Isnin, 20 Mei 2013

@AnwarIbrahim : Perdana Menteri Tanpa Menteri Kabinet. @NajibRazak

Hari ini genap 15 hari selepas keputusan PRU 13 diumumkan yang mana Barisan Nasional berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Hari ini juga genap 5 hari selepas YAB Perdana Menteri mengumunkan barisan kabinet beliau. Negeri-negeri yang dimenangi oleh Barisan Nasional juga telah mengumumkan Barisan Exco mereka.

Dalam masa 15 hari ini, apa yang berlaku di kem pembangkang? Walaupun hanya menang 3 buah negeri, pembangkang masih belum dapat selesaikan perebutan jawatan EXCO di Selangor.

Lebih menyedihkan, 15 hari ini juga hanya digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menghentam sistem Pilihan Raya di Malaysia. Jika mereka tolak keputusan PRU, mengapa 3 orang pemimpin pakatan telah angkat sumpah sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri masing-masing?

Kali ini MyMassa ingin mengulas mengenai kabinet bayangan. Setelah pembangkang bersetuju untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang, secara tak langsung Anwar menjadi Perdana Menteri Bayangan dalam Parlimen. Ini kerana sistem Parlimen di Malaysia adalah berasaskan Sistem Parlimen Westminster (UK).
The Official Loyal Opposition Shadow Cabinet (usually known simply as the 'Shadow Cabinet') are, in British parliamentary practice, senior members of Her Majesty's Loyal Opposition who scrutinise their corresponding ministers in the Government, develop alternative policies, and hold the Government to account for its actions and responses. Since May 2010, the Labour Party has been Her Majesty's Loyal Opposition, and its leadership therefore forms the current Shadow Cabinet.
Not all Opposition frontbenchers are members of the Shadow Cabinet, which is composed of the most senior Opposition Members (usually around 20).
The Leader of the Opposition, the Opposition Chief Whip and Opposition Deputy Chief Whip are the only Members of the Official Opposition to draw remuneration for their Opposition roles in addition to their salaries as Members of Parliament.
http://en.wikipedia.org/wiki/Official_Opposition_Shadow_Cabinet_%28United_Kingdom%29

Mungkin ada pembaca yang bertanya, adakah sistem kabinet bayangan atau Perdana Menteri bayangan ini diguna pakai di Malaysia?

Jawapan untuk persoalan ini adalah, jika Malaysia tidak menggunakan sistem kabinet bayangan, bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh mengumumkan BAJET BAYANGAN pada tahun lepas? Bagaimana seorang Perdana Menteri atau Menteri Kewangan membentangkan BAJET jika tiada kementerian yang bertanggungjawab terhadapnya?

Sudah tiba masanya Anwar Ibrahim berhenti ber'politiking' dan berusaha menjadi Perdana Menteri Bayangan yang baik dalam Parlimen. Bagi MyMassa, menjadi kewajipan untuk Anwar Ibrahim membentangkan senarai kabinetnya kali ini. Ini kerana, dalam PRU 13, masyarakat Cina telah memilih pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mewakili mereka di Parlimen. Jadi nasib sekolah vernakular Cina akan diperjuangkan oleh Ahli Parlimen dari DAP, PKR dan PAS dalam Parlimen dan tidak lagi dibincangkan secara tertutup dalam mesyuarat Jemaah Menteri kerana MCA sendiri telah menolak jawatan Menteri. Rakyat Malaysia sama ada Melayu/Bumiputera, Cina, India dan lain-lain kaum mahu tahu siapakah Menteri Pelajaran yang dilantik oleh Anwar untuk perjuangkan nasib sekolah vernekular.

Rakyat juga mahu tahu kedudukan-kedudukan pemimpin pembangkang mengikut parti. Adakah dalam Barisan Kabinet Bayangan ini mengutamakan kroni, anak beranak atau kredibiliti pemimpin itu sendiri. Rakyat juga mahu tahu berapa lama masa yang diperlukan oleh pembangkang untuk bersepakat membahagi-bahagikan kementerian mengikut portfolio, adakah ianya sama panjang dengan tempoh melantik EXCO Kerajaan Selangor atau lebih panjang daripada itu?

*Kita tunggu apa lagi alasan yang Anwar Ibrahim beri jika dia gagal membentuk kabinet bayangannya.

8 comments:

medan tempur berkata... 20 Mei 2013 6:07 PTG

Hahahaha..Nuar berahim memang bongok 44 tingkat

Tanpa Nama berkata... 20 Mei 2013 7:16 PTG

tingat pulak aku lagu..."umpama mimpi dalam mimpiiiiiiii" :)

Tanpa Nama berkata... 20 Mei 2013 8:09 PTG

ORANG MELAYU ...ISI MINYAK DI PETRONAS SAJA

Tanpa Nama berkata... 20 Mei 2013 11:17 PTG

Huhuhu...btul umpama mimpi dlm mimpi..kita tujukn lgu ni tuk anuwar..

Tanpa Nama berkata... 20 Mei 2013 11:20 PTG

Nuar bongok ngok ning nong nang..kah kah kah

Tanpa Nama berkata... 21 Mei 2013 7:32 PG

MACAIII OoOoOoOOO MACAIII .. Hak tuiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Tanpa Nama berkata... 21 Mei 2013 11:30 PG

Setuju. SPR Tipu. Selangor kelantan dan Pulau pinang je SPR telus dan betul.

Tanpa Nama berkata... 22 Mei 2013 3:23 PTG

LOSEEEERRRRRRR..... dulu 2008 kata 16 sept diorang jadi kerajaan baru... kantoi... so janji Ini Kalilah menang PRU13.. tapi... Ini Kali Pun Kalah Lah... heheheheh terima je la kekalahan Bongok nyer PKR... rakyat dah jelas x percaya kat korang.. korang rasa kalo xde undi cina brape kerusi je PAS dan PKR pegang... JOM kita lancar kempen LOSER.....LETAK JAWATAN JER LAH.... kat bang nuar.. hehehe.. menuju putrajaya dah jadi menuju putaralam... hahahhaa

Catat Ulasan