Isnin, 31 Mac 2014

KASIHAN HAJI HADI, SAMPAI SEKARANG PKR TAK MAHU LEMBUT HATI TARIK SAMAN RM2 JUTA

3
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 14 April bagi keputusan permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mohamad Nasrudin Mohamed, memberi tempoh kepada plaintif, Mohd Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan menfailkan afidavit balasan yang dikemukakan pihak defendan.
Abdul Hadi yang merupakan anggota Parlimen Marang dinamakan sebagai defendan, tidak hadir di mahkamah hari ini, beliau diwakili peguamnya, Asmuni Awi manakala plaintif hadir di mahkamah.
Asmuni berkata dalam sesi pendengaran itu peguam plaintif, Vasudevan mendakwa wujud elemen baharu yang ditimbulkan pihaknya, justeru memohon penangguhan bagi memfailkan afidavit jawapan.
“Kes hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan oleh pihak defendan. Kami telah failkan hujahan bagaimanapun peguam plaintif meminta penangguhan bagi membolehkan mereka memfailkan afidavit jawapan sebagai tambahan kepada afidavit yang telah mereka failkan dulu,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Pada 23 Februari lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lepas.
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan

LIM LIP ENG @ LEM PENG MASUK TENTERA PUN TAK MAHU, TAPI ADA HATI MAHU JADI KOMANDER TENTERA

6
Baru-baru ini The Malay Mail Online melaporkan Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng berkata, “It’s very simple. Make one of DAP’s leaders the commander of the air force or navy, then we will find MH370.”
Beliau kemudiannya menarik balik kenyataan itu tapi itulah yang terbit daripada minda dan hatinya. Itulah pemikiran wakil DAP! Parti yang disokong kuat oleh bangsa Cina di Malaysia.
Masuk tentera pun tak sanggup! Hampir 90 peratus orang Cina menyokong DAP. Berapa ramai yang sokong DAP yang ikhlas cintakan tanahair ini, berterima kasih dengan kebaikan bangsa Melayu dan sanggup bersama-sama orang Melayu menjaga keselamatan negara ini?
Berapa ramai orang Cina yang cukup berani atau sanggup jadi tentera atau polis demi menjaga keselamatan termasuk menjaga bangsa mereka?
Berapa orang Cina yang sanggup berkorban dengan gaji kecil untuk bertaruh nyawa di belantara atau di kota mahupun berpanas dan berdebu di jalan raya mengawal kesesakan trafik untuk keselesaan rakyat? Pejuang negara ini (tentera, polis dan lain-lain) bersusah payah menjaga negara agar mereka untung berniaga dan berniaga dalam keadaan aman.
Apabila nak masuk berlatih jadi tentera atau polis pun tidak sanggup dan kini tiba-tiba meminta wakil DAP dilantik menjadi komander udara atau laut dan selesaikan misteri MH370?
Lim Lip Eng adalah salah seorang wakil rakyat DAP yang menunjukkan contoh yang buruk kepada rakyat dan tidak layak jadi Ahli Parlimen mahupun wakil rakyat.
Politik ‘ jatuh-menjatuh’ menjadikan semua berita baik bagi kerajaan adalah berita buruk dan berita buruk untuk kerajaan adalah berita baik untuk mereka.
Komen spontan Lip Eng menggambarkan sifat hodoh seorang politikus yang tidak patriotik kepada negara, suka mengambil kesempatan dan tidak tahu menghargai jasa malah menghina seluruh kepimpinan tentera dan anggotanya.
Ini tidak pelik dan saya percaya ramai lagi yang seperti Lip Eng dalam parlimen dan di luar parlimen.
Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

YAKIN & PERCAYALAH PM KITA, JANGAN PERCAYA CNN

0
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi menjejaki Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dan tidak akan menghentikan pencarian sehingga pesawat itu ditemui.

Ketika operasi mencari memasuki minggu ketiga, Perdana Menteri berkata ingatan dan doa beliau sentiasa bersama keluarga penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, yang hilang pada 8 Mac.

"Ketika masuk minggu ketiga pencarian MH370, kami memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi pencarian dan tidak akan menghentikan operasi sehingga pesawat dijumpai," katanya dalam catatan terbaharu beliau di Facebook.

Najib turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan Australia dan negara lain yang menyertai misi pencarian MH370.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan saya kepada kerajaan Australia dan negara lain atas usaha mengesan pesawat kami yang hilang," katanya.

Pesawat itu, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan membawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam

Pada 24 Mac lepas, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". (Bernama)


Sent by Iphone 5.

Ahad, 30 Mac 2014

DAP JOHOR NORMAN FERNANDEZ SUPPORT & WELL DONE TO DATUK HISHAMMUDDIN

7

Sabtu, 29 Mac 2014

#MH370 : CHINESE FROM CHINA ASK TO RESPECT MALAYSIAN GOVERNMENT

10
Among all post (in China’s social media’s sphere), I spotted this one, and was in mind that I am obliged to share.

Are we(China) too reckless instigate a boycott on this country(Malaysia)? Lets don’t talk about boycott just yet, we cannot even boycott the Japanese effectively, for them who massacred hundreds of millions of our countrymen, and those Vietnamese and Indonesian who killed hundred of thousand of Chinese, why don’t I see any Artist boycotting them? (Chinese artist joined the condemns and boycott against Malaysia)

Alright, if you all thinks that the Malaysian Government had murdered 153 Chinese passengers, then they also murdered 38 Malaysian, 12 crew members, 12 Indonesian passengers, 7 Australian passengers and 7 American passengers.

Alright, lets boycott this country (Malaysia) which was first to establish diplomatic ties with China among all other South East Asian countries.

Lets boycott this country (Malaysia) who had been consistently refused the United States military to build their base for the purpose of locking the Chinese survivorship(military strategy) among the lines of island

Lets boycott this country, which the borders of Spartly Island which was determined by China was only 80 KM off their coast, yet the only country that does not make any objection.

Lets boycott this country, which has been consistently against the Philippines and Vietnamese to bring up the conflict of South China Sea to the world’s attention

Lets boycott this country, which donated to China to fight against the Japanese (during WW2) which amounts to 1/3 of the total military expenditure.

Lets boycott this country, which contributed 3000 car mechanics and drivers during our(China) war with the Japanese.

Lets boycott this country which allows 5million Chinese to preserve their culture, language and religion

Alright, let us all stand united to boycott this country, which is kind and nice
Sent from my iPhone

KISAH MENARIK ANAK DATUK HISHAMMUDDIN

4

Bahasa Wajah : Tanggungjawab, Kesedihan, Kekuatan
SEMASA Perhimpunan Agung UMNO 2013, DS Hishammuddin tidak dapat hadir kerana ditahan hampir sebulan di Hospital akibat masalah jantung. 

Ahli UMNO dan rakyat Malaysia ramai yang tidak tahu bahawa sehari dua sebelum beliau dimasukkan ke hospital, draf ucapan DS Hishammuddin sudah siap untuk dijadikan panduan semasa ucapan penggulungan beliau. Jika ada pembaca yang mahu membaca draf ucapan itu, saya boleh sahaja menunjukkannya, walaupun saya tahu DS Hishammuddin tidak suka menunjuk-nunjuk atau mencari populariti mudah. 

Dalam kes kehilangan MH370, DS Hishammuddin konsisten dengan maklumat yang benar, berani dengan info yang disahkan, dan tidak berhelah-helah atau berbunga-bunga bahasa semata-mata untuk menyenangkan hati keluarga dengan andaian-andaian bersifat spekulasi.

Beliau menunjukkan sifat negarawan yang terserlah, sudah mula membayangi sifat negarawan ayahnya Tun Hussien Onn dan sudah mula menunjukkan warisan ketegasan datuknya Dato' Onn Jaafar. Saya percaya beliau mempunyai masa hadapan dan harapan yang besar kepada rakyat Malaysia. 

Pemikir barat seperti Profesor Samuel P. Huntington dalam bukunya yang terkenal "The Clash Of Civilizations and Remarking Of World Order" yang sudah diterjemahkan di dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, ada menyatakan bahawa kebolehan seseorang pemimpin menyerap arus deras dari musuh-musuhnya akan melahirkan sebuah tamadun bangsa yang hebat di masa hadapan. Dalam hal ini, DS Hishammuddin berjaya mencitrakan nation building negara kita dengan cermat tetapi meyakinkan.

DS Anwar Ibrahim (Anwar) walaupun lebih senior di dalam politik, tetapi beberapa ulasan Anwar di dalam media dalam negara dan luar negara seringkali bertentangan. Sebagai contoh, semasa Anwar berucap di Australia tidak lama dahulu, Anwar menyindir PAS sebagai sebuah parti konservatif dan tidak memahami maqasid syariah. Namun, apabila berada di dalam negara, Anwar memuji-memuja PAS sampai ke langit. 

Begitu juga ketika menjadi Timbalan Menteri Pertanian, Anwar dalam satu perjumpaan tertutup mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera malah mempersoalkan "orang lain" yang bukan penduduk asal negara ini. Apabila sudah hilang jawatan, Anwar berubah 360 darjah di mana mula bercakap tentang kesamarataan, itu tidak adil ini tidak adil, sana kronisme sini nepotisme tetapi Anwar sudah terlupa kini dia, anaknya dan isterinya ketiga-tiga adalah kronistik dan nepostistik. Semalam DS Zahid Hamidi berkata, nampaknya Anwar sudah mula nyanyuk! Baca ini.

Semasa saya mengunjungi DS Hishammuddin, kebetulan anak-anak beliau berada di rumah, saya berkata "Datuk Seri mesti mendidik, memperkenalkan dan mendedahkan anak Datuk Seri supaya mewarisi kepimpinan Datuk Seri dan datuk moyangnya yang terdahulu". 

Saya terkejut apabila DS Hishammuddin menjawab, "Oh tidak, saya tidak akan membenarkan anak lelaki saya menceburi bidang politik sekarang". Sebagai ahli sejarah, saya telah mengkaji kelangsungan bakat kepimpinan keluarga DS Hishammuddin sejak zaman Dato' Jaafar Abdullah lagi Mentri Besar pertama Johor. Maka, saya tahu bahawa survival itu akan diperturunkan kepada anak lelaki DS Hishammuddin. Bagi saya, Allah SWT akan menunjukkan jalan itu jika itulah ketentuannya pada masa yang tepat.

Berbalik kepada isu MH370, kesimpulannya yang saya hendak tunjukkan ialah rakyat Malaysia hendaklah terus memberi sokongan, doa dan kepercayaan kepada DS Hishammuddin yang sekarang ini mengetuai sidang akhbar operasi SAR MH370. 

Percayalah, DS Hishammuddin tidak menyembunyikan hatta satu perkataan pun kepada kita semua dalam isu ini. Lihatlah ketika DS Hishammuddin berkata, pesawat MH370 telah membuat 'turning back' di mana ketika itu ramai orang tidak mempercayainya, tetapi hari-hari berikutnya terbukti ianya pendedahan yang berani dan sangat bertanggungjawab. Jika beliau mahu menyembunyikan sesuatu kerana maklumat itu maklumat radar tentera, sudah tentu beliau tidak akan mendedahkannya bukan.

Janganlah kamu mempercayai berita dari luar negara seperti CNN, kerana saya bimbang kamu terketawa terbahak-bahak apabila CNN sebuah rangkaian TV Internasional akan memberikan kamu maklumat "Kuala Lumpur in Indonesia" dan "Najib Rahman". Mungkin selepas ini CNN akan menulis, mantan Perdana Menteri Ibrahim Anwar didapati bersalah dan akan dipenjara di Penjara Sungai Buloh, Indonesia!.
Baca Ulasan Pembaca lanjut di sini.

#MH370 BOLEH DITEMUI 24 JAM JIKA SAYA ORANG CINA DILANTIK KOMANDER ANGKATAN TENTERA

35

Lim Lip Eng @ Lim Lem Peng membuat kenyataan angkuh dengan mendakwa isu kehilangan pesawat MH370 boleh diselesaikan dengan cara mudah jika seorang pemimpin DAP dilantik sebagai komander dalam angkatan tentera udara atau laut.

“Sebenarnya hal ini amat mudah. Jadikan sahaja seorang pemimpin DAP untuk menjadi komander tentera udara atau tentera laut, maka kita akan menemui MH370,” kata Lim awal hari ini.

Khamis, 27 Mac 2014

#CNN DAN BERITA ANTARABANGSA DIKECAM HEBAT #BoycottFOXNEWS

5
Antara luahan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan media antarabangsa yang memburukkan Malaysia .
Alasan kenapa perlu boikot CNN :


1. Provokasi
Sering mengeluarkan kenyataan daripada segelintir keluarga mangsa (minoriti) yang memburukkan Malaysia, seperti Malaysia pembunuh, Malaysia menyimpan bukti dan sebagainya. Walaupun ini bukan kenyataan rasmi CNN, tetapi tayangan kenyataan seperti ini mempunyai unsur provokasi yang mampu membuat penonton percaya dan melabel Malaysia dengan sesuatu yang negatif.

2. Kesalahan Maklumat
Terlalu banyak kesalahan fakta disiarkan CNN, dan kesalahan-kesalahan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh media sebesar itu. Kesalahan yang dilakukan adalah menyiarkan Kuala Lumpur sebagai salah sebuah provinsi di Indonesia. Selain itu, CNN juga tersalah menyiarkan nama Perdana Menteri Malaysia, yang seharusnya Datuk Seri Najib Razak, menjadi Datuk Seri Najib RAHMAN.

3. Fitnah dan Penipuan
Sejurus selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, CNN menyiarkan berita bahawa pihak Malaysia Airlines hanya memaklumkan perkara ini kepada kaum keluarga melalui SMS. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan penduduk dunia yang merasakan MAS tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, pihak MAS telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa perkara itu tidak benar. Pihak MAS telah mendekati keluarga mangsa dan juga menghantar SMS dalam masa yang sama agar SEMUA ahli keluarga sedia maklum akan perkara tersebut.

4. Fitnah LAGI!
Memang benar pihak CNN tidak mengeluarkan kenyataan menghina Islam dalam tragedi MH370. Walau bagaimanapun, kita digemparkan dengan kisah hukuman gantung terhadap 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir. Apa kaitan hal ini dengan CNN? Sewaktu penggulingan Presiden Morsi, pihak CNN telah menyiarkan kenyataan seperti berikut :

"Brotherhood's intentions and Morsy's credibility started to become troubling when they repeatedly broke their word."

Kenyataan ini amat tidak bertanggungjawab. Ikhwanul Muslimin memerintah hanya setahun, tetapi kenyataan CNN seolah-olah menuduh Ikhwanul Muslimin gagal dalam setiap aspek melibatkan negara Mesir. Provokasi dan fitnah. Selain itu, bekas wartawan CNN, Amber Lyon mendedahkan bahawa semasa dirinya masih berkhidmat dengan CNN, dia menerima arahan untuk menyampaikan berita palsu dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan awam dalam misi pencerobohan ke atas Iran dan Syria.
CNN juga memainkan peranan menuduh pembabitan Saddam Hussein dengan serangan 9/11 bagi meningkatkan sokongan kepada perang Iraq.

Sumber : https://www.facebook.com/ILOVETUNM

KHALID IBRAHIM ' TAMPAR ' PEMIMPIN PKR

5


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didapati bertindak melulu mengeluarkan kenyataan mempertikaikan kerjasama kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat berhubung isu penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Beliau menyifatkan bahawa usaha untuk menstruktur industri air termasuk pengambilalihan syarikat konsesi air di Selangor merupakan usaha yang kompleks, tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.

Ini kerana, katanya, dalam isu pengambilalihan syarikat konsesi, Selangor merupakan negeri pertama akan menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Maka sebab itu saya minta (pemimpin parti) supaya tidak membuat sesuatu tindakan melulu (jump the gun) dalam hal ini. Kita kena hargai kompleksiti untuk menyelesaikan pelaksanaan (penstrukturan industri air) ini.

"Tidak ada penstrukturan operasi air di negeri lain yang melibatkan penggunaan Seksyen 114 WSIA. Sebab itu kita kena beri masa yang cukup untuk pelaksanaan penstrukturan air ini, pada masa sama negeri juga turut memberi input untuk memastikan usaha ini dilaksanakan dengan lebih efektif," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang menerusi laporan akhbar 18 Mac lalu mendakwa, kerajaan Persekutuan mengkhianati memorandum persefahaman (MoU) air yang dibuat dengan kerajaan negeri kerana enggan menggunakan WSIA untuk menyelesaikan pertikaian isu pengurusan air negeri ini.

Berdasarkan laporan itu, dakwaan dibuat menerusi kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad bahawa WSIA digunakan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor.


Rabu, 26 Mac 2014

DAP DAN AHLI MAJLIS MPSP SURUH BERHENTI BERDOA #MH370

12



Ahli Majlis Perbandaran MPSP dan Naib Ketua Pemuda DAP Satees Muniandy , Penolong Khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , menyeru orang ramai supaya berhenti berdoa dan mula cari pasal ??

PILOT AIR ASIA HINA TRAGEDI #MH370 @tonyfernandes

19


Juruterbang, Krish Jejendira mendakwa kerajaan menyembunyikan banyak maklumat berhubung kehilangan pesawat MAS MH370.

Bahasa digunakan, kasar. Barangkali begitulah amalan komunikasi hariannya. Kebiadaban individu terpelajar, terserlah.



Saya ajukan soalan kepada individu arif dalam sistem penerbangan di Malaysia.

"Kalau dua calit di bahu, pangkat apa?"

"Kita panggil calit itu sebagai 'bar'. Kalau 4 bar, kapten, 3 bar, first officer, 2 bar, second officer dan 1 bar, juruterbang kadet," jelasnya.

Namun dia mencatatkan di facebook, pangkatnya, 'senior first officer'.


Klik di sini.


Jika DAKWAANNYA benar, dia harus berani tampil mendedahkan MAKLUMAT itu. Polis juga wajar memperoleh maklumat sama untuk membantu siasatan.

Hemat saya, pendapat peribadi sebegitu tidak seharusnya dikongsikan di laman sosial. Tambahan pula pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian menimpa MH370.

As a pilot, I think that he could come up with better comments.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan siastan dilakukan dari setiap sudut, klik di sini.

Juruterbang itu menuntut bukti menunjukkan MH370 terhempas.



Dalam sidang media, jam 10 malam , Najib berkata, penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi Selatan. Tidak pula saya mendengar perkataan 'crashed' atau terhempas.

Krish, please watch this, probably you have missed the press conference.


 


Saya percaya, menangani tragedi hitam penerbangan negara itu, tidak semudah merakamkan gambar secara selfie.

Baca entri blog, Medan Tempur Kedah, klik di sini.


Sumber : http://www.mazidulakmal.com/2014/03/juruterbang-mendakwa-kerajaan.html

#PRK Balingian: BEDA BN - PKR BAK LANGIT DENGAN BUMI

0

Bila kamik banding calon BN; Yussibnosh Balo (YB) dengan calon PKR; Abdul Jalil Bujang (AJB), kamik lihat banyak beza. Beza umur, kemampuan dan pengalaman. YB lebih banyak kawan, orangnya mesra dan tahu semua kawasan Balingian.

Bagi kamik, wakil PKR nyata tidak punya kemampuan kepimpinan. Beliau pernah kalah dalam PRN ke 10 dulu dan hilang wang pertaruhan. 

Katanya dia rapat dengan orang di Balingian, saudara-maranya ramai di situk selalu pulang kampung. Tapi selama dia bolak balik pulang kampung dia kata dia lihat di Balingian tiada pembangunan selama 30 tahun kerana diperintah oleh Barisan Nasional. Sungguh betul dia tipu rakyat.

Pusat pentadbiran baru kerajaan di Mukah...antara mercu tanda pembangunan di Balingian

Apa AJB ini buta atau sengaja mau bohong orang Balingian. Nun di Mukah saja penuh dengan pembangunan sejak Pehin Seri Taib jadi ADUN Balingian. 

Sama juga dengan di Jepak tempat AJB bertanding dulu. Dia bawak isu tiada pembangunan di Sarawak, isu rasuah, isu kemiskinan rakyat tapi dia sendiri hidup bermewah dan hanya pandai cakap saja. Hujung-hujungnya dia kalah teruk.

Apa orang begini mau kita jadikan wakil rakyat kita di Balingian? Nanti dia cuma janji-janji saja. Rakyat juga kena tipu dengan janji kosong AJB. 

Pesan kamik, usah bagi undi pada AJB nanti kita semua juga akan susah. Kita mau letrik dia tiada duit mau bantu, kita mau bekalan air dia tiada duit mau tolong, kita mau jalan dia tiada duit mau kasi, anak mau bantuan sekolah belajar dia tida mau bagi duit. 

Tapi dia sama PKR hanya mau jadi wakil rakyat saja bukan mau tolong rakyat. Dia cuma suka bising-bising ganggu orang Balingian untuk hidup aman dan senang.

Jadi kamik mintak anak-anak Balingian berilah undi pada orang kita Yussibnosh Balo (YB) dan Barisan Nasional (BN) pada 29 hb ini. Nanti kita di Balingian hidup senang aman damai dan tiada pepecahan .




Selasa, 25 Mac 2014

APAKAH ANDA AKAN BERSEDIH JIKA YANG MENJUNAM DI LAUTAN HINDI ITU TIAN CHUA ?

10
Tian Chua Tidak Menghormati Keluarga Mangsa
CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA), Naib Presiden PKR yang tiba dengan pesawat Air Asia AK 5872 dari  Kul/Sibu pada 25 Mac 2014 telah ditahan oleh pihak Jabatan Immigresen.

Dia dan rakan-rakannya diusir balik selaras dgn sekatan kemudahan Imigresen di bawah arahan berkuasa negeri Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 dibaca bersama Seksyen 66 Akta yang sama dan pulang menaiki pesawat seterusnya AK 5873 SBW/KUL pukul 3.15 petang.





#MH370 : TAKZIAH KEPADA SELURUH AHLI KELUAGA - PM

0


Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari ini membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) di Dewan Rakyat bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut Perdana Menteri, di bawah usul itu, dewan turut merakamkan takziah kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat berkenaan.

``Bahawa dewan ini menyatakan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberikan bantuan dalam operasi tersebut.

``Apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan, rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di selatan Lautan Hindi,'' katanya.

Menurut Najib, pada masa ini kerajaan menerima pelbagai cadangan dan

antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang.

``Kerajaan berpendapat,kita perlu menemui objek dan serpihan itu terlebih dahulu sebelum kita melakukan perkara tersebut.

``Begitulah juga saya diberitahu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan

bersidang pada pukul 6 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib, bila patut dilakukan,'' katanya.

MH 370 : SAAT DUNIA BERSEDIH, TIAN CHUA PULA BIADAP

8


Tian Chua diselar oleh pengguna laman sosial Tweeter selepas Ahli Parlimen Batu itu mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai pesawat MH370 yang meruntun jiwa masyarakat ketika ini.


Pertikaian yang dikeluarkan oleh Tian Chua itu kemudian mendapat reaksi kurang menyenangkan ramai pihak yang turut menyelarnya


@KhabirM dalam tweet terhadap pemimpin itu berkata, kamu mempolitikkan segala-galanya, walaupun dalam waktu sedih, juga masa hiba, itulah sebab kenapa kamu dibenci."


Selain itu terdapat ramai lagi pengguna tweeter mengutuk tindakan Tian Chua yang cuba mempoltikkan isu MH370.


"Maklumat ini (pengumuman PM) adalah untuk rakyat Malaysia. Kami tidak kisah sama ada parlimen sedang bersidang kerana kami amat prihatin terhadap MH370," kata @Kevinfernandez membalas kenyataan Tian Chua.


Seorang lagi pengguna tweeter iaitu @Haziq_F memberitahu, "Ini bukan sahaja kepentingan wakil rakyat. Ini kepetingan RAKYAT. Saya ulang RAKYAT. Jangan jadi ahli politik yang penting diri sendiri."


Sementara itu, pemimpin Gerakan, Tan Keng Liang turut mengutuk tindakan tersebut dengan mempersoal bolehkah pemimpin PKR itu merasa sedih sektika.

Isnin, 24 Mac 2014

#PrayforMH370 DAN BACAAN SURAH YASSIN

1


Ya Allah Tuhan Kami Yang Maha Berkuasa, Tuhan Yang Maha Besar, Segala Puji KepadaMU Ya Allah.
Selawat kami ucapkan kepada kekasihMU junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Berilah mereka kedudukan yang tinggi bersama-sama orang yang yang beriman, beramal soleh dan bertawakkal kepadaMU. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih, Tuhan Yang Maha Penyayang dan Tuhan Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya dariMU Ya Allah kami datang, dan kepadaMU jua kami kembali.

Ya Allah Ya Tuhan kami yang Maha Pengampun, ampunilah dosa-dosa mereka, permudahkanlah urusan mereka ketika di dunia dan di akhirat, jauhilah mereka daripada godaan syaitan yang direjam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya kepadaMU kami mengadu, hanya kepadaMU kami memohon, hanya kepadaMU harapan kami, Kasihanilah mereka penumpang MH370 dan lindungilah mereka ketika di dunia dan di akhirat.




#MH370 : PENERBANGAN BERAKHIR DI LAUTAN HINDI

0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi.


Mudah-mudahan Allah SWT mengampuni dosa-dosa mereka umat Islam, meredhai kehidupan mereka dan semoga mereka tergolong di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.


PRK #BALINGIAN : ESOK BERMULA PENGUNDIAN AWAL

0


Pengundian awal pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balingian melibatkan 133 pengundi berdaftar akan dilaksanakan esok di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah.

Ketua Polis Mukah DSP Omar Bakthiar Yaacob berkata, proses pengundian awal akan bermula pada 8 pagi hingga 5 petang.

"Segalanya sudah siap untuk membolehkan 133 pengundi awal mengundi esok," katanya.

Kerusi DUN Balingian yang disandang Tan Sri Abdul Taib Mahmud kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, pada 28 Feb lepas.

Bekas Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak Tan Sri Adenan Satem kini menjadi Ketua Menteri Sarawak kelima.


#MH 370 : TIADA ISTILAH PUTUS ASA

1

Operasi mencari dan menyelamat SAR tetap diteruskan walau berdepan ancaman ribut taufan tropika di Lautan Hindi mengancam pergerakan kapal. Hari ini operasi telah masuk hari ke - 17 kehilangan MH 370. Sama- sama doakan supaya MH 370 dapat dijumpai segera. Berikut adalah tatapan gambar usaha Kerajaan Malaysia dan beberapa buah negara lain membantu dalam operasi SAR;








Ahad, 23 Mac 2014

JUMPA LAGI PRK PERMATANG PAUH

30

KEMENANGAN TIADA NILAI KERANA PELAN ASAL LANTIK ANWAR MB TIDAK MENJADI
(KAJANG MOVE TO MENTRI BESAR FAILED) 

Sebagaimana telah diramal, Wan Azizah menang dengan majoriti berkurang kepada lebihkurang 5,000 sahaja. Kemenangan itu tiada nilai, kerana kemenangan sebenar ialah apabila Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah meliwat Saiful dan Anwar terhalang menjadi calon di Kajang. Itulah kemenangan sebenar umat Islam dan rakyat Malaysia.

Sebaliknya pengurangan majoriti yang merosot itu memberi petanda positif rakyat sudah mula menolak PKR. 

Apapun yang berlaku, kumpulkan tenaga, kuatkan minda, jumpa lagi di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

PENGUNDIAN TAMAT 5 PM: Peratusan keluar mengundi bukti rakyat meluat!

6

KAJANG: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, berakhir tepat jam 5 petang tadi.

Setakat jam 4 petang, 25,511 pengundi atau 67.04 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di 15 pusat mengundi yang dibuka sejak 8 pagi tadi.

Ketika PRU-13 DUN Kajang, 88 peratus atau 34,920 daripada mereka keluar mengundi dalam pilihan raya pada 8 Mei itu.

Ini menunjukkan rakyat Kajang menolak permainan politik berkepentingan peribadi. Sekiranya PKR masih mempertahankan kerusi ini kelak, peratusan keluar mengundi hari ini pasti menjatuhkan maruah mereka!

Sendiri buat hal, sendiri dapat malu!

UPDATE PRK KAJANG: Setakat 3 petang, 60.85% sudah keluar mengundi

0
Sehingga jam 3 petang tadi, seramai 23,156 pengundi atau 60.85 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di 15 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dibuka tepat jam 8 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Provokasi melampau! Timb. Menteri dihalau, Polis digelar "anjing BN" di Sg. Chua!

2

Provokasi paling kurang ajar oleh penyokong pembangkang dilaporkan berlaku di PDM Sg. Chua 4.

Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan dikatakan telah dihalau 400meter daripada memasuki kawasan pengundian di PDM itu. Akhirnya beliau terpaksa melupakan hasrat bertemu pengundi sg chua.

Disamping itu, selain menimbulkan provokasi terhadap kehadiran Dato Ahmad Maslan, penyokong pembangkang turut menggelar Polis anjing BN. 

"Balik Menteri Bodoh.." "Menteri penipu...nah makan Kangkung.." "polis anjing BN".."Polis anjing kurap".

Tindakan biadap mereka menimbulkan kemarahan penyokong BN. Inikah tugas team yang tersebar dalam teks Whatsapp tersebut? memang kurang ajar!

UPDATE PRK KAJANG: 47.24% sudah menunaikan tanggungjawab mengundi setakat 1PM

0
KAJANG: Sehingga jam 1 tengah hari tadi, seramai 17,977 pengundi atau 47.24 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di 16 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dibuka tepat jam 8 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


UPDATE PRK KAJANG: Inilah wajah sebenar SAMM, Peniaga gerai pun kena PROVOK!

0

Apalah nasib peniaga kecil-kecilan ini? Mereka mencari rezeki yang halal dalam suasana orang ramai di Kajang ketika ini. Tetapi SAMM yang tidak berpuas hati telah datang menyerang gerai ini. Tak boleh terima hakikat rakyat marhaen sudah cukup meluat dengan pembangkang.



Inilah punca geng-geng biadap ini menyerang De'Warung Bawal. Anda nilailah sendiri...

UPDATE PRK KAJANG: AWAS! Sebaran SMS/Whatsapp dedah team Provokasi PKR!

0

Awas penyokong Barisan Nasional, kami baru sahaja terima satu teks sebaran Whatsapp yang menyatakan terdapat team tindakan Provokasi dalam perjalanan ke Dun Kajang. 

Sila berhati dan jangan sesekali terpengaruh dengan tindakan mereka. Nampaknya mereka telah takut dan semakin terdesak apabila menyedari rating parti mereka telah jatuh!

UPDATE PRK KAJANG: 40.81% Keluar mengundi setakat 12 tgh hari

0

KAJANG: Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 15,529 pengundi atau 40.81 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di 16 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dibuka tepat jam 8 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Ayuh jalankan tanggungjawab anda penduduk kajang, tinggal beberapa jam lagi masa pengundian!

#PRKKAJANG : ORANG MELAYU KELUARLAH MENGUNDI 4 JAM LAGI

0

Wahai warga Melayu keluarlah mengundi , masa ada 4 jam lagi untuk anda jalankan tanggungjawab sebagai pemilih. Buat pilihan terbaik bagi masa depan anda.

UPDATE PRK KAJANG: Gambar Khalid Ibrahim ini buat penyokong PKR terkedu!

3

Akhirnya, Khalid Ibrahim menyerlahkan bantahan terhadap calon PKR secara terang-terangan. Walaupun bertindak sebagai Pengarah Jentera PKR di Dun Kajang, kita dapat lihat sepanjang tempoh kempen, kelibat Khalid Ibrahim amat jarang kelihatan.

Hari ini, Khalid Ibrahim sendiri kelihatan lebih selesa beramah mesra bersama penyokong Barisan Nasional.

Penyokong pembangkang alamatnya terkedu bila melihat gambar ini!

UPDATE PRK KAJANG: Penyokong liar pembangkang cetus provokasi!

2
Kepada peraih undi di PDM lain, sila berhati-hati dengan Provokasi Penyokong Pembangkang. Baru sahaja berlaku kekecohan yang dicetuskan penyokong liar mereka di PDM Sungai Kantan. 



UPDATE PRK KAJANG: Setakat 10 pagi, 22.16% sudah keluar mengundi

1
Setakat 10.00 pagi ini, kira-kira 8,433 pengundi atau 22.16 peratus daripada 38,055 pemilih berdaftar keluar mengundi di 16 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dibuka tepat jam 8 pagi tadi, menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Ayuh penyokong BN di Dun Kajang!