Selasa, 5 Mac 2013

RAHSIA DI MANA RAJA MUDA AZZIMUDIE BERSEMBUNYI

RAJA MUDA AZZIMUDIE 

KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat. 

Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.

Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.

Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.

Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia. 

RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE

Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou.

Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.

Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.

250 ORANG PENGAWAL ELIT

Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya. 

Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.

Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.

Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.

Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.

Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.

PERSOALANNYA

1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah? 

2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?

3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?

4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?

5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.

6. Anwar Ibrahim masih tidak mahu mengaku penglibatannya dalam insiden di Lahad Datu. Walaupun Raja Muda Azzimudie mahu bertemu dengan Tokoh Pembangkang Malaysia! Siapa lagi? Perisikan Manila juga mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim! Apakah bantuan yang Anwar Ibrahim telah berikan kepada mereka? Wang Ringgit? Harapan? Janji? Kerjasama? Win-Win Situation?

LESSONS

1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.

2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.

3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.

4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.

Sekian, Assalamualaikum.

Orang Suluk tempatan.
Lahad Datu.

e-mel ini baru sahaja disampaikan kepada kami.







19 comments:

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2013 12:11 PG

masa kes mula2 dia cakap dalam 10 orang yg mati dan jumpa dalam 12, kalau dia kata 27 orang, dia memang tinggalkan 27<>30 orang kat situ, makna bila polis/askar serang kawasan tu dia tau mesti mati banyak tu.

jadi kawasan lain pun sama, dalam 1 kawasan ada dalam 2/3 penembak tepat yg jadi backup setiap kawasan

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2013 12:21 PG

Yg pasti ATM gagal mencegah sempadan laut kita dari diceroboh sebab tu ramai penceroboh kat Lahat Datu tu.

Syukur, tindakan dratik telah diambil. Ide ini pastiny bukan dari Menteri Amaran tapi dari think tank PDRM dan ATM. Nak cover malu kut ?

TERIMA KASIH ATM DAN PDRM KERANA BERTINDAK.

Menteri-menteri berkenaan letak jawatan je lah sebab GAGAL.

PERIOD.

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2013 1:09 PG

TERIMA KASIH PDRM & ATM.... boleh tak esok bom lagi....masih banyak lagi tu yg menyorok kat ladang sawit seluas 4km tu....kesan ler pakai satelit suhu...

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2013 1:12 PG

puak2 penganas ni mesti pakai ilmu hitam juga ni...kan mereka ni extrem agama...macam kes almaunah jg ni..pakai ilmu kebal, ilmu halimunan, mcm2 ilmu pertahankan diri la...hati2 pasukan keselamatan...SELAMAT BERJUANG WIRAKU....selamatkan SABAH TANAH AIRKU....

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2013 1:18 PG

guna talifon utk berhubung.. pasti pihak keselamatan dapat mengesan lokasi kumpulan lanun yg menggunakan alat perhubungan ini.. dan apa lagi gunakan lah pesawat atau tembakan senjata berat keatas kedudukan lanun ini..

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2013 1:56 PG

gugurkan bom atom..kasi habis mcm nagasaki

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2013 9:02 PG

Ha ha Boleh menyelam 20- 30 minit , boleh duduk dalam Tanah ?..boleh macam macam ...Ini semua Propaganda Terrorist Sulu nak tunjukkan mereka bagus. Yg pasti Rajamuda Azimudie sekarang sedang kelaparan sambil memakan umbut Kelapa Sawit.
Tentera malaysia pun cukup terlatih . kami tak gentar melawan terrorist spt mereka.dan kami akan pertahankan setiap mm tanah berdaulat ini...

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2013 9:18 PG

ha ha ha ha.. sebagai rakyat malaysia, kita percaya tentera malaysia kuat. tapi jgn sampai jadi mainan org atasan ye. fikir-fikirkan

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2013 11:53 PG

Usaha memburu gbimudin dan gerila gerila sulu bukan perkara yang mudah.Mereka adalah komando pengganas terlatih paling licik,paling degil, paling berpengalaman lasak tak terhingga,Tanpa ada istilah bersara kecuali terbunuh atau kematian itulah mereka selama sepanjang hayat.Pengalaman memerangi Komunis adalah aset berguna bagi pasukan keselamatan Malaysia namun berhadapan dengan gerila Sulu menuntut segala galanya paling penting adalah moral dan ketahanan mental serta fizikal yang berpanjangan.

Tanpa Nama berkata... 7 Mac 2013 6:09 PTG

Setuju dgn HUD HUD .... Jgn salahkn pemimpin lak.... Negara ngah mmbangun tp org melayu kit a sender malas n pilih keje... X nak keje yg berat n susah, tp belajar malas... Dapat keje kilang da Kate x standard haji ciput.... Standard la ngan tahap pmr yg ade... Memilih pulk... Sudahnyer amik jer org liar yg sanggup wat apa saja.... Cuma silapnyer kit a x kawal kebebasan mereka......

Aerol Ismail berkata... 8 Mac 2013 2:04 PG

jamabahlul tilam...hahahaa....bodoh la sultan sulu....haktuiii!!!

Tanpa Nama berkata... 8 Mac 2013 2:32 PG

kerajaan dah beri masa 3 minggu, tapi penganas ni nk sngt mati x berkubur..inilah padahnya kalau org buta sejarah..main sokong melulu..x bole terima hakikat..akhirnya mati katak..datang lagak samseng..memang patut mampus berulat kat dlm ladang sawit.. buat PDRM dan ATM..tahniah atas kejayaan anda dlm misi menumpaskan penganas2 sulu ni..jgn bagi muka kat mereka..bom smpai lumat..

swak dayak berkata... 8 Mac 2013 11:40 PTG

nanti aku panggil suku kaum ku dayak dari kalimatan baru dia tau..dah lama tak makan darah sejak peristiwa berdarah di kalimatan beberapa tahun yg lalu.

Tanpa Nama berkata... 9 Mac 2013 4:55 PTG

Jangan ingat sesuatu bangsa tu je yg bagus.kalau betul bagus macamana boleh hilang kerajaan sendiri?kerana terlalu bangga ia akan menjadi takbur.apabila takbur,Allah akan menjatuhkan sesuatu kaum itu dan menggantikannya dengan kaum yg lain untuk mentadbir bumiNya.

Tanpa Nama berkata... 12 Mac 2013 7:54 PTG

Aku rasa Raja ni dah kojol...dgn kuncu2nya.....

Tanpa Nama berkata... 12 Mac 2013 9:05 PTG

mohon kerajaaan malaysia menghalau dan melucutkan kerakyatan keluarga dan keturunan ketua lanun kiram yg berada di sabah.ketua lanun tak sedar diri ni amat berbahaya,kemungkinan besar beliau bleh menpengaruhi kaum keluarga nya di sabah untuk melancarkan peperangan di masa akan datang,kerajaan perlu bertegas demi pengorbanan dan sokongan rakyat dan tentera yg setia menentang lanun bangsat dan keparat,biar dia dan kaum kaum nya di sana merasa bagaimana sakit hati nya kerajaan malaysia terhadap perbuatan laknat lanun keparat ni.

Tanpa Nama berkata... 15 Mac 2013 11:26 PTG

Sian jg tenggok orng tua tu. mungkin dia menyesal kot sebab ramai da suku sakatnya menjanda gara2 suami mereka mati dtembak Pskn Kslmatn Msia. Pa pn smoga Tuhan mengampun Dosa meka.

Tanpa Nama berkata... 17 Mac 2013 12:48 PG

Banyak ajinamoto punya artikal..Mana ada dia kata nak jumpa tokoh pembangkang,cuma nak jumpah seorang tokoh...walaubagaimanapun tahniah keatas pskn kslmatan kita.. u r the best

Tanpa Nama berkata... 8 Januari 2014 8:49 PTG

cadangan baik...aku sokong...apa mau simpan senjata berat...simpan lama lama nanti expide

Catat Ulasan