Jumaat, 13 September 2013

Kapitalis REHDA main wayang lagi! @Najibrazak



Bila harga rumah naik semua pakat marahkan kerajaan kononnya tak bantu rakyat. Walhal kerajaan sentiasa berusaha memperbanyakkan program seperti PPRT, PRIMA, Perumahan Penjawat Awam (PPA) dan sebagainya.

Sedangkan kapitalis-kapitalis buncit dalam REHDA (Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah) menjadi dalang utama kenaikan harga rumah sesuka hati memberi dalih kononnya kenaikan kos bahan binaan akibat pengurangan subsidi minyak dan tindakan agresif kerajaan membenteras PATI sebagai punca utama kenaikan tersebut.

Nampak sangat kapitalis-kapitalis buncit tamak ni suka menipu. Dulu masa harga petrol tak naik dan PATI berlambak pun mereka tetap naikkan harga. Mereka inilah yang selama ini mengaut keuntungan berlipat ganda hasil menindas rakyat.

Bayangkan jika harga sebuah rumah melebihi RM400,000 seunit. Bukan semua rakyat mampu membeli rumah apatah lagi bagi seseorang pekerja yang gajinya sekadar RM2,000 sebulan. Bila umur sudah mencecah 30 tahun, rumah pun masih belum mampu nak beli. Kalau buat pinjaman bersama isteri/suami sekalipun belum tentu pinjaman diluluskan jika harga rumah hampir RM setengah juta. Nak bayar itu ini lagi akhirnya terpaksa sewa rumah memanjang. Tambah bila dah ada anak ramai sudah tentu teringin nak beli rumah lebih besar lagi.
Kapitalis-kapitalis REHDA gemuk membuncit...tekan kerajaan, tindas rakyat, bolot kekayaan.
Pihak REHDA dan pemaju-pemaju kapitalis buncit sekarang lebih mementingkan para pembeli asing. Kerana perangai buruk itulah juga banyak rekabentuk rumah sekarang tiada ciri-ciri keMalaysiaan dibina dengan rekabentuk moden minimalis, letak nama Inggeris dan harganya pula mencecah jutaan ringgit. Adakah semua orang Malaysia mampu membelinya? Bagi keluarga yang kaya mungkin tiada masalah membeli rumah tersebut, tapi golongan miskin hanya tinggal mimpi.

Jadi kita mohon jasa baik pihak kerajaan agar tidak tunduk kepada desakan REDHA sepertimana kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan ancaman puak Dong Zong, gangster, PATI mahupun pengganas Kiram.

Ingat…rakyat inginkan rumah yang lebih murah dan selesa. Bukan rumah mampu milik yang hanya golongan kaya saja mampu memilikinya. Sedangkan golongan sederhana dan miskin ramai yang melopong tengok harga rumah gila-gila.

Bila hati rakyat senang, fikiran tenang, perut kenyang, ada wang dan dapat peluang barulah rakyat tak terpengaruh dengan janji-janji palsu pembangkang.

Rakyat juga tidak boleh hidup dengan harapan palsu bila dah menang pilihanraya janji buang dalam longkang. Kita berharap semoga ada perkhabaran baik dari Perdana Menteri berkaitan perumahan rakyat dalam Bajet 2014 nanti.

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 14 September 2013 12:52 PTG

plz la kerajaan yang ade nih...turunkan la harga rumah...sehingga kini tak beli2 lg rumah...ank dh masuk tiga...sebabkn sayang lg umno masih tak berganjak lg dgn memilih umno...sanggup dihina dan diperli kwn2 sekerja kerana memilih bn...jangan sampai semangat ini be the end tehadap BeEnd nanti dah la....

Catat Ulasan