Selasa, 13 Ogos 2013

Isu Buku Pak Lah dengan Kisah Kurma Nabi @NajibRazak @Khairykj @Tunfaisal

Masa bulan Ramadhan yang lepas, kurma menjadi salah satu hidangan wajib berbuka puasa. Dalam dok cari kurma, kebetulan hari tu MyMassa keluar dengan rakan MyMassa yang juga seorang ustaz. Maka bertanyalah MyMassa kepada pak ustaz berkenaan satu soalan berkaitan kurma yang dah lama bermain difikiran.
Aku : Ustaz, mana datang nama Kurma Nabi ni yer?

Ustaz : Kurma Nabi? Mana ada Kurma Nabi. Rasulullah SAW punya kurma dah lama habis baginda makan.

Aky : Habis kurma yang orang dok panggil Kurma Nabi tu pebenda la pulak?

Ustaz : Itu Kurma Ajwa. Rasulullah SAW suka makan kurma tu. Malah baginda SAW ada menyebut khasiat makan kurma Ajwa dalam hadith baginda. (sambil membacakan hadith di bawah).

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)


Aku : Oh...macam tu ke.

Itu kisah sebelum raya. Lepas raya ni pulak timbul isu buku yang Pak Lah yang bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia". Pada mulanya MyMassa ingat buku ini adalah biografi kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi PM. Rupa-rupanya....


'Saya Tidak Tulis, Taja Atau Minta Buku Itu Diterbitkan' - Pak Lah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' diterbitkan.

Dalam kenyataan media pada Isnin, Abdullah atau lebih kerap dengan panggilan mesra "Pak Lah" berkata, beliau sedia diwawancara oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh "Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri".

"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

"Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan insyaAllah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya," katanya.

Mengenai buku itu, Abdullah menjelaskan bahawa beliau hanya terlibat dalam satu wawancara pada 2011 yang lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku itu dan memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan beberapa perkara.

"Saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisis tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.

"Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan di dalam buku tersebut," katanya.

Selain itu, Abdullah berkata, beliau tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab di atas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku itu.

Katanya, beliau juga tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku itu kerana tidak mahu orang membuat andaian yang buku itu ditulis dan ditaja oleh beliau.

"Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya," tegas Pak Lah. - BERNAMA

Jadi bila terbaca mengenai jawapan Pak Lah terhadap buku tersebut, tiba-tiba MyMassa teringat pada kisah NAMA KURMA NABI. Rasulullah SAW tak pernah pun suruh orang panggil Kurma Ajwa sebagai Kurma Nabi tapi baginda gemarkannya serta ada menyebut kurma tersebut dalam hadith baginda. Ianya berbeza dengan pedang dan barangan lain milik baginda.


Dalam kes buku kontroversi, buku tersebut memang menulis mengenai Pak Lah tetapi bukan diterbitkan oleh beliau. Ada kemungkinan Pak Lah sendiri belum baca buku tersebut. MyMassa harap agar kita berhati-hati dalam isu yang mendatang. Maklumlah pemilihan dah dekat. Makin ramailah anasir-anasir jahat dari luar yang cuba untuk memecah belahkan UMNO dengan melaga-lagakan pucuk pimpinan dan bekas pemimpin agung UMNO.

*Teringat pula dulu ada orang jual SELIPAR NABI....

 

5 ulasan:

  1. Azeez Rahim Chairman Tabung Haji perguna nama Tun Mahathir untuk diletakkan di Tabung Haji. Jangan jual nama Tun M, keling macam Azeez Rahim penyamun tak sama dengan Tun Mahathir. Lingkup lah tabung haji kalau dibiarkan Azeez Rahim terajui Tabung Haji.

    BalasPadam
  2. Usahlah kita keji mengkeji, mungkin yg dikeji lebih baik dr yg mengkeji.Setiap orang mempunyai hak untuk menyumbang, soalnya diri kita sendiri apa yg dah kita sumbang.

    Samaada Pak Lah ke Aziz Tabung Haji ke, mereka adalah manusia yg terpilih untuk menjadi pemimpin. Yang baik dr mereka dijadikan tauladan yg tak baik dijadikan sempadan.

    Aku sendiri pun tak baik baik juga agaknya pd batang tubuh sendiri, selalu lalai dan leka, mungkin salah sendiri terhumban dlm api neraka.

    Dalam keadaan sekarang kitA PERLUKAN KEMATANGAN DAN PANDAI MEMBUAT PENILAIAN.Jangan kerana tak boleh jolok buah, galah disalahkan, tak pandai menari , lantai dikata tak rata. Kenallah kawan dan lawan, jangan kawan sengaja dijadikan lawan, hancuss jadinya. Kita angkat pemimpin, biarlah mereka memimpin, bila salah kita tegur bila baik kita kukuhkan.Wallahhualam..

    BalasPadam
  3. Astagfirulah..
    Sudah-sudahkah burukn orang....
    azez rahim pun nak dibelasah...
    Buruk betul perangai kamu ini..
    Xda kerja lain mghasut dan mengadudomba jak

    kecian betul..xsedar-sedar lagi diri tu sudah dekat mulut naga...

    BalasPadam
  4. blh tlg tak, pak lah tu jgn brckp....

    BalasPadam
  5. blh tlg tak, pak lah tu jgn brckp....

    BalasPadam