Ahad, 31 Ogos 2014

TS KHALID KETUA POLIS TERBAIK, TENANG TETAPI TEGAS, TAHNIAH

17
KETUA POLIS NEGARA
Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman,” tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter hari ini.
Polis pagi ini menahan kira-kira 250 anggota PPS Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di Pulau Pinang.

Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri (mkni).


GAMBAR LAMA MENARIK DI SABAH TURUT SAMBUT MERDEKA 31 OGOS 1963

0
SABAH TURUT SERTA MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN PADA 31/8/1963
AMANAT YAB PERDANA MENTERI
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 31/8/2014:-

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menggariskan tiga amanat penting merdeka demi kesinambungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, amanat merdeka pertama iaitu mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.

Amanat merdeka kedua ialah memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan.

Amanat merdeka ketiga pula ialah mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera.

Kredit kepada jentayu

Sabtu, 30 Ogos 2014

PPS: LIM GUAN ENG AJAK POLIS GADUH, NAK TUBUH REPUBLIK SOSIALIS !

11

Sah anak Lim Kit Siang telah mencabar pihak polis bergaduh dan ambil tindakan ke atasnya.

Inilah cara gerila komunis dan puak pemisah mengugut pihak berkuasa untuk berperang.

Mungkin ini adalah isyarat gendang perang yang dipalu oleh Lim Guan Eng seorang Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Mungkin ada asas Lim Guan Eng begitu berani mencabar pihak keselamatan negara. Sudah pasti mereka ada persediaan rapi jika berlaku sesuatu yang di luar jangka ke atas mereka?


Bayangkan sebuah pertubuhan haram dianggotai oleh lebih 10,000 ahli yang kebanyakanya adalah samseng-samseng, gengster, tokey-tokey dadah, judi, pusat pelacuran dan segala serba-serbinya bisnes haram?

Kita selalu dengar di Pulau Pinang, pihak polis kerap melakukan serbuan ke atas makmal-makmal dadah dan nilai rampasannya sering mencecah jutaan ringgit.

Di negeri ini juga sering dijadikan transit bagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan barang-barang tiruan, pusat money laundering dan sebagainya. 

Siapakah yang akan menjaga aktiviti-aktiviti haram ini jika bukan para tonto, samseng dan gengster?

Antara tugasan terselindung PPS adalah untuk melindungi bisnes haram pelacuran DAP. Hasil duit lendir digunakan untuk mendanai kempen politik DAP. Jika duit haram digunakan dalam kempen DAP maka hasilnya pun akan jadi haramjadah.  
Ya...gengster dan samseng yang berubah menjadi Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Mereka diupah oleh tokey-tokeynya untuk melakukan kerja-kerja mengawal dan meronda bagi memastikan kegiatan haram mereka dikawal rapi dari serbuan pihak Polis, Imigresen, Kastam, KPDNKK, RELA, Majlis Agama Islam, JAKIM dan sebagainya.

PPS yang seumpama sekumpulan iblis yang menukar imej jahatnya menjadi nampak macam baik semata-mata untuk mengaburi mata masyarakat kononnya melindungi rakyat.

Nampaknya sikap Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah ini cuba mencemarkan suasana hari kemerdekaan kita. 

Sudahlah mempunyai tema hari kemerdekaan yang berbeza dengan kerajaan persekutuan, LGE cuba mencabar Ketua Polis Negara pula.

Ketua Polis Negara telah dicabar Komunis LGE untuk berlawan! 

Apa yang DAP cuba hasut rakyat terutamanya kaum cina? 

Di Sabah dan Sarawak mereka cuba menghasut rakyatnya keluar dari Persekutuan Malaysia. Mungkinkah suatu hari nanti DAP akan hasut rakyat di Pulau Pinang untuk keluar dari Malaysia

Gerakan tersusun telah mereka lakukan secara sistematik...

Alihkan pengundi mereka beramai-ramai ke Pulau Pinang termasuk mengubah pengundi ke kawasan-kawasan melayu dan UMNO...

Halau orang-orang Melayu keluar dari Pulau dengan merampas, menghalau dan membina banyak rumah-rumah mewah...

Halang kerajaan pusat bina lebih banyak perumahan rakyat yang memberi manfaat penduduk miskin yang majoritinya Melayu... 

Sempena Hari Kemerdekaan ke 57 kita boleh bertanya berapa banyak kaum DAP  menunjukkan sikap nasionalisme mereka kepada negara?

Berapa banyak premis dan perumahan kaum mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang?

Kalau nak bernegara dan bermasyarakat pun tak pandai dan tiada nilai kesetiaan, apa ertinya lagi mereka duduk di negara ini? Tiada cinta yang lahir dalam jiwa mereka!

Mungkin itu tanda-tanda awal yang mahu dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP ke arah pemisahan dan menjadi sebuah negeri berautonomi dan republik sosialis. 

Di Selangor DAP dan PKR sedang giat melaksanakannya...

Sukakah kalau ada pihak yang melabelkan semua kaum cina adalah komunis, komunis adalah cina disebabkan oleh sikap tidak patriotik, mementingkan diri, kiasu dan rasis yang disemai oleh DAP?


Mungkin tiba masanya sejarah Kedah Tua dibuka semula untuk kita mengetahui sejarah asal usul Pulau Pinang...

Selamat Hari Kemerdekaan ke 57. Disini Lahirnya Sebuah Cinta.

BOCOR RAHSIA, HANIPA MAIDIN TENGKING HAJI HADI SEMASA MESYUARAT 25 OGOS

10
Sebaik sahaja mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos selesai, Ahmad Lutfi Othman menghantar mesej di faceebooknya yang menggambarkan seperti beliau mengetahui apa yang berlaku dalam mesyuarat itu.
“Malangnya, sejurus mengetahui keputusan mesyuarat sama semalam (dan saya sendiri tidak pasti apa keperluan mengadakan mesyuarat itu), kegelisahan dan ketakutan saya itu muncul semula, malah dalam skala lebih serius.
“Soalnya, salahkah (atau tidak beradabkah) kalau saya menzahirkan rasa gelisah dan takut itu?,” soalnya.
Ini membuka ruang kepada pengarang berita The Malaysian Insider, Amin Iskandar mendedahkan bahawa pada mesyuarat PAS pusat 25 Ogos itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri berkaitan dengan isu Menteri Besar Selangor.
Mesyuarat 25 Ogos menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider meneruskan pendedahan mendakwa bahawa Hadi yang menawarkan kepada Azmin supaya menyertai PAS untuk bersama beberapa rakannya dan ADUN UMNO bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider itu, namun portal itu tetap mempertahankan kebenaran laporannya itu.
Selepas The Malaysian Insider, semalam pengarang Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri pula melakukan ‘serangan’ khusus terhadap Presiden PAS dalam laporannya :
8:31AM – 28 Aug 2014
Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor jika dapat menarik beberapa lagi anggota PKR bekerjasama dengan Umno, menimbulkan keresahan anggota jawatankuasa (AJK) PAS.
Sekalipun pegawai kanan Hadi dan pemimpin PAS menafikan keras, ia tetap mengundang resah dan “penolakan dari dalam” kumpulan Erdogan, malah segelintir kumpulan pro-ulama yang “berang berbaur terkejut” dengan perkara itu.
Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, mesyuarat AJK pusat Isnin lalu, ada pemimpin yang sudah malas ‘bergaduh’ dengan Hadi.
Malah ada juga yang ‘bersingsing lengan’ dengan presiden PAS itu dan ada juga yang mempertahankan keputusan 17 Ogos itu yang memilih Azmin di samping Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Ekoran itu, pemimpin PAS dilihat dalam dilema – diluah mati emak, ditelan mati bapa – ekoran pendirian terbaru Hadi yang tidak selari dengan keputusan sebulat suara AJK Pusat PAS Ahad dua minggu lalu.
Ia sekaligus menambahkan parah krisis menteri besar Selangor.
Bagaimanapun penolakan itu, sumber-sumber parti memberitahu, tidak sampai ke tahap penolakan mutlak terhadapnya, termasuk dalam Muktamar PAS 2014 di Johor pada 18-20 September depan.
“PAS berada dalam keadaan dilema tetapi tidak sampai menolak Abdul Hadi (di muktamar). (Malah) ada pemimpin kanan PAS yang tak dipercayai oleh Abdul Hadi (ekoran penolakan itu).
“Mereka terkejut dan tidak setuju dengan dua perkara, bergabung dengan Umno dan mengajar parti rakan khianat (kepada Pakatan Rakyat),” kata sumber kepada dihubungi Malaysiakini semalam.
Sejarah 80-an berulang?
Mengimbau sejarah PAS lebih tiga dekad lalu, sumber-sumber berkata isyarat penolakan Hadi itu boleh berlaku sepertimana ketika Yang Dipertua PAS Datuk Asri Muda disingkirkan pada 1982 dan digantikan Yusof Rawa.
Sementara pada 1986 pula, Yusof pula diasak apabila idea penubuhan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC), sebuah badan bagi mempromosikan dasar PAS kepada bukan Islam, ditolak walaupun menjadi sebahagian daripada ucapan dasar yang dipertuanya.
“(Dengan kata lain, perwakilan ketika itu) menolak usul yang menjadi sebahagian daripada ucapan dasar, (dan ia) dianggap sebagai menolak presiden,” katanya.
Sumber-sumber lain yang dekat dengan PAS pula mempersoal perubahan sikap Hadi yang dikatakan tiba-tiba menjadi negatif dan kelihatan terlalu marahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada Isnin lalu.
Sumber itu tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan untuk menolak Hadi termasuk mencabarnya sebagai presiden pada pemilihan PAS tahun depan.
Antara alasan yang digunakan ekoran ekoran pendekatan “one man show” (bergerak sendiri) beliau dalam membuat keputusan politik.
Malah, kedua-dua kelompok dalam PAS – kumpulan Erdogan dan pro-ulama – kini dikatakan sama-sama cuba “membersihkan” satu sama lain.
“Presiden akan dicabar,” kata sumber kepada Malaysiakini.
Sementara itu, mengakui PAS berdepan dengan “situasi berkecamuk” berhubung kemelut ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengakui “PAS pernah mengalami situasi penolakan” terhadap ketuanya sebelum ini.
Salahuddin: Ribut mana tak berhenti
“(Tetapi) biarlah masa menentukan. Untuk berlaku adil terhadap presiden (Hadi), beliau boleh berhujah, memberi pandangan, menjawab persoalan secara terbuka sebagai ketua parti. Maka berlaku interaksi dua hala.
“Perwakilan (juga) akan memberikan penilaian yang jujur dan muktamar terbuka untuk bercakap. Muktamar satu lagi medan untuk perwakilan berucap mengenai harapan, sindiran atau kritikan,” katanya.
Beliau menjawab soalan sama ada cadangan bekerjasama dengan Umno yang dikemukakan Hadi itu boleh mencetuskan tanggapan buruk terhadap pemimpin nombor satu PAS itu, sekaligus menyebabkan beliau ditolak.
Salahuddin, bekas MP Kubang Kerian itu berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung demokrasi, PAS tidak mengongkong semua pihak dalam parti itu memberikan pandangan.
“Akhirnya satu keputusan dapat dicapai. Biarkan ia (krisis MB ) bergelora dan akhirnya berakhir dengan satu kematangan. Politik baru ini tidak boleh dielak. Ini yang anak muda mahu.
“Biarkan gelora itu berhenti (dengan sendirinya). Ribut mana yang tidak mahu berhenti,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jumaat, 29 Ogos 2014

ANWAR WARNING HAJI HADI JANGAN KURANG AJAR

17
Ketua Pengarang portal berita Malaysiakini, Fathi Aris Omar sekejap tadi menghantar twitter berbunyi,”Perang PAS-PKR terus berlangsung. Ikuti perkembangan di Malaysiakini..”
Ia merujuk artikel portal itu bertajuk “Respect Aug 17 decision, Anwar tells PAS.”
Dalam artikel itu, Malaysiakini melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada PAS supaya mematuhi keputusan majlis kepimpinan Pakatan Rakyat 17 Ogos di mana setiap pihak bersetuju untuk hanya menghantar satu nama bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
Anwar berkata ini akan menjadi duluan yang betul, di mana setiap parti hanya menghantar hanya satu nama ke istana Selangor.
“Kami akan merayu kepada mereka, bagaimana kita bergerak di dalam Pakatan Rakyat. Kita bergerak berdasarkan keputusan kolektif majlis kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu dan membuat keputusan pada 17 Ogos,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PAS untuk mengemukakan tiga nama calon PKR untuk jawatan Menteri Besar kepada istana Selangor.
Beliau berkata tidak ada sebarang permintaan dibuat oleh PAS untuk mengadakan mesyuarat berikutnya mengenai perkara itu, oleh itu, keputusan 17 Ogos masih dipegang di mana setiap parti akan mengemukakan satu nama, sebagaimana yang dilakukan pada tahun 2008 dan 2013.
Ketika ditanya apa yang akan berlaku jika PAS tetap akan mengemukakan lebih daripada satu nama, ketua pembangkang itu berkata beliau tidak mahu meramalkan senario seperti itu tetapi merayu kepada PAS untuk mematuhi keputusan 17 Ogos.
Anwar menambah keputusan muktamad telah dicapai oleh Majlis kepimpinan Pakatan pada 17 Ogos dan pasukan peguam Pakatan menasihatkan mereka untuk mengikuti segala keputusan yang telah diputuskan.
Tambahan pula, katanya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menulis untuk memohon menghadap Sultan Selangor dan juga telah mengemukakan 30 akuan berkanun menyokong beliau untuk jawatan tersebut.
Anwar mengulangi bahawa rakan-rakan Pakatan perlu mematuhi konvensyen yang ditetapkan iaitu menghantar satu nama.
“Saya berpandukan kepada keputusan majlis kepimpinan. Mesyuarat itu dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin parti dan saya menganggap keputusan itu sebagai muktamad, “katanya.
Pakatan, kata Anwar mesti kekal kuat dan tidak berpecah akibat daripada isu ini.
“Jika ini berlaku, maka ini adalah buat kali pertama dalam sejarah Pakatan Rakyat, tidak ada konsensus dicapai untuk mengemukakan satu nama, seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh ketiga-tiga pihak sebelum ini,” katanya.
The Malaysian Insider melaporkan Anwar hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
“Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini.
Bahasa mudahnya, Anwar Warning Haji Hadi, "Jangan Kurang Ajar, Jangan Bikin Panas hati saya!!!"

SANTAI JUMAAT: JOM MAKAN PUTU MAYAM...BEST!

0

Bagi penggemar putu mayam, mereka tentu tahu kesukaran untuk mendapatkan makanan tradisional India ini. 

Biasanya putu mayam hanya dijual di kedai mamak tertentu dan ane yang menjaja menggunakan motosikal di petang hari.

Justeru gambar yang kami siarkan ini tentu mengecewakan peminat putu mayam. Sudahlah makanan ini susah diperoleh, kini tersebar pula proses dan lokasi pembuatan putu mayam yang kotor dan menjijikkan.


Dalam satu gambar kelihatan pekerja bertenggek depan besen berisi tepung siap sedia untuk menguli dengan hanya bercawat pelekat tanpa memakai baju.


Di atas meja sama terdapat putu mayam yang sudah siap terletak betul-betul di sebelah kakinya. Amalan tak memakai baju dan hanya memakai kain pelekat ala cawat ini nampaknya turut dilakukan pekerja lain sepanjang proses pembuatan putu mayam di sini. 

Tong gas jadi bukti lokasinya di Malaysia. Manakala dalam satu gambar lain, kelihatan sampah sarap dibiarkan di atas lantai tempat putu mayam dibuat. 


Sayang sekali kami belum mengetahui lokasi putu mayam yang dibuat secara jijik ini dan ke mana ia dipasarkan.

Sumber: 

Khamis, 28 Ogos 2014

EDISI MALAM JUMAAT: MAK OOI...MAMPUIH, AZWAN JADI MB SELANGOR?

12

Jawatan Menteri Selangor yang baharu mungkin di kalangan bukan ahli mana-mana parti. Berkemungkinan ia akan diambil dari kalangan orang biasa.

Kini dah timbul desas desus yang sudah menjadi viral kononnya kombinasi dua nama Azmin Ali dan Wan Azizah menjadi Azwan Ali bakal dilantik menjadi Menteri Besar yang disebut-sebut itu.


Jadi tidak timbul soal gender di sini kononnya wanita tidak layak menjadi Menteri Besar kerana Azwan Ali memiliki kedua-dua sifat tersebut.

Beliau boleh reform penampilan gendernya berubah dengan sekelip mata...  

Juga tidak perlu dipersoalkan siapa Azwan Ali meskipun ia adalah adik kepada Azmin Ali.

Bahkan Azmin Ali mempunyai ikatan atau talian silang persaudaraan dengan keluarga Anwar melalui sebelah isteri Azmin; Shamsidar.


Yakinlah ini bukanlah satu bentuk korupsi, kronisme dan nepotisme (KKN) tetapi ia lebih kepada memberikan keadilan kepada yang hak. 

Iaitu hak yang berada di tangan seorang pemimpin Anugerah Tuhan dan suami kepada seorang isterinya yang tak boleh dipersoalkan kerana mungkin akan masuk neraka siapa yang mempertikaikannya.

Mungkin ini langkah awal Azwan Ali bakal menjadi Perdana Menteri sepertimana yang diidam-idamkannya selama ini.


Mana tau ratu oopps jejaka selfie ini bakal jadi PM kita?

Tuah ayam nampak di kaki...tuah Azwan Ali mungkin pada cermin mata besaunya...hehehe 



PANAS! @KhalidSamad DEDAH tawaran RASUAH Pakatan Rakyat kepada TS @Khalid_Ibrahim jika akur arahan KETUM!

8


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencabar mana-mana ahli atau pemimpin PAS untuk keluar dari parti itu sekiranya mereka berpandangan bahawa PAS lebih baik untuk berpisah dari Pakatan Rakyat.

AJK PAS Pusat yang sering dikritik akar umbi parti itu berkata, setelah ahli atau pemimpin itu keluar dari parti itu, barulah PAS mampu memainkan peranan yang lebih berkesan di dalam gabungannya dengan DAP dan PKR.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain," kata Khalid yang dipetik dari Malaysian Insider, semalam.

Khalid turut mengaku bahawa terdapat di kalangan ahli atau pemimpin parti itu yang tidak setuju untuk PAS terus bersama Pakatan Rakyat dan mereka inilah yang wajar "dihalau" keluar dari parti tersebut.

Sejak PAS bergabung dengan DAP dan PKR sejak 2008, ahli dan para pemimpinnya sudah berkali-kali berdebat di antara sesama mereka ekoran peranan serta kedudukan parti itu yang dilihat seolah-olah diperkotak-katik oleh dua parti sekutu mereka.

Kemuncaknya dilihat makin meruncing berhubung isu krisis Menteri Besar Selangor menyaksikan dua ADUN PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin lebih memilih untuk "derhaka" pada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Dewan Ulama.

ADUN Hulu Klang dan Morib itu secara terbuka memberi sokongan terhadap pemilihan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang digulingkan melalui gerakan yang dicetus PKR sendiri.

Sebelum ini, ramai ahli di peringkat akar umbi secara terbuka meminta para pemimpin PAS supaya mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan PKR dan DAP, selain mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi seterusnya merugikan kepentingan PAS.

Selain itu, ada pula ahli yang mengkritik pemimpin PAS Selangor yang dilihat bagaikan "lembik" sedangkan pemimpin dari parti itu lebih layak untuk dipilih sebagai calon Menteri Besar di Selangor berdasarkan kelebihan majoriti yang dimiliki PAS.

Bagaimanapun, Khalid dilihat enggan bersetuju dengan kritikan itu dan dia mendakwa kononnya PAS mampu menjadi parti berkesan dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak khabar angin parti itu mengintai jawatan Menteri Besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid lagi.

Mengejutkan, Ahli Parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa Khalid Ibrahim akan menerima "habuan" setimpal dari suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya bersetuju menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Presiden PKR itu secara "baik".

"Saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan peranan baru bagi Khalid jika isu itu diselesaikan secara baik." dakwa Khalid. -KedahNews.com




*** Belum pun sampai 24 jam diludah dan ditampar kerana mengkhianati bangsa/agamanya sendiri, Khalid Samad mulai celupar lagi. Hari ini beliau bertindak "menghalau" mana-mana ahli atau penyokong PAS yang mahukan parti tersebut meninggalkan Pakatan Rakyat. 

Kononnya bertujuan agar PAS dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR...

Adakah maksud beliau sebagai ANGGOTA yang EFEKTIF itu seperti yang berikut:

1) Menyediakan MACAI yang cukup ramai untuk menjalankan kempen akar umbi kempen pilihanraya untuk PKR dan DAP

2) Menyediakan MACAI yang mencukupi bagi meramaikan demonstrasi anjuran PKR dan DAP

3) Menyokong apa sahaja keputusan PKR dan DAP walaupun merugikan Islam dan orang Melayu

4) Memenangi kerusi yang cukup banyak daripada UMNO, memastikan orang Melayu terus berpecah belah bagi membolehkan PKR/DAP mengetuai Kerajaan

5) Menjadi benteng hadapan bagi menghadapi orang Melayu dan Raja-raja Melayu jika timbul isu berkaitan Islam dan orang Melayu.

Seperti mana yang kita semua tahu, semenjak 2008, PAS dan PKR telah menjalankan kempen genosid terhadap para pemimpin mereka yang mempunyai walau sedikit jiwa Melayu dan Islam, menaikkan para pemimpin yang mudah dikawal oleh Anwar dan DAP di samping mengekalkan secukupnya 'ulamak' lama bagi tujuan FACIAL semata-mata. 

Kalau tidak percaya, tanyalah sahaja kepada para pengasas PKR, Dr. Hasan Ali serta Us Nasha sendiri. Pakatan rakyat tidak mampu berkuasa dengan penyokong atau pemimpin yang berkongsi nilai dengan UMNO.

Namun, apa yang menarik di sini adalah, Khalid Samad sendiri telah MENDEDAHKAN tanpa sengaja, bahawa Pakatan Rakyat bukan setakat mengamalkan NEPOTISME demi kuasa mutlak, bahkan KORUPSI apabila menawarkan ganjaran untuk TS Khalid meletakkan jawatannya dengan serta merta!

Sudahlah mamat ini bercakap 100% lain dari pendirian partinya sendiri, lebih pelik, tawaran dalaman KETUM (KEtua UMUM) PKR kepada TS Khalid itu beliau pula yang boleh umumkan. Inilah baru contoh MACAI KETUM yang SETIA!!!


ADAKAH PAS BOLEH DIPERCAYAI SEDANGKAN NAK BINA LEBUHRAYA PUN SUSAH?

4

Untuk sekian kalinya, PAS merasmikan sekali lagi Lebuhraya Rakyat sejak dilancarkan pertama kali pada Mei 2012 lalu.

Ketika itu bergema gempitalah seluruh dunia tentang kehebatan projek tersebut yang dilakukan oleh PAS

Entah banyak mana wang rakyat dikutip dan masuk ke kantong, karung, supik-supik, kepiah dan tin milo setiap kali majlis anjuran PAS tersebut yang tidak pernah diumum atau diaudit.


Jika kita dari selatan hendak ke Kelantan untuk ke Kota Bharu, kita pasti menempuhi perjalanan yang begitu panjang selain terdedah dengan mara bahaya lori balak, jalan kecil, gelap, sesak dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kemalangan. 

Memang wajar ada sistem jalanraya yang baik dan selesa. Namun pembinaan lebuhraya tersebut sering menjadi bahan kempen politik puak PAS untuk memburuk-burukkan kerajaan Pusat.

Kini projek lebuhraya tersebut dirasmikan kembali oleh Menteri Besar Kelantan; Datuk Ahmad Yaakub dengan kos RM854 juta dan dijangka siap penghujung tahun 2017 sejauh 30.5km menghubungkan Bukit Tiu ke Dusun Damar, Kuala Krai. 

Projek ini bakal disambung dengan projek Lebuhraya Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sejauh 7 km yang rancak dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

Sinar Harian 10 Mei 2012: Bicara Tuan Penasihat begitu menyakinkan hingga rakyat dan kerajaan negeri
turut tertipu...

Adakah ini mungkin sebagai strategi PAS dan Menteri Besar untuk memancing undi dalam PRK Pengkalan Kubor yang akan berlangsung tak lama lagi? 

Umumnya tahu Datuk Ahmad Yaakob adalah ADUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat yang juga jiran kepada DUN Pengkalan Kubor. Hehehe...sambil tenggelam sambil minum boleh mempromosi parti.

Hakikatnya, bukan panjang mana lebuhraya itu dibuat, berapa banyak kos dikeluarkan atau siapa yang buat tetapi sebenarnya UMNO dan PAS boleh bekerjasama untuk kebaikan ummah. 

Tapi kerana Anwar Ibrahim laki bini habis umat Melayu-Islam berpecah belah dan semuanya menguntungkan DAP. 

CAKAP ANWAR SEMAKIN MEMENINGKAN, TIADA SIAPA FAHAM APA DIA CAKAP

7
BICARANYA SEMAKIN KALUT
Dalam mempertahankan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bercanggah antara satu sama lain.
Anwar dilaporkan The Malaysian Insider hari ini mendakwa mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) semalam yang dihadiri wakil PKR dan DAP memutuskan hanya satu nama iaitu Wan Azizah sahaja dipersetujui PR untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar yang baharu
Tentang PAS, yang tidak menghantarkan wakil dalam mesyuarat PR semalam, Anwar masih berpegang perjanjian PR, 17 Ogos yang dipengerusinya sendiri.
“Dalam semangat Pakatan, ini adalah kerusi PKR dan keputusannya, kita perlu hormati kerjasama ini dan PAS menyertai proses membuat keputusan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos,” katanya.
Anwar turut mengesahkan surat mencalonkan isterinya Wan Azizah untuk jawatan MB telah diserahkan kepada istana dan ditandatanganinya sendiri bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Menurut Anwar, pendekatan ini yang diambil selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Sultan meminta empat nama namun hanya satu nama sahaja yang dicalonkan iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan Mstar hari ini mendakwa pihaknya masih menunggu surat dari Istana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum membuat kenyataan berhubung calon menteri besar Selangor yang baharu.
Guan Eng berkata pendirian parti telah diumum sebelum ini tetapi dengan perkembangan terbaru berhubung krisis menteri besar Selangor itu, beliau akan menunggu surat dari Istana sebelum parti membuat perancangan seterusnya.
“Saya belum terima surat…oleh itu saya tidak mahu buat komen kerana tidak elok saya buat komen tanpa surat tuanku,” katanya kepada pemberita pada Rabu.
Menteri Besar Selangor hari ini menyanggah fakta Anwar yang mendakwa hanya satu nama diusulkan kepada Sultan Selangor untuk perlantikan Menteri Besar pada 2008 dan 2013.
“Cerita itu tidak dilaporkan secara tepat. Bukan satu nama dikemukakan,” katanya, dilaporkan Mstar.
Beliau membuat pendedahan itu ketika diminta mengulas tindakan mengemukakan satu nama tunggal Wan Azizah kepada Sultan Selangor adalah sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
Menurut Khalid, terdapat lebih daripada satu nama dihantar oleh kedua-dua parti pada 2008 dan 2013 menerusi permohonon berasingan.
“Permohonan berasingan (mengenai calon menteri besar) dikemukakan oleh PKR dan DAP pada 2008 dan 2013,” katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan yang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menarik diri daripada dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Menurut Presiden PAS, Azmin hanya menghormati keputusan partinya untuk memberi laluan kepada Wan Azizah dan bukannya beliau tidak mahu jawatan tersebut.
Kenyataan Abdul Hadi hampir sama dengan kenyataan Azmin ketika ditanya wartawan di Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor, 17 Ogos lalu.
Wartawan : Saya maksudkan, awak tidak mahu menjadi Menteri Besar (Selangor)
Azmin Ali : Saya tidak pernah sebut fakta itu.
Tambah Azmin lagi, beliau cuma menegaskan semula komitmennya terhadap Akuan Berkanun yang ditandatangani sebagai tanda akur kepada keputusan PKR mencalonkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai MB Selangor.
Rakyat Selangor semakin pening. 

Rabu, 27 Ogos 2014

REGIM DAP KEPANASAN: MULA MEMPERTAHANKAN PERONDA PALING SIAL (PPS)NYA...!!!

9

Sama macam kes CEC DAP yang berstatus haram kerana pengaturan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. ROS kata tak sah, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kata, sah dan ROS salah. Ahli-ahli DAP sendiri kata Lim Guan Eng tak panggil perwakilan-perwakilan yang telah dikenalpasti menentangnya, Lim Guan Eng pula kata perwakilan-perwakilan tersebut yang salah dan menfitnah DAP.

Begitulah juga dalam kes Pasukan Peronda Sukarela yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng dan diketuai oleh Phee Boon Poh.

Menurut Lim Guan Eng, PPS adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan ianya adalah sah. PPS katanya lagi, tidak perlu berdaftar dengan ROS kerana ia di bawah Kerajaan Negeri. Manakala Phee Boon Poh yang berlagak samseng dan mengetuai PPS, menolak kenyataan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar bahawa ia adalah sebuah pertubuhan haram.


Phee dengan tujuan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia yang sudah nampak belang sebenar penubuhan PPS berkata, PPS sama seperti agensi-agensi kerajaan lain seperti JKKK. Justeru, tiada salahnya.

Difahamkan, Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai unit peronda peribadinya sendiri yang kebanyakan orang melihat PPS sebagai kumpulan samseng ekoran kegilaan PPS melanggar undang-undang dan berlagak penuh berkuasa di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan bajet berjumlah RM1.5 juta setahun untuk membiayai 10,000 orang anggota PPS yang beroperasi di seluruh negeri itu.

Beberapa kejadian menyerang orang awam dengan kes terbaru melibatkan seorang ahli perniagaan dan penentang tegar Lim Guan Eng, menimbulkan desakan agar PPS dibubarkan. Pada Januari lepas, seorang wartawan akhbar berbahasa Cina turut diserang oleh anggota PPS menyebabkan wartawan berkenaan mengalami kecederaan di pipi, bibir, dada, badan dan perutnya.

Phee Boon Poh berkata, insiden menyerang orang awam itu dilakukan oleh 'kambing hitam' dalam unit berkenaan. Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri mengutuk tindakan-tindakan ganas. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, tiada seorang pun anggota PPS yang diserahkan kepada polis untuk dikenakan tindakan selepas melakukan serangan. Sebaliknya Phee Boon Poh dan Lim Guan Eng bertegas, mereka hanya menjalankan tugas menjaga keamanan.

Selain melakukan rondaan, PPS yang dibiayai wang rakyat Pulau Pinang juga digunakan sebagai tentera-tentera peribadi Lim Guan Eng, menggunakan pangkat tentera dan polis serta menjalankan tugas-tugas mempublisitikan DAP. Namun tugas utama PPS adalah menakut-nakutkan serta mengugut dan mengancam sesiapa sahaja yang dirasakan boleh mendedahkan tembelang Lim Guan Eng dan penyelewengan DAP di Pulau Pinang.


Mula-mula cakap kononnya PPS jaga keamanan tetapi sebenarnya mereka jadi bonser jaga bisnes-bisnes haram yang jadi lubuk duit DAP. Sekarang ni pun PPS dah jadi Gestapo, Kempeitai, Mukhabarat dan Shin Bet yang kejam mempertahankan regim masing-masing...

Artikel berkaitan;

FGV Untung...Fuckatan Meraung...Mazlan Aliman Termenung

8

Memang tak dinafikan isu Felda adalah isu terpencil dan jarang-jarang sekali diberi perhatian oleh media sosial pro BN. 

Sebaliknya puak-puak langau hijo begitu galak menggunakan apa saja isu berkaitan Felda untuk memperlekehkan segala usaha murni kerajaan membantu majoriti orang-orang melayu-Islam dan bumiputera yang terdiri dari peladang, pesawit, penoreh dan petani. 

Akibat kurangnya perhatian media sosial membela mana-mana agensi dan NGO's Felda menyebabkan segala usaha murni kerajaan dan YAB PM selaku Menteri yang menjaga isu Felda telah diambil alih dengan penghinaan dan kutukan oleh puak-puak pembangkang.

Peneroka dan generasi Felda yang dahagakan maklumat setiap hari terdedah dengan fitnah, auta dan dusta pembangkang akhirnya sedikit sebanyak menelan segala penipuan yang dianggap sebagai satu kebenaran. 

Hujung-hujungnya mereka yang telah dicuci otak dan jiwanya dengan segala dusta puak-puak pembangkang sekonyong-konyong mendermakan duit-duit hasil titik peluh mereka untuk sebuah perjuangan yang penuh kepalsuan demi mendapatkan janji-janji sebuah syurga.

Tanpa soal, segelintir mereka akan berduyun-duyun diangkut dengan bas dan lori turun berdemonstrasi di jalanan...entah kadang kala mereka sendiri tak faham isu yang sebenarnya...hanya terikut-ikut apabila di sogok sedikit wang saku. Murah sungguh maruah mereka! 

Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang untuk merosakkan sebanyak mungkin pemikiran anak-anak Melayu di Felda.

Hakikatnya banyak yang dilakukan oleh Felda untuk anak-anak Melayu-Islam. Tak perlulah disenaraikan satu per satu. Semua dah maklum.


Hari ni kita lihat lagi kejayaan syarikat berkaitan Felda; FGV yang terus mencatatkan keuntungan pendapatan sebanyak RM4.08 bilion meningkat 36.5%. 

FGV juga berada pada kedudukan 20 terbaik daripada 862 syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham yang mengamalkan tadbir urus korporat secara keseluruhannya.

Bila FGV untung, warga peneroka dan pekerja Felda turut untung. Lebih banyak dividen, bonus dan durian runtuh mereka akan dapat.


Kalau dok percaya dan ikut hasutan pembangkang hidup peneroka tak akan ke mana-mana, memanjang jadi jumud kerana diperbodoh-bodohkan oleh puak-puak yang memang buta ekonomi. 

Mazlan Aliman dan juak-juaknya mungkin termenung memikirkan apa lagi yang boleh dilakukannya untuk memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu di Felda dan luar bandar? 

Selasa, 26 Ogos 2014

PDRM...SEGERAKAN TINDAKAN TEGAS TERHADAP PASUKAN SEPARA-MILITAN DAP !!!

9

Kita mengucapkan syabas kepada respon segera PDRM dan KDN untuk mengambil tindakan tegas terhadap pertubuhan haram semi militan DAP yang berselindung di bawah nama Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang.

Kita khuatir jika PPS terus dibenarkan kewujudannya, maka sudah pasti akan timbul satu pergerakan bawah tanah yang akan mengancam keselamatan negara.


Bayangkan terdapat lebih 10,000 orang sukarelawan pertubuhan haram ini yang berselindung menjalankan kegiatan kesukarelawan menjaga keselamatan negeri, tetapi sebenarnya mampu bertindak seperti Kempeitai (polis rahsia Nippon) atau Gestapo (polis rahsia Nazi) yang teramat kejam seperti di era Perang Dunia Kedua semata-mata kerana taksub kepada regim DAP yang memerintah Pulau Pinang.

Anggota mereka pula didominasi oleh satu kaum saja yang jelas bersifat rasis, chauvinist dan anti kepada perpaduan nasional selain pertubuhan ini memang menyalahi Akta Pertubuhan 1966.


Pasukan separa militan ini amat berbahaya kepada keselamatan negara sekiranya ada di kalangan mereka mula menyusup masuk ke dalam pasukan RELA atau mana-mana pasukan bersenjata lain semata-mata untuk mempelajari latihan menembak dengan pelbagai senjata api dan tempur. 

Bahkan kini mereka juga telah dibekalkan dengan peralatan senjata seperti kayu, rotan dan latihan seni bela diri...Untuk apa semua ini jika mereka banyak bertindak secara kasar dan kurang ajar terhadap sesiapa saja tanpa mengira bangsa yang cuba menentang mereka.

Kuasa PPS ini begitu besar sehingga fungsi dan peranan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) hampir dilarang berfungsi di negeri yang diperintah oleh regim DAP tersebut. 

Hakikatnya, ini adalah bibit-bibit yang disemai oleh regim DAP untuk bertindak lebih jauh lagi iaitu menuntut kuasa autonomi dari kerajaan Persekutuan. 

Sebelum ini regim DAP telah memohon supaya diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan namun ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Keganasan PPS di Pulau Pinang seperti didedahkan oleh rakyat Pulau Pinang sendiri!
Malah regim DAP juga tidak pernah mempercayai pasukan PDRM yang sering ditohmahkan sebagai agen Barisan Nasional, agen Melayu, perisik UMNO dan kuat rasuah. Maka tak heran regim DAP menubuhkan pasukan para militari PPS untuk menjaga kelangsungan regim tersebut di Pulau Pinang.

Inilah bibit-bibit awal gerakan anti Persekutuan yang cuba dihidupkan oleh regim DAP.

Mungkin sekarang mereka tiada senjata, tapi apa akan jadi jika mereka memperolehi senjata? 

Di satu pihak lain kini sedang berusaha menghapuskan Akta Hasutan setelah berjaya menghapuskan ISA dan Ordinan Darurat. Tak mustahil bila semua akta-akta pencegahan ini terhapus maka akan bermaharajalelalah mereka. 

Apa mereka nak takut bukan ada Sultan atau Raja Melayu yang memerintah Pulau Pinang. Kuasa Gabenor sedia ada pun mereka nak hapuskan... 

Kita tak boleh lupa bagaimana MPAJA ditubuhkan oleh nenek moyang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan bantuan penjajah Inggeris untuk menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang seterusnya menjadi detik awal penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM).

Kita tidak boleh lupa bagaimana sejarah MPAJA dan PKM ditubuhkan...Dari pertubuhan sukarelawan membantu masyarakat dan kaum-kaum tertentu akhirnya berkembang menjadi gerakan ekstreme dan
 melawan pemerintah sah.
 
 
Dari berjuang tanpa senjata, Inggeris bantu membekalkan mereka senjata. Dari pertubuhan sukarelawan mereka berubah menjadi ekstremis dan terroris. Bila mereka kuat mereka menentang pula Inggeris dan orang-orang Melayu.

Jadi kita memohon agar pihak berkuasa segera mengharamkan pergerakan PPS ini sebelum ia merebak menjadi sebuah pasukan militan yang akan memporak perandakan negara ini. 



ANWAR FENING LAGI...ISTANA JELAS TAK MAU BININYA JADI MB

9

Sudah terang lagi bersuluh...DYMM Tuanku Sultan Selangor menitahkan agar Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan dan tidak meletakkan jawatan serta meneruskan khidmat kepada negeri Selangor.

Dalam masa yang sama DYMM Sultan memerintahkan agar parti-parti Pakatan memberikan lebih dari dua nama dari parti-parti mereka untuk dipertimbangkan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. 

Isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak dibincangkan dalam pertemuan dengan DYMM Tuanku Sultan.


Maknanya PAS ada harapan meletakkan nama calon ADUN-ADUN mereka yang layak dipertimbangkan menjadi MB Baru...selamat mencuba mana tau kot-kot sangkut.

DAP pula jangan harap boleh jadi MB yer....syoh...syoh pergi main jauh-jauh.