Rabu, 22 April 2015

GST: JENTERA PAS ROMPIN MULA BERDOA LAKNAT BUAT GST!!!


Baru ku tahu GST itu haram dan berdosa siapa yang mengutip dan memakannya.

Baru ku tahu GST itu menindas rakyat bawahan yang hidup mereka sengsara

Baru ku tahu GST itu adalah cukai yang dibayar kepada golongan penindas rakyat bawahan.

Ya GST memang haram. Haram dikutip oleh para peniaga yang tidak berdaftar GST dengan Kastam tetapi telah mengenakan GST kepada rakyat. Itu haram hukumnya.

Tipu pengguna salahkan kerajaan

GST itu haram jika para peniaga mengeluarkan resit pembelian tertera nombor ID GST palsu kerana itu mencuri hak rakyat dan menzalimi pengguna.

Ya memang GST itu haram bila peniaga yang untungnya tak seberapa tak sampai RM500,000.00 setahun tetapi mengenakan GST kepada kami rakyat jelata.

Duit yang dikutip itu adalah haram buat mereka dan keturunan mereka.

Kita jika menentang GST yang dikatakan haram itu maka kita perlu bersama-sama berdoa pada Allah s.w.t agar melaknat sesiapa saja yang memakan segala hasil kutipan GST secara haram. 

Kita perlu berdoa agar kita tidak sesekali memakan hasil GST yang haram itu kerana kita menentangnya.

Calon anti GST jual agama kutip derma   

Wahai penentang GST marilah kita berdoa ramai-ramai menentang GST yang dikatakan haram itu. 

Kita harus berani untuk menegakkan yang hak. Ayuh ahli-ahli jentera PAS di Rompin kita berdoa meminta agar pemakan GST termasuk ahli-ahli PAS yang menikmati pembangunan hasil GST akan dilaknat Tuhan.

"Wahai Tuhan kami sesungguhnya GST itu kami fatwakan haram dan kami menolaknya. Jauhkan kami dan keluarga kami dengan GST kerana GST itu menindas kami. GST itu menzalimi kami kerana memiskinkan kami, rakan-rakan serta saudara mara kami...

Wahai Tuhan kami jika GST haram maka haramlah bagi kami menikmati segala hasil GST yang dikutip kerajaan untuk membayar gaji-gaji kami, pencen-pencen kami, perubatan anak cucu kami, persekolahan anak cucu kami, subsidi barangan keperluan harian kami, haram kami memijak masjid dan surauMu yang dibina dengan duit GST, yang di dalamnya tersedia segala kemudahan dan perhiasan yang menggunakan wang hasil GST.

Ya Tuhan kami jika GST itu haram buat kami, maka mulai 1 April 2015 bersamaan 11 Jamadil Akhir  1436H haramlah buat kami dan anak cucu kami menikmati segala hasil kemakmuran yang terhasil dari cukai GST ke atas kami. 

Haram bagi kami menikmati BR1M, bantuan persekolahan untuk anak-anak kami, subsidi-susidi kemudahan pengangkutan buat kami, subsidi air dan elektrik buat kami, subsidi makanan buat kami. 

Jika GST itu haram maka kami berpendapat haramlah segala hasilnya untuk dinikmati oleh kami dan anak cucu kami. Tidaklah layak kami kami menikmati segala hasil GST walaupun sesen. 

Kami tak peduli walaupun mulai 1 April 2015 semua GST yang dibayar secara sah dan benar akan dimasukkan ke dalam akaun perbendaharaan negara kami,  namun kami tetap  mahu mengharamkannya. Maka haramlah bagi kami dan anak cucu kami serta para pengikut kami menikmatinya.

Jika kami masih makan dalam masa yang sama kami menentang dan mengharamkannya maka Demi Allah kami dan keluarga kami akan ditimpa laknatMu".    

Wahai PAS di Rompin ada berani doa macam ni?     

Mulai bulan April ini dan seterusnya segala duit gaji, duit pencen, peruntukkan subsidi, bayaran untuk perbelanjaan surau, masjid, kemudahan infrastruktur, sekolah, subsidi air, elektrik dan sebagainya menggunakan hasil kutipan GST.

Kerajaan telah melupuskan cukai SST yang selama ini menjadi penyumbang dalam pendapatan dan juga perbelanjaan negara. 

Jadi jika kamu wahai PAS menentang GST untuk dapat undi maka kamu juga perlu menentang segala perbelanjaan negara yang kamu perolehi hasil dari GST itu.  

Kalau tak nak guna hasil GST bolehlah kutip sedekah semasa ceramah-ceramah nanti. Lagi banyak tabur fitnah lagi banyak dosa kering yang kamu dapat...persoalannya adakah halal cara kamu itu?

Hehehe kalau tolak GST maka kedai orang PAS pun kenalah hapuskan GST dulu jangan caj pada pengguna termasuklah kedai keropok Mak Aji tu. 

Err dengar kata kedai-kedai tokey kat Rompin dan Muadzam yang untung tak sampai RM1/2 juta setahun pun mengenakan GST lepas tu salahkan kerajaan...apa ceriter??? 

7 comments:

Tanpa Nama berkata... 22 April 2015 3:11 PTG

Inilah bila tidak ade ilmu didada... hidup hanya tahu halal haram sahaja.

Tanpa Nama berkata... 22 April 2015 3:51 PTG

Bab guna agama ... politician mereka pakar. Rekod mereka mengharamkan memang hebat.. zaman kecik2 dulu... belajar sains pun haram?

Tanpa Nama berkata... 22 April 2015 3:56 PTG

YANG PENIAGA KAFIR LAKNATULLAH MENIPU "RAKYAT" KERAJAAN PULAK YANG SALAH......ITU MENGONG PUNYAK OTAK MA!

Tanpa Nama berkata... 22 April 2015 6:58 PTG

Golongan semua mereka yang betul, syurga penuh dengan mereka atau silap kot neraka?

Tanpa Nama berkata... 24 April 2015 11:09 PG

aku nk tgk berapa lama depa boleh tahan hidup tanpa segala subsidi semua tu. selama ni pon puak tu la yg paling awai beratoq mintak Br1m, subsidi baja, subsidi beras, duit bantuan JKM dsb.

Tanpa Nama berkata... 25 April 2015 1:38 PTG

Zzzzzz tanpa nama berkata same person.... WTFSTFU........ yg haram tetap haram dan xkan halal sampai kiamat... begitu juga sebaliknya... itu ketentuan yg MAHA ESA bukan hak manusia sesiapapun jua..... zzzzzzz IF U FAIL TO OBSERVE AND HAVE NO CERTAIN KNOWLEDGE THEN STAY QUITE...ITS BETTER FOR U.... kalo xtahu dok diam2... jgn tunjukkan kejahilan dalam diri.....

Tanpa Nama berkata... 25 April 2015 8:42 PTG

Sama juga macam waktu dulu, masuk sekolah aliran enggris, di katakan masuk kristian.....

Catat Ulasan