Rabu, 30 April 2014

HUDUD: TIDAK PERLU ULANG, SEMUA TAHU PENDIRIAN DAP, KATA ANTHONY LOKE

4


DAP tidak akan menjelaskan semula tentang kebaikan dan keburukan pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia sudah dibincangkan sejak isu itu mula timbul dahulu.

Keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, pendirian DAP konsisten menolak undang-undang itu dengan sebab-sebab yang sudah jelas kepada semua pihak.

“Kita tegas dengan pendirian kolektif kita bahawa tidak akan menerima undang-undang hudud, atas hujah perundangan dan perlembagaan. Kita sudah jelaskan perkara ini sejak dulu lagi.

“Pelaksanaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, ia bukanlah dasar bersama Pakatan Rakyat, kerana hudud bukan agenda ketiga-tiga parti komponennya,” katanya kepada Roketkini.

“Ini adalah pendirian DAP dan tidak akan berubah. Semua orang tahu dan tidak perlu lagi diulang-ulang,” kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan itu lagi.

Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan pada tahun 2011 menyatakan iltizam untuk mempertahankan dasar bersama seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Buku Jingga.

Ia juga menegaskan objektif utama Pakatan untuk membina kembali asas kenegaraan yang rosak di bawah pemerintahan Umno-BN seperti tadbir urus dan sistem kehakiman.

Anthony Loke memaklumkan bahawa DAP kini dalam proses perbincangan bersama-sama PAS bagi mencari penyelesaian dalam isu yang timbul, namun enggan mengulas lanjut berhubung soal itu.

Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa rancangan PAS untuk melaksanakan hudud bakal dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. – Roketkini.com

KHAIRY PUJI OBAMA DAN NAJIB

0
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau melihat adanya keserasian antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang lawatan rasmi tiga hari Obama ke negara ini minggu lepas.

Khairy yang merupakan Menteri Pengiring kepada Obama dalam lawatan itu berkata kedua-dua pemimpin itu juga dilihat begitu selesa dalam perbincangan dua hala mereka.

"Saya, sebagai Menteri Pengiring kepada Presiden AS, hadir dalam mesyuarat dua hala. Mereka juga ada perbincangan empat mata di mana selepas perbincangan itu, saya melihat keserasian di antara kedua-dua pemimpin itu cukup tinggi," katanya ketika ditanya pengalamannya itu di sini, hari ini.

Khairy berkata beliau juga sempat menyampaikan pendapatnya mengenai belia dan Islam sebelum Obama berlepas ke Filipina dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, semalam.

"Antara perkara yang saya bangkitkan ialah supaya inisiatif belia berterusan. Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana banyak meluangkan masa dengan orang muda di sini termasuk di Universiti Malaya," katanya.

Ahad lepas, Obama mengadakan sesi perjumpaan terbuka dengan kira- kira 400 pemimpin muda Asia Tenggara di Universiti Malaya, Kuala Lumpur di mana beliau antara lain menekankan pentingnya mendengar suara golongan muda selain menggalakkan jalinan kerjasama antara pemimpin muda Asia Tenggara dengan golongan muda AS.

Khairy berkata beliau turut memberitahu Obama bahawa dunia Islam harus mengubah persepsi masyarakat Barat daripada hanya isu keselamatan kepada isu berkenaan dengan pendidikan, ekonomi dan pembangunan.

"Saya memberitahu beliau bahawa ucapannya di UM yang menyentuh soal perubahan persepsi Barat kepada dunia Islam daripada hanya isu keselamatan kepada isu pembangunan, ekonomi dan pendidikan adalah tepat sekali dan berharap beliau akan terus membawa mesej itu.

"Dan beliau berkata akan membawa (mesej ini) kerana melihat pentingnya untuk kita bangunkan generasi muda terutama di dunia Islam dari sudut pembangunan, pendidikan dan juga modal insan. Jadi, saya melihat pendekatan beliau adalah tepat dari sudut belia," katanya.

Menurutnya Obama yang dibesarkan di Indonesia turut memahami cabaran yang dihadapi negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Khairy berkongsi senario menarik apabila Obama menyuruh pegawai-pegawainya mencuba durian.

"Semasa di Seri Perdana, Perdana Menteri hidangkan durian kepada Presiden Obama. Beliau kata pernah makan durian sewaktu muda di Indonesia dan beliau 'tidak mahu lagi' (memakannya) lalu beliau memaksa semua pegawainya makan durian," katanya.

Pada majlis jamuan itu, katanya Obama turut memilih hidangan nasi goreng dengan ikan patin dan ayam kampung berbanding stik.

Selasa, 29 April 2014

DIAM-DIAM PAS SUDAH KEMPEN SELURUH NEGARA LAKSANA HUDUD TANPA DAP

3
Sessi Brain Stroming Jawatankuasa Penerangan PAS Pusat

Dr Hatta Ramli Bentang Isu Hudud : Tidak Mengharapkan Kaum Cina Lagi

Banyak Bajet ?


MACAI KEPANASAN BILA OBAMA MASUK MASJID!

2

Kekadang memang susah nak faham peel macai-macai pakatan ni. Kekadang nak tergelak pun ada. Pada mereka segala yang baik adalah milik mereka yang abadi. Manakala segala kejahatan dan keburukan adalah milik kerajaan, BN dan UMNO.

Apa jua akan dilakukan mencari dan mencaci kerajaan hatta isu Obama masuk masjid pun dijadikan bahan dan modal untuk berdemonstrasi.


Salahkan Obama melawat dan menikmati keindahan Masjid Negara? Dia masih berpakaian sopan dan tahu adab-adab ketika melawat masjid. Kedatangannya dipimpin oleh Imam Masjid Negara dan para pengiring.

Berbanding dengan tindakan beberapa pemimpin dan pengikut pakatan kafir harbi, chauvinist dan musyrik yang terang-terangan mencemarkan kesucian masjid dan surau. Dahlah tak ikut adab, duduk lepak-lepak sambil dedah aurat dan beri tazkirah memfitnah memburukkan pemimpin Islam yang lain. Kemudian mereka diberi laungan takbir...ada ka patut?







Double standard sungguh...

PEMIMPIN PR DIPAKSA KUNCI MULUT PASAL HUDUD

2


Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa agar semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengunci mulut berbicara tentang hukum hudud kerana ia tidak menguntungkan pakatan pembangkang.

Sebaliknya, Ketua Parlimen DAP itu menyarankan agar perbincangan itu perlu diadakan dalam mensyuarat Majlis Pimpinan PR.

“Secara tiba-tiba, Pakatan dilihat berdepan dengan krisis terburuk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum ke-12 – sesuatu yang tak pernah dicapai oleh pakar strategi UMNO walau pun mereka telah menimbulkan pelbagai provokasi sebelum ini.

“Pemimpin dan parti komponen Pakatan perlu sentiasa sedar perancangan UMNO untuk mencetuskan pergeseran dalam Pakatan Rakyat dengan memperbesar-besarkan perbezaan – yang kita telah ‘setuju untuk tidak bersetuju’ dan berpegang teguh dengan rangka dasar bersama Pakatan sebagai agenda bersama.

“Maka, saya menyeru moratorium (penghentian sementara) serta-merta berhubung kenyataan tentang isu ini oleh pimpinan Pakatan dan merujuknya kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk keputusan,” katanya, dilaporkan roketkini.

Isu hudud kembali diperkatakan selepas kerajaan PAS Kelantan merancang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai pelaksanaannya di negeri itu di Parlimen Jun ini.

Pada 24 April lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan DAP dan PKR tidak berhak menghalang PAS melaksanakan hudud di negeri itu.

Keesokannya, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan balas berkata, PAS boleh keluar daripada Pakatan jika berterusan ingin mengabaikan konsensus Pakatan yang telah dicapai.

Mengulas perkara itu, Kit Siang menegur Mohd Amar dan Anthony Loke dengan berkata, kedua-dua mereka tidak patut mengeluarkan kenyataan yang hanya mengeruhkan keadaan dan menguntungkan UMNO BN.

“Nik Amar dan Anthony perlu lebih menahan diri di ruang awam dan tidak menimbulkan situasi yang membolehkan UMNO BN menangguk di air keruh, menimbulkan suatu keadaan yang disebut pepatah Cina sebagai menyebabkan ‘rakan-rakan berduka dan musuh bersorak’.

“Semoga semua pimpinan Pakatan, daripada DAP, PAS, dan PKR terus berpegang pada dasar bersama Pakatan bagi memikul harapan rakyat ke arah perubahan landskap politik yang amat diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, demokratik, berdaya saing dan makmur,” katanya lagi.

MALAYSIA BELUM SESUAI LAKSANA HUDUD , KATA ANWAR

4

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan The Malaysian Insider berkata hudud masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum tersebut.

Justeru itu, kata Anwar, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

“Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya,” kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.

“Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah.

“Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?” katanya kepada pemberita apabila disoal tentang persediaan Malaysia untuk melaksanakan hudud.

‎Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut.

“Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

“Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR,” kata Anwar.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Mynewshub berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan malam tadi sebulat suara menolak rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Menurut Guan Eng, DAP kekal dengan pendirian bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan semangat kemerdekaan negara.

“Resolusi itu turut menegaskan rancangan melaksanakan undang-undang hudud PAS bukan polisi pakatan kerana DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang itu selama ini.

“Resolusi juga mengesahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah apabila menyatakan pakatan dan DAP telah bersetuju melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan atau Terengganu pada tahun 2011,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut memaklumkan, pimpinan DAP akan bertemu dengan pemimpin PAS berhubung perkara itu, namun menegaskan mereka sama sekali tidak akan berbincang tentang kewajaran melaksanakan undang-undang itu.

Menurutnya, DAP akan turut memaklumkan PAS tentang risiko-risiko yang akan dihadapi parti itu sekiranya meneruskan rancangan untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Risiko itu adalah risiko kehilangan sokongan kehilangan sokongan bukan Islam, risiko perpecahan pakatan pembangkang, risiko kehilangan kehilangan kerusi yang dimenangi dengan sokongan bukan Islam.

DAP TERKEJUT DAKWAAN HAJI HADI PR SETUJU HUDUD

2

DAP tidak pernah bersetuju dengan langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan, sebelum atau selepas Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan pada tahun 2008.

Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

“Ini adalah pertama kali saya dengar DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan oleh PAS.

Pimpinan tertinggi DAP, sama ada Lim Kit Siang atau mendiang Karpal Singh tidak akan bersetuju kerana ia bertentangan dengan perlembangan,” katanya.

“Abdul Hadi telah melakukan kesilapan dan mengeluarkan kenyataan yang salah,” katanya dalam satu kenyataan di George Town, Ahad.

Abdul Hadi dilaporkan berkata Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan niat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Lim berkata PR terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Kadilan Rakyat dan ia beroperasi berdasarkan konsep kesepakatan daripada ketiga-tiga parti itu – BERNAMA

SELANGOR HARI - HARI HUJAN LEBAT , TAPI AIR MASIH DICATU

2



“Oh petang ini hujan lagi …. Lebat ….. Banjir lagi,”kata @Hamidzun yang diretweeted oleh Abang Bro mengambarkan kekecewaan anak negeri Selangor yang kecewa dengan langkah kerajaan negeri meneruskan pelan catuan air di negeri itu.

@Hamidzun mempamerkan aksi seorang lelaki bermotorsikal yang meredah hujah dengan kata-kata berbunyi,”apalah nasib..kutempuh hujan, kuredah banjir, sampai rumah, air masih dicatu..”

Abang Bro turut meretweet twitter @dzul42, @mytraffic dan @astrotraffic yang merakamkan suasana banjir di sekitar Lembah Klang.








Catuan air di Selangor akan diteruskan, kata kerajaan negeri pada Isnin, lapor Mstar.

Exco kerajaan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, walaupun paras air empangan meningkat, catuan air terpaksa diteruskan buat ketika ini.

Beliau berkata, Kerajaan negeri Selangor dan Lembaga Pengurusan Air Selangor (Luas) akan membincangkan tarikh akhir catuan air tidak lama lagi.

Ahmad Yunus yang merupakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor turut menolak dakwaan bahawa air lombong berbahaya.

“Kita telah melakukan banyak ujian yang menunjukkan bahawa air tersebut selamat. Jika terdapat sebarang yang tidak selamat, kita tidak akan menyembunyikannya,” katanya pada sidang media di Shah Alam pada Isnin.

Sebelum ini, Ahmad Yunus pernah dikritik rakyat negeri itu kerana kenyataannya yang memperlekehkan rakyat ketika menjawab isu catuan air.


Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini dilaporkan Bernama menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor adalah pihak yang membuat keputusan sama ada meneruskan atau menghentikan catuan air di negeri itu.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred Dharan dalam satu kenyataan berkata sehingga hari ini, pihaknya sebagai pengagih bekalan air masih belum menerima sebarang keputusan pelan catuan tersebut.

“Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat sehingga kini masih diteruskan seperti yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan catuan harian melalui laman web Syabas www.syabas.com.my, laman sosial Facebook dan Twitter Syabas.



Anggota Parlimen DAP Klang, Charles Santiago pula mendesak kerajaan Selangor mengeluarkan laporan Jabatan Kesihatan berhubung air daripada lombong yang disalurkan ke Sungai Selangor bagi menghadapi masalah kekurangan air.

“Laporan itu patut memperincikan kandungan kimia termasuk pencemaran atau kandungan toksik, jika, ada daripada pelbagai lombong,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor mynewshub.

Beliau merujuk kepada pelan kecemasan mengepam air daripada lombong terbiar bagi membekalkan air ke lori rawatan ekoran aras Sungai Selangor dalam keadaan kritikal.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini menjamin kaedah itu selamat ekoran lombong itu tidak digunakan untuk jangka masa lama dan Jabatan Kesihatan tidak mempunyai sebarang kebimbangan keselamatan berhubung langkah itu.

Santiago bagaimanapun berkata, beliau menerima banyak aduan daripada kumpulan profesional kesihatan yang tidak yakin dengan jaminan itu.

“Terdapat kebimbangan lombong terbiar itu tahun demi tahun menjadi tempat mendapan pencemaran dan kandungan toksik termasuk bahan radioaktif.

“Kebanyakan takungan lombong tidak diurus atau dirawat untuk pemulihan,” katanya.

#tolakGST: ADAKAH GST HARAM DISISI ISLAM?...BIAR BETIK!

3

Banyak sangat polemik dan kontroversi yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang tidak faham GST tetapi mereka berlagak kononnya pandai pasal GST. Kesannya ramai yang terkeliru dengan dakyah dan tohmahan palsu.

Malang lagi apabila ada di kalangan para pemimpin Islam rela dipergunakan oleh puak-puak DAP untuk menggagalkan sistem percukaian GST. Alasannya mudah, kejayaan perlaksanaan GST nanti pasti akan membongkar segala penyelewengan dan kecurangan yang dilakukan oleh golongan-golongan peniaga yang tidak jujur yang selama ini hidup mewah hasil penipuan-penipuan mereka dalam perniagaan. 

Pengkhianat Ekonomi Berleluasa, Ekonomi Binasa

Cakaplah apa saja penyelewengan yang selalu dilakukan oleh golongan peniaga yang khianat ini. Bagi mereka kalau tak tipu macamana nak untung? Kita perlu ketepikan persepsi kononnya mereka ini pandai berniaga, rajin bekerja, tidak berputus asa, bijak ambil peluang…

Tak semua golongan ini sebegitu. Tapi kebanyakannya yang menolak GST berusaha menggambarkan mereka teraniaya dengan GST demi menutupi segala penipuan dan pembohongan yang sering mereka lakukan. 


Akibat perbuatan segelintir peniaga yang menjadi pengkhianat ekonomi ini, maka harga barang meningkat berkali ganda dan menjadi mahal. Kesannya hidup rakyat menjadi susah, tetapi para peniaga yang khianat ini semakin kaya memboroi.

Dalam ajaran Islam sendiri menekankan pentingnya golongan penggerak ekonomi seperti pengeluar, pemborong, peruncit dan peniaga supaya sentiasa bersikap jujur dalam perniagaan mereka. Bahkan dalam Islam, 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan. 

Namun Allah swt dan Islam amat menegah dan melaknat golongan yang melakukan 8 ciri-ciri khianat ekonomi terhadap rakyat dan negara seperti;

1. Riba
2. Peras ugut
3. Menipu bagi melariskan barangan
4. Rasuah
5. Memonopoli barangan (ihtikar)
6. Mengurangkan sukatan dan timbangan
7. Larangan membeli barangan curi, ragut atau rampas tanpa hak 
8. Menjual barangan bersifat najis pada zat dan hasilnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan sebagainya


Lapan ciri khianat ekonomi inilah yang harus ditentang habis-habisan oleh umat Islam. Majoriti pengkhianat ekonomi inilah yang sebenarnya amat takut pada GST dan berusaha mempengaruhi kita agar GST tidak dilaksanakan supaya mereka boleh berterusan melakukan khianat ekonomi yang menindas rakyat secara berleluasa.

Segelintir orang hanya melihat perlaksanaan GST dari sudut kesan kepada pengguna saja. Kononnya harga barang akan naik. Tetapi mengapa kita tidak mahu mempersoalkan sikap para peniaga yang tidak jujur yang menjadi dalang kepada kenaikkan harga barang sesuka hati? Mereka berterusan menipu rakyat dan serba serbi menyalahkan kerajaan ekoran kenaikkan harga barang.

Jarang antara kita bersyukur dan gembira apabila GST dilaksanakan, akan ada barang yang tidak naik harga dan akan ada juga barang yang akan turun harga.


Cukai CJP 16% Bakal Dihapuskan

Kerajaan mendapati sistem percukaian yang ada sekarang iaitu kadar Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJP) begitu tinggi iaitu 16% dan membebankan para peniaga dan pengguna. Justeru kerajaan telah membuat keputusan memperkenalkan satu mekanisme cukai yang lebih telus dan tidak membebankan rakyat dengan menghapuskan CJP tersebut serta digantikan dengan cukai GST iaitu berkadar 6% sahaja.

Selama ini kita telah membayar harga yang tinggi bagi sesuatu barangan kerana kos cukai CJP telah diserapkan secara langsung ke dalam harga yang dibeli oleh para pengguna.


GST telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara sejak tahun 1950an lagi. Justeru GST yang bakal dilaksanakan oleh Malaysia pada 1 April 2015 adalah merupakan sistem percukaian GST yang terkini. Perlaksanaannya Insya Allah diyakini tidak akan membebankan rakyat kerana ia merupakan kaedah penyusunan sistem percukaian negara yang berkesan, saksama, cekap dan telus. Ia dapat mengelak cukai yang terselindung, bertindih, caj tersembunyi, perbuatan-perbuatan khianat ekonomi serta perbuatan menipu aliran dan sumber pendapatan golongan peniaga. 

Hasil dari pengurusan sistem percukaian yang cekap dan telus akan membolehkan negara menjadi makmur. Mungkin ada suara-suara sumbang yang mengatakan GST bercanggah dengan Islam. Ini adalah disengajakan kerana mereka kurang memahami aspek dan sistem perekonomian serta percukaian dalam Islam itu sendiri. 

Persepsi Salah GST dan Percukaian di Negara-Negara Arab

Bagi mereka, Islam tidak ditegakkan atas dasar negara percukaian (darul ijabah) tetapi berasaskan prinsip negara hidayah dan berkebajikan. Hakikatnya, sistem percukaian adalah mekanisme utama penghasilan dan pendapatan sesebuah negara. Dengan hasil percukaian ini juga akan membolehkan kebajikan pada rakyat disalurkan kembali. Prinsipnya, golongan kaya akan membantu golongan miskin.

 

Negara-negara Islam Teluk (GCC) seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Oman, Bahrain yang kaya dengan sumber minyak dan gasnya tidak mengenakan sebarang cukai pendapatan kepada rakyatnya, bahkan memberi pelbagai pelepasan cukai dan bantuan sosial. Namun hakikatnya, negara-negara ini terpaksa mengimport 95% barangan keperluan harian pengguna dari negara-negara Barat yang mahal dan kerajaan tidak memberikan subsidi menyebabkan harga barangan itu menjadi mahal.


Sebab itulah Barat berjaya mencengkam politik di negara-negara tersebut. Apabila berlakunya Arab Spring, negara-negara ini terselamat kerana bantuan propaganda media dan politik dari kuasa-kuasa Barat yang melindunginya. Negara-negara tersebut dijadikan proksi ketenteraan Barat yang turut menguasai pasaran eksport petroleum dan gas disamping menguasai pasaran barangan import negara-negara tersebut seperti hasil tenusu, daging, perubatan, bijirin, sayuran, peralatan mesin, automobil hinggalah ke persenjataan. 

Sumber: Import Demand Behavior of Arab Countries: Recent Trends and Influence of Geopolitical Events -http://www.brandeis.edu/departments/economics/RePEc/brd/doc/Brandeis_WP24.pdf

Sebenarnya, sesuatu cukai dikutip oleh sesebuah kerajaan adalah untuk tujuan mengoperasikan pentadbiran sesebuah negara. Cukai dibayar kepada kerajaan boleh berbentuk samada dalam bentuk royalti, emolument, ganjaran, sumbangan ehsan dan sebagainya. 

Dalam Islam sendiri ada sistem percukaian seperti cukai jizyah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang mendapat perlindungan daripada pemerintah Islam. Namun Malaysia dan kebanyakkan negara Islam tidak melaksanakan cukai jizyah tetapi melalui cukai pendapatan individu. Semua rakyat dilindingi oleh pemerintah. Bahkan zakat dan fidyah sendiri merupakan antara sistem ekonomi percukaian Islam yang wajib dilunaskan oleh umat Islam apabila cukup syarat-syaratnya. 

Kena Tunggu Darurat Baru Boleh Kutip Cukai?

Ada pihak berhujah cukai hanya perlu dikutip bila tiba masa darurat atas alasan ia adalah waktu yang paling memerlukan. Manakala cukai yang dikutip pula hanya sekadar untuk memenuhi keperluan darurat tersebut. Persoalannya adakah kita mengetahui keperluan darurat tersebut? Apa akan terjadi jika kos menangani darurat tersebut menjangkaui peruntukkan yang ada hasil dari cukai yang dikutip? 

Apa akan terjadi jika keadaan darurat itu menjadi semakin teruk dan kerajaan pula terpaksa tergesa-gesa memungut cukai bagi membayar pampasan pada mangsa? Apa akan jadi jika kadar cukai baru yang dikutip nanti membebankan pembayar? Tidakkah ini menunjukkan kita tidak cekap mengurus dan tidak bijak meramal kesulitan di masa depan?


Masa bila pula negara kita stabil dan kewangan negara kita kukuh sehingga kita tidak memerlukan kutipan cukai? Apabila habis segala sumber bumi digunakan, apakah lagi sumber kewangan hendak digunakan pula. Adakah kita mahu meminjam dan berhutang pada negara luar yang mengenakan syarat-syarat ketat termasuk kadar faedah yang tinggi dan tempoh bayaran yang tertentu?

Hakikatnya, di negeri-negeri diperintah pembangkang sendiri pun pelbagai cukai dikutip oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti kutipan cukai pintu, cukai tanah dan lesen perniagaan. Untuk apa cukai-cukai tersebut dikutip, bukankah ia untuk pembangunan? Sama juga dengan cukai pendapatan, cukai korporat atau cukai GST. 

Persoalannya mana janji-janji pembangkang semasa PRU13 dulu yang berjanji kononnya hendak menghapus atau menurunkan cukai PBT?

Barat Banyak Welfare Tapi Cukai Sangat Tinggi

Tidak dinafikan banyak negara-negara Barat mampu melakukan pelbagai kebajikan sosial kepada rakyat namun semuanya boleh tercapai dengan adanya wang yang dikutip dari cukai-cukai awam, korporat, levi dan GST yang tinggi. Tanpa cukai-cukai ini adakah negara-negara tersebut boleh membangunkan ekonomi, prasarana pendidikan, ketenteraan, keselamatan dan teknologi mereka? 

Di negara kita rakyat yang berpendapatan bawah RM4,000 dikategorikan berpendapatan rendah dan tidak dikenakan sebarang cukai pendapatan. Mereka diberikan bantuan seperti BR1M, bantuan persekolahan, bantuan biasiswa, subsidi kesihatan, subsidi baja dan sebagainya. Malah di bawah GST nanti pendapatan tahunan syarikat di bawah RM500,000 juga tidak dikenakan GST.

Penglibatan Rakyat Mengekang Peningkatan Harga 

Kerajaan berusaha mengawal kenaikan harga barang jika ia berlaku. Kita pula sebagai pengguna perlu melapor sebarang kenaikan pada pihak berkuasa atau setidak-tidaknya mewar-warkan dalam media sosial atau boikot premis tersebut bukan hanya berdiam diri, memaki hamun kerajaan tetapi terus membeli di kedai tersebut. Yang untung dan semakin mewah memboroi kerana banyak menipu adalah para peniaga yang khianat tersebut. Tapi yang bodohnya kita kerana terus berdiam diri. 

GST Malaysia Tertinggi Di kalangan Negara-Negara Islam?

Pihak pembangkang juga menyatakan kadar cukai GST bercanggah dengan Islam kerana melebihi kadar zakat 2.5%. Hakikatnya zakat dan GST adalah dua cukai yang berbeza. Jika GST bercanggah dengan Islam mengapa beberapa negara Islam seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan Azerbaijan turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan). 

Adakah negara ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary). Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya?

Pengalaman Ghana, Malta dan Vietnam

Ghana pernah memperkenalkan GST / Value Added Tax (VAT) pada kadar 17% pada Mac 1995 namun terpaksa dibatalkan pada Mei 1995 kerana tentangan pembangkang. Namun apabila pembangkangnya pula menjadi kerajaan pada tahun 1998, mereka segera meluluskan perlaksanaan GST kerana mendapati sistem percukaian negara mereka selama ini gagal membenteras penipuan hingga menyebabkan hasil negara berkurangan. 

Bahkan pada Disember 2013 lalu Parlimen Ghana telah meminda Akta VAT yang menyebabkan berlakunya peningkatan kadar VAT dari 15% ke 17%. Negara tersebut terpaksa mengenakan VAT yang tinggi kerana itulah saja pendapatan kewangan negara mereka. 

Hal yang sama juga berlaku di Republik Malta yang melaksanakan GST pada 1995 dengan kadar 15% tetapi terpaksa membatalkannya atas desakan rakyat dan pihak pembangkang. Namun apabila pembangkang negara tersebut menjadi kerajaan, mereka mendapati GST lebih baik dan melaksanakan kembali pada tahun 1999 dengan kadar 18% hingga sekarang. Ini menunjukkan pembangkang-pembangkang di Ghana dan Malta cakap tak serupa bikin, mereka pun akan buat benda yang dulunya mereka menentang bila berpeluang jadi pemerintah.


Vietnam pula terpaksa memperkenalkan GST yang pernah dibatalkan pada 1970an kerana sentimen anti barat dan Amerika Syarikat yang membawa kepada Perang Vietnam. Namun terpaksa memperkenalkan kembali GST yang dikenali Value Added Tax (VAT) pada tahun 1999 di bawah program pembaharuan ekonomi Doi Moi setelah mendapati sistem percukaian sedia ada gagal memodenkan negaranya. 

Sebaliknya, kerajaan Malaysia amat bertanggungjawab dan berhati-hati dalam melaksanakan GST yang kadarnya tidak melebihi 6% setahun. 

Anwar pun suka GST sebenarnya...

Hakikatnya, pihak pembangkang sebenarnya amat cemburu lagi sakit hati apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya melakukan transformasi ekonomi negara. Hasrat Anwar memperkenalkan GST pada tahun 1995 lalu tidak kesampaian. Bahkan Anwar pernah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tetap melaksanakan GST untuk menjana pendapatan negara jika mereka berjaya memerintah negara ini kelak.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-anwar-kata-pakatan-akan-laksana-gst-bila-perintah-namun-bersyarat


Kesimpulannya kebiasaanya kita selalu berbelanja kerana nafsu bukan kerana keperluan. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau tak mampu jangan berhutang, jangan memandai guna kad kredit. Belajarlah bersyukur dan berusahalah berjimat cermat, beli di kedai harga patut dan selalulah menambah pelaburan. Biarpun sedikit menabung itu lebih baik dari merungut berpanjangan kerana ia tidak menyelesaikan masalah. Jadilah pengguna bijak, jangan percaya pada spekulasi, fitnah dan tohmahan jika kita tidak tahu hakikat sebenarnya. 

Jangan salahkan kerajaan saja jika harga barang naik tetapi salahkan para peniaga yang sengaja jual barang mahal. Jangan salahkan GST tetapi salahkan para peniaga yang jahat suka naikkan harga kerana merekalah punca segala-galanya.


Isnin, 28 April 2014

ANWAR KETUA ORANG BANGANG MALAYSIA, KATA MALAYSIAKINI

10

Satu tulisan pengarang Mingguan Malaysia mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya membendung ancaman pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga negara Amerika Syarikat kini tidak lagi termakan dengan kata-kata ketua pembangang itu.


Ahad, 27 April 2014

BETTER TO BE A BOMOH THAN AN OPPOSITION LEADER !

1

The lessons is, "Better to be a Bomoh than an Opposition leader" !

Any comments???

JAWAPAN OBAMA KENAPA TAK MAHU JUMPA ANWAR

17
Wartawan Asing : Mr. Presiden, Malaysia terdapat isu-isu human right, keadilan dan mengapa Mr. Presiden tidak mahu berjumpa Ibrahim Anwar?

Presiden Obama : Kerajaan Amerika sentiasa memberi perhatian di dalam isu-isu human right di seluruh dunia, keadilan dan sebagainya termasuklah di Malaysia kita melihat kerajaan Perdana Menteri Najib telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyatnya yang berbilang kaum. Saya tidak ada keperluan untuk bertemu Anwar Ibrahim !


ORANG SELANGOR PEMALAS, KALAU TIADA AIR PUNGUTLAH AIR HUJAN, KATA EXCO SELANGOR

6

Penjelasan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi tentang catuan air dibidas kerana memperlekehkan rakyat negeri itu.
Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Sijangkang ketika diwawancara harakahdaily.netberkata adalah sikap malas jika bergantung semata-mata kepada air paip.
“Sebagai didikan juga kepada rakyat, kalau pada diri saya sendiri lah, dalam keadaan tiada air paip tetapi hujan lebat, kita boleh simpan air hujan untuk kegunaan selain makan minum. Ambil peluang masa hujan ini.
“Jangan bergantung 100 peratus pada air paip. Kalau saya sendiri tidak ambil air hujan ini dalam keadaan air paip saya tak ada, apa yang saya boleh kata pada diri saya selain ‘malas’,”katanya.
Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu telah menjadi viral di internet.
“Sabar bang,” kata Mohd Ekmal Ahmad kepada @mesincetak yang membuat kenyataan sinis berbunyi,”Di tepi mulut yang berwarna hitam tu, apa bang ? Otak ?
“Kalau dah namanya politikus, 2-2 mentaliti sama,” kata Shawalfitri Yaakob.
@JeffriMS pula mencabar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang dahulunya mencanang air di Lembah Klang lebih dari cukup, tampil ke hadapan memberi penjelasan.




Sabtu, 26 April 2014

ANWAR TERSANGAT-SANGAT KECEWA, TERLALU KECEWA

7
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tersangat-sangat kecewa, terlalu amat-amat kecewa apabila Barack Obama tidak mahu menemuinya dalam kunjungan Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia hari ini.
“Pembangkang kecewa bahawa Obama tidak akan menemui Anwar yang disabitkan terhadap tuduhan liwat bulan lalu, yang menurut mereka, satu pertuduhan yang direka dan untuk membunuh karier politik Anwar,” laporMalaysiakini mengulas artikel Ketua pembangkang itu yang disiarkan di akhbar Washington Post hari ini.
Dalam artikel kepada Washington Post itu, Anwar telah menggesa Amerika Syarikat supaya jangan hanya menumpukan kepada agenda perdagangan dan pelaburan sahaja, tetapi mesti kekal berpegang kepada nilai-nilai sebenarnya berkaitan soal kebebasan dan demokrasi.
“Dengan kecenderungan keperluan kepada semua kaum, Pakatan Rakyat menginginkan satu masyarakat majmuk di mana Islam sederhana wujud bersama secara harmoni dengan agama lain yang kebebasan asas termaktub di bawah perlembagaan persekutuan.
“Ia akan menjadi jauh dari politik jahat parti pemerintah, yang menonjolkan kepada dunia Barat muka kesederhanaan dalam hubungan agama dan bangsa sambil mengejar dasar yang mengumpan bangsa dan hasutan kebencian agama – penyalahgunaan didokumenkan secara meluas oleh kumpulan termasuk Suaram dan Human Rights Watch.
“Dengan media cetak dan elektronik di bawah kawalan penuh rejim tersebut, khabar angin tersebar mengenai pengambilalihan kerajaan berlaku oleh orang Kristian, ancaman keganasan yang dilemparkan terhadap orang bukan Islam, Al-Kitab disita dan uskup diheret oleh polis untuk soal siasat. Ucapan saya untuk jemaah dalam satu gereja Katolik pada Ahad telah dikutuk sebagai tindakan murtad, “kata Anwar kepada Washington Post.
Anwar juga turut mempromosi di laman peribadinya, anwaribrahimblog.com, satu artikel bertajuk “President Obama Must Address Malaysia’s Human Rights Record.”
Artikel yang ditulis Amnesty International AS itu menyenaraikan rekod hak asasi manusia di Malaysia, salah satunya berkaitan kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim.

WELLCOME BARACK OBAMA... WHERE ANWAR?

6
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang tiba hari ini untuk lawatan julung kalinya ke Malaysia diberikan sambutan negara di Dataran Parlimen hari ini.

Ketibaan Obama pada pukul 5.40 petang disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri Kabinet.

Sejurus ketibaan beliau di Parlimen yang berserta 36 buah kenderaan pengiring, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.

Seterusnya di mana Anwar meratap ...?


Jumaat, 25 April 2014

MESYUARAT SULIT PAS: TETAP LAKSANA HUDUD WALAU DIHALANG DAP, TIDAK TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO

13

Dalam satu pertemuan sulit dengan Jawatankuasa Penerangan PAS seluruh negara, Pengarah Jawatankuasa Penerangan Negeri-Negeri (JPN) seluruh negara bersama S/U dan AJK JPN seluruh negara yang diadakan di sebuah resort di Negeri Sembilan minggu lalu, beberapa keputusan penting dalam pertemuan itu telah diputuskan dan dirumuskan oleh Dr. Hatta Ramli dan Dr. Dzulkifli Ahmad sebagai Pengarah Strategik PAS Pusat. 

Berkenaan dengan isu Hudud dua ketetapan telah diputuskan seperti di bawah:- 

Pertama, PAS sebenarnya tidak mengharapkan undi kaum Cina terutama bila melihatkan isu pelaksanaan Hukum Hudud yang ditentang oleh pemimpin DAP.

Kedua, PAS tetap akan laksana Hudud dan tidak tahu samada akan bergabung dengan UMNO. Walau bagaimanapun, jika UMNO sanggup terima cadangan untuk melaksanakan Hudud, PAS bersedia untuk berbincang.

Bersambung esok ... Dr. Dzulkifley turut mengumumkan peruntukan dari PAS sebanyak RM300,000 kepada setiap ADUN dan RM500,000 kepada setiap Parlimen untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perang saraf. 

Juga esok, begitu juga PAS tidak ada kepercayaan dan tiada harapan kepada PAS Sabah dan PAS Sarawak.

PESAWAT PENUMPANG KENA HIJACKED ...APA KERAJAAN BUAT?

4

Apa ni kerajaan...pesawat nak kena rampas lagi masih duduk diam, pergilah siasat mesti ada sesuatu yang tidak kena! Dah dua kejadian insiden dalam pesawat berlaku dalam masa tak sampai seminggu hingga mengemparkan industri penerbangan seantero dunia.

Kes yang pertama melibatkan seorang remaja lelaki 16 tahun telah mendapati menceroboh masuk ke bahagian roda pesawat Hawaiian Airlines Flight 45 -Boeing 767 yang melakukan penerbangan selama 5 jam dari California ke Hawaii (negeri-negeri di Amerika Syarikat) tanpa lemas akibat kekurangan oksigen dan cuaca sejuk. 

Remaja 16 tahun menceroboh pesawat di lapangan terbang California, US dan bersembunyi
di bahagian tayar pesawat

Budak itu akhirnya disanjung sebagai hero oleh media-media barat kerana boleh survive. Namun pihak berkuasa penerbangan California dan Hawaii dihentam teruk oleh pihak berkuasa keselamatan penerbangan Amerika Syarikat.

Kes kedua dan terkini sebuah pesawat Virgin Australia VA41-Boeing 737 (milik Sir Richard Bronson...yang jadi pramugari pondan Air Asia tu) terpaksa mendarat cemas ekoran terdapatnya insiden penumpang mabuk yang disyaki cuba merampas pesawat apabila cuba memasuki ruangan kokpit pesawat. Berita seperti di bawah;

Virgin Australia Plane Forced To Land In Bali By Drunk, Unruly Passenger

An intoxicated and unruly passenger on a Virgin Australia flight caused a hijacking scare on Friday, The Associated Press reported.

About an hour before arriving at Denpasar International Airport in Bali, the pilot contacted air traffic controllers and reported a possible hijacking, an Indonesian Air Force spokesman said.

Heru Sudjatmiko, airport manager for Virgin Australia, told Metro TV that a 28-year-old male passenger, later identified by authorities as Matt Christopher from Australia, banged on the cockpit door.

"There was a drunk passenger, intoxicated and aggressively behaved. He was trying to enter the cockpit, banging the door but he did not enter the cockpit," Sudjatmiko said.

The plane's crew seized Christopher and handcuffed him.

After the plane landed, authorities placed Christopher under arrest for creating a disturbance, Reuters reported.
None of the 137 passengers and six crew members were harmed during the incident.

Sir Richard Bronson terpaksa menjadi pramugari pondan akibat kalah pertaruhan dengan Tony Fernandes Air Asia
Richard Bronson pemilik Virgin Australia

Komen kami

Bayangkanlah jika kedua-dua insiden ini berlaku di Malaysia sudah pasti akan menyalaklah segala haiwan-haiwan politik dan pencacai-macai pembangkang di luar sana menyalahkan kerajaan BN /UMNO kononnya tak pandai urus negara, negara terancam, kerajaan sembunyi fakta...bla...bla ..bla

Akan menjerit-jeritlah mereka menuduh dan fitnah kerajaan sana sini. Bukannya berusaha membantu kerajaan mengatasi masalah atau konflik.

2 insiden ini salah satunya berlaku di Amerika Syarikat, sebuah negara yang paling ketat kawalan dan peraturan di lapangan terbangnya telah dibolosi dengan mudah oleh seorang remaja 16 tahun. Satu lagi insiden berlaku di atas pesawat Australia yang juga terkenal dengan kawalan ketatnya. 

Insiden MH370 sebenarnya telah membuka mata semua pihak bahawa betapa pentingnya soal keselamatan dari pelbagai aspek. Namun yang amat dikesali apabila kerajaan ingin meningkatkan taraf keselamatan, memberikan kemudahan di lapangan terbang baru KLIA2, ada pulak puak-puak bengong yang menentangnya membuta tuli.   

Heran juga ya kenapa asyik MAS dan Firefly jer yang selalu kena...