Jumaat, 19 April 2013

RAHSIA ANWAR KHIANATI LIM KIT SIANG DAN LARI DARI PERAK

















Kebimbangan dan ketakutan Anwar Ibrahim kepada nama besar yang menganggu fikirannya telah menjadi realiti apabila sahaja nama Dr. Mazlan Ismail dengan latar belakang yang hebat dinamakan sebagai calon BN untuk mencabarnya di kubu kebalnya Permatang Pauh.


Di sebalik menampikan sindrom penafiannya, Anwar Ibrahim sekarang sedang membaca talkin untuk dirinya sendiri. Dia telah membaca tulisan di tembok "Matilah Aku."


Bila nama ini didengar dia mahu lari ke Perak, tetapi apabila diketahuinya kawasan Tambun yang ditawarkan kepadanya merbahaya, maka dia mengkhianati janjinya dengan Lim Kit Siang untuk sama-sama membawa aura masing masing ke negeri lain, sebaliknya dia berpatah balik dan Lim Kit Siang di biarkan kesaorangan menggali kuburnya di Gelang Patah.


Kenapa Anwar gementar menghadapi Dr. Mazlan?. Intro dalam tulisan di KeadilanDaily yang bertajuk "Mazlan bukan lawan Anwar Ibrahim" mendedahkan perasaan sebenar yang terpendam di kalangan pemimpin PKR Permatang Pauh.


Kata tulisan itu (disertakan di bawah) pengalaman Dr. Mazlan Ismail sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pulau Pinang bukan kelebihan kepada calon BN. Apa yang bukan, itulah yang sebenarnya. Inilah lagi demonstrasi sindrom penafian Anwar Ibrahim.


Dr. Mazlan adalah anak tempatan Permatang Pauh yang telah sekian lama menempah nama baik di kalangan rakyat di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Beliau popular dan berpengaruh di kalangan  penyokong Pas di Permatang Pauh. Mereka masih menghormati dan mengingatinya sebagai Bekas Naib Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.


Beliau mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan peribadi yang baik berbanding dengan  Anwar Ibrahim yang hanya kelulusan Pengajian Melayu UM dan  seorang homoseksual.

Dr. Mazlan ialah Pegawai Memerintah Semboyan Pakar Diraja Telekom (AW) yang berkelulusan Bachelor of Science UK dan Masters in Operational Telecom Conventry Universiti UK.


Alasan Keadilan, bahawa oleh kerana calon BN seorang tokoh agama Pirdaus Ismail kalah di tangan Anwar pada PRU 11 akan menyebabkan Dr. Mazlan juga kalah, tidak lagi terpakai. Ini perhetongan yang terlalu mudah yang melupakan keadaan sudah jauh berbeza sekarang. Masa itu belum ada video lucah Anwar Ibrahim.


Peribadinya masih peribadi ABIM tetapi sejak itu hingga kini dia telah ditinggalkan lebih 50 orang rakan rapatnya kerana masalah peribadinya termasuk Dr. Sidek Baba, Ismail Mina (penaja ABIM) dan Dr. Chandra Muzafar.


Anwar sekarang lebih tersohor kerana perjuangan pluralisme agama dan pro pengekalan negara Yahudi dan mendapat sokongan dari kalangan pro Yahudi yang terkemuka seperti:


Arkitek Perang Afghanistan Iraq Paul Wolfowitz, Bekas Naib Presiden AS Al Gore,  Bekas Setiausaha Pertahanan  AS, William Cohen, MP Australia Pro Isreal, Michael Danby , Bekas Duta Besar AS ke Israel Martin Indyk dan banyak lagi.


Orang-orang Keadilan masih dalam illusi mimpi tahun 2008, sedangkan banyak perubahan yang telah berlaku. Mereka masih tertipu dengan luaran Anwar Ibrahim dan tidak nampak Anwar sedang membaca talkin untuk dirinya sendiri.


Terjunlah kamu semua bersama si luncai dan labunya.


MAZLAN BUKAN LAWAN KEPADA ANWAR IBRAHIMPetikan dari  KeadilanDaily
PULAU PINANG 17 APRIL: Pengalaman Dr Mazlan Ismail sebagai bekas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang bukan kelebihan kepada calon BN itu apabila berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali, berkata Mazlan mungkin mengetahui serba sedikit strategi PAS tetapi ia tidak boleh digunakan apabila melawan Ketua Umum KEADILAN itu...


6 comments:

Tanpa Nama berkata... 19 April 2013 7:36 PTG

Sebanarnya Lim Kit Siang nak mengkhianati semua Presiden parti komponen PR dengan bertandingan diluar kawasan dimana diharapkan bahawa semuanya akan kalah dan yang menang adalah anaknya Lim Guan Eng. Jadi yang boleh jadi PM.Malaysia hanyalqh anaknya LGE.

Tanpa Nama berkata... 20 April 2013 2:07 PG

Satu ulasan yg lain dari yg dan perlu difiirkan...

Tanpa Nama berkata... 20 April 2013 3:51 PG

Sebenarnya... Anwar telah mencabar LKS bertanding di luar kawasan untuk
Meluaskan pengaruh PR. Malangnya, Lim telah tertipu dibiarkan 'mampos' di Gelang Patah. Anwar memang berhajat Lim mati disana. Sebab itu Anwar buat U-turn ke Permatang Pauh. Mereka musuh dalam diam sebenarnya.

Tanpa Nama berkata... 20 April 2013 9:22 PG

padan muke kit kene tipu sama penghiyanat negara bangse dan agama.. Sekarang kit akan rase bagai mana tun m rase bile kene tipo oleh homo.. Hahaha

Tanpa Nama berkata... 20 April 2013 6:40 PTG

Ahpek tua nak mampus & dah lupus tarikh tu pun dia boleh jual.....apatah lagi yg lain. Bersama doakan keduanya pupus.

Tanpa Nama berkata... 22 April 2013 4:01 PTG

elokla tu penyangak kena tipu dgn penyamun(ayat p ramlee citer 3 abdul) hehehe

Catat Ulasan