Isnin, 30 September 2013

CEC DAP 2.0 haram kerana pengundi hantu!

3

Adakah Jenice Lee agen MCA atau agen Gerakan yang sengaja menghadiri CEC DAP 2.0 meskipun beliau telah dipecat dari DAP dan digunakan untuk memecah belahkan DAP ? Mungkin inikah yang ada dibenak-benak para chauvinist DAP ?

Apapun tahniah kepada Jenice Lee kerana telah berjaya menghakiskan kepercayaan ahli-ahli DAP kepada tokong Lim Guan Eng dan God Father Lim Kit Siang.

CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?

7

DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP.

Santai Pagi : Jangan Bertanding Sampai Jadi Macam Gambar Ni #PemilihanUMNO @NajibRazak

0
MyMassa harap pemilihan kali ini janganlah sampai jadi macam ni.

Sumber gambar : www.dailymail.co.uk

Bertandinglah dengan sihat. Tak perlulah sampai londeh melondeh antara satu sama lain.

Ahad, 29 September 2013

@NazirHussin79 KANTOI! Bukti bergambar BN angkut orang ramai untuk meriahkan program @BNJobFair2013 ?!! @NajibRazak @KhairyKJ

5

Semalam, ada komentar yang marahkan kami apabila kami mendedahkan "bukti" bahawa pengunjung ke program-program BN semuanya diangkut dan berbayar. Kalau ikut rakyat biasa, sudah tiada siapa lagi yang mahu menyertai apa-apa program yang dianjurkan oleh BN kerana semuanya 'hanya omongan dan janji kosong' semata-mata.

#PemilihanUMNO : @MukhrizMahathir mampu bawa formula kemenangan BN Kedah untuk perkuatkan lagi UMNO! #MM4VP

4

Umno polls: Mukhriz's winning factor
By RAHMAH GHAZALI

PETALING JAYA: Despite being born as a child of one of the most-renowned political figures in the country, Datuk Mukhriz Mahathir rise in Umno is based on his own merit, and not because of his father's influence.

PANAS! Bukti @CMLimGuanEng Setiausaha AGUNG DAP yang HARAM?!! @NajibRazak

0

The first CEC meeting held on 16th. December 2012 was attended by Vincent Wu. During that meeting, the CEC meeting members make the decision to appoint National Chairman, Secretary General, Chairman of the Discipline and other position.

#PemilihanUMNO: Pemuda yang bakal membuatkan @RafiziRamli menggeletar lutut. #Mukhriz4Exco

1
 
Ahmad Mukhriz mahu lebih aktif dalam Umno
 

 
PEKAN - Anggota Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda Umno pusat Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad hari ini menyuarakan hasrat bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pusat pada pemilihan parti Oktober ini.

Ahmad Mukhriz, 34, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Pekan berkata beliau menawarkan diri bertanding bagi membolehkannya bergerak lebih aktif dalam pergerakan Pemuda Umno bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya juga akan (berusaha) membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya," kata anak kelahiran Pekan itu.
 
Beliau yang sudah lapan tahun bergelar anggota Umno berharap penglibatannya di peringkat pusat nanti sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Pekan.

Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Pekan Datuk Zainal Abidin Pa' Wan yakin dengan kewibawaan Ahmad Mukhriz untuk dipilih kelak berdasarkan pengalaman luas dan semangat perjuangan tinggi pada dirinya. - Bernama
 
 
MyMassa: Sudah tiba masanya para pemimpin pelapis Pemuda UMNO secara beransur-ansur mengambil alih tampuk kepimpinan Negara kini. Bermula dengan pemilihan bulan depan, UMNO perlu memastikan usaha meremajakan parti keramat ini suatu realiti dan bukan omongan kosong semata-mata. Mana tahu, mungkin dengan barisan kepimpinan muda yang menerajui UMNO nanti, majoriti 2/3 akan sekali lagi milik kita?
 
Apa yang berlaku di Selangor sepatutnya dijadikan pengajaran buat kita semua. Siapa yang tidak ingat betapa kuat dan kukuhnya UMNO di negeri tersebut sekitar era 80-90an, sehinggakan melahirkan banyak panglima-panglima perang lagenda yang bersilih ganti. Malah, boleh dikatakan setiap daerah pasti akan ada pemimpin UMNO yang disegani oleh rakyat setempat, sehinggakan soal kalah pilihanraya menjadi satu perkara yang amat mustahil.
 
 
CALON EXCO NO 11
 
 
Namun mengapa Selangor kini tampak jauh dari jangkauan UMNO? Jawapannya adalah peranan  yang dimainkan oleh orang muda. Berapa ramai anak muda di Selangor yang mahu membawa dan mempertahankan agenda UMNO kini? Dan cuba perhatikan sendiri nasib barisan pemuda di negeri tersebut. Mereka tampak masih lagi bergelut, walaupun untuk melaksanakan satu program ringkas, kerana  mereka tiada sumber dan kekuatan sendiri. Ini semuanya berpunca apabila "panglima-panglima" terdahulu begitu keberatan untuk menyerahkan BATON kepimpinan kepada mereka apabila tiba masanya.
 
Namun, kami pasti masa masih lagi berpihak kepada UMNO. Jelas sekali keputusan PRU-13 adalah petunjuk dari Allah SWT dalam bentuk peluang terakhir kepada UMNO untuk meremajakan diri, bermuhasabah dan memurnikan perjuangan bagi menghadapi PRU seterusnya. Oleh itu, gunakanlah kesempatan yang ada untuk memastikan agenda meremajakan UMNO itu satu realiti tanggal 20 Oktober ini. Lagi pun, Wawasan 2020 sudah tidak berapa lama lagi akan tiba.
 
Pada kami, usaha untuk memperkenalkan calon-calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini adalah sebagai satu tanda sokongan kami kepada usaha meremajakan UMNO kembali. Namun apa yang lebih penting, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan muda berkualiti yang ada dalam UMNO kepada semua, bagi menafikan tohmahan pihak lawan bahawa UMNO kini tenat dan ketandusan pemimpin pelapis. Anda semua boleh nilaikan sendiri bukan?

Sabtu, 28 September 2013

PANAS! @AhmadMaslan menipu?!! HARGA minyak sebenarnya NAIK lagi?!!

7
 

 
 
Sejak beberapa hari lepas, kecoh desas-desus mengatakan yang harga petrol Ron 95 akan dinaikkan lagi. Selain peranan akhbar sensasi yang pakai kulit neutral untuk menjual diri, RED Bean DAP juga banyak memainkan peranan menyebarkan fitnah bagi mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat. Tidak pasal-pasal ramai yang membuang masa beratur panjang di stesen-stesen minyak sebab lebih percayakan FB daripada ketentuan Allah SWT.
 
Namun semalam, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, akhirnya mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin tersebut.
 
 
 
Tetapi, berdasarkan pemantauan kami, kenyataan Tok Mat Maslan ini sangatlah tidak tepat dan berunsur fitnah. Ini disebabkan kerana kenaikan harga minyak masih lagi berlaku, terutamanya di Selangor berikutan permintaan yang tinggi.
 
 
 
 
Jangan pula lepas ini MB Selangor hendak kata minyak urut di Selangor masih lagi murah berbanding Bangkok dan Jakarta, ya?

 

Bukti rakyat sudah "menyampah" dengan BN?!! @BNYJobFair2013 @NajibRazak @KhairyKJ @MohdShafieApdal @NazirHussin79

22


Seperti yang kami maklumkan beberapa kali sebelum ini, bermula dari semalam sehingga esok (27-29 September 2013), Pemuda BN menganjurkan BN Job Fair di PWTC kononnya sebagai usaha membantu rakyat untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Kebetulan, hari ini adalah hari perasmian program tersebut dan beginilah keadaannya sambutan yang diberikan oleh rakyat:

Jumaat, 27 September 2013

MAT SABU - 35 TAHUN SAYA DALAM PAS, INILAH TAHUN PAS PALING TERBUROK

9
PAS PALING BUROK DALAM SEJARAH SAYA
Gambaran awal muktamar PAS hujung tahun ini ialah golongan ulama bakal mengalami kekalahan lebih banyak jawatan penting berbanding pada tahun 2011 lalu, lapor FMT.
Portal itu membuat ramalan berdasarkan kekalahan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hasan bertanding di Indera Mahkota di Pahang.
Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh dilaporkan astroawani.com telah tewas merebut jawatan Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan tersebut pada 15 September lepas.
Beliau tewas kepada penyandang jawatan tersebut, Suhaimi Saad yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang. Nasruddin memperolehi 60 undi manakala Suhami mendapat lebih 100 undi.
Nasrudin dikatakan mewakili kumpulan yang dinamakan sebagai pro-ulama untuk bertanding jawatan Naib Presiden selepas ada desas-desus akan mengosongkan jawatan Ketua Dewan Pemuda yang disandangnya sekarang.
Kekalahan Nasrudin dalam pertandingan peringkat kawasan itu dilihat boleh menjejaskan reputasinya untuk bertanding jawatan lebih tinggi di peringkat pusat.
The Malaysian Insider turut melaporkan kelegaan seorang penganalisis politik apabila mendapat tahu kekalahan Nasrudin.
Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin berkenaan.
“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional mempunyai peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat pusat.
“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu bersederhana. Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.
“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya.
The Malaysian Insider turut mewawancara Mohamad Sabu yang mahu mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas.
Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.
“Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti,” katanya.
Mat Sabu berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin Pas bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, pelbagai kempen dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.
“Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,” katanya.
Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa’ Fikri.
“Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya,” katanya.
Mat Sabu berkata, ketika beliau dalam Pemuda Pas dahulu, perbezaan pendapat sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang.
“Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno,” katanya.
Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan dan melabelkan antara satu sama lain.
“Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan Pas yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan,” katanya.

Iklan @ MyMassa: Jawatan kosong sebagai PENGURUS BESAR di MBSB! @BNYJobFair2013 @NajibRazak @KhairyKJ @NazirHussin79

1
 
Ini adalah iklan jawatan kosong sebagai PENGURUS di MBSB hari ini. Kelas bukan? Ini baru satu contoh jawatan yang ditawarkan di BNY Job Fair 2013, dan ada ratusan ribu lagi jawatan kosong menanti anda di sini.
 
 
 
 
Inilah keadaannya selepas tidak sampai sejam pintu dewan pameran dibuka. Siapa yang mahu melepaskan peluang mencuba mendapatkan rezeki yang lebih baik? 

 
 
Pengorbanan orang kuat BNY Job Fair, saudara Nazir Hussin Akhtar Hussin, yang sanggup melepaskan kesempatannya untuk berkempen sebagai calon EXCO Pemuda demi memastikan peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia. 

 
 
Ruang makan yang selesa disediakan untuk para pengunjung dengan menu yang berkualiti tinggi.

 
 
Tahukah anda bahawa ramai yang telah BERJAYA mendapatkan pekerjaan yang diidamkan hanya semasa pameran berlangsung?
 


 
Bukan calang-calang syarikat yang menyertai pameran kerjaya kali ini, sekaligus menjawab segala persoalan skeptikal mereka (terutamanya MACAI pembangkang) tentang keberkesanan usaha BN untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Inilah buktinya, janji TRANSFORMASI BN bukan sekadar omongan kosong semata-mata.
 
Ayuh, jangan lepaskan peluang yang terhidang ini. 30 ribu peluang pekerjaan sedang menanti anda di PWTC mulai sekarang sehingga AHAD 29 September ini!
 
 



Enchant1MST - Malaysia Bakal Menjadi Negara Pluralisme!

5


Apa dah nak jadi pada negara Islam Malaysia ini sekarang? Adakah kerana kemarukkan undi cinabeng dan dana asing kita sanggup menggadaikan maruah dan martabat Islam serta harga diri Melayu? 

Apa guna status kita sebagai sebuah negara Islam dan apa ertinya kita penduduk majoriti Islam tetapi sanggup membiarkan kemungkaran berleluasa dan kita sendiri tak mampu menghalanginya?

Kini atas nama slogan 1Malaysia, puak-puak pendatang mahu membina rangkaian kuil dan tokong terbesar di dunia di bumi Islam ini dengan menggunakan konsep Pelancongan Spiritual! 

Rancangan pembangunan mega seluas 500 ekar ini akan dilancarkan pada November 2013 akan datang.Lokasinya di Gambang yang terletak 35km dari Kuantan, Pahang!. Kawasan ini terlalu luas untuk dilawati dalam 1 hari. Ia memerlukan lawatan selama 3-5 hari siap dengan pakej penginapan hotel (mungkin  ada juga pusat pembaptisan dan pemurtadan), taman tema dan pusat membeli belah.


Dalam pembinaan pusat spiritual ini semua agama (kecuali Islam) akan dibina rumah ibadat mereka di sini; 

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR di Dunia !

Kuil Kuan Yin TERBESAR di Dunia !

Kompleks Beli Belah TERBESAR di Dunia !

Piramid TERBESAR di Dunia !

Columbarium ( Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !

Persoalan kami, mengapa pusat bidaah ini mahu dibina di Malaysia? Tak cukup lagikah tanah di negara lain? Sudahlah menyalahgunakan konsep 1Malaysia bagi menghalalkan rancangan jahat mereka kini mereka telah mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi Negara dan Negeri ini!

Adakah pihak kerajaan Negeri tak sedar lagi hal ini. Berapa banyak tanah-tanah hutan akan ditebang bagi pembinaan projek yang sememangnya dilaknat oleh Allah s.w.t ini. Apakah tanah 500 ekar ini tanah persendirian atau tanah-tanah rezab Melayu, tanah rezab Felda,  tanah rezab orang Asli atau tanah rezab kerajaan Negeri???

Mengapa di Pahang?

Adakah kerana Genting Highland dan Cameron Highland juga terletak di negeri ini?

Adakah pembinaan ini berkait rapat dengan pembinaan kawasan Perindustrian Malaysia - China di Kuantan?

Adakah ia berkaitan dengan pembinaan sekolah swasta cina terbesar di Malaysia di Kuantan?

Adakah kerana Parlimen Kuantan dikuasai oleh pihak pembangkang yang mengagungkan pluralisme agama maka ia dibenarkan? 

Adakah ia satu langkah untuk mengurangkan kemarahan dan bangkangan puak-puak tertentu terhadap Projek Lynas lalu kita membenarkan pembinaan projek kuil mega ini?

Adakah ia bertujuan menyaingi Taman Tamaddun Islam di Terengganu?

Sempena hari Jumaat yang mulia ini kami menyeru jihad kepada seluruh umat Islam tak kira UMNO, PAS, PKR dan juga NGO-NGO Melayu-Islam agar bangkit membantah sekeras-kerasnya projek gila ini. 

Kami menyeru agar kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dan Yang Mulia Tuanku Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Negeri agar membatal dan mengharamkan terus projek syirik ini.

Tolong siasat juga agensi-agensi kerajaan adakah mereka bersengkongkol menukar milik, menjual dan meluluskan tanah-tanah untuk pembinaan projek mega  ini?

Apakah ertinya kenyataan ini dalam presentation video projek berkenaan?

" This is fully backed by the government of Malaysia..... the government of Malaysia has also helped us to provide funding for this project."

 "...... the Malaysian government fully supported us in this project and also providing us the land."




KLiK untuk ke Youtube.

Untuk ke laman web projek - KLiK

Kepada rakan-rakan seagamaku...gunakanlah pelbagai medium alternatif; FB, blog, twitter, email. Whatsapp, WeChat, Kakao Talk dan sebagainya untuk menyeru jihad ini. Jangan sampai maruah agama kita tergadai kerana pembinaan pusat pluralisme ini.

Kami umat Islam tak sanggup melihat agama kami dipermain-mainkan lagi. Kami bukan rasis tapi kami mempertahankan hak asasi kami di negara yang kami jadi majoritinya. Ingat majoriti umat Melayu masih mendiami Pahang dan Malaysia!

Allah Akhbar, Allah Akhbar, Allah Akhbar


Baca juga - Enchant1MST - Kita WAJIB Bantah ! DiMana Suara Umat Islam ?


Kredit: Dinturtle


Jawapan yang kami terima mengenai  “ISU 1MST (1Malaysia Spiritual Tourism) City":

1MST City takkan berlaku. Kelulusan tanah kepada syarikat asal bagi tujuan pembangunan bercampur telah ditarik balik.

Penjelasan ringkas:

1. Kerajaan Negeri luluskan tanah 250 ekar kepada Waras Mekar (WM) bagi tujuan pembangunan bercampur (rumah, kedai). Tiada kaitan langsung mahupun isu dengan 1MST.

2. Waras Mekar cari beberapa potential Joint Venture (JV). Antaranya Enchant Acres (EA) yg nak buat 1MST tu, tapi tiada persetujuan. Ia di luar pengetahuan Negeri.

3. Bila 1MST dipublish online, WM buat laporan polis

4. MB buat kenyataan akhbar semasa Mesyuarat MMK menjelaskan ketidaksahihan 1MST

5. Semasa sidang DUN Nov lalu, MB sekali lagi terangkan dalam DUN, dan isytihar tanah yang diluluskan kepada WM ditarik balik”.

Semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan mengenai isu yang sekarang sedang hangat disebarkan. 

Hidup Melayu! @MPKotaBelud akan pastikan KUOTA BUMIPUTERA dipertahankan sehingga titisan darah terakhir! @NajibRazak

3

Alhamdulillah. Inilah berita yang kita tunggu-tunggu sejak sekian lama. Akhirnya ada juga tindakan dari pihak Kerajaan untuk memastikan kaum Bumiputera diberikan peluang yang secukupnya untuk memiliki kediaman sendiri. Nampaknya TSUNAMI CINA pada PRU yang lepas sebenarnya telah memberikan kita semua rahmat dan harapan yang baru.

Cuba bayangkan jika KPKT ini mash lagi dikuasai oleh Menteri CINA yang menang hasil usaha keras UMNO?!! Sudah tentu unit seperti UPB jauh dari pertimbangan mereka. Yalah, setelah berpuluh-puluh tahun menguasai kementerian tersebut, isu rumah terbengkalai pun tidak mampu diselesaikan. Jadi, jangan ceritalah isu yang berkaitan dengan kuota bumiputera ini.

Sebab itu kita kena selalu beringat. Mereka ini semua logo partinya sahaja lain, tetapi hati mereka tetap sama. Mana mungkin mereka hendak tabur pasir ke dalam periuk nasi anak bangsa sendiri?!! Hanya orang Melayu sahaja yang tidak sudah-sudah bertelagah dan bergaduh sesama sendiri sehingga ke hari ini.

Isu kuota ini pun sebenarnya sudah lama menghantui kita semua. Apa gunanya kuota tersebut jika harga rumah kediaman yang ditawarkan jauh di luar jangkauan kemampuan bumiputera? Itupun setelah ditolak diskaun 7%. Akhirnya setelah satu tempoh tertentu kuota tersebut tidak terjual, ianya dibuka untuk orang lain. Faham-faham sahajalah siapa yang akan menyapu bersih kesemuanya selepas itu.

Pernah juga terdengar desas-desus yang mengatakan harga rumah kediaman yang ditawarkan untuk kaum tertentu sebenarnya tidak semahal yang diiklankan agar taman perumahan tersebut dikuasai oleh kaum tertentu dengan cepat. Entah betul atau tidak dakwaan ini tidak dapat dibuktikan, namun apa yang jelas, kita boleh saksikan sendiri apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. 

Oleh kerana mereka jauh menguasai kepadatan majoriti penduduk, maka undi popular boleh berpihak kepada pembangkang apabila mereka sebulat suara bersatu hati menolak BN. Walhal, dalam masa yang sama, BN, walaupun dinafikan kemenangan 2/3, tetap mampu membentuk Kerajaan Pusat dan mengekalkan kekuasaan di negeri-negeri yang dimenangi sebelum ini, dengan bonus menawan Kedah melalui kuasa undi orang Melayu. Hayati poster di bawah ini untuk lebih faham.




Pada kami, UPB ini bukan sekadar memastikan hak bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Negara terpelihara, bahkan ia juga satu strategi bijak tersusun bagi memecahkan monopoli kuasa orang cina di kawasan-kawasan bandar dan yang pesat membangun. Dan, tolonglah jangan kata ini semua langkah UMNO hendak merampas hak orang lain kerana apa yang dilakukan ini sepatutnya sudah lama terlaksana. Apakah salah UMNO dan Kerajaan memastikan hak orang lain tidak dirampas secara sistematik oleh para kapitalis KIASU?!!

Tidak sampai setahun KPKT dikuasai Menteri UMNO, terus nasib bumiputera dibela. Kalau tidak nampak lagi, tidak tahulah hendak kata apa.




KLIA TAK FOFULAR...BETUI KA?

5

Laporan Media Amerika; CNN mendedahkan KLIA berada di kedudukan ke 27 dari 50 buah lapangan-lapangan terbang paling sibuk di dunia. Di peringkat negara-negara ASEAN sendiri KLIA jauh ketinggalan berbanding Airport Sukarno - Hatta, Jakarta (No 9), Airport Suvarnabhumi Bangkok, Thailand (No 14) dan Airport Changi, Singapura (No 15).  

Laporan ini sudah tentu menjadi lauk yang cukup sedap untuk membantai pihak kerajaan khususnya UMNO dan BN yang akan dituduh melakukan pelbagai pembaziran dan penyelewengan hingga menyukarkan KLIA bersaing dan mendapat ranking tertinggi di pentas antarabangsa. 

Tapi dari satu sudut, airport-airport lain selalunya sesak sebab penumpang domestiknya sendiri sudah begitu ramai. 

Teringat  ketika satu masa lalu semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan mengutarakan cadangan pembinaan KLIA. Dalam satu sesi soal jawab dengan seorang pemimpin mahasiswa di salah sebuah universiti terkemuka di Selangor, pemimpin mahasiswa yang konon begitu tinggi idealisme kemahasiswaannya itu bertanyakan satu soalan yang dianggap soalan maut kepada YAB PM.

Soalannya ; "Mengapakah kerajaan membina KLIA dengan kos begitu mahal sekali iaitu US$3.5 bilion sedangkan wang itu boleh digunakan memberi makan beribu-ribu rakyat Malaysia?"


Tun Mahathir - Pemimpin bijak pencetus KLIA. Beliau bercakap pakai otak bukan pakai kepala lutut

Selambanya YAB Tun menjawab; "Selepas habis RM3.5 bilion memberi makan beribu - ribu rakyat, mana kerajaan nak ambil duit lagi untuk menyara rakyat? Kalau kerajaan bina KLIA, kesannya bukan setakat beribu-ribu rakyat dapat makan bahkan berjuta-juta rakyat dapat pekerjaan dan dapat makan selama beratus-ratus tahun". Terkedu malu dan merah padam muka pemimpin mahasiswa tersebut. Hadirin riuh bertepuk tangan. Kini...di manakah agaknya bekas pemimpin mahasiswa itu berada sekarang?

Inilah cara kerajaan membangunkan negara dan membantu rakyat. Meransang ekonomi agar rakyat dapat pekerjaan. Bukan sekadar suap kemudian terus menerus menyuap. Dalam Islam sendiri menyuruh kita bekerja dan tidak hanya meminta-minta. 


KLIA 2 - bakal melonjak ekonomi negara di masa depan

Berbalik soal ranking KLIA tadi harus diambil tindakan segera oleh pihak KLIA sendiri. Rasanya pihak KLIA dan kerajaan ada perancangan mereka sendiri memajukan KLIA. Tambahan lagi apabila KLIA 2 dibuka dan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), maka kemungkinan ranking ini akan berubah. Dalam masa yang sama pembinaan KLIA 2 dan TMM 2014 pasti akan merangsang pertumbuhan ekonomi negara apabila wang asing mengalir rancak dalam negara tahun depan. Negara pula perlu aman damai agar ia dapat membantu menarik dan membangunkan ekonomi. Kekacauan perlu dielakkan. 

Datang sebagai pelancong, tapi akhirnya dicekup melacur di Malaysia
Tak guna kalau ranking KLIA meningkat dengan kapasiti penumpang yang ramai tapi jika yang datang tu ramai jalang-jalang GRO yang menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar. Atau yang memenuhi KLIA itu terdiri dari keldai-keldai dadah dan pekerja-pekerja asing. Tak guna juga kalau KLIA dilihat sibuk dengan kegiatan ulat-ulat teksi dan penjual kaki lima yang menganggu keselesaan penumpang.


Pihak KASTAM KLIA kini amat digeruni tokey-tokey dadah di dalam dan luar negara. Ranking keselamatan KLIA cukup tinggi.
Terbukti pihak berkuasa seperti KASTAM dan Polis di KLIA amat digeruni oleh penjenayah-penjenayah rentas sempadan yang ingin menggunakan KLIA sebagai pusat transit kegiatan haram mereka. Bila dah kena cekup, tokey-tokey mereka pun mula kecut telor. Berlumba-lumba pulalah para lawyer yang musibat cari duit membela para penjenayah. Bila kalah tuduh bukan-bukan pada kerajaan, UMNO dan BN. 

Haiya...ini semua salah kelajaan!



   

Khamis, 26 September 2013

Minyak NAIK lagi? Biar betul! @NajibRazak

8

Poster khas buat MACAI PR yang sudah mula asah peluru untuk tembak Kerajaan. Hari ini khabar angin yang mendakwa harga Ron 95 bakal dinaikkan lagi sudah mula tersebar. Puncanya bermula daripada berita akhbar pro-pembangkang yang pakai kulit  NEUTRAL untuk melariskan jualannya.


Sama ada betul atau tidak petrol akan naik harga, hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Cumanya kami di MyMassa amat-amatlah berharap agar biarlah reda dahulu kemarahan rakyat sebelum meningkatkan lagi kos hidup mereka. Berilah beberapa perkhabaran baik melalui BAJET 2014 tidak lama lagi dan pastikan mereka bersedia dahulu, terutamanya dari segi minda, sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Atau paling tidak pun, bubarkanlah terlebih dahulu PEMANDU sebelum nekad dengan keputusan untuk menaikkan harga petrol lagi. Lebih banyak wang negara yang boleh dijimatkan.

Kerana pada kami, kewangan yang rugi kita boleh cari ganti. Tetapi sokongan yang hilang tiada tara harganya selepas itu.

MP Lenggong boleh jadi LISTENING POST MT untuk anak muda. @YuseriYusoff #YBShamsulAnuar4MT

0

YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dilahirkan pada 1 JUN 1967 , di Kampung Luat, Lenggong Perak. Memulakan kerjaya sebagai pendidik (Guru - 1992-1999), bagaimanapun meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila dilantik sebagai Setiausaha Sulit YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan (1999-2004). 

Selepas Pilihanraya ke 11 beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2004-2007). Dan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dalam gerakan belia serta politik beliau meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam Pilihanraya ke-12 diberi mandat sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Lenggong setelah memenangi Kerusi P055 Parlimen Lenggong.


Dalam dunia politik, menjadi ahli UMNO seawal usia 18 tahun. Selain memimpin di peringkat cawangan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996–1998), Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000), dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000).

YB Dato Shamsul juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000-2004) kemudian bertukar ke UMNO Bahagian Lenggong sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004-2008), Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008-kini), manakala di peringkat UMNO Pusat sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009), sebagai Pengerusi Biro Belia Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009) dan juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009-kini). 

Pertama kali bertanding dalam PRU ke 12, atas Parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P055 Lenggong. YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah menang dengan memperolehi 10,992 undi serta mejoriti 4,919 undi menewaskan calon PAS, Ustaz Zulkifli Mohamad Zakaria yang hanya memperolehi 6,073 undi. Pada PRU13 beliau sekali lagi bertanding dan menang atas tiket BN di P055 Lenggong setelah menewaskan calon PAS. - BACA LANJUT DI SINI

MyMassa: Bagi memperkasakan UMNO dalam menghadapi PRU-14, barisan anggota MT yang baru kelak mestilah diwakili oleh para pemimpin yang mesra rakyat, cakna isu dan tuntas di siber. Lebih baik lagi jika semua ahli MT yang menang terdiri daripada mereka yang memenangi mother of all elections yang lalu. Pada pandangan kami, Pengerusi PTPTN ini wajar diberikan tempat dalam barisan MT kerana beliau sudah cukup biasa dengan pandangan dan kehendak suara anak muda akar umbi tentang Kerajaan. Ini adalah kerana, PTPTN juga dilihat satu medium yang efektif untuk mengetahui tentang sentimen sebenar yang sedang menguasai minda golongan muda di negara ini ketika ini.

Insya Allah, kemenangan YB Shamsul ke jawatan MT juga diharap dapat membantu memperkukuhkan lagi proses meremajakan UMNO, selain membawa suara dan aspirasi anak muda ke arus perdana.

Jangan lupa rebut 30 ribu peluang pekerjaan yang BN tawarkan mulai esok! @NajibRazak @MohdShafieApdal @KhairyKJ @NazirHussin79 @TaipanMaster

1

Ini adalah promo khas dari MyMassa sekali lagi untuk para belia atau pencari kerja di luar sana. Jangan lepaskan peluang keemasan kerana kali ini lebih 30000 peluang pekerjaan akan menanti anda di sana. Kami amat berharap yang para pembaca budiman bukan sahaja bisa memperoleh maklumat yang tepat, bahkan mungkin peluang untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik, selaras dengan dasar transformasi Negara, insya Allah.

Paling penting, jangan lupa juga untuk sama-sama memeriahkan majlis pelancaran karnival kerjaya kali ini yang akan disempurnakan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 28 September (Sabtu), jam 11 pagi



Di antara program menarik yang disediakan oleh pihak penganjur BN Youth Job Fair kali ini adalah Seminar Strategi Media Sosial (PERCUMA) kepada hadirin yang berminat sepanjang tempoh karnival berlangsung (27-29 September 2013). Daftarlah hari ini di sini kerana tempat duduk yang disediakan hanya terhad kepada 200 orang peserta sahaja. Ayuh, jangan kita lepaskan peluang untuk menimba ilmu daripada pakar-pakar sosial media dari seluruh dunia yang dibawa khas buat hadirin semua di lokasi berikut:

Dewan Tun Razak (Hall 1), Putra World Trade Centre

Inilah bukti YAB PM dan pihak Kerajaan benar-benar serius dalam usaha transformasinya untuk membantu rakyat meningkatkan lagi taraf hidup mereka agar tidak tercicir dari arus perdana. Slogan BN bukanlah sekadar omongan kosong di atas jalanraya dan dataran demonstrasi. Insya Allah dengan peluang yang sama, siapa yang kuat berusaha, pasti akan berjaya.

@CMLimGuanEng pakar SILAP MATA?!! @NajibRazak

0


Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi. 

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi. 

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ? 

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP. 

Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP.  - BACA LANJUT DI SINI

MANTAN MB KEDAH AZIZAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

0
AL FATIHAH SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ILAHI

Jom tengok CINA KIASU Singapura DIBELASAH orang MELAYU sebab KURANG AJAR!

3
Sebelum ini, kami pernah mendedahkan satu rakaman video seorang lelaki Cina menyepak berkali-kali kepala seorang anak Melayu yang disyaki melakukan jenayah, dalam keadaan tangannya berikat. http://mymassa.blogspot.com/2013/09/khas-buat-melayu-pakatan-jom-tengok.html



Hari ini, kami hidangkan pula satu lagi rakaman pergaduhan kaum yang melibatkan Melayu-Cina. Kali ini pergaduhan tersebut berlaku di Singapura, sebuah negara bandar yang dikatakan sebagai paling selamat di dunia.

Beza video ini dengan yang sebelum ini, Melayu Singapura membuktikan diri mereka tidaklah selembik yang disangkakan. Kebersatuan mereka dalam mempertahankan maruah bangsa sebenarnya masih jauh lagi utuh berbanding kita. Mungkin juga kerana Melayu di sana mempunyai kadar survival yang lebih tinggi kerana mereka menghuni kelompok minoriti. Namun apa yang pasti, mereka jauh lebih berani untuk mempertahankan sesama sendiri daripada dihina berbanding Melayu dalam video sebelum ini yang melihat sahaja anak bangsa mereka diperlakukan seperti anjing kurap.




"Kejadian ini berlaku di Orchard Towers, satu destinasi tmpt mat salleh suka pi clubbing dan cari pompuan. Benda ini dah agak lama. Antara budak kat dlm tu ada gak members. Waktu budak melayu tu nak melintas ferrari tu tak nak bagi way. Budak tu komen ferrari so wat, tu yg cina tu naik angin konon melayu hina ferrari dia. Dia pun kuar nak bantai budak tu. Ada sekumpulan anak muda melayu yg nampak budak melayu tu kena, apa lagi dorang trus join in lah. Dorang bersurai sebab nampak keta polis dtg. Kalau tidak cina tu dah kena lagi teruk dah malam tu."

Agak-agaknya, kalau kereta peronda polis itu tidak lalu di situ malam itu, sudah tentu rusuhan kaum Singapura 1963 akan berulang. Ini juga satu bukti bahawa rakyat Singapura sudah banyak berubah. Daripada satu masyarakat yang begitu takut didenda dan dikenakan tindakan undang-undang, semakin ramai yang bangkit meluahkan apa yang terpendam selama ini secara terbuka. Mungkin apa yang terjadi ketika perlawanan di antara Malaysia dan Singapura dalam kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar tahun 2011 yang lalu memberikan inspirasi kepada kejadian di atas?


Malah dalam pilihanraya umum Singapura dan pilihanraya kecil mereka baru-baru ini, ternyata parti KIASU PAP sukar mendapatkan sokongan dan kemenangan di kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang signifikan. Mungkin selama ini mereka beranggapan bahawa jika Melayu terus-menerus ditekan dan dipecah belahkan, mereka akan akhirnya lemah dan mati. Ternyata tanggapan ini silap, kerana mereka kini berhadapan dengan satu kelompok bangsa Islam yang tidak takut untuk kehilangan apa-apa lagi.



Bukti Kebodohan Macai Tahap Tertinggi.

4
Ada seorang pembaca yang menghantar gambar ini kepada MyMassa.


Menurut pengirim, artikel ini dikeluarkan oleh Akhbar Suara Keadilan.

Betul ke hutan kat Sarawak tinggal 5% je? Nampak sangat bangang siapa yang mempercayai berita ini.

Kalau kat KL, MyMassa percaya mungkin tinggal 5% je hutan. Tak percaya boleh semak peta Google.


Kesian MyMassa tengok para macai pembangkang. Dengan membaca berita yang gambarnya hitam putih, mereka boleh percaya dengan pembohongan pemimpin mereka. MyMassa ambil peta Bahagian Kuching sahaja dah boleh buktikan bahawa masih banyak hutan di Sarawak.


Belum lagi MyMassa ambil Bahagian di pedalaman seperti Miri dan Kapit.


Kepada editor Suara Keadilan, janganlah nak memalukan ORANG MALAYA dengan fitnah Kerajaan Sarawak dengan begitu teruk. Kalau nak menfitnah tu, agak-agak la.

*Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh nak diikut.

Rabu, 25 September 2013

ADAKAH LKS BERFAHAMAN KOMUNIS, BENARKAH RAMAI KOMUNIS DALAM MCA?

1
LKY KATA DIA NASIONALIS, CHIN PENG KOMUNIS, LKS APA PULA?
Semasa hayatnya, Chin Peng memperjuangkan sebuah negara Malaya Komunis. Negara Komunis Malaya dengan cara menghalau penjajah British dan menghalau penjajah Jepun. Mari kita bayangkan sejenak, jika pada tahun 1940an, Chin Peng berjaya menghalau penjajah British atau penjajah Jepun dengan bantuan Parti Komunis China ketika itu, adakah negara kita ini mengamalkan sistem Komunisme atau Demokrasi?

Semasa Rundingan Baling 1955, Chin Peng bersetuju menyerah kalah dan bersetuju meletak senjata tetapi dengan syarat Parti Komunis Malaya (PKM) dibenarkan bergerak aktif di dalam negara! Pada ketika itu, Chin Peng lebih rela masuk semula ke dalam hutan kerana ketika itu PKM masih kuat dan masih banyak senjata yang diperolehi selepas menipu British untuk menghalau penjajah Jepun. Hanya pada tahun 1989, barulah Chin Peng mahu berdamai semula dengan Kerajaan Malaysia setelah politik dunia sudah berubah.

Pada tahun 1989 hingga kematiannya baru-baru ini, Parti Komunis China tidak lagi memberikan apa-apa bantuan kepada PKM, sebaliknya PKM  hanya bergantung dengan senjata-senjata lama mereka.

Semasa Chin Peng berada di Beijing pada tahun 1980an, beliau menikmati layanan yang mulia di sana termasuk diberikan rawatan perubatan yang baik, tempat tinggal yang baik, malahan diberi slot khas kepada PKM dalam siaran radio di China.
LKY BENCI KOMUNIS, BAGAIMANA LKS?
LEE KUAN YEW BENCI KOMUNIS
Dalam memoirnya, Lee Kuan Yew dengan jelas menolak Komunisme dan benci kepada Komunis. Kata Lee Kuan Yew, "saya bukan Komunis, saya seorang Nasionalis!".

Malahan, apabila Tunku Abdul Rahman hendak melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua pada tahun 1964, Lee Kuan Yew susah hati dan segera terbang ke Kuala Lumpur dan menentang hasrat Tunku itu. Lee Kuan Yew sanggup menunggu Tunku yang ketika itu sedang bermain golf di Cameron Highland.

Lee Kuan Yew memberitahu Tunku bahawa, parti PAP lebih kuat dan lebih baik dari MCA. Sepatutnya TPM Kedua itu hendaklah dari PAP. Lee Kuan Yew turut menuduh, kebanyakan ahli-ahli MCA adalah Komunis yang menguasai ladang-ladang getah dan lombong-lombong.

Saya tidak pasti sama ada tekanan-tekanan dari Lee Kuan Yew yang menghalang Tunku melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua ketika itu.

Tetapi, Tunku melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Menteri Kanan iaitu Menteri Kewangan, walaupun pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu mendesak supaya Menteri Kewangn diberikan kepada UMNO.

Salah satu sebab mengapa Kerajaan Ratu Elizeberth di London tidak mahu memberikan Kemerdekaan kepada Singapura pada tahun 1950an juga kerana faktor Komunis. Pada masa itu, Parti Buroh, Sekolah dan NGO-NGO Cina di Singapura berat kepada Komunisme.

Akhirnya, walaupun lebih 10 kali rombongan PAP merayu kepada Kerajaan Ratu England, akhirnya mereka gagal mendapat kemerdekaan secara langsung untuk Singapura.
BENARKAH DALAM MCA ADA AHLINYA BERFAHAMAN KOMUNIS?
TANYA LIM KIT SIANG
Bolehkah anda bertanya kepada Lim Kit Siang adakah DAP berfahaman Komunis? Saya hanya pasti Lee Kuan Yew dan PAP tidaak berfahaman Komunis kerana Lee Kuan Yew jelas menolak fahaman Komunisme.

Kenapa perlu tanya Lim Kit Siang pasal Komunisme? Sudah tentu isu hari ini ialah Chin Peng yang telah mati itu adalah seorang Cina Komunis!

Isu Chin Peng adalah isu khusus masyarakat Cina. Isu Cina adalah isu yang berkait kepercayaan dan kebudayaan mereka. Lim Kit Siang adalah seorang Cina, sekarang mari kita bertanya Jika Lim Kit Siang akan hal ini.

Kalau Chin Peng jelas seorang Komunis, Lee Kuan Yew bukan Komunis, bagaimana pula Lim Kit Siang?

Jika Lim Kit Siang boleh menjawab dengan betul, isu kematian Chin Peng akan selesai. Jika Lim Kit Siang menjawab dengan cara yang salah, isu kematian Chin Peng akan berterusan sehingga PRU14.

Inilah yang dikatakan 'The Chinese Dilemma' (artikel 2009).

Kredit Kepada http://merdeka-online.com/home/tanya-lks-adakah-dia-berfahaman-komunis/