Sinchew Daily News
Tajuk:
Bagaimana Pakatan Rakyat kehilangan Kedah
Tajuk ini boleh dilihat apa yang sedang berlaku, apa yang belum berlaku dan apa yang sudah berlaku.
Jika dianalisa mengikut susunan masa, keadaannya ada yang berat dan juga yang ringan.
Contohnya,
dalam ramalan BN menunjukkan ia seperti sudah berlaku , BN anggap
mereka akan menang besar di negeri Kedah, dianggap ia sudah di dalam
genggaman.
Sebaliknya dalam Pakatan Rakyat pula dalam keadaan
belum berlaku, anggap ia masih belum lagi muktamad, tetapi jika Pakatan
Rakyat ada kehilangan mana-mana kuasa negeri, yang paling utama adalah
negeri Kedah.
Walaupun Pas negeri Kedah dalam keadaan akan
berlaku, mirip dan condong kepada sedang berlaku, walaupun masih belum
lagi rasa kecewa akan hadapi pasti kalah, dan mereka juga semakin rasa
dan akui telah kehilangan sokongan dari rakyat, dimana kuasa mereka kini
sedang dalam keadaan terhakis.
Sebab itu ramai orang akan
tertanya-tanya, sedangkan Pakatan Rakyat dan Pas sudah tahu keadaan
sebenar yang tidak memihak kepada mereka, kenapa mahu pergi gali kubur
lagi untuk diri sendiri, cipta pelbagai isu yang membuat orang ramai
semakin marah, contohnya kenapa mereka kemukakan dan menyekat
aktiviti-aktiviti hiburan Perayaan Tahun Baru Cina di negeri Kedah?
Adakah
Pas negeri Kedah tidak tahu ia hanya akan menyinggung perasaan orang
Cina, dan juga telah menaikkan kemarahan orang-orang Cina di seluruh
negara?
Ramai orang tidak faham cara dan pemikiran kerajaan negeri Pas negeri Kedah
Saya kemukakan 3 sebab:
Yang
pertama, pola pusat parti ini memikirkan nilai-nilai agama Islam
sahaja, condong kepada keagamaan, apabila mereka dapat kuasa memerintah,
semuanya perlu ikut cara dan peraturan polisi keagamaan, ini dikatakan
tanggungjawab agama, sama dengan maksud jalankan tugas-tugas yang maha
Esa.
Sistem pengIslaman boleh dilakukan secara perlahan-lahan, ia
juga boleh dipercepatkan, tetapi kena lihat sama ada ia boleh dilakukan
ataupun tidak, jika tidak boleh dilakukan, ia hanya akan merosakkan
agama dan akan merosakkan peluang memerintah kerajaan yang amat payah
diperolehi ini.
Yang kedua, antara kepimpinan Pas, ada puak
konservatif dan ada juga puak amali; Menteri Besar Kedah Azizan tidak
juga dianggap puak konservatif, boleh dikatakan beliau berdiri di
tengah-tangah antara puak, beliau boleh ke kanan dan boleh ke kiri.
Apabila
dalaman parti ataupun grass-root parti beri tekanan, mahu beliau
laksanakan undang-undang Islam, pada beliau itu bukan masalah, tetapi
beliau terpaksa terima tekanan dari orang-orang bukan muslim dan Pakatan
Rakyat supaya jangan laksanakan polisi Islam.
Azizan mahu
tenteramkan puak kanan dan puak kiri, sebab itu beliau cuba perlambatkan
dan buat sedikit-demi sedikit, bermulanya dari isu robohkan pusat
penyembelihan khinzir, larangan pusat hiburan beroperasi di bulan
Ramadhan, lakukan sekatan kepada pusat-pusat hiburan, sehingga sekat
aktiviti hiburan untuk kaum wanita di tahun baru Cina, itu semua
menunjukkan beliau lakukannya satu persatu, bukan beliau tidak lakukan,
tetapi beliau buat sedikit demi sedikit.
Yang ketiga, orang-orang
bukan Melayu di negeri Kedah hanya 25 peratus (15 peratus orang Cina)
tidak lah begitu banyak; Pas negeri Kedah amat memahaminya, dalam
perlaksanaan beberapa peratuan Islam mereka sudah kehilangan sokongan
dari kaum Cina, ditambah pula dengan kemelesetan ekonomi di negeri itu
serta kuota perumahan Bumiputera dan lain-lain masalah, mereka telah
menakutkan pengundi-pengundi kaum Cina; kini sudah pun terjadi begitu,
sebab itu beliau teruskan sahaja agenda Islamnya.
Masalahnya Pas
telah kehilangan sokongan orang-orang bukan Islam, pada masa yang sama
masyarakat tidak puas hati terhadap prestasi kerajaan negeri.
Selepas
Pas memerintah, aktitivi ekonomi negeri kelihatan dingin, Bandar utama
seperti Alor Setar, Sungai Petani, Kulim sehingga ke Pulau Langkawi,
keadaan Bandar-bandar ini sudah tidak meriah seperti dulu.
Kerajaan
negeri kurang pakar-pakar pengurusan kewangan, tidak mampu membuat
perancangan, tidak mampu tarik pelabur asing, mereka selaraskan 50
peratus kuota perumahan Bumiputera, menyebabkan pembinaan perumahan
terhenti, pemaju tidak sanggup melabur, industri hiliran yang berkaitan
juga terancam, sedangkan sub-kontraktor juga hadapi banyak masalah.
Keadaan
seperti ini berlaku, menyebabkan peniaga peniaga Melayu dan golongan
pertengahan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.
Perkembangan
ekonomi akan datang, pastinya kutipan duit kerajaan negeri akan semakin
berkurangan, sudah tentu mereka tidak akan dapat laksanakan polisi
kebajikan, menyebabkan orang-orang Melayu golongan berpendapatan rendah
dan sederhana kecewa terhadap Pas.
Azizan cuba rapat kepada
perlaksanaan polisi Islam, cuba dapatkan kembali tiket-tiket sokongan
undi dari kalangan orang-orang Melayu, kelihatan ia tidak dapat
membantu; sebaliknya orang-orang Cina di seluruh negara menjerit,
Pakatan Rakyat pula menggelabah, apabila parti pusat campur tangan,
beliau tarik balik kenyataan, bagi beliau ini buat kali kedua beliau
terima padahnya.
Sumber : http://ptd-kokak.blogspot.com/2013/01/translation-akhbar-cina-bagaimana.html






0 comments:
Catat Ulasan