Jumaat, 31 Januari 2014

DEWAN ULAMA PAS TUTOH ANWAR

5
“Bersabarlah duhai sahabat-sahabatku Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor…
“Di saat getir, di saat kritikal, di kala sengsara, kalian dikerah membantu, Unit Amal kalian dikerah mengawal keselamatan pimpinan termasuk PKR dan DAP…
“Di saat pimpinan dah balik tidur, kalian bersengkang mata mengawal segala…
Di saat PR Selangor berjaya! Kalian masih menjaga keselamatan di pusat kiraan undi…

Kalian ada di mana-mana… di demonstrasi? Unit Amal Pemuda PAS tak perlu dicerita!

Kalian berada di lokasi ceramah tak kira siapa penceramahnya!

Bukan hanya hadir buat-buat sibuk bila De Facto Leader yang tiba!
“Tapi apabila Pemuda PAS Selangor hanya memohon satu penjelasan…
“Satu pertanyaan ikhlas..

“Mengapa diletakkan jawatan sewenang-wenang?”
“Terussss!! kalian dihina oleh mereka yang dulu mengaku kawan!
Hilang terus segala jasa Dewan…
Hatta yang tak duduk di Selangor pun turut tumpang secawan?
Macam usaha menang Selangor dulu depa kerja perseorangan?
“Tabahlah duhai sahabat2 Dewan Pemuda PAS Selangor kecintaanku..
Bukan redha manusia yg kita cari…
Apatah lagi redho De Facto Leader yg kita tak impi..
“Hanyalah redha Ilahi…
“Takbir!! – albaluni,” luahnya dalam laman sosial Ustaz Mokhtar Dewan Ulama PAS Pahang.

ANWAR MANA MAHU LARI, NO MORE TANGGUH-TANGGUH

5
Mahkamah Persekutuan perlu membuat ketetapan pada 11 Februari ini dan tidak wajar menangguhkan lagi keputusan rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat.
Menurut Muhammad Shafee, keputusan pada hari yang sama itu perlu dibuat bagi membolehkan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Ketua Pembangkang daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, dapat didengar pada 12 dan 13 Februari tanpa perlu sekali lagi ditunda.
“Saya mengetuai pendakwaan ini. Jika Mahkamah Persekutuan tidak buat keputusan sama ada saya layak atau tidak, kita tidak boleh teruskan rayuan ini kerana status saya. Hanya satu cara sahaja untuk pihak pendakwaan meneruskan rayuan tanpa saya iaitu jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan saya tidak layak.
“Namun semuanya terpulang kepada Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini, hari ini selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh baharu iaitu pada 11 Februari ini untuk mendengar rayuan kali kedua Anwar bagi mengetepikan beliau yang sepatutnya diadakan pada Selasa lalu.
Pada Disember tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan Anwar dan memutuskan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah sah mengikut undang-undang.
Rayuan terhadap kes liwat Anwar dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu membebaskan dan melepaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara antara pukul 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dalam pada itu, diminta mengulas tindakan Anwar dan pasukan peguam belanya yang berterusan bertindak membuat rayuan bagi mengetepikan beliau meski pun pelantikan tersebut sah mengikut undang-undang, Muhammad Shafee berkata, rayuan dibenarkan tetapi berharap tidak berlanjutan.
“Kita perlu melangkah ke depan dalam kes ini. Kita ada peringkat lain dan kita tidak tahu keputusannya macam mana. Kedua-dua pihak mungkin merayu lagi ke Mahkamah Persekutuan, (jika keadaan itu berlaku) lama lagi perjalanan yang perlu ditempuhi,” katanya.
Kepada persoalan sama ada keputusan rayuan kes liwat itu nanti jika berpihak kepada kerajaan bakal menjejaskan Anwar untuk bertanding sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau berkata, tidak terjejas kerana Ketua Pembangkang boleh membuat rayuan.
“Anwar masih boleh bertanding dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (sekiranya menang) kalau pun dia disabitkan bersalah dalam kes liwat dengan syarat rayuannya di Mahkamah Persekutuan nanti kekal dengan keputusan itu (dilepas dan dibebaskan). Jika tidak, beliau akan berdepan dengan masalah.
“Sesiapa sahaja yang akhirnya disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk satu kesalahan yang serius dan ini (tuduhan liwat) adalah satu kesalahan yang serius, maka kerjaya anda sama ada sebagai ahli politik, ahli Parlimen atau doktor akan berakhir. Keseluruhan kerjaya anda berakhir,” jelas Muhammad Shafee.
Mengenai spekulasi beliau bakal dilantik menjadi menjadi peguam negara, Muhammad Shafee menjelaskan, khabar angin sedemikian telah bertiup sejak 15 tahun dahulu tetapi pada masa yang sama menegaskan, jika kerajaan yakin atau percaya dengan kepakarannya beliau bersedia untuk memikul amanah tersebut

RAKAMAN DETIK KHALID MB SELANGOR MENANGIS KETIKA DIPAKSA ANWAR

9
Tragis: Saat-saat MB Khalid Menitiskan Air Mata Ketika Dipaksa Mengumumkan Calon PKR Kajang

Dalam bahasa Inggeris : Khalid Ibrahim's expression says it all. Picture taken after he announced Anwar as PKR candidate for Kajang.

Faekah Sang Setia Berkata : Anwar kah Yang Mengejar Bernafsu Besar? Sebesar manakah Nafsu Anwar?

Pengundi Kajang faham MB Khalid dipaksa turun. MB Khalid dipaksa menerima pemecatannya, MB Khalid dipaksa berbohong kepada wartawan, MB Khalid dipaksa senyum dlam tangis di depan kameraman, namun sebagai manusia biasa kadang-kadang MB Khalid tidak dapat menahan air matanya menitis.

Rayuan Faekah,"simpatilah kepada MB Khalid".

ROKET DAP KRITIK: KHALID MB GAGAL, ANWAR PULA TIDAK ADA TRACK RECORD PENCAPAIAN

4
Dua Wajah : Bakal MB Selangor
SEBENARNYA sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya jadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.
Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.
Namun malang bagi Pakatan Rakyat, ada semacam satu keyakinan tinggi suatu ketika dahulu bahawa Anwar amat pasti menyandang kerusi Putrajaya.
Maka diletaklah Anwar sebagai figura bakal perdana menteri, dan akhirnya hari ini Anwar tidak punya laporan prestasi, tidak ada track recordpencapaian kecuali apa yang diusahakannya sewaktu menjadi menteri Umno suatu ketika dahulu.
Nota : Sambung bacaan anda di organ rasmi DAP sebelum mereka diarahkan delete frasa di atas.

PRK Kajang: Insya Allah PAS Berpeluang Jadi MB Selangor!!!

1

Mungkin sengaja Allah s.w.t mentakdirkan supaya Anwar bertanding di PRK Kajang. Sama ada Anwar menang atau kalah ia pasti akan dan tetap memberikan banyak peluang keemasan untuk PAS membuktikan bahawa parti itu masih kuat dan berpengaruh.

Pada percaturan PAS, jika Anwar kalah kedudukan PKR di Selangor hanya tinggal 13 kerusi DUN.

Tetapi jika Anwar menang, kerusi PKR masih kekal 14 buah. Berbanding 15 PAS dan DAP 15. Manakala UMNO 12 buah kerusi DUN. 

Andaikata PAS ingin menabalkan kalangan ADUNnya untuk menjadi calon MB, ahli-ahli DUN perlu mengadakan pengundian untuk menentukan sokongan kepada Anwar atau calon MB baru dari PAS. Kapir harbi DAP tidak boleh jadi calon MB kerana mereka bukan Melayu dan bukan Islam. Ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri Selangor.  

Bayangkan jika semua 12 ahli DUN BN tidak mengundi Anwar sebagai calon MB dan ditambah pula dengan 15 ahli DUN PAS yang juga tidak mahu mengundi Anwar menjadi calon MB, maka jumlah ahli yang menentang pencalonan Anwar sebagai MB ialah 27 ahli berbanding 29 ahli gabungan PKR dan DAP.

Hanya kurang dua kerusi untuk menidakkan peluang Anwar. Kalau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau sesiapa saja di kalangan ADUN PKR yang tidak mahu mengundi menyokong Anwar, maka kedudukan akan menjadi seri 28-28. Macam yang pernah dicanangkan oleh PAS dalam PRK Kuala Besut di Terengganu dulu. 




Kedudukan Anwar memang tidak selamat apatah lagi jika undi Khalid Ibrahim atau satu undi dari mana mana ahli PKR atau DAP yang belot menyokong PAS akan menjadi undi penentu (majoriti 29 kerusi). Mungkinkah Abdul Khalid yang kini merasa amat terhina dengan percubaan mengugurkan beliau dari jawatan MB turut akan mengundi calon PAS atau berkecuali?

Senario lain pula jika 29 ADUN mana-mana parti itu (gabungan 15 PAS + 12 UMNO + 2 PKR Melayu-Islam) mengusulkan undi tidak percaya pada Anwar, sudah tentu MB dari PKR itu perlu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB PAS yang baru.  Apatah lagi jika ia disokong oleh Tuanku Sultan dan rakyat. Sememangnya PAS perlu mengambil tanggungjawab menjadi MB baru demi membawa Selangor ke arah Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur - Negeri yang dirahmati Allah dan bebas maksiat, Insya Allah.

Apa-apa pun kesemua keputusan itu nanti akan menjadikan calon PAS sebagai MB Selangor yang berwibawa. Inilah masa untuk umat Islam bersatu menentang bapak pluralisme dan komunis DAP. Ayuh PAS lenyapkan mimpi-mimpi Anwar untuk menjadi MB Selangor yang baru. Kamu lebih layak sebenarnya!



Haji Abdul Hadi dan ahli-ahli PAS Selangor yang bijak berstrategi tentu sudah tahu segala kelemahan Anwar. Nah inilah masa sesuai untuk menekan Anwar di DUN Selangor nanti. Ingat foto-foto dan VCD-VCD ghairah Anwar masih banyak belum keluar lagi, PAS tahu semua itu....Apa lagi peluang keemasan sudah ada. Inilah masa PAS perlu membuktikan dirinya bermaruah dan gagah!

PAS mampu membuat keputusan... ADUN Cempaka adalah pemimpin PAS Negeri yang paling layak sebagai MB baru bagi Selangor.

Fikir-fikirlah ...Apapun kita makan sate dulu!


Santai Malam Jumaat : Election & Erection

0

*Sama tapi tak serupa...


Khamis, 30 Januari 2014

PANAS! Gambar Rumah Mewah Bakal Calon PRK Kajang Tersebar?

6
Betul ke ini gambar rumah yang mana seorang pemimpin veteran gunakan alamatnya untuk bertanding di Kajang?


Sumber : FB

*Kalau dulu pembangkang selalu guna isu pengundi hantu iaitu pengundi yang tak tinggal di satu kawasan pilihan raya tapi mengundi di situ, tapi sekarang ni pemimpin mereka yang jadi CALON HANTU semata-mata nak jadi MB.


Santai : Hikmat Putar Alam Ayah Spin Peringkat Tertinggi.

0
Ayah Spin datang lagi untuk memeriahkah suasana politik negara ini.


Jom kita tengok putaran terbaru Ayah Spin.


*Hebat boh....

PRK Kajang: Wakil PAS Wajib Syari'e Menjadi Menteri Besar Selangor!

1

Kini sudah tiba masanya PAS perlu menunjukkan kepada Anwar dan PKR serta DAP di dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka bukanlah kuda tunggangan dan balaci untuk memenuhi majlis-majlis dan demonstrasi-demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat.

PAS harus buktikan bahawa mereka adalah manusia yang perlu dihormati bukan dipergunakan ketika susah tetapi dilanyak dan disisih ketika sekutu-sekutu mereka berjaya.

PAS adalah sebuah parti Islam-Melayu yang bermaruah. Ditubuhkan oleh alim ulama terdahulu yang ingin melihat penubuhan sebuah daulah Islamiyah di negara Malaysia ini.

PAS berjaya membuktikan prestasinya semasa PRU 13 yang lalu. Banyak kerusi UMNO bertukar tangan sebagai manifestasi rakyat inginkan sebuah perubahan. Namun apakah erti pengorbanan PAS jika kini ia diibaratkan seperti sampah sarap dilempar begitu hina sekali oleh sekutu-sekutunya.

Adakah tidak terdetik di hati sanubari penyokong-penyokong PAS bahawa mereka telah ditipu oleh sandiwara Anwar Ibrahim yang sebenarnya amat kemarukkan jawatan Menteri Besar Selangor. Apakah gunanya PAS Selangor mendapat kerusi lebih besar berbanding PKR dan DAP hatta UMNO sekalipun jika hanya layak menjadi pak turut semata-mata.

Anwar kini menggunakan PRK Kajang sebagai batu loncatan untuk beliau menjadi Menteri Besar Selangor akan datang bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang tidak efisyen lagi. Bukankah PAS sebenarnya ramai yang lebih layak. Misalnya Pesuruhjaya Selangor PAS YB Iskandar Abdul Samad yang disukai oleh majoriti ahli-ahli PAS malah di kalangan orang-orang UMNO sendiri.

Layakkah seorang banduan dan ahli maksiat seperti Anwar menjadi Menteri Besar Selangor yang suatu masa nanti akan ditugaskan menjaga kepentingan umat Islam dan Melayu di Selangor? Apa akan jadi pada Islam dan Melayu jika seorang asi dan bermaksiat seperti itu menjadi pemimpin?

Pilihan terletak di tangan ahli-ahli PAS Selangor. Untuk kali ini PAS perlu istiqamah menolak Anwar Ibrahim!   

Ayuh ahli-ahli PAS di Kajang, katakan tidak pada Anwar!

WANITA ITU KATA DIA BERNAFSU BESAR

1
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor, kerana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hanya meletakkan syarat Melayu dan Islam, selain sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Dr Abdul Aziz Bari.
Abdul Aziz dilaporkan Sinar Harian berkata tidak mustahil Anwar boleh menjadi menteri besar yang baharu kerana kerusi DUN Kajang kini telah dikosongkan dan ia memberi laluan kepadanya untuk menjadi ADUN.
Bagaimanapun, kesemuanya bergantung sama ada Anwar berjaya mendapatkan perkenan daripada Sultan Selangor atau tidak.
“Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri telah menyebut pentingnya perkenan Sultan dan persetujuan PR sebelum beliau dapat digantikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Namun, Abdul Aziz berkata, dari sudut perlembagaan, peranan sultan tidak disebutkan, kerana budi bicara melantik sebenarnya hanya relevan jika calon yang mahu dilantik masih lagi tidak jelas.
“Sekiranya parti yang ada dalam dewan itu sepakat menamakan seseorang maka sebenarnya istana tidak ada pilihan.
“Apa yang berlaku selama ini di mana istana meminta dua atau tiga nama adalah satu perbuatan campur tangan yang tiada asas dalam Perlembagaan,” katanya.
Sinar Harian turut melaporkan pandangan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang berkata hak menggantikan Menteri Besar Selangor yang baharu adalah milik semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya hanya diputuskan oleh PKR.
“Secara peribadi saya bersetuju dengan Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman bahawa Pas akan menghantar dua atau tiga calon kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ia terpulang sama ada mendapat perkenan.
“Dan kita sudah ada senarai itu dan kita bukan 100 peratus bersetuju jika PKR ingin menentukannya sendiri ,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin dalam twitternya menasihati ahli politik bukan dari negeri Selangor agar terlebih dahulu mengkaji Perlembagaan Negeri dan tidak menghina Sultan Selangor.
Faekah yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menulis ayat yang berbunyi; “Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendung patutkah berjiwa besar??.”

PAS BERKATA : DEMI KUASA & WANG, MEREKA SANGGUP MUNGKAR JANJI

1
Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu pengkhianatan terhadap Tahaaluf Siyaasi, kata YB. Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Berikut merupakan kenyataan penuh beliau yang disiarkan laman sosial El Haraki :
1. Kerusi MB Selangor adalah pilihan oleh PAS menerusi Presiden PAS. Mempertikaikan Tan Sri Khalid sebagai MB secara berterusan adalah bererti mempertikaikan kebijaksanaan Presiden PAS.
2. Tan Sri Khalid telah berjaya menguruskan kerajaan negeri dengan baik. Masalah yang berlaku hanyalah kerana ada pihak di kalangan PKR yang gagal mendapat manfaat peribadi menerusi Tan Sri Khalid yang sangat tegas dalam pengurusan kewangan terutamanya. Tidak ada kewajaran untuk menukar beliau sebagai MB.
3. Sekiranya benar perlu ditukar maka jawatan MB secara mudah boleh diserahkan kembali kepada PAS dengan pemilihan YB Iskandar sebagai MB baru
4. PRK Kajang diadakan untuk menukar MB Selangor oleh PKR. Tujuan PKR ialah untuk mengelakkan jawatan beralih tangan kepada PAS iaitu Iskandar Samad. Ini satu pengkhianatan terhadap rakah Tahaaluf Siyaasi. Ia merupakan tindakan sangat licik dalam berpolitik untuk kepentingan parti sendiri bukan kepentingan PR.
5. Dalam masa yang sama ia satu tempelak kepada Presiden PAS kerana Presiden PAS yang membuat keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB. Maka tindakan PKR adalah satu penghinaan kepada Presiden.
6. Melibatkan diri dengan PRK Kajang semata-mata untuk memenangkan agenda Anwar menjadi MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu pengkhianatan terhadap PAS. Tidak sewajarnya ahli PAS membiarkan ia berlaku.
YB. Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Rabu, 29 Januari 2014

PRK Kajang: Sandiwara dan Membazir!

3

Perletakan jawatan ADUN N25 Kajang; Lee Chin Cheh  secara tetiba memang mengejutkan rakyat. Tak sampai pun setahun (8 bulan) PKR buat hal lagi. Mungkin ia sebagai satu taktik PKR mengalih tumpuan rakyat supaya melupakan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat di Selangor atau sebagai satu strategi memainkan sentimen rakyat untuk terus membenci kerajaan persekutuan.

Manakan tidak sudah menjadi tebiat Anwar dan pembangkang, dimana ada isu disitulah mereka akan berkerumun seperti langau taik membuat bising, menabur virus dan menyebar penyakit sehingga benda yang baik pun menjadi busuk gara-gara hasutan mereka.

Pencalonan Anwar sebagai calon ADUN Kajang mewakili PKR menguatkan spekulasi kemungkinan Anwar akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru jika beliau memenangi PRK DUN tersebut.

Anwar sebenarnya teringin sangat dengan kedudukan yang penuh kuasa sebagai MB di negeri termaju di Malaysia tersebut. Tambahan pula gaji baru MB yang berganda-ganda itu. Kalau dulu dikritik tapi sebenarnya jawatan itu amat-amat diidamkannya. Sekadar menjadi Penasihat Kewangan bergaji RM1.00 apalah sangat.

Mungkin dengan jawatan itu senang juga Anwar berdampingan dengan Azmin Ali, kekasihnya itu.

Tambahan lagi banyak boleh masyuk bila menjadi MB Selangor ni. Bila banyak duit senang nak penuhi nafsu politiknya menjadi PM ke 7 selepas PRU 14 nanti.

Mungkin strategi Anwar untuk jadi ADUN di Kajang terlebih dahulu kemudian jadi MB Selangor, dekat sikit dengan Putrajaya, senang-senang boleh datang bersantai-santai sambil tengok rumah dan pejabat PM Najib.  Mungkin juga ia sebagai percaturan Anwar yang berkemungkinan akan bertanding di Parlimen Putrajaya dalam PRU14 akan datang.   

Namun persoalan menarik gamaknya berapalah sogokan yang Anwar dan PKR bayar kepada Lee Chin Cheh ADUN PKR itu untuk meletakkan jawatan semata-mata nak bagi beri laluan kepada Anwar menjadi calon di DUN Kajang? Cina PKR ni bodoh atau diperbodohkan?

PRK Permatang Pauh 2008. Insiden lari ke Kedutaan Turki tengok FiFA World Cup dan liwat menghantui Anwar 

Samalah kes Jijah bini si Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh pada 2008 dulu semata-mata untuk beri peluang kepada Anwar menjadi MP di Permatang Pauh. Tak sampai 6 bulan Jijah berkhidmat dan PKR dah buat kecoh hingga membazirkan wang rakyat.

PRK Penanti Mei 2009...Sandiwara PKR membazir wang rakyat

Samalah jua kes ADUN PKR di Penanti yang meletak jawatan kemudiannya dipecat PKR kerana tidak sebulu dengan Lim Guan Eng. Letak jawatan suka-suka dan menyusahkan SPR, rakyat dan kerajaan. Habis wang rakyat digunakan untuk membelanjakan sebuah PRK demi nafsu politik songsang Anwar Ibrahim dan DAP.

Persoalannya kini kalau MB Khalid Ibrahim tak efisyen sebagai MB kenapa tidak saja dilantik di kalangan ADUN-ADUN PAS sedia ada. Atau lantik saja si Azmin Ali.  Kenapa PAS yang lebih majoritinya dalam DUN tak boleh dilantik jadi MB?

Jawapannya mudah sebabnya PAS bodoh! Mereka hanya layak dipergunakan sebagai pencacai dan kuda kayu tunggangan DAP dan PKR untuk memecah belahkan orang Melayu - Islam di Selangor.

Untuk PRK kali ni biarkan MCA menentang Nuar, bukannya UMNO. Jangan buat macam kes UMNO menentang DAP di Pasir Gudang. Apa hasilnya...dipermainkan dek kaum chauvinist.

Kita tengok sejauh mana kekuatan MCA baru ini. MCA belum pernah teruji dengan sebarang PRK sejak PRU 12 dan PRU 13. Yang banyak hanyalah UMNO.

Kali ini MCA, Gerakan atau mana-mana NGO Cina pro kerajaan perlu buktikan kaum cina di Kajang sokong MCA.  Ada berani?

Kajang dahulunya penempatan majoriti kaum Melayu. Namun akibat proses perbandaran Kajang kini menjadi kota campuran yang 52% adalah majoritinya kaum Cina dan India sepertimana Serdang, Seri Kembangan, Balakong,Cheras.. .  

Semuanya kemudahan dah ada di sini. Malangnya Melayu juga terpinggir di kampung-kampung di celah-celah bukit di Sungai Merab, Teras Jenang, Bangi, Semenyih, Baranang dan sebagainya.

Masihkah kita ingat lagi peristiwa ini? Betapa manisnya mulut komunis Dong Zong di depan PM Najib semasa sambutan Tahun Baru Cina 2013. Duit angpau dapat, makan besar dapat, limau dapat....kununnya cina-cina ni sokong BN, tetapi akhirnya apa terjadi di DUN Kajang dan apa Dong Zong buat pada PM selepas itu???
Wajah bermuka-muka Cina chauvinist Dong Zong di Cong Xi Fa Chai di Kajang 2013! Kesian PM, MCA dan Gerakan kena tipu...
Makan busat, duit dapat tapi PRK Kajang 2013 terguling. Kempen PRK Kajang nanti masih nak tabur duit bina sekolah dan dewan cina lagikah? 

Nanti jangan pula ada malaun nak gatai-gatai beri nasihat agar kerajaan memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina di Kajang. 

Lihat cara Dong Zong mempermainkan PM dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 lalu. Buta-buta PM kena tipu dek cina DAP. Duit baiki sekolah dan dewan dapat, makan besar dapat, angpau dapat tapi akhirnya BN ditikam belakang habisan. 

Tahun 2008 dulu BN kalah majoriti lebih 3,000 undi. Tahun 2013 setelah banyak duit ditabur dan dibaham oleh puak-puak chauvinist BN kalah lebih 6,000 undi! 

Berapa banyak lagi duit kerajaan mau ditabur di Kajang di kala ekonomi meleset kini?

Kalau UMNO nak tolong, bantulah kaum-kaum Melayu-Islam di Kajang tu yer...

SELAMAT BERKEMPEN, TURUNKAN HARGA SATE KAJANG!


Selasa, 28 Januari 2014

ORANG BARAT BERKATA : ANWAR DIKTATOR YANG SEDANG MENUNGGU MASA

0
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan sebagai proksi Barat di Malaysia, setaraf dengan Thaksin Shinawatra, Thailand dan Aung San Suu Kyi, Burma.
Gambaran itu diberikan oleh penulis Barat berpengkalan di Thailand, Tonny Cartalucci dalam artikelnya bertajuk “Aung San Suu Kyi’s “Saffron Monks” Stalk Streets With Machetes – Mass Slaughtering Refugees,” dengan melabelkan Anwar sebagai ‘diktator yang sedang menunggu’.
“Sokongan AS (Amerika Syarikat) terhadap boneka – rejim seperti yang dilakukan kepada Thaksin Shinawatra, adiknya Yingluck (Thailand), atau Aung San Suu Kyi (Burma), sokong mereka ke dalam kuasa…
“Ia adalah penting untuk melihat masa lalu, retorik kosong tentang ‘demokrasi’, ‘hak asasi manusia’, ‘perubahan’, yang digunakan untuk mewajarkan pembiayaan dana asing dan campur tangan untuk menyokong hamba autokrat seperti Thaksin di Thailand, Aung San Suu Kyi, Burma atau proksi di Malaysia, diktator yang sedang menunggu, Anwar Ibrahim,”kata Tonny Cartalucci.
Justifikasi Anwar sebagai proksi Barat didedahkan Cartalucci dalam artikelnya, “Malaysia’s Bersih & the Facade of “Clean Elections” – A foreign-funded movement for a foreign-serving agenda,” yang mendedahkan perkaitan Anwar dengan BERSIH.
Kata penulis, walaupun pemimpin BERSIH, Ambiga Sreevenasan mendakwa mahu ‘menuntut pilihan raya adil dan bersih,’ namun beliau tidak memberitahu pengikutnya bahawa pergerakan tersebut juga dibiayai dan menerima latihan daripada kerajaan Amerika Syarikat serta beberapa buah yayasan yang dibiayai syarikat korporat asing.
Malah, pada 27 Jun 2011, The Malaysian Insider melaporkan pemimpin BERSIH Ambiga Sreevenasan “mengaku menerima wang daripada dua buah organisasi Amerika – the National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) untuk membiayai projek-projek lain yang menurutnya tidak mempunyai kaitan dengan perhimpunan 9 Julai 2011.”
“Pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1998, selain menjadi pensyarah di School of Advanced International Studies John Hopkins University, perunding Bank Dunia, dan ahli panel pemilihan “Democracy Award” dan ahli panel pembiaya dana rangkaian neocon yang ditaja National Endowment for Democracy (NED), iaitu organisasi yang secara kebetulan membiayai dan menyokong BERSIH, ketara mensahihkan syak wasangka terhadap agenda tersirat mereka.
“Realitinya, pemimpin BERSIH bersekongkol dengan Anwar bersama para penaja luar dalam usaha mengeksploitasi keresahan rakyat Malaysia bagi meletakkan dirinya di persada kuasa,” dedahnya.
Isu ‘proksi Barat’ mula diperkatakan apabila laman pro Taksin, Asian Correspondent menyiarkan artikel “Suthep slams foreign media, but finds a friend in Tony Cartalucci… ” yang mendedahkan ucapan Suthep Thaugsuban, pemimpin politik Thailand mengkritik media asing kerana memberi maklumat palsu tentang demontrasi anti-Taksin di negara itu.
Menurut Cartalucci, ‘Bangkok Pundit‘ yang menulis di Asian Correspondent itu juga merupakan tali barut yang mendapat tajaan Barat.

SAMMY VELLU: SAYA TIADA CAKAP ANWAR ORANG GILA, DIA TERASAKAH?

6
video
Saya Tiada Cakap Anwar Gila, Dia Perasan Kah? Saya Hanya Cakap Orang Gila Saja, Itu Macam Orang Hisap Dada(h) Pun Orang Gila Juga, Dadah Musuh Nombor Satu Negara

AKHIRNYA Usaha Azmin Ali menggagalkan sandiwara MB Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim menemui kegagalan yang menyayat hati. Amaran Azmin Ali kepada Sam Ketot supaya tidak campur tangan urusan PKR Selangor tidak berjaya, sebaliknya Sam Ketot potong jalan dan berjaya mencuri hati Anwar Ibrahim. 

Semuanya berlaku kurang 24 jam. Kasihan Azmin Ali, dia ingat dia dah kuat sebagai Pengerusi PKR negeri, rupanya Anwar ada team luar yang boleh potong sepantas kilat.

Persoalan kini, adakah BN akan meletakkan calon?  Letak Calon dikata gila, tak letak calon dikata gila, orang gila sahaja yang suka-suka bubar dewan, kerana tiada pun kematian dan tiada pun keputusan mahkamah. Yang ada hanyalah perebutan hawa nafsu ingin menjadi MB dan seterusnya mengaut jutaan ringgit wang rakyat untuk simpanan diri sendiri.

BN tidak perlu meletak calon kerana lebih baik BN tumpukan perhatian memajukan negara dan mensejahterakan rakyat menjelang 2020. Cukuplah PRU13 penuh dengan politik, marilah kita fokus kepada usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Apatah lagi dalam keadaan ekonomi dunia kusam telah memberi kesan kepada rakyat negara kita, eloklah kerajaan BN tumpu kepada usaha mengurangkan beban rakyat.

Lagipun PRK Kajang bukannya terpaksa diadakan atas sebab kematian atau faktor munasabah melainkan semata-mata kerana hendak memenuhi nafsu sarakah PKR yang berebut-rebut sekarang ini. 

Adakah Lee Chin Cheh sudah mati ?
Adakah Lee Chhin Cheh sudah mati? Adakah Lee Chin Cheh diisytihar Bankrap atau dipenjara atau didenda RM2001.00?

Semua orang tahu, kini PKR dalam krisis dalaman paling terokk di dunia, malangnya untuk lari dari krisis itu sanggup pula menjadikan PRK Kajang sebagai jalan penyelesaian kemelut mereka walaupun selama ini menuduh SPR tidak telus.

Siapa Gila tuan-tuan? Mari dengar apa Sammy Vellu punya cakap. Klik play video di atas.

GAME KHALID-ANWAR UNTUK TIPU RAKYAT SELANGOR SELEPAS BERJAYA KOWTIM PROJECT MEGA INI

7
Kowtim 1

Kowtim 2

Rakyat Selangor terperanjat besar apabila Menteri Besar (MB) Selangor membuat 'U-Turn' memberi kelulusan bagi pembinaan Loji Langat 2.

MB memberi alasan ianya disebabkan Kerajaan Pusat menguatkuasakan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006) ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir 31 Disember 2013 yang lalu. 

Sambung bacaan anda di laman internet Ulasan oleh DR XAVIER JAYAKUMAR, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas.

Kesimpulannya, MB Khalid sudah kaya raya selepas 2 penggal menjadi MB. Kini giliran Anwar pula untuk mengumpul dana dari kerajaan Selangor untuk persediaan PRU14. Ramai rakyat Selangor tidak sedar permainan mereka.



Isnin, 27 Januari 2014

PERBINCANGAN MB BARU SELANGOR TERBANTUT, ARAHAN TUTUP MULUT

11
Aku nak jadi MB

Mesej yang tersebar ketika ini:

Kepada Semua Ahli - Ahli MPN,
Ahli Ahli Dewan Negeri
Ahli Ahli Parlimen
Ketua Cabang Ketua Wanita
Ketua AMK

Adalah dengan ini diarahkan Saudara / Saudari diarahkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan media berkenaan isu Selangor sehingga selesai perbincangan YB Mohamed Azmin bersama YB Dato' Seri Anwar esok.

Amirudin Shari
SU MPN Selangor

INI BARULAH NAMANYA KETUA PEMUDA, TAHNIAH YB KJ !

5


TAHNIAH YB KHAIRY JAMALUDIN atas ketegasan di tweeter yang menulis "Cikgu Lembu" patut ditamatkan perkhidmatannya, bukan dipindahkan sahaja. Ini barulah namanya Ketua Pemuda UMNO. 


Mari Layan, Bukan "Launch" tetapi "Lunch". (Tagline Mahpuz Launch)

ANWAR MENENTANG KEMERDEKAAN NEGARA KRISTIAN TIMOR TIMUR

2

Siapa Itu Anwar Ibrahim?



Tulisan ini dibuat semata-mata ingin membetulkan kesimpang-siuran informasi mengenai tokoh politik Malaysia yang satu ini. Pendekatan yang penulis ambil dalam memperkenalkan beliau mungkin sedikit berbeda. Penulis akan lebih mengekspos sisi beliau yang masih belum banyak diketahui masyarakat Indonesia.

Bagi yang belum terlalu kenal dengan beliau, ada baiknya layari laman ini dulu: http://id.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim

1. Dato’ Seri Anwar Ibrahim berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau keturunan campuran India Muslim (Mamak) dengan Melayu. Ayah, istri dan anak beliau juga pernah aktif di parlemen. Bisa dikatakan keluarga beliau ini termasuk dinasti politik lah.

2. Beliau lulusan Universiti Malaya jurusan Peradaban Melayu. Jadi desas-desus kalau beliau itu lulusan Indonesia tidak benar.

3. Beliau termasuk angkatan terakhir aktivis pergerakan mahasiswa di Malaysia. Malaysia telah melarang secara mutlak semua kegiatan yang berbau pergerakan setelah perjuangan beliau berakhir.

4. Beliau lebih dikenal sebagai cendekiawan muslim dulunya. FYI, pemerintahan Malaysia dipenuhi golongan sekuler berpendidikan British. Beliau inilah yang dulunya banyak memperkenalkan program-program bernafaskan Islam sewaktu menjadi menteri.

5.  Sewaktu beliau disingkirkan dari kekuasaan dan dipenjara, ada kabar burung menyebutkan bahwa Presiden Habibie mengirim Menlu Ali Alatas untuk membujuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad agar kesamatan beliau dijaga.

6. Solidaritas beliau kepada Indonesia ditunjukkan dengan inisiatifnya pasang badan menolak kemerdekaan Timor Timur. Tidak banyak orang Malaysia atau Indonesia yang tahu perihal solidaritas beliau ini.

7. Kalau di Indonesia, mungkin anda bisa bayangkan beliau ini merupakan manifestasi gabungan dari sejumlah tokoh. Beliau orator handal seperti Bung Karno, tabah dan sabar seperti Pak SBY, cerdas seperti Pak JK, moderat seperti Gus Dur.

8. Beliau rajin berkunjung ke Indonesia bukan untuk mencari dukungan pemerintah Indonesia. Secara jelas & nyata tidak mungkin Pemerintah Indonesia mengintervensi pemerintah Malaysia. Hanya orang kurang berpendidikan saja yang akan berpendapat seperti itu.

Sekian saja yang bisa saya share. Moga-moga cukup membantah semua tuduhan terhadap beliau.

KOMENTAR PEMBACA DI SINI :
Rofans,
Terimakasih atas penerangan saudara. Namun agak kurang tepat.
Yang banyak mermperkenalkan dasar Islam ialah Dr Mahathir. Saya masih ingat Dr mahathir selepas menjadi Perdana menteri meminta seorang tokoh Islam terkenal di Malaysia( sudah meninggal dunia) untuk membuat kertas kerja berkenaan penubuhan Bank islam.
Orang ramai ketawa dan persendakan Dr Mahathir. namun akhirnya Bank islam ditubuhkan pada 1984. Dan diikuti oleh Insuran berdasarkan Syariah. Kini sesiapa di Malaysia yang mahu jual insuran lebih baik ada lesen Takaful kerana pasaran masa depan adalah Insuran islam( di malaysia).
Menyedari bahawa Malaysia boleh jadi peneraju perbankan Islam, Dr Mahathir giat galakkan perbankan Islam sehingga kini Malaysia adalah negara Islam terkedepan dalam khidmat nasihat Bank berdasarkan Syariah .
DAN NO 7
“…Sabar seperti SBY”. Saya tidak fikir begitu. BELIAU TIDAK SABAR. Anwar menjatuhkan Abdullah Badawi dari jawatan Pengerusi UMNO Pulau Pinang. Beliau tidak hargai jasa Abdullah Badawi yang banyak membantu beliau diawal kariernya. Orang Melayu menolaknya sebagai calon pilihanraya 1982. Namun kerana hormatkan Abdullah Badawi sebagai Pengerusi UMNO Pulau Pinang, mereka menerimanya.
Anwar juga tidak sabar dengan jatuhkan Tun Ghaffar Baba pada 1993. Beliau tidak mahu bersabar dan menunggu giliran /.walhal Tun Ghaffar tidak gila kuasa. Beliau dilantik sebagai timbalan Perdana menteri pada 1986.
Anwar juga tidak sabar untuik jadi perdana menteri. Dia mengkhianati perdana menteri walaupun diberi layanan “anak emas” oleh Dr Mahathir.
Dan Anwar juga tidak sabar dan enggan terima qada dan qadar bahawa pilihanraya 2008 dimenangi BN. beliau cuba merasuah ahli parlimen BN untuk berpaling tadah. Beliau enggan terima ketentuan illahi.
“CERDAS ” seperti Pak JK
Betulkah? Jika benar, kenapa begitu bodoh enggan terima tawaran Dr mahathir untuk letak jawatan.
“ORATOR HANDAL SEPERTI BUNG KARNO”.
Tetapi tidak dipercyai oleh Umat islam( majoriti) . Lebih dilihat sebagai “tin kosong”. Hanya pandai cakap saja.
ROFAN
Sudah banyak kali beliau menghina Malaysia di Indonesia. Sudah ada di Youtube.
TIMUR TIMOR
Mendengar saja Habibie buat salah besar benarkan referendum terhadap Timur timor, Kerajaan Malaysia dan rakyatnya sudah tahu Indonersia akan kehilangan Timor timur. Sepatutnya Habibie boleh beri apa saja kecuali MERDEKA. Keputusan referendum sudah boleh dijangka.
“..Moga moga membantah setiap tuduhan…”
Tuduhan terhadap beliau ( saya yakin 150%) benar. Pada mulanya orang ramai tidak percaya Dr mahathir .
Namun akhirnya setelah beberapa lama, orang sudah sedar betapa Anwar seorang pembohong. Dia gagal bersumpah setelah dicabar. Orang yang tidak bersalah tidak akan takut untuk bersumpah.
Namun beliau amat “disayangi” oleh Barat dan media barat. Dr Mahathir pula enggan menerima “bantuan” IMF lalu dihina kerana berani kata tidak pada ramuan dari IMF.
Saya fikir anda tidak “kenal” Anwar Ibrahim. seperti yang saya kata, apa pun dosa umat Nabi Muhammad SAW di Malaysia, kami bermohon Allah SWT tidak menurunkan bala pada Umatnya DENGAN mermberi kuasa pada Anwar. Akan tergadailah negara ini jika Anwar berkuasa.
Sumber : Kompasiana

Ahad, 26 Januari 2014

KINI, APA PERASAAN KAMU?

9
Tokong Melayu? Tertera Nama Datok Haji Samsudin Di Selangor
Bukalah Matamu

Apakah Perasaanmu

Di mana-mana

Siang & Malam, Bagaimana Nasib Generasi Islam 

Kalimah ALLAH adalah sesuatu yang khusus untuk Islam. Kalimah ini memberikan kita makna yang amat tersendiri dan merujuk juga kepada hakikat. Hakikat makna ALLAH itu mendukung konsep keesaan. Inilah landasan tauhid yang menghubungkan manusia dengan Pencipta.

Orang Kristian menghubungkan Tuhannya dengan Yahweh, Elohim atau Adonai dan tidak boleh disamakan dengan ALLAH.

Keimanan kita kepada Kitab Injil yang mendukung maksud hunafa’ atau hanif adalah berbeza dengan maksud Trinity yang mengungkapkan Satu Dalam Tiga dan Tiga Dalam Satu.

Oleh itu menyamakan kalimah ALLAH dan segala macam implikasinya dengan konsep Trinity amat bercanggah kerana dalam Surah al Ikhlas dan Surah al Kafirun memberi asas yang jelas bagi penganut Islam. Jesus atau Nabi Isa dalam Islam adalah Nabi dan Rasul bukannya anak Tuhan.

Implikasi kalimah ALLAH dengan persoalan tauhid, ibadah, syariah dan akhlak adalah berkaitan. ALLAH, yang memberikan landasan tauhid tidak hanya pada nama tetapi terhubung dengan tasawwur bahawa ALLAH itu SATU dan terhubung dengan makna dan hakikat kesatuan.

ALLAH dan penciptaan, ALLAH dan rahmah serta nikmah, ALLAH dengan ilmu dan kebenaran, ALLAH dengan planet dan galaksi berada dalam satu kesatuan. Ia memberi asas epistemologi (teori ilmu dan asal-usul ilmu) yang terhubung langsung dengan ALLAH.

Oleh itu kalimah ALLAH tidak boleh disamakan makna dan hakikatnya dengan istilah-istilah lain yang memberikan konotasi atau pengertian berbeza.

Al-Quran memberikan pedoman “Laqum Deenukum walyadeen- Kamu agama kamu, kami agama kami". Malah Rasulullah SAW menegah umatnya daripada menghina agama lain, dibimbangi orang lain akan menghina Islam.

Soal perbezaan dalam agama adalah sesuatu yang wujud terutama dalam bidang aqidah dan ibadah. Penganut agama-agama harus ada etika untuk berbeza (ethics of differences) supaya perbezaan tidak tercetus menjadi hal yang sensitif dan menyebabkan keresahan.

Pihak yang ingin memaksa penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu harus sensitif dengan perasaan orang Islam. Ia membawa implikasi dalam aqidah mereka. Malah undang-undang atau enakmen Islam negeri-negeri bagi banyak negeri sejak sekian lama memaktubkan perkara ini.

Memaksa penggunaan kalimah ALLAH itu bagi orang bukan Islam nantinya akan ditanggapi ada maksud yang tersurat dan tersirat. Ia menjadi tidak baik bagi masyarakat beragama di Malaysia.

Sifat saling memahami dan toleransi perlu ada di kalangan pihak lain supaya perkara yang diterima sekian lama sebagai sesuatu yang sah bagi Islam menimbulkan salah faham dan curiga.

Bagi tokoh-tokoh politik yang bukan Islam, apa hak mereka ini memaksakan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Pertama mereka harus belajar menghormati kuasa mufti, majlis fatwa, kuasa Raja-Sultan terhadap ehwal agama Islam dan enakmen atau undang-undang mengenainya yang sudah diputuskan oleh banyak negeri.

Kedua, mereka harus menghormati keputusan syarak yang dinyatakan oleh individu berwibawa mengenainya atau majlis syura Islami yang membuat keputusan mengenainya.

Seperti juga penganut agama lain berhak membuat keputusan mengenai agama mereka tetapi tidak memandai-mandai memaksa agama lain supaya menerima apa yang mereka putuskan.

Kalimah ALLAH adalah sesuatu yang unik dan khusus bagi penganut Islam. Ia tidak boleh disamakan dengan patung bagi orang Kristian dan berhala bagi orang Hindu kerana ia membawa implikasi lain. Justeru menghormati hak orang Islam seharusnya menjadi amalan.

Kalimah ALLAH membawa konsep tersendiri mengenai Tuhan. Ia sebagai tunjang akidah tauhid yang membentuk suatu tasawwur atau pandangan semesta terhadap Pencipta dan hasil ciptaannya.

Tasawwur yang Islami menjadikan aqidah tauhid sebagai landasan dalam beragama. Konsep ALLAH tidak boleh disyarikatkan dengan perkara-perkara lain yang mendorong kepada faktor syirik. Dosa syirik tidak ada keampunan daripada ALLAH.

Oleh itu umat Islam amat menjaga kalimah-kalimah penting yang ada dalam al-Quran termasuk wahyu, kitab, nabi, rasul, imam, makmum dan seumpamanya kerana kalimah-kalimah itu terhubung langsung dengan Islam.

Menyalahgunakan kalimah-kalimah ini akan membawa konotasi dan kesan yang berbeza dan ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kekacauan terhadap makna yang lari dari maksud Islami. Hal ini patut dihormati oleh pihak lain supaya Islam tidak dipersendakan.(Profesor DSB, UIA)