Rabu, 27 Februari 2013

Masih Relevankah PI Bala Dengan Adanya Video Pengakuan Raja Petra? #altantuya

Kepulangan PI Bala disambut bagai sambutan wira oleh penyokong pembangkang.


Bagi pembangkang, PI Bala adalah kayu api terakhir (selepas Deepak) untuk menghidupkan kembali api fitnah mengenai pembunuhan Altantuya dan hubungkaitnya dengan pembelian kapal selam.


Biar MyMassa imbas kembali. Kes pembunuhan Altantuya dan skandal Kapal Selam merupakan cerita penglipur lara politik yang terkenal iaitu Raja Petra. Raja Petra berjaya mengarang beberapa siri cerita untuk mengaitkan pemimpin Kerajaan dengan kedua-dua perkara tersebut. Dan PI Bala hanyalah salah satu watak dalam cerita ciptaan Raja Petra (RPK).

Bila pembunuhan Altantuya menjadi kes mahkamah, watak tersebut menjadi saksi perbicaraan. Berbeza dengan fiksyen ciptaan RPK, kes ini perlu berfakta dan berdasarkan kejadian sebenar. Dengan takdir Allah SWT, PI Bala yang merupakan salah seorang saksi telah membuat akuan bersumpah sebanyak dua kali. Adakah orang yang bertukar-tukar akuan bersumpah seperti PI Bala perlu kita percayai?

Berbalik kepada perbicaraan kes Altantuya, hakim telah buat keputusan. Orang yang membunuh Altantuya juga telah dihukum. Lebih menarik lagi, penulis hikayat cerita dongeng Altantuya juga telah buat pengakuan!




Jadi adakah kita perlu terus layan hikayat demi hikayat ini yang sememangnya bertujuan untuk bunuh karier politik YAB Perdana Menteri sebagaimana yang diakui oleh pemula dan pengarang cerita ini sendiri?

Jika PI Bala masih mahu meneruskan cerita bohongnya, kita perlu tanya dapatkah dia menjelaskan gambar super impose ini? Benarkah Altantuya pernah memasuki Paris atau ianya hanya satu cerita rekaan berdasarkan bukti forensik fotografi ini dan penafian polis Perancis bahawa mendiang tidak pernah memasuki negara tersebut.

SIRI 2 : Najib Dalam BAHAYA ... Hantu Altantuya MULA MENGGANAS

| Thursday, June 28, 2012

 

 
Jika anda layari laman web Asia Sentinal, anda boleh saksikan dengan mata kepala anda sendiri bahawa dia (Altantuya) berdiri di hadapan kedai Louis Vutton, Buddha Bar, Notre Dame Cathedral, Berthelsen memberitahu Malaysiakini.


“If you go to the Asia Sentinel site, you will see pictures of her standing in front of a Louis Vuitton store, the Buddha Bar, Notre Dame Cathedral and a whole flock of other locations in Paris,” Berthelsen told Malaysiakini.

Semalam adalah siri pertama pendedahan fitnah gambar-gambar Altantuya yang digunakan pembangkang dan SUARAM, yang semakin gusar tidak mampu mengaitkan DS Najib dengan isu pembelian dua kapal selam Scorpene.

Gambar yang di dakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah suatu pembohongan besar.


Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang Mongolia ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan dinamakan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.



East side of the Duomo with choir windows

Gothic Cathedral Duomo – The Pride of Milan (East side of the Duomo with choir windows)

Cukup nyata Anwar Ibrahim melalui Tian Chua yang bermati-matian mengatakan gambar Altantuya di atas adalah bukti bahawa mendiang pernah berada di Paris suatu fitnah yang menjijikkan dari seorang yang bertaraf ahli Parlimen (gigit polis).

Cukup berbeza struktur dan ikon bangunan sebenar Notre Dame Cathedral dari apa yang didakwa oleh laman web Asia Sentinel dan Tian Chua di Parlimen, semalam.

Bagaimana pula dengan gambar dibawah ini ...



FITNAH KEDUA - Eiffel Tower, Paris 


Begitu juga dengan gambar di atas ini ... sebagaimana yang didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan Menara Eiffel Tower, Paris.

Benar ... memang benar. GWM tidak menafikan memang Altantuya sedang bergambar di hadapan Menara Eiffel (Eiffel Tower).

Namun ... Eiffel Tower di negara mana? Benarkah gambar ini diambil dihadapan Eiffel Tower di Paris? Jawapannya ... Tidak.

Apakah benar hanya ada satu Eiffel Tower di Paris? Bagaimana pula dengan gambar-gambar di bawah ini ...

Eiffel Tower di Las Vegas, Amerika Syarikat


Eiffel Tower di Beijing, China.

Eiffel Tower di Brisbane, Australia.


Justeru, bagaimana pula dengan Eiffel Tower boleh berada di Filipina? 





Berbalik kepada persoalan utama, benarkah mendiang Altantuya bergambar di hadapan Eiffel Tower di Paris?


Perhatikan kepada tanda-tanda kuning sebagai rujukan, kononnya Altantuya berada di hadapan Eiffel Tower, di Paris, Perancis.


Tanda-tanda, sama ada dibulatkan atau dalam bentuk petak, mahupun dalam bentuk garisan terputus menunjukkan gambar ini telah diubahsuai (modified / tampered).

Lihat dengan teliti dibawah gambar sebenar Eiffel Tower di Paris, Perancis ... 


1) Mengapa terlalu gelap gambar Altantuya di hadapan Eiffel Tower di Paris.

2) Dari kedudukan manakah Altantuya bergambar sehingga menampakkan bayang-bayang X (tanda kuning) di belakang Eiffel Tower.

3) Mengapa ada struktur bangunan di sebelah kiri Eiffel Tower (petak tiga segi berwarna kuning) dalam gambar mendiang Altantuya sedangkan gambar sebenar menunjukkan tiada struktur bangunan dari mana-mana bahagian Eiffel Tower di Paris.

4) Bagaimana pula dengan dua lampu bulat yang dikuningkan dalam gambar Altantuya nyata malap.


5) Di bahagian garisan terputus, mengapa ada dua bahagian bayangan cahaya gelap dan kurang gelap. 


Persoalan ... Altantuya berdiri dihadapan Eiffel Tower mana sebenarnya? ... Las Vegas, Beijing, Brisbane atau di Filipina?


Mungkin masih ada persoalan yang timbul ... mustahil gambar Altantuya yang disiarkan di laman web Asia Sentinel ini palsu. 


Bagaimana pula jika dilakukan dilakukan pengesahan melalui perisian istimewa (software), seperti dibawah ini ...





Perisian ini mampu memberikan jawapan jika sekiranya sesuatu gambar yang diambil telah diubahsuai (modified, edited or tampered).



Original Image taken from canon 850


Keputusan analisis gambar di atas menunjukkan ianya mempunyai kebarangkalian asli dan tidak diubahsuai, melalui perisian ini.  

GWM melakukan analisis terhadap gambar yang diambil bulat-bulat dari laman web Asia Sentinel, yang didakwa sebagai gambar Altantuya berada di hadapan Eiffel Tower di Paris.

Berikut adalah keputusan ujian ...






Analisis menunjukkan gambar Altantuya ini telah mengalami proses edit  (modified, edited or tampered).

Seharusnya jika sesuatu gambar itu asli, maka perisian ini akan menunjukkan analisis Class 3 ... dan bukannnya Class 1.

Class 1 bermaksud gambar ini telah mengalami proses suntingan ... (modified, edited or tampered).

Sumber : http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/06/najib-dalam-bahaya-hant-altantuya-mula.html

Manakala penyiasatan polis Perancis menunjukkan Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006, terdapat gambar-gambarnya yang diambil di Paris yang disiarkan beberapa tahun lepas, yang menunjukkan sebaliknya.

Laporan mengenai siasatan polis Perancis telah disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) dalam artikel bertajuk 'French probe: Altantuya never entered France' (Siasatan Perancis: Altantuya tidak pernah masuk Perancis').
http://www.malaysiakini.com/news/201923

Sebagai rakyat yang bijak dan bertanggungjawab, MyMassa harap agar pembaca kaji semua fakta dari semua sumber dan bukannya bergantung kepada satu pihak sahaja.

Jangan menjadi mangsa penipuan kepada pihak yang mempunyai motif yang jelas untuk menjatuhkan musuh politiknya.

*Sebar-sebarkan maklumat ini untuk menjawab fitnah PI Bala mengenai pembunuhan Altantuya.

0 comments:

Catat Ulasan