Rabu, 29 April 2015

TELCO VS RAKYAT.. RAKYAT MENANG... SETERUSNYA???



Satu berita baik bagi rakyat apabila Kerajaan mengambil tindakan tegas dalam mengekalkan harga asal tambah nilai kad prabayar seperti sebelum pelaksanaan GST. Perkara ini dilihat satu kemenangan moral kepada rakyat dan sekaligus Kerajaan kerana ini membuktikan bahawa Kerajaan senantiasa mendengar rintihan rakyat dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai satu keutamaan.



Apa seterusnya???.... Sudah tentu rakyat mahukan keadilan lebih-lebih lagi terhadap golongan yang mengambil kesempatan melampau menaikkan harga barangan keperluan dan merompak rakyat secara terbuka selepas pelaksanaan GST. Tidak cukup sekadar dakwa, Kerajaan juga perlu bersikap lebih telus dan mendedahkan butiran peniaga-peniaga "lintah darat" ini  iaitu nama premis perniagaan dan lokasi mereka  didalam muka surat khas akhbar perdana agar rakyat dapat mengelakkan diri dari terus ditipu atau lebih baik lagi rakyat akan menjadi "pemantau tidak langsung" pihak Kerajaan dalam memastikan peniaga yang telah menipu ini tidak lagi terus-menerus menipu rakyat. 



Ketegasan dan ketelusan Kerajaan sangat kritikal lebih-lebih lagi dalam menangkis penipuan puak-puak pembangkang yang dilihat sangat seronok menggunakan GST sebagai modal menanam kebencian rakyat terhadap Kerajaan dalam kempen-kempen PRK Parlimen Permatang Pauh dan Rompin. Kedangkalan dan kejahilan macai-macai dieksploitasikan semaksimum mungkin dalam usaha mengelirukan dan menghasut rakyat. Oleh itu, diharap pihak Kerajaan akan meneruskan usaha  murni ini dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga..



0 comments:

Catat Ulasan