Selasa, 5 Mac 2013

UPLOAD VIDEO FACEBOOK, PM TIUP SEMANGAT PERAJURIT NEGARA!



Siapa sangka, PM kita, Dato Seri Najib Razak mengupload Video bertajuk "Inilah Barisan Kita" di laman facebook milik beliau. PM kita secara langsung meniup Semangat kepada Perwira kita yang sedang berjuang  mempertahankan kedaulatan Negara kita di Lahad Datu.

MyMassa masukkan lirik dan video tersebut untuk sama-sama kita dengar dan rasakan semangat itu sendiri sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan



Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti




Terasa sebak dan Semangat melihat video ini dan mengenang Wira-Wira kita yang sedang berjuang dan telah terkorban di Sabah... Semoga Rakyat Semua bersatu dalam saat yang betul-betul menguji kedaulatan Negara Kita. Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh! Teruskan Perjuanganmu Wahai Perwiraku!

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 5 Mac 2013 1:39 PTG

Teringat masa masih bersekolah rendah pada tahun 60'an, lagu ini akan dinyanyikan semasa perhimpunan murid dan kami nyanyi pun dengan penuh semangat

Catat Ulasan