Isnin, 9 Disember 2013

Terkini! Kelantan Bebas Banjir. Alhamdulillah. @najibrazak @pray4mangsabanjir

Laporan dari BERNAMA.


Banjir Di Kelantan Pulih, Semua 99 Mangsa Dibenar Pulang



Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila semua 99 mangsa banjir yang ditempatkan di empat buah pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 94 orang di Rantau Panjang, Pasir Mas dan bakinya di Pengkalan Kubor, Tumpat dibenarkan pulang selepas pukul 10 pagi.

Sehubungan itu, semua pusat pemindahan sementara ditutup, menurut portal berkenaan.

Sejak banjir melanda enam jajahan di Kelantan sejak minggu lalu, lebih 2,000 orang dipindahkan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir itu.

Kesemua mereka yang dipindahkan itu juga berpuas hati dengan peranan agensi kerajaan dalam membantu mereka berpindah dan segala kemudahan yang diberikan kepada mereka di pusat pemindahan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut meluangkan masa melawat kawasan bencana itu di beberapa tempat di negeri ini, Jumaat lalu.

Keadaan cuaca di Kelantan ketika ini adalah mendung dan semalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengingatkan penduduk supaya berhati-hati dengan kemungkinan banjir pusingan berikutnya selepas ini. – BERNAMA


*Syukur. Sekarang ni hanya tinggal 3 negeri yang masih banjir (Pahang, Terengganu dan Johor).

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 9 Disember 2013 7:48 PTG

alhamdulialllah berkat doa pemimpin-pemimpin kerajaan negeri PAS Kelantan.......tak payah samun lorri roti

Tanpa Nama berkata... 9 Disember 2013 8:07 PTG

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan konvoi kemanusiaan bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan Pahang yang terjejas teruk akibat banjir.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata sebanyak RM50,000 diperuntukkan untuk membantu dua negeri jirannya itu yang merangkumi sumbangan termasuk makanan dan keperluan asas lain. Beliau berkata kerajaan negeri bersimpati dengan mangsa banjir di Pahang dan Terengganu terutamanya daerah yang terjejas teruk seperti di Kuantan dan Kemaman. 

Tanpa Nama berkata... 9 Disember 2013 8:08 PTG

PULAQ?

Catat Ulasan