Selasa, 12 Februari 2013

UNDILAH NIK AZIZ DAN KARPAL UNTUK CIPTA REKOD WAKIL RAKYAT PALING LAMA DAN TUA.

Apa maksud tersirat dari gambar ini?


Selalunya orang tiup lilin dan potong kek hari jadi untuk mengingatkan betapa umur kita makin meningkat. Jika budak kecil, ianya bukti tumbesarannya. Jika orang tua, masa untuk kita hidup tidak lama lagi.

Bila dua orang wakil rakyat paling otai, Karpal dan Nik Aziz bergambar bersama menunjukkan pembangkang sudah tiada calon yang lain untuk memimpin Pakatan Rakyat. Musuh hakiki kedua-dua pemimpin di atas, Tun Dr. Mahathir telah 10 tahun bersara dari memimpin UMNO dan BN (Tun bersara pada tahun 2003).

Infografik ini dibuat pada tahun lepas. Tahun ini umur setiap pemimpin di atas perlu ditambah setahun.

Pembangkang selalu kata bahawa merekalah pejuang kaum muda. Calon-calon parti mereka lebih muda dari UMNO dan BN. Jika ianya benar, kenapa Nik Aziz dan Karpal masih lagi dikatakan bakal calon untuk PRU ke 13?

Karpal Singh mula menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya ke-4 (tahun 1974). Jika Karpal bertanding pada PRU ke-13, Karpal Singh sudah bertanding sebanyak SEPULUH KALI PILIHAN RAYA UMUM. Kini dua orang anak Karpal Singh juga telah menjadi wakil rakyat. Agaknya Karpal mahu pegang jawatan sampai mati.

Begitu juga dengan Nik Aziz. Nik Aziz mula menjadi wakil rakyat lebih  lama iaitu setelah menang dalam Pilihan Raya Kecil Kelantan Hilir pada tahun 1967. Jika dikira. Nik Aziz bertanding lebih sudah SEBELAS KALI DALAM PRU DAN SATU KALI DALAM PILIHAN RAYA KECIL jika dia masih lagi bertanding dalam PRU akan datang.

Pembangkang selalu kata orang yang lama berada di puncak kuasa akan terdedah kepada salah guna kuasa. Namun ianya hanya boleh digunakan pada UMNO dan BN sahaja. Pembangkang adalah MAKSUM. Melantik dua orang anak sendiri sebagai calon sedangkan dirinya adalah orang yang menentukan pencalonan DAP bukan satu bentuk salah guna kuasa bagi Karpal. Ianya dinamakan demokrasi terpimpin.


Begitu juga dengan Nik Aziz. Melantik menantu sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan bukan salah guna kuasa. Ianya adalah hasil keputusan sebagai seorang ULAMA MERANGKAP MURSYIDUL AM. Sesiapa yang melawan akan dibuang parti.


MyMassa cuma nak ulangi kempen mahasiswa pembangkang semasa pilihan raya kampus yang lalu. Jom sama-sama kita tolak calon tua.


Kecualilah kita nak bantu dia mencipta rekod wakil rakyat paling gila nak jadi calon. Pertandingan antara Nik Aziz dan Karpal. Hujahkan perkara ini kepada penyokong dan pencacai pembangkang. Adakah tiada muka lain untuk mereka ketengahkan jika mereka selalu kata pembangkang sekarang ni tengah kuat. Kalau kuat, letaklah orang lain untuk tengok pembangkang benar-benar kuat atau masih mengharapkan kepada pengaruh pemimpin tua.

*Rumah kata pergi, kubur kata mari....

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 13 Februari 2013 9:13 PG

Nik najis mmg munafik.kejap ckp mcm ni pastu ckp mcm tu plak.flip flop

Catat Ulasan