Jumaat, 28 Februari 2014

#PRK KAJANG: PKR SELANGOR SOKONG SAMAN TERHADAP HADI!

1

Memang patut pun kena saman. Apabila ada orang cuba kurang ajar menfitnah tanpa bukti maka dia patut diajar supaya lebih beradap dan menghormati hak orang lain. 

Jangan ingat kamu tu pak haji kamu maksum dari dosa-dosa. Belum tentu yang berkepiah dan berserban itu gerenti masuk syurga. Apatah lagi yang bermulut longkang! Fitnah sana sini.

Sumber dari blog AIDC bertarikh 28 Februari 2014

Tahniah kepada YB Suhaimi Shafei. Ini betul-betul tindakan anak jantan yang berani menongkah arus. Pemimpin muda berani beginilah yang dimahukan oleh rakyat. Berani bercakap benar. 

Kepada Haji Hadi bayar sajalah saman RM2 juta itu jika kamu anak jantan. Kalau tak puas hati moh PAS dan PKR jumpa depan-depan. Settle secara anak jantan! 

Kita lihat antara AMK dan Unit Amal PAS siapa yang lebih kuat !!!


#PRK KAJANG: TAZKIRAH JUMAAT - AWAS KEMUNCULAN DIKTATOR GANAS!!!

3

Antara tanda-tanda kemunculan Dajjal di akhir zaman adalah apabila kemaksiatan, fitnah, penipuan dan kekacauan timbul merata tempat. Bumi ditimpa pelbagai bala seperti kemarau kekeringan, jerebu, kebakaran, penyakit melata dan manusia lebih mementingkan kuasa dan harta dari beriman pada Allah.

Umat Islam akan berpecah belah akibat cuba menegakkan kebathilan dan kezaliman. Sedangkan kaum kafir bersatu menindas umat Islam yang semakin lemah akibat terlalu taksub dengan keduniaan.

Jangan kita ambil mudah tanda-tanda ini. Jika tahun 1997/1998 lalu, negara mengalami krisis air yang agak parah, jerebu yang teruk. Tanda-tanda tersebut akhirnya menjadi petunjuk kepada pemecatan seorang manusia yang bejat bermaksiat.

Tahun 2013 dengan slogan kesukaan Dajjal: Ini kalilah (Inni qalillah) atau Akulah Tuhanmu menjadi ikutan segelintir manusia untuk memberontak menjatuhkan sebuah kerajaan umat Islam. Namun atas petunjuk Allah jua, jerebu dan kabut memenuhi ruang udara Malaysia telah berjaya mengagalkan pemberontakkan tersebut.

Kini jerebu, kepanasan dan kekeringan hebat melanda negara kita setelah manusia itu berhasrat merebut jawatan lagi...Kali ini apa pula yang bakal Allah tunjukkan lagi kepada kita?

Semoga apa yang berlaku memberikan keinsafan kepada kita untuk bersatu mempertahankan keamanan negara kita.




PROFESOR RAMAL CHEW MEI FUN BOLEH MENANG

0

"Sejarah telah membuktikan bahawa calon wanita boleh menang di Dun Kajang, ini terbukti dengan kemenangan calon wanita di Dun tersebut sebelum ini," demikian menurut penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mad Jali.

Sehubungan itu katanya, tidak mustahil calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun mampu mengembalikan kegemilangan BN di kerusi berkenaan.

Fuad yang merupakan pensyarah Sains Sosial (Geo-Politik) itu berkata, berbanding calon lelaki, calon wanita seolah-olah mampu 'mencairkan' pesaingnya sehingga mati akal untuk membuat serangan, di tambah dengan rasa ihsan lelaki terhadap wanita.

"Saya rasa Chew Mei Fun mampu memberi tamparan terhadap Anwar.

"Ini kerana sebelum ini calon wanita pernah menang di kerusi tersebut, di samping 'track record' Mei Fun yang bersih sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Untuk rekod, kerusi Dun Kajang pernah disandang oleh Datin Paduka Low Lee Leng dari MCA sebelum ditewaskan Lee Kim Sin dari PKR pada PRU12.

Menurut Fuad lagi, calon wanita punya kelebihan kerana ia sukar "disentuh" pihak lawan.

"Berbanding calon lelaki, serangan terhadap calon tersebut mudah untuk dibuat kerana banyak isu boleh dijadikan senjata, manakala calon wanita kita kena berhati-hati untuk menyerang kerana banyak perkara yang sensitif tidak boleh disentuh, di samping hati wanita mampu untuk menyentuh hati masyarakat kerana mereka ini penuh dengan nilai kasih sayang, sebab itulah saya rasa Mei Fun mampu membuat kejutan nanti," ujarnya.

Sementara menyentuh mengenai calon Bebas, Datuk Zaid Ibrahim, Fuad yakin kehadiran Zaid hanya menjadi penambah perisa kepada PRK Dun Kajang sahaja.

"Saya rasa Zaid tidak mampu memberi tentangan, PRK Dun Kajang adalah pertembungan BN dan PR bukan untuk parti Bebas," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calon pada 11 Mac.

Khamis, 27 Februari 2014

#PRK KAJANG: SANTAI MALAM KUDAKU LARI GAGAH BERANI vs OPPA PASJAHANAM STYLE

0


Memang kreatif poster ini yang kami dapat dari rakan-rakan fb kami. Mungkin idea penghasilan poster ini timbul secara spontan tanpa dirancang bersempena pula dengan tahun kuda 2014 dan isu pil kuda yang yang menghangatkan hubungan PAS - PKR.

Sungguh malang jika kita membiarkan diri kita berterusan menjadi kuda tunggangan orang lain. Kita akan diperkudakan setiap masa bak kuda kayu demi kepentingan songsang orang lain. Walaupun dihina, ditendang dan ditunggang tanpa henti, kuda kayu tetap kaku tanpa bersuara.

Itulah analogi yang paling tepat digambarkan terhadap PAS yang kini sedang bergelut dengan masalah saman RM2 juta dari bekas calon ADUN PKR Bukit Besi yang terhina kerana dituduh sebagai pengedar pil kuda. Namun sesuai dengan sifat PAS sebagai kuda kayu, PAS tetap mahu membantu PKR memenangi PRK Kajang.

Mungkin sudah ada kowtim antara Nuar dengan Hadi. Saman boleh settle asalkan Nuar menang. Duit tokey dan segala kartel orang tengah mungkin boleh membayar saman tersebut. 

Rasanya setakat 2 juta hinggit tak jadi masalah kepada PAS. Mungkin mereka perlu bijak membuat lebih banyak ceramah fitnah dan maki hamun sambil-sambil tadah tin milo merata ceruk atas nama jihad membantu Tuan Guru yang kononnya dikhianati oleh UMNO. Mungkin duit-duit itu juga akan dikutip dalam kempen PRK Kajang nanti. Hakikatnya saman menyaman antara mereka cuma lakonan semata-mata dan auta belaka.

Misi mengepau RM2 juta duit rakyat sudah bermula...

Virus Tabung Memali akan menjangkiti penganut-penganut PAS 
Apa pun kita berhibur lagu kuda ini...




Tak pun lagu ini...


#PRK KAJANG: SOKONGAN TERBUKA MB KHALID KEPADA BN..TQ!

3

Video Katy Perry permainkan Kalimah Allah, bayangkan jika berlaku di Malaysia!

1


Agak terkejut bila mendapat tahu salah satu video klip lagu Katy Perry yang diberi tajuk Dark Horse menghina agama Islam. Katy Perry adalah antara artis barat yang agak melonjak nama ekoran lagu-lagu yang agak menarik.

Kalau bahagian pakaian itu sudah tidak dapat dinafikan, mereka memang sentiasa melampau. Tapi bila melibatkan isu sensitiviti agama, agak terbakar juga rasa jiwa raga



Dalam video klip yang berdurasi selama 3 minit 46 saat ini dapat dilihat salah seorang pelakon dalam video tersebut memakai kalimat Allah yang kemudiannya hancur pada minit 1 saat ke 15. Apakah yang cuba hendak disampaikan melalui video klip ini?

Untuk yang belum tengok, boleh tengok sendiri melalui video klipnya. Kalau dapat flag sekali video itu pun sangat-sangat direkemenkan



Banyak komen maklumbalas telah diberikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Mereka ternyata kecewa dengan ketidakpekaan Katy Perry terhadap isu-isu agama.

Namun isunya ialah cuba bayangkan sekiranya perkara ini berlaku di negara kita satu masa nanti? Dengan cubaan tuntutan sesetengah pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk kepentingan tersirat!

PKR BERKECAMUK : RAFIZI KATA ITU U PUNYA HAL, SAIFUDIN KATA AKAN PUJUK TARIK

2
PRK BERKECAMUK: SAIFUDIN NAK PUJUK TARIK, RAFIZI KATA ITU U PUNYA HAL LAH HADI, MB KHALID    KATA OK TANDATANGAN AIR, ANWAR KATA SAYA TAK DIBERITAHU...
Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi menulis di laman pro ulama PAS, El Haraki mendedahkan PKR bersungguh-sungguh mahu menarik balik saman bernilai RM2 juta terhadap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapat tahu parti itu akan memboikot Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
“Banyak cantik ! Kamu dah calarkan maruah tok guru, dibantu oleh watak loyar cuai lebih menampakkan PAS lemah, pas tu nak tambah episod tarik balik saman ..
Memang ada asas mereka nak tarik balik sebab orang PAS mula marah pada PKR dan plan nak boikot Kajang. Anwar tergugat. Pentaksub dan pentakjub Anwar dalam PAS pun mula tak selesa. Mereka pun dok lobi minta PKR melalui Anwar nasihat bekas calon PKR tu tarik balik saman. Bukan fikir pasal tok guru tapi bimbang jentera PAS boikot kajang move. Derita Anwar nanti,” katanya dalam tulisan bertajuk, “Saya Tak Setuju Saman ditarik Balik.”
Kemarahan ahli-ahli PAS berpunca daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Ahad lalu yang mengarahkan Presiden PAS membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan Antarapos berkata PKR sedang berusaha bersungguh-sungguh berunding dengan ahli partinya, Mohd. Shamsul dapat diselesaikan di luar mahkamah untuk menjaga hubungan Pakatan Rakyat (PR).
“Kita sedang berusaha, kita sedang berkomunikasi dan berbincang dengan Shamsul tapi di peringkat pimpinan pusat.
“Pertama, ketika isu ini mula-mula dimaklumkan YB Azan beberapa minggu pertama selepas PRU, pimpinan pusat memberikan nasihat kepada Shamsul untuk tidak meneruskan sebarang langkah perundangan sebaliknya berusaha untuk berjumpa dengan presiden PAS secara damai atas semangat kekeluargaan,” katanya.
Mohd Badiuzzaman dari El Haraki berkata usaha menarik balik saman tidak menyelesaikan masalah kerana imej Presiden PAS telah berjaya dicalarkan.
“Saya tak setuju tarik balik saman. Teruskan dan biarkan ada perbicaraan. Kan kita semua nak tahu siapa benar dan siapa salah ? Malah ada yang minta tok guru mengaku salah dan mohon maaf .. macam mana boleh jadi begitu … bawalah ke mahkamah.
“Tok guru dah siap dari awal lagi. Yang gi buat drama sampai keluar surat penghakiman ingkar ni apa hal ? Nak cari jalan supaya batal perbicaraan dan dunia nampak seolah-olah tok guru yang salah. Come on mannn … Allah akan jaga para pejuang agamanya.
“Usaha boikot Kajang Move ada asas sebab jentera PAS lihat PKR bukan nak jaga pun perasaan dan maruah Presiden PAS. Tapi nak guna tenaga dan pengaruh Presiden PAS dalam Kajang. Saya tak kisah kalau jentera PAS nak boikot sebab ada asas yang kuat .
“Saya pula tak setuju tarik balik saman ke atas tok guru. Sebab saya dan semua orang nak dengar hujah dan bukti dan saksi pil kuda dalam mahkamah nanti. Kalau tak ada bukti maka tok guru wajar dihukum kerana lempar kesangsian dan kekeliruan atau fitnah. Tapi kalau tarik balik saman atau selesai atas bumbung mahkamah, macam mana kita nak tahu sapa yang bohong dan salah,” katanya lagi

WAJAH DALAM VIDEO ITU SEAKAN ANWAR IBRAHIM, APAKAH PETANDA INI?

0







Apa sudah jadi? Apakah petanda ini? Masuk gereja untuk pertahan kalimah suci Allah SWT diguna oleh orang lain? Kerana nak undi penganut Kristian? Sanggup membiarkan Haji Hadi dihina dan dimalukan di seluruh dunia?




KEJAYAAN PERJANJIAN AIR: MB KHALID SECARA PERIBADI SERU SOKONG BN DI KAJANG

5
KERAJAAN SELANGOR AMBIL ALIH KONSESI AIR, UMUM TIGA TANGGUNGJAWAB UTAMA

Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.

Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).

Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak  melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu:

1.      Menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan

2.      Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050. Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang

3.      Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 % kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.  Peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur  semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah.

Secara peribadi, saya menyeru kepada seluruh pengundi Kajang agar memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23hb Mac nanti demi perpaduan dan keharmonian rakyat Selangor khasnya.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


*Kiriman Emel tru Iphone 5.

Rabu, 26 Februari 2014

GARA-GARA ANWAR PKR, HJ HADI DIHINA SEDEMIKIAN RUPA

8
PKR ANWAR & RAFIZI KATA ITU LU PUNYA PASAL PERIBADI, KITA TAK CAMPUR
GARA-GARA ANWAR PKR, HJ HADI DIHINA SEDEMIKIAN RUPA
HADI, KALAU MUNG DAN AHLI MUNG TAK NAK SOKONG SAYA, SAYA TAK KISAH, PENGANUT KRISTIAN SOKONG SAYA!!!


ISU SAMAN RM2 JUTA : PKR KATA ITU URUSAN PERIBADI HADI

5
ANWAR MELALUI RAFIZI KATA ITU URUSAN PERIBADI HADI
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menyifatkan tindakan calon bebas PRK Dun Kajang, Datuk Zaid Ibrahim yang menyarankan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menasihat ahli PKR yang menang kes saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menarik balik saman itu sebagai cubaan menangguk di air yang keruh.
Menurutnya, Zaid tidak perlu masuk campur dalam urusan PKR, dan saranan tersebut merupakan tindakan nakal Zaid dalam mencetuskan polemik baru menjelang PRK Dun Kajang.
“…bagi saya ini merupakan satu tindakan nakal Zaid.
“…kalau dia (Zaid) benar-benar ikhlas kenapa beliau tidak masuk campur tangan dalam urusan kes petisyen pilihan raya yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
“…kenapa bila melibatkan PKR, dia hendak masuk campur,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Sementara menyentuh mengenai kes saman tersebut, Rafizi menjelaskan biarlah perkara itu diselesaikan di mahkamah secara indivindu tanpa melibatkan parti.
…bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan orang yang menyaman,” katanya.
…bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan orang yang menyaman,” katanya.
…bagi saya kes saman ini tidak perlu melibatkan parti, kerana ianya soal peribadi iaitu yang melibatkan di antara orang yang disaman dan orang yang menyaman,” katanya.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperolehi calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman dikemukakan Mohd Shamsul.


Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang, pada 22 April lalu menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan pemaju perumahan -Sinar Harian

YDP PAS GOMBAK: MASALAH RM2 JUTA BOLEH SETTLE, ISUNYA ANWAR TAK SETIAKAWAN

12
YDP PAS GOMBAK YANG JUGA AKTIF MUTAWWIF JEMAAH HAJI
Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir melahirkan rasa kekecewaan terhadap insiden keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengarahkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin pada Ahad lalu.
Menurutnya bukan soal wang saman yang berjumlah RM2 juta, sebaliknya soal maruah Presiden PAS telah diperkotak katikkan oleh rakan daripada parti kompenan sendiri.
Ini menyebabkan beliau hilang mood untuk turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membantu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di situ.
“Masalah dua juta boleh settle insya Allah. Satu seruan jihad je dibuat melimpah duit datang.
“Tapi bukan soal wang…soal maruah tuan guru aku. Tak ada mood langsung nak ke Kajang kepas ni,” katanya dalam laman sosial peribadi, salehhuddin.mohdnasir.
Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki turut menyokong kenyataan Yang Dipertua PAS Gombak itu.
“Kami selaku pendokong jemaah yang kita cintai ini menyokong kenyataan YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.
“Ia bukan soal duit, tetapi soal maruah. Sekarang ini siapa yang tak setia kawan?,” katanya.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR Mohd. Shamsul ke atas Abdul Hadi boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.
Zaid melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.
Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.
“Mengapa Anwar hanya berdiam diri dalam isu ini yang sudah berlaku sejak pilihan raya umum lalu? Mengapa Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong pakatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam, dilaporkan Utusan Malaysia.

VIDEO KEMPEN JESUS LOVE U : ANWAR BERI RUANG DI MALAYSIA

4
video
Benar kata-kata Dr. Riduan Tee Abdullah, Ustaz Ahmad Dusuki, mahupun oleh YDP PAS Gombak Ustaz Sallehuddin Nasir bahawa apa yang berlaku di Kajang adalah tiada mood Islam, kebodohan, tiada guna dan menunjukkan kejalangan Anwar.

Anwar sanggup membiar seorang Presiden parti Islam terhina, dijatuhkan maruah dan disaman gara-gara memfitnah. Pendek kata, Mahkamah mengiyakan Hj Hadi seorang Pemfitnah dan awal-awal lagi di dunia dijatuhkan hukuman. Dan Anwar membiarkan perkara ini terjadi, walhal awal-awal dulu ianya boleh dirunding di luar mahkamah. Memang Anwar sengaja nak Hj Hadi disaman dan dimalukan kata blog pro PAS di Cenangau dan di Lusuka.com .

Kini, Anwar membuka pintu luas kempen "Jesus Love U". Lihatlah betapa bangganya ANwar di bawah.
Bangganya Sang Anwar. Apakah Anwar berkempen menyeru orang Kristian mengakui keRasulan Nabi Muhammad SAW dan KeEsaan Allah SWT di dalam gereja? Rupa-rupanya Anwar menjual kalimah Allah SWT untuk mendapat undi.


#KALIMAH ALLAH: 14 DALIL AGENDA LICIK KRISTIANISASI TERBONGKAR!!!

0


Hanya tinggal seminggu lagi iaitu Rabu 5.3.2014 isu hak esklusif penggunaan kalimah Allah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.  Polemik dan kontroversi Allah telah menimbulkan keadaan tidak harmoni di kalangan rakyat pelbagai agama di Malaysia yang selama ini hidup bekerjasama dan aman damai.

Konflik mula tercetus apabila pihak Gereja Kristian Roman Khatolik berhasrat menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi menggantikan istilah ‘God’ dalam penerbitan majalah Herald - The Catholic Weekly bagi versi Bahasa Melayu. Sedangkan istilah God (Tuhan) dikekalkan dalam versi-versi bahasa lain.

Persolannya mengapa Kristian Roman Katholik begitu kemaruk mahu menggunakan kalimah Allah? Kenapa ia ditentang hebat dan menjadi kesalahan di mata majoriti umat Islam? 

Terdapat 14 dalil utama yang menjadi kesalahan pihak gereja Roman Khatolik yang tujuan utama mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam sebagai dakyah halus memurtadkan lebih ramai umat Islam. 

Keadaan ini pasti menimbulkan huru-hara di dalam masyarakat kita. Dalil-dalil ini wajib kita fahami. 


Penyalahgunaan dan kesalahan pihak gereja!


1. Penyalahgunaan terma, konsep dan tafsiran Allah di sudut teologi/ ketuhanan iaitu bagi umat Islam, Allah merujuk kepada Tuhan yang Satu dan bersifat Tunggal. Sebaliknya, Kristian mengaitkan Allah dengan konsep Trinity (tiga kuasa bersatu); Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Suci. Justeru, umat Islam amat marah jika tafsiran trinity ini cuba dikembangkan kepada mereka.

2. Menyalahgunakan tafsiran hak kebebasan beragama sebagai hak asasi mutlak pihak Kristian untuk mengembang dan menyebarkan Kristian terhadap umat Islam. Penyalahtafsiran Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama tidak dibaca secara menyeluruh dengan Artikel 11 Perkara 4 yang melarang umat agama lain menyebarkan ajaran agama mereka terhadap umat Islam. Malah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan) 1988 turut melarang pihak bukan Islam mengembangkan ajaran mereka ke atas umat Islam. Larangan dalam Enakmen ini juga tidak bertentangan dengan Perkara 11(4) tersebut.

3. Salahguna dari segi perundangan apabila pihak gereja Khatolik berdegil untuk menggunakan kalimah Allah sedangkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2014 sebelumnya melarang. Penganut-penganut Khatolik turut melakukan pelbagai provokasi menghina Islam sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini kerana masih menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac 2014. Isu The Herald adalah berkaitan langsung dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu. 

4. Menyalahgunakan hak sebagai rakyat dan anak negeri Selangor yang mengundi di Selangor untuk menyanggah dan menderhakai titah perintah DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Tertinggi Negeri yang tegas melarang penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian bagi maksud mengelirukan rakyat sehingga timbul huru-hara. 

5. Salahguna hak kebebasan bersuara untuk bersikap biadap mempertikaikan kuasa dan titah perintah Yang Di Pertuan Agong sebagai Kuasa Eksekutif Tertinggi Negara dan Persekutuan yang melarang penyalahgunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam penerbitan dan dakwah mereka. Ini kerana kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam bagi merujuk kepada Tuhan yang Satu bukannya trinity. Ini kononnya bertentangan dengan hak mereka sebagai pembayar cukai kepada negara.

6. Menyalahi ketetapan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1986 yang menegaskan bahawa kalimah Allah adalah persoalan akidah dan ketuhanan dan hanya boleh digunakan umat Islam merujuk nama Tuhan yang Esa, ini bercanggah dengan kepercayaan Kristian – Trinity. Pada 7 Mei 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan sekali lagi tegas melarang mana-mana pihak untuk tidak menyalahgunakan kalimah Allah atau mengembangkan apa-apa fahaman yang bertentangan dengan Islam kepada umat Islam.

7. Menyalahi ketetapan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 dibuat oleh Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama PAS yang telah menetapkan kalimah Allah adalah persoalan akidah dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh bukan Islam. Namun kebanyakkan golongan pro kristian adalah pengikut dan penyokong tegar Pakatan Rakyat nyata menentang ketetapan PAS sendiri. 

8. Bersalahan dengan prinsip UMNO yang mewakili majoriti umat Melayu-Islam di Malaysia. Terdapat usul agama dan resolusi Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO Disember 2013 yang tegas menyeru umat Islam supaya bersatu menentang sebarang usaha menyalahgunakan kalimah Allah yang tujuan memurtadkan ummah. Majlis Tertinggi UMNO turut menegaskan hal yang sama pada 24 Januari 2014. Sebelum itu UMNO sebagai tulang belakang kerajaan dan kabinet Persekutuan melarang pihak gereja memakai kalimah Allah pada 18 Oktober 2006 dan 1 November 2006.

9. Pihak gereja memberi kefahaman salah dan menyeleweng kepada penganut-penganutnya kononnya Kerajaan Malaysia turut membenarkan penggunaan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia seperti mana di Sabah dan Sarawak. Hakikatnya dalam Resolusi 10 Perkara Penyelesaian Isu Bible tidak ada pun menyebut tentang keizinan telah diberikan kepada pihak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung.

10. Penggunaan kalimah Allah juga bertentangan dengan kefahaman dan pegangan mazhab-mazhab kristian yang lain seperti Orthodok, Protestant, Lutheran, Anglican, Methodist, Pentecostal, Presbyterian, Charismatic, Adventist, Evangelical, Baptist, Bethany, Jehovah, Reformed, Calvinist, Marmon dan 200 lagi mazhab Kristian di seluruh dunia yang menolak penggunaan istilah Allah bagi merujuk kepada Ketuhanan Trinity yang dipunyai Father God, Jesus God dan Holy Spirit. 

11. Pihak gereja Roman Khatolik telah menyalahi kefahaman di sudut sebutan dan gelaran tuhan yang selama ini mereka sering gunakan untuk merujuk kepada Tuhan iaitu God atau Lord (Bahasa Inggeris) atau, Ela, Eloi, Elai, Elohim, Eloah, Yahweh (Bahasa Latin dan Hebrew) dan bukannya Allah. Sedangkan penggunaan kalimah ‘Allah’ adalah merujuk kepada Tuhan yang Satu di dalam bahasa Arab dan tradisi Islam. Bahasa Arab pula adalah bahasa Al Quran, bahasa ibadah dan bahasa akidah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 

12. Niat Kristian juga salah apabila mempunyai agenda tersembunyi untuk mengguna pakai kalimah Allah bagi tujuan memurtadkan umat Islam apabila mahu menyamakan Islam dan Kristian sebagai agama wahyu dari langit, serumpun dan sama kerana menyembah Allah sebagai Tuhan (kalimatunsawa) selain berasal dari agama keturunan Nabi Ibrahim a.s (Abrahamic Faith). Bagi Islam ini adalah fahaman pluralis yang menyesatkan.

13. Kesalahan juga dilakukan oleh pihak dan penyokong gereja Kristian Roman Khatolik dari sudut jenayah perundangan dengan memprovokasi, menghina, menderhaka selain tindakan-tindakan mengganggu emosi, mental atau fizikal terhadap institusi beraja, agama Islam dan bangsa Melayu melalui pelbagai media sosial dan massa. 

14. Pihak minoriti Kristian Roman Khatolik nyata tidak menghormati Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Malaysia dengan cuba memaksakan fahaman dan pemikiran mereka ke atas majoriti umat Islam. Ia merupakan kesalahan-kesalahan penyalahgunaan hak sebagai rakyat Malaysia dengan tidak menghormati hak penganut agama lain. Perbuatan keji mereka berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan agama di negara ini.



Kesimpulan yang boleh kami buat;

Tidak salah kalimah Allah digunakan oleh sesiapa saja di dunia jika kalimah tersebut dirujuk kepada Tuhan yang Satu, Esa, Tunggal, Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan serta tidak disamakan dengan mana-mana bentuk atau entiti lain. 

Umat Islam akan terus menentang kemahuan pihak-pihak tertentu yang ingin menggunakan kalimah Allah dalam sebarang penerbitan seperti dalam majalah The Herald, Bible dan sebagainya kerana nyata ia akan disalahgunakan dan dipaksa secara halus atau terang-terangan kepada umat Islam bagi tujuan pemurtadan. 

Sesungguhnya Allah adalah Pencipta sekalian makhluk di langit dan dibumi. Umat Islam menggunakan kalimah Allah setiap kali azan diseru untuk mereka mengerjakan sembahyang 5 waktu. Umat Islam juga menggunakan kalimah Allah dalam setiap ibadah mereka. 

Allah mempunyai 20 Sifat Kesempurnaan dan 99 Nama-Nama Suci (Asma’ul Husna) yang wajib diimani oleh setiap umat Islam. Mustahil sama sekali jika keimanan itu boleh digantikan dengan kefahaman Trinity!


Selasa, 25 Februari 2014

FIRST TIME ANWAR TAKUT BERDEBAT

1

ANWAR TAKUT BERDEBAT
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan melayan cabaran bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu berdebat dengannya.
“Ia bukan dalam program saya, “kata Anwar ketika diajukan pertanyaan oleh FMT, selepas Anwar melancarkan jentera pilihan raya sayap Pemuda PKR di Taman Delima, Kajang, 21 Feb.
Zaid mencabar Anwar berdebat di Kajang. Beliau mahu tahu mengapa Anwar mendakwa dirinya lebih baik untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang kini dipegang oleh Tan Sri Khalid Khalid Ibrahim.
“Saya mahu berdebat untuk menutup segala-galanya. Personaliti. Dasar. Konsisten. Integriti. Mari kita meneliti. Supaya kita boleh selesaikan perkara ini, ” cabar Zaid.
Ekoran ketidaksedian Anwar untuk berdebat dengannya itu, Zaid dilaporkan Agendadaily menganggap Ketua Umum PKR itu tidak layak dianggap pemimpin bertaraf dunia.
“Kalau dia (Anwar) takut (berdebat), tidak bolehlah jadi pemimpin dunia. Saya bukan buat kenyataan gimik, debat ini untuk beri peluang kepada rakyat Selangor mendapat penjelasan.
“Kenapa dia nak bertanding di Kajang? Kenapa Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mahu ditukar? Kenapa tiada perbincangan dengan PAS selaku rakan pembangkang. Banyak isu boleh dibahaskan?
“Perdebatan ini bukan nak tunjuk saya hebat, sebab dia (Anwar) memang hebat, suka cakap pusing-pusing, gambarkan saya tidak boleh dipercayai. Saya bersikap terbuka dan menunggu keputusannya (terima cabaran debat),” katanya.

USTAZ PAS SOKONG KERAJAAN NAJIB, AKAN MASUK KDN BULAN APRIL

0

Bersyukur Kepada Allah SWT, Berterimakasih Kepada Kepimpinan Kerajaan Yang Memberi Inisiatif BR1M (DS Najib)

SESUNGGUHNYA Allah SWT membuka hati-hati yang dahulunya disempitkan, kini aakan bersama-sama dengan kerajaan persekutuan membantu kepimpinan DS Najib melalui Kementerian Dalam Negeri pada bulan April ini. 

Begitulah kesabaran yang dimiliki oleh DS Najib ketika difitnah dan dihina, namun kepada Allah SWT telah mengatur segalanya. Kerajaan DS Najib tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa pun rakyat Malaysia untuk bersama-sama menabur bakti dan memberi sumbangan. 

Mudah-mudahan rezeki yang beliau dapat melalui KDN nanti, bolehlah meringankan beban pengajian anak beliau di Yaman.

DI KALA ANWAR BUAT MAKE DO NO, DS NAJIB DISARAN BANTU HJ HADI KES SAMAN RM2 JUTA

23
Keikhlasan & Kemesraan Yang Terbuku
KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TG Haji Hadi) membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin membawa 1001 macam konotasi. 
Jika saman itu dari UMNO dan BN ianya suatu perkara yang tidak mengejutkan, tetapi oleh kerana ianya datang dari parti sepakatan dan Ketua Umumnya pun tidak menunjukkan semangat a sense of belonging untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah, maka terdisamanlah TG Haji Hadi sebanyak RM2 Juta itu.
TG Haji Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.
Sebagai Ketua Umum yang paling berkuasa di dalam PKR, sebenarnya DS Anwar boleh memecat YB Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR seterusnya secara automatik jawatan Menteri Besar pun terpecat dengan sendirinya. 

Mudah sahaja bagi DS Anwar jika dia mahu lakukan, hanyasanya apa yang berlaku di Kajang adalah tarik tali antara MB Khalid dan Azmin untuk menyanatijahkan kehendak Anwar sebagai Menteri Besar sahaja. 

Dengan begitu senang sahaja ADUN Kajang berhenti di Kajang tanpa sebab, tanpa sakit dan tanpa keputusan Mahkamah. Ianya adalah dirancang, malahan sehingga ke hari ini mantan ADUN yang berhenti itu tidak memberi alasannya walaupun diminta oleh pihak PAS. 
Maka itu juga, mengapa DS Anwar tidak mengarahkan calon ahli PKR itu menarik balik samannya ke atas Haji Hadi? Mengapa membiarkannya berlarutan sekian lama? Sudah pasti ada tujuannya. Politik adalah seni mencapai tujuan melalui pelbagai cara. DS Anwar boleh menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat politiknya, hatta membiarkan TG Haji Hadi terpaksa membayar RM2 Juta itu. 
Akhirnya Menghulur Tangan Menerima Keputusan PRU13
Dalam pada itu, saya telah pernah menulis bahawa DS Najib adalah Perdana Menteri yang mahu menjadi yang terbaik pada zamannya. DS Najib mahu menjadi Perdana Menteri kepada seluruh rakyatnya di mana beliau mahu dikenang sebagai Perdana Menteri yang akan memenuhi keperluan every single person di dalam negara ini, walaupun ianya sukar dan berliku. 

Sebab itu juga, apabila DS Anwar menyerangnya daripada seluruh angel dan di seluruh dunia, akhirnya DS Anwar hadir melutut maruah politiknya di parlimen. DS Anwar akhirnya terpaksa mengakui kemenangan DS Najib dan melupakan pula hasratnya untuk retired dan seterusnya menjadi pensyarah di Amerika.
TG Haji Hadi Berkata "Suatu Hari Mereka Akan Faham Unity Government"
Dalam isu ini, saya ingin mencadangkan supaya DS Najib dan UMNO memberi bantuan dan sokongan moral kepada TG Haji Hadi ketika beliau kini berdepan saman RM2 Juta itu. 
Inilah masa yang sesuai menunjukkan semangat "Rekonsiliasi Nasional" serta konsepsual dan kontekstual "Unity Governmentyang pernah disuarakan oleh TG Haji Hadi dahulu (2009). Jika Allahyarham Datuk Asri Muda boleh bertemu Allahyarham Tun Abdul Razak di Eropah untuk penyatuan dahulu, mengapa kini tidak. 

Saya tidak bercakap soal penyatuan UMNO dengan PAS, atau PAS kepada UMNO, atau UMNO kepada PAS. Kedua-duanya harus terus berjalan, namun apa salahnya kini berseiringan. Islam itu agama persaudaraan.
DS Najib dan TG Haji Hadi kedua-dua pemimpin ini berperawakan sederhana sesuai dengan ajaran agama Islam yang menekankan kesederhanaan. Kedua-dua pemimpin utama ini terserlah keikhlasan mereka dan menghormati keakuran parti masing-masing.
Kepada DS Najib Tun Razak, bantulah TG Haji Hadi...



TG Haji Hadi Awang Tidak Terburu-Buru Merealisasikan "Unity Government"

Sumber : Merdeka Online

JIKA ANWAR NAK, DIA BOLEH ELAK HJ. HADI DISAMAN, TAPI ITULAH ANWAR SUKA TIKAM BELAKANG

1
ANWAR SENGAJA BIARKAN SAMAN AHLI PKR SUPAYA MENJADI UGUTAN KEPADA HADI & PAS UNTUK MENYOKONGNYA SUNGGUH-SUNGGUH DI KAJANG. KALAU U HADI NAK SELAMAT, U MESTI SOKONG I BERSUNGGUH-SUNGGUH, JIKA TIDAK KITA AKAN TERUS SAMAN U, RM2JUTA BOLEH GUNA BAYAR HUTANG KEMPEN DI KAJANG TAU !
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu, Mohd. Shamsul Mat Amin ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.
Zaid dilaporkan Utusan melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.
Menurutnya, fenomena ini menunjukkan kecelaruan dan perpecahan dalam kerjasama politik antara komponen pakatan pembangkang khususnya membabitkan PKR dengan Pas.
“Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.
“Mengapa Anwar hanya berdiam diri dalam isu ini yang sudah berlaku sejak pilihan raya umum lalu? Mengapa Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong pakatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mahkmah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar pada 23 Februari telah mengarahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta selain turut diarahkan membayar lima peratus faedah dari writ saman difailkan sehingga penyelesaian penuh berserta kos tindakan sebanyak RM1,500 kerana gagal memfailkan pembelaan.
Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pada itu, Zaid yang berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang menambah, walaupun tindakan mengemukakan saman adalah hak mana-mana individu, tetapi sebagai Ketua Pembangkang, Anwar perlu bersifat budiman dengan memilih penyelesaian luar mahkamah dan bukannya mengamalkan politik angkuh.
“Oleh itu, saya menggesa Anwar supaya mengarahkan ahlinya menarik balik saman terhadap Abdul Hadi. Jika kes ini diteruskan dan Anwar tetap mengambil pendekatan berdiam diri hanya menunjukkan keangkuhan PKR,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang turut dilaporkan Utusan percaya tindakan saman terhadap Abdul Hadi itu ada kaitan dengan usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej Presiden PAS.
“Saya percaya keperibadian beliau kental dan tidak tergugat dengan tekanan seperti ini.
“Namun saya menyarankan agar semua anggota parti mengadakan solat dan munajat memohon dimudahkan urusan dan Pas serta Presidennya terhindar daripada perancangan tidak bertanggungjawab pihak tertentu dan sikap jahat mereka,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya.

NASIB PESAWAH DIBANTU, PAS BUAT APA?

3

Musim kemarau panjang sekarang ini merupakan musim yang sukar bagi para petani dan pesawah kita di Kedah. Semua tanaman yang ditanam tidak menjadi akibat kekeringan dan kekurangan air. Pendapatan mereka juga turut kurang, apatah lagi di masa kini kos sara hidup menjadi keluhan dan rungutan mereka yang berpendapatan rendah.

Namun semua keluhan itu mendapat perhatian dari kerajaan BN yang prihatin dan bertanggungjawab. Pelbagai langkah segera diambil termasuklah memberikan pampasan yang sewajarnya termasuk BR1M juga boleh dinikmati oleh para pesawah dan petani ini. 

Utusan Malaysia Selasa 25 Februari 2014 hlm 8 - bukti kerajaan buat kerja 







Ini menunjukkan Kerajaan Pusat bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, membantu mengatasi permasalahan mereka. Mungkin ada yang berpendapat ia tidak mencukupi. Namun bagi majoriti pesawah dan petani yang menerima bantuan tersebut tetap bersyukur dan berterima kasih kerana kerajaan masih mampu memberi pampasan dan imbuhan. 

Kalau negara lain masih belum tentu mampu. Contoh terbaik di negara jiran kita Thailand yang mana rakyatnya termasuk petani dan pesawah turun ke jalanan akibat kerajaan mereka tidak mampu memberi pertolongan akibat krisis politik kerana ada ahli politiknya yang berebut nak jadi Perdana Menteri.

Jadi bersyukurlah dengan rahmat dari Allah yang diturunkan melalui bantuan kerajaan disaat kita menghadapi kesukaran akibat kemarau panjang ini. Mengeluh dan berdemo di jalanan tidak pernah diajar dalam Islam. Ia hanya diajar oleh sebuah parti yang songsang dan kuat menfitnah. 

Adakah pihak yang suka membangkang ini ingin berdemo menyalahkan kerajaan lagi kononnya tak bantu petani dan pesawah. Apa pula jasa dan khidmat mereka membantu pesawah dan petani yang susah ini. demo saja dan kutip duit masuk tabung tin milo dan plastik?

Allah Maha Mengetahui apajua amalan yang kita lakukan...

Contoh kerja tak buat asyik nak hasut rakyat berdemo saja...hujung-hujungnya duit pendemo juga dikutip untuk kepentingan songsang parti. Ini berlaku di Kedah.

Semua bala adalah ujian dan tanda-tanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sesuatu yang berlaku. Adakah kita mahu meneruskan bala dan kemurkaan itu.

ANWAR DENGKI SYED MOKHTAR, TAPI TAKUT KEPADA ROBERT KUOK

2


AIDCNews – 24/2/14 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengkritik Robert Kuok, lelaki paling kaya di Malaysia sepertimana yang dilaporkan Malaysian Business, memiliki kekayaan RM54.48 bilion pada tahun ini.

Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari lalu menyenaraikan Robert Kuok, tempat pertama, T. Ananda Krishnan, tempat kedua dan Tan Sri Teh Hong Piow, di tempat ketiga individu terkaya di Malaysia.

Turut disenaraikan; Tan Sri Quek Leng Chan (tempat keempat), Tan Sri Lee Shin Cheng (kelima), Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (keenam), Tan Sri Lim Kok Thay (ketujuh), Puan Sri Lee Kim Hua (kelapan), Datuk Mokhzani Mahathir (kesembilan) dan Tan Sri Azman Hashim (kesepuluh).

Selain, Robert Kuok, Anwar juga tidak mengkritik individu terkaya tempat kedua, ketiga, keempat, kelima, ketujuh dan kelapan, namun mengkritik Syed Mokhtar (keenam), Mokhzani Mahathir (kesembilan) dan Azman Hashim (kesepuluh) yang didakwanya atas dasar kroni.

Malah, sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Anwar terus konsisten mengkritik Syed Mokhtar, walaupun beliau sendiri mengakui tiada sebab peribadi.

Kemarahan Anwar kepada Syed Mokhtar meluap-luap selepas polisi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memindahkan monopoli gula daripada Robert Kuok kepada hartawan Melayu itu.

“Harga gula meningkat kerana ia dimonopoli oleh Syed Mokhtar. Saya menentang Umno, BN, termasuk nama-nama besar dalam parti.

“Kekayaan Syed Mokhtar bernilai berbilion-bilion ringgit. Saya tidak membencinya. Saya tidak mempunyai apa-apa peribadi dengannya tetapi saya tidak suka hakikat bahawa gula dimonopoli oleh satu orang dan kerana itu, rakyat perlu membayar, “kata Anwar dalam ceramahnya di Taman Impian Murni baru-baru ini, dilaporkan The Malaysian Insider.

Semasa laman ini menemu bual Shen Yee Aun (SYA), anak muda berbangsa Cina itu memberitahu, undi masyarakat Cina solid kepada pembangkang, kerana ada pihak yang mengapi-api sentimen kemarahan bangsa itu dengan menuduh polisi kerajaan majukan taikun Melayu supaya merampas kekayaan orang Cina.

Taikun Melayu yang sering disebut oleh ‘batu api’ itu adalah Syed Mokhtar.

Sebelum ini, semasa Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Robert Kuok merupakan satu-satu individu yang memonopoli gula, namun Anwar tidak mengkritik monopoli Raja Gula tersebut.

Berbanding dengan Syed Mokhtar, semasa Robert Kuok bergelar ‘Raja Gula’ berlaku krisis ‘ketiadaan gula di pasaran’ ketika menjelangnya Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).

Laman ini pernah mendedahkan Anwar mempunyai hubungan sentimental dengan Robert Kuok, di mana ia dibuktikan dengan pendedahan sepucuk surat perniagaan di antara kedua-dua tokoh itu.

Memetik sumber Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar, beliau mendedahkan Anwar melancarkan kempen Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) semasa PRU 12.

AEM merupakan senjata utama menarik sokongan masyarakat Cina sepertimana yang diperjuangkan DAP kerana polisi utama tajaan Anwar itu persaingan ekonomi terbuka tanpa kouta terhadap Melayu-Bumiputera sepertimana yang diamalkan DEB sebelum ini.

Malah, penentangan terhadap polisi hak keistimewaan Melayu-Bumiputera dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan teras utama perjuangan DAP sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1966.

Rahimi juga turut mendedahkan pakatan Anwar dengan pelbagai pihak termasuk dengan raja gula Malaysia, Robert Kuok.

Buktinya, Anwar pernah menghantar surat kepada Robert Kuok bertarikh 17 Julai 2006 menggunakan kepala surat AIA (Anwar Ibrahim & Associate), sebuah syarikat perniagaan Anwar yang berpengkalan Herndon, Virginia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia, Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, Anwar melalui syarikat perniagaannya memohon kerjasama dengan Robert Kuok untuk menjalankan urusniaga bersama di Turki.

Justeru, berdasarkan hubungan baik Anwar-Kuok itu, blog The Unspinners turut bersetuju dengan laman ini bahawa krisis gula sebelum PRU 12 berpunca daripada perancangan mereka.

“Ada kemungkinan besar, krisis kekurangan gula yang menyusahkan rakyat sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 adalah konspirasi Anwar-Kuok. Apabila gula disembunyikan akan mendorong kenaikan harganya dan termasuk kenaikan harga-harga keperluan asas yang lain termasuk minyak masak dan beras.

“Apabila sabotaj barang-barang keperluan asas itu berjaya dilakukan, rakyat akan memberontak dan melihat potensi Anwar sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan kes tersebut. Dan kita sudah lihat kesan pakatan itu melalui keputusan PRU 12″, lapor The Unspinners yang memetik sumber daripada AIDCNews.