Rabu, 6 Ogos 2014

BOIKOT KFC MALAYSIA: PERMAINAN SIAPA PULAK NI?


Kerja memboikot-boikot memang jadi kebiasaan bila kita tidak setuju dengan sesuatu.

Sekarang ni ramai yang berusaha memboikot itu dan ini. Alasannya dengan memboikot kita dapat mengenakan tekanan kepada sesuatu pihak.

Bila Israel membantai Gaza, kita pun bersemangat untuk turut sama memboikot apajua produk yang berkaitan dengan Yahudi. Paling terkesan kita sudah mula memboikot rangkaian makanan McDonnald (McD).

Masyarakat yang tak pernah menjamah McD pun turut serta. Kesannya McD di Malaysia menerima nasib malang bila ramai yang tidak mahu makan di restoren makanan segera yang kaya kalori dan karbonat itu. 

Bagaimana dengan nasib 12,000 pekerja McD di Malaysia yang 80% darinya beragama Islam jika McD Malaysia bankrap? 

Ada alternatif kerja lain? Radix Fried Chicken, Ramly Burger...

Tetapi berapa lama agaknya kita boleh boikot dari makan McD terutamanya peminat makanan junk food tersebut?

Jika alasan bahawa pegangan saham majoriti McD dipegang oleh puak-puak Ah Beng, maka alasan boikot bolehlah diterima oleh umat Islam. Namun dalam masa yang sama perlu ada usaha giat untuk mengambil alih majoriti pegangan saham syarikat tersebut.  

Kini ada usaha yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memboikot KFC pula. Alasannya mudah KFC yang berpusat di US adalah penyumbang kepada Israel.

Adakah KFC Malaysia juga menjadi penyumbang kepada Israel?

Hakikatnya KFC Holding Berhad Malaysia dimiliki saham majoritinya oleh Kulim Berhad dan JCorp; entiti -entiti korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Johor - sebuah negeri yang ditadbir oleh kerajaan Melayu Islam, maka pengurusannya juga mengikut syariat Islam.


Kalau KFC diboikot dan syarikat itu bankrap maka sahamnya terpaksa dijual murah bagi mendapatkan kembali modal pelaburannya. Agak-agaknya syarikat Ah Beng atau Ah Siew mana yang akan ambil alih KFC nanti?...hehehe boleh ler makan ayam dikepak tengkuknya!

Betapa susahnya tokoh korporat seperti Tan Sri Muhammad Ali Hashim berusaha untuk memastikan JCorp menguasai kembali KFC dan menjadi milik umat Islam melalui jihad ekonomi dan wakaf korporat, kita pula tanpa usul periksa dengan fitnah nak menghancurkan pula bisnes umat!  

Sudah tersebar luas kempen memboikot KFC di Whatsapp, Facebook, twitter dan blog. Malang lagi ada ostad-ostad biol dan 'pakar-pakar agama segera' yang mula berkempen memboikot KFC...gelak jer si Ah Beng melihat gelagat Melayu-Melayu diperbodohkan dengan sentimen anti Yahudi ni.

Mereka menyeru memboikot makanan yang halal yang diusahakan oleh umat Islam tetapi dalam masa yang sama membiarkan masyarakat menghisap rokok meskipun di kawasan masjid dan surau.

Bukankah rokok itu haram kerana memudaratkan kesihatan dan membazirkan wang?

Setiap tahun KFC Holding Berhad membayar cukai kepada negara, sesen pun tak digunakan wang KFC untuk membayar apa-apa keuntungan, cukai dan royalti kepada KFC induk di US. 

KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) dari US dan hanya membayar yuran penggunaan jenama saja. KFC Malaysia milik kita sepenuhnya, milik umat Islam sebab tu kita boleh kawal kualiti, pengurusan dan kehalalannya.

Banyak dana dan keuntungan KFC disalurkan untuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk kepada dana kemanusiaan Palestine, Rohingya, MH370, anak yatim dan sebagainya.   

Jika kita mahu memboikot juga KFC, silalah boikot tetapi adakah kita sanggup melihat sebuah entiti Malaysia-Melayu-Muslim jatuh bankrap hingga menjejaskan lebih 19,000 tenaga kerja KFC yang majoritinya umat Islam? 

Nak kerja apa jika mereka diberhentikan kerja, mau dipaksa jadi pencuri, penyamun, militan dan terroris?...Nanti senang boleh rompak dan bakar kedai Ah Beng? 

Kita hanya tahu memboikot, tetapi berapa banyak sumbangan kita kepada tabung-tabung kemanusiaan Palestine?

Berapa banyak doa dan munajat kita pada perjuangan Palestine?

Berapa banyak qunut nazilah kita untuk kehancuran Israel?

Apakah kita semata-mata mau tolak produk-produk jenama Yahudi, tanpa alternatif kita beralih pula membeli di kedai-kedai Ah Beng yang sama kurang ajarnya kepada umat Islam.

Ingat...Ah Beng sedang berkira-kira mengukuhkan kedudukan dalam McD dan KFC, kebodohan kita hanya akan mempercepatkan lagi usaha si Ah Beng tersebut.

Ah Beng dan Benjamin Netanyahu sama jer perangai...

Fikir-fikirkanlah  

Artikel berkaitan:



21 comments:

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2014 12:13 PG

Mula-mula kata boikot Yahudi kerana Palestine. Lepas tu tambah pulak sentimen rasis dengan kiatkan kepada Cina. Lepas tu India dan seterusmya negara Russia, Ukraine, Singapura ke?

Hancur negara sendiri kerana ego rasis mu yang terbawa-bawa entah ke mana. Bodoh dan banggang jenis yang tak berotak.

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2014 1:44 PG

Oi anon 12.13pg, lu manyak lahap itu KANGKANG BABI aaahh?! lu punya ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red Bean aaahh?!

PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-PORNORASIS-ejen ZIONIS-no-1!

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2014 1:45 PG

Oi anon 12.13pg, lu manyak lahap itu KANGKANG BABI aaahh?! lu punya ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red Bean aaahh?!

PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-PORNORASIS-ejen ZIONIS-no-1!

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2014 1:46 PG

Dah tiba masanya buat "Fast-food" Islam/Melayu kita sendiri yg. amat CANGGIH dgn. francais di seluruh Malaysia dan Dunia Islam sbg. permulaan, cthnya Ramly Burger - kat Jerman, cthnya "Doner Kebab"-Turki (ISLAM/HALAL) lebih popular dari McDonald/Burger King; si Barat terutamanya jenerasi muda, pun suka makan situ! Jadi tak payahlah nak bergantung kat ekonomi ZIONIS memanjang - kerana anak-anak muda Islam/Melayu kita sedg. di'brainwash' yg. mereka tak boleh hidup tanpa 'Fastfood' Barat!

Lihat projek "Greater KL" ni - apa KEJADAHnya ni; Israel pun ada projek "Greater Israel" utk. menawan Dunia Islam di Timur Tengah! Si LIBERAL-BANGANG mana yg. bagi nama "Greater KL" tu? Ini dah mcm. si ZIONIS/Israel dah menunjuk BELANG dia kat NEGARA ISLAM kita ni! Lihat pelaburan di "Greater KL" ni yg. asyik beri pelaburan dari Barat (yg. sebenaqnya dikuasai si ZIONIS) - awatlah tak berikan MAJORITI pelaburan pd. DUNIA ISLAM dari OIC mahupun dari Latin Amerika yg. anti-ZIONIS spt. Bolivia, Venezuela, Cuba dsbnya?! Inilah si LIBERAL-BANGANG Islam/Melayu - lebih pentingkan kemewahan anak-beranak dia, sampai hak agama-bangsa-negara ISLAM ni terus TERGADAI! MENYAMPAH betul aku! Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140805/ek_02/RM19-bilion-pelaburan-diluluskan-di-Greater-KL:

RM1.9 bilion pelaburan diluluskan di Greater KL

Oleh AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Agensi pelaburan khusus, InvestKL Corporation (InvestKL) mengumumkan nilai pelaburan komited oleh syarikat-syarikat multinasional (MNC) sebanyak RM1.9 bilion diluluskan di Greater Kuala Lumpur (KL) setakat Julai 2014 dengan RM729.7 juta pelaburan lagi sudah direalisasikan.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Zainal Amanshah berkata, setakat ini, sebanyak 40 buah MNC telah membuat pelaburan di Greater KL dan kebanyakannya dari Amerika Syarikat dan Eropah.....

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2014 8:01 PG

AKu berani jamin,, sekiranya boikot mcD sampai bankrupt sekali pun.. israel akan TETAP & seterusnya akan menyerang Palestine.. selagi 'budget' daripada America msh membiayai pertahanan israel. Kalau nk israel kalah,, serang dulu rakan sekutunya america & sekutunya.

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2014 10:08 PG

alaihai manusia yg bernama melayu ni..xabes2 diperbodohkan oleh org lain yg berniat nak jatuhkan melayu dan islam secara amnye..dr korang menyalak nk boikot itu ini, baik kutip derma besar2an untuk palestin lagi baik..bg beli senjata untuk intifada mereka lagi bgus dikira jihad fisabilillah juga..

apela susah..cakap xserupa bikin la korang ni..asik2 nk bertekak, nk menunding jari antara bangsa dn agama sndiri sedangkan yg berusaha nk jatuhkan kite senyum je tngok..sudah2 lah pk la panjang2..skrg bkn pasal boikot lg..skrg btul2 kna jihad..wakafkan la sebahagian hartamu ke jalan Allah, nescaya akan mendapat kebekertan dunia dan akhirat..

Tanpa Nama berkata... 7 Ogos 2014 1:09 PTG

Sticker MekDi yang tampal kat cermin kereta masing-masing tu dah buang??
Nak voikot MekDi konon, darah daging asal daripada makan MekDi selama nie, baru sekarang nak voikot? Cermin 'perut' masing-masing dulu.

azid barja berkata... 8 Ogos 2014 2:38 PG

Aku boikot OztAz Mekdi!!!!. Takbeer!!!

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2014 10:14 PG

.....org melayu tuang racun kt mcd...12000 melayu mati..... cinabeng tuang racun kt kfc...19000 org melayu mati....kalau dah jenis melayu sakai....ikut korang laa...

Tanpa Nama berkata... 9 Ogos 2014 1:10 PTG

bole lawat laman web ni "www.inminds.com" .... segala penyelidikan pasal boikot syarikat yang memberi dana pada tentera israel... di update 2 tahun sekali senarai syarikat apabila pemilik syarikat bertukar tangan........ KFC tak termasuk krane pemilik KFC di USA adalah 'YUM Brands', syarikat ni tak memberi dana pada tentera israel.....
McD ni bukannye eksport apa-apa pun.....bukan bawak foreign currency balik pun......bawak duit kluar adalah....berapa peratus je la pemilik melayu.....gi la website McD malaysia buat kajian sikit...
18% je kot pemilikan melayu dari keseluruhan outlet die.....kedai makan je kot... cari je la kedai makan lain......takde McD, ingat mati kelaparan ke.... pekerja McD tu cari la kerja kat restoran lain.....
Ingat la kisah burung pipit dgn nabi Ibrahim a.s...... nanti kat akhirat disoal ade tak kita cube menolong saudara kite di palestin.....

Tanpa Nama berkata... 10 Ogos 2014 2:19 PTG

Sebelum nak terus boikot memboikot barangan bantu Israel, apa kata boikot INTEL juga. jgn guna laptop atau smartphone yg guna processor Intel. ada beran?

HassanNik berkata... 11 Ogos 2014 10:13 PTG

KFC Membayar Cukai Perkhdmatan (6%) Sebanyak Jutaan Ringgit Malaysia Kepada Kerajaan Setiap 2 Bulan Sekali Melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Makna Kata Bukan Sahaja KFC Bangkrap Dan Pekerja-Pekerjanya Akan Kehilangan Pekerjaan & Pendapatan Malah Kerajaan Juga Berdepan Dengan Masalah Defisit Hasil Negara Jika Berterusan KFC, & McD Diboikot Jugak. Kenapa Kita Tidak Beramai-Ramai Ke Konsulat Atau Kedutaan-Kedutaan Negara Islam Di Malaysia Dan Minta Mereka Bersatu Menekan Israel. So Be Rational Eh!

Tanpa Nama berkata... 19 Ogos 2014 6:37 PG

Macam bodo

Tanpa Nama berkata... 20 Ogos 2014 2:07 PG

McD memang menyumbang dgn jumlah yang agak banyak ke Yahudi dengan share yang diorg ada,klau dapat boikot seberapa banyak produk yang ada share Yahudi memang Alhamdulillah dan itu adalah salah 1 cara efektif ntuk menyekat dana perang diorg..

Tapi kalau pemikiran bodoh macam "Apa guna boikot? Bape lama korang boleh tahan diri dari makan Mcd?".. Aku dah x mkn McD setahun lebih xde plak menggigil 1 badan..

Owh ya.. Sembang KFC panjang2 ya.. Okay, klau btul pun korang kata KFC tak menyumbang.. Korang order Snack Plate satu, dtg ngan air gas btul? Skang pun mmg majoriti fast food sediakan air gas dgn jenama yg ada share Yahudi.. Okay xnk air gas ya? Minta org kaunter tukar Air Milo la ya.. Bistu air tu bkn Nestle yg empunya ke? Yahudi juga.. So apa ke bangang nak ckp x ptut boikot KFC juga?

Peluang pekerjaan In Sya Allah banyak, yang pnting jgn memilih sje.. But yang paling utama, klau boikot KFC dan McD dorang xkn bankrup dan buang sume pekerja pun.. Sbb masih ada mentaliti melayu yg kebulur fast food smpai sanggup bg sumbangan kat tentera Yahudi.. Salute sama lu beb..

Tanpa Nama berkata... 8 Januari 2015 7:45 PG

Kfc ni mmg malaysia pegang ... tp aku mintak sgt perubahan .. tolong gantikn MILO laknat tu .... yang air bergas pown sme ... laen sume dah molek

Tanpa Nama berkata... 22 April 2015 11:51 PTG

Aku lak dah tetutup selera 100%...dulu hebat..skrang .langsung dah x pandang KFC ni...begitu juga dgn anak2 semua dah benci jeling pun dah x mahu.kat sekolah kak long betaki dgn classmate dia..kak long masih x pecaya KFC dah bole mkn kawan dia kata boleh dah..aku setuju dgn anak aku pasal hari tu dia kata ada minuman Yg kena boikot masih dijual di KFC..selamat duit aku

Tanpa Nama berkata... 13 Julai 2015 11:27 PG

la dunkin donuts cina dap punye rupenye

taufiq 88 berkata... 9 Disember 2015 12:37 PTG

Yng pastinya kfc dh jadi hak malaysia sebab sahamnye syarikat jcorb dh pegang...tpi mcd aqu xyakin...mungkin saham mcd masih banyak dipegang oleh amerika...jadi kalau korang nk boikot...boikot mcd...haaa...jenama nestle pon banyak bantu israel...

taufiq 88 berkata... 9 Disember 2015 12:38 PTG

Yng pastinya kfc dh jadi hak malaysia sebab sahamnye syarikat jcorb dh pegang...tpi mcd aqu xyakin...mungkin saham mcd masih banyak dipegang oleh amerika...jadi kalau korang nk boikot...boikot mcd...haaa...jenama nestle pon banyak bantu israel...

Tanpa Nama berkata... 18 Disember 2016 11:02 PTG

Haha bodohnya korang ni! kalo 51% milik JCORP abis tu yg 49% tu ccamne? hahahahhaa

Tanpa Nama berkata... 6 September 2017 2:12 PG

kfc banyak tindas pekerja.kerja extra hours sampai 2 jam tapi tak dibayar gaji.director atasan kaya raya.pekerja bawahan dibuat mcm kuli.nk ckp psl yahudi.perangai org islam mcm ni pun dh serupa yahudi.tak baik buat pekerja mcm ni.mentang pekerja jarang menegakkan hak dan keadilan ,ditindas sewenang2nya.sedih aku tgk mcm ni rupanya management kfc.

Catat Ulasan