Khamis, 31 Oktober 2013

#PRKSgLimau : PANAS! Selepas allahyarham Us Azizan, giliran Presiden PAS pula dimalukan oleh geng Phahrolrazi-ANWARINAS?!! #BeraniHijrah

16

 
 
MyMassa: Siapalah agaknya yang menjadi PUNAHSIHAT kepada Presiden PAS ini ya? Takkanlah tiada pemimpin PAS tempatan yang boleh menasihatkan beliau cara berpura-pura yang betul? Ini tidak, asal-asal hendak raih populariti dengan turun bendang pakai kain pelikat, akhirnya malu sendiri apabila perbuatan sendiri menunjukkan mereka singkat ilmu.
 
Atau ini semua agenda ANWARINAS dalam PAS untuk terus-menerus memperbodohkan Hadi Awang? Kami cukup pelik perkara seumpama ini boleh berlaku, sedangkan semua orang Kedah tahu yang Sg Limau ini kubu PAS. Takkanlah dari calon sehinggakan ketua-ketua jentera semuanya diimport dari luar? Habis, penyokong PAS tempatan buat apa? Setakat jentera chacai sahajakah?
 
Agaknya betullah seperti yang orang kampung bisik-bisikkan kepada kami beberapa hari lepas, mentang-mentanglah Us Azizan sudah tiada, habis dipunggahnya semua jentera ANWARINAS seMalaya yang diketuai Phahrolrazi, Mat Sabu dan Mahfuz untuk membolot Sg Limau!
 


#PRKSgLimau : PAS salah guna masjid untuk kempen politik. MAIK buat apa? #BeraniHijrah

1
 
 
Apa agaknya tujuan PAS memasang bendera parti memagari masjid di atas ini? Adakah ini satu mesej kepada UMNO yang semua masjid di Sg Limau berada dalam kawalan mereka? Adakah ini juga satu cubaan PAS untuk memastikan jentera BN tidak menembusi institusi-institusi agama yang bertunjang di DUN tersebut? Apakah sebenarnya yang PAS cuba capai dengan perbuatan seperti ini?!!
 
Bukankah rumah Allah SWT ini milik semua umat Islam? Bahkan masjid di atas juga berkemungkinan besar di bina oleh BN. Adakah PAS cuba menghalang kebenaran daripada sampai kepada penduduk setempat dengan tindakan menguasai masjid ini?!!

 
 
Di sesetengah tempat, bukan sahaja bendera dipasang, bahkan pondok-pondok kempen mereka juga didirikan di pintu-pintu masuk, seolah-olah sebagai pos kawalan mengelakkan orang UMNO masuk ke masjid tersebut. Tidakkah PAS malu menjadikan rumah Allah SWT sebagai tempat berkempen mereka? Hendak kata tidak mampu menyewa premis, derma 'JIHAD' di kutip setiap hari...
 
 


 
Dalam hal ini, di manakah peranan Majlis Agama Islam Kedah dalam memastikan institusi masjid tidak disalah gunakan PAS untuk kempen politik mereka?

#PRKSgLimau : PAS tiada hasrat untuk laksana HUDUD dan Negara Islam. #BeraniHijrah

2
 
Seperti yang sudah dijangka, HUDUD sekali lagi dijadikan modal berkempen PAS dalam PRK ini. Tohmahan lama ini diguna pakai buat sekian kalinya bagi mengukuhkan fitnah mereka bahawa UMNO itu menolak Islam. Apabila ditanya mengapa tidak dibuat terlebih dahulu di Kelantan dan Selangor, mereka akan putar belit pula dengan menyalahkan kembali Kerajaan Pusat BN.
 
Realitinya, HUDUD masih lagi tidak mampu dilaksanakan di Negara ini jika Perlembagaan Negara tidak dipinda, dan akan selamanya tidak mampu dipinda jika ahli parlimen PAS terus menerus memilih untuk bersama DAP. Ini adalah satu fakta dan hakikat yang didukungi oleh undang-undang dan Perlembagaan Negara.  
 
Perkara 4 fasal 1 memperuntukkan, Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu'.
 
Walau bagaimanapun peruntukan ini tidak menjadikan mana-mana undang-undang yang sedia wujud (sebelum Merdeka) batal walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan. Namun deinikian undang-undang tersebut boleh diubahsuai untuk diselaraskan dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan (Perkara 162 fasal (6)). Apa yang boleh dipertikaikan ialah sama ada Perlembagaan boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di dalam al-Quran dan Sunnah (Beliau berpendapat Perkara 4 merujuk kepada undang-undang bertulis sahaja. Tapi tidak memberi kesan kepada undang-undang Syariah, undang-undang yang tidak bertulis dan yang telah wujud sejak sebelum Merdeka. Lih. Ahmad Ibrahim 1989. "ThePrinciples of an Islainic Constitution and the Constitution of Malaysia: A Comparative Analysis . IIU LawJournal 1:2 him. 1
 
Perkara 76 menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang tentang perkara-perkara negeri (perkara-perkara perundangan dalam bidang kuasa negeri-negeri sahaja). Namun dalam hal ehwal agama Islam undang-undang hanya boleh dibuat setelah kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dirujuk. Baca lanjut --> http://tayibah.com/eIslam/Artikel/kedudukanudgIslam.htm
 
 

 
 
Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan 'bertentangan' di atas adalah bukannya hukum Hudud itu sendiri, tetapi bentuk hukuman yang dikenakan. Bukankah sudah wujud undang-undang sivil terhadap beberapa jenayah tertentu yang berkait dengan Hudud seperti merompak dan mencuri? Manakala bagi kes penzinaan dan maksiat, undang-undang Syariah di Negara ini juga sudah menetapkan hukuman-hukuman tertentu. Cumanya, PAS masih tidak menganggap Negara ini cukup Islam kerana hukumannya tidaklah seberat seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.
 
Namun, adilkah Kerajaan dituduh sebagai anti-Islam semata-mata kerana hukuman Jenayah Hudud tadi tidak seberat yang mereka mahukan? Setidak-tidaknya TIADA jenayah berkaitan Hudud di Negara ini yang Kerajaan HALALkan. 
 
Kami pernah merungkai ISU HUDUD ini secara KOMPREHENSIF dengan menjawab semua pertikaian yang ditimbulkan oleh PAS selama ini. Kalau PAS boleh kitar semula isu, kami pun mampu kitar semula artikel dan isu basi.
 
 
Seperti mana yang telah ditegaskan oleh  YAB PM sebelum ini, UMNO tidak pernah sesekali menolak Hudud yang ditetapkan oleh Allah SWT, tetapi hanya menentang HUDUD versi PAS yang memberikan pengecualian peruntukan hukuman kepada pemimpin parti, menghalalkan perbuatan meliwat isteri dan mengecualikan orang kafir kerana mahu menjaga undi. Lagi pun, macam mana PAS hendak laksana HUDUD jika perjuangan Negara Islam pun boleh diganti dengan Negara Kebajikan? 
 
Lagi seperkara yang pengundi Sg Limau boleh sama-sama fikirkan adalah, buat apa beri undi kepada PAS, jikalau menang kerusi majoriti pun tidak mahu memerintah dan melaksanakan Islam? Selangor adalah contoh terbaik daripada Allah SWT.
 
 

Rabu, 30 Oktober 2013

#PRKSgLimau : PAS menang, SYIAH senang?!! #BeraniHijrah

5
 
Kami berasa agak pelik mengapa PAS mempunyai dua warna bendera untuk kempen PRK Sg Limau ini. Ada yang dakwa bendera di atas ini menunjukkan pengaruh SYIAH dalam PAS semakin kukuh. Kita boleh baca lanjut berkenaan isu bendera di atas di sini.
 
Kasihan penyokong PAS Sg Limau dan arwah Us Azizan. Sudahlah mereka dihimpit oleh kelompok Anwarinas yang diterajui oleh Phahrolrazi, kini berpecah pula lagi kepada kelompok SYIAH. Mungkin apa yang berlaku ini disebabkan kerana sikap dan kecenderungan PAS sendiri yang menjadi agen kafir harbi DAP untuk memastikan ummah sentiasa berpecah belah.
 
Kain rentang DOA SYIAH untuk calon PAS
Kami YAKIN pengundi DUN Sg Limau yang mengundi PAS sejak 5 PRU yang lalu, pasti tidak mahukan fahaman songsang SYIAH ini menular di kalangan anak-anak mereka, apatah lagi ia hanya akan mengkhianati arwah Us Azizan sendiri. Mereka juga sekali-kali tidak akan lupakan bagaimana MB kesayangan mereka itu ditohmah dan ditikam belakang berkali-kali oleh pemimpin PAS sendiri. Sebab itulah beberapa ceramah dan program PAS langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat semenjak seminggu kempen ini.
 
 
 
Yalah, takkanlah DUN Sg Limau yang banyak melahirkan hafiz dan ulama' di Kedah ini hendak melantik wakil rakyat yang didukungi kelompok liberal/plural dan SYIAH yang sesat?
 
 

#PRKSgLimau : PAS lebih pentingkan SUSU TIN berbanding calon sendiri. #BeraniHijrah

1


Klik untuk imej yang lebih jelas


Kami berasa agak pelik dengan taktik kempen politik yang dibawa oleh PAS pada PRK Sg Limau ini. Mengapa sehingga hari ini kami masih belum dapat mendengar kempen PAS yang mempromosi calon sendiri? Adakah kerana calon PAS lebih INFERIOR daripada BN?
 
Kenapa mesti terus-menerus membuat serangan fitnah dan putar belit isu? Untuk isu susu yang telah tamat tempoh di atas, Datuk Azeez telah pun mengarahkan agar jentera BN mengumpul dan memeriksa semula semua susu yang telah diedarkan pada hari yang sama. Tentu kita semua boleh bayangkan bagaimana kemungkinan perkara ini boleh berlaku apabila ribuan tin susu yang dibeli dari kedai menyebabkan kesilapan terlepas pandang untuk memeriksa setiap satu tin.
 
Walau apa sekali pun, Datuk Azeez telah menangani isu ini dengan cukup baik sekali. Cuma kami harap PAS dapat menumpukan kempen mereka selepas ini untuk mengangkat calon sendiri berbanding menyerang orang lain, kerana DUN Sg Limau ini kubu mereka. Takkanlah kerana calon mereka pro-Phahrolrazi maka mereka sudah jadi ketandusan idea dan sibuk pula serang orang lain yang bukan calon pun?
 


#PRKSgLimau : PANAS! Benarkah TPM @MuhyiddinYassin diserang oleh PEMUDA PAS semalam?!! #BeraniHijrah

5
 
Beberapa hari lepas, isu kenyataan TPM berkaitan harga gula dan arwah Us Azizan telah diputar belitkan oleh PAS dan dijadikan modal kempen mereka. Kami tidak pasti kenapa PAS perlu menggunakan pendekatan politik kotor seumpama ini di kubu kuat mereka sendiri.
 
 
 
Dan semalam, TPM telah diserbu oleh beberapa aktivis Pemuda PAS kononnya bagi mendesak beliau untuk menarik balik kenyataan yang dikatakan menghina arwah Us Azizan dan memohon maaf. Jom sama-sama kita saksikan video di bawah ini bagaimana TS Muhyiddin dengan tenang menghadapi militan taksub PAS yang MENYERBU beliau secara tiba-tiba.
 

 
Dengar-dengarnya berikutan pertemuan spontan dan reaksi balas bersahaja TS Muhyiddin kepada mereka, kumpulan pemuda tersebut telah kembali ke markaz mereka dan membuat kecoh bagi menuntut penjelasan kenapa mereka boleh ditipu sedemikian rupa. Padanlah muka. Akibat tidak sudah-sudah menipu dan menabur fitnah, sekarang sampai kena serang balik dengan militan sendiri, siapa yang susah?!!

#PRKSgLimau : Petanda kukuh pengundi Sg. Limau sudah bersedia untuk #BERANIHIJRAH ?!!

0
Hari ini, genaplah seminggu kempen PRK DUN Sg Limau berlangsung. Mungkin ramai di kalangan kita yang tertanya-tanya, apakah perkembangan terkini dari kubu PAS tersebut. Apakah PAS sedang mendahului selesa atau BN sedang memberikan tentangan hebat?
 
Walaupun kami tidak mempunyai data dan fakta yang kukuh mengenai bacaan sebenar sokongan rakyat di Sg Limau ketika ini, tetapi kami mempunyai gambar-gambar berikut untuk dikongsikan bersama. Anda semua boleh nilaikan sendiri sama ada pengundi Sg Limau mahukan KEKAL atau sudah bersedia untuk BERANI HIJRAH.

 
 
Salahuddin Ayub, pemimpin kanan PAS yang juga merupakan calon MB Johor sebelum ini, kelihatan sedang bersemangat berucap di tengah pekan Sg Limau yang sepatutnya agak sibuk semenjak seminggu yang lalu.
 
 
Ceramah PAS di Dulang Kecil. Klik di sini untuk baca lanjut.
 
 
Ceramah PAS di Kabu Sepuluh, salah satu peti undi yang dikategorikan sebagai kubu kuat PAS di Sungai Limau. Klik di sini untuk baca lanjut.
 
Namun, dalam membuat perbandingan ini, kami perlu adil dan menitik beratkan beberapa kriteria seperti lokasi program dijalankan, pemimpin yang terlibat dan jenis program.
 
Semalam, BN telah mengadakan satu program malam kesenian budaya Islam di Simpang Tiga, satu lagi kubu kuat PAS yang terletak bersebelahan dengan PDM Kabu Sepuluh di atas. Antara yang turut hadir adalah TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Us Asyraf Wajdi dan Us Kazim Elias. Sila nilaikan sendiri sambutan yang diberikan oleh penduduk kawasan tersebut semalam.
 
Jalan raya sesak sepanjang 3 KM
 
Suasana yang meriah menuju tempat program. Ramai penduduk bersyukur kerana mendapat peluang untuk mencari rezeki tambahan

Suasana sesak sehingga menyebabkan ramai hadirin terpaksa berdiri



Antara pemimpin BN yang turut hadir dan diberikan sambutan



 
 
Setakat seminggu kami berada di Sg Limau, inilah program yang paling meriah dan diberikan sambutan yang paling hebat oleh penduduk. Kami pun agak pelik kenapa ini boleh berlaku, sedangkan program tersebut diadakan di kubu kuat PAS sendiri dan mendapat ancaman fizikal daripada militan mereka. Adakah kerana para pengundi Sg Limau menyedari akan hakikat di bawah ini?
 
 

 

Selasa, 29 Oktober 2013

#PRKSgLimau : Musuh No 1 Us Azizan bakal turun untuk bantu calon PAS! #BeraniHijrah

6
Al Fatihah

Memberikan undi kepada calun Pas di kawasan Sg Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini  dan mahu menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk Anwar Ibrahim  menjadi Perdana Menteri.

Ingat Harakah yang dikuasai oleh Anwarinas telah menyatakan bahawa Haji Hadi hanya layak untuk menjadi nelayan.

Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak cukup menyedari pandangan rendah dan kecil Anwar Ibrahim terhadap ulama  dan beliau tidak senang dengan Anwar lama  sebelum PKR berkerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Saya ingin memberitahu seluruh ahli Pas dan juga orangramai  apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Azizan kepada saya ketika beliau melancarkan buku" Haji Abdul Rahman Merbok" seorang ulama pejuang kemerdekaan yang terkenal di negeri Kedah yang ditulis oleh Ismail Rastu seorang penulis beberapa buah buku  terbitan  Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Pilhanraya Umum 2008.


UNDI KEPADA PAS DI SG LIMAU BERARTI  UNDI KEPADA ANWARINAS - Zam Maidin


 
 
1 November ini, Anwar Ibrahim dijadualkan akan turun ke Sg Limau untuk berkempen. Walaupun umum tahu DUN ini merupakan kubu PAS, namun apakah kehadiran Anwar ini dialu-alukan? Adakah allahyarham Us Azizan secara suka-suka menyatakan perkara di atas kepada rakannya Zam Maidin satu ketika dahulu?
 
Kami pernah mengulas tentang bagaimana Anwar Ibrahim cuba campur tangan dalam pentadbiran PAS di Kedah ketika Us Azizan masih menjadi MB dahulu. Sebelum PEMANDU di PMO menunjuk besar kepala, Anwar Ibrahim pernah mengarahkan Presiden PAS untuk menubuhkan PEMANDU di KEDAH bagi memantau Us Azizan. Pelik bukan apabila Ketua Umum PKR yang jawatannya yang tidak termaktub pun dalam Perlembagaan parti sendiri boleh memberikan arahan kepada Presiden PAS yang jauh lebih senior?
 
 
Malah, takkanlah pengundi yang setia dengan Us Azizan boleh cepat lupa bagaimana Anwar Ibrahim tidak sekali pun terfikir untuk melawat beliau ketika terlantar sakit dan tenat di hospital, sedangkan dengan serta merta  bergegas hadir menyembah mayat si Kafir Teoh Beng Hock apabila diberitahu?!!

 
 
Mungkin jasa Us Azizan tidak sehebat Teoh Beng Hock yang sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan imej DAP dan PR?!! Sebab itu jugalah agaknya Anwar langsung tidak hadir ke majlis pengkebumian Us Azizan.
 
 
 
Sesungguhnya apa yang ditempuhi oleh Us Azizan sepanjang sepenggal mentadbir Kedah adalah sangat getir, semata-mata kerana beliau enggan meletakkan diri beliau di kelompok pemuja Anwar Ibrahim atau Anwarinas dan menjadi penchacai DAP. Ingat lagi bagaimana beliau dipaksa untuk meminta maaf kepada dua ADUN DAP yang keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri apabila beliau menutup pusat penyembelihan BABI terbuka?
 
Ingat lagi tekanan yang diberikan oleh DAP dan PKR kepada beliau apabila melaksanakan dasar pemilikan rumah minima 50% kepada orang Melayu? Beliau dibiarkan terkontang-kanting keseorangan tanpa sokongan partinya sendiri.
 
Malah, beliau turut diancam sabotaj dalaman sepanjang masa dari dua arah, iaitu kem Anwarinas yang diterajui Mahfudz Omar-Phahrolrazi dan kem Syiah-Liberal yang diterajui oleh Mat Sabu. Dan apabila Kedah tumbang kepada BN pun beliau masih lagi dipersalahkan. Cuba bayangkan hidup dalam keadaan seumpama itu? Orang yang sihat walafiat pun boleh jatuh sakit.
 
Jadi, perlukah pengundi DUN Sg .Limau memberikan peluang kepada Anwar Ibrahim dan konco-konconya bermaharajalela kali ini? Kalau jawapannya iya, maka apakah bezanya anda semua dengan mereka yang kami sebutkan tadi? Jangan biarkan pemergian Us Azizan itu satu perkara yang sia-sia. Kemenangan PAS pada PRK kali ini hanyalah akan menyebabkan mereka yang memusuhi wakil rakyat kesayangan anda bertambah bongkak lagi. Anda teramatlah silap jika menyangkakan mereka akan membela nasib anda selepas menang kerana niat mereka hanyalah mahu menang di Sg Limau bagi mengukuhkan lagi kedudukan Anwarinas dan Syiah di dalam PAS semata-mata!
 
Untuk itu, usahlah biarkan diri kita dipermainkan lagi oleh mereka yang rakuskan kuasa ini. Tolak Anwar Ibrahim 1 November ini. Anda tidak perlu berdemo dan membuat kecoh pun. Apa yang perlu anda lakukan adalah sematkan tekad BERANI HIJRAH dalam diri anda, dan KEKAL-kan kedudukan anda di rumah masing-masing apabila musuh No 1 Us Azizan itu datang nanti. Mudah bukan? 


#PRKSgLimau: Projek ZIPY - Apakah Mukhriz akan buat kejutan???

0




Tak dinafikan isu projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) turut mewarnai kempen PRK Sg Limau. Entah mengapa PAS yang sebelum ini gagal membangunkan projek ini telah menuduh UMNO dan BN yang kini menerajui kerajaan Negeri akan merampas tanah-tanah bendang para petani setempat dan memberikan pampasan yang sedikit.


Umumnya mengetahui projek ini dimulakan oleh Kerajaan BN sepanjang tahun 2002 -2005 lalu. Namun projek tersebut tergendala apabila kerajaan Negeri tumbang ke tangan PAS. Bagaimana pun arwah Tan Sri Azizan berminat untuk meneruskan projek tersebut dengan nama baru iaitu Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIH). Kerajaan PAS mencadangkan agar kaedah menambak laut digunapakai bagi membina pengkalan dan loji penapisan petroleum bagi mengelakkan tanah-tanah sawah petani di tanah besar diambil.

Pulau Bunting dari kejauhan kelihatan seperti sebuah bukit walhal ia adalah sebuah pulau. Para petani bimbang jika tanah-tanah mereka yang mengadap Bukit Pulau Bunting ini akan diambil dan  dijadikan jalan besar menuju ke jambatan Pulau Bunting.
Masalah timbul bila segentir petani merasa dirugikan kerana terlepas peluang menjual tanah bendang mereka untuk mendapat pampasan. Namun di pihak PAS pula ada segelintir pemimpinnya yang dengki dengan pembangunan yang bakal melimpah di kawasan Menteri Besar; Tan Sri Azizan dan mula berkira-kira merebut tender berjuta-juta ringgit tersebut. 

Timbul juga persoalan dari manakah sumber tanah, batu-batan dan pasir hendak dikaut untuk tujuan menambak lautan tersebut? Kos pembinaan pasti akan meningkat dan kerajaan negeri sememangnya tidak mampu menanggung kos berkenaan. Mahu tak mahu jalan penghubung ke jambatan berkenaan perlu juga dibina.

Maka dicanangnya PAS bahawa projek berkenaan akan mendapat suntikan modal RM10 bilion oleh pelabur dari China dan Timur Tengah. Bertempik gembira lebai-lebai PAS kununnya mereka pandai mentadbir negeri. Baru beberapa bulan memerintah dah ada pelaburan besar di Kedah. Namun pihak pelabur pula menarik diri. Bila batal saja projek ni, puak-puak Pahlolrazi mula hentam Azizan kononnya tak pandai urus ekonomi.



Kini selepas PAS tumbang di Kedah timbul ura-ura dari BN untuk membangunkan kembali projek berkenaan. Kerajaan PAS yang gagal membangunkan projek berkenaan dahulu secara tetiba saja menjadi hero kampung dan pejuang marhain yang bertempik sana sini mengkritik keinginan kerajaan Negeri BN untuk meneruskan projek berkenaan.

Habislah dicanang keliling kampung kononnya tanah-tanah bendang akan dirampas oleh kerajaan Negeri BN. Habis segala sawah padi akan ditambun tanah-tanah dan hasil padi akan berkurangan. kononnya harga beras akan naik dan ramai petani menganggur.

Limpahan pembangunan akan menyebabkan timbul pelbagai maksiat dan kerosakan. Tanah nenek moyang akan tergadai dan orang Melayu akan kehilangan tanah sedikit demi sedikit akibat perbuatan UMNO/BN. Pendek kata makian apa yang tak dihamburkan puak PAS pada UMNO dan Mukhriz? Sama seperti apa yang mereka kutuk arwah Tan Sri Azizan dulu.

Seorang penjual kuih sedang berniaga  di hadapan Jambatan Pulau Bunting. Ini adalah sumber pendapatan bagi menyara keluarganya.

Itulah betapa hebatnya PAS menipu dan menghasut rakyat. Ketika mereka berkuasa dahulu mereka gagal melaksanakannya. Tapi bila orang lain nak buat mereka dengki dan nak sabotaj sana sini.

Pada hemat kami ramai yang tidak tahu kepentingan projek ini pada ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Tapi sekiranya projek ZIPY atau SULIH ini tidak jadi maka alternatifnya kawasan yang telah tersedia jambatan menghubungkan tanah besar dengan Pulau Bunting ini dapat dibangunkan sebagai projek pelancongan negeri dengan membina resort-resort dan tapak-tapak perkhemahan. Dapat juga belia-belia kampung ini bekerja dalam sektor pelancongan selain terus memiliki bendang dan sawah-sawah padi.

Antara keindahan Pulau Bunting

Kami juga melihat ramai kaki-kaki pancing mencari rezeki di kawasan ini. Tak kurang juga menjadi port bagi pasangan teruna dara berdating di kawasan terbiar ini. Tak larat penduduk nak tegur.

Anak-anak muda Sg Limau mencari rezeki dengan menyewakan motor-motor mereka menyeberangi jambatan ke Pulau Bunting. Kebajikan mereka dahulu diabaikan akibat kelemahan kerajaan PAS. Kini mereka menaruh harapan agar sinar baru dibawa oleh BN jika berjaya memenangi PRK DUN tersebut..


Rata-rata penduduk yang kami temui suka kalau projek ZIPY dibangunkan semula oleh kerajaan Negeri. Tapi majoriti mereka lebih suka jika BN berjaya membangunkan kawasan ini sebagai pusat peranginan, sudah tentu banyak peluang pekerjaan boleh diwujudkan kepada anak-anak Melayu. Ekonomi setempat pun berkembang, pengambil alihan tanah pun tak banyak.

Cuma perlu dibina dan disediakan kemudahan asas seperti bekalan eletrik dan air ke pulau ini selain melebar dan menurap jalan ke jambatan tersebut.

Nak harapkan PAS buat dulu jangan mimpilah. Baru saja arwah Tan Sri bercadang nak bangunkan SULIH dah ramai pak-pak lebai berjanggut terbeliak mata dan bergeletik segala ekor-ekor serban mereka sambil mengira-gira berapa banyak yang dapat dimasukkan ke dalam karung-karung mereka.

Keindahan Gunung Jerai dapat dilihat dari Pulau Bunting
Kini mereka bising lagi kerana Mukhriz mempunyai rancangan untuk membangunkan semula Pulau Bunting. Mungkin ZIPY boleh ditukar menjadi Zon Industri Pelancongan Yan yang lengkap dengan segala kemudahan sebagai pusat peranginan baru bagi menjana ekonomi penduduk setempat.  

Kami yakin idea-idea ini dikongsi juga oleh ramai pihak dan kerajaan Negeri BN sendiri pun ada alternatif idea yang sama. Justeru berilah undi kepada BN untuk memenangi kawasan DUN Sg Limau ini dahulu agar segala kebaikan yang dirancang akan mudah dilaksanakan.

Ayuh Hijrah kalih undi BN pula demi kebaikan Sg Limau.

 







 

#PRKSGLIMAU : KANTOI! Militan PAS lempiaskan nafsu di DANNOK kerana AMANAT SABU?!! #BeraniHijrah

0

 
 
Cakap banyak pun tidak guna. Anda semua boleh lihat dan nilaikan sendiri akhlak "pejuang" PAS apabila pemimpin sendiri pun boleh menghalalkan perbuatan maksiat. Nampaknya PRK Sg. Limau ini bukan sahaja membuka jalan kepada boneka Phahrolrazi dan kelompok Syiah PAS untuk berkuasa, bahkan ia juga telah memberikan peluang kepada para pejuang berani MATI PAS untuk merasai sendiri "nikmat bermutaah" di pekan Dannok, Thailand.
 
 
 
Agak-agaknya jika penyokong BN yang dirakamkan masuk ke tempat-tempat maksiat sebegini, apa reaksi dan komen penchacai PR? Dan apakah pula komen mereka jika melihat gambar di atas ini? Sudah tentu mereka akan jawab, ini semua tohmahan dan fitnah penyamaran daripada BN sendiri. Bagi mereka, sesiapa sahaja yang menyokong PR, adalah golongan maksum yang suci dari dosa, walaupun tidak beriman kepada Allah SWT.
 
Inilah sebabnya mengapa MB Kedah sibuk mengajak pengundi DUN Sg Limau agar Berani Hijrah untuk kali ini. Sesungguhnya PAS yang mereka kenal dahulu tidak lagi sama dengan yang ada sekarang ini; semuanya Al Halalku Wal Harammu. Jadi, gunakanlah nikmat akal kurniaan Allah SWT dan kuasa undi yang ada untuk mengajar PAS agar mereka dapat dikejutkan dari lamunan kegilaan kuasa dan nafsu bersama kafir harbi tanggal 4 November ini.

Puaka MyMassa: Ceramah PAS di PDM Kabu 10 sesak dengan 10 ribu hadirin! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH

6
 
 
Beginilah sambutan hangat para penduduk Kabu 10 terhadap majlis ceramah PAS sebentar tadi. Keadaan begitu sesak sehinggakan jalan kampung yang satu itu terpaksa ditutup kepada lalu lintas. Jelas sekali para pengundi DUN Sg. Limau menolak kempen Berani Hijrah yang dibawa oleh BN dan Kerajaan Negeri.
 
Malah program ceramah hari ini juga mencatatkan peningkatkan mendadak jumlah hadirin berbanding program di Dulang Kecil semalam.
 
Adalah dianggarkan kehadiran para hadirin mencecah sehingga 10 ribu orang, dan kebanyakannya sukar dilihat dengan mata kasar. Inilah buktinya kubu PAS di DUN Sg. Limau ini bukanlah calang-calang kawasan yang boleh dirampas dengan sewenang-wenangnya oleh BN. Nampaknya para penduduk Sg Limau lebih memilih untuk KEKAL di rumah masing-masing berbanding BERANI HIJRAH sementara di program-program anjuran PAS.


Isnin, 28 Oktober 2013

#PRKSgLimau : PANAS! Benarkah wujud WASIAT arwah Us Azizan agar JANGAN UNDI PAS lagi?!! #BeraniHijrah

2
 
 
Sebelum ini kami ada terdengar desas-desus yang mengatakan arwah Us. Azizan ada meninggalkan satu wasiat khusus kepada ahli keluarganya, para pengundinya dan rakyat Kedah umumnya. Wasiat ini ditinggalkan sebagai peringatan kepada semua atas apa yang telah terjadi ke atas dirinya akibat kerakusan PAS terhadap kuasa politik yang menyebabkan beliau sentiasa hidup dalam keadaan tertekan dan memburukkan lagi penyakit yang ditanggung.
 
Malah, serangan puak-puak yang gilakan kuasa dalam PAS ketika itu juga tidak pernah berhenti walaupun beliau sedang tenat. Kini, mereka boleh kembali dengan topeng malaikat dan tidak malu untuk menjaja rata nama arwah dengan kepercayaan bahawa pengundi Sg. Limau sudah lupa dan mudah dipermainkan. Namun, kami percaya para pengundi di DUN Sg Limau ini tidak sebodoh seperti yang PAS sangkakan.
 
 
 
Cukup-cukuplah dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh PAS selama ini. Inilah masanya pengundi Sg. Limau MENOLAK seruan untuk mengekalkan PENIPU yang didukung oleh MUSUH allahyarham Us Azizan!!!
 
Doa kami semoga dengan berkat Maal Hijrah yang bakal menjelang sehari selepas PRK, ia dapat membawa sinar harapan baru kepada penduduk Sg. Limau ini. Insya Allah, WASIAT allahyarham Us Azizan di bawah ini dapat dijadikan panduan dan azimat bersama ketika memangkah kertas undi tanggal 4 November ini.
 

 

Puaka MyMassa: Benarkah pertolongan GHAIB untuk PAS telah tiba?!! #PRKSGLIMAU #BeraniHijrah

5
 
Klik untuk paparan lebih jelas
Kalau ada di kalangan pembaca yang masih ingat lagi, pekan Sungai Limau ini agak terkenal dengan kisah gerai misteri tepi bendang tidak berapa lama dahulu. Sesiapa yang bernasib baik, dapatlah bertemu 'pelayan' cantik yang akan melambai-lambai dari tepi jalan untuk menarik pemandu kereta yang bertuah untuk berkunjung dan "menjamu selera" di gerai terbabit. Hanya mereka yang bertuah sahaja yang akan dapat peluang merasai pengalaman unik seumpama ini.
 
Namun, pengalaman itu bukanlah sesuatu yang mustahil lagi buat kita semua. Sempena musim pilihanraya yang melanda Sg. Limau, sesiapa sahaja kini mampu merasai sendiri pengalaman misteri yang sering menyelubungi pekan tersebut selama ini. Malah, kami sendiri bertuah kerana dapat menyaksikan dan merakamkan sendiri salah satu fenomena luar biasa terbabit.
 
Sebelum ini kami juga pernah mendedahkan beberapa fenomena misteri yang hampir serupa ketika kempen PRU lalu:
 
 
 
 
Gambar paling atas dirakamkan ketika kami melalui markas PKR di PDM Dulang Kecil kira-kira jam 10.30 malam semalam. Pada mulanya kami menyangkakan yang ceramah tersebut baru bermula dan hadirin masih belum tiba. Tetapi, setelah seketika apabila realiti mulai menggigit logik akal, barulah kami tersedar yang ceramah tersebut sebenarnya diadakan untuk penyokong dan pengundi GHAIB PAS. Ini adalah kerana ketika itu si penceramah sedang bersemangat berhujah selain kami sendiri amat yakin bahawa fenomena tersebut terjadi bukannya disebabkan kerana pengundi DUN Sg. Limau sudah BERANI HIJRAH.
 
 
 
 
Walaupun kami tidak berapa pasti mengapa kali ini PAS sampai memerlukan pertolongan alam GHAIB untuk memenangi PRK di kubu mereka sendiri, namun ada yang berbisik kepada kami, semuanya berpunca kerana berita di atas. Mungkin pengalaman di Manik Urai, Galas dan PRU-13 telah mengajar PAS sesuatu yang mungkin kita semua boleh lihat? Wallahua'lam.

#PRKSgLimau: PAS KANTOI 3-0 ...LAGI-LAGI MENIPU!

8

Kata pepatah kalau nak tahu kebaikan seseorang lihat pada kejujurannya. Jujur ketika berbicara dan jujur dari segi tindakannya. Kalau bercakap pun asyik bohong memanjang maknanya jelas orang tersebut tak boleh dipercayai apatah lagi diberikan sesuatu amanah.

Pepatah popular bagi orang-orang kat Kedah dituju pada PAS; "PAS cakap sepuluh tapi sebelas tak boleh pakai".

Itulah yang berlaku pada PAS sepanjang kempen PRK Sg Limau ni . Dalam keghairahannya PAS meraih undi, kaedah taqiyah syiah menjadi amalan wajib untuk mereka mempengaruhi penduduk-penduduk di Sg Limau melalui beberapa siri pembohongan yang mudah saja sahabat-sahabat kami para pejuang siber membongkarnya .

Siri Pembohongan 1.0; PAS mengaitkan calon PAS Mohd Azam sebagai anak didik Arwah Tan Sri Azizan serta mempunyai pertalian darah dengan arwah. Ini dicanangkan melalui poster-poster kempen PAS.

Hakikatnya, calon PAS adalah anak didik dan juga anak sepupu kepada Pahlolrazi yang merupakan musuh ketat dan musuh dalam selimut kepada arwah Tan Sri Azizan. Masih ingatkan kita perbuatan si Pahlolrazi menghina arwah ketika arwah sedang sakit dan nazak?


Siri Pembohongan 2.0; PAS mengaitkan ayah Dato' Jamil Khir; Haji Baharom atau Pak Ngah kononnya menyokong calon PAS dan mendoakan agar calon PAS menang. Lawatan PAS ke rumah Hj Baharom telah dieksploitasi sepenuhnya dan diterbitkan dalam Harakahdaily.

Lawatan yang tidak ikhlas penuh muslihat akhirnya kantoi menipu buat kali ke 2


Hakikatnya, Hj Baharom begitu sedih dan kesal apabila calon PAS tidak ikhlas melawatnya dan mempergunakan kesakitannya sebagai modal kempen PAS yang tidak beretika. Sekali lagi amalan taqiyah Syiah diguna pakai untuk menghalalkan pembohongan demi undi. Ini dibuktikan melalui rakaman rela tanpa paksa yang dilafazkan oleh Haji Baharom sendiri menafikannya.


 

Siri Pembohongan 3.0: Sekali lagi PAS kantoi menipu para penyokongnya dengan mengedarkan foto calon PAS Mohd Azam pernah bertemu dengan arwah Tan Sri Azizan semasa hayatnya bagi membuktikan betapa rapatnya si calon PAS dengan arwah. Ia juga membawa maksud kononnya akhbar Sinar menyokong penuh calon PAS tersebut kerana pernah menemukan si calon PAS dengan arwah Menteri Besar dahulu. Risalah kempen ini diedar secara percuma di Markaz Induk PAS Kawasan Jerai sejak semalam.

Foto superimpose kononnya calon PAS berkepiah ni memang disukai oleh arwah Tan Sri Azizan sebab itulah PAS pilih dia jadi calon...


Hakikatnya, foto di atas adalah superimpose yang dilakukan oleh puak-puak PAS untuk membohongi penduduk di Sg Limau dan juga rakyat Malaysia. Foto asal Sinar Harian Utara adalah seperti di bawah;

Foto asal bertarikh 25 Mei 2011. Pada ketika inilah puak-puak Pahlolrazi sedang giat menyusun strategi menjatuhkan Azizan yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pusat dan disebabkan arwah tidak memberikan projek serta jawatan penting GLC Kedah pada puak-puak PAS yang memang tak berkelayakkan. Sinar Harian mempunyai misi menyelamatkan imej kerajaan Negeri.


Foto ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

Sinar Harian bertarikh 28 Oktober 2013 mendedahkan pembohongan PAS ke seluruh negara. PAS kantoi menipu lagi buat kali ketiga... 


Kini dah terbukti PAS kantoi sebanyak tiga kali menipu para penyokong dan pengundi mereka. Rakyat Malaysia, Kedah dan penduduk Sg Limau menjadi saksi kecurangan dan pembohongan demi pembohongan PAS.

Sukalah kami memperingatkan umat Islam dan para pembaca semua sebuah firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran surah Al Hujurat ayat 6:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Kalau PAS fikir mereka bijak berbohong, sebenarnya mereka silap banyak kerana ada lagi manusia yang lebih bijak membongkar pembohongan mereka. Buat jahat selalunya tak kekal lama, lama-kelamaan akan kantoi jugak. Allah s.w.t tak pernah redho dengan sebarang penipuan oleh hambaNya walaupun si hamba tersebut kepiahnya tak pernah lekang di kepala dan dahi-dahi mereka bertompok-tompok hitam kononnya disebabkan solat yang tak pernah tinggal dan sujud terlalu lama.


Benarlah kata-kata bijak pandai....kalau tak berbohong bukan PAS namanya...



Elok benarlah penduduk Sg Limau pakat-pakat kalih berhijrah sokong calon BN pulak. Hijrahlah diri dari terus-menerus menjadi mangsa penipuan berganda PAS ini. Insya Allah semoga Allah s.w.t merestui hijrah tersebut dan memberikan kemenangan buat calon UMNO/BN.