Isnin, 27 April 2015

PRK ROMPIN: BILA PENIPU DAN PEMBOHONG JADI PENCACAI SEBAR FITNAH


Selalunya orang yang suka makan duit haram, pecah amanah dan khianat akan terus buat kerja-kerja haram.

Mereka akan bersama dengan gerombolan haram melakukan apa saja kerja-kerja haram untuk meneruskan hidup mereka.

Benarlah kata pepatah; anjing kalau biasa makan tahi macamana sekali pun tetap akan makan tahi tak pun akan tetap hidu tahi.

Macam itulah juga terjadi pada pengkhianat-pengkhianat Felda yang selama ini hidup mewah hasil gelumang dengan rasuah dan penyelewengan. 

Bila dipecat dan dibuang dari Felda mereka masuk PAS untuk mencari perlindungan kononnya dizalimi kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Kononnya bila masuk PAS segala dosa dan kesalahan mereka akan terampun. Segala silap mereka ada pembelaan.

Kononnya bila masuk PAS mereka bertukar menjadi suci murni. Pakai kepiah dan jubah tahu satu dua ayat Quran maka dia akan diterima sebagai seorang yang maksum.

Itulah yang berlaku apabila diberi amanah dia khianat, bila bercakap suka bohong, bila berdebat mereka degil dan keras kepala tak mengaku salah, riak, suka tabur fitnah dan bersumpah palsu.



PAS tanpa segan silu atas pengaruh dari puak-puak liberal tolak ulama; PASMA telah menghadirkan ular dalam semak terbaru mereka; Datuk Sarcu Sawal.

Dia adalah bekas CEO KPF yang disabitkan kesalahan pecah amanah dalam ceramah "Selamatkan Felda 2.0" di Felda Keratong 4, Rompin pada Sabtu malam 24 April lalu.

Ceramah malam itu tak dapat sambutan hanya dipenuhi para pencacai yang terpaksa diimport dari luar. 

Malah ceramah hanya dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan hanya banyak serangan peribadi ke atas Tan Sri Isa Samad. 

Patut pun ceramah tak dapat sambutan...tapi sedekah wang rakyat tetap dikutip...tapi ke manakah perginya hasil samunan wang rakyat pada malam itu ???

Meskipun sudah beberapa hari lalu berlangsung program tersebut namun fitnah terhadap Felda terus dimainkan oleh puak-puak PAS demi meraih undi simpati. 


Itulah budaya dalam PAS yang mengutip anjing-anjing kurap menjadi pencacai mereka untuk menebarkan fitnah. 

Perjuangan mereka hanyalah untuk merebut kuasa walau dengan apa cara sekali pun termasuk mengambil para penjenayah, banduan dan manusia yang korup jadi penceramah dan pencacai upahan mereka.

Menuduh orang lain salah semata-mata melindungi kesalahan jenayah mereka. 

Adakah ini yang diajarkan oleh Islam seperti yang dilaung-laungkan PAS?

Wahai Sawal, mana perginya wang RM30 juta yang kau lesapkan? 

Bayangkan sudah tentu banyak manfaat diperolehi oleh anak-anak Felda jika Sarchu anak Sawal ni tak songlap wang rakyat RM30 juta tu...

Hari ni kau bebas pun atas jaminan mahkamah dan polis. Kes masih belum selesai...Kau nak suruh PAS selesaikannya dengan cara kau mencacai memperhambakan diri kau pada puak-puak PAS? 

Wahai PAS tak payahlah nak keluar undi dah memang kau akan kalah di Rompin...bawa-bawalah bertaubat menipu tu berdosa besar!!!

Pemecah amanah KPF kini menjadi Ostad dan ularmak penabur fitnah upahan PAS 


Link berkaitan;

0 comments:

Catat Ulasan