Jumaat, 31 Mei 2013

Geng Azmin Mula Edar Hubungan Rahsia Elizabeth Wong Dengan Lelaki Di Pejabat Anwar?

16
E-mel yang berlegar dalam kem Azmin.








Bagaimana seorang dari Pejabat Anwar Ibrahim meminta bantuan Elizabeth Wong untuk meluluskan penjualan tanah bagi tujuan komersial dalam Mesyuarat EXCO?

Sumber MyMassa memaklumkan bahawa Azmin dan pemimpin PKR lain memang bengang dengan geng Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan Wan Azizah. Geng Khalid Ibrahim nampak macam BERSIH tetapi tidaklah sebersih mana.

Persoalannya, bagaimanakah kelulusan untuk tanah kepada syarikat swasta boleh dibincangkan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 28 Januari 2013 (seperti mana dalam e-mel pertama)?

Kenapa Kerajaan Negeri Selangor tergesa-gesa untuk meluluskan tanah hampir dengan pembubaran DUN negeri tersebut? Adakah ianya ada kaitan dengan wang perbelanjaan berkempen dalam PRU 13?

Jika benar apa yang terkandung dalam e-mel ini, maka SPRM perlu masuk menyiasat penglibatan orang politik dari pejabat Anwar Ibrahim boleh bagi proposal kepada seorang EXCO untuk kelulusan tanah.

Takkan Dr. Khir Toyo boleh kena dakwa tapi Abdul Rahman Yusof dan Elizabeth Wong boleh terlepas?

*SPRM sila siasat!

Berrriiibbbuu Tannniya! Rakyat Selangor Dapat Speaker DUN Paling Aktif Ber......

4

*Orang yang main facebook dalam Dewan Undangan Negeri pun boleh lantik Speaker? Kalau tak percaya boleh semak di sini : http://ikrarpemuda.blogspot.com/2013/05/tahniah-selangor-dapat-speaker-pertama.html

Ramai MACAI Sakit Hati Dengan Muka Depan Akhbar Ini.

13
Senyum......tak perlu kata apa-apa.....senyum....


*Korang tengok ruangan komen kat sini (FB Sinar), ramai MACAI dah meroyan.

Khamis, 30 Mei 2013

Santai : Layan Lagu Madu 3.

8
Gambar hiasan.

Senangnya dalam hati
Kalau beristeri dua
Terasa dunia ini
Ana yang punya

Kepada isteri tua
Ana sayang padanya
Kepada isteri muda
I say i love you

Isteri tua merajuk
Balik kerumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga


*Layanzz...


Berriibbbuuu Tanniiya.....Pemuda BN Masih Amalkan Politik GENTLEMAN Walaupun Kena Serang.

12

1. Walaupun keputusan PRU 13 telah diwartakan, nampaknya jentera serangan dan propaganda pembangkang tidak henti-henti menyerang dan 'mengebom' musuh. Di pihak Barisan Nasional terutamanya Pemuda, tiada pula kelihatan sama ada mereka cuba mempertahankan pihak mereka atau menyerang kembali pihak lawan. Sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. Sungguh GENTLEMAN...

2. Umum mengetahui bahawa tuduhan pengundi BANGLA merupakan satu fitnah. Malah beberapa pengundi berkulit gelap yang ditahan oleh penyokong pembangkang bukan pengundi hantu tetapi rakyat Malaysia berketurunan India atau India Muslim. Namun, Pemuda MIC atau KIMMA tidak nampak bangkit memperjelaskan kepada kaum India bahawa pembangkang telah bertindak RASIS dengan mengatakan bahawa yang gelap itu rakyat Asing. Sungguh GENTLEMAN...

3. Dalam bab serang menyerang pembangkang sudah di OUTSOURCEKAN kepada NGO atau Blogger. Hanya beberapa orang pemimpin  Pemuda BN yang kelihatan LANGSI dan terkeluar dari arus POLITIK GENTLEMAN seperti YB Khairy, Tun Faisal, Saudara Razlan, Sheik Hussein Mydin dan beberapa pemimpin lain yang lebih kehadapan. Oleh kerana terlalu GENTLEMAN, macai yang tak habis belajar macam Adam Adli lebih popular dari GENTLEMAN dalam Pemuda BN terutamanya dalam parti komponen BN yang lain. Blogger seperti Shizone atau Shen Yee Aun lebih vokal dan popular dari pemimpin yang mengamalkan POLITIK GENTLEMAN.

4. MyMassa rasa amalan POLITIK GENTLEMAN tak salah cuma kurang sesuai apabila berhadapan dengan musuh seperti Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Rahsia kenapa pembangkang dilihat rakyat lebih dominan adalah kerana mereka bekerja sejak hari pertama selepas keputusan PRU diumumkan. Mereka tidak akan berhenti selagi musuh mereka tidak ditumbangkan di Putrajaya. Anda boleh lihat bagaimana Pemuda DAPSY, PAS dan AMK telah mula menyerang Kerajaan dengan pelbagai isu walaupun Pilihan Raya hampir sebulan berlalu.

5. DAP telah mula mendaftarkan pengundi baru sebagai persediaan menghadapi PRU 14. Adakah kita mahu lihat rekod pendaftaran pengundi seperti ini akan berulang?


6. MyMassa harap agar teguran dalam artikel ini diterima dengan hati yang terbuka. Rakyat sekarang ni terutamanya golongan muda lebih suka memilih pemimpin yang vokal untuk mewakili mereka walaupun pemimpin tersebut tak buat kerja. Mana-mana yang dikenalpasti akan menjadi calon dalam PRU 14 (termasuk calon yang kalah tetapi menunjukkan prestasi baik) perlu di GROOMING lebih awal supaya rakyat di kawasan tersebut mengenali beliau.

*Ikut resmi tempoh pembangkang berkempen....bukannya tempoh 2 minggu yang ditetapkan SPR tapi 5 tahun tanpa henti-henti. 





ANWAR HALAU WAKIL DR. XAVIER SEMASA MESYUARAT

6
WAKIL DR. XAVIER DIHALAU KELUAR DALAM MESYUARAT OLEH ANWAR
Akibat kecewa Dr Xavier Jeyakumar digugurkan daripada menjadi exco Kerajaan Negeri Selangor, para penyokongnya menyerbu ke rumah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
 
Difahamkan mereka juga telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Anwar, memujuk agar ADUN Seri Andalas itu diberi peluang satu penggal lagi menjadi exco. 

Rabu, 29 Mei 2013

LIM KIT SIANG vs TAI ZEE KIN

9

Orang Malaysia dahulu atau Orang Cina dahulu?

Lucunya, jika anda tanyakan soalan itu, ramai kaum etnik Han Cina Malaysia akan menjawab bahawa mereka adalah orang Malaysia dahulu, dan orang Cina kemudian, tanpa MENGETAHUI apakah maksud menjadi ‘orang Malaysia dahulu’.

Selasa, 28 Mei 2013

BAHAGIAN 2: KALIMULLAH MUSUH DALAM SELIMUT

12


Susulan artikel pertama ini  http://mymassa.blogspot.com/2013/05/kalimullah-pembelot-negara-spy-singapura.html kami menerima emel kedua dari wartawan senior menceritakan bab seterusnya akan seorang manusia lalang yang semakin liar bernama Kalimullah Hassan bin Masheerul Hassan ini @ Kalimullah.

Bukti Dokumen Sejarah. Skrip Strategi Pakatan Dalam PRU 13 Telah Tertulis Sejak Tahun 1980an.

9
MyMassa pelik apabila Karpal Singh tiba-tiba menyebut mengenai OPS Lalang baru-baru ini.


Apa kaitan dengan OPS LALANG (1987) dengan keputusan PRU 13? Setahu MyMassa, keputusan PRU kali ini lebih mirip kepada PRU ke-3 (1969) di mana Parti Perikatan hilang undi popular.


Setelah mengkaji dokumen sejarah yang pernah dibentangkan di Parlimen mengenai OPS LALANG, rupa-rupanya strategi DAP selepas PRU ke-7 (1986) sama seperti strategi mereka dalam PRU 13. Selain daripada itu, pendekatan lebih liberal Kerajaan pimpinan Tun Mahathir yang baru menggantikan Tun Hussein Onn pada tahun 1981 juga menyebabkan pembangkang besar kepala dan mula membelakangkan undang-undang.


Sebagai rumusan, berikut adalah strategi yang digunakan oleh pembangkang untuk memecah belahkan kaum terutamanya kaum Cina selepas PRU ke-7.

1. Menggunakan isu-isu perkauman seperti isu sekolah Cina.
2. Menggunakan isu Kalimah Allah (kononnya murid bukan Islam dipaksa meminta restu daripada Allah).
3. Menuduh MCA dan MIC sebagai penakut dan tunduk kepada UMNO.
4. Menggunakan persatuan-persatuan Cina untuk menyerang Kerajaan.
5. Menggunakan gerakan Kristian bandar untuk menyebarkan dakyah Anti Kerajaan.
6. Menggunakan isu Alam Sekitar seperti Asian Rare Earth (sama seperti isu Lynas).
7. Menggunakan gerakan-gerakan pelajar termasuk luar negara yang diketuai oleh Hishamuddin Rais.
8. Peranan akhbar-akhbar seperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan. Peranan Watan sekarang ini diganti oleh Sinar Harian.

Anda tidak percaya dengan pendedahan ini? Jika tak percaya, sila baca sendiri  
KERTAS PUTIH TAHUN 1988 YANG DIBENTANG DI PARLIMEN BERTAJUK KE ARAH MEMELIHARA KESELAMATAN NEGARA.


Cover page






Sumber :
http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/07/08/operasi-lalang-in-1987-part-1/
http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/07/09/operasi-lalang-1987-part-2/

*Mohon disebarkan kepada semua orang Melayu. Bila Kerajaan berlembut kepada pembangkang, mereka pula naik tocang. Pembangkang tahu ramai Orang Melayu malas untuk mengkaji sejarah negara. Sebab itulah mereka berani untuk menggunakan taktik yang sama untuk menjatuhkan Kerajaan yang sama.

Amalan rasis berleluasa di Singapura, Melayu disana tidak penting lagi.

18
Amalan rasis dipraktikkan secara berleluasa dalam politik di Singapura, dedah Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Dr Lily, pensyarah di Universiti Sydney, Australia berkata walaupun Ahli Parlimen Melayu PAP memiliki izajah PhD dan menang dalam Pilihanraya Singapura, namun Ahli Parlimen berbangsa Melayu itu tetap diberi portfolio yang kurang penting.



Video Terlampau. @RafiziRamli dan Penyokong Pembangkang.

14
Video yang semakin laris di pasaran.


Terlampau MAHAL!!!!

Di Malaysia, harga sebuah Prius adalah dari  RM139,915 manakala di Singapura RM450,000 (USD 154,000).


Masih mahal? Ini ada berita baik untuk anda.
KUALA LUMPUR, 28 Mei — Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

“Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di sini hari ini. — Bernama

*Kerajaan memang mahu menurunkan harga kereta tetapi penurunan perlu dibuat secara berperingkat untuk mengelakkan kerugian kepada pemilik kenderaan serta penjual kenderaan terpakai.

Isnin, 27 Mei 2013

Rahsia Besar MCA dan GERAKAN Buat Majik Kepada DS @NajibRazak Terbongkar!

17
Jom tengok statistik daftar pemilih pada tahun 2010 (Jan-Jun).


Dalam masa 2 tahun lepas PRU 2008, MCA hanya mendaftar seramai 2,897 orang pengundi manakala DAP mendaftarkan seramai 55,321 orang pengundi dalam tempoh yang sama (6 bulan).

Gambar Terlampau @KhairyKJ Buat Ketua Pemuda PAS dan PKR Sakit Mata.

16
Tu dia gambar terlampau Ketua Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional!



TERLAMPAU AKTIF!

Bandingkan dengan Ketua Pemuda PAS dan PKR.


Sebab tulah HIMPUNAN HARAM jadi aktiviti utama Pemuda Pembangkang. Pemimpin diorang mana fit nak buat aktiviti keluarkan peluh macam KJ.

*MyMassa nasihatkan Ketua Pemuda PKR dan PAS daripada menyusahkan pihak polis dengan buat perhimpunan haram, lebih baik masuk askar wataniah. Sekurang-kurangnya dapat juga jadi contoh kepada penyokong mereka dan dapat men'fit'kan badan.


Ahad, 26 Mei 2013

Presiden Melayu Pertama Singapura tinggal sejarah. Rakyatnya sudah lupa!

20

Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim berkata, Presiden Melayu Pertama Singapura kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi diingati rakyat negara itu pada generasi mutakhir ini.

Menurut Dr Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung dengan Malaya sekitar tahun 1963, kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan Lee Kuan Yew mempotretkan negaranya sebagai beridentiti Melayu dengan melantik Yusof bin Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir William Allmond Codrington Goode, Gabenor Singapura.

Lagu kebangsaan Singapura juga berbahasa Melayu, “Majulah Singapura” yang digubah pada tahun 1957 oleh seorang penggubah muzik filem yang terkenal pada masa itu, Encik Zubir Said.

Begitu juga dengan lambang bendera Singapura yang terdapat bulan dan bintang sebagai simbol Islam dan para pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di negara itu.

“Ironiknya, pada masa kini, elemen soalan ‘Siapa nama kamu ? Di mana kamu tinggal ? dan perkataan ‘Majulah Singapura’ tidak lagi difahami oleh kebanyakan rakyat Singapura.”

Dr Lily berkata demikian dalam bukunya bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.






Pada 31 Ogos 1963, Singapura memperolehi kemerdekaan daripada pihak British apabila negara itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah Melayu) dan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) membentuk negara Malaysia.

Dua tahun kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan dari Malaysia kerana berlaku rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan hak keistimewaan kaum Bumiputera, menuntut persamaan hak antara Bumiputera dan bukan Bumiputera serta melaksanakan sistem meritokrasi berasaskan konsep Malaysian Malaysia.

Rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 1969 yang lebih dikenali sebagai ‘Peristiwa 13 Mei.’

Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama.

Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970.

Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang. AIDC

Khamis, 23 Mei 2013

#Fakta Yang Ramai Rakyat Malaysia Perlu Tahu. Sebarkan.

22
Rakyat Malaysia perlu memahami Akta Perhimpunan Aman 2012 sebelum terpedaya dengan fitnah pembangkang.


Pihak polis telah banyak memberikan toleransi kepada pihak ini tetapi mereka telah melampau dan melanggar undang-undang.
 
*Sebar-sebarkan.

Wajib Baca! Pemimpin Tinggi DAP Sahkah #GST Tak Akan Membebankan Rakyat.

11
Cuba tengok apa yang dipaparkan di blog salah seorang pemimpin tinggi DAP.


Kalau tak percaya boleh tengok keseluruhan penerangan mengenai GST yang ada di blog Ngeh Koo Ham.

Rabu, 22 Mei 2013

TANPA ANWAR, TANPA DEMO, HARGA PETROL TURUN

21

RON97 turun 20 sen mulai malam tadi

KUALA LUMPUR 22 Mei - Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam tadi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

TANPA ANWAR, TANPA DEMO, HARGA PETROL TURUN, Macam tak percaya pula. Kalau ikut cara Anwar dan PKR kena menjerit-jerit dan melolong-lolong kalau nak turunkan harga minyak. 

KALIMULLAH PEMBELOT NEGARA : SPY SINGAPURA

27




Nampaknya Kalimullah telah mengambil keputusan untuk menonjolkan semula dirinya selepas sekian lama mendiamkan diri. Kali ini Kalimullah memulakan serangan sinisnya kepada orang Melayu dan Islam di negara ini dengan mempertahankan CEO Air Asia X dengan turut serta memperlekehkan Utusan Malaysia dan seterusnya perjuangan orang Melayu mempertahankan survival bangsa kita dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.