Jumaat, 6 Disember 2013

Fakta : Betul Ke Pusat Pemindahan Di Malaysia Paling Teruk Di Dunia? @najibrazak @khairykj

Heboh di media sosial bahawa pusat pemindahan di Malaysia lebih teruk dari negara lain.

Benarkah? Mari kita tengok pendedahan blogger Buasir Otak (http://buasirotak.blogspot.com/2013/12/malaysia-terbaik-urus-banjir-daripada.html)

Tapi point utama entry kali ini adalah, ada ramai orang kongsikan gambar penempatan sementera mangsa bencana alam antara Malaysia dan Jepun di mana penempatan di Malaysia nampak kucar kacir, tidak teratur dan sesak, manakala di Jepun penempatan sementaranya begitu selesa dan privasi dengan khemah2 kecil dalam tempat penempatan sementara.



Rupa2nya perbandingan ni bukan orang Malaysia je buat tapi orang Filipina dah buat dulu yang membandingkan tempat penempatan sementara bagi mangsa Taufan Haiyan dengan gambar yang sama untuk negara Jepun.



Sebenarnya kat Jepun pun masa baru2 kena bencana seperti gemba bumi dan tsunami, keadaan pusat perlindungan bencana sementara dia huru hara lebih kurang macam kat Malaysia jugak.


Sumber


Sumber


Sumber


Sumber


Sumber

Malah di negara2 maju yang lain pun, tempat penempatan kecemasan sementara lebih kurang juga huru haranya masa awal2 terjadinya bencana alam.


New Zealand selepas dilanda gempa bumi


Pusat penempatan sementara di sekolah di USA

Cuma setelah beberapa tempoh barulah penempatan sementara ini diupgrade dengan diletakkan khemah2 persendirian yang lebih privasi dan selesa seperti di Jepun ini.


Sumber


Sumber


Sumber


Sumber

Oh ini pula khemah untuk mangsa banjir di Bangkok, Thailand.


Sumber

Tapi kalau tengok penempatan mangsa bencana alam terutama banjir di Malaysia, daripada dulu sampai sekarang tak dinafikan memang kekal macam tu je la. Gambar2 penempatan sementara ini termasuk semasa banjir yang lepas2 di seluruh Malaysia.













Ada juga yang berkata negara lain boleh la sediakan khemah apa semua kerana biasanya diorang terpaksa tinggal lama kat situ sebab bencana alam kat sana lebih lama nak pulih macam gempa bumi, taufan, puting beliung dan tsunami. Bencana alam kat Malaysia biasanya cuma banjir je, biasanya banjir tak lama, dalam beberapa hari surut la air diorang dah boleh balik ke rumah masing2. Diorang tak perlu pun duduk kat penempatan sementara lama2 so no point kalau sediakan khemah, tilam, partition apa semua tu.

Itu aku faham, cuma aku rasa ada benda yang kita boleh perbaiki lagi dari segi pengurusan penempatan mangsa2 banjir ni. Banjir kat Malaysia ni bukannya jarang berlaku, memang kita dah boleh agak asal hujung tahun je adalah musim tengkujuh di mana hujannya lebat dan anginnya kuat menyebabkan kawasan2 di pantai timur memang selalu banjir. Tapi takkan tiap2 tahun macam tu jugak keadaannya? Yelah kata Malaysia negara terbaik urus banjir malah lebih bagus daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat.


Sumber Utusan

Patut boleh bajet dah untuk beli dan simpan stok khemah2 perlindungan atau disaster emergency shelter untuk kegunaan mangsa2 banjir. Yelah kalau nak bina bangunan khas semata2 untuk penempatan mangsa banjir kata membazir pula, macam kata DS Shahidan Kassim - "Pembinaan pusat pemindahan banjir baru yang khusus untuk digunakan semasa bencana tidak wajar kerana langkah ini melibatkan implikasi kewangan yang besar sedangkan fungsinya hanya ketika banjir. Ini boleh menyebabkan fasiliti itu terbiar semasa tidak berlakunya bencana".

Tapi kalau tengok keadaan di pusat pemindahan sementara di Amerika Syarikat yang menggunakan kompleks sukan, stadium, gymnasium, hangar, dewan serbaguna, sekolah dan lain2, rasa2nya mana lebih baik?




Sumber


Sumber

Aku faham mangsa2 banjir atau bencana alam ni bukan nak mintak banyak pun, dapat tempat berteduh sementara walau tak selesa pun tidak mengapa, tak mintak pun tidur di tilam yang empuk apatah lagi duduk di hotel 5 bintang. Akan tetapi andai kerajaan dapat menyediakan tempat tinggal yang lebih sedikit selesanya terutama untuk golongan wanita dan kanak2, yang ada privasi untuk kaum wanita terutama ibu2 yang menyusu, mereka dah berterima kasih sangat dah.

Cuma aku terfikir, andai kata rumah pemimpin kita atau para kerabatnya dan ahli keluarganya yang dilanda banjir, adakah mereka akan duduk di pusat2 penempatan sementara ini bersama yang lain atau di hotel 5 bintang?
Sumber : http://buasirotak.blogspot.com/2013/12/malaysia-terbaik-urus-banjir-daripada.html

*Sebar-sebarkan artikel ini untuk menjawab fitnah pembangkang.

13 comments:

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 10:08 PG

cuba kalau kerajaan implement seperti apa yang pembangang2 ni bisingkan dalam FB, Twitter atau blog, nescaya isu tu takkan behenti disitu juga. Timbul pula isu lain contohnya mereka akan persoalkan siapa pula yang dapat tender untuk supply khemah, tilam, partition dan sebagainya. Mesti mereka akan kata nak mengkayakan kroni kerajaan je untuk bekal semua tu tapi kegunaannya hanya tak sampai seminggu dalam setahun.

Percaya la... mulut pembangang2 ni takkan tertutup selagi pemimpin mereka tak dapat kerusi empuk di putrajaya. Bila dah dapat, pengurusan banjir yang buruk seperti di Kedah masa Azizan perintah dulu tu pun mereka takkan persoalkan, malah lagi dispin supaya nampak pemimpin mereka maksum sahaja....

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 10:26 PG

Kalu itu kemah harga 100 kau org beli 5000 memang lah kita org pertikaikan

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 10:33 PG

tak ke bodoh bila persoal org yang sokong kerajaan dapat tender dari kerajaan.... kerajaan pembangkang kat penang, s'ngor pun sama je bg tender kat supplier yg byk tolong n sokong diorg... kalo pembangkang pegang federal pun kroni bangsat diorg gak akan dpt tender... benda x jd isu pun cuma sakit ati tgk org lain dapat... kalo nak sokong la aspirasi dan wawasan kerajaan... maki hamun pandai tp bab rezeki sakit ati pulak...

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 10:34 PG

tu belum lg..kalau korang nak tahu..ni pengalaman aku...yg masuk tender semua letak mahal2..harga khemah kalau beli sendiri..average rm100-rm300...tp yg hantar tender semuanya average dlm 500-700...mmg terkena la kerajaan...sbb yg masuk tender bukan pengilang...or supplier utama...tp bumiputera yg bukak kompeni...sure2 la diorang markup...

kang kerajaaan gi kilang terus...ada plak kata tak bantu bumiputera bagai...

p/s tak bantu salah...dibantu salah...semuanya serba salah...

-smh-

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 12:25 PTG

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 10:26 PG
Kalu itu kemah harga 100 kau org beli 5000 memang lah kita org pertikaikan

-------------------------------------------

Yang supply tu pun puak pembangkang juga. Yang banyak jadi kontraktor ni kebanyakannya kaki hentam kerajaan. Tak dapat tender kata bagi kat kroni, dah dapat tender, markup GILA BABI...!!!!!!!

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 3:11 PTG

Tanpa Nama 6 Disember 2013 10:34 PG, jgn compare harga cash dgn harga hutang. tender kerajaan bukannya dia terus bagi duit mcm kita beli barang kt kedai. kadang2 smpai 3-4 bulan baru dapat duit tender. pembekal terpaksa tanggung pembelian dulu. kadang2 sampai duit modal pusingan pon terpaksa dikeluarkan utk tampung tender. kalo jual ikut harga cash, boleh lingkup bisnes jugak. mcm beli pakai kredit card la, mula2 bayar ikut harga sebenar tapi kalo lmbt bayar balik kena faedah.

pada aku harga barang 300 letak 500 masih ok sbb utk tmpung kos2 lain sementara menanti bayaran tender termasuklah modal pusingan perniagaan. tapi kalo barang 300 pi markup sampai 1000, tu mmg naharom namanya. sapa2 yg pelepas tender kt peniaga tu memang patut kne cekup masuk SPRM. dah sah2 dia pon ambik share sama. yg ni yg kerajaan kena bertindak segera dan tegas sbb org yg macam ni la yg buat kerajaan yg bersih dari rasuah nampak macam kerajaan perasuah. manusia2 ni pon belum tentu org2 yg undi kerajaan. mungkin jugak juak2 pembangkang.

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 4:25 PTG

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 10:34 PG
tu belum lg..kalau korang nak tahu..ni pengalaman aku...yg masuk tender semua letak mahal2..harga khemah kalau beli sendiri..average rm100-rm300...tp yg hantar tender semuanya average dlm 500-700...mmg terkena la kerajaan...sbb yg masuk tender bukan pengilang...or supplier utama...tp bumiputera yg bukak kompeni...sure2 la diorang markup...

kang kerajaaan gi kilang terus...ada plak kata tak bantu bumiputera bagai...

p/s tak bantu salah...dibantu salah...semuanya serba salah...

-smh-

---------------------------------------------------------

Betul tu, dibantu salah... tak dibantu salah....

Dibantu, bumiputera dapat untung ciput jugak, duit dapat lambat, yang dapat on the spot peniaga Cina. Jika tak dibantu pun, peniaga cina dapat untung, kontraktor bumiputera hidup melopong.

Tapi kaum cinabeng tu ada ke nak beri bantuan kalau berlaku bencana sebegini?? Bukan nak kata semua tak menghulurkan bantuan, tapi kalau isu Lynas kat Kuantan, mereka la yang ramai kononnya kumpulan paling prihatin tentang hidup rakyat di Kuantan tu.... bila susah nak salahkan kerajaan je... macam cibai...

Tanpa Nama berkata... 6 Disember 2013 9:38 PTG

Like!

Tanpa Nama berkata... 7 Disember 2013 4:17 PTG

Kelantan di perentah oleh Pas,boleh tunjukan macam mana pusat pemindahan mereka,kot BN boleh belajar dari mereka?.Atau pun mungkin Fauziah dan D.Fauzi ada buat pusat pemindahan berasingan mengikut kaedah mereka ,kecil-kecil pun cukuplah utk BN belajar.

Tanpa Nama berkata... 8 Disember 2013 2:02 PG

Lo kerajaan sekarang mana ada smpi 3 or 4 bulan. Two weeks dah clear biasanya... waran kot tu?

Tanpa Nama berkata... 9 Disember 2013 8:03 PG

ikut kerani yang uruskan pembayaran untuk kontraktor tu la, kalau cepat ok. Kalau kerani lembab memang 3, 4 bulan jugak, itupun jika bernasib baik. sesetengah sampai setahun lebih pun ada. Kerani kerja goyang kaki..

Tanpa Nama berkata... 12 Disember 2013 10:51 PTG

Kakitangan Kerajaan pun orang pembangkang dan yang luluskan tender pun orang pembangkanglah.. lepastu kutuk Kerajaan. Senang saja nak sabotaj Kerajaan...... Bila dah pencen baru istihar orang pembangkang....

Tanpa Nama berkata... 13 Disember 2013 12:11 PTG

salam..rasanya tidak lah perlu dipolitikkan isu mengadakan tabir bagi mangsa2 di pusat pemindahan sementara ini. sekiranya ikut Islam, aurat wanita haruslah dijaga. dan pihak pengurusan yg menyediakan pusat pemindahan perlu menjaga kebajikan golongan wanita ini. tak kira lah walaubagaimana cara sekali pon, kemudahan untuk menjaga kebajikan wanita yang merupakan golongan yang terdiri daripada ibu, anak perempuan, adik perempuan, nenek yang telah berusaha menjaga dan melahirkan anak2 warisan negara kita perlu lah disediakan sebaik mungkin. kita menyediakan kemudahan ini atas dasar penghormatan, dan kasih sayang kita kepada mereka. sekian terima kasih.

Catat Ulasan