Jumaat, 24 April 2015

PRESIDEN CADANG PAS-UMNO BERGABUNG




Minggu lepas ketika mencari video lama di YouTube tiba-tiba terjumpa satu video berdurasi 18minit 24 saat yang merupakan laporan “Berita Terkini” yang dimuat naik dari akaun IMR Television. Video tersebut boleh ditonton di sini.

Video tersebut merakamkan sesi soal jawab bekas pemimpin PAS, Datuk Hassan Ali dalam satu program tertutup yang dihadiri oleh penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013 lalu.

Dalam menjawab soalan peserta dengan jelas Hassan berkata, sememangnya wujud usul untuk menggabungkan PAS dan Umno yang dinamakn usul UG yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.


Usul menggabungkan Pas dan Umno ini disokong pelbagai pihak dalam PAS antaranya ialah bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa termasuk beliau sendiri Hassan dengan tegas menyatakan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pula merupakan firaun kecil atau sebahagian dari parasit yang menghalang hasrat menggabungkan Umno dan PAS itu.

Dengan nada menghina Hassan menyebut Nik Aziz ketika Maulidur Rasul bukan berarak di Kota Baru tetapi sebaliknya pergi ke rumah Mendiang Karpal Singh, untuk menyambut ulang tahun Karpal malah Hassan menyatakan selagi Nik Aziz hidup jangan mimpi UG terlaksana.

Hassan dalam video tersebut beberapa kali menegaskan Hadi sangat pro penggabungan PAS/Umno tetapi dihalang oleh puak Anwarinas dan pro Nik Aziz dalam PAS.

Hassan tanpa berselindung berkata, menjelang Muktamar PAS Jun akan perbagai pihak perlu terlibat membantu Hadi dan usul UG nya dengan memastikan kumpulan Anwarinas dan pro Nik Aziz kalah dengan digantikan dengan kumpulan ulama yang lebih terbuka dan sanggup bergabung PAS dan Umno demi Melayu dan Islam.

Meneliti perkara ini, tentu ramai ternanti maklum balas terhadap Hadi. Adakah benar dia sedia bergabung dengan Umno ? Adakah benar kempen pemilihan dalam PAS yang sedang berlangsung kini ialah proses menyingkir kumpulan yang menentang usul UG dan digantikan dengan kumpulan yang konon bergelar ulama tetapi yang penting ialah ke arah agenda penggabungan Umno-PAS itu sendiri.

Jika ia fitnah maka video ini fitnah yang menggugat integriti tokoh sebesar Hadi, ia harus bertindak dengan menuntut Hassan menarik fitnah tersebut atau disaman. Mohon maklum balas daripada Hadi. (CB)












13 comments:

mohd shafiq berkata... 24 April 2015 8:49 PG

soalan saya, adakah umno sokong hudud? jika hanya bercakap nk gabung semua org boleh ckp. tp usaha nk tegakkan hukum islam langsung tiada. esok di akhirat jawab sendiri depan Allah.

kiasfansuri berkata... 24 April 2015 9:24 PG

adakah kita mampu bawa hudud jika kita lemah?

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 9:43 PG

mimpi ke ko. dah terang sidang dun kelantan UMNO sokong hudud. Yg terang2 tak sokong Dap ngan Pkr. apa punya soalan da

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 10:20 PG

PKR sokong hudud ke? khalid samad? MP sepang?

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 11:23 PG

mohd syafiq, jgn dok putaq modal hudud la. dalam PAS sdr ada yg tak sokong hudud PAS, apa crita?? hang kalo belum paham bab undang2 islam, jgn dok sembang bab hukum.. apa hang ingat undang2 islam tu hudud saja?

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 11:39 PG

Nak menitik air mata... semoga gabungan ini menjadi kenyataan.

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 11:40 PG

Amanat arwah tgna pun mahu pas bekerjasama dgn umno. Bersatulah wahai umat islam.

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 11:43 PG

Bila kita bersatu...dapat dihindarlah adalah ancaman penggunaan kalimah Allah, ancaman memurtadkan anak2 kita, ancaman azan mengganggu, ancaman penjualan arak di premis ka2asan melayu...inshaAllah

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 3:43 PTG

En Shafiq tak suka membaca tu pasal tak tahu adun UMNO 100% sokong hudud... Inilah masalah utama org PAS...

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 5:52 PTG

Ni yg kapir harbi n DAP tak suka. Biar Melayu pecah lagi boleh bikin untung maa

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 6:59 PTG

Saya amat terharu dengan Cadangan mengabungkan UMNO dengan PAS ini demi Islam dan Melayu.

Tanpa Nama berkata... 27 April 2015 7:05 PTG

Macam mana dgn peristiwa Al Shayid Ibrahim Libya dan org2 kampung Memali yang dibunuh. Bolehkah peristiwa ini dipadamkan demi keperluan politik semasa.

Tanpa Nama berkata... 20 November 2015 8:49 PG

Amanah /PH di pihak mana??

Saksikan vedio ini

https://www.facebook.com/tuan.hafiz.3/videos/1685789354970048/?pnref=story

Catat Ulasan