Sabtu, 9 Ogos 2014

KISAH SEDIH LHDN YANG MENGINSAFKAN KITA

SEBELUM ini, saya mendengar ramai rakan-rakan sekerja mengeluh, marah-marah ada yang menyumpah-nyumpah apabila menyebut nama LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Nama LHDN bagaikan racun dan musuh yang sangat dibenci dalam kehidupan seharian, begitulah gambaran perasaan benci dan amarah mereka.

BERUBAH PERSEPSI & MENGALIR AIR MATA
Namun, baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang kakitangan LHDN. Saya mengambil peluang untuk bertanyakan hal-hal mengenai LHDN.

"Saudara, kami di LHDN punya tanggungjawab yang sangat besar untuk pembangunan negara dan rakyat kita. Kami bekerja memungut cukai bukan untuk masuk ke dalam poket kami, satu sen pun wang itu tiada masuk ke dalam akaun LHDN. Semua cukai tersebut diserahkan kepada Kementerian Kewangan sebagai wang hasil negara", dia memulakan bicaranya. Saya mendengar dengan tekun.

"Saudara tahu tak, ketika saudara diberi kelonggaran mengisi borang cukai tahunan melalui online sehingga bulan Mei, kami di LHDN dikehendaki mengisinya seawal bulan Februari, kerana sebelum kami memungut cukai orang lain kami memungut cukai kakitangan LHDN terlebih dahulu". Dia dengan tenang menceritakan kepada saya.

"Orang di luar LHDN bukannya tahu perasaan dan kesukaran kami. Adakah mereka tahu ada di antara kami menerima cercaan dan penghinaan ketika menjalankan tugas, kami mendatangi rumah mereka yang liat membayar cukai tetapi kami berhadapan isu keselamatan yang amat menakutkan. Ada di antara premis mereka mempunyai security yang amat mendebarkan".

Bayangkan antara kata-kata mereka, "kami penat-penat cari wang, kamu senang-senang mahu ambil!".

"Bayangkan juga tatkala kami memeriksa akaun pendapatan dan perbelanjaan syarikat mereka, kami kadangkala berhadapan suasana yang menyeramkan". ceritanya lagi. 

"Namun kami tabahkan hati, kami ketepikan perasaan takut kami, demi negara kita, supaya negara kita mempunyai dana yang mencukupi untuk perbelanjaan pembangunan, perbelanjaan mengurus, supaya rakyat kita dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sempurna, kemudahan kesihatan terbaik dan sebagainya".

"Kami bukan bekerja untuk mencari bonus lebihan, berapa bonus kakitangan kerajaan dapat begitulah juga yang kami dapat".

Mendengarkan semua itu, air mata saya seakan mula bergenang. Persepsi saya kepada LHDN sedikit demi sedikit berubah. Kebencian dan kemarahan kepada LHDN berubah kepada keazaman untuk membantu LHDN.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tidak ketahui, kerana LHDN bukan bekerja untuk mencari populariti sebaliknya LHDN bekerja untuk kesenangan semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik.

Akhir kata, dengan sedikit cerita ini, marilah kita menyedari bahawa dengan cukai pendapatan yang kita berikan memberi kesan yang amat besar kepada kemaslahatan rakyat dan negara Malaysia. Semoga dengan sedikit cerita ini, kita akan lebih bertanggungjawab dan sifat kebertanggungjawaban itu diserlahkan dengan kegembiraan membayar cukai pendapatan dengan penuh rasa patriotik.

Tahniah saya ucapkan kepada CEO LHDN, pengurusan tertinggi dan kakitangan LHDN di seluruh negara atas tugas serta usaha mereka untuk memastikan negara berada di atas landasan yang tepat ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Sumber



17 comments:

AnaQarbana berkata... 9 Ogos 2014 6:49 PTG

Bukan LHDN saja...semua agensi Keraajan serah wang kutipan kepeda kewangan...LHDN tidak seburuk PDRM di kalangan mata warganegara Malaysia...LHDN masih terbaik di mata rakyat malaysia...tidak perlu nak sedih pasal LHDN....

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2014 7:15 PTG

Tiada masalah pun nak isi borang taksiran, paling lama pun 15 minit. Yang jadi isu cuma yang nak buat di saat akhir. Perkara-perkara yang di atas hanya perkara biasa bagi organisasi swasta. Belajar lah untuk lebih bersyukur dengan apa yang ada.

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2014 7:40 PTG

Dah kerja dia apa nak kesian

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2014 7:47 PTG

Mana duit kutipan LHDN pergi? Kemudahan perubatan jauh tidak mencukupi.Hospital kerajaan sesak dan kena menunggu giliran lama sehingga ada yang meninggal sebelum tiba giliran. Tapi boleh pula beri RM 250juta untuk kroni kononya nak bela lembu tetapi beli kondo mewah.Lepas tu siap beli panda dari China RM 75juta.Berilah apa alasan sekali pun, hanya orang yang tidak waras sahaja percaya tiada rasuah dan pembaziran wang rakyat oleh kerajaan di bawah UMNO malah lebih teruk dibawah gandingan Rosmah-Najib.

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2014 8:29 PTG

Gaji kakaitangan lhdn yang tertinggi dala kalangan kakitangan awan dan separa awam...

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2014 8:51 PTG

Ya betul. Cumanya ada yg marah kerana rasa duit yg dia dpt tu semua hak dia. Namun dia lupa nk keluar kerja juga kena lalu jalanraya yg dibina menggunakan wang cukai. Biasa la, kedekut pahit tu adalah lumrah sebahagian manusia. Yg faham akan diam dan redha dgn cukai. Cukai utk kemaslahatan org lain dan diri sendiri juga....

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2014 8:51 PTG

LHDN tak perlu sedih gan ragam manusia...liat nak bayar cukai dlm sebilangan rakyat kerna sifat semulajadi yg tamak...

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2014 8:52 PTG

Ya betul. Cumanya ada yg marah kerana rasa duit yg dia dpt tu semua hak dia. Namun dia lupa nk keluar kerja juga kena lalu jalanraya yg dibina menggunakan wang cukai. Biasa la, kedekut pahit tu adalah lumrah sebahagian manusia. Yg faham akan diam dan redha dgn cukai. Cukai utk kemaslahatan org lain dan diri sendiri juga....

abu bakar berkata... 9 Ogos 2014 10:19 PTG

Tahniah staff LHDN..anda didlm prjalan kealam jihad inshaallah! !!

Tanpa Nama berkata... 10 Ogos 2014 12:04 PG

Gaji dan bonus banyak...sudahlah lhdn...munafik

Tanpa Nama berkata... 10 Ogos 2014 7:36 PG

Pandai betul ko menfitnah...ko jawab je la kt akhirat nnt dan tanggung la sekira apa yg ko ckp ni x betul....ni cth2 perangai macai PR yg akan merosakkan negara...kalau nak buat perbandingan ...bagaimana pula tuduhan nuar brahim ada akaun kt israel....mana dpt duit tu...ko xnak smash ke kt nuar brahim

Tanpa Nama berkata... 10 Ogos 2014 1:12 PTG

Orang cakap pasal LHDN...yang kau merapu merepek pasal lembu pasal panda kenapa pulak dol....kau salah nombor ni kot...sepatutnya kau dial nombor malaysiakini ke malaysian insider ker...barulah boleh nak spin2 cerita....

Tanpa Nama berkata... 10 Ogos 2014 4:37 PTG

Se7

Tanpa Nama berkata... 11 Ogos 2014 10:35 PG

Anon 12.04
1 mac 1995 menteri kewangan ketika itu menukar teraf JHDN kepada LHDN.Skin gaji diasingkan dari skim gaji perkhidmatan awam yg lain.Dari tarikh itu mereka tidak lagi dalam skim berpencen.Caruman kwsp diperkenalkan semula.nereka tidak lagi menerima kemudahan sapertimana kakitangan kerajaan.tiada lagi kemudahan hospital percuma kena beli insuran kesihatan. Tiada lagi kemudahan sewa kuarters / perumahan kerajaan.tiada lagu elaun2 sapertimana kakitangan kerajaan. Pendekan cerita gaji pokok yg tinggi sedikit itu terpaksa porongan kwsp& belian insuran kesihatan serta pelbagai lagi. Apapun pegawai& staff LHDN TIDAK PERNAH NERUNGUT.kerja mereka ikhlas , kutipan hasil negara meningkat setiap tahun.yang penting tiada amalan rasuah diLHDN.SYABAS.

Tanpa Nama berkata... 10 Disember 2016 8:00 PG

Lala 10.12.2016
betul tu,, gaji lhdnm bukan lagi yg tertinggi di kalangan semua kementerian, mari saya beritahu gaji kwsp paling tinggi sekarang. so jangan lah nk pertikaikan soal gaji.. gaji pokok dah dicampur dengan bermacam macam elaun yg kena kira cukai ,, sebab tu cukai staff lhdnm tinggi x mcm stf kerajaan elaun x kira cukai.. apa apa pun kami x pernah merungut.. ikhlas dlm pekrjaan adalah sangat penting. yang penting tiada amalan rasuah di lhdnm.. TAHNIAH HASILIAN.. TERUSKAN MEMUNGUT CUKAI UNTUK NEGARA.

Tanpa Nama berkata... 26 Januari 2017 9:16 PTG

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bak kata perumpamaan BESAR PERIUK BESARLAH KERAKNYA. Janji kerja dengan ikhlas biar gaji besar ke atau kecik ke adalah ganjarannya. Allah maha pemurah. Apa-apa pun TAHNIAH LHDN. ANDALAH PENYUMBANG TERBESAR PENDAPATAN NEGARA.

Cukai Pendapatan berkata... 20 September 2017 5:07 PTG

begitu berat tanggungjawabnya!

http://kiracukaipendapatan.blogspot.my

Catat Ulasan