Isnin, 21 April 2014

ANWAR MOHON MAAF KEPADA NAJIB, APA SUDAH JADI?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yang Ketua Umumnya Anwar Ibrahim, menyatakan rasa kesal dan menarik balik tuduhan parti itu sebelum ini yang mendakwa FELDA yang berada di bawah pentadbiran DS Najib pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
“PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
“Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk ‘Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat’ pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
“PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu,” kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada UMNO-Online hari ini.
Mohd Hafarizam, peguam yang mewakili FELDA berkata penghakiman persetujuan telah dicapai di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya, membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
“Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegasnya.
Namun begitu, Mohd Hafarizam menambah saman malu FELDA terhadap enam lagi defendan iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan.
“Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu FELDA terhadap keenam-enam defendan tersebut.
“Bagimanapun setakat ini PAS dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa FELDA tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut,” katanya.
Pada Disember 2012, Berita Harian melaporkan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan diberi tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan fitnah terhadap FELDA, yang dituduh menjual minyak sawit kepada Israel.
Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata notis tuntutan berkenaan sudah dihantar kepada pihak terbabit menerusi peguam Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Beliau berkata, tindakan sama juga diambil terhadap PKR yang bertanggungjawab menerbitkan Suara Keadilan.
“Tuduhan fitnah ini menjatuhkan imej FELDA sebagai konglomerat antarabangsa. Jika mereka gagal berbuat demikian, FELDA akan mengarahkan peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang diberikan ini,” katanya.
Isa merujuk kepada laporan muka depan akhbar Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang bertajuk ‘Najib Mesra Israel’ dan muka depan akhbar Harakah milik PAS, bertajuk ‘Minyak Sawit Jual Ke Israel’ diterbitkan pada 26 hingga 29 November 2012.
Sementara itu, pada 20 Mac lalu, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar.
Selain ganti rugi, Mohamad dan Mustafa juga diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad.
Wan Ahmad sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad dan Mustafa kerana merujuk beliau sebagai dalang konspirasi memberikan kad pengenalan untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Sabah.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 Mac, Wan Ahmad telah menamakan Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan penulis yang Aziz Muda sebagai defendan.
Tajuk : (Anwar( merujuk kepada (PKR) diketuainya. (Najib) merujuk kepada (FELDA) yang dibawah pentadbirannya.

15 comments:

Tanpa Nama berkata... 21 April 2014 9:36 PTG

asal mintak maaf je kira selesai...apa nak jadi ni!?takde maruah ke?walaupun dah mintak maaf dan kesal..itu cuma nak elak kena saman je..jgn le berlembut sangat...dorang tu mana penah insaf...

azhar

hasnul rahman berkata... 21 April 2014 10:03 PTG

Assalammualaikum wmt,
Mudahnya mereka mohon maaf setelah cita-cita mereka merosakkan nama baik Felda dan kerajaan BN tercapai dimana ketika PRU 13, BN hampir tumbang.
Ada berapa banyak lagi fitnah-fitnah ciptaan Anwar dan konco-konconya dalam Pas dan DAP yg masih menjadi barah dan nanah difikiran rakyat yg belum diambil tindakan?

Jika semua itu tidak dibersehkan sebelum PRU 14 akan datang, besar kemugkinan sokongan rakyat kpd BN terus merosot.
Teruskan usaha menyaman mereka supaya satu demi satu fitnah mereka ditarik balik atau terhukum.
Sehubungan itu, penarikan dan kekesalan atas fitnah yg mereka telah buat itu hendaklah sentiasa diuar-uarkan.
Jangan biarkan ianya terus kekal bagaikan 'api dalam sekam'.

jalsjalin@blogspot.com berkata... 21 April 2014 10:32 PTG

Fitnah sungguh ya tapi tidak juga berjaya menawan Putrajaya :)

Tanpa Nama berkata... 21 April 2014 11:10 PTG

jadi lah parti pemaaf walaupun dituduh dengan perbagai tuduhan, dikeji dengan bermacam kejian, dicaci dengan berbagai cacian entah entah betul semua tuduhan, kejian dan cacian..... takut..kut ..kut

Tanpa Nama berkata... 21 April 2014 11:17 PTG

Klau pkr sman umno..dia orng tetp sman..sebab nak kan duit tu..skali menng bratus ribu.
.tpi bila umno bn saman pkr..pkr mint.. maaf trus setle..duit hanya putih mata je dpat..apa daaaa..

Tanpa Nama berkata... 21 April 2014 11:36 PTG

Anrwar oh anwar, kalu tak menipu bukan anwar, kalau tak berbohong bukan anwar, apa nak jadi, cukup cukuplah anwar, rakyat dah mula jelak sikap ko, dan ko akan di tolak oleh rakyat dengan sikap ko,..

Tanpa Nama berkata... 22 April 2014 12:28 PG

Gila babi punya takut
Kang UMNO saman
Lawyer KS dah jalan

Tp anwar silap
UMNO gertak jr nak saman
Pas tu mcm biasa la
Panggil wartawan
Tarik balik saman !!

Apa pun
Sah kote Anwar bengkok
Dah takut x boleh lurus
Haha

Tanpa Nama berkata... 22 April 2014 1:25 PG

Cukup dengan minta maaf jer, selepas suka-suka fitnah dan ada-ada kan cerita bohong untuk memburukkan Najib, Isa dan seluruh pengurusan Felda? Terus sama untuk mengajar dia orang yang tidak bermaruah. Semua nya mereka sengaja buat demi politik kebencian terhadap UMNO.

Tanpa Nama berkata... 22 April 2014 8:05 PG

permohonan maaf mereka tidak ikhlas... maafkan mereka dengan bersyarat... saman tetap saman... teach them a lesson.

Tanpa Nama berkata... 22 April 2014 8:19 PG

niat mereka ialah mengkhianat felda dan kerajaan. mereka bukan tak tahu bahawa apa yang mereka lakukan ialah fitnah. tujuan utama ialah mengapi-apikan rakyat supaya membenci kerajaan dan jika kena gayanya rakyat akan memberontak. oleh itu, soal rasa kesal, mintak maaf dan seumpamanya adalah tidak relevan. saman dengan nilai wang yang setara dengan kesan yang terpaksa felda dan kerajaan tanggung, baru adil. apa punya turr la pasukan peguam felda dan kerajaan ni. itu hari dah kasi maaf, sekarang maaf dan esok lusa maaf lagi. ikut hati nak juga aku penerajang PEGUAM UMNO ni. lembik hidung mengalahkan sotong basi!!!!

Tanpa Nama berkata... 22 April 2014 8:59 PG

Buang tabiat ler tuuuu........takot tgk karpal jadi ghupe tu !

Tanpa Nama berkata... 22 April 2014 9:39 PG

Ala fitnah nak menang pilihanraya..57% undi popular is nothing..

Tanpa Nama berkata... 22 April 2014 2:41 PTG

Takut kena saman ler tu.

Tanpa Nama berkata... 27 April 2014 7:00 PG

Jangan muka dekat penfitnah ni...

Tanpa Nama berkata... 27 April 2014 11:56 PTG

Anwar/PKR perlu buat penjelasan secara live di saluran tv untuk membersihkan nama baik PM dan Felda di atas FITNAH yang di lontarkan sebagai salah satu syarat2 meringankan hukuman...jangan bagi ruang terlalu mudah kepada KAKI FITNAH INI....!!

Catat Ulasan