Khamis, 3 Oktober 2013

#PemilihanUMNO : Benarkah @KhairyKJ pernah bela nasib jutaan anak muda?!! #KJ4KP


Anda masih ingat lagi akan logo di atas? Ya, inilah pasukan profesional yang telah merevolusikan kancah bolasepak negara. Bermula dengan rancangan realiti TV yang mencari bakat terpendam ke seluruh negara, MyTeam adalah hasil idea YB Khairy Jamaluddin yang telah menawarkan harapan baru kepada pemain muda tempatan yang berbakat untuk membuktikan diri mereka setaraf, atau mungkin lebih baik lagi berbanding pemain negara yang sedia ada. Lagi pun, pasukan bolasepak negara ketika itu sedang menghadapi krisis prestasi yang teruk.

Bermulanya MyTeam ini adalah apabila timbul kepercayaan bahawa sistem pemilihan yang sedia ada ketika itu adalah tidak adil, dikuasai oleh politik pengaruh dan kroni jurulatih yang akhirnya mengakibatkan banyak pemain berbakat keciciran. Pandangan ini telah dibuktikan kebenarannya apabila pemilihan pemain untuk menyertai program MyTeam ini dibuat secara terbuka dan adil untuk semua. Tiada siapa yang mendapat keutamaan khas selain bakat dan usaha sendiri.

Idea

Ahli politik Malaysia, Khairy Jamaluddin dan DJ radio Jason Lo adalah orang-orang di sebalik tabir pembentukan MyTeam. Ideanya adalah untuk mendapatkan 22 pemain bukan profesional yang dipilih daripada ujian pemilihan yang diadakan merentas Malaysia bagi bertanding merentasi skuad kebangsaan Malaysia.
Idea ini telah diwar-warkan sebagai satu revolusi bola sepak tempatan dan satu kempen media besar-besaran telah dilancarkan untuk menarik minat di kalangan muda-mudi untuk mencungkil bakat mereka. Perlancaran program ini telah dilakukan di Planet HollywoodKuala Lumpur .

Pemilihan

Cara memilih pemain dalam MyTeam adalah seperti berikut:
  • Pemain yang tidak menggunakan bola sepak sebagai kerja utama;
  • Berumur 17 tahun ke atas;
  • Boleh berlari 100m dalam 12 saat.

Krew MyTeam telah menjelajah ke 13 buah negeri di Malaysia untuk memilih tiga pemain terbaik di setiap negeri yang mereka kunjungi untuk diserapkan ke Bukit Jalil. Antara 39 permain yang berjaya menyertai MyTeam, hanya 22 yang berjaya masuk ke senarai terakhir pasukan MyTeam.- Sumber Wikipedia

Program realiti dan pasukan MyTeam ini telah membuka peluang kepada jutaan anak muda dari seluruh negara yang berbakat dalam sukan bolasepak untuk mencuba bagi mengubah nasib mereka dalam sukan ini. Antara beberapa pemain skuad kebangsaan yang pernah beraksi untuk MyTeam adalah seperti berikut:

Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo)

S.Saravanan

Azmi Muslim

Walaupun pasukan ini tidak mampu untuk bertahan lebih lama, namun ia sempat juga mengecapi kedudukan Naib Juara Liga Perdana pada tahun 2007. Namun apa yang lebih penting pada kami adalah, ia telah berjaya membawa satu dimensi perubahan yang baru kepada situasi dan prestasi pasukan Negara ketika itu. Ini adalah kerana, hanya selepas 2007, barulah pasukan Malaysia kembali dapat mengecapi kejuaraan Pesta Bola Merdeka, Emas Sukan Sea dan Piala AFF. Jika tidak kerana transformasi yang dibawa oleh MyTeam ini, kami pasti sistem pemilihan dan mentaliti pemain negara masih lagi ditakuk yang lama.


Inilah bezanya kualiti YB Menteri KBS merangkap KP Pemuda UMNO dan BN. Kami hendak tanya, apakah perubahan bermanfaat untuk rakyat yang boleh dibawa oleh KP PAS atau DAP atau PKR, selain saiz perut dan pinggang yang semakin mengembang? Sebab itulah mereka sekali-kali tidak akan mampu membawa slogan IKON ORANG MUDA dalam mana-mana kempen mereka, kerana tiada apa yang boleh ditawarkan, walau sekelumit harapan pun untuk anak muda.


Maka, persoalannya kini, apakah UMNO juga mempunyai sebarang pilihan lain sebagai Ketua Pemuda mereka jika KJ disingkirkan? Pada kami, untuk melayakkan seseorang itu bertanding melawan KJ, mereka perlulah sekurang-kurangnya mempunyai merit dan pencapaian yang setara untuk dibandingkan dengan beliau. Cuba kita sama-sama renungkan sejenak. Ada tidak mana-mana pemimpin Pemuda yang pencapaian dan kebolehannya LEBIH BAIK lagi berbanding dengan apa yang KJ mampu dan telah lakukan?!!


41 comments:

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 4:16 PTG

kj sebelum tu pun kosong gak...lagipun itu cerita pasal sukan...skang ni apa yg dia telah buat utk orang melayu? apa yg dia katakan tentang utusan malaysia? utusan malaysia adalah tulang belakang org melayu....

K orek J ubo berkata... 3 Oktober 2013 4:59 PTG

tk sangka pula admin pyokong kj, bknkah dia menang KP dulu sebab guna RM, itu fakta.. apa org melayu nk hrpkn pemimpin liberal sepertinya? Nk jadi pm sebelom usia 40?

MymassaVoice berkata... 3 Oktober 2013 5:21 PTG

Bila sebut fakta, kena ada bukti. Kalau takde bukti, tuduhan jadi fitnah. Sukan atau tidak, sekurang2nya KJ ada buat sesuatu utk anak muda.kami bukan setakat sokong KJ, tetapi semua pemimpin muda dlm umno yg boleh pacu umno ke depan.tk usah nak ungkit cerita lama kat sini. Tak relevan langsung.

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 6:32 PTG

nah $$ kj bagi admin wt beli aiskrim

MymassaVoice berkata... 3 Oktober 2013 6:54 PTG

Kalau betul pun tak suka KJ, tunjuklah kualiti yang lagi baik. Bukan komentar2 mcm penchacai pembangkang yg letak otak kat lutut

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 7:25 PTG

hahaha..my team..platform tuk menang jawatan Timblan presiden Fam tahun slps itu menjadi wakil perak setelah my team membeli perak jenderata fc..slps dh dpt jawatan di FAM team MYTEAM pun berkubur..KJ PLASTIK!!

-ipohmarley-

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 7:36 PTG

KJ tolong jawab yg ni pun dah cukup http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/10/menteri-khairy-tries-to-embarass.html

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 7:39 PTG

FUCK U KJ
FUCK U HISHAM

PERGI MAMPOS UMNO BANGSATWAN
HIDUP MUKHRIZ HIDUP HISHAM
YG LAIN PEGI MAMPOS PERUT BUNCIT

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 8:05 PTG

....blogger ney bias,bagi aku mana ada usaha KJ ney selain dari menaikkan nama diri sendiri & nama bapak mertua,kalo atas nama parti,agama & bangsa...minta mahaf,bila asas naik atas nama bangsat....mana ada satu perjuangan si bangsat ney klo bkn atas kapasiti utk diri sendiri@bapak mertua.sekali baca cerita ko,iya mcm berjasa la sangat si bangsat ni,tu sebab otak ko ney singkat....mamat bangsat x pandang yg lain... pernah ko terfikir berapa byk sponsorship yg terhasil dr program tu?...beratus juta,ko ingat,dia ney nak buat free?....tulis tak pakai otak,ko angkat perosak bangsa.....maknanya ko mengkhianati bangsa&negara ko sendiri.main drum...berlakon driver teksi utk si babi namawee...utk apa?...utk bangsa & negara bapak ko!!!

Azman Adnan berkata... 3 Oktober 2013 8:20 PTG

fuck fuck bagai tp gune id 'tanpa nama' baik tak payah.
kecut telur ka??? haha
da fuck hisham pastu hidup hisham pulak??? pelik la kau ni jang.

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 8:25 PTG

aq senang cara admin blog ni, sudi terima komen, wlaupn kena maki hamun

MymassaVoice berkata... 3 Oktober 2013 8:27 PTG

Bro Azman Adnan. Kami tabik legend! :)

MymassaVoice berkata... 3 Oktober 2013 8:29 PTG

Kita kena telus bro. Kami nak tunjukkan perangai org yg kononnya lebih baik drpd KJ. Kita boleh sama2 nilaikan.

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 8:30 PTG

Kj menang bertanding la! Bukan mng free pon!

bro jinggo berkata... 3 Oktober 2013 8:38 PTG

Sape kata KJ tentang utusan? Klu KJ tentang utusan x logik la hari2 story KJ keluar kat Utusan! KJ sbgi ketua pemuda dtg dgn pakej penuh, takkan la korang nak kebelakang balik sokong org yg kosong jd KP! Mcm mana Umno nk maju klu mcm ni? Pikir-pikirkan lah.... -BJ

lim kit malam berkata... 3 Oktober 2013 8:39 PTG

KJ bagi berapa $$$ ?kongsilah sikit bro.

MymassaVoice berkata... 3 Oktober 2013 8:43 PTG

Kalau rajin browse, para pembaca budiman akan perasan yg kami bukan hanya mempromosi KJ. Malah Dato Paduka Mukhriz juga kita cuba tolong. Adakah dengan memaki hamun sesama UMNO boleh kita labelkan sebagai pejuang agama, bangsa dan negara? Fikir2 kanlah :)

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 8:55 PTG

KJ banyak bantu anak muda ... lagi lagi budak lepasan IPTA ... depa semua sokong , respect kat KJ .. Ni yg banyak menyalak semua yg tua tua bangka ni ... dengki kat budak budak muda yg dipimpin KP yg bagus .. hahaha

jakpa onn berkata... 3 Oktober 2013 9:11 PTG

uweek!! muntah ijo aq!

teefal berkata... 3 Oktober 2013 11:19 PTG

.. ko bagi tau aku rasionalnya main drum utk impress orang ramai, utk apa.... bangsa, ugama & negara ko??? Berapa ramai pemimpin2 yg jauh lebih pro muzik instruments, ada dorang show off?? Berapa ratus keluarga org miskin tegar yang terbela oleh mamat ney??? ... berapa banyak kemusnahan yg mamat ney dah buat 5 tahun waktu di tingkat 4? .. berapa jam waktu yg diambil utk kiraan undi waktu diishtiharkan menang sebagai Ketua Pemuda dulu.. cuba check fakta jumlah undi & jumlah pengundi?? ... apa jasa mamat ney pada Ugama & Bangsa Melayu?? Siapa yg berjuang utk keluarkan si penjubor dari penjara?? siapa yg mula2 sambut si peliwat ney bila keluar dari penjara & siap penyerahan dokumen diri?? ... takkan ko pon nak jadi penjilat si bangsat kot???.. lacur agama, lacur bangsa, lacur harga diri, lacur negara ko semata2 kepentingan duniawi!!!

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 11:19 PTG

BINTANG KEJORA

Kini dah lahir sebutir bintang
Indon bilang tampan dan gantang
Ligat dan tangkas pagi dan petang
Anak emas PM sentiasa ditatang

Tak gentar walau musuh melintang
Tak pernah risau jika ditentang
Tak ada masalah tak ada pantang
Ramai lawan sudah terlentang

Bercakap petah berhujah lantang
Sentiasa bernas idea dibentang
Walau pun muda berfikiran matang
Pemangkin negara masa akan datang

PEMIMPIN MUDA TRANG TANG TANG …

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 11:39 PTG

admin tolong highlight kan BNYJF, Jelajah One Malaysia, BNhope, Kenaikan gaji askar, Gaji gaji minimum dll lagi yg telah banyak KJ bantu org melayu...!

-JBam

Tanpa Nama berkata... 3 Oktober 2013 11:46 PTG

KHAIRY IS THE BEST

A perfect decision to choose Khairy
He is a valuable asset to the Country
Enemies are always in fear and worry
Hopefully later on they will feel sorry

When being challenge for a debate
Most leaders are scared and afraid
But umno is very lucky and fortunate
Having the brave Oxford graduate

Khairy involve in model of fashion
And also as a host at the television
He is man with vision and mission
What he suggest he put into action

Khairy is the best that umno had
To umno he is very valuable asset
Smart and efficient as if a gadget
Even opponents will raise their hat

Now Najib do not have to worry
Having with him the gifted Khairy
Whatever task he manage to carry
He is just like a shining jewelry

Khairy perform well as Youth Minister
The youths and sports he looked after
Worth for Najib choosing the youngster
He will come to the top sooner or later

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 12:03 PG

MAS KHAIRY BINTANG KEJORA

Emang ganteng Najib dan Khairy
Gandingan cocok dua pak menteri
Untunglah warga seluruh negeri
Pantasnya sokongan terus diberi

Khairy nggak lagi budak amatur
Ligat di luar dan cekap di kantor
Semua kerja beres dan bisa diatur
Pak Najib senang sebagei direktor

Najib dan Khairy seiya seiring
Ringan dan berat sama dijinjing
Udah gentar bajingan dan anjing
Kini nggak lagi bersuara nyaring

Ramei musuh pincang dan tempang
Laluan Mas Khairy menjadi lapang
Sama Pak Najib kuasa ditumpang
Menang PAU enteng dan gampang

Musuh nggak lagi melangkah mara
Udah makin kurang lanteng bersuara
Emangnya ketandusan modal bicara
Dibedilnya angkatan Bintang Kejora

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 12:22 PG

KAWAE BEKENAE HOK NIE …

Kawae ni BN dulu dae selamo
Setakak ahli biaso dalae umno
Kawae lamo doh peghati sokmo
Baguh KJ nok ghoyak ke demo

Sikak yo tenae dok wat gelojoh
Pandar yo layae amik ati musuh
Yo dok gedabae suko nok gocoh
Hok nie yae wat lawae berpeluh

Mudo jangok sebenarnyo jatae
Kecek pung molek napok matae
Dok kaluk melatoh walau dihantae
Kalu berdebak hujoh yo lantae

Peghangar yo baik semolek ghupo
Bijok dae pandar kito doh jumpo
Ghakyak semuo dok akae hampo
Kompleng sangak wat natae gapo

Lawae wat pitnoh tuduh melulu
Wak maghi le bukti doh ado kalu
Khairy baguh dok seghupo dulu
Maghi kito pakak sokong selalu

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 12:55 PG

Azamudin akil (alex) pun dari my team jugak.

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 6:25 PG

Pakej yang disediakan FIL

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 6:28 PG

Bro tolong ulas...melayu liberal pegangan KJ dan kenapa dia lantik DAPig Regina Lee...dah x ada melayu yang layak ke

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 7:25 PG

Tanpa Nama: 11:39 - Coba ko bagitau berapa ratus ribu Ahli baru UMNO yg daftar waktu si kitol ni pegang Ketua Pemuda??? ..... pada aku nampak serupa kejar glamor ja, duit dah kaut sampai muntah waktu di tingkat 4 dulu, Mana ada orang yang belajar tentang peradaban mendabik dada " Saya akan menjadi Perdana Menteri yang paling muda sebelum berumur 40 tahun" - kalo 5 tahun jadi master mind si penidur pon dah melingkup... bayangkan kalo orang macam ni pegang nuklear code???

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 7:48 PG

malas laa nak layan kj nie...harap dia tak jadi TPM or PM. apa yg dia capai itu adalah masa kedudukan dia ketika itu. Ahli2 pemuda lain meluat dgn politikus dia...

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 8:25 PG

KJ lantik PS Regina Lee dari DAP , apa motifnya...admin sila jawab..tiada org lain yg layak ker...selain dari TOTOK DAP juga yg dilantiknya.

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 10:38 PG

....setakat pandai dalam berdebat, tak semestinya tahu buat kerja - contoh terdekat dah ada, bukan orang lain mentor dia la jugak. Berlakon menyanggah pendapat dalam parlimen, cuma utk political milage, tengok similarity dalam perjuangan - semua nak liberal, freedom segala, moderate. Kenapa jadi Melayu tak cukup jati diri ka, apa dgn Islam kurang hebat? Mode, tak salah kau tulis tentang apa pon, tapi kalo promote satu yg tak sepatutnya ko promote, kehebatan yg ko cuba tonjol tentang si kitol nih, banyak auta dari fakta. So.... kelihatan macam ko ni jadi aset si "Penghayon" mangkok yg dah bermaharajalela sekian lama... cukuplah!!! Terlalu banyak sangat kemungkaran, tak boleh ditutup dgn sedikit jasa yg tak seberapa utk di "gendangrayakan" bila saja tiba musim pemilihan!

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2013 6:29 PTG

admin tlg jawab pasal regina lee CINABENG DAP??????????????!???K

Tanpa Nama berkata... 5 Oktober 2013 12:38 PG

kenapala by blogger ubah pendirian tntg khairy? pelik...

Tanpa Nama berkata... 5 Oktober 2013 12:40 PG

makin lama makin malas nak tgk blogger B.N... hanya pak syed lg tgal x sokong khairy.. lain2 sperti dinturtle n sbgainya sudah beralih.

Tanpa Nama berkata... 5 Oktober 2013 12:40 PG

Mudah2han Akram menang...

Tanpa Nama berkata... 5 Oktober 2013 6:14 PG

DAPAT PENAT SAJA AKHRAM …

Nak tergelak tengok anak Sanusi
Slogan dibawa bunyi pun dah basi
Bawa badan pun macam ayam kasi
Kena hentam teruk dengan MAYC

Walau pun lulusan luar negeri
Kelibat lekeh tak macam Khairy
Apalah sangatlah dia boleh beri
Ukurlah baju di badan sendiri

Badan gempal perut pun kembung
Tidak nampak gaya ayam sabung
Bapak dia dulu pun kena lambung
Nak bersawah padi atas bumbung

Kadang-kadang fikir macam kasihan
Nak jadi pemimpin dia sangat gian
Bukannya sengaja tak bagi dia lawan
Bertandinglah dahulu ketua bahagian

MAYC dulu pun tidak terurus
Ketua pemuda nak tanding terus
Janganlah dok rasa diri tu bagus
Mukhriz dan Toyo dulu bungkus

Memang sengaja menempah malang
Sekadar letih dan modal tak pulang
Khairy nak lawan bukanlah calang
Menteri yang hebat tokoh gemilang

Memanglah tak perlu keluar belanja
Masuk bertanding pun sebab ditaja
Tak payah bermimpilah atau teruja
Nak jadi ketua pemuda lupakan saja

Tanpa Nama berkata... 5 Oktober 2013 6:21 PG

Nampak mcm dah ramai blogger yg beralih sokong KJ.... APA (aku peduli apa), MKP (mat kilau penang), Dinturtle, Politik Harian, Mymassa, ...
Mungkin ini satu bukti yang KJ tu memang bagus, kalau dulu dia tak bagus mungkin ramai yg nampak dia dah mula berubah ... aku dulu pun tak suka dia, tapi sekarang dah mula nak sokong ... Diharapkan ramai lagi bloggers akan berani untuk berubah dan tampil memberi sokongan kpd KJ ...

Tanpa Nama berkata... 5 Oktober 2013 6:24 PG

House PK (parpukari) dan GAP (gerakan anti pkr) pun nampak cara dah mula sokong KJ juga!

Lesung Besi berkata... 5 Oktober 2013 2:20 PTG

Hidup KJ .... Pasti Menang....

Tanpa Nama berkata... 6 Oktober 2013 9:48 PG

ASAL BUKAN MENANTU BABAH

ipohmarley

Catat Ulasan