Selasa, 14 Oktober 2014

CUKAI CGT: DAP SENGAJA LETAK NEGARA PADA RISIKO KEBANKRAPAN!!!


Selepas selesai pembentangan Bajet 2015, puak-puak Pakatan Haram mula membelasah pihak kerajaan berhubung isu GST secara membuta tuli dengan pelbagai tohmah dan tuduhan tak berasas tanpa ada cadangan bagaimana sistem percukaian negara ini boleh diperbaiki. 

Dah dua tahun berlalu sejak YAB PM Najib membentangkan cadangan perlaksanaan GST pada Bajet 2013 dan 2014 lalu .

Pada Bajet 2015 pula beliau menyatakan Malaysia akan mengguna pakai GST menggantikan cukai sekarang pada 1 April 2015 nanti.

Bila rakyat dah mula faham dan ramai peniaga sudah mula mahu menerima pakai dan mendaftar kepada Sistem GST, barulah timbul cadangan Pakatan Pembangkang memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gain Tax (CGT).

Maka dipropakan oleh puak-puak pembangkang cukai ini adalah 'cukai progresif' yang akan menjana pendapatan RM3 bilion setahun dan akan menyelamatkan negara dari kemiskinan...wow tu diaaa! 

Maka terlopong mulut para pencacai di sana-sini melihat begitu bijaknya seorang pemimpin anugerah tuhan dengan idea yang begitu brilliantnya. 

Kalau jadi CGT nanti untung-untung rakyat dapat makan free selama bertahun-tahun. Tu diaa!


Para pencacai Pakatan biasanya tidak mahu tahu apa itu CGT. 

Tapi yang mereka dambakan melalui janji-janji tuan KETUM dan si kaki botol Ong Kian Ming adalah semuanya free. 

Mereka tak perlu bayar apa-apa cukai, dapat duit melebihi BR1M, kereta murah, minyak murah, rumah murah dan boleh hidup bebas nak buat apa saja walaupun menghina orang dan agama lain.

Para pencacai Pakatan tak mau ambil tau macamana pemimpin mereka nak buat asalkan dapat duit banyak.

Tak kira soal haram atau halal, langgar undang-undang atau belasah orang janji mereka boleh hidup senang. Itu yang 'rakyat' hendakkan. 

Persoalannya kategori 'rakyat' yang mana satukah yang hendakkan dasar liberal sebebas-bebasnya dengan duit tak kira halal haram melimpah ruah ini ya? 

Nampaknya kita tidak mempelajari kesan perlaksanaan CGT yang pernah berlaku pada Korea Selatan dan Amerika Syarikat semasa krisis ekonomi tahun 1997 dan 2008 lalu. 

CGT yang kebiasaannya dipungut hasil keuntungan transaksi perdagangan saham, bon, perdagangan komoditi, emas, derivative, option, swap dan sebagainya di bursa-bursa saham. 

Kalau dapat banyak untung maka tinggilah peratusan kutipan cukai CGTnya. Bagaimana kalau kurang dan meleset?


Mana dana yang hendak diambil untuk bangunkan negara?

Semasa krisis ekonomi Asia tahun 1997/1998, Korea Selatan hampir bankrap kerana penurunan nilai matawang Won. Bursa Saham Jakarta paling teruk terjejas apabila nilai Rupiah menjunam diikuti matawang Bath di Thailand. 

Namun Malaysia terselamat kerana Dr Mahathir segera menambat Ringgit. Bursa Saham dan ekonomi negara kita dapat diselamatkan.

Bayangkan jika kita terlalu mengharapkan kutipan cukai CGT jika ada ketika itu? Apa akan jadi jika Bursa Saham kita terjejas teruk?

Di manakah lagi wang hendak diambil. Ikutkan Anwar boleh pinjam dari IMF jer.

Semasa krisis ekonomi 2008 di US dan krisis ekonomi di Eropah hingga ke tahun 2010, negara-negara ini terpaksa menanggung banyak kerugian kerana terlalu mengharapkan dan bergantung kepada keuntungan urusniaga saham. 

Nilai matawang Dollar dan EURO menjadi tidak menentu. Beberapa negara Eropah seperti Portugal, Ireland, Italy, Greece dan Sepanyol (PIIGS) paling terjejas dengan krisis hutang hingga terpaksa meminjam dari IMF.

Beberapa negara Eropah lain turut menghadapi masalah yang sama.

Ini adalah sebahagian kesan buruk akibat dari pergantungan keterlaluan kepada sistem percukaian CGT dan perbelanjaan melampau untuk sistem berkebajikan (welfare) di negara-negara tersebut.


Malaysia juga sedikit sebanyak terjejas ekonominya. Tapi adakah rakyat pencacai Pakatan sedar keperitan tersebut? Betapa sukar kita menahan asakan tekanan ekonomi kerana kita juga bergantung dengan sistem ekonomi dan perdagangan dunia.

Pencacai Pakatan memang tak nak faham sebab hidup mereka hanya untuk disuap saja. Bukalah mata dan lihatlah dunia, jangan ingat nak syok saja, Bersyukur kita masih selamat lagi.

Kita bukannya negara maju dan berpendapatan tinggi macam US, Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Eropah sekarang yang boleh mengenakan CGT. 

Jika CGT mahu dilaksanakan, maka Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakannya berbanding dengan negara-negara ASEAN lain.

Apa akan jadi jika sistem ekonomi kita berbeza dengan sistem ekonomi negara tetangga?

Kita mahu kutip banyak cukai dan wang tapi dalam masa yang sama kita peras para pelabur dan rakyat kita tanpa memberi mereka pilihan. 

Kita hanya lihat wang berkepuk-kepuk yang boleh dikutip dari setiap keuntungan transaksi saham. Tapi ini secara langsung akan mengakibatkan para pelabur beralih arah ke Singapura dan Hong Kong yang lebih bebas dan mesra pelabur yang tidak mengenakan CGT. 

Jadi apakah ada agenda DAP hendak melaksanakan CGT? Adakah mereka mempunyai niat tersirat agar pelabur asing lari ke Hong Kong dan Singapura?

Perlaksanaan GST di Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Cambodia membolehkan negara tersebut membangun pesat dan sentiasa bersaing hebat dengan Malaysia untuk menarik seberapa banyak pelaburan asing. CGT dibimbangi akan membantutkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang masih membangun.

Kini Thailand, Indonesia, Vietnam dan Cambodia bahkan Myanmar sedang berlumba-lumba menarik para pelabur asing dari Eropah, Jepun, Korea Selatan dan US yang ingin mengelak kos tinggi akibat perlaksanaan CGT di negara-negara mereka. 

Tapi mengapa kita pula nak laksanakan CGT?

Katakanlah jika kerajaan terpaksa akur melaksanakan CGT dan menolak GST, pembangkang akan kata kerajaan mencedok idea mereka. Bila CGT dilaksanakan dan memberikan kesan buruk pada ekonomi negara, mereka akan salahkan kerajaan juga. 

Bila tiada pelaburan maka tiadalah pekerjaan. Bila tiada pekerjaan adakah rakyat untung? 

Jika CGT dilaksanakan bermakna pelaburan-pelaburan milik kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti ASB, ASN, AS1M, ASG, AHB, saham-saham kerajaan di KWSP, Tabung Haji, Khazanah Nasional, LTAT semuanya kena cukai keuntungan CGT.

Jadi bagaimanakah para penabung nak dapatkan pulangan bonus dan dividen yang tinggi setiap tahun apabila keuntungan mereka dicukai terlebih dahulu. Bila pulangan kurang adakah rakyat tak akan marah?

Para pelabur ASB yang tujuannya nak bantu Melayu-Bumiputera dan AS1M nak bantu rakyat berbilang kaum yang lain juga tak dapat pulangan yang banyak sedangkan tujuan mereka menabung adalah untuk mendapat pulangan lumayan.

Secara tak langsung juga usaha meningkatkan 30% pencapaian ekonomi Bumiputera juga tidak akan tercapai.

Jadi apakah motif DAP sebenarnya yang begitu galak ingin melaksanakan CGT ini?

Apa pula kata PAS? Kalau dulu dikatakan cukai GST haram dan keluarlah segala dalil dan hujah. Tetapi kenapa cukai CGT yang tidak relevan ini dikatakan boleh plak?

PAS tahu ke tak tahu bab-bab ekonomi ni?


2 comments:

Tanpa Nama berkata... 14 Oktober 2014 9:42 PTG

Pkr ni mmg nak cari pasal dgn PAS. PAS tahu ke rncangn ketum utk perkenal cgt? Mesti xbincang dulu..mcm biasa, dah umum barulh PAS terhegeh2 kena cari dalil utk hallkn CGT.

Tanpa Nama berkata... 15 Oktober 2014 1:49 PTG

sorry tuan blog. gambar protes tu bukan cgt capital gain tax, tapi La CGT, trade union di perancis

Catat Ulasan