Isnin, 30 Jun 2014

ISYARAT HADI KENA BERUNDUR KATA PENULIS PRO ANWAR

2

Penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) seolah-olah menyindir kunjungan orang ramai melawat Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) sebagai isyarat mahu beliau berundur sebagai Presiden PAS.

Ini kerana keadaan kesihatannya sudah tidak begitu relevan untuk terus memegang jawatan tersebut.

“Saya ingatlah, ramai-ramai datang menzirahi Haji Hadi dengan harapan dia cepat berundur dari memimpin PAS.

“Kesihatan dan akal siasahnya dalam suasana hari ini sudah tidak berapa relevan lagi,” kata MSO yang didedahkan blogger PAS, Roslan SMS.

Menurut Roslan, kata-kata MSO di atas diumpamakan sebagai satu serangan terhadap Abdul Hadi dan ia tidak sesuai dilakukan pada bulan Ramadhan.

“Kita biasa dengan serangan musuh dari pelbagai penjuru tetapi apabila kawan sendiri mula menyerang jelas ia kini memilih menjadi musuh dan sudah bosan menjadi kawan,” kata Roslan.

TAZKIRAH RAMADHAN: SYUKUR PERGI HAJI PUN KERAJAAN TOLONG.

0

Begitu besar nikmat yang diperolehi oleh umat Islam di negara ini.

Hinggakan soal ibadah fardu pun dibantu oleh kerajaan yang memerintah.

Jangan disoalkan semua itu adalah tanggungjawab pemerintah dan sebagai rakyat segala kemudahan itu boleh dinikmati oleh kita selama-lamanya.

Belum tentu sesebuah kerajaan yang memerintah itu mampu menyediakan segala kemudahan.

Belum tentu juga rakyat disesebuah negara itu akan menikmati apa jua yang disediakan oleh sesebuah kerajaan. 

Dan belum tentu juga rakyat yang hidup di negara sebuah negara kaya raya dan kononnya jaguh demokrasi boleh hidup aman damai dan beribadah sepertimana yang disediakan oleh negara kita.

Itulah nikmat yang kita umat Islam dapat di negara kita lebih lima dekad hasil sebuah pemerintahan yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Di negara-negara lain, rakyatnya terpaksa menyembunyikan keimanan demi mempertahankan akidah dan maruah.

Ada sesetengah negara, beriman pada Allah dan Islam dianggap sebagai musuh negara, pengganas dan dihina bahkan dihalau dan dibunuh.

Di Malaysia, syukur alhamdulillah kita masih aman damai. Islam dijaga dan kerukunan dengan kepercayaan-kepercayaan lain terpelihara. 

Di Malaysia, hendak berbuka puasa, bersahur dan duit raya pun ada disediakan oleh kerajaan yang memerintah. Semuanya kerana pemerintah beristiqamah mendaulatkan ibadah dan sunnah. 

Tapi itupun masih lagi ada segelintir manusia yang kufur dan lebih suka menjadi penghasut memecahbelahkan perpaduan ummah. Mereka lebih suka jadi talibarut yang menyampaikan suara-suara hati sumbang minoriti yang tidak bertanggungjawab. Semuanya kerana undi, kuasa dan kedudukan.


Ramadhan ini marilah kita insaf dan menyedari bahawa tanpa kerajaan yang bertanggungjawab belum tentu nikmat-nikmat yang kita perolehi ini akan kekal. Berubah belum tentu akan lebih baik dan lebih senang.

Belum dapat kuasa dah berantakkan baling-baling kerusi. Dapat kuasa nanti mungkin berantakan negara dibaling-baling bom. Nauzubillah! 

" Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?" Surah Ar Rahman   

MENTERI BESAR BAHARU SELANGOR DIJANGKA SELEPAS AIDIL FITRI

0

KENYATAAN MEDIA
Saya rujuk beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor. Saya menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu ini.
Kedudukan Menteri Besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama KEADILAN dan Pakatan Rakyat, dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan.
Anwar Ibrahim
28 Jun 2014
Berikut beberapa kerisauan Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan jawatannya yang diketahuinya bagaikan telur di hujung tanduk :
http://www.malaysiakini.com/news/267100
http://www.mykmu.net/?p=44638

Ahad, 29 Jun 2014

FOTO PERTEMUAN RAHSIA NAJIB - HADI TERDEDAH...DAP MAKIN MERAGUI PAS?

1

YAB PM Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah menziarah Presiden Pas, DS Hadi Awang di IJN sebentar tadi.

Mohd Najib meluangkan masa kira-kira 40 minit melihat perkembangan terkini kesihatan Presiden PAS.

Hari pertama Ramadhan yg cukup bermakna buat umat islam tanah air.

GETAH: PERDANA MENTERI BUAT AMAL SOLEH SEMPENA RAMADHAN.

2

Baru-baru ini semasa di Batu Pahat Perdana Menteri telah mengumumkan 43 ribu penoreh getah tidak mempunyai kebun getah dan pekebun kecil bakal menikmati bantuan RM500 sempena Ramadhan.

Bantuan ini adalah bagi meringankan kesusahan hidup yang terpaksa dihadapi oleh golongan tersebut akibat kejatuhan harga getah pada masa ini.  

Sebelum-sebelum ini pun banyak bantuan yang diberikan kerajaan melalui RISDA dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Ramai juga di kalangan penoreh getah turut menerima BR1M, bantuan zakat, bantuan persekolahan dan sebagainya.

Bagi golongan yang tahu bersyukur, sudah tentu ucapan terima kasih diberikan. Namun bagi golongan yang kufur nikmat bagi banyak manapun tetap cacian jadi zikir dan dikir hariannya.

Di negara lain belum tentu kerajaan mereka beri bantuan-bantuan sebegini pada pekebun kecil yang tak mampu. 

Lantaklah kalau nak hidup pandai-pandailah cari makan.

Anak pokok getah beli sendiri.

Baja beli sendiri. Racun beli sendiri.

Kebun getah semak samun pun lantak korang lah.

Harga getah jatuh sendiri tanggunglah...kerajaan tak beri bantuan.

Inilah terjadi di negara jiran kita. Sebab itulah mereka memberontak mengangkat senjata menentang kerajaan.

Tapi disini kita aman damai kerana kerajaan Malaysia banyak membantu. Malangnya ada juga penghasut yang mengajak manusia jadi pengkufur nikmat. 


   

Jumaat, 27 Jun 2014

NURUL IZZAH DAN SUAMI DISARAN JUMPA BOMOH 1MALAYSIA ELAK PENCERAIAN

2


Hakim Mahkamah Rendah Syariah semalam menangguhkan keputusan Jawatankuasa Pendamai membabitkan kes permohonan cerai Nurul Izzah Anwar pada 7 Ogos depan bagi memberi peluang kepada peguam suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim meneliti semula laporan dibuat jawatankuasa itu.
Hakim Syarie Ab Malek Awang membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan peguam defendan, Zulkifli Che Yong yang meminta laporan Jawatankuasa Pendamai diserahkan kepada pihaknya bagi meneliti semula segala prosiding agar ia selaras dengan Seksyen 47 (8,9,10).
“Anak guam saya tidak ada halangan untuk membantah namun memohon agar laporan Jawatankuasa Pendamai diserahkan kepada pihak kami bagi penelitian semula untuk menentukan ia selaras dengan Seksyen 47,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Nurul Izzah Anwar, 34, anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.
Bagaimanapun defendan, Raja Ahmad Shahrir tidak hadir di mahkamah hari ini.
Dalam perbicaraan sebelum ini, mahkamah menetapkan kedua-dua jawatankuasa pendamai yang dilantik menghantar laporan sebelum keputusan dibuat berhubung permohonan cerai difailkan oleh Nurul Izzah.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua anak, seorang perempuan berumur 7 tahun dan lelaki berusia 4 tahun. 

PAS PECAT AHLI BERJIHAD DI SYRIA

6
Lotfi Ariffin bertanda bulat
PAS Pusat hari ini mengesahkan telah memecat Lotfi Ariffin selepas mendapat maklumat terlibat dengan gerakan jihad di Syria.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.
“Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Mustafa pemecatan Lotfi juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beliau.
The Star hari ini mendedahkan Lotfi antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria dalam laporan mereka hari ini.
Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka telah memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria di media sosial.
The Star juga memaklumkan mereka akan menyiarkan laporan eksklusif bagaimana rakyat Malaysia dilatih oleh gerakan pengganas Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, satu gerakan serpihan dari al-Qaeda yang terlibat dalam memenggal kepala dan membunuh musuh mereka di Syria dan Lebanon.
Seorang lagi rakyat Malaysia yang turut menyertai gerakan jihad di Syria adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay.
Ali dikatakan telah dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertai gerakan jihad tersebut.

KHALID KALAH KEPADA MANIKAVASAGAM SEMASA LAMPU DIPADAMKAN

0

Laman sosial pro PKR, archidea.cronixx menimbulkan satu persoalan kenapakah berlaku ‘blackout’ semasa pengiraan kertas undi pemilihan Cabang Kuala Selangor yang diadakan semalam di ibu pejabat PKR.
“Pengundian yang tidak telus..Pengiraan kertas undi juga tidak telus..Pengurusan perjalanan pemilihan juga tidak telus.
“Dah menipu sejak awal lagi maka beginilah bani penipu menganggap orang lain turut menipu.., “dakwa laman sosial itu.
Komen archidea.cronixx disambut Shahida Serikandi Jb dengan berkata keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kalah kepada S. Manikavasagam sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor adalah tidak relevan.
“Keputusan yang tidak releven selepas blackout sewaktu sedang mengira undi.
“Semua petugas diarahkan keluar semasa blackout.
“Bila naik semula kiraan berubah.
“Siapa yg harus dipersalahkan? Tnb? Bn? Hq? Pemimpin?,” soalnya.
Secara sinis, Shahida Serikandi Jb turut menukilkan pantun enam kerat untuk kejadian itu.
Ketuk dulang paku serpih,
Tepuk dada tanya selera,
Kesucian telah dinodai,
Kepercayaan telah dikhianati,
Kini tiada lagi erti,
Hanya gelaran baling kerusi.
Perkara sama turut diulas oleh Yusup Kamaruddin.
Menurutnya kekalahan Abdul Khalid telah dirancang secara sistematik oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.
“JPP berjaya aibkan Tan Sri Khalid…Blackout berjaya menambah undi lawan mengalahkan beliau sabagai ketua cabang.
“Dari awal permainan hanturaya untuk aibkan Tan Sri Khalid…orang yang didapati bersalah dan digantung tetiba dibebaskan dan dibenarkan bertanding.
“Orang yang menyokong Tan Sri Khalid dicabang dipecat dengan alasan yang sengaja direkacipta.
Akhirnya…blackout hanya berlaku di tempat mengira undi sahaja dan hasilnya…undi sudah berubah…
“JPP WAJIB LETAK JAWATAN ANDAI KAMU BUKAN ANJING AZMIN,”katanya.
The Star hari ini melaporkan Abdul Khalid telah dikalahkan oleh S. Manikavasagam untuk jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.
Manikavasagam berjaya meraih 701 undi menewaskan Khalid yang mendapat 515 undi
Manikavasagam menang kerana beliau dilihat sebagai calon tertindas selepas digantung keahlian parti selama beberapa minggu ekoran beliau lantang bercakap tentang penentangan terhadap politik wang.
Khalid didakwa Manikavasagam sebagai seorang yang mengamalkan politik wang, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Besar Selangor itu.
Walau bagaimanapun, penggantungan keahlian Manickavasagam kemudiannya dibatalkan untuk membolehkan beliau kembali bertanding dan muncul sebagai pemenang menentang Khalid yang merupakan penyandang jawatan di cabang tersebut.
Sebaliknya, Ibrahim Mahidin yang didakwa sebagai ‘orang tengah’ dalam pengaturan politik wang bagi pihak Abdul Khalid telah dipecat daripada PKR.
Selain itu, seorang lagi orang Abdul Khalid, Mustapha Mohd Talib telah digantung keahlian parti pada pertengahan Mei lalu.
Sehingga kini, penggantungan keahlian Mustapha yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor masih belum diputuskan parti.

Rabu, 25 Jun 2014

Apa Lagi CEO Petronas Mahu? @najibrazak

15
Tiba-tiba di kotak minda teringat kepada salah satu bait dalam Gurindam 12 karangan Raja Ali Haji.
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.

Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.

Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.
Mungkin artikel di bawah ini menjadi sebab musabab kenapa tiba-tiba teringat kepada gurindam lama tersebut.
Petronas kecam birokrat kerajaan

Oleh FAUZI JAAFAR
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jun - Petroliam Nasional Bhd., (Petronas) membidas campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan yang disifatkan menyukarkan syarikat itu membuat keputusan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, Petronas bukanlah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) kerana syarikat minyak negara itu mengamalkan kecekapan dan meritokrasi untuk setanding dengan syarikat minyak global.

Beliau berkata, keputusan yang dicatatkan oleh Petronas setiap tahun menunjukkan bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab untuk kekal berdaya saing di peringkat global.
"Adalah terlalu sukar untuk membuat kerja dengan jujur. Awak menghabiskan masa melakukan tugas lain daripada kerja hakiki.

"Keputusan kewangan telah menunjukkan keadaan sebenar... ia amat baik. Tidak seperti orang luar (yang menjadikan sesuatu perkara sukar) dan juga orang daripada kerajaan-birokrat. Campur tangan birokrat menjadikan sesuatu perkara menjadi susah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris The Edge keluaran 23-29 Jun 2014.

Wawancara yang bertajuk ‘Adakah Kami Tidak Berminat Pada Kecekapan’ itu bagi mengulas khabar angin yang Shamsul Azhar akan meletak jawatan.

Dalam wawancara itu, beliau menjelaskan bahawa sebahagian daripada transformasi Petronas adalah untuk menjadikan syarikat minyak negara itu model baharu dunia korporat Malaysia dari segi profesionalisme.

Mengulas lanjut, Shamsul Azhar berkata, DNA Petronas adalah, kurangnya campur tangan kerajaan, akan membolehkan Petronas bertindak secara profesional.

"Pada masa yang sama mereka (kerajaan) mahukan Petronas menjadi sebuah syarikat minyak global yang setara dengan Exxonmobils dan Shell, dan kami mahu menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan Exxonmobils tidak banyak diganggu oleh kerajaan mereka,’’ katanya.

Beliau juga menjelaskan, dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah menyebutkan dengan jelas - minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak menyebut minyak dan gas adalah milik bumiputera semata-mata.

"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja...kami (Petronas) ini adalah penjaga.

"Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan. Bolehkah awak boleh bayangkan masalah yang saya alami,’’ katanya.

Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuklah komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.
"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.

"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan oleh pihak-pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,’’ jelas beliau.

Beliau juga mendedahkan beberapa syarikat seperti Labuan (Shipyard) yang memerlukan lesen fabrikasi dan kerajaan meminta Petronas membantu kerana mereka mempunyai limbungan.
Katanya, Petronas telah membantu syarikat itu dengan memberikan lesen dengan syarat akan ada proses bida dan tender akan ditawarkan di peringkat serantau. Tetapi selepas mendapat lesen, syarikat itu mahukan peruntukan pula.

"Saya orang Melayu dan saya bangga... awak fikir saya tak akan bantu kaum saya? Sudah tentu saya mahu bantu mereka, tetapi dengan cara yang lebih sesuai, bukannya melalui pemberian dan suapan,’’ katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140624/ko_01/Petronas-kecam-birokrat-kerajaan#ixzz35djyeQLb
© Utusan Melayu (M) Bhd 


*Apa pandangan pembaca?

Gambar dari The Mole


AHLI KABINET 2014: ENAM MENTERI BARU DILANTIK

4

PUTRAJAYA: Spekulasi tentang rombakan kabinet yang hangat sejak beberapa hari lepas, akhirnya terjawab dengan pengumuman barisan kabinet baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Najib membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di Bangunan Perdana Putra, setelah selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet.

Rombakan itu memperlihatkan kembalinya pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet, berikut adalah nama menteri dan timbalan menteri baru yang diumumkan;

Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan

Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datin Paduka Chiew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan

Senator Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Majlis angkat sumpah menyimpan rahsia akan berlangsung pada Jumaat di Istana Negara.


Semoga Menteri-Menteri dari MCA dan Gerakan ini dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan memberi impak yang baik untuk Barisan Nasional dan negara ini. 

Cuma pesan rakyat Malaysia pada mereka ini...'benda yang tak patut diusik jangan le saja-saja nak usik" yer...  

AKTA KEHARMONIAN NASIONAL: TAK BOLEH SONTOT, TAK SOKONG!

1

Beberapa Ahli Parlimen mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap Akta Keharmonian Nasional sekiranya ia menghalang diskriminasi kepada orientasi seksual, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Lim Chee Wee, lapor Mstar.

Diskriminasi orientasi seksual,’ merupakan istilah popular yang diperjuangkan oleh kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Menurut MKPN, ugutan itu dibuat semasa rundingan dengan beberapa Ahli Parlimen, bagaimanapun tidak mendedahkan nama Ahli Parlimen tersebut atau parti mereka.

Sambil memetik Perlembagaan Persekutuan, Lim yang juga bekas Presiden Majlis Peguam berkata, tidak ada diskriminasi terhadap rakyat berdasarkan jantina dan ini juga mengambil kira orientasi seksual atau identiti.

Menurut Lim, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut berkata sesiapa saja tanpa mengira orientasi seksual perlu menikmati semua hak asasi dan kebebasan.

Jawatankuasa MKPN berharap agar Ahli Parlimen akan diyakinkan bahawa diskriminasi seperti itu adalah salah dari segi moral dan perlu digubal,” katanya.

Komen kami:

Elok ler kalau negara Malaysia ni nak terima bala Allah halalkan saja perbuatan songsang lagi keji puak-puak LGBT. 

Dah jelas lagi nyata, legasi perjuangan Anwar untuk menghalalkan seks lubang taik disokong oleh pengemar-pengemarnya yang rapat dan telah pun berada di sektor kerajaan.  

Tak perlulah Anwar suruh pencacai-pencacainya turun berpanas di jalanan mendesak kerajaan mengghalalkan seks lubang tahi, tapi cukup sekadar memberikan arahan pada agen-agennya dalam MKPN untuk menyuarakan desakan orientasi songsangnya yang 'serba pandai dan tahu' itu.

Adakah Akta ini yang sebenarnya kita mahukan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948? 

Kini menjelang bulan suci Ramadhan adakah umat Islam masih belum mahu insaf dan sedar tetapi begitu ghairah menyokong supaya Akta Hasutan 1948 dihapuskan lalu mahu digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang ada di dalamnya kebenaran untuk manusia-manusia bejat lagi songsang yang suka bermain-main lubang tahi orang lain sesama jenis untuk memuaskan nafsu mereka?

Apalah punya baral ahli-ahli MKPN ni? 'Sorang tu' terlebih minum susu Ostolia asyik dok kutuk kerajaan pasal OKU. Seorang lagi mabuk cakap pluralisme agama, seorang lagi dok perjuangkan nikmat seks lubang tahi...

Apakah perlu kerajaan mendengar suara-suara minoriti songsang MKPN yang kerjanya hanya untuk menimbulkan perbalahan dalam masyarakat? 

Adakah kita hanya mahu menurut saja desakan dan tekanan golongan minoriti supaya mereka tidak bising menentang dan mengabaikan semua suara majoriti rakyat yang selama ini menyokong kuat segala dasar, teras kenegaraan serta kerajaan? 

Mungkin ada hikmah puak-puak songsang turut menentang Akta baru ini...

Fikir-fikirkanlah...

Ahli-Ahli MKPN: Kerajaan telah melantik mereka untuk beri pandangan membangunkan masyarakat dan negara, bukan untuk menghancurkan asas dan teras negara. 


Selasa, 24 Jun 2014

FDI PULAU PINANG MERUDUM...TYPO ERROR?...EHH SALAH UMNO KOT?

3

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, FDI Pulau Pinang telah merudum dari RM10.451 bilion pada tahun 2010 menjadi RM1.794 bilion tahun lepas.

Teng Chang Yeow menyelar Lim Guan Eng yang cuba menyembunyikan kebenaran apabila seringkali mendabik dada kononnya dia lebih telus berbanding Ketua Menteri terdahulu, Koh Tsu Koon.

Dalam kenyataannya, Teng Chang Yeow berkata, Tsu Koon sentiasa bersedia untuk memberitahu angka FDI setiap tahun tetapi Lim Guan Eng, dalam usaha untuk mendabik dada, hanya menjumlahkan keseluruhan FDI dari tahun 2010 sehingga 2013 untuk menunjukkan jumlah RM20.517 bilion FDI ke Pulau Pinang. Sedangkan hakikatnya, Pulau Pinang sedang berhadapan dengan FDI yang semakin berkurangan. 

Lim Guan Eng sebenarnya cuba mengelirukan rakyat Pulau Pinang untuk menutup kelemahan pentadbirannya. Kejatuhan FDI di Pulau Pinang sepanjang pentadbiran Lim Guan Eng dan DAP sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan kelemahan Setiausaha Agung DAP itu.

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan prestasi ekonomi Pulau Pinang berada pada kedudukan yang sangat gawat. Lim Guan Eng enggan mengakui kebenaran tersebut dan cuba menipu dengan menyatakan FDI Pulau Pinang masih mengatasi semua negeri walaupun angka yang disebutnya adalah rangkuman FDI beberapa tahun yang cuba dibandingkan dengan FDI tahunan bagi negeri-negeri yang dimaksudkannya.


Komen kami;

Inilah terjadi jika puak-puak kiasu cauvinist yang bongkak memerintah negeri.

Salah sendiri tak mahu mengaku, salah orang dicari-cari kalau tak ada dicipta pembohongan kemudian didedahkan.

Bila Kedah nak bina lapangan terbang baru RM1.6 bilion, Ketua Menteri Pulau Pinang paling celaka dalam sejarah ini membebel kata ia merugikan. 

Macam bapak dia jugak, semua yang kerajaan BN buat rugi...tapi bila dia buat pula tak menjadi. 

Tarif air naik 200% (senyum Mat Sabu elaunnya naik)

Cukai katil untuk hotel-hotel dan rumah tumpangan pun naik.

Rakyat miskin dihalau dari tanah mereka kerana pembinaan perumahan mewah. 
 

Tapi apa alasan FDI jatuh kali ini?

Typo error?

Woi...lu punya negeri, lu perintah... lu gagal, lu mau salahkan BN lagi??? 

Sebab itu dalam Islam, yang diajar untuk diperbetulkan adalah DIRI SENDIRI bukannya PEMIMPIN atau KERAJAAN. Hanya ajaran-ajaran sesat sahaja yang mengajar MEMBETULKAN KERAJAAN dan PEMIMPIN barulah betul diri sendiri.





PESANAN ALLAHYARHAM USTAZ ABU BAKAR CHIK - UTAMAKAN KEPENTINGAN ISLAM BUKANNYA DIRI SENDIRI

1

Pesanan akhir sang murabbi


KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik selamat dikebumikan petang tadi selepas disolatkan ribuan hadirin di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring.

Tatkala jenazahnya disempurnakan, pesanan akhir Allahyarham ketika berucap di program "Santai Anak Muda Bersama Murabbi" di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam, malam semalam berlegar di laman sosial.

Dalam ucapannya itu, beliau mengingatkan bahawa anggota jemaah perlu berperanan mengatur strategi untuk kepentingan Islam dan bukannya untuk diri sendiri.

"Kita nak selesaikan kehidupan dengan syariat," ujarnya.

Jemaah, ujarnya bukan medan berehat tetapi medan berjuang, maka setiap isu masyarakat mesti ditafahhum dengan dasar Islam.

"Saf kita bukan sekadar ahli yang baik, tapi jundi (pejuang) yang berdisplin. Perlu ada kesegeraan dalam time management (pengurusan masa).

Menurut Ustaz Abu Bakar, ahli PAS memerlukan ilmu untuk memimpin dan mampu berijtihad dan inilah ciri yang perlu ada dalam "kepimpinan ulama".

Beliau turut berpesan supaya jangan ada walau sedikit pun bagi pejuang Islam memikirkan bahawa agama ini (Islam) menyusahkan.

Allahyarham turut menggaris tiga tunggak "perlembagaan Islam" iaitu masjid yang mesti dimakmurkan; persaudaraan diikat dengan kefahaman yang kukuh; dan Piagam Madinah sebagai sumber dan menjadi panduan.

Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia awal pagi ini selepas kereta yang dinaiki bersama pembantunya Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu manakala Hasmizi yang memandu kereta Toyata jenis Camry tersebut cedera.
Menurut maklumat, kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, Menteri Besar Terengganu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dan para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di pelbagai peringkat. - HARAKAH.

Isnin, 23 Jun 2014

SANTAI MALAM: BILA RETIS PENCACAI PUN GATAL NAK CAKAP...

8

Semua orang terkejut dengan insiden penemuan remaja OKU: Muhammad Firdaus Dullah 15 tahun yang dikurung oleh ibu kandungnya sendiri secara terbiar dan menyayat hati.

Ada juga ibu yang sanggup menyiksa anaknya sendiri, sedang dia pula sibuk melaram berselfie dalam facebook. 

Akibat perbuatan gila berintenet dan bermedia sosial, dia ternyata dapat menyembunyikan perangai buruknya membiarkan anaknya menderita terkurung.

Sama juga dengan perangai sorang retis mulut capoi ni yang tak tahu hujung pangkal mula salahkan kerajaan kononnya tak ambil tindakan.

Banggalah sangat dengan perkhidmatan kebajikan di Ostolia - sebuah negara kapir tu menurut retis ni. Negara kapir ini kononnya beri perkhidmatan percuma dan melarang mak bapak yang punyai anak OKU supaya tak perlu bekerja tapi beri perhatian penuh pada anak-anak OKU mereka.

Kerajaan Ostolia juga beri terapi free, masuk sekolah free, diberi cuti free...pendek kata semua serba serbi free. Memanglah di Ostolia banyak yang free sebab cukai GSTnya pun tinggi 10%, banyak duit bolehlah bagi free banyak mende. 

Wardina...ko kalau nak free, ko beranaklah anak OKU lepas tu ko hijrah ke Ostolia. Rasanya ko sebagai pendatang asing ko dapat tak kemudahan itu?  

Moga sel-sel otak ko sentiasa berhubungan dan belajarlah bersyukur dengan nikmat yang ada diberi oleh kerajaan. Ingat... keluarga ko di Aceh dulu yang kena timbus dek tsunami pun kerajaan yang banyak membantu. 

Selamat minum susu yer...mudah-mudahan sel-sel otak kamu berhubungan dengan baik serta lebih berhikmah ketika berbicara yer...

JATUHKAN HAJI HADI

2


Pemuda PAS Selangor mendedahkan terdapat usaha sistematik didalangi beberapa pemimpin parti bekerjasama dengan portal propembangkang untuk memperburuk-buruk imej Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim dalam kenyataan medianya 21 Jun berkata, beliau tidak hairan apabila The Malaysian Insider (TMI) telah meletakkan sasaran terhadap Abdul Hadi sebagai faktor kegagalan pihak tertentu mahu menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan Pas Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

“Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.

“Sebagaimana yang sentuh di awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.

“Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama,”katanya.

Kenyataan penuh :

Pemuda Pas Selangor Pertahan Presiden Dari Fitnah

Saya tidak hairan melihat TMI berhari-hari membuat serangan bertalu-talu dalam isu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akhir-akhir ini.

Yang menariknya serangan itu mempergunakan PAS sebagai peluru. Seolah-olah keputusan PAS Selangor yang turut mahukan TKSI disingkirkan ketika ini.

Sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga ahli mesyuarat Harian PAS Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor YB Tuan Iskandar Abd Samad yang menafikan bahawa ia adalah pendirian Pas Selangor berhubung dengan beberapa kenyataan mengelirukan yang mendakwa PAS Selangor ingin menolak TKSI.

Ketika ini, sepatutnya Pas Selangor dan semua kompenan Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya meningkatkan komitmen memberi kebajikan kepada rakyat.TSKI perlu mendengar suara akar umbi dan mendahului agenda kebajikan rakyat. Bukan dengan kaedah menyerang serta membantutkan agenda tersebut yang boleh mengutungkan musuh.

Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan Pas Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.

Sebagaimana yang sentuh di awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.

Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama.

Ia juga adalah rentetan “projek langgar Hadi” yang pernah diusahakan oleh beberapa individu upahan pasca PRU12 dahulu yang akhirnya menemui jalan buntu.

Masih segar lagi dalam ingatan saya usaha melaga-lagakan dua Tok Guru ; TGHH dan TGNA dengan tujuan untuk memburukkan imej TGHH yang kononnya pro-UMNO, oleh individu-individu upahan tadi.Tidak cukup itu, kemudian mengfitnah TGHH sebagai punca projek 16 September yg gagal.

Gagal menjatuhkan TGHH melalui serangan terus menerus, kemudiannya TGHH diserang melalui orang-orang kuat sekelilingnya, antaranya melalui menantunya dan melalui bekas Ketua Pemuda PAS.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI.

Usaha-usaha serangan terhadap TGHH ini akan terus berlangsung berpunca daripada ketegasan TGHH yang komited dengan prinsip PAS untuk menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia.

Memang dalam sirah Rasulullah SAW pun wujud individu yang menjadi penyebar fitnah dan menjadi munafik dalam perjuangan Islam.

Maka tidak hairan juga ia wujud dalam mana-mana gerakan Islam sepanjang zaman, seluruh dunia. Munafik inilah yang melaga-lagakan sesama ahli PAS yang kononnya dipetik oleh media sebagai ‘sumber dalaman’.

Saya mencabar media yang menyatakan ‘sumber dalaman’ itu utk menyatakan siapa gerangan ‘sumber dalaman’ dan saya akan tunjukkan itulah munafik yang sedang melaga-lagakan PAS.

Ramai musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka grand design ini. Ada yang bertaraf YB, ada editor dan ada wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama. Kalimah biadap adalah kalimah yang sesuai di tujukan kepada mereka atas perbuatan ini.

Kami para pemuda PAS akan sentiasa mempertahankan PAS dari sebarang parasit liberal yang sedang menjalar ini.

Syarhan Humaizi Abd Halim
Ketua Pemuda Pas Selangor
21 Jun 2014

Sabtu, 21 Jun 2014

AHLI PKR BERLUMURAN DARAH, KERUSI MEJA BERTERBANGAN BAGAI HALILINTAR, DI MANAKAH ANWAR BERSEMBUNYI?

18
DARAH BERLUMURAN DI KEPALA AHLI PKR KUALA LANGAT
KERUSI BERTERBANGAN BAGAIKAN HALILINTAR
MEJA, MAKANAN, KERUSI HANCUR BAGAIKAN TSUNAMI

GANSTERISME
ANWAR LARI SEMBUNYIKAN DIRI
Gambar-gambar pergaduhan, kerusi meja berterbangan, darah berlumuran dan demokrasi ala-Anwar ini berulang lagi tanpa kawalan di Kuala Langat sebentar tadi. England kalah pun penyokongnya masih rasional, ahli PKR kalah dalam parti sendiri bagaikan iblis nan syaitan dirasuk jerangkong yang hilang akal. Semuanya tidak siuman. Persoalannya, mana Anwar?



Jumaat, 20 Jun 2014

SEBAB KEKALAHAN ENGLAND DIDEDAHKAN, ADA KAITAN ISU LIWAT

3
KEGAGALAN ENGLAND MENDUKACITAKAN
Dua kekalahan England dalam edisi Piala Dunia 2014 kepada Italy dan Uruguay sudah dijangka oleh peramal terkemuka yang alim dengan perubahan duniawi masa kini.

Di England, apa yang tidak ada di sana, pusat segala aktiviti dunia, fesyen, shopping, bola sepak, universiti dan sebagainya semua ada.

Namun, sejak kebelakangan ini, sejak aktifnya kedatangan individu-individu yang dikaitkan dengan kejadian meliwat, aktiviti liwat, liwat-meliwat, mahkamah dan liwat, akibatnya pasukan kebangsaan England menerima padahnya.

Untuk menang bukan sahaja pasukan England perlu bersih, tetapi tanah England juga mesti dibersihkan dengan NGO-NGO aktiviti songsang seperti gay dan lesbian.

Lawatan-lawatan yang kerap oleh individu-individu yang disangsikan kebersihannya kerana aktiviti liwat telah memberi kesan buruk kepada pasukan England. Tuhan tidak reda. Tuhan tidak memberi kemenangan. Tuhan tidak dapat memberi kejayaan, di mana seluruh rakyat England menerima nasib buruk.

Individu-individu yang sudah dikenali dengan aktiviti NGO yang memperjuangkan Lesbian dan Gay seperti AlGore yang juga mempunyai hubungan rapat dengan penyagak matawang Soros telah menjadikan England pusat aktiviti mereka. Malah mereka menjemput seorang individu yang popular dengan isu liwat untuk bermastautin di England.

Apa yang tidak ada kepada pasukan England. Wang, Gaji, Jurulatih, Fasiliti, Kemewahan semua mereka ada, tetapi mereka terlupa satu perkara bahawa di England ada berjuta umat Islam juga. Mereka adalah rakyat England juga. Mereka juga mahu pasukan England menang di Piala Dunia.
SATU DUNIA PENYOKONG ENGLAND MERANA 
Inilah bahayanya liwat, bahana liwat, kesan lutsinar liwat, implikasi belakang tabir kegiatan liwat, di mana seorang dua terlibat kegiatan liwat... satu kariah, satu negara terkena kesannya. England tewas dan tewas.

Jika England mahu menang Piala Dunia 2018, England mesti membersihkan kotanya daripada dikunjungi oleh peliwat-peliwat dari seluruh dunia, termasuk peliwat dari negara-negara Asia Tenggara. England mesti menghapuskan, mengharamkan dan menghalau pelaku-pelaku liwat untuk menjadikan England sebagai pusat aktiviti mereka.

"England Bersih Dari Liwat, Look Forward, England For World Cup 2018"

Liwat adalah Haram dan Dosa.



TIDAK ADA SATU BIJIK PUN EXCO ISLAM SELANGOR BERANI BUKA MULUT

3
ISLAM DIPERLEKEH KERANANYA

Umat Islam hari ini mempersoalkan sikap membisu Exco Agama kerajaan negeri, Sallehen Mukhyi dalam penyelesaian isu rampasan bible versi Bahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Januari lalu.
“Di Selangor kita ada eksekutif exco yang bertanggungjawab dalam Islam, jadi apa yang Exco ini buat?
“Ini sebenarnya pada saya melihat salah satu kegagalan exco untuk exco agama yang berkenaan untuk memastikan tanggungjawabnya,” 
Beliau mengulas tindakan kerajaan Selangor yang dilihat lemah dalam menyelesaikan isu rampasan Bible berikutan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju untuk memulangkan kitab itu sebagaimana keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.
Pada 14 Jun lalu, Pengerusi MAIS, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa juga tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara pada 11 Jun itu untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Kata Mohd. Adzib, MAIS yakin wujud ruang dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 yang membolehkan pendakwaan dibuat.
Susulan tindakan MAIS, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor bagi menyelesaikan perkara itu.
Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata tidak timbul masalah seperti hari ini jika exco yang terlibat fokus dan memainkan peranannya dalam menjaga hal ehwal agama di negeri itu.
“Dan exco agamanya pula bila dah terhantuk baru terngadah dan barulah nak ambil tindakan itu dan ini. Ini bukan cara dia dan ini menampakkan kelemahan pentadbiran agama kerajaan negeri,” ujarnya.
Justeru, beliau berkata tidak ada keperluan untuk mengkaji semula enakmen berkaitan peruntukan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti yang disarankan oleh empat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
“Kalau dia jalankan tugasnya dari segi eksekutif perkara ini tak ada masalah, itu masalahnya. Tak timbul soal (gugurkan kuasa eksekutif MAIS). Itu yang saya katakan tadi tidak ada keperluan, pertama sebab tidak ada masalah dan tidak ada keperluan untuk mengganggu tugas MAIS dalam menjalankan tugasnya,” katanya.
Ini kerana, beliau tidak melihat apa-apa masalah dengan MAIS.
Sebaliknya, menurut Shamsuddin tindakan MAIS dan JAIS itu dibuat semata-mata hanya mahu mempertahankan dan menjaga kepentingan agama rasmi negara ini.
“Saya menyokong penuh tindakan MAIS kerana ia melaksanakan enakmen peraturan dan menguatkuasa undang-undang berkaitan dengan Islam,” jelasnya.
“Saya nak beritahulah bukan kita mengganggu urusan agama orang lain, tidak. Kita lihat di negara kita dan di Selangor ini sendiri perkembangan agama lain tak terjejas di boleh buat gereja, kuil dan kita tak ganggu mereka tetapi bila urusan yang berkaitan dengan agama Islam kita kena pertahankan dan jaga,” tambahnya.
Mengulas lanjut keengganan badan pemantau agama itu memulangkan bible terbabit Shamsuddin berkata, biarlah MAIS dan JAIS yang membuat keputusan mengenainya tanpa perlu campur tangan politik.
Ada tiga perkara yang boleh dibuat berdasarkan undang-undang pertama memulangkan, kedua melupuskan dan ketiga mendapatkan perintah mahkamah…ini yang boleh dilakukan oleh MAIS dan JAIS kenapa nak kacau pula biarlah kita bebas dan kalau ada yang tak kena terpulang kepada mereka,” katanya.
“Kita boleh beri nasihat tetapi tak semestinya benda itu mesti dipatuhi oleh mereka sebab ini boleh menjejaskan integriti pegawai yang menjalankan tugas tersebut disuruh buat bila dah buat disalahkan pula,” tegasnya lagi. (AntaraPos)

Khamis, 19 Jun 2014

EDISI MALAM JUMAAT: BILA OSETAT TUNJUK TELADAN TAK BAIK...SAMUN HAK ORANG MISKIN?

15

Guano mung Osetad, ceramah sokmo ajak orang jadi zuhuk tapi mung sendiri tunjuk contoh tak baik.

Ambo bukan nak dengki Ustak ada kete besa, tapi kalau pakai keta besa tu molek ler isi RON 97. RON 95 tu biar orang miskin jer pakai.

Mungking Ustak nak berjimat cermat. Almaklumlah nak maintain kete Brabus putih tu ngan kete Ferrari ngan tiga bini tu makang belanja tinggi.

Tu belum lagi nak belanja anak-anak makang Mc D setiap hari. Duit ceramah keliling belum tentu cukup.

Sumber: http://www.sebastianphiu.com/2014/05/ustaz-azhar-idrus-kantoi-curi-subsidi.htm

Wolkwagen hitam Ostad yang kene langgar tempoh hari ape cerite?

Wolkwagen hitam Ostad kene langgar di kampung Pengadang Baru, Ganu, Ogos 2013 lalu...kete ni pakai RON 95 tak?
Cantik Ferrari Ostad...pakai RON 95 juga?
Cooper ni pakai petrol Buraq Oil RON 95 tak?
Baru beli ke...kaya Ostad ye murah rezeki ceramah keliling...pakai RON 95 ker yang ni?
Kete Estima tu untuk bini baru pakai RON 95 juga ker?
RON 95 kita memang murah berbanding negara-negara jiran...patutlah Ostad pakai.


Last sekali ambo nak tanye, Ostad dah kaya tapi kenapa guna hak orang miskin?

Ostad...Kete mewah ni kalau pakai RON 95 tak laju, kurang performance... sembab nak terjah!

Macam badan juga kalau dah usia lanjut viagra, gambir, madu, tongkat alinye kena dos lebih sikit baru isteri-isteri Ostad tersenyum puas.

Hehehe ternyata Ostad juga manusia...


UNIVERSITI AWAM: BILA GILA RANKING INTERNATIONAL, SEMUA MAHU DILIBERALKAN...

3

Kejatuhan Malaysia dalam ranking universiti awam global berterusan, kali ini dalam Times Higher Education Asia University 2014 yang dikeluarkan hari ini di mana tiada universiti tempatan masuk dalam senarai 100 terbaik.

Kadang-kadang kita hairan kenapa kita terlalu sibuk sangat nak kejar ranking @ nak masuk book menjadi universiti ternama dunia. 


Kita berasa malu sangat apabila IPTA-IPTA ternama kita gagal masuk dalam ranking 100 ternama. Kita teruja melihat negara-negara jiran seperti Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China (negara-negara mata sepet @ kaum Ma'juj) tersenarai dalam ranking 10 universiti terbaik Asia.

Kita juga bagaikan demam tak kebah bila dapat tahu 10 universiti di India tersenarai dalam 100 universiti terbaik di dunia berbanding tiga tahun lalu 

Negara di Timur Tengah seperti Iran, Israel, Lubnan, Arab Saudi dan Turki turut tersenarai.

Thailand turut berjaya, “tetapi tiada tempat bagi Malaysia”, yang dianggap oleh Times Higher Education (THE) sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai industri pengajian tinggi besar.

Universiti Kebangsaan Malaysia yang berada di tempat 87 tahun lalu terkeluar dalam senarai tahun ini.

Universiti Tokyo menjadi universiti Asia terbaik diikuti oleh Universiti Kebangsaan Singapura.

Universiti Hong Kong, Universiti Kebangsaan Seoul dan China Peking University berada di tempat ketiga, keempat dan kelima.

Thailand mempunyai dua universiti yang masuk dalam senarai iaitu King Mongkut’s University of Technology, Thonburi yang naik lima anak tangga dan berada di kedudukan ke-50 dan Universiti Mahidol – jatuh 21 anak tangga ke tempat 82.

Singapura juga mempunyai dua universiti yang masuk dalam senarai iaitu NUS di tempat kedua dan Nanyang Technological Universiti di tempat ke-11.

Antara sebahagian program sesi orientasi berbaur seks bebas di Singapore Institute of Management (SIM) - University of London. Singapura giat meliberalkan institusi pendidikannya demi mencapai taraf dunia. Nak kejar ranking dunia kena banyak buat aktiviti macam ni kot?
Hong Kong dinamakan sebagai bintang oleh THE kerana walaupun bersaiz kecil tetapi mempunyai enam universiti dalam senarai 50 terbaik.

Dilaporkan juga pada April, universiti awam Malaysia turut gagal tersenarai dalam 100 universiti terbaik Times Higher Education bagi universiti di bawah 50 tahun.

Empat universiti Asia yang berjaya masuk dalam senarai 10 universiti “muda” terbaik dunia termasuk Pohang University of Science and Technology Korea Selatan yang mendapat tempat teratas, Hong Kong University of Science and Technology (4) dan Nanyang Technological University, Singapore (5).

Malaysia gagal untuk tersenarai bagi tahun kedua. Dalam ranking pertama pada 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia berada di tempat ke-98.

Malaysia turut gagal tersenarai dalam ranking Reputasi Dunia Times Higher Education – yang dikeluarkan pada Mac, berada di belakang negara Asia Tenggara lain.

Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan kemerosotan kedudukan universiti awam di Malaysia bukan menggambarkan keseluruhan pencapaian universiti sebaliknya proses pembelajaran perlu diutamakan.

Menteri Pendidikan II itu berkata, universiti awam di Malaysia masih dalam lingkungan usia yang muda dan pencapaian ditetapkan perlu berada pada tahap realistik.

"Ranking tidak menggambarkan segalanya tetapi kita boleh tingkatkan. Kita perlu realistik dalam mencapai kedudukan,” katanya.


Komen kami;

Apa gunanya nak kejar ranking dunia kalau kita terpaksa meliberalkan pendidikan kita. 

Perlukah kita membuka sehingga 30% - 40% kemasukan pelajar antarabangsa ke dalam IPTA kita semata-mata nak jadi international, supaya ranking dunia dapat dicapai. Nanti apa nasib pelajar-pelajar tempatan yang kurang berkemampuan, mampukah mereka bersaing dengan pelajar asing yang berduit dan cair berspeaking London?

Kerana nak kejar populariti internasional dan duit kita silap membenarkan pelajar asing yang tidak berkualiti belajar di sini. Ada yang menyalahgunakan pas pelajar menjadi pelacur, ada jadi pengedar dadah, ada jadi dalang sindiket black money bahkan ada yang jadi agen terroris!

'Pelajar' asing di IPTS dari Nigeria ramai yang dicekup kerana terlibat dalam jenayah
Perlukah kita meramai dan menggajikan para pensyarah asing sehingga 50% dalam IPTA kita, untuk menjadi lebih antarabangsa supaya masuk ranking. Dalam masa yang sama kita meminggir dan menganak-tirikan para pensyarah tempatan dari segi gaji, kenaikan pangkat, layanan dan bebanan kerja!.

Perlukah kita terlalu gila nak kejar ranking dunia, hingga terlalu gila memeras para pensyarah kita membuat journal internasional dalam masa yang sama  langsung meminggirkan bahasa kebangsaan. Negara-negara lain buat journal dan kajian dalam bahasa ibunda pun boleh masuk ranking!

Berapa pula kita nak belanjakan wang negara untuk melobi pihak Times Higher Education Asia University milik Barat itu untuk memastikan ada IPTA-IPTA kita masuk ranking dunia akan datang? Puak-puak THE ini memang nak cari duit, siapa pandai lobi, bagi wang berguni-guni gerenti masuk ranking. 

Apakah selama ini tanpa ranking dunia graduan-graduan lepasan IPTA-IPTA kita tidak berkualiti? Rasanya yang tercorot hanya mereka yang malas belajar, suka demonstrasi lepas tu minta PTPTN free. 

Perlukah kita mengikut telunjuk pembangkang dan suara-suara sumbang minoriti yang ada agenda tersendiri menghancurkan matlamat IPTA. Dulu pernah seorang penyanggak dalam DAP yang mengkritik kenapa UiTM tak masuk ranking. 

Ada juga penyanggak DAP yang ghairah jadi calon PRK galak mengkritik UiTM kononnya rasis kerana mementingkan Bumiputera. Kini penyanggak-penyanggak DAP juga yang galak menghentam UiTM sebagai basis kroni UMNO.  Unisel bagaimana pula?

Kementerian Pendidikan telah menerima RM38.7 bilion pada 2013 dan ditingkatkan kepada RM54 bilion tahun ini, bajet terbesar yang pernah diterima dalam sejarah kementerian itu. Gunakanlah wang rakyat ini untuk memperkasakan sektor pendidikan kita sebaik-baiknya.

BN Youth Job Fair terbukti membuka banyak peluang kepada para graduan dan belia mencari pekerjaan. Inilah yang rakyat terutamanya para belia mahukan! 
Lebih baik jika negara dapat memperbanyakkan peluang kerja kepada lepasan IPTA-IPTA ini supaya hidup mereka lebih terjamin, PTPTN dapat dibayar negara pun aman makmur dari kita sibuk memecahkan kepala mengejar ranking dunia hingga terpaksa korbankan hak-hak kita agar dilihat lebih global dan liberal. 

Perlukah kita perlu merubah menjadi lebih liberal hanya kerana takut pada suara-suara sumbang minoriti pembangkang? Cukup-cukup la wei...utamakan suara majoriti.