Satu ketika dahulu, seorang bapa ini sanggup menghadapi risiko dicerca, dihina dan dipulaukan, demi maruah anak lelakinya yang dianiaya secara seksual luar tabie oleh bekas majikannya. Dek kerana itu, beliau sanggup membawa anaknya ke rumah Allah bagi melafazkan sumpah Laknat ke atas dirinya sendiri sekiranya beliau memfitnah bekas majikannya itu.
Kes itu berlarutan sehingga lebih 4 tahun perbicaraan dan penangguhan selain ketiadaan kehidupan yang normal seperti insan yang lain. Semuanya itu diharungi demi mendapatkan sedikit keadilan sepertimana yang pernah diperjuangkan bersama bekas majikannya sebelum ini. Namun, segalanya seperti suatu yang sia-sia apabila majikannya terlepas juga mahkamah dunia.
Namun, si bapa tetap tidak mengalah untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya bagi pihak anak yang disayangi. Selagi nyawa nasih di badan, ini sahajalah yang dapat ku lakukan buat anak lelakiku.
Namun, kuasa wang juga mengatasi segala-galanya. Sepertimana peguambela anaknya yang akhirnya membela pihak lawan (sebab itu kes boleh tertangguh sehingga lebih 60 kali), si Bapa juga tampak tewas kepada godaan duniawi. Tidak mengapalah wahai Saiful, walaupun skrip yang diberikan kepada bapamu sama sahaja (Khairil Anas, Peg Khas PM dll), namun kita semua tahu yang Allah SWT itu maha Kuasa. Tiada satu perancangan licik manusia yang dapat mengatasi Maha PengetahuanNYA!
Namun, apa yang kita semua perlu fikirkan ketika ini adalah, mengapa sekarang?!!
* Mengapa PI Bala berani pulang dan sambung kisah fitnahnya hanya selepas kes Altantuya selesai dibicarakan?!! $$$ Berapa belanjanya?
* Bagaimana penceroboh/lanun Sulu yang miskin secara tiba-tiba memiliki peralatan peperangan yang canggih dan kewangan yang mantap sebaik menceroboh Sabah?!! $$$ Berapa pula belanjanya?
* Apakah perancangan bashing NAJIB/BN ketika dua anggota polis terkorban tidak menjadi, maka dibelinya pula bekas Jeneral untuk memperkuat motif bashing?!!
* Apakah Anwar kini melihat gelombang simpati dan sokongan rakyat bersama Kerajaan begitu kuat ketika ini kerana pendedahan pelbagai media tentang penglibatan beliau sebagai dalang, maka tibalah strategi divert dengan membeli bapa Saiful pula?!!
1. Isu pengakuan bapa Saiful bukanlah suatu
isu nasional yang boleh menjejaskan kedaulatan 7 keselamatan Negara. Ia adalah
isu peribadi untuk mengalihkan perhatian Rakyat dari isu pencerobohan pengganas
di Lahad Datu, Sabah. Tambahan pula, ia masih dalam proses Mahkamah Rayuan dan
sebarang perbicaraan mengenainya dibimbangi akan ditafsirkan sebagai menghina
mahkamah. Usah terpedaya dengan mainan tipu muslihat pakatan haramjadah. Banyak
keraguan & kemusykilan boleh kita perolehi termasuklah sidang media yang
tertutup, mengapa Saiful Bukhari tiada sekali dalam sidang tersebut serta apakah
motif yang cuba disembunyikan oleh puak-puak pakatan haram sebenarnya dengan
menimbulkan isu tersebut di saat seluruh Rakyat Malaysia berasa dukacita dengan
apa yang berlaku di Sabah.
2. ISU NASIONAL adalah:-
(i) Permintaan supaya Amerika campurtangan
di Lahad Datu, Sabah.
(ii) Nasihat Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu supaya isu di Sabah diselesaikan di meja
rundingan.
(iii) Kenyataan Presiden Filipina yang
memihak kepada Malaysia berbanding penceroboh militan Sulu.
(iv) Rakaman perbualan telefon antara Anwar
& Misuari yag dipintas oleh perisikan Filipina.
(v) Pengakuan bekas pengasas PKR yang
mendakwa Suaram membiayai USD2 juta pengganas Sulu
(vi) Pengakuan seorang Pastor bahawa beliau
menjadi Penasihat kepada pengganas untuk mengambil semula Sabah dari
Malaysia.
(vii) Rekod-rekod pertemuan para pemimpin
pakatan haram dengan pengganas-pengganas di Jolo, Mindanao dan/atau Sabah serta
motif perbinccangan /pertemuan tersebut.
Walau apa sekalipun, kami di MyMassa menyeru kepada sesiapa yang dibeli MARUAHnya oleh Anwar agar segera bertaubat. Jangan ingat lepas di dunia, di akhirat juga begitu! Ayuh kalau benar Anwar dianiaya, sepertimana ketika mula-mula bersama Saiful, apa kata kali ini En Azlan melakukan SUMPAH LAKNAT bersama anaknya tentang perkara ini mengikut Hukum Islam! Ada berani?!!








8 comments:
Saiful dah buat kenyataan...:
Bapanya telah dipergunakan olehg pihak2 tertentu. Beliau tetap istiqamah dengan dakwaannya....
Siapa yang kena liwat sebenarnya..? Saiful atau Azlan..?
sumpah laknat ikut hukum Islam? kalu bersumpah tu terbukti benar la ye? senang betul hidup. dah x de bukti, pakat plak main ngan sumpah. camtu setiap kali kes mahkamah selesai sume yg terlibat kene bersumpah laknat. sumpah la camne pon, mulut tu kalu nak bohong, bohong jugak. macam tu jugak dosa fitnah lebih teruk dari membunuh. tapi kalu nak fitnah, fitnah jugak. aptb
Sumpah laknat tak boleh pakai.
Video pun tak boleh pakai.
Yang boleh pakai cuma air liur bapak Saiful, Deepak dan PI Bala. Mana bukti dari pengakuan mereka?
Mudahnya macai pemakan dedak kena tipu bulat-bulat.
Fitnah kes Altantuya ikut hukum Islam ke bro?
Sumpah laknat ada dalam Islam. Pegi jumpa cikgu agama kalau tak tau. Yang pasti Saiful dah bersumpah. Anwar pulak tak balas sumpah tersebut. Kalau ikut hukum, Saiful di pihak yang benar.
SUMPAH SI BALA JUNJUNG KITAB DIA BOLEH PULAK KORANG PERCAYA.
SUMPAH PALSU SI RPK DULU BOLEH PULAK KORANG PERCAYA.
ANUGERAH TUHAN SAMPAI HARI NI TAK BERANI SUMPAH..BOLEH PULAK KORANG PERCAYA KATA2 DIA.
MEMANG MACAI2 PR BANGANG NAK MAMPOS!! KAH KAH KAH
video anwar main puki cinadol tak bole pakai jgk ker?
Aku x boleh share ni punya artikel dn lain2 dgn mgunakan handphone aku.. Ergggh
Catat Ulasan