Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi
mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk
Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya
Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N
Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau Jumaat.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.
Noorin memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini
untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan
nota prosiding.
Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan
membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit
11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara
pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang
Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan
0 comments:
Catat Ulasan