Selasa, 17 Disember 2013

Penjelasan Isu Tol : Apakah Maksud BN Untuk Mengurangkan Bayaran Tol Antara Bandar? @najibrazak @khairykj

Semalam beberapa orang rakan MyMassa yang menyokong Kerajaan mula mempersoalkan kewajaran pengumuman kenaikan beberapa tol di Malaysia.

Antara alasan mereka, BN telah menjanjikan untuk mengurangkan tol antara bandar dalam MANIFESTO BN dalam PRU-13.


Untuk menjawab isu yang dibangkitkan, MyMassa beberapa kali bertanyakan apakah maksud ANTARA BANDAR?

Perkataan antara bandar adalah berasal dari Bahasa Inggeris (Intercity)

Menurut kamus Oxford, Intercity : existing or travelling between cities.

Jika diterjemahkan dalam konsep Malaysia, antara bandar bermaksud perjalanan antara Bandaraya Kuala Lumpur ke Bandaraya Ipoh.

Kata lawan bagi Intercity adalah Intracity yang bermaksud dalam bandar. Contohnya perjalanan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur atau pun dalam Lembah Kelang.

Inilah penjelasan yang MyMassa kongsikan dengan rakan yang bertanyakan isu ini. Jadi apa yang terkandung dalam MANIFESTO BN masih lagi ditepati kerana semalam PLUS mengeluarkan kenyataan bahawa semua tol di bawah PLUS tidak akan dinaikkan malah sedang dikaji untuk diturunkan.

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini. 

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol. 

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah. 

Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa. 

Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.
SUMBER

Sekiranya ada pembaca yang tidak bersetuju dengan takrifan ANTARA BANDAR, mungkin boleh kongsikan di ruanga komen.

Jangan hanya PLUS sahaja perlu turunkan kadar tol. Harap lebuhraya antarabandar lain seperti Lebuhraya Pantai Timur dan seangkatan dengannya juga perlu diturunkan seperti mana dalam Manifesto BN.

7 comments:

Tanpa Nama berkata... 17 Disember 2013 3:38 PTG

ADMIN KURANG CERDIK
MENEGAK KEBATILAN WALAU DIBENCI

WATS THE BOTTOMLINE
ITS ABOUT RAKYAT TERTINDAS
MENTERI TETAP KAYARAYA
BINI MENTERI KAYA GABAN@ROSMAH
LAKI MENTERI KAYA@IJAT LEMBU
ANAK MENTERI KAYA@NAZRI
RAKYAT DITINDAS

INI ISU POKOK
ADM8N TAKYAH MEMBODEK
PEMIMPIN ZALIM WAJIB DISANGGAH

TUAN TUAN OUAN PUAN
SIBUNCIT SIKURUS
DEWA DEWA DAN PEMINTA SEDEKAH
SILA GOOGLE "rosmah birkin"
APA PERASAAN KORANG
RAKYAT MERINTIH
BINI PM KAYARAYA

BIRKIN BAG SEBIJI PALING KURANG RM50RIBU
EAHHHH CELAKA PUNYE PENYAMUN

Tanpa Nama berkata... 17 Disember 2013 3:58 PTG

Pilih Pakatan, nasib rakyat terjamin ke? Kerajaan DAP Penang yang cadangkan wat terowong bawah laut pun nak kenakan tol. Pilih mana2 pun same je.

Tanpa Nama berkata... 17 Disember 2013 4:53 PTG

sila google isma...ikatan muslimin malaysia.. baguiih islamnye kuat melayunye

jie berkata... 18 Disember 2013 1:31 PTG

Gaji pekerja2 di bawah kerajaan negeri P.Pinang, selangor dan Kelantan dinaikkan ke ? Harga barang2 di negeri2 ini diturunkan ke ? rakyat negeri2 ini kaya raya ke ? Rakyat miskin di sana tak dapat bantuan BRIM ke ? anak2 mereka tak dapat bantuan persekolahan ke ?Mohon pencerahan daripada pengkritik, pengutuk kerajaan persekutuan

Tanpa Nama berkata... 18 Disember 2013 5:29 PTG

Anon 17 Disember 2013 3:38 PTG, aku rasa dia ni Indon la.. tulis pun carcamerba.

Tanpa Nama berkata... 18 Disember 2013 7:57 PTG

a stupid fool of urself 5.29
its not about hes indon ke sulu ke its about the message hes trying to convey to a moron person like u

Tanpa Nama berkata... 18 Disember 2013 8:17 PTG

Apa la bodh ! Tk ada satu kerajaan negeri dlm gagasan mlaysia ni yg blh trnkn smada brng , cukai atau tol . Tk cya cb tgk ngri d tkbr pr , adakh ckai tnh , pntu atau bil air yg trun ? Cnth tu aku bg krna itu d bwh bdng kuasa krajaan msng2 tk ada kn mgna dgn pusat . Mksdnya sma jer kn pr dgn pusat .

Catat Ulasan