Khamis, 6 Mac 2014

SOAL JAWAB SITI KASSIM MURTAD vs NURUL IZZAH


Laman LGBT, bay area reporter menamakan Siti Kassim adalah salah seorang pengasas bersama Seksualiti Merdeka.
Memahami lanjut perkaitan, Comango, LGBT, Kristian dan Anwar sila baca, “Membuka Tabir COMANGO“, “Laporan Khas : Dokongan Pakatan Faktor Kebangkitan COMANGO,” dan “Kumpulan Pro – Gay Bangkit Selepas Anwar Dibebaskan.”
Pada tahun 2012, Siti Kassim menggemparkan orang ramai apabila bangkit bertanyakan soalan tentang kebebasan agama kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya.
Sebelum itu, Nurul Izzah turut ditanya soalan tentang hak-hak LGBT.
Soalan Siti Kasim :
Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.
Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.
Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.
Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.
Jawapan Nurul Izzah :
Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.
Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.
Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.
Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.
Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.
Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.
Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam.
Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.
Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.
Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.
Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri.
Tetapi…
ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.
Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh berkata, “Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu.” Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama.
Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.
Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.

5 comments:

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2014 1:56 PTG

ala bole tak admin CT Kassim ni orang mana ...ulu kampung mana...mak bapak dia macamana perangai ....dan apa apa saja yang berkaitan dengan minah comango ni....

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2014 2:01 PTG

GILA, BODOH, BANGANG BEBAL!!!!..MELAYU SAMA MELAYU MEMPERSOALKAN AGAMANYA DI DALAM GEREJA DENGAN DIKELILINGI OLEH SI KAFIR-KAFIR YANG SENYUM KETAWA GELAK SENANG HATI MELIHAT KEBODOHAN DAN KETOLOLAN BANGSA MELAYU DI TANAHAIRNYA SENDIRI DENGAN ISLAM AGAMA RASMI DAN MELAYU ADALAH MAJORITI....

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2014 2:24 PTG

ESOK LUSA MAMPUS KOJOL DIA NI NAK TANAMKAN KAT KUBUR MANA? ISLAM KE KRISTIAN? ATAU KUBUR LGBT?

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2014 5:33 PTG

Manusia ni kalau mati jangan tanya la tanah nak terima ke x, kalau buang kat laut pon belu tentu jerung nak makan. takut haram katanya.

Sir Shahrol berkata... 6 September 2016 5:08 PTG

Hasil dari perlembagaan Lord Reid...kan yahudi proxi iblis. Iblis mmg mau ramai teman dlm jahannam nanti

Catat Ulasan