Isnin, 4 Februari 2013

PRU13 COUNTDOWN : PARTI STAR ARAH PR KELUAR DARI SABAH & SURAT LAJIM!

PARTI STAR DAN DATUK DR. JEFFREY KITINGAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAKATAN RAKYAT & MEMINTA PR KELUAR DARI BUMI SABAH!

Berita yang baru kami terima dari Kota Kinabalu - Parti STAR mendesak Pakatan Rakyat Keluar dari Bumi Sabah! Presiden STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga adik kepada DSP Pairin Kitingan dalam desakannya semasa Kongres STAR di Kota Kinabalu, berkata rundingan STAR dengan Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim sudah tutup. Tiada lagi kerjasama.

Di Tawau pula, beberapa Cawangan SAPP telah dibubarkan. Ketua Bahagian SAPP Tanjung Batu, Ardi Arsah, mengisytiharkan keluar dari SAPP bersama-sama dengan lebih 20 Cawangan SAPP di seluruh Tawau.

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Sabah???


LAJIM: SAYA MASIH AHLI UMNO, SAYA BARU TAHU SURAT-SURAT SAYA KEPADA PM NAJIB TIDAK DISAMPAIKAN OLEH SETPOL PM!
Khabarnya, Lajim Ukin sudah bersedia kembali semula ke pangkuan UMNO. Sehingga ke saat ini, Lajim masih ahli UMNO! Lajim Ukin sudah mengetahui rahsia mengapa surat-suratnya tidak sampai kepada DS Najib Tun Razak. Rupa-rupanya semua surat-surat Lajim Ukin kepada DS Najib tempohari disekat dan tidak disampaikan oleh salahseorang SETPOL PM!

Seorang orang paling kanan Lajim memberitahu kepada kami, Lajim sedih kerana surat-suratnya tidak sampai ke tangan PM! Seorang kenalan Lajim yang juga mantan Menteri Kabinet Negeri Sabah memberitahu kepada kami "Lajim akan menyertai semula BN sama ada menjelang PRU13 atau selepas PRU13".

0 comments:

Catat Ulasan