Khamis, 23 April 2015

PRK ROMPIN: FITNAH PAS BERKANTOIAN...DAH MALU, SALAHKAN UMNO PLAK?



Bagi calon dan parti PAS di Rompin, undi masyarakat Felda adalah penentu kemenangan mereka. 

Bagi mereka juga makin ramai pengundi Felda boleh ditipu maka lebih banyak undi yang mereka boleh dapat.

Malah makin ramai peneroka yang termakan fitnah, maki hamun dan kelentong mereka, maka lebih banyak wang yang boleh dipungut dari para peneroka tambahan lagi bila para peneroka dapat duit hasil jual sawit atau bonus dari kerajaan.

Kerja membangkang memang tak susah. Hanya menjual tubuh lagak seperti ostad dan alim ulama ditambah pula dengan menghafal beberapa kerat ayat Quran dan hadis, maka akan terloponglah mulut para juak-juak yang dahagakan bidadari sorga.

Fitnah menfitnah menjadi perkara biasa dan taqiyah bagi PAS. 

Pencacai mereka leka dihidangkan dengan fitnah  dan penipuan,  namun itulah hiburan penglipur bagi hati yang kontang dengan rasa syukur.

Dr Hatta Ramli jadi tekong PAS?

Hahahaha memang ini satu point dan peluru yang kami amat-amat dinantikan. 

Kesimpulannya mudah apa yang hendak dijajakan oleh Hatta anak Ramli ni?

Penduduk Kuala Krai di Kelantan tempat si Hatta ni jadi MP ditinggalkan semasa banjir.

Hinggakan rakyat di situ melarat terpaksa minta bantuan dari agensi kerajaan Pusat dan UMNO kerana tahu Hatta anak Ramli memang gagal dan lemah untuk membantu mereka.

Tapi kalau bab bersembang pong pang pong pang huh macam nak bergegar bumi. Tapi rakyat Parlimen sendiri melarat. 

Mu nak sembang gapo Hatta di Rompin, kejayae mu di Kuala Krai?


Hatta anak Ramli ini jugalah sebagai agen PASMA yang merosakkan PAS dari dalam menentang hukum Hudud dan pendirian Presiden.

Orang yang macam inilah yang telah merosakkan kempen PAS...ya kita suka taktik Hatta, Husam, Mahfuz, Sabu dan segala juak PASMA di Rompin ini.

Fitnah jadi makanan PAS di Rompin

Makin banyak fitnah ditaburkan maka makin berpeluang untuk BN dapat lebih banyak undi simpati.

PAS tak perlu tunjuk baik sangat kerana memang bukan baik pun. Belum lagi kempen berlangsung juak-juak mereka dah tabur fitnah yang mereka sendiri cipta.

Akhirnya kantoi dituduhnya pula BN yang sengaja reka cipta.

Fitnah pertama PAS di hari penamaan calon...kantoi 

Senangkan cara mereka berkempen?

Kerana mereka tahu tidak ada jasa atau kebaikan sedikit pun yang boleh ditonjolkan oleh calon mereka selain dari menjaja fitnah dan angkat diri kononnya anak usahawan kepok lekor.

Katanya calon adalah seorang ostad penghafal surah, namun dia juga hebat menabur fitnah.

Tapi ingatkah kamu wahai juak-juak PAS bahawa dosa fitnah itu umpama dosa membunuh?

Hari-hari kamu bunuh orang. Kamu tak minta maaf pun pada keluarga mangsa fitnah kamu.

Fitnah demi fitnah terkantoi dan makan diri.

Dulu tuduh Felda berdagang dengan Israel akhirnya kantoi kena saman malu.

Dulu fitnah kononnya Felda bankrap, jugak kantoi kena saman malu juga.

Lepas ni akan keluar pelbagai fitnah lagi terhadap Felda. Dalam masa yang sama mereka melantak segala kemudahan di Felda.  


Kami pesan juga kalau pencacai dan penyokong PAS tak suka GST kononnya haram, maka jangan nikmati atau guna langsung segala kemudahan yang rakyat dapat hasil percukaian GST. Haram juga hukumnya. 

Lagi banyak fitnah ditaburkan puak PAS di Rompin khususnya di 17 buah kawasan Felda, lagi banyak kesalahan dan hijab puak PAS akan terbuka dengan sendirinya.

Kita nantikan apa kekantoian yang paling besar akan berlaku pada jentera kempen PAS di Rompin!!!  

Hujan turun lebat mencurah-curah mengagalkan ceramah PAS setelah lafaz 'Yang baik dari Allah yang buruk datang dari Najib dan Rosmah" diucapkan oleh PAS semasa kempen pra pencalonan - Allah tak reda namaNya digunakan untuk kejahatan PAS

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 25 April 2015 12:16 PTG

Itulah,parti pas ni ,tanpa segan malu mempergunakan nama ALLAH untuk kepentingan mereka ,sudahlah cukup2lah puak ni mempergunakan islam kerana kamu tu cuma sebuah parti,politik sama je mcm UMNO cuma UMNO mempertingkatkan syiar islam tanpa mempergunakan Islam tapi kamu menggunakan islam untuk penuhkan perut kamu saja.nak bantu rakyat kelantan buat rumah pun tak mampu yang mampu kutuk kerajaan,kutuk pemimpin kutuk kutuk kutuk, lama 2 parti pas ni jadi lah parti yang TERKUTUK.

Catat Ulasan