Selasa, 31 Disember 2013

Update #RPDM31D : Gambar Ibu Tunggal Jadi Mangsa #TURUN.

3
Pengakuan ibu tunggal jadi mangsa BARANG NAIK.


Bila tengok gambar ni, tiba-tiba teringat kat ibu tunggal yang bernama Aishah Baby. Mangsa barang naik milik seorang pemimpin politik.


Update #RPDM31D : Gambar Dari Udara Terkini. Bukti Ribuan #TURUN Di Dataran Merdeka

3
Gambar dari udara.


Cuba pembaca nilaikan. Adakah sampai berpuluh ribu seperti mana yang media pembangkang warwarkan?

Update @RPDM31D : Polis Malaysia Ganas ? #Turun

1
Biar gambar berbicara...


Senyum abam polis, senyum....

Video Update #RPDM31D : Mahasiswa Laungkan Amaran #TURUN

5
Biar video jadi saksi.


Anda nilaikannya sendiri.


Update #RPDM31D : Gambar Pejuang Hak Rakyat #TURUN Beri Amaran Kepada Pemimpin Kerajaan

1
Gambar dari FB KLXpress (https://www.facebook.com/KLXpress).





Update #RPDM31D : Gambar Terkini Pejuang Hak Rakyat #TURUN

6

Sekolah dah nak mula, diorang pulak sibuk berdemo.

Gambar Malaysiakini Kantoi Menipu Kehadiran #RPDM31D . Demo #TURUN Tak Dapat Sambutan.

5
Kantoi!

Malaysiakini cuba provokasi pembacanya kononnya ramai yang dah turun demo TURUN.


Tetapi, inilah hakikatnya....


*Sebar-sebarkan kekantoian penipuan Malaysiakini.

Mari Mengenal Pemimpin Bongok Pekatan Guling...Jom Pakat-Pakat Gelak

10


Kata orang kalau nak tengok kualiti seorang pemimpin, lihatlah apa yang dia cakap dan lihat pula siapa yang menyukai apa yang pemimpin itu cakap. 

Kini kita dihidangkan lagi dengan satu lagi sketsa tweeter yang jelas memperlihatkan betapa bongoknya pemimpin fuckatan. Hal agama dengan hal sosial pun tak tahu bezakan. Sudah tentu ia adalah hasil tarbiyah bersanadkan seorang ularmak terompah tersohor yang terkenal dengan segala dogengan Israeliyatnya. Ularmak ini pernah mengatakan perhimpunan dan rusuhan di Dataran Merdeka mendapat pahala yang sama dengan ibadah wukuf di Arafah dan dongengannya itu di sambut pekikan takbir!

Wahai Nizar ooi... 4 juta manusia berkumpul di Padang Arafah atas tujuan berwukuf dan beribadah menunaikan salah satu rukun wajib haji. 

Tetapi manusia berhimpun secara haram tanpa permit di Dataran Merdeka dengan niat untuk melakukan sesuatu yang ditegah oleh agama dan tidak mentaati pemimpin itu adalah perbuatan haram lagi berdosa.


Padang Arafah dan Mekah tu tempat Ibadah. Manakala Dataran Merdeka pula tempat aktiviti sosial.

Memang si Nizar ni bongok bertingkat-tingkat. Kalau dulu, Si Nizar ni juga pernah cakap kerajaan Malaysia gagal menambah bilangan jemaah haji di Mekah. Beliau berjanji jika pakatan pembangkang menang PRU13, mereka akan menambah bilangan kuota haji ke Mekah. Punyalah bengong, tak tahu Mekah sekarang sedang mengalami proses pembesaran.

Sebab tu ko fail masa jadi Menteri Besar Perak dulu...alahai Nizar.



   

Gempar Anwar ditampar orang Sabah lagi!

2

Sejak dua menjak, Anwar Ibrahim semakin tidak keruan. Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri semakin memuncak. Balaci-balaci telah digerakkan untuk berguling-guling di atas jalan raya sambil berteriak-teriak untuk menggulingkan kerajaan sempena Tahun Baru 2014 ini. Mungkin itu harapannya untuk jadi PM yang baru hasil menggulingan sebuah pemerintah yang sah.  

Namun , ntah macamana keghairahan Anwar sedikit terencat berikutan pengumuman 11 langkah DS Najib mengurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari 2014 mendapat reaksi positif masyarakat. Sedangkan kenaikkan elaun Menteri Besar dan juak-juak Exco di Selangor mengundang pelbagai kontroversi. Pemberian duit sekolah RM30 kepada rakyat Selangor terpilih turut ditemplak rakyat dan ahli-ahli Pakatan sendiri...30 hinggit jer? 

Mulai 1 Januari 2014, lesen kiosk tol di semua lebuhraya di Selangor akan dinaikkan. Cukai pintu dibeberapa Majlis Perbandaran di Selangor turut akan dinaikkan sehingga 400%. Semuanya menyumbang kepada kenaikkan harga di premis-premis perniagaan.

Utusan Malaysia 31 Disember 2013, ms: 27
Kini keghairahan Anwar kembali terencat apabila orang kuat PKR Sabah; Musli Oli turut mengisytiharkan keluar parti kerana merasa tertipu dengan kencingan-kencingan Anwar pada penduduk Sabah selama ini.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Sdr Musli Oli kerana sudah insaf dan harap dapat kembali ke pangkal jalan. Mungkin Anwar akan sembuh kembali jika mendapat stok dos kunyit yang lebih power di malam Tahun Baru nanti.  Sapa tahu?


    

Poster Mymassa untuk renungan geng guling-mengguling

2

Beringat-ingatlah sebelum nak gulingkan kerajaan. Belum tentu ada jaminan bahawa kerajaan yang baru ditubuhkan hasil pergulingan tersebut lebih baik dari kerajaan yang digulingkan sebelumnya. 

Banyak contoh negara di dunia yang kerajaannya digulingkan rakyat terus-menerus bergolak dan kesengsaraannya berguling-guling tanpa kesudahan. Lihat saja Iraq, Afghanistan, Libya, Mesir, Syria dan sebagainya. Yang terbaru negara jiran kita di Thailand.

Di kala kita ingin gembira berguling-guling menyambut Tahun Baru 2014, beringatlah daripada bertindak bodoh hendak mengulingkan pemerintah yang sah, lebih baik kita meraikan Tahun Baru itu dengan membuat BBQ kambing guling sambil-sambil bersedekah meraikan kedatangan tahun baru. Lepas itu bolehlah kita tidur lena sambil peluk bantal guling dan berguling-guling di atas katil.

Kambing guling sedap dimakan di malam ambang Tahun Baru.

Isnin, 30 Disember 2013

DEMO TURUN TERKEDU, ANWAR TERCENGANG, PM UMUM MATA SILAP

13
TERCENGANG DENGAN LANGKAH DS NAJIB
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:

  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atauconsultantuntuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankanfeasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:

  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (buntingdanbanner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
  • Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

YAB DS @najibrazak , Kenaikan Harga Barang Umpama Bonggol Di Atas Jalan.

2
Sehingga menjelang tahun baru, isu kenaikan harga barang masih lagi diperkatakan di sana sini. Apa yang MyMassa nampak, golongan peniaga yang dimonopoli oleh kaum tertentu mula menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga barang keperluan.


Cuma MyMassa harap agar Kerajaan menimbangkan sebarang kenaikkan kadar atau tarif di masa akan datang. Jadikanlah tahun 2013 sebagai pengajaran. Analogi MyMassa mudah kenaikan harga adalah seperti bonggol di atas jalan. Walaupun terpaksa buat bonggol untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya, tetapi tiada seorang pun pemandu atau penunggang suka apabila terpaksa melanggar bonggol. Sama seperti kenaikan kadar atau tarif yang terpaksa dilaksanakan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga bahan bakar, mahu pun terikat dengan perjanjian konsesi, hakikatnya tiada seorang pun suka dengan kenaikan ini termasuklah yang golongan berada seperti selebriti.


Berikut adalah beberapa cadangan kepada pihak Kerajaan berkaitan isu kenaikan harga dengan menggunakan analogi bonggol atas jalan.


BONGGOL TERLALU TINGGI / BESAR

Bonggol paling tak disukai oleh pengguna jalan raya. Bagi kereta rendah (yang telah diubah suai), sering kali bonggol jenis menyebabkan kereta mereka tersangkut. Sama seperti kenaikan harga barang, bagi yang berpendapatan rendah, seringkali 'bajet' mereka sangkut bila kenaikan harga berlaku.

Bonggol di sebuah sekolah di China

BONGGOL RAPAT-RAPAT

Bonggol jenis ini juga tidak disukai oleh pengguna kerana terpaksa menempuh beberapa bonggol dalam jarak yang dekat. Seringkali kita jumpa bonggol ini di kawasan sekolah. Sama seperti kenaikan harga, rakyat tidak suka dengan kenaikan harga barang yang rapat-rapat. Bak kata pepatah Melayu, sudah jatuh ditimpa tangga. Baru sahaja Kerajaan menaikan harga minyak, kini tarif elektrik pula akan naik.

Cadangan MyMassa, kalau boleh Kerajaan menimbangkan kenaikan harga yang lebih mesra rakyat jika Kerajaan terpaksa menaikkan harga sekali pun. Seperti mana bonggol, Kerajaan dicadangkan untuk memilih bonggol yang tidak begitu tinggi dan juga tidak rapat-rapat. Binalah bonggol seperti ini.

Walaupun bonggol ini tinggi tetapi kurang menyusahkan pengguna.
Kalau tengok sekarang ni, ramai rakyat yang sukar membayar secara ansuran terutamanya beli barang yang agak mahal. Jadi, apa salahnya jika Kerajaan meng'ansuran'kan kenaikan harga barang supaya kenaikan tersebut tidak dirasai oleh pengguna. Mungkin dengan cara ini (kenaikan pada kadar rendah dalam tempoh tertentu) dapat mengelakkan peniaga dari menaikkan harga secara mendadak. Dan kalau boleh, Kerajaan meletakkan 'edah' masa bagi sesuatu kenaikan. Elakkan kenaikan berturut-turut seperti mana yang berlaku tahun ini.

*Hanya cadangan....

#KALIMAH ALLAH - APA YANG TELAH KITA BUAT?

2

Keratan akhbar Utusan Malaysia, Isnin 30 Disember 2013 ms: 6.

Kita sebenarnya tak perlu marah-marah sampai menimbulkan ketidakharmonian dalam negara ini. Yang penting semua pihak berkuasa dan umat Islam wajib menerangkan makna dan konsep Keesaan Allah s.w.t di dalam Islam berbanding dengan kesesatan konsep trinity dalam kepercayaan kristian secara besar-besaran. Biar puak-puak kapir ni keliru dengan agamanya sendiri. Silap kita sendiri apabila kurang penerangan asyik nak berbalah saja.

Dalam Al Quran Surah Al Ikhlas ayat 1-4 dah jelas menyebut; 

"Katakan Tuhan itu Satu, Tuhan tempat segala makhuk meminta, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Tiada sesuatupun yang menyerupaiNya"

Ayat wahyu Al-Quran ini saja dah cukup untuk menjawab persoalan kesesatan trinity itu sendiri. Apa yang terjadi sekarang ini adalah segelintir puak-puak kapir pelampau Kristian secara sengaja dan terancang ingin mengelirukan umat Islam dengan fahaman-fahaman sesat mereka. Akan tetapi apa pula usaha kita untuk memantapkan akidah ummah dan memberikan kefahaman jelas kepada rakyat mengenai kesucian Islam???

Puak-puak pelampau evangelist ini memang dah gelap hati dan selama-lamanya tak pernah redha dengan agama Islam sehinggalah kita mengikuti dan menjadi seperti mereka. Mereka sentiasa berusaha mengelirukan akidah ummah dalam masa yang sama amat suka melihat umat Islam berterusan berbalah dan semakin lemah. Malah mereka amat suka jika ada segelintir pemimpin dan umat Islam sendiri telah termakan hasutan dan menuruti agenda halus mereka. 

Mereka tentu bertambah suka jika ramai yang murtad secara senyap-senyap akibat kealpaan pihak berkuasa agama atau sikap segelintir pemimpin Islam yang tidak kisah mengenai akidah ummah sebaliknya lebih mementingkan undi dan kuasa.




Kita boleh terus membantah kebiadapan puak-puak pelampau agama yang mencabar undang-undang negara dan kesucian Islam kerana ia tanda menunjukkan kita masih sayangkan agama dan akidah kita. Ia juga sebagai manifestasi bahawa umat Islam sebagai kaum majoriti dan penduduk asal negara ini juga mempunyai hak asasi untuk bersuara di sebuah negara demokrasi. 

Jangan dilupakan juga bahawa umat Islam adalah penyumbang terbesar ekonomi negara melalui kuasa beli dan cukai-cukai yang dibayar pada kerajaan Malaysia pada hari ini termasuk zakat, fitrah, sedekah, wakaf, infaq dan sebagainya. Oleh itu, pihak pemerintah perlu tegas bertindak setelah mendengar suara majoriti rakyat bukannya terus tunduk dengan tuntutan-tuntutan melampau pihak-pihak minoriti pendatang yang semakin tidak sedar dek untung ini. 

Ingat ...Undi dan tugas yang diberi adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan!


Info Penting Untuk Golongan Muda Yang Belum Daftar Atau Kemaskini Data. @najibrazak @khairykj

3
Jika anda belum lagi mendaftar atau mengemaskini maklumat anda, sila berbuat demikian.


*Sebar-sebarkan.

Ahad, 29 Disember 2013

Mat Sabu Akui Unit Amal PAS Adalah Dari Syiah?

1
Pendedahan dari Mat Sabu dalam temubual bersama Malaysian Insider di sini (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kepimpinan-ulama-dan-unit-amal-dari-iran-kata-mat-sabu)


Sumber gambar dari blog ini : http://daengselili.blogspot.com/2013/12/mat-sabu-mengakui-pas-guna-sistem-syiah.html

MyMassa ulang tayang kenyataan ini kerana seorang Ustaz PAS mengakui bahawa Unit Amal PAS adalah dari Syiah.


Bila MyMassa buat semakan, memang betul kata Ustaz PAS ini kerana Mat Sabu sendiri mengakuinya.

*Patutlah PAS susah sangat nak berpisah dengan Syiah. Rupanya dah masuk dalam darah daging.

Sabtu, 28 Disember 2013

Santai Sabtu : Tolong Jangan Memberukkan Lagi Keadaan.

0
Gambar yang MyMassa dapat melalui e-mel.


Kalau tak percaya, mungkin gambar bersejarah ni boleh jadi bukti keBERUKan mereka.





Jumaat, 27 Disember 2013

Awas! Gambar Makhluk Yang Bakal BerGULING Malam Tahun Baru Dikesan.

2


*Yang ni dah tentu haram punya....

Khamis, 26 Disember 2013

Isu Kenaikan Kadar Tol : Antara Fakta dan Auta.

1
Menurut Menteri Kerja Raya, Kerajaan belum lagi keluarkan arahan kepada mana-mana konsesi untuk menaikan kadar tol.

Anehnya, di internet sudah banyak disebarkan kadar kenaikan setiap lebuh raya yang terlibat.

Cuba pembaca perhatikan grafik ini.

Klik untuk besarkan imej
Kini tinggal beberapa hari lagi sebelum tanggal 1 Januari, tarikh yang diwarwarkan sebagai kadar baru tol berkuat kuasa.

MyMassa harap dalam tempoh beberapa hari lagi, jangan ada yang terpengaruh dengan maklumat yang belum tentu kesahihannya. Risau jika anda tergolong dalam kalangan yang menyebarkan fitnah tanpa anda sedari.

Jangan jadi seperti Ahli Parlimen PAS yang bertudung labuh tapi sanggup menfitnah PERKASA semata-mata mahu menghasut rakyat.


*Fikir-fikirkan....

Komentar Di Sinar Harian Online, Fuziah Salleh Layak Jadi MAHARANI LAWAK! @najibrazak @khairykj.

3
Bila dengar saja Kerajaan UAE nak bagi bantuan banjir, Fuziah Salleh terus memukul gendang fitnah menuduh Perdana Menteri yang bukan-bukan.
Fuziah: Saya tak perlu ajar itik berenang

SHAH ALAM - PKR hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlaku adil terhadap mangsa banjir melalui dana sebanyak RM32.9 juta yang disumbangkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Naib Presidennya, Fuziah Salleh mendakwa, walaupun mengikut laporan berita sumbangan itu bagi membantu kawasan Pekan dan Kelantan, namun kawasan lain juag turut terjejas.

Menurutnya, Perdana Menteri juga perlu memberi respons mengenai perkara terutama dalam pengagihan batuan tersebut.

"Saya tak perlu cakap sebenarnya, Perdana Menteri mesti adil, dari segi ke mana harus pergi dana tersebut, saya tak perlu nak ajar itik berenang, kalau boleh bantuan bukan hanya di Pekan tapi di kawasan banjir, seperti di Kuantan adalah kawasan yang terjejas teruk.

"Saya lihat, selaku Perdana Menteri kalau sumbangan itu tak sampai kepada mangsa banjir sepatutnya, ia tidak adillah," katanya kepada Sinar Harian Online.

Terbaru, mengikut laporan media Presiden UAE telah menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia.

Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pekan, Pahang dan Kelantan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, dengan kemungkinan Preisden UAE, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan tersebut tidak mengetahui keadaan sebenar banjir di Malaysia.

"Saya mengandaikan UAE mungkin kurang tahu situasi sebenar keadaan banjir di sini, dia ingat hanya di Pekan saja banjir teruk.

"Jadi sekarang saya sedang berusaha untuk menghubungi terus dengan Presiden UAE untuk memberi maklumat yang jelas kepadanya mengenai banjir di sini," katanya lagi.

"Saya andaikan juga kerajaan UAE tidak tahu, bukan hanya Pekan saja dilanda banjir tapi banyak lagi kawasan lain dilanda banjir teruk.

MyMassa tertarik dengan komen ini.


Memang Fuziah Salleh layak jadi MAHARANI LAWAK. Mana tak nya, baru baca tajuk dah mula buat kesimpulan yang bukan-bukan sehingga menuduh pemimpin UAE tak tahu keadaan sebenar. Jom tengok apa sebenarnya bantuan yang ditawarkan oleh UAE.
Abu Dhabi: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia.

Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pahang dan Kelantan, baru-baru ini.

Bencana alam terbabit menyebabkan kemusnahan rumah dan kerosakan harta benda.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE, termasuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah, selain menyediakan barangan keperluan asas.

“RCA akan mendapatkan semua bekalan barangan berkenaan daripada pasaran tempatan,” katanya.


Menurut laporan itu, inisiatif berkenaan akan membolehkan lebih 100,000 mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

Banjir di pantai timur Semenanjung yang berlaku pada awal bulan ini menyebabkan lebih 40,000 keluarga terjejas dan ditempatkan di beberapa pusat pemindahan.
Bencana alam itu berpunca akibat perubahan iklim dan bukan hanya disebabkan pembangunan pesisiran pantai kurang terancang. - BERNAMA

Nampaknya pemimpin UAE lebih bijak dari Fuziah. Mereka menyalurkan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA), UAE. Sudah pasti RCA UAE mendapatkan bantuan Persatuan Bulan Sabit Malaysia yang sudah tahu keadaan sebenar dan kawasan mana yang perlu dibantu. Apa yang penting, melalui NGO ini, sudah pastinya bantuan diberikan merentasi batas kepartian.
Dalam pada itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan itu berkata, dengan kemungkinan Preisden UAE, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan tersebut tidak mengetahui keadaan sebenar banjir di Malaysia.

"Saya mengandaikan UAE mungkin kurang tahu situasi sebenar keadaan banjir di sini, dia ingat hanya di Pekan saja banjir teruk.

"Jadi sekarang saya sedang berusaha untuk menghubungi terus dengan Presiden UAE untuk memberi maklumat yang jelas kepadanya mengenai banjir di sini," katanya lagi.

"Saya andaikan juga kerajaan UAE tidak tahu, bukan hanya Pekan saja dilanda banjir tapi banyak lagi kawasan lain dilanda banjir teruk.
Jadi nasihat MyMassa kepada Fuziah, jangan malukan diri anda sampai nak hubungi Presiden UAE. Sepatutnya anda mendapat maklumat yang tepat sebelum FITNAH PRESIDEN UAE BERI BANTUAN HANYA UNTUK WARGA PEKAN SAHAJA.

*Kalau benar Fuziah nak jadi MAHARANI LAWAK, mungkin video ini boleh digunakan untuk audition program tersebut. Dok fitnah Lynas, dah berapa ekor haiwan kena radiasi setakat ni?



Poster Mymassa

0

Poster untuk disebarkan buat tatapan rakyat Malaysia terutamanya umat Melayu - Islam yang masih cintakan negara.


Mohon disebar-sebarkanlah...

PAS Bakal Jadi Parti Ajaran Islam Liberal (PAIS). Ikuti Video Luahan Hati Ustaz PAS.

3
Tahniah kepada semua pemimpin dan ahli PAS kerana berjaya meliberalkan perjuangan PAS.

Tak percaya? Cuba lihat bukti ini.


PAS tidak lagi berminat mempertahankan kesucian Islam.

Bagi mereka, undi lebih penting. Janji mereka mampu merampas Putrajaya. Apa sahaja ajaran yang bertentangan dengan Islam pun sanggup mereka sokong.

Lebih menyedihkan bila seorang ustaz PAS terpaksa mendedahkan rahsia pemimpin PAS kerana mahu mempertahankan perjuangan asal parti tersebut. Ikuti video pendedahan di bawah.


*Tak pelik kalau ustaz yang tegakkan kebenaran ini bakal dipecat oleh PAS sebab Ustaz Kazim juga pernah mengalami nasib yang sama.


Syukur, Malaysia Masih Aman. Satu Hakikat Yang Macai Tak Boleh Terima.

2
Blog Gelagat Anwar dedahkan kedudukan Malaysia dalam negara yang berisiko rendah untuk berlaku kekacauan seperti mana dilaporkan oleh Economist Intelligence Unit.


Semalam bukan main kecoh juga di HQ PKR apabila seorang budak intern memberikan laporan kononnya Malaysia tidak berpotensi menjadi negara kacau bilau pada tahun 2014. Budak intern yang mentah itu begitu yakin, dia dapat menarik perhatian Anwar dengan laporan kononnya Malaysia tidak berada di dalam senarai negara kacau bilau.

Gegak gempita HQ PKR apabila Anwar menyalahkan kebodohan INTERN tersebut sebagai tanda budak itu tidak layak bekerja dengan PKR.

Laporan EIU menyebut bahawa Malaysia berada di dalam kumpulan LOW RISK untuk berlaku kekacauan pada tahun hadapan.

Anwar kemudiannya berceramah tentang keperluan HQ PKR menjadi pemangkin bagi memastikan Malaysia kacau bilau. Itu tugas utama kita di sini, jerit Anwar.

Kalau tidak ada kacau bilau, kita mesti cetuskan kacau bilau. Sebab itu kita buat segala macam anti-GST, anti tol dan sebagainya.

Budak intern itu termenung panjang.

Berdasarkan laporan EIU, antara negara yang berada di dalam kategoru HIGH RISK adalah: Argentina, Bahrain, Bosnia, Egypt, Iraq, Lebanon, Nigeria, Yemen dan Uzbekistan.
Baca seterusnya di sini : http://gelagatanwar.wordpress.com/2013/12/23/anwar-marah-laporan-economist-intelligence-unit-social-unrest-2014/

Nampaknya hakikat ini tidak dapat diterima oleh pemimpin pembangkang.

Masakan sudah dirosakkan kereta polis tetapi dunia tetap memberikan penilaian bahawa negara ini masih aman dari kacau bilau.


Sesuatu harus dilakukan. Maka mereka ini cuba memulakan tahun 2014 dengan satu lagi demontrasi jalanan.


 *Keamanan atau kekacauan, mana satu yang anda mahu pilih? 

Rabu, 25 Disember 2013

SURAT, ANWAR IBRAHIM

6
Ketua Kerajaan & Ketua Pembangkang, Masing-Masing Ketua
Surat kepada Anwar Ibrahim,

Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri atas kemenangan di Permatang Pauh dan kemenangan di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan semasa PRU13 yang lalu. 

Adakah Datuk Seri sudah mengucapkan Tahniah kepada DS Najib dan parti BN atas kemenangan mereka juga? Jika ada, saya tidak pernah membacanya, barangkali Datuk Seri call direct kepada DS Najib atau menghantar SMS peribadi, ataupun semasa bertemu di Dewan rakyat tempohari. Tidak mengapalah, barangkali ianya rahsia Datuk seri dengan DS Najib berdua sahaja.

Sebaik-baiknya, sebagaimana amalan di Amerika Syarikat, Australia ataupun di Britain ialah sesiapa yang menang akan mengucapkan tahniah kepada lawan masing-masing. Itulah demokrasi yang demokratik. Di Malaysia nampaknya ianya belum menjadi amalan.

Saya dapati, DS Najib lebih terkedepan di dalam hal menghargai lawan dan musuh politik. New politic yang dibawa oleh DS Najib sekarang ini lebih bersifat terbuka, menyenangkan dan hebat kerana semua rakyat tidak kira ahli PAS, penyokong PKR, pro DAP semuanya dibawa masuk di dalam sistem kerajaan supaya mereka merasai serta melihat sendiri bagaimana kerajaan ini berfungsi, digerakkan dan mellihat sendiri kekangan-kekangannya. 
Sejarah Lama
BANJIR
Sebaliknya cara berpolitik lama yang Datuk Seri amalkan amat jauh ketinggalan, lihat sahaja di dalam kes banjir Kuantan. Seelok-eloknya MP Kuantan hendaklah bersama-sama dengan semua agensi kerajaan (persekutuan & negeri) mengatur masalah banjir di Kuantan kerana MP Kuantan adalah Ahli Parlimen yang bermaksud juga ahli di dalam sistem kerajaan di negara kita. Sebaliknya, sama seperti Datuk Seri, pendekatannya ialah menuding jari dan menyalahkan pihak lain. Ini cara lapok dan merugikan rakyat.

Pada tahun 1990 dahulu, ketika Sabah diperintah oleh PBS(ketika itu masih di luar BN) dan kawasan saya Merotai dimenangi oleh Adun USNO (BN), kami boleh bekerjasama dengan pemerintah PBS untuk kepentingan rakyat walaupun berbeza fahaman politik. Untuk lebih lanjut, bacalah buku saya ini http://ww.marymartin.com/web/selectedIndex?mEntry=150019 dan ini http://books.google.com.my/books/about/Abaka.html?id=7GUeAAAACAAJ&redir_esc=y 
Pernah Berganding Bahu Di Dalam Kerajaan
Saya menulis surat terbuka ini supaya kita boleh berdiskusi secara sehat bagaimana menjadikan negara kita ini kemenjadian dengan segala kepakaran rakyat kita, membangun secara sehat dan demokratik supaya generasi akan datang mempunyai platform yang sehat untuk berdemokrasi, bukannya berdemonstrasi.

Demostrasi, rusuhan dan kudeta bukan amalan Islam sebaliknya ia adalah amalan Kuno masyarakat barat yang dahulunya amalan pemerintah mereka sangat autokratik dan tertutup. Ketika itu, perbincangan intelektual ditutup. Maka berlakulah pemberontakan, demo dan rusuhan sebagaimana era Napoleon Bonaparte, Abraham Lincoln, Winston Churchill dan sebagainya. 

Winston Churchill muncul ketika era Nazi Jerman hampir memusnahkan masyarakat Inggeris. Walhal sebenarnya, berpuluh-puluh tahun sebelum itu pun orang Inggeris hidup di dalam kegelapan kerana pemerintah yang autokratik, tuan tanah yang memeras keringat mereka dan dasar tutup pintu dalam beragama dan berpendidikan. Sebaliknya di Malaysia, adakah DS Najib mengarahkan TV kita menutup rancangan filem Bollywood yang menjadi antara minat Datuk Seri? 

Pernahkah Datuk Seri mendengar nama tokoh Giuseppe Garibaldi (1830an) di Amerika. Dia secara individu pergi berperang di mana-mana menentang pemerintah di Perancis, Itali, Uruguay, Brazil dan akhirnya dia kembali ke Amerika menjadi ahli parlimen dan memberi kerjasama kepada Abraham Lincoln (1860).

Begitu juga semasa era penjajahan di negara kita, English centric menulisnya sebagai pemberontakan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat Salleh dan sebagainya walhal ianya adalah usaha mereka mempertahan setiap inci wilayah tanah mereka dan sistem sosio-ekonomi mereka yang cuba dirompak secara kasar dan tidak beretika oleh penjajah.
Masih Seperti Dahulu
Beritahu kepada saya apa untungnya demonstrasi menentang kerajaan secara melulu, emosi dan tidak terkawal? Bukankah kita ada sistem parlimen yang membolehkan semua wakil rakyat Pakatan bersuara, menghalang dan meminda apa-apa sahaja akta yang dilihat tidak menguntungkan rakyat. Gunakanlah sistem yang sedia ada yang sudah menjadi amalan demokrasi di negara kita.

Saya tidak berkata tidak boleh berdemo jika ianya suatu elemen untuk menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat, tetapi buatlah dengan cara yang telah diluluskan oleh Parlimen kita. Bukankah kita sudah ada Akta Perhimpunan Aman. Gunakanlah peluang itu dengan bijaksana, bukannya di jalanraya atau di tempat-tempat awam yang mengganggu orang awam lain yang cintakan Keamanan, Kebersihan dan Ketenangan.

Didiklah rakyat supaya menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan memerintah negara ini, didiklah rakyat supaya tahu menggunakan saluran yang berkesan untuk menyampaikan idea dan bantahan, didiklah rakyat supaya berfikir dan bertindak dengan cara matang.
Iktiraf Keputusan PRU13, Gembira Bersama
TOL
Saya cabar Datuk Seri sebagai seorang pemimpin berkuasa penuh di dalam PKR, supaya mendesak Menteri Besar Selangor membatalkan kenaikan gaji ahli-ahli dewan dan exco kerana jumlah yang keterlampauan dan tidak masuk akal dalam konteks sekarang. Adakah dia akan mendengar desakan Datuk Seri?

Pada masa yang sama saya mencabar Datuk Seri supaya menghapuskan kalaupun tidak menurunkan sehingga 50% bayaran tol di semua tol-tol yang dibawah share dan kawalan kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR? 

Jika saya pemimpin berkuasa utama dalam PKR, di mana saya yang menunjuk Menteri Besar yang saya mahu, sudah tentu saya juga boleh mendesaknya mendengar cakap saya kalaupun tidak menukarkannya kepada orang lain yang boleh mendengar arahan. Melantik dan menurunkan Menteri Besar dari parti sendiri bukannya sukar pun! 

Jawapannya sudah tentu sukar! Semuanya itu tidak boleh dilakukan kerana pertimbangan lain seperti kepentingan kedudukan kewangan yang besar juga penting untuk mentadbir sebuah negeri. Kita tidak boleh mentadbir dan membangunkan negara dengan hanya air liur! 
Sama-Sama Gembira
Makanya, PRU13 yang tidak sampai pun setahun sudah hendak diporak-perandakan lagi dengan segala macam demonstrasi. Bukankah Datuk Seri mempunyai banyak link media dalam dan luar negeri, gunakanlah untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan yang tidak sesuai, Datuk Seri memiliki ramai jurucakap di dalam parti malah NGO-NGO yang bersama Datuk Seri juga banyak, mengapa tidak gunakan semuanya dengan cara yang lebih moden, sehat, cantik, intelektual dan lebih bertanggungjawab.

Di dalam kerajaan DS Najib sendiri, bukan tidak ada pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong Datuk Seri ataupun bersimpati dengan Datuk Seri. Mereka juga adalah ahli di dalam kerajaan, jika Datuk Seri asyik menyalahkan kerajaan secara tidak langsung Datuk Seri menyalahkan mereka juga. Sistem kerajaan kita bukannya sistem autokratik kerana dasar-dasar kerajaan diputuskan di dalam parlimen bukan di bilik tidur DS Najib. 

Politik era reformasi jalanan kini sudah tidak laku lagi malah ketinggalan zaman. Rampasan kuasa atau mengguling kerajaan pasti tidak dipersetujui oleh PAS yang memerintah Kelantan, DAP yang memerintah Pulau Pinang dan sudah tentu PKR yang memerintah Selangor. 

Hari ini, era teknologi pantas bermaksud era kepantasan mengatasi isu. Jika kerajaan persekutuan lewat dan terlambat menjawab isu-isu besar sudah pasti rakyat akan menghukum mereka semasa PRU14 nanti. Sebaliknya, jika semua isu-isu yang dibawa PKR lemah dan dapat dijawab dengan pantas, rasional dan diterima sudah pasti kerajaan BN akan terus memerintah. 
Gambar Terkini DS Anwar Ibrahim
KERAJAAN MILIK PERIBADI...
Kesimpulanya mudah, Datuk Seri turut menghadapi kekangan-kekangan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor apatah lagi hendak campurtangan di dalam pentabiran kerajaan DAP di Pualau Pinang dan PAS di Kelantan. Samalah juga situasi oleh DS Najib di mana wujudnya kekangan-kekangan yang bukan disebabkan oleh DS Najib tetapi oleh peraturan-peraturan di dalam kerajaan yang perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk Perdana Menteri atau malahan Raja-Raja kita.

Kalaulah kerajaan ini milik peribadi DS Najib, saya yakin DS Najib akan menghapuskan semua tol-tol di dalam negara kita termasuklah tol-tol yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor!

Sambung baca di merdeka-online.com









Selasa, 24 Disember 2013

Semua Barang Naik Termasuk Mas Kahwin, Yang Ni Macai Tak Nak Demo Ke?

4
Blogger Jawa Bernam dedahkan PAS cadang naikkan mas kahwin.

 TAK sangka dalam kegusaran anak muda demi menempatkan diri dalam masyarakat yang semakin pantas dan bergerak laju, rupanya PAS lebih pantas dalam segi meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia terutama golongan anak muda yang baru mula melangkah ke dunia realiti.
Baca seterusnya di sini: http://jawaber6.blogspot.com/2013/12/pas-cadang-naik-mas-kahwin-hingga-1000.html

Dalam macai sibuk pasal harga barang naik, takkan diam je bila PAS cadang macam ni?

*Ni pun salah UMNO?



Pemilihan MCA : Ada Fakta Yang Rakyat Perlu Tahu!

4
Minggu lepas berakhir la sudah pemilihan MCA. Seperti yang sedia maklum, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memenangi kerusi Presiden parti tersebut.

Bagi yang belum tahu, DS Liow merupakan Presiden MCA ke-10. Berikut adalah senarai pemimpin yang mengetuai (Presiden) MCA dari penubuhan parti tersebut.


Jika dibandingkan dengan DAP, orang yang paling berkuasa dalah Setiausaha Agung Parti. Berikut pula senarai Setiausaha Agung DAP.


Dari tahun 1969 hingga sekarang, MCA telah bertukar ketua sebanyak 7 kali manakala DAP hanya bertukar dari Lim Kit Siang kepada Kerk Kim Hock kemudian kepada anak Kit Siang, Guan Eng.

Dalam pemilihan sendiri dah jelas menunjukkan MCA lebih demokrasi dari DAP. Sungguh pun bernama PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK, namun ianya hanya tinggal pada nama. DAP bersungguh-sungguh mahu mengekalkan Dinasti LIM at all cost.

Walaupun telah 2 kali mengadakan pemilihan, DAP tetap caca merba. Masih ada ahli dibuang untuk memastikan DINASTI ini terus berkuasa.


Bagi MyMassa, kaum Cina tidak kisah sama ada wujud salah guna kuasa dalam DAP. Mereka hanya mahu menumbangkan UMNO. Inilah cabaran untuk bagi pucuk pimpinan baru MCA.