Selasa, 16 April 2013

PANAS #GE13 : Gambar Banner Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Yang Baru ?

Berita yang memeranjatkan dari blog Jejari Kami (http://jejarikami.blogspot.com/2013/04/pru13pr-mahukan-menteri-besar-baru.html)


JK telah terjumpa kain rentang ini di satu kawasan di Ulu Kelang sebentar tadi yang merupakan kubu kuat bagi Pakatan Rakyat khususnya parti PKR. Kelihatan gambar Azmin Ali terpampang besar di samping ayat 'Kami Menyokong YB Azmin Ali' diikuti oleh ayat 'Sebagai MB Selangor'. Jadi betullah spekulasi yang pernah ditimbulkan oleh beberapa orang dalaman dari parti itu sendiri berkenaan perebutan kuasa dan pertelingkahan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.

Kain rentang ini juga jelas menunjukkan mengapa Khalid Ibrahim telah melarikan diri dari Ijok ke Pelabuhan Klang. Ada yang kata beliau membawa diri kerana merajuk dengan pengaruh Azmin yang semakin hari semakin kuat untuk menggantikan Anwar dan Khalid. Ada juga yang menyatakan prestasi Khalid sebagai MB dan ahli politik tidak sebagus Azmin Ali. Iyalah, Khalid kan orang bisnes jadi otaknya susah mahu spin macam ahli politik yang lain. Kesudahannya terkeluarlah ayat seperti "Manifesto bukan janji" yang ternyata telah mempalitkan kesan mendalam bagi PKR kerana ayat keramat itu sekarang menjadi ejekan buat pembangkang yang hanya tahu berjanji tetapi tidak ditepati. Lainlah pula dengan Azmin yang kebal serba serbi. Video aiskrim beliau yang hangat diperkatakan suatu ketika dahulu seakan tidak memberi kesan atau impak negatif kepada diri beliau mahupun macai beliau. JK tidak pasti sama ada macai pembangkang ini jenis lembu yang ikut sahaja telunjuk ketua atau pun telah tertutup hatinya untuk menerima kebenaran. Macai seakan-akan tidak kisah dengan masalah moral yang menimpa pemimpin mereka malah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kelakuan jijik mereka.

Baca seterusnya di sini : http://jejarikami.blogspot.com/2013/04/pru13pr-mahukan-menteri-besar-baru.html

Nampaknya pertelingkahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali akan mudahkan lagi BN untuk mendapatkan semula Selangor dari REJIM PEMBANGKANG.

*Sayangi Selangor, Yakini BN.


3 comments:

Berita dari gunung berkata... 16 April 2013 10:59 PTG

Such a privileged man, being pardon by Nik Aziz over his greatest maksiat.... thats PKR's Azmin.

Tanpa Nama berkata... 17 April 2013 12:22 PG

berkobar2 nampak.....jgn cakap jerr.....let practise it.....kasi hantam ni pr....kasi ancuss ni pr......sebarkan matlumat yg factual ke seluruh negara psl kehancuran yg depe bwk.....pls be reminded N9 nmpk cam dema ada potensi beso.....so, let gayang this kind of information ke org N9

Tanpa Nama berkata... 17 April 2013 8:23 PG

menangislah jija.....

Catat Ulasan