Jumaat, 22 Februari 2013

RUNDINGAN ANWAR-NUR MISUARI TERBONGKAR

Salah Satu Banner Yang Dilihat Di Ranau, Anugerah Ditabalkan oleh  PKR Ranau 

ANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.


Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

Semasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.

Orang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada. Kedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam di Selatan Filipina.


Anwar Masih Membisu Walaupun Rundingan Anwar-Nur Misuari Dihidu Oleh Krew Mymassa dan Media Antarabangsa

MENJELANG PRU13

Anwar telah menghantar beberapa utusan kepada Nur Misuari dan wakil Sultan Sulu di Sabah dan Anwar berjanji akan memberikan beberapa perkara kepada mereka sekiranya dia berkuasa. Putera Raja Kiran dari Kesultanan Sulu ada di Sabah. Beberapa individu Sulu di Sabah dan di Kesultanan Sulu telah mengambil kesempatan atas Tawaran Anwar kepada mereka.

Kenapa Tian Chua dan Nurul Izzah berdiam diri? Mereka adalah antara utusan yang berunding dengan pihak Nur Misuari dan waris Kesultanan Sulu di Sabah, dan menjanjikan banyak perkara. Mymassa adalah pelapor pertama yang mengaitkan Anwar dengan insiden di Lahad Datu. Ianya kemudian disahkan oleh media antarabangsa. Kami mempunyai bukti bahawa Anwar terlibat. 

Tian Chua ini http://mymassa.blogspot.com/2013/02/top-secret-apa-tian-chua-buat-dengan.html Sistem keselamatan Anwar bukanlah canggih sangat, walaupun Anwar menyewa sistem yang mahal dan bodyguard yang mahal.

Tujuan Anwar mudah. Anwar mahu berlaku tembak-menembak. Anwar mahu melihat Angkatan Tentera Malaysia menembak mati kumpulan tentera kononnya dari Kesultanan Sulu. Malangnya, rundingan cara Malaysia berjaya, tiada tembak-menembak.

Anwar juga telah menghubungi wartawan asing khususnya dari Singapura dan Australi, CNN, AlJazeera, BBC, krew TV dari Singapura. Anda boleh lihat mereka di bandar Lahad Datu sekarang. Namun, rancangan Anwar gagal.

Satu perkara yang menguatkan kita ialah, rakyat Malaysia menentang campurtangan begini. Rakyat Malaysia menentang kehadiran Xenophon MP Bebas dari Australia.

ORANG CINA LAHAD DATU

DI Lahad Datu, khabarnya orang Cina lari dan meninggalkan bandar tersebut. Orang-orang Cina sangat memerlukan bisnes, nyawa, wang dan ekonomi. Angkara Anwar mencaturkan semua ini, orang-orang Cina di Lahad Datu sangat marah kepada Anwar. Bagi mereka, Anwar telah memusnahkan bisnes mereka, menyusahkan hidup mereka, menggadai nyawa mereka dan merosakkan perniagaan mereka.

Nampaknya, Anwar Ibrahim, The New Huguan Siou (ditabalkan oleh PKR Ranau) , salah percaturan di Sabah.

Anwar masih berfikir seperti dulu, iaitu, orang-orang Sabah, YB-YB Sabah senang dibeli, murah dibeli. Betulkah wahai orang-orang Sabah?

Krew MyMassa masih berada di Sabah. Artikel berkaitan akan menyusul...






16 comments:

Tanpa Nama berkata... 22 Februari 2013 11:20 PTG

Gambar Anwar dan Azmin ALi huhu dapat kat mana ne mymassa, org Sabah bilang huguan talou, huguan sial

Tanpa Nama berkata... 23 Februari 2013 1:25 PG

memang betul, boleh hancor negara kalau diorg ni perintah...

Tanpa Nama berkata... 23 Februari 2013 2:31 PG

PKR Sabah ikut suka tabalkan Anwar jadi Huguan Siou, tiba-tiba orang Filipina ngaku Sultan tuntut Sabah.
Kebetulan?
Hmmm

Tanpa Nama berkata... 23 Februari 2013 4:55 PG

Anwar ni sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa dan sanggup mensabotaj lawan beliau. Lihat sahaja bagaimana beliau mensabotaj keamanan dialaysia dengan mengatur banyak demo jalanan dan agenda lain seperi di Lahad Datu! Sebelum ini Malaysia sentiasa terkenal sebagai negara yg aman tapi Anwar cuba menukar persepsi dunia luar supaya secara langsung pemimpin Malaysia adalah tidak betul.

Tanpa Nama berkata... 23 Februari 2013 7:42 PG

Anwar syaitan jenis manusia.

Tanpa Nama berkata... 23 Februari 2013 10:49 PG

Esok kalau mati tak diterima dek tanah.... sbb tanah dia dah habis kene jual.
Hidup tak beri manfaat. Mati tak beri shafaat.

Tanpa Nama berkata... 23 Februari 2013 11:27 PG

wahai teman sekalian spekulasi cam ni hanya nak caro publisiti jerr..nak bg panas cerita.besa latu kalo ada cerita baru jer mulai la politik campur apalagi. para blogger ambil kesempatanlah..erm tau sangat la.nak bg ingat ni,nak cari duit biar yg halal ok!

Tanpa Nama berkata... 23 Februari 2013 12:14 PTG

Baca sini..http://www.keadilandaily.com/warga-sulu-di-sabah-bukti-bn-gagal-selesai-persempadanan-negara/

samagreen berkata... 23 Februari 2013 3:46 PTG

Aku ykin pertemuan AI dgn NM adalah satu kbetulan saje > Anwar nk mintak Nur bkalkan ikanduyung masin favourit dia dan petai sabah > dan Nur pulak nk pinjam chainsaw Anwar!!

Kalo aku 99.9% prcaya Anwar akn k Putrajaya, samalah jugak aku percaya yg dia ada d Ampang on 21/02/11 @ 22:41 sdg menikmati ikanduyung masin favourit dia > ni jugak satu kbetulan!!

Tanpa Nama berkata... 1 Mac 2013 9:10 PTG

Nuar ni mmg pengkhianat bangsa yg paling pukimak skli!!!!!!Kenapa kechik2 ko tak nak mampos!!!!

Tanpa Nama berkata... 2 Mac 2013 11:45 PG

Nuar.. tu.. bukan sekadar syaitan lagi..jadi jembalang boleh..jadi puaka p.un boleh..dia dah tak ingat lagi kesan akibat perbuatan dia yg buruk tu terutama pada anak cucu dia

Siti rosida deq da berkata... 3 Mac 2013 12:15 PG

Itulah dajal

Tanpa Nama berkata... 4 Mac 2013 3:54 PTG

mintak Najib lanjutkan lagi tarikh PRU13... maybe macam2 hal akan terjadi. Pengkhianat dok ingat Parlimen bubar 28/2 kot.... .

RAZALI saujana berkata... 4 Mac 2013 3:59 PTG

setuju dgn SRDD. Dajal bertopeng manusia, kerajaan perlu tahan petualang negara serta terlibat dgn bukti2 yg ada. SEGERAkan...

Tanpa Nama berkata... 4 Mac 2013 4:01 PTG

Anu-War amat terdesak! Kapal dh karam. Lemas!

songlapman berkata... 5 Mac 2013 8:06 PG

bukan lah ..gambar gimmick saja..pak

Catat Ulasan