
ISU RCI SABAH : PENDEDAHAN MENGEJUTKAN SEMALAM !
isu RCI sabah sedang dalam proses soal siasat.isunya mengenai dakwaan kerajaan malaysia memberikan ribuan IC kepada warganegara luar sekitar tahun 1990 an yang menjurus dan membolehkan mereka ini LAYAK MENGUNDI sewaktu pilihanraya 1995.benarkah dakwaan ini ?dakwaan yang mengatakan kerajaan memberikan IC kepada warganegara luar untuk membolehkan mereka mengundi BN pada pilihanraya 1995 ?LIHAT KENYATAAN MALAYSIAKINI 2 MINGGU LEPAS.mohd nasir sungip merupakan timbalan pengarah jabatan pendaftaran negara (negeri sabah) mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi durian burok dari tahun 1992-1995.operasi ini bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan ( IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi.tambah nasir sungip, ini adalah arahan SPR.SOALAN ?benarkah ini arahan SPR ?lihat jawapan di bawah yang dikeluarkan oleh malaysianinsider semalam.1) bekas pengarah JPN , ramli kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara peluang untuk mengundi. ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.2) bekas pengarah JPN, datuk abdul raouf sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. datuk raouf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan.
| Jangan Kelam Kabut, biar RCI menjalankan tugas - Tan Sri Abdul Gani Patail |
| Kerana 'kebijaksanaan' beliau seperti Hang Nadim, Nasharuddin juga menerima nasib yang sama (gambar dari http://shahnons.blogspot.com) |
Kerajaan Selangor Mengaku kalah!
Selangor dah umumkan akan bubar DUN selepas sambutan Chap Goh Mei. Bagi Lolong, ini adalah serampang dua mata.
Yang pertama mereka mahu memancing Kerajaan Persekutuan mengikut ‘gerak tari’ mereka. Dengan mengumumkan pembubaran lebih awal, mungkin mereka anggap PM akan terpaksa mengikut tarikh mereka sekaligus memberikan 1 mata kemenangan moral.
Kedua, nampaknya Kerajaan Selangor sudah tak mampu untuk menanggung pelbagai isu yang mereka hadapi. Setiap hari mereka digegarkkn dengan tuntutan janji-janji pilihan raya opsss manifesto, bukan janji! Heheheh.
Kegagalan mereka menepati janji seperti air percuma, bantuan ibu tunggal, pelaksanaan tawas yg mengelirukan errr banyak lagi la kalau nak tulis panjang gila.
Ini belum kira kegagalan pentadbiran dari isu sampah, banjir kilat, penyelenggaraan prasarana sehinggalah kegagalan UNISEL, TALAMGATE huh letih nak senaraikan.
MB Khalid yg sebenarnya bukan pemimpin yang mmmpu mentadbir dengan baik. Barangkali dengan membubarkan DUN lebih awal mereka mahu mencuci dosa.
Bagi LOLONG percaturan ini akan memakan diri! Selangor akkn kembali ke pangkuan BN.
Berita dipetik dari BH online:
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei iaitu 15 hari selepas Tahun Baru Cina, bulan depan.
Jumaat November 30, 2012 MB S'gor: DUN Akan Dibubarkan Mac Tahun Depan
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Inilah buat pertama kalinya sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.
Selangor juga akan menjadi negeri yang pertama di Semenanjung mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan persekutuan.
Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.
"Kami (di Selangor) mendapat mandat untuk berkhidmat selama lima tahun...ini adalah kehendak rakyat," katanya kepada para pemberita selepas selesai persidangan dewan.
Gempar!!! Wan Azizah Akan Mengadakan Pertemuan Dengan Dr Abdul Aziz Rantissi Yang Mati Syahid Tahun 2004 Kahmis Ini!
Lawak apakah yang cuba dibuat oleh Suara Keldaian? Suara Keldaian melaporkan bahawa Presiden PGayR akan mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin Hamas di pejabatnya Khamis ini. Dan pemimpin yang dimaksudkan adalah Ahli Kabinet Hamas, Walid Amudi dan salah seorang Pengasas Hamas, Dr Aziz Rantisi!!!
PAS sewajarnya memandang positif terhadap penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi ke Gaza sebagai model perpaduan serta membangkitkan semangat kerjasama di antara Hamas dan Fatah.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Nasharudin membuktikan sikap toleransi salah seorang Pemimpin Pembangkang yang mempunyai ruang jalinan persefahaman bersama Kerajaan Pusat dari sudut keamanan sejagat.
"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, semalam.
Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak menyekat malah tidak campurtangan terhadap sebarang tindakan PAS bagi menukar platform perjuangannya.Seterusnya komen Dr Haron Din mengenai pemecatan Ustaz Nasha
Beliau yang tetap bersetuju dengan saranan Nasharudin berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu.
"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti.
"Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya.
Berhubung dengan dakwaan ada sumber dalaman mengatakan golongan 'Anwarinas' akan cuba mempengaruhi Majlis Ulama Syura yang mahukan Nasharudin Mat Isa dipecat, Haron Din berkata beliau sendiri tidak tahu sama ada isu tersebut akan dibincang di dalam mesyuarat tersebut pada Ahad ini 9 Sept 2012.
"Kalaupun nak sampai kepada pemecatan, ia bergantung kepada sejauh mana perkara itu serius atau pun tidak."Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan," katanya
Seramai 446,219 Pati Diusir Dari Tahun 1990http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/1/30/mstar_berita/20130129211845&sec=mstar_berita
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu 446,219 pendatang tanpa izin di negeri ini telah diusir antara 1990 sehingga semalam.
Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata mereka terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara.
Saksi kelima yang dipanggil semula memberi keterangan pada prosiding hari keenam itu berkata pada Januari tahun ini sahaja, 870 pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing.
Kepada soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, saksi itu berkata sehingga semalam 3,741 pendatang tanpa izin dari Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara telah ditahan di tiga buah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di bawah seliaan Pasukan Petugas Khas itu.
Beliau berkata 1,899 pendatang tanpa izin ditahan di PTS Papar, PTS Sibuga (683) dan 1,159 di PTS Tawau. Suhami juga berkata pasukan itu membelanjakan RM72 juta bagi menjalankan aktiviti di skim-skim penempatan di negeri ini sejak 1990 hingga sekarang.
Saksi itu juga diminta menjelaskan peranan Pasukan Petugas Khas itu antaranya bertanggungjawab ke atas pendaftaran pendatang luar negeri di Sabah dan Labuan.
Beliau juga berkata pasukan itu juga mempunyai kuasa untuk menangkap dan menahan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen manakala pengusiran dilakukan oleh Jabatan Imigresen.
Katanya pasukan itu juga terlibat dalam memberikan dokumen iaitu sijil banci kepada pelarian Filipina di skim penempatan, yang datang ke Sabah kerana peperangan di negara mereka.
Beliau berkata pelarian yang diberikan sijil banci ini mesti memegangnya pada setiap masa dan ia boleh digunakan untuk memohon kad IMM-13 iaitu dokumen sementara.
KOTA BHARU - Sambutan hari lahir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini lebih bermakna apabila beliau menerima kelahiran cicit sulungnya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.
Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan.
Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki.
“Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.
“Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam. Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar.
Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, selamat dilahirkan Isnin lalu kira-kira jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian. Bayi kembar itu adalah cucu sulung kepada anak Nik Aziz yang pertama iaitu pasangan Nik Aini, 50 dan Fakhruddin.
Pasangan kembar itu adalah anak sulung kepada Nik Farhana, 27 yang juga anak kedua Nik Aini.
Sinchew Daily News
Perkara: dapat maklumat tarikh PRU dari dalaman UMNO?
Tajuk:
PRU 30 Mac berlaga dengan dua cuti besar
Kumpulan media penyokong DAP mendapat maklumat dari dalaman UMNO, mengatakan PRU akan jatuh pada 30 Mac. Jika benar ia begitu, waktu itu ada 2 cuti besar yang boleh menjejaskan keadaan.
Penggal pertama cuti sekolah, pada lazimnya jatuh pada minggu kedua bulan Mac, tetapi pada tahun ini agak lewat dan akan jatuh pada minggu keempat bulan Mac, ramai orang telah meramalkan PRU akan jatuh pada penghujung bulan Mac iaitu pada hari Sabtu iaitu pada 30 Mac.
Sebenarnya tarikh itu agak kurang sesuai, kerana ada 2 percutian besar. Yang pertama hari bersih kubur Cina jatuh pada 4 April (Khamis), lazimnya orang-orang Cina akan bersihkan kubur seminggu sebelum tarikh itu, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad 30 Mac dan 31 mac. Mungkin pada waktu itu dapat membantu orang-orang Cina turun mengundi kerana mereka kebanyakannya kembali ke kampung halaman bersihkan tanah perkuburan dan pada masa yang sama membuang undi! Tetapi realitinya tidak begitu, selepas orang-orang Cina keluar dari kampung halaman berhijrah keluar, ramai daripada mereka telah tinggal dan bertapak di tempat mereka bekerja serta berkahwin dan berumah tangga di situ, sudah tentu tempat mereka mengundi juga di kawasan yang sama. Sebaliknya tanah perkuburan keturunan dan saudara mara mereka masih tetap di kampung mereka, dengan itu ia mendatangkan kesulitan kepada orang-orang Cina, selain daripada mahu membuang undi mereka juga terpaksa kembali ke kampung halaman mereka!
Yang kedua pada 29 Mac hari Good Friday untuk orang-orang Kristian dan pada hari ketiganya pula pada 31 Mac adalah hari Easter, orang-orang Kristian ada 2 hari kebesaran yang paling penting, iaitu hari Krismas dan hari Easter. Pada lazimnya mereka buat persediaan beberapa bulan sebelum tiba tarikh itu, terutama sekali orang-orang yang beragama Katolik, mereka amalkan lebih banyak hari perayaan, seminggu sebelum hari Easter lazimnya mereka akan adakan banyak perjumpaan keagamaan, imbas kembali pada waktu Tsunami kecil PRU tahun 2008, keesokan harinya iaitu hari Ahad, seluruh lorong-lorong dan pekan di negeri Selangor senyap sunyi, orang-orang yang menghadiri hari Easter juga terjejas, dengan itu waktu mengundi nanti tiket undi condong dan berpihak kepada siapa pula?
#RCISabah : Boo Su Lyn The Malaysian Insider SPIN Keterangan Saksi
Inilah antara sebab kita jangan terlalu mudah percaya dengan setiap laporan yang dikeluarkan oleh media pembangkang. Terutama sekali laporan dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider.
Selain banyak guna pengikat kata pada setiap perkataan laporan wartawan mereka kadangkala ditokok tambah supaya memberi kelebihan kepada pihak mereka.
Laporan pendengaran awam prosiding RCI untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang ditulis oleh Boo Su-Lyn sebagaimana dipaparkan dalam gambar (atas) adalah antara laporan 'media spinning' untuk memburukkan kerajaan dan SPR.
Laporan Boo Su-Lyn berbunyi :
A then-Sabah National Registration Department (NRD) director sold 16,000 NRD receipts for more than RM1million that enabled immigrants in Sabah to vote, the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants heard today.Hahaha...
Mungkin Boo Su-Lyn pekak atau sengaja buat-buat pekak. Kerana sepanjang prosiding siang tadi keterangan saksi ke-34 (SP34) iaitu DSP Badaruddin Peg. Turus 1 Intelligent Technical IPK Kelantan tiada menyebut bahawa Ramli Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA mengaku mengeluarkan 16,000 resit dokumen untuk tujuan UNDI!
Antara transkrip asal keterangan yang diberikan SP34 :
1. Tuan bertugas di mana sekarang dan sebagai apa?SP34 : Peg. Turut 1 Intelligent Technical di IPK Kelantan selama 17 tahun.2. Apakah tugas-tugas tuan?SP34 : Selain pentadbiran saya juga melakukan risikan keselamatan.
TEKA : WAJAH INDON KER WAJAH SABAHAN, DENGARKAN SUARANYA DI SINI INDON KER SABAHAN https://www.youtube.com/watch?v=bdkfkxN1E2k
![]() |
| PASPORT INDONESIA |
"Tambuakarsaba di kasi tau yg keluarga si Lahirul Latigu ni dapat kelulusan Surat Beranak secara Daftar Lewat pada pertengahan tahun 1980-an. Selepas dapat kelulusan pada pertengahan tahun 1980-an, keluarga mereka berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara untuk keluarkan Surat Beranak masing-masing. Cuba kunuk ba kamu Tinguk dua surat beranak ni. Tahun berapa lahir tapi tahun berapa dikeluarkan oleh JPN?Ertinya, sebelum dapat kelulusan Surat Beranak secara Daftar Lewat pada pertengahan tahun 1980-an, keluarga ini tiada Surat Beranak atau IC! Ertinya dorang satu keluarga ni berstatus keluarga PATI.
Jadi, macam mana si Lahirul Latigu ni mengaku dapat kerakyatan Malaysia secara automatik waktu dia lahir pada 19 Julai 1976? Waktu itu ibunya belum dapat Surat Beranak lagi jadi macam mana mau bilang ibunya warganegara Malaysia waktu itu?Lahirul mengasitau dalam Sabahkini.net pada 10 September 2012 begini:“mengikut Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang Bagi Orang Yang Lahir Pada Atau Selepas Hari Malaysia; Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:"(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan;""Dalam hal ini sudah cukup jelas bahawa saya adalah Warganegara Malaysia dan Anak Negeri Sabah kerana ibu saya adalah Anak Negeri Sabah berketurunan Murut."Waktu si Lahirul lahir 19 Julai 1976, ibunya masih belum dapat Surat Beranak atau IC. Naa..jadi, siapa kunuk ibu yang berstatus warganegara waktu dia lahir? Mengkali dia ada ibu lain?Suruh RCI siasat keluarga ini. Tambuakarsaba pasti ibunya pun bukan original Murut sebab ada orang gitau yang ibunya ni pun orang Indonesia tapi dikasi IC Projek!Naa..Kesian ibunya yang tidak bersalah sebab gara-gara si Lahirul dia pun ikut susah.Satu lagi, Tambuakarsaba mau suruh RCI check fail pendaftaran Lahirul di sekolah SK Bukau, SM St John, SMK Beaufort dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Tambuakarsaba pasti bangsa si Lahirul tu Buton dan bukan Murut sebab bangsanya baru jak ditukarnya dalam rekod JPN!Tambuakarsaba ada check di Jabatan Agama Sabah borang kahwin si Lahirul. Waktu dia kahwinpun bangsanya masih Buton. Itu yang dia tulis sendiri dalam borang permohonan kahwinnya.Yang bikin terkejut lagi, waktu si Lahirul jadi Pegawai Kastam selama satu tahun, bangsanya dalam borang itu pun Buton juga.Kalau ndak percaya, kenapa surat beranak adiknya bangsa Indonesia? Tambuakarsaba check di JPN adiknya sekarang bangsa Buton. Macam mana pula adik-beradik boleh jadi lain-lain bangsa? Memang ada yang ndak betul sama dokumen diri si Lahirul ni. Jadi, Tambuakarsaba minta RCI utamakan kes si Lahirul. Habis orang Islam di Sabah kena tipu.(Artikel dari Sabah)
Pemimpin yang ingin kami kongsikan di sini bukan calang-calang orangnya tetapi seorang Ketua Propaganda Pembangkang! Orang yang kami adalah Badrulamin bin Bahron, Pengarah Penerangan Pejabat MB Selangor.
Nama : Badrulamin bin Bahron
No. Kad Pengenalan : 611204-71-5327
Tempat Lahir : Indonesia
No. Sijil Warganegara : 570294
Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.
Setelah mendapat status warganegara, Wak Badrul yang mendapat pendidikan di Malaysia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dan kemudiannya dilantik menjadi pensyarah di UIA.
Lulusan BA Azhar, Mesir. LLM Kent, UK. Ph.D Birmingham, UK. Pensyarah Undang-Undang (Asst. Professor) UIA (1984 - 1999)
Mungkin ada yang ingin menafikan maklumat yang kami paparkan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Badrulamin sama seperti kes Azmin, Wan Azizah dan Zuraidah. Bagaimana pula dengan ini?
Nama : Bahron bin Haji Mohammad Tahir (bapa Badrulamin)
Kad Pengenalan : 330814-71-5139
Tempat Lahir : Indonesia
Tarikh Menjadi Warganegara : 13 Ogos 1973
Arwah Bahron yang merupakan bapa kepada Badrulamin telah meninggal dunia pada 3 Julai 2011. Namun namanya masih lagi dalam sistem SPR. Ertinya dalam kerakusan pembangkang menghentam SPR, mereka juga tidak menjalankan tanggungjawab mereka untuk membantu SPR membersihkan data pengundi.