Rabu, 17 September 2014

#PRKPengkalanKubor : PAS kian terdesak. Rasuah berleluasa di #PengkalanKubor !!! @NajibRazak @SPRMMalaysia @KhairyKJ @AzwanBro


Setelah ketandusan isu yang hendak dibawa, selain melihat sokongan rakyat Pengkalan Kubor yang semakin merosot, PAS kini kelihatan sangat terdesak untuk menang. Walaupun hakikatnya jika menang sekali pun, ianya tidak memberikan sebarang makna kepada kedudukan Kerajaan Negeri. Namun bagi puak PASMA/Anwarinas, mereka mahu membuktikan bahawa pengaruh mereka masih lagi relevan di dalam PAS.

Kerana itulah, jentera Anwarinas kini giat menabur goodies kepada penduduk Pengkalan Kubor. Harapan mereka dengan 'gula-gula' pilihanraya tersebut, rakyat akan melupakan semua janji dan batu asas mereka sebelum ini.



Kami mendapat maklumat bahawa Kopi Mahkota Dewa ini membuktikan Kerajaan PAS Kelantan adalah sebuah Kerajaan Langit yang menjanjikan SYURGA buat penyokong mereka. 


Persoalan besar juga timbul apabila Urusetia Belia dan Sukan menabur wang tunai dan kain batik/pelikat kepada penduduk Pengkalan Kubor, sedangkan mereka sendiri tidak berminat untuk memajukan SUKAN Kelantan. 


Adakah gejala rasuah undi yang berleluasa ini berlaku kerana calon anwarinasnya seorang tauke BALAK yang berjaya?!! Yang juga secara kebetulannya ahli Majlis Daerah Tumpat yang paling lama memegang jawatan?!!


PAS juga kini nampaknya sedar taktik BATU ASAS mereka selama ini mulai dihidu rakyat Kelantan. Kerana itulah, mereka upgrade setakuk strategi janji kosong mereka dengan meratakan tanah pula. Mungkin dengan menjanjikan sebuah padang bola sepak di DUN Pengkalan Kubor, ianya akan dapat menaikkan taraf hidup rakyat dan menyelesaikan semua permasalahan mereka.

Cuma kami harap para pengundi tidak mudah lagi termakan dengan semua rasuah dan janji-janji hamPAS ini. Lagi pun rasuah itu HARAM. SPRM sila ambil perhatian.

Tetapi kalau hendak ambil juga, pesan kami satu sahaja:

"PAS beri duit, kain, kopi atau biskut, AMBIL. Tapi UNDI nanti beri ke BN!" 

0 comments:

Catat Ulasan