yang rakyat dapat hasil percukaian GST. Haram juga hukumnya. 

Lagi banyak fitnah ditaburkan puak PAS di Rompin khususnya di 17 buah kawasan Felda, lagi banyak kesalahan dan hijab puak PAS akan terbuka dengan sendirinya.

Kita nantikan apa kekantoian yang paling besar akan berlaku pada jentera kempen PAS di Rompin!!!  

Hujan turun lebat mencurah-curah mengagalkan ceramah PAS setelah lafaz 'Yang baik dari Allah yang buruk datang dari Najib dan Rosmah" diucapkan oleh PAS semasa kempen pra pencalonan - Allah tak reda namaNya digunakan untuk kejahatan PAS