Rabu, 31 Disember 2014

DEBAT TONY PUA LAWAN RAKYAT

4
KLIK UNTUK BESARKAN

LIHAT KERAKUSAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN, DEDAHKAN SYARIKAT BALAK CINA SINGAPURA!!!

18











Gambar-gambar terbaharu dari udara yang diambil dari helikopter dan pengesahan gambar-gambar yang sama dari sumber google imej dan google map menunjukkan Rahsia besar kawasan pembalakan Lojing botak, rosak dan punah. 

Segala-galanya alam, hutan, ekosistem rosak terok dengan Kerakusan manusia yang gila Wang, kerana Wang untuk membeli pangkat dan jawatan.

Tidak perlu berlapik lagi, Kerajaan PAS ketika Husam berkuasa mesti bertanggungjawab!!! Dedahkan siapakah Syarikat Balak dari Cina Singapura yang dibawa masuk oleh Husam! Ambil semula wang Balak itu untuk pulihkan Kelantan yang hancur gara-gara mereka.

Kepada rakyat Kelantan, lihatlah dan saksikanlah Kerakusan Manusia merosakkan alam ciptaan Ilahi menyebabkan banjir luar biasa di negeri Kelantan.

Ketika banjir besar memunjak Husam lari bersembunyi, Ahli Parlimen Kuala Krai lari bersembunyi, dan ramai lagi lari bersembunyi setelah mengaut keuntungan jutaan ringgit. Sebab itu mereka tidak perlu bekerja lagi...

Bersambung...













SAJAK MERUNTUN JIWA...KENAPA RUMAH KITA RUNTUH IBU, ABAH?

4

Ibu...
Kenapa rumah kita dihanyut banjir?
Abah...kenapa begitu dahsyat bencana ini?
Apa dosa-dosa kita... hingga Tuhan hukum sebegini?
Adakah kita selama ini leka
Hingga hukum Tuhan kita permain-mainkan
Kalimah suciNya kita gadaikan
Kita biarkan maksiat berleluasa, 
rasuah melata, alam kita yang membinasanya

Ibu...
Dulu kita begitu angkuh menghina
Dulu kita sombong berfatwa
Kita menjalar di jalan-jalanraya
bangga terjerit-jerit melata, merata-rata...
berbaju berwarna warni di kota-kota
Seolah-olah kita begitu hebat berkuasa
Peraturan kita langgar
Suara kita gegar
bagai tiada kuasa yang mampu halang arus kebangkitan kita
Orang lain kita doa laknatkan
Kita ego tak pedulikan larangan
Kita hilang kejujuran
Yang berniaga tak bertimbang rasa
Mengaut untung selagi ada
Memeras tak kira masa
Jika untung banyak... dialah yang berkuasa
Yang punya kuasa, 
berleluasa tutup mata
dengan apa yang ada di sempadan sana
Jenayah masuk dibiarkan saja
Anak isteri diberi rezeki entah sumbernya apa?

Abah...
Mungkinkah ini petunjuk dari Tuhan
Mahu kita muhasabah diri
Mahu kita bersatu hati
Tegakkan hukumNya dibumi ini
Mahu kita memuji RasulNya sentiasa.
Mahu terus mengesakanNya
Tiada lagi bersahaja bersama mempersekutukanNya

Ibu...Abah
Terlalu perit penderitaan ini.
Rumah kita musnah
Kenderaan kita punah
Bandar-bandar kita hancur digenangi lumpur
Anak-anak kecil terus menangisi
Ibu dan bapa terus mengeluh
Air bah itu terlalu besar...

Tuhan
Mungkinkah ini balasan Mu
Kerana kita terlalu angkuh berbicara
Kita kufur pada nikmatNya
Memekik meminta-minta pada yang bukan haknya
Kita terus mengadu domba
menabur fitnah tak kira apa caranya
Menagih kuasa merebut dunia
Mengumpul kekayaan khianat caranya...
Sedangkan yang teraniaya jauh di mata
merintih berdoa meminta ihsan Tuhannya
tunjukkan kuasaMu...sesungguhnya kami teraniaya...

Ibu...Abah
Kini semua nikmat itu direntap sekelip mata
Dengan air badai entah dari mana
Namun disebalik musibah 
masih ada yang terus bersengketa...

Syukur pada Tuhan kita masih hidup
Untuk menginsafi apa yang selama ini kita lakukan
...pada manusia, pada alam dan juga pada Tuhan

Syukur masih ada insan-insan sudi membantu
melupakan apa yang dulu dia dihina dicerca
oleh kita semua...

Ibu, Abah
Syukur... Tuhan masih sayang kita
Masih lagi memberi nikmat hidup buat kita
Walaupun semua sudah punah binasa
Namun sinar baru tetap ada
Kita mulakan hidup baru
Pada nikmat dan rahmat yang akan terus menjelma
Hikmah disebalik musibah ini.

Selamat tinggal 2014...
Selamat datang 2015
Semoga Tuhan memberkati hidup kita
Di tahun baru nanti..

Olak Jeram, Kuala Krai 2014  




TONY PUA, USAHLAH BERLAGAK PANDAI JIKA HERO DI DEPAN HANDPHONE SAHAJA!

2


BENCANA banjir besar yang melanda negara kita khususnya di negeri-negeri pantai timur meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat kita yang ditimpa ujian ini.
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan ujian yang maha besar ini, Kerajaan berjaya melaksanakan misi utamanya iaitu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan mengurangkan angka kematian.

Selasa, 30 Disember 2014

MAIN-MAIN AIR BANJIR ....EEEI GEDIKS...POYO PUN ADE !

3


Kata orang kalau nak berselfie atau berfoto masa banjir tu berpada-padalah jangan sampai timbul cacian orang.

Tau la awak tu celebriti namun paling penting awak tu adik kepada seorang Menteri Besar. 

Apa yang awak buat itu akan mencerminkan imej dan maruah keluarga awak.

Ketika banjir inilah ramai yang nak tunjuk hero. 


Kuala Lumpur - Pengacara sensasi, Azwan Ali kembali dikritik hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana ‘selfie’ ketika banjir di Kuala Kangsar baru-baru ini. Azwan di dalam rakaman video berdurasi 0:15 saat itu berkata akhirnya dia dapat merasai pengalaman banjir.

Sebab kita tidak pernah merasa banjir di Kuala Lumpur. “Lihatlah orang-orang Perak” katanya melalui rakaman video tersebut.

Rata-rata memberikan komen tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang dilihat hanya ingin mencari publisiti murahan berbanding membantu mangsa yang terlibat dengan banjir.

Malah ada dikalangan mangsa banjir yang turut dikatakan kurang senang dengan komen yang diberikan Azwan itu.

Azwan sebelum ini pernah dikritik hebat kerana tindakan ‘selfie’ ketika ribuan rakyat Malaysia sedang bertafakur bagi mengingati mangsa nahas MH17.

Masyarakat merasakan tindakan Azwan itu sangat melampau dan tidak sensitif kerana tidak menghormati perasaan khusus kaum keluarga waris yang sedang bersedih.

Selain Azwan pelakon dan usahawan Fizo Omar turut dikritik segelintir pengikut laman Instagram miliknya yang mengecam tindakan dia memuat naik gambar selfie ketika dalam perjalanan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan pada Ahad lalu.


Nasibla, kekadang niat baik kena kritik, apatah lagi jika niat tak baik semata-mata cari publisiti pasti kena maki berguni-guni...

Namun ia berbeza jika ada pemimpin rakyat dan tokoh masyarakat yang buat...pujian pasti pasti lebih hebat.

Datang ketika banjir surut ...Melawat rakyat di bandar-bandar meninjau bagaimana mahu mengambil kesempatan membuat untung dalam perniagaan di kala banjir.
Air banjir terlalu dalam hingga ke paras dada, namun demi masyarakat Mat Sabu sanggup tenggelam...
Perdana Menteri melawat banjir di atas helicopter yang disewa menggunakan wang sendiri sambil bersms dan berwhatsapp mendengar keluhan rakyat. 
Bersedia dengan uniform khas untuk meredah banjir 
Rakaman bersama mangsa banjir untuk program prihatin bersama rakyat

SEBAB-SEBAB DAP TUNTUT KUASA SENDIRI DI P.PINANG

9


Zairil Khir Johari telah menulis dalam Roketkini dan berkata kerajaan negeri perlu diberilebih autonomi dan memetik contoh spesifik di Pulau Pinang.

Ini bermakna beliau mahu kerajaan Persekutuan memberi lebih banyak dana kepada kerajaan Pulau Pinang dan membenarkan kerajaan Pulau Pinang mempunyai suara lebih besar dalam kutipan cukai, potongan cukai pendapatan dan duti dari negeri mereka sendiri.

Beliau menulis bahawa; “Dalam konteks ini, adalah menakjubkan bahawa Pulau Pinang dapat mencapai kejayaan selama ini meskipun dihalang oleh struktur yang sangat terpusat ini.

“Bagi negeri yang menyumbang separuh daripada eksport elektrik dan elektronik Malaysia, satu pertiga daripada eksport pembuatan, dua pertiga daripada hasil pelancongan perubatan dan hampir satu persepuluh daripada KDNK negara, adalah satu skandal besar bahawa kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi hanya mampu membelanjakan kurang daripada setengah peratus (0.05 peratus) daripada belanjawan negara.”

Wahai Zairil, pencapaian yang indah itu telah dijayakan sebelumnya oleh kerajaan Gerakan-BN di bawah sistem yang sama, sistem yang kita ada sekarang!

Hanya kerana kerajaan anda gagal untuk memperbaikinya, anda mahu lebih banyak wang?

Biar saya mengingatkan anda bahawa pentadbiran kerajaan negeri anda gagal mengawal perbelanjaan negeri yang meningkat 300%, daripada RM270m pada tahun 2007 kepada RM831m pada tahun 2013 manakala pendapatan operasi biasa negeri kerajaan anda tidak berubah.

Ini kerana kerajaan Pulau Pinang semakin kekurangan tanah untuk dijual kerana semua tanah telah dijual atau diniagakan lebih daripada RM10 bilion sejak tahun 2008?

Berikut adalah ‘senarai jualan tanah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008

Ini kerana pelaburan ke Pulau Pinang telah menurun secara drastik pada tahun-tahun kebelakangan ini dan Ketua menteri, Lim Guan Eng anda kini menyalahkan Kerajaan Persekutuan bukannya diri sendiri kerana tidak dapat melakukan kerja yang lebih baik untuk menarik pelaburan?

Ini kerana anda tahu bahawa wang mudah untuk kerajaan Pulau Pinang akan kehabisan tidak lama lagi (pegangan tanah negeri jatuh dari 18% kepada 6% sejak 2008) dan oleh itu anda meminta lebih banyak wang? Berapa bilion lagi kerajaan Pulau Pinang mahu ?

Adakah anda tidak tahu bahawa Kerajaan Persekutuan telah banyak memberi dana dan membantu Pulau Pinang ? Bayaran untuk menaik taraf lapangan terbang anda 2 tahun yang lalu, yang dibayar untuk menaik taraf pelabuhan anda? Bayaran untuk projek-projek peningkatan Bukit Bendera (di mana anda mensia-siakan sebahagian daripada wang itu dengan membina tempat letak kereta kancil yang gagal)?

Ini semua adalah pembiayaan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan juga melakukan ‘bailed out’ 96% daripada hutang kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2011 dengan membeli aset-aset air negeri – fakta yang anda kemudian dakwa sebagai keajaiban Guan eng membantu Pulau Pinang menjadi bebas hutang.

Dalam usaha untuk menjustifikasikan mengapa Pulau Pinang perlu diberi lebih autonomi, Zairil memberi lebih sebab mengarut termasuk “Persekutuan yang paling terpusat dan pertumbuhan yang tidak seimbang di antara negeri-negeri”

Di sini beliau memberi contoh Amerika Syarikat, India dan Jerman untuk mengatakan bahawa negeri-negeri di negara-negara tersebut telah menikmati lebih autonomi berbanding dengan Malaysia.

Sudah tentu berjaya dipraktikkan di negara-negara itu sebab ‘negeri-negeri mereka mempunyai penduduk yang ramai! Malah beberapa mega-bandar mereka mempunyai penduduk lebih daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Itulah sebabnya ia lebih berkesan dan logik jika negeri-negeri kurang berpusat.

Adakah anda menjangkakan Perlis yang mempunyai penduduk seramai 240,000 orang perlu mempunyai pasukan polis mereka sendiri dan mampu membayar jumlah yang diperlukan untuk memajukan negeri mereka?

Jangan bersikap bodoh di sini lah Zairil dan membandingkan negara Malaysia yang kecil dengan negara mega-besar India.

Dan sebab mengapa negara kita lebih berpusat adalah kerana negara kita kecil dan dengan itu akan membenarkan Kerajaan Persekutuan mengagihkan sumber untuk membolehkan negeri yang lebih kaya membantu negeri yang miskin supaya negara kita mempunyai pembangunan yang lebih seimbang.

Jangan beritahu saya di negara-negara yang tidak berpusat dalam contoh-contoh anda namakan seperti Amerika Syarikat bahawa negeri Alaska mempunyai kekayaan yang sama rata dengan California atau Kansas adalah sekaya negeri New York ?

Negeri-negeri itu mempunyai pertumbuhan tidak seimbang yang terlalu besar dan ia tiada kaitan dengan model tidak berpusat atau berpusat.

Zairil juga menyatakan” Lebih teruk lagi apabila kita mempertimbangkan nasib negeri-negeri yang kaya dengan sumber asli seperti Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Negeri-negeri ini telah dinafikan pembangunan yang setimpal dengan wilayah-wilayah lain dan kini mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi di negara, walaupun menjadi antara penyumbang terbesar hasil negara melalui pengeluaran minyak dan gas.

Jika itu berlaku, maka Pulau Pinang tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa subsidi gas atau lebih dana pembangunan atau subsidi tol yang dibiayai oleh negeri-negeri Malaysia Timur.

Dan untuk maklumat anda, Zairil, Sarawak menunjukkan prestasi yang amat baik dan mempunyai lebihan belanjawan tahunan sebanyak RM2b kepada RM4b, rizab negeri sebanyak RM24 bilion dan hutang sifar. Malah, mereka lebih kaya daripada Kerajaan Persekutuan pada hutang-bersih asas per kapita.

Mereka tidak memerlukan bantuan anda dan mereka telah lakukan dengan baik di bawah sistem sekarang.

Dengan apa yang Zairil Khir Johari (tanpa “Bin”) menulis, saya boleh rumuskan dengan tiga kesimpulan kemungkinan apa yang beliau mahu:

1) Beliau mahu Pulau Pinang menjadi sebuah negara yang berasingan atau sesuatu kawasan pentadbiran khas seperti Hong Kong. (peluang besar, sila minta kebenaran daripada DYMM Sultan Kedah sama ada baginda bersetuju)

2) Beliau mahu Sabah dan Sarawak juga mempunyai autonomi (ini adalah hasutan terlampau dan sensitif pada masa ini dan Zairil perlu segera disiasat) dan menyalakan api untuk pilihanraya negeri Sarawak akan datang – dengan harapan dapat menghasut kemarahan dan kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan

atau lebih mudah ..

3) Kerajaan Pulau Pinang merosot teruk dan kehabisan wang (dan tanah untuk dijual bagi mendapatkan lebih banyak wang) dan dengan itu mereka memerlukan lebih banyak wang dari Kerajaan Persekutuan atau negeri mereka akan bankrap (Guan Eng kata, bukan saya kata).

Jika itu berlaku, anda hanya mengaku secara terbuka bahawa anda tidak berguna dan tidak cekap menguruskan Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan mungkin boleh mempertimbangkan permintaan tersebut.


JAWAPAN KEPADA TONY PUA

0

Isnin, 29 Disember 2014

"MENTERI BESAR" KELANTAN NAIK HELI TINJAU BANJIR

1
Individu yang dimaksudkan itu adalah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang hanya menaiki sampan tetapi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, manakala bekas exco Datuk Husam Musa menaiki helikopter hanya sekadar membuat tinjauan.
“Dengan duit siapakah Husam menyewa heli ???, “soal facebooker itu.Manakala facebooker ‘Ahli Pas Taknak Pasma‘ pula mengingatkan kembali amaran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya tidak melawan keputusan yang dibuat oleh Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim.
“….Jika ada yang lawan nasibnya (akan jadi) macam (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim.” katanya.

TENGKU ROSLINA SEDANG DICARI

8

CANDID OF THE YEAR...DALAM BANJIR ADA KESEMPATAN

2
 

Fikir-fikirlah...

Ahad, 28 Disember 2014

SUMBANGAN RM1 JUTA SELANGOR UNTUK BELI HUDUD

6

Sama ada Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali merancang atau tidak, namun pemberian dana sebanyak RM1 juta Kerajaan Selangor atas nama bantuan banjir kepada Kelantan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pada hari sama, Azmin turun padang ke Kelantan memberi replika check bernilai 1 juta kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, penyokong-penyokong PKR turut mengaitkan pemberian dana itu dengan nama penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim dan bekas exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.
Facebook pro ulama, El Haraki mengecam sikap pengikut Husam yang mendakwa pemberian dana itu disebabkan usaha bosnya itu.
“Azmin tak bagi pada Husam, tetapi kerajaan Selangor bagi RM1 juta pada kerajaan negeri. Ini urusan MB dan MB, hubungan G2G, bukan G2person..” kenyataan El haraki dipetik.
RM1 juta beli hudud
Sebelum itu, El Haraki juga turut mengecam penulis reformasi Mohd Sayuti Omar (MSO) yang cuba membawa persepektif politik di sebalik pemberian dana RM1 juta itu.
MSO sering dilihat sebagai penulis politik pro Azmin Ali.
“Kalaulah saya jadi TMB Kelantan, saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya.
“Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim.
“Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca(m) kera berak atas dahan motan (rambutan),”kenyatan MSO dalam facebooknya semalam.
Malah MSO memuji melangit Azmin Ali, sebaliknya menjatuh maruah Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar dan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan, dua pemimpin kanan PAS Kelantan yang dikaitkan dengan hudud.
“Azmin cuba main politik dengan duit satu juta. Beri kredit untuk Husam Musa tapi duit diberi kepada Mohd Amar Timbalan Menteri Besar.
“Dengan duit satu juga, Azmin bawa mesej Anwar kepada PAS : Untuk Husam, ini pemimpin PAS harus angkat dalam Parti; Untuk Mohd Amar, nah satu juta, lain kali cerdik sikit main politik, kunci mulut daripada duduk ratip pasal hudud.
“Kesimpulannya, Azmin-Anwar guna duit satu juta untuk beli hudud kelantan,” komen Hassan MD dalam artikel MSO Tempelak TMB Kelantan Terima Satu Juta Duit Azmin 
MSO penulis upahan
El Haraki menganggap kritikan MSO terhadap pimpinan kanan PAS Kelantan itu sebagai kenyataan biadap daripada ‘si tua bangka’
“Sepatutnya Mohd Sayuti Omar (MSO) perlu rasa ada sifat malu kerana kerana menuturkan “sapa tak nak duit? haram tak haram tu soal lain…” pada sesi bedah bukunya yang dianjurkan oleh PrimeCare Malaysia beberapa bulan lepas.
“Sudah sahaja kamu ini, MSO. Sepatutnya semakin tua, semakin banyak bertaubat pada Allah. Bukannya hampir mati semakin kuat berlaku jahat,”katanya.
Buku tulisan MSO yang dimaksudkan El Haraki itu adalah “Inside Story – Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah,” yang dilihat berusaha untuk mencemar bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Daripada dua kecaman El Haraki, satu kepada pengikut Husam dan kedua kepada MSO yang kedua-duanya dipersatukan dengan satu NGO yang dinamakan PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia).
Dalang NGO PasMa pula dikaitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang didakwa sengaja ditubuhkan untuk menyingkirkan Hadi sebagai Presiden PAS.

KAPAL AIR ASIA DARI SURABAYA KE SINGAPURA DILAPOR HILANG

2




Pesawat AirAsia Rute Surabaya-Singapura Hilang Kontak

Fatichatun Nadhiroh - detikNews
Jakarta - Pesawat AirAsia dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura nomor penerbangan AWQ 8501 hilang kontak. Pesawat yang membawa penumpang 130 orang dewasa, 24 anak dan 1 bayi, berangkat pukul 05.20 WIB, Minggu

Pesawat tersebut diperkirakan hilang di atas Pulau Kalimantan. "Informasinya begitu, masih kita cari kebenarannya. Saya masih menunggu Pak Menhub," kata General Manager PT Angkasa Pura I Juanda, Trikora Hardjo, saat dihubungi detikcom, Minggu

Hal senada juga diungkapkan oleh Humas Angkasa Pura I Cabang Bandara Juanda Andrias Yustinian. "Iya informasinya begitu, tapi ini belum valid. Masih kita cari kebenarannya," jelas Andrias. Pihak AirAsia belum bisa dikontak terkait hal ini. 

AURA DS NAJIB, KETIKA DI LUAR NEGARA RAKYAT RESAH, APABILA TIBA DI DALAM NEGARA RAKYAT TENANG

7
DS NAJIB BERSAMA JEMAAH MASJID AS-SALAM, 
PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, BAAN TAHLIL DAN YASSIN

BACAAN YASSIN DAN TAHLIL, BERSAMA RAKYAT JELATA
DS NAJIB DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
SERING SOLAT MAGHRIB DAN ASAR SELEPAS BEKERJA
DS NAJIB MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL
DI MASJID WILAYAH, KUALA LUMPUR
DS NAJIB TABAH TENANG SABAR BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
DS NAJIB DALAM MAJLLIS SALAWAT PERDANA  CINTA RASUL
DS NAJIB DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH AL-MUKARRAMAH
Pada tahun 2008, saya menulis mengenai DS Najib ketika saya mengunjunginya di rumah kayunya di Pekan, Pahang. Apakah yang menarik di situ, teruskan baca semula di sini .

Selepas 24 jam DS Najib kembali ke Malaysia, suasana politik negara kembali aman, tenang dan bahagia. DS Najib tidak perlu melenting, meninggi suara dan memarahi sesiapa.

Itukah aura Perdana Menteri? 

SUMBER





Sabtu, 27 Disember 2014

BANJIR BESAR: DALAM KEADAAN SUSAH, NAJIB MASIH INGATKAN RAKYATNYA...LAGI MEROYAN PENCACAI DENGAR

3

YAB PM dalam facebooknya telah membuat kenyataan ini;

Saya telah meninjau dan melakukan lawatan ke banyak kawasan di Kelantan yang dilanda banjir. Dalam sidang media berkaitan, saya menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.

Selain itu, saya juga melahirkan kepercayaan dan keyakinan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi menangani isu banjir yang melanda kini.

Saya juga telah mengumumkan 3 langkah tambahan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu;
  • Penambahan dana bantuan banjir sebanyak RM500 juta melalui Majlis Keselamatan Negara untuk kesemua negeri yang dilanda banjir; 
  • pembayaran BR1M akan dipercepatkan ke pertengahan atau penghujung Januari; dan 
  • institusi kewangan mengatur semula jadual pembayaran balik pinjaman kepada mangsa banjir.
Mengenai pengisytiharan darurat, ia tidak diisytiharkan kerana terdapat pelbagai implikasi yang memudaratkan kepada penduduk terlibat banjir, terutamanya kerana pihak insuran tidak akan membayar ganti rugi sekiranya darurat diisytiharkan. 

Walaupun begitu, Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil tindakan seperti berada dalam darurat dan mengerah semua aset untuk membantu keadaan banjir.

Mudah-mudahan inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa banjir, dan pada masa sama kita terus dan jangan berhenti berdoa agar musibah banjir yang melanda kita kini mulai surut dan reda, Insya-Allah.

Dulu YB MB Kelantan lawat YAB Najib di Putrajaya
Kini YAB PM lawat dan bantu kesusahan YB MB Kelantan
Komen kami ...

Haa dengaq tu, kalau diisytiharkan darurat sepertimana yang dikehendaki oleh pakar-pakar siber fuckatan, tukang-tukang penghasut, penceramah serta pakar banjir segera maka ia akan menganiaya berpuluh-puluh ribu pemegang polisi insuran.

Ini termasuklah insuran kereta, insuran harta benda, insuran rumah, insuran barangan, insuran binatang peliharaan, insuran nyawa dan sebagainya.


Cuba kita semak insuran kenderaan atau rumah kita, ada pembeli insuran yang tidak diberikan perlindungan pampasan untuk keadaan darurat. 

Mungkin kerana ia dianggap tidak penting atau tidak diberitahu kepada pelanggan oleh wakil-wakil insuran. 

Tambahan pula syarat yang panjang lebar dan dalam bahasa undang-undang dan bahasa Inggeris menyebab ramai tak nak baca. Pakai sign jer.

Darurat ada pelbagai jenis darurat. Darurat kerana peperangan, rusuhan, banjir, gempa bumi, kecurian, serangan terroris, kebocoran radiasi dan sebagainya.

Cuba kita perhatikan adakah kita membeli sesuatu insuran kenderaan, adakah insuran itu juga meliputi keseluruhan cermin atau hanya cermin depan saja tanpa cover cermin belakang dan sisi kiri kanan?  

Ini hanya sebagai satu contoh saja. Kalau insuran yang lain pun lebih kurang sama.


Jadi YAB PM telah mendapat nasihat sebelum mengeluarkan kenyataan pasal darurat ini. Mungkin tokey-tokey syarikat insuran tak berapa gemar mendengar ini kerana kosnya mungkin melibat ratusan ribu bahkan jutaan ringgit!

Tapi itulah harga yang perlu dibayar oleh kita dalam menghadapi musibah luar jangkaan ini.

Tak isytihar darurat salah, kalau isytihar darurat pun salah juga. Walaupun kerajaan Pusat tak isytiharkan darurat tapi kekuatan penuh telah digerakkan ke kawasan - kawasan bencana.

Sebenarnya Najib nak bagi rakyat dapat claim insuran, dapat ganti rugi tanpa keluar sesen pun duit nak baiki kerosakan dan kemusnahan harta benda mangsa banjir...masih nak tolak lagi???

Itupun tenaga agensi penyelamat dan penjawat awam masih tak mencukupi dan terpaksa bekerja semaksima mungkin.

Bayangkan jika DAP perintah lepas PRU 13 dulu sudah tentu penjawat awam ramai dah kena buang atau dikurangkan kononnya membazirkan wang rakyat, tetapi bila jadi masalah bencana sekelam kabut begini para penjawat awam mula ditagih kudrat mereka!

Ternyata PM kita bijak. Kadangkala berdiam diri berfikir itu lebih baik untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Contoh antara syarat dan terma dalam polisi insuran harta benda yang menetapkan sebarang pengisytiharan darurat oleh kerajaan atau pihak berkuasa ketika sesuatu insiden boleh menyebabkan seseorang pemegang polisi insuran kehilangan hak menuntut ganti rugi dan pampasan
Syarat tuntutan insuran juga merangkumi kerosakan dan kerugian melibatkan bencana banjir, namun ia semuanya tertakluk kepada syarat-syarat sebelumnya dan berkaitan. Pengisytiharan darurat oleh kerajaan atau entiti yang sah memerintah membolehkan syarikat insuran membatalkan tuntutan pihak yang menuntut ganti rugi atau pampasan. 


EKSKLUSIF: KISAH SEBENAR DS NAJIB DI HAWAI

12


DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN MELAWAT MANGSA BANJIR
SEJAK banjir fasa ke dua melanda negeri-negeri di pantai timur, berita-berita dalam bentuk wassap dan facebook bertebaran bagai halilintar. 

Namun, sesuatu yang paling tragik kerana berita-berita tersebut rupa-rupanya fitnah dan tipu. Apakah tujuannya? Untuk memberi gambaran betapa buruk situasi banjir atau untuk memberi reputasi negatif kepada agensi-agensi yang sedang berkorban sepenuh tenaga mereka? Atau ada niat yang lebih buruk?

Jika itulah niatnya, ia adalah kejahatan yang tidak kena pada tempatnya. 

Barangkali anda ada menerima wassap kononnya sejumlah 10 mayat bergelimpangan di Kuala Krai. Barangkali anda juga menerima wassap sejumlah 40 pesakit mati di Hospital Kuala Krai kerana kekurangan oksigen. Begitu juga barangkali anda ada menerima mesej sejumlah keluarga minum air banjir, membuat susu anak daripada air banjir, tiada makanan selama lebih seminggu dan sebagainya.

Mesej-mesej tidak memberi gambaran yang sebenar, sebaliknya menambah kekeliruan, ketegangan dan keburukan kepada keluarga mangsa dan negara.

Kesannya sangat buruk seolah-olah petugas-petugas di lapangan tidak bekerja. Dalam situasi sebegini, baik mangsa banjir mahupun para petugas, mereka semua terperangkap dalam suasana banjir. Keutamaan para petugas hanyalah menyelamatkan mangsa-mangsa banjir, memberikan kemudahan tempat tinggal yang selamat, dan memberikan makanan yang secukupnya. Sukar bagaimanapun, mereka tetap berusaha. Itulah tujuan murni para petugas.

Banjir kali ini antara yang di luar kebiasaan. Hujan turun tanpa henti, angin bertiup kencang, jumlah air melimpah, dan sebagainya. Jika perjalanan dari Destinasi A ke Destinasi B kebiasaannya hanya 10 minit tetapi semasa banjir besar ini, ianya menjadi 1 atau 2 jam kerana halangan air deras dan sebagainya. Jika lebih buruk lagi, ianya boleh jadi langsung tidak boleh didekati dalam sehari dua.

DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN MENDENGAR TAKLIMAT TERKINI
KISAH PERDANA MENTERI DI HAWAI
DS Najib, Perdana Menteri negara kita telah berada di lapangan banjir seminggu sebelum bermula banjir semakin buruk.

20/12/2014 - DS Najib turun padang di SMK Gudang Rasau, Pekan, Pahang.

21/12/2014 - DS Najib di Kampung Ubai, Pahang melawat suasana banjir.

22/12/2014 - DS Najib menulis di tweeternya bahawa "Kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan"

23/12/2014 - DS Najib 11 kali tweet/retweet dalam sehari isu-isu banjir di pantai timur

24/12/2014 - DS Najib mengerahkan supaya semua agensi kerajaan beri tumpuan membantu mangsa banjir

25/12/2014 - DS Najib menghubungi TPM untuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir ditingkatkan 

*Menerima jemputan Presiden Barrack Obama bermain golf tidak sampai 60 Minit

*Perjalanan KL-Hawai - kira-kira 9 jam
*Perjalanan Hawai-KL-Kelantan - kira-kira 10 jam

26/12/2014 - DS Najib meluluskan serta-merta peruntukan RM50 juta.

27/12/2014 - DS Najib meluangkan masa 5 jam melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Jemputan oleh Presiden Amerika Syarikat pada 25/12/2014 perlu diterima kerana sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai tanggugjawab yang sama penting dalam pertemuan itu, untuk kesejahteraan rakyat Malaysia jua.

Namun, Perdana Menteri membatalkan segala perancangan cuti yang khabarnya sepatutnya berakhir menjelang 31/12/2015. 

Perdana Menteri hanya 24 jam lebih sahaja di Hawai tidak sempat pergi ke mana-manapun melainkan hanya pertemuan dengan Presiden Barrack Obama. Jika ditolak masa penerbangan dan sebagainya, DS Najib tidak sampai pun 10 jam di Hawai!

Apabila Perdana Menteri bercuti, adakah anda berfikir Perdana Menteri benar-benar bercuti? Adakah anda berfikir Perdana Menteri akan duduk berjam-jam menikmati buku baharu, atau shopping berjam-jam, atau bermain golf 24 jam? 

Sebenarnya bukan itu bentuk Perdana Menteri kita sebagaimana yang kita fikirkan. Sebenarnya cuti yang sebenar-benar cuti kepada Perdana Menteri ialah apabila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, di mana beliau boleh menikmati rehat yang panjang, bermain dengan cucu dan mengunjungi rakan-rakan lama.
DS NAJIB MENINJAU SITUASI BANJIR DI KELANTAN
Oleh kerana DS Wan Azizah dan suaminya Anwar dan keluarga bercuti di luar negara lebih lama berbanding DS Najib walaupun Kajang banjir setiap minggu, ianya tidak menjadi viral negatif kerana mereka bukan Perdana Menteri. Begitu juga percutian Ketua Menteri Pulau Pinang yang cuba disembunyikan khabarnya di Paris turut tidak menjadi viral kerana dia bukan Perdana Menteri. 

Begitulah suka dan duka kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini, DS Najib sudah berada di Kelantan. 24 jam sebelumnya, TS Muhyiddin turut melawat Kelantan. Tanggungjawab bersama ini diganding secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan.

Saya tidak bersetuju serangan tidak adil kepada DS Najib. Beliau sebenarnya membantu tetapi tidak didendang.
DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN DAN MENTERI-MENTERI BERBINCANG 
dipetik daripada : JENTAYUABAKA