Sabtu, 29 Jun 2013

TIDAK PATRIOTIK: DESAK ANWAR JELASKAN DANA ASING BLACK 505



Ikatan Muslimin Malaysia mendesak ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memperjelaskan dakwaan ke atasnya berhubung bantuan dana asing dalam siri perhimpunan Blackout seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Ketua Biro Politik ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, ISMA melihat tindakan menerima dana asing semata-mata untuk kepentingan peribadi disifatkan sebagai tidak patriotik dan hanya mahu mengkucar-kacirkan negara kerana tidak memikirkan kepentingan negara.

“ISMA membantah perkara ini, mana-mana pihak sekalipun tidak boleh menerima bantuan asing. Jadi Dato’ Seri Anwar perlu jawab dakwaan ini.

“Jika benar, maka ini satu tindakan yang sangat tidak patriotik kerana tidak memikirkan kepentingan negara, sehingga lebih mementingkan kepentingan peribadi,” ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMA.

Tegasnya dalam hal ini, Dato Seri Anwar perlu mendedahkan apa agenda dan perjanjian yang sebenarnya antara beliau dengan negara asing yang memberi dana supaya rakyat menilai samaada perkara itu boleh diterima ataupun tidak.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia yang menyatakan bahawa Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China dalam menjayakan siri himpunan Blackout 505 dalam satu wawancara bersama Ketua Editor Merdeka-Online.

Dalam wawancara tersebut, Jusuf turut memberitahu bahawa pencerobohan di Lahad Datu turut melibatkan campur tangan kawan-kawan Dato’ Seri Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina.

Soal Haji Amin, perlukah meminta bantuan negara lain jika mahu berjuang di negara sendiri? Apa yang terjadi seolah-olah beliau seperti boneka dan orang suruhan untuk perjuangan orang lain.

“Kenapa harus mengambil bantuan orang lain untuk berjuang di negara sendiri, ia seperti boneka dan orang suruhan. Ertinya ini perjuangan siapa, perjuangan beliau atau perjuangan orang lain?

“Rakyat perlu fikir dan tahu, tidak ada negara yang membenarkan kemasukan dana asing masuk kerana salah dari segi kedaulatan negara, sama ada isu pencerobohan Lahad Datu, Blackout 505 atau sebagainya.

“Jadi, kepimpinan beliau harus ditolak dan kerajaan patut mengenakan tindakan ke atasnya kerana mencemar kedaulatan negara,” tegas Haji Amin. ISMA

12 comments:

alimedanbaru berkata... 29 Jun 2013 2:45 PTG

Apa kita sibuk-sibuk. KDN tu buat apa? Kebal sangat ke Anuar hingga mereka tidak boleh siasat. Pelbagai cabang dan Jabatan ada dalam KDN tidak ada saluran atau jaringan ke untuk mengesan kedatangan wang luar untuk menjahanamkan negara. Kita rakyat biasa sibuk-sibuk sejak berbelas tahun lalu hingga ketenteraman hidup kita terjejas,nak salahkan Anuar saja ke..dia memang pesalah, tetapi yang benar-benar pesalah adalah penguatkuasa undang-undang yang lemah tidak bermaya.. memang patut kerajaan Najib sentiasa digoyang goyangkan oleh puak Anuar kerana Anuar tahu dia buat apa pun tidak ada siapa yang akan sentuh kulitnya.. hidup kita berjerebu dgn kelemahan penguatkuasa undang-undang di negara ini.. kita tanggonglah hingga Anuar runtuh atau kerajaan yang tenggelam!

kuchingHutan berkata... 29 Jun 2013 6:58 PTG

Betul.....KDN dan sel-sel perisikannya bolehlakukan apa anda cakap tu...tahukah anda....siapa yang lebih berkuasa di Malaysia dalam merealisasikan sesuatu maklumat/laporan perisikan...MKN lebih berkuasa, JASA@JHEK lebih berwibawa....sebeb tulah laporan perikan lain tak bernilai dan Kerajaan di bawah Najib tak percaya dan tak berani nak bertindak.....agensi dibawah KDN dah jalankan tugas mereka....

Tanpa Nama berkata... 29 Jun 2013 7:01 PTG

Ya Allah binasakan lah si anwar ini.. bagaimana caranya.. itu hak mu Ya Allah... Anwar dan org orgnya mengambil org kafir sebagai bantuan utk memenangkan musuh islam. Binasakanlah mereka. Aminnnn.

Tanpa Nama berkata... 29 Jun 2013 7:49 PTG

apco bukan orang-orang kafir kah? sebahagian menteri menteri kabinet tak ada yang kafir kah? Melayu islam yang tak solat, minum arak makan babi , judi dan zina dll bukan kafir kah?

Tanpa Nama berkata... 29 Jun 2013 10:18 PTG

Wahai saudara semua klu pemerintah berkuasa hanya dgn majority kecil bukan mudah ambil tindakan kpd musuh politik..silap langkah pemerintah boleh tumbang...musuh2 pemerintah ibarat harimau kelaparan cuai sikit anda akan musnah...

Dlm keadaan sekarang apa jua tdkan kiranya trsilap ruginya Islam..Penyelesaian muktamad umat Islam kena bersatu dlm umno

Musuh yg beria sgt nk musnahkn umno sebenarnya simbolik pemusnahan islam..semoga bulan ramadan akan menyendarkan kita umat islam mg bersaudara..jgn bunuh membunuh sesama saudara kita juga yg rugi akhirnya.

alimedanbaru berkata... 30 Jun 2013 11:50 PG

Apa pun wahai saudara-saudara ku, sebenarnya Anwar sejak Mat Sabu gelarkannya AlJuburi, pada waktu itu ia boleh dimusnahkan. Tetapi Pas hati perutnya busuk,disamping itu ia mudah terpedaya, dia rela bersubahat dgn Anwar daripada melihat UMNO tegak berdiri.Pas penyokong kemungkaran, sebab itu lah Pas banyak dilanda virus yang dia sendiri tidak sedar dia berpenyakit.Setiap kali kesalahan Anwar dibuktikan maka setiap kali itu jugalah Pas dengan ulamak dalam semak nya muncul terutama Nik Ajis dengan mengatakan ini konspirasi UMNO dan sebagainya.Pada Pas biar dia kalah asal DAP yang menang dan UMNO tersungkur.Hari ini angkara Anuar negara kelamkabut, dan Pas dengan jiwa hamba abdinya tidak sedar tengkok dirantai oleh DAP dengan menjadi kuda sewa yang jenuh kena tunggang dan Melayu umumnya jadi lemah..

Tanpa Nama berkata... 30 Jun 2013 5:12 PTG

bukan kah doa anon di atas dituju utk org kafir yg mau menghancurkan islam.. bukan doa utk hang... jika org islam nak minum arak tak solat itu didosa dia terserah dia.. dia tanggung sendiri... tapi perbuatan nya jgn menghancurkan umat islam lain.

Ada anon diatas sebut org kafir tdk boleh bekerjasama secara baik.. hang jgn dok menjerit... bukak mata hang.. berapa byk tanah di penang dah dirampas.. berapa byk peniaga melayu dihalau disekat mcm mcm alasan... hang pun tau... itu maksud nengambil org kafir tapi memenangkan musuh... hang kan pakar agama hang kan pakar hadis... tak kan yg mudah tu hang melalut.. anon diatas tu doa lembut aje. hang dok menjerit.

hang nak sokong cina dap terserah hang.. sampai tanah hang tergadai itu hak hang. Kami peduli apa kami jaga kawasan kami.. tuiiiiii.. hoiiii hang suruh blog pakatan bukak semua org boleh tulis... bukan delete kami pun nak mencarut kat sana.. nak komen.. ini komen pro aje... tuiiiiiii tak berani tuiiii ini hang semua melalak kat sini tuiiiiii tuiiiiiii

Tanpa Nama berkata... 30 Jun 2013 5:18 PTG

anon.. 7.49.. sedapnya mulut hang..amboiiiii hang lupa ka pok nik dll ulamak pas selalu doa yg buruk buruk kat Umno... tui tuiii... anon kat atas tu kata itu hak Allah caranya hak Allah... amboi anon 7.49.. bila ulamak pas memaki mencarut menghina.... disambut takbirrrrrrr.....

hang marah buat apa... doa anon tu wajar lembut... hang sayang ka kat nuor... aku peduli apa... tuii tuiii tui tuuiituii

Tanpa Nama berkata... 30 Jun 2013 5:24 PTG

anon 7.49.. mudahnya nak faham doa anon tu.. mcm yahudi org kafir ada tujuan tersembunyi.. hang melaluttttttttttt tapi gua setuju sama lu...bab zina.... ayoyo sape buat zina????? hahaha.... hahaha....hahaha... jgn melaluttttttttttt sape zina.... sape sape sape...video sape sape sape.. gua respect sama lu..... caya lu...

Tanpa Nama berkata... 30 Jun 2013 5:26 PTG

amikkkk kau....stupido anon 7.49

Tanpa Nama berkata... 30 Jun 2013 5:30 PTG

anon 7.49.. yg ni engkau tak faham ke?????... engkau tak nak jawab ke ???
ini ada persamaan doa di atas tu.

Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim berkata... 1 Julai 2013 9:20 PTG

Sila baca ulasan saya berkenaan tajuk di atas dalam

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/pendedahan-bekas-naib-presiden.html

Catat Ulasan