Isnin, 21 Januari 2013

SURAT, DATO' HARON DIN :AHLI PAS SERU MENANGKAN UMNO ELAK KEMUDARATAN LEBIH BESAR

YBHG. DATO DR. HARON DIN, YB. DATO DR. HASSAN ALI, YB DATO NASHARUDIN MAT ISA LAMBANG SEBENAR


Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Kepada Yang Dihormati,

YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin.

Terlebih dahulu kita bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita masih ada kesempatan untuk berdakwah, beristigfar, bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Kita semua, baik UMNO dan PAS, telah berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dan kesucian agama Islam dan umat Islam untuk mendapat keredaan ALLAH SWT.

Menurut seorang pemimpin pemuda PAS di Selangor, Cukup-cukuplah perkawanan dengan DAP, lihatlah mudarat yang akan datang jika Pakatan memerintah. PAS tidak mampu menasihati malah tidak ada kekuatan untuk memimpin Pakatan, sudah sampai masanya PAS keluar dari Pakatan. Sekaranglah masanya, bukan selepas PRU13. Inilah masa untuk menunjukkan perpaduan ummah, dan menghancurkan musuh-musuh Islam terutama DAP.

Di Kedah malah di Kelantan, tok-tok guru pondok, dan orang-orang tua yang berumur 60 dan 70 tahun di kampung-kampung jika dulunya penyokong kuat PAS, kini sudah mula berkata, "kalau beginilah PAS hari ini, baik kita keluar PAS dan buat parti PAS baru seperti dulu". Inilah suara-suara pendokong-pendokong PAS asal yang kecewa. Bukan saya yang berkata perkara ini, saya hanya menulisnya, yang menyebutnya kepimpinan pemuda PAS yang pernah menjadi calon dalam beberapa PRU yang lepas.

Lihatlah juga, apabila Majlis Syura memutuskan Tidak Boleh menggunakan nama ALLAH SWT sebagai gantinama kepada GOD (agama Kristian), DAP melalui Pengerusinya Memberi Kata Dua kepada YB Dato Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) dan YB Datuk Hj Hadi Awang (Presiden) supaya menarik balik keputusan Majlis Syura itu. 


YBHG. DATO ISMAIL KAMUS & YBHG. DATO' HARON DIN MENYEDARKAN AKAN KEBIADAPAN DAP

Pertembungan Pemikiran dalam PAS sekarang menjadi semakin kemerut apabila hanya tinggal kira-kira 20% hingga 25% sahaja golongan Ulama dalam PAS. Parasit-parasit Anwar yang semakin mendominasi PAS berjaya meng'adjust' keputusan-keputusan PAS sebagaimana Mat Sabu berjaya meng'adjust' keputusan Kalimah Allah.

Sebabnya mudah, PAS tidak mungkin dapat menghalang kekuatan DAP sekarang ini, yang menerima dana dan latihan dari luar negara. Di mana-mana sekarang, ahli-ahli PAS bercakap supaya PAS keluar dari Pakatan.

Jika DAP menguasai kerajaan Pakatan selepas PRU13, orang-orang PAS sendiri tahu betapa ligatnya DAP menguasai dan menjaga kuasa itu, menggunakan kuasa itu, yang mana akhirnya YB Datuk Hj Hadi Awang mahu pun Datuk Hj Nik Aziz Nik Mat sendiri pun tidak mampu berkata "tidak" kepada DAP.

Saya akui PAS adalah parti yang penting untuk memberikan "check and balance", namun kemasukan orang-orang Anwar yang membawa masuk fahaman liberal Islam dan Islam ala Amerika ke dalam PAS benar-benar merosakkan Islam PAS. Kata YB Dato' Dr. Hassan Ali, mereka ini semua parasit yang dihantar Anwar ke dalam PAS.

Lihatlah Mat Sabu seorang yang bukan berpendidikan agama, dengan dibantu oleh golongan-golongan parasit Anwar telah memenangkan Mat Sabu. Bukankah parasit-parasit ini yang bertemu YB Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan memberi nasehat yang salah, dengan memaksa YB Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak anak buahnya YB Tuan Man Tuan Ibrahim untuk bertanding Timbalan Presiden PAS. 

Bukankah awal-awal lagi YB Tuan Man Tuan Ibrahim  berkata kepada media bahawa beliau tidak hendak bertanding. Akhirnya, YB Nasharudin Mat Isa ditewaskan, dan berjayalah Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Bertepuk-tanganlah parasit-parasit Anwar dalam PAS dan bertepuk tangan jugalah DAP kerana Mat Sabu mudah ditunjuk-tunjuk.

Kepimpinan pemuda PAS ini berkata kepada saya, kita mesti bantu UMNO menang dalam PRU13 ini kerana Mudarat akan lebih besar kepada negara ini, kepada agama Islam, dan kepada bangsa Melayu seandainya DAP menang besar dan menguasai kerajaan Pakatan. 

YB Nasharudin Mat Isa sendiri tidak akan keluar PAS, tidak akan mengisytiharkan diri keluar PAS, tetapi akan keluar PAS jika dia dipecat. Kerana YB Nasharudin Mat Isa seorang individu yang bermaruah.

Ketahuilah bahawa kini semakin ramai pemimpin muda PAS yang masih berada di dalam PAS, tetapi kini sudah berkempen supaya mengundi UMNO.

Katanya, Apakah perbezaan sekarang, UMNO boleh memimpin BN, sebaliknya PAS tidak mampu memimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai pemimpin pemuda PAS, beliau menyeru supaya menangkan UMNO dalam PRU13 akan datang untuk mengelakkan Kemudaratan yang lebih besar kepada umat Islam dan bangsa Melayu di tanah air ini.

...Baca lanjut dan pemikiran dan komentar di jentayuabaka.blogspot.com

46 comments:

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 9:13 PTG

setuju dengan surat ini, memang benar, kat Kedah kat Kg saya ada sorang tua 80tahun umur dia, memang Pas totok, tapi la ne dia pun dah marah kat Pas sebab tak daya nak menolak biadap Dap. sy ahli Pas pung akan sokong calon lain kalau Pas tak kuar Pakatang

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 9:19 PTG

ahli-ahli PAS kat Meru Klang diminta sokong calon UMNO jika Pas tak kuar Pakatan. sy walau benci ngan Umno sy terpaksa ikut sebab nak sedarkan kepimpinan pas pusat, itu jer, biarlah Pas kalah Pru nanti asalkan meka sedarr kesilapan meka.

Pas , Meru, Klang.

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 9:26 PTG

Dato Haron Din telah memberi kata dua dalam Mesyuarat Majlis Syura tempohari, jika Majlis Syura tak tarik balek persetujuan Pas guna nama Allah kepada God, Dato Haron Din dan ulama2 lain akan keluar PAS...tu lah sebab Nik Aziz dan Hadi Awang buat U Turn 360 darjah...

LA ne masalahnya KArpal Singh dan Dap pula desak Pas ubah balik keputusan Majlis Syura...susah benor kita

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 9:29 PTG

icon sya adalah ybhg. dato' harun din, ybhg. ustaz ismail kamus, yb dato' hassan ali, yb ustaz nasa dan juga ustaz tuan ibrahim tuan man. kalau lah ulama' ini semua bergabung dan tubuh parti baru sya rasa alangkah baiknya.
sya sokong seratus peratus... allahuakbar..

Kabus Ibra berkata... 21 Januari 2013 9:34 PTG

Saya Ahli PAS seumur hidup yg telah bergiat sejak tahun 1986, telah tidak lagi bersama-sama aktiviti PAS apabila PAS Cawangan dan PAS Kawasan saya diresapi virus anwarisma sebelum pilihanraya 2008 ..mereka telah meninggalkan usrah dan tarbiyyah, mereka lebih teruja dengan ceramah politik serta demo jalanan, mereka sudah meninggalkan sembahyang hajat sebaliknya mereka sedang 'menyembah' pengundi dan pimpinan orang kafir musyrik!!

Saya akan bercakap di atas pentas melayu UMNO untuk sama sama memantapkan perjuangan melayu Islam ... saya sudah berkeyakinan bahawa sekiranya saya memberikan undi kepada PAS bermakna saya sudah menyokong sekutunya yg kafir laknatullah !!!!

DAP BANGSAT berkata... 21 Januari 2013 9:39 PTG

betul jom pakat tolak pas untuk elak kemudaratan yang lebih besar. Jangan gadai Negara dan Agama kepada DAP bangsat!

ninja berkata... 21 Januari 2013 9:49 PTG

Alhamdulillah ... Syukur ...Akhirnya aku mendengar juga suara suara waras dikalangan ahli ahli PAS... demi Islam, kita tidak perlu takut bercakap benar, aku walaupun orang UMNO , tak ada masalah dengan orang PAS sebab pada aku kita menyembah Allah yang sama, dan mengadap kiblat yang sama, dan nabi kita juga sama, yang membezakan kita adalah apabila ada segelintir pemimpin PAS yang cuba memesongkan perkara benar demi undi ... ingatlah, balasan Allah akan tiba jua ... PAS harus lebih bijak bermain politik ..

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 9:49 PTG

demi agama, bangsa dan negara sama2 kita tolak PR... ALLAHUAKBAR

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 9:53 PTG

sy ahli PAS Ganu stuju, kali ne kita tak dak jalang, kito kene ajar mat sabu tu

megat berkata... 21 Januari 2013 9:59 PTG

Inilah balasan kepada sebuah parti politik yg mempergunakan agama islam utk menarik undi melayu dengan menghina melayu islam yg lain. Ha ha ha, dulu poltikus yg kononnya ulama inilah yg dok beria-ria dgn negara islam dan hudud, memperli UMNO. Skrg korang telanlah KAHAK HIJAU korang tu balik. PAS perlu dihancurkan, melayu islam mesti bersatu teguh dgn UMNO. NGO 2 melayu boleh menjadi 'check and balance' kpd kjaan. PAS sudah terlalu lama menjadi PEMECAH UNDI melayu islam. Sebak aku tgok politik kebencian yg menebal dlm PAS.

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 10:05 PTG


daripada 222 kerusi Parlimen, 46 kerusi majoriti cina

tiada kerusi majoriti kaum india

yang selebihnya majoriti bangsa Melayu

sekiranya UMNO dan PAS kembali kepada alQuran

pilihanraya TIDAK perlu ada lagi

tiada lagi pencabulan terhadap Islam

-akuMelayu-


Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 10:05 PTG

Dah cakap awal2 dah Dap ada agenda tersembunyi. disokong oleh musuh2 islam di luar negara.lebih jelas lagi Dap disokong oleh singapura dan singapura pulak disokong oleh israel musuh no. 1 org2 islam.kita boleh lihat strategi mereka macam kelakuan israel terhadap rakyat palestin iaitu penindasan/pengusiran.sama juga di malaysia cuba tengok dan perhati serta kaji syarikat2 pembinaan di (syarkt cina) byk nya projek yg mereka mampu buat.tp, contoh lah syrkt ini buat perumahan tp yg akan dpt beli rumah2 ini adalah org cina. bayangkan kaleu seribu projek perumahan dan lepas itu semua diduduki org cina. habis tanah2 melayu dibeli kemudian dibuat utk penempatan mereka.seperti penjajahan terancang atau pengusiran org melayu terancang.dari mn dana ini kalu bkn sokongan org luar. bangkit wahai org melayu saya sokg surat diatas undi umno utk elak kemudaratan lebih besar.

PESARA AWAL berkata... 21 Januari 2013 10:14 PTG

walaupun saya bukan penyokong tegar mana-mana parti politik,penyatuan umat melayu amat diperlukan untuk terus memajukan negara. pada pendapat saya adalah lebih mudah untuk membincangkan perkara-perkara yg berbangkit jika dibincangkan sesama islam/melayu.BERLAPANG DADALAH DEMI MASA DEPAN BANGSA!!!

DALAM PERBALAHAN SELALUNYA ORANG KETIGA YG DAPAT KEUNTUNGAN.

el hafiz berkata... 21 Januari 2013 10:29 PTG

Saya lahir dlm kluarga besar PAS, allahyarham ayahanda sy juga antara pendokong dan penggerak PAS yg aktif smasa hayatnya..namun kini sy , bunda saya bsama snk saudara yg lain bkeputusan utk memenangkan umno.. Bukn bertujuan mnghancurkan PAS..pd sy PAS parti yg relevan, dan juga parti yg lbh baik dari UMNO jika kena caranya.. Tujuan sy cuma nak menyedarkan PAS bhawa apalah gunanya jika tangan brjaya menggengam bunga putrajaya, sdgkan kaki terpalit najis permainan dunia.. Mggunakan cara yg keji dlm memenangkan prjuangan islam? Adakah sudah penat menunggu janji Allah bhawa islam akan menang sehingga tpaksa berijtihad utk mggunakan cara keji dan hina dlm mendapatkan kuasa? Nauzubillahiminzalik..Allah selamatkanlah Malaysia..

pemuda umno berkata... 21 Januari 2013 10:52 PTG

Cukup-cukuplah apa yang berlaku....buat kerja pilihanraya. Kamu ingat puak pas nak percaya ke semua ni.? Mereka bekerja untuk menang,kita bekerja kejar wang!!. Ikhlas saya cakap,kita takkan ke mana. Musuh dah jauh ke depan!! jangan syok sendiri dengan surat sebegini. Surat begini adalah surat "reverse psikology". Jangan terperangkap dengan mainan Pakatan haram.

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 10:55 PTG

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama fikirkan, bertindaklah dengan bijak dalam PRU13 ni.PR adalah pakatan yang mementingkan perjuangan politik peribadi, mereka tidak ikhlas dalam perjuangan, jauh sekali membela kesucian agama Islam, marilah sama2 kita memberi undi kepada UMNO, agama kesucian agama Islam kita tetap terpelihara.

el Hafaz berkata... 21 Januari 2013 10:56 PTG

Saya lahir dlm kluarga besar UMNO, allahyarham ayahanda sy juga antara pendokong dan penggerak UMNO yg aktif smasa hayatnya..namun kini sy , bunda saya bsama snk saudara yg lain bkeputusan utk memenangkan pas.. Bukn bertujuan mnghancurkan UMNO..pd sy UMNO parti yg relevan, dan juga parti yg lbh baik dari PAS jika kena caranya.. Tujuan sy cuma nak menyedarkan UMNO bhawa apalah gunanya jika tangan brjaya menggengam bunga putrajaya, sdgkan kaki terpalit najis permainan dunia.. Mggunakan cara yg keji dlm memenangkan prjuangan islam? Adakah sudah penat menunggu janji Allah bhawa islam akan menang sehingga tpaksa berijtihad utk mggunakan cara keji dan hina dlm mendapatkan kuasa? Nauzubillahiminzalik..Allah selamatkanlah Malaysia..

cikgu ramlah berkata... 21 Januari 2013 10:57 PTG

ALLAHUAKBAR,,,,,bersatulah wahai Ummat Islam diMalaysia...

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 11:00 PTG

SETUJU

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 11:21 PTG

Demi Islamm.Ayuh kita sama-sama bersatu untuk sebuah kekuatan dan keutuhan ummah menuju keredaan Allah

Tanpa Nama berkata... 21 Januari 2013 11:49 PTG

Ayuh umatku....bangkit segera tolak pakatan....jangan gadaikan agama dan bangsa dek agenda keparat yang rakus...ALLAH HUAKBAR

Tanpa Nama berkata... 22 Januari 2013 12:22 PG

kalu umnon pas sepakat...senang2 boleh buat hudud....biaq kapiaq harbi kristian evangelis dlm dapigs mati akai...tp terajang kuar pork nick, hardy boy n aljuburi dulu..

Tanpa Nama berkata... 22 Januari 2013 12:32 PG

Bersatulah melayu demi Islam dibumi Malaysia. Pas dan umno patut bersatu untuk kemenangan Islam.

Tanpa Nama berkata... 22 Januari 2013 2:43 PG

jangan tekejut bila pkr kalah pru ni. dulu aku pakatan kali ni aku undi umno.ramai lagi kawan2 aku ya sama cam aku. muktamat.

Jak berkata... 22 Januari 2013 7:44 PG

Allahuakbar! Kerana cintakan islam daripada segalanya, kita perlu bersatu menentang musuh islam sebenar - DAP & PKR !!!!!

Tanpa Nama berkata... 22 Januari 2013 8:25 PG

aku akan undi Umno. kerana Umno masih memperjuangkan islam.Selama ini Pas memfitnahkan Umno konon Umno sekular tapi lihat lah sendiri bagaimana kalimah Allah pun Pas tak boleh halang untuk di guna oleh DAP, di ugut oleh ulamak Pas barulah tak sokong penggunaannya oleh DAP.Macammana nak perintah rakyat kalau Pas sendiri tak ada pegangan....Bukalah mata, Allah dah tunjukkan siapa sebenarnya Pemimpin PAS...Rugi kalau PKR yang perintah,,Melayu akan terpinggir dianak tirikan di negara sendiri...Allahuakbar.

Hope berkata... 22 Januari 2013 7:04 PTG

wahai 'pemuda umno' 10.52 ptg,

Janganlah berburuk-sangka. Sifat buruk sangka hanya akan membawa kpd perpecahan. Demi Agama Islam, bangsa Melayu dan Malaysia tercinta... hapuslah buruk sangka itu. Jadilah orang Umno yang ingin kami (bekas penyokong PAS) sukai.

Dulu saya sentiasa undi PAS sejak PRU 1990. Tp kini, dengan apa yang telah berlaku... saya TIDAK BOLEH lagi beri undi kepada PAS.

abuarif berkata... 22 Januari 2013 11:18 PTG

Mulakan Gerakan "PENYATUAN MELAYU",,,kita mulakan sendiri sesama kitA,,,,kEBANGKITAN INI SANGAT PENTING DEMI MASA DEPAN MELAYU DAN ISLAM,,,,,,,,,APA YG PEMIMPIN PAS DAN PKR LAKUKAN HARIINI SEMUANYA MENJURUS KEPADA KEMUSNAHAN ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA INI,,,,,,,,,AMBILLAH IKTIBAR APA YG BERLAKU DLM NEGARA ISLAM SELURUH DUNIA HARI INI,,,,,,,,,,,,,,,PAS DAN UMNO MESTI BERSATU,.......SINGKIRKAN PEMIMPIN PAS YG MENJADI DALANG DAN TALIBARUT SERTA EJEN YAHUDI DAN GERAKAN KRISTIAN YG MEMURTADKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM........BANGUN DAN BERANI,,,,,,,,,,,'ALNGKAH INDAH DAN HEBATNYA BANGSA MELAYU JIKA KITA SEMUA BERSATU,,,,,,,,,,'ALLAH MAHABESAR"

Tanpa Nama berkata... 23 Januari 2013 12:56 PG

Sifat manusia tak sempurna. Cerdik dan pandai tinggi melangit di satu bidang, bodoh dan bebal di bidang yang lain pula. Marilah kita kembali ke pangkal jalan. Pertahankan bumi Melayu Islam. Ini tanah tumpah darah kita, tanah milik kita. Jangan gadaikan masa depan anak-anak dan generasi kita. Merempat di bumi sendiri.

Tanpa Nama berkata... 23 Januari 2013 11:48 PG

saya dapati penulis surat ini ahli Umno berjiwa Pas, atau ahli Umno berjiwa Islam, Umno atau Pas perlu mengketengahkannya sbg calon muda pru, dia tidak gentar menggunakan namanya untuk menyedarkan kita semua, sebaliknya ramai kita tidak berani sepertinya, bolehkah mymassa menjemput beliau untuk menyampaikan ceramah dan pemikirannya.Kita mesti menyokong gerakjan perpaduan UMNO PAS yang diusahakan olehnya. Wallahualam.

Penyokong perpaduan,Jelapang.

Tanpa Nama berkata... 23 Januari 2013 1:14 PTG

Keikhlasan, amanah, prinsip, kejujuran di samping berani atas kebenaran sgt penting,ia boleh dilihat dlm perjuangan, penulisan dan pemikiran.

Tanpa Nama berkata... 23 Januari 2013 2:53 PTG

xpayah susah2 kuar dari pas..kalau nik aziz dgr gak kata2 karpal.anak beranak lim tu..tendang aje minoriti yang menyokong mereka dan tidak mengikut psetujuan majlis syura ulama..kita kna tetapkan pendirian..jgn tertipu mainan anuar nie..jgn skali2 mnggadai agama demi kelangsungan politik

Tanpa Nama berkata... 24 Januari 2013 8:12 PG

...fikirkanlah yg sebaik baiknya...fikirkan masa depan kita bersama....apa akan jadi kalau org Melayu berpecah belah....apa untungnyer???....siapa pulak akan untung klu kita berpecah belah????....siapa pulak nnt akan memartabatkan Islam????...jadi fikirkanlah...alangkah elok kalau kita bersatu utk generasi kita kelak....memang setuju kalau PAS keluar Pakatan.....

Tanpa Nama berkata... 24 Januari 2013 10:02 PTG

Saya sokong pas keluar dari pakatan.Mari bersatu umat islam semua.Kita pertahankan kalimah Allah dari kafir laknat itu.Ayoh..bangun bangsa seagamaku..Kita jadi negara malaysia negara islam yang sebenar2nya.Segala perintah Allah kita laksanakan..

hafiz berkata... 25 Januari 2013 1:10 PTG

Sudah tiba masanya pengundi melayu atas pagar, menyeru penyatuan semula orang melayu, demi kemaslahatan islam. kita harus paksa PAS dan UMNO bekerjasama demi kekuatan semula ISLAM DAN MELAYU agar agamA kita tidak lagi dipermainkan. Sudah tiba masanya tunjukkan kebenaran dan kekuatan islam melalui undi kita. ayuh! bangunkan anak2 melayu yg lalai dan leka agar mEndaftar menjadi pengundi.. pastikan kali ini, semua anak melayu yg layak mengundi, dan tunjukkan kuasa penyatuan melayu harus kembali. Jom buat demo suruh, pas dan umno berbincang demi penyatuan Melayu semula.

Tanpa Nama berkata... 25 Januari 2013 7:25 PTG

alhamdulillah....ayuh kita bersatu dan hancurkan DAP PKR, hanya islam yg mampu temukan kita bukan PKR bukan DAP.

Tanpa Nama berkata... 29 Januari 2013 12:15 PG

Ingat di tanah merdeka ini kita ada 1 shj kaum melayu dan ada 1 sahaja agama islam yang diperjuangkan oleh moyang kita. Marilah kita satukan melayu dan bersatulah Islam. Kerana Melayu adalah subset Islam. Kalau hilang dan hancur Melayu maka Islam tidak akan kuat dan mudah di ratah oleh parti bukan islam yang dah mula bersatu. Kita bersatu kerana Islam . Kalau kita tak boleh bersatu maka kita telah mengkhianati islam seperti yang telah dituntut oleh agama islam.
Ingat Kena tegak kan Islam di tanah akhir kita dengan cara bersatu. Ummno dan Pas mesti bersatu sebelum PRU 13.

Tanpa Nama berkata... 29 Januari 2013 4:47 PTG

ya benar kita memerlukan PAS untuk menstabilkan kepimpinan yang ada, saya pun menyokong PAS tapi PAS dibawah pimpinan yang asal bukan NIK AZIZ.....saya mohon tolong la kembalikan syiah islam yang sebenarnya....jgn sampai DAP memerintah...tolong lah....jgn sampai ANWAR memerintah...hancur bumi MALAYSIA...maka hancur lah ISLAM di MALAYSIA....tolong lah anak cucu kami agar tidak mengemis di bumi sendiri....tolong lah bangsa melayu agar tidak menjadi anjing kepada bangsa lain....

Tanpa Nama berkata... 31 Januari 2013 12:42 PG

Jangan terpengaruh dengan artikal ini..artikal ini tak lebih dari hanya untuk memecahbelahkan pakatan pembangkang yang sedia terjalin....jika pembangkang berpecah, pas takkan kemana, dap takkan kemana dan pkr entah kemana..berhati-hatilah dengan artikal yang sebegini..selainnya fikir-fikirlah sendiri..

Tanpa Nama berkata... 31 Januari 2013 6:33 PG

bagi sy sy sokong artikel ini, pas lebih baik bersama umno berbanding dap..itu sangat nyata. apakah dap memberi kebaikan kpd umat Islam? selami ahli2 Pas di Penang yg dah memberontak kpd Dap.

Tanpa Nama berkata... 3 Februari 2013 6:39 PTG

Kenapa laaa orang melayu kita mudah terpengaruh dengan surat2 macam nie...
Nie laa dy org melayu....Mende yg jahat cepat btol percaye n tersebar.....Cube kalau mende yg bex.....nak percaye pon 2,3 kali pkir...Paztu nnti wat ulasan ntah pape.....
Sebagai orang islam.....kite nie kene percaye pade perkare yg sahih....yg ade buktinye....yg kita dengar sendri dari tuan empunya badan....kita lihat sendiri.....nie tengok nyer kat blog yg ntah sape2 jerk boleh tulis....Saya nak tanye laa ngan kawan2 sekalia....negara kita nie ade x perlembagaan....
Agama rasmi kita nie ape???Bangsa ape yg boleh memerintah??Cube berfikir sedalam2 nye sebelum buat kritikan....Ape guna kuase raje2 melayu....Ape yg orang melayu takut sangat sekarang nie....
Kalau nak ckap buruk pasal Pakatan Rakyat......Tolong semak semula artikel dlam utusan Malaysia tahu 80 an...Dato Mahathir pernah buat kenyataan bahawa "Al-Quran perlu ditafsir semula mengikut peredaran masa"...Macam nie ke contoh akhlak pemimpin melayu....
Datin sri rosmah mansor masok dlam surau x pkai tudung....Islam ape mcm tu....Dato sri najib x boley jwap soalan budak sekolah "Ape contoh najis mugallazah"...
penah ke kawan2 sekalian tgk dato sri najib mnjadi imam dlam 1 satu jemaah.....
Saya seru pade kawan2 sekalian......Tolong laaa jgn mudah percaye tentang cerita2 buruk Pakatan Rakyat...saye bukan nak cakap Paktan Rakyat nie terlalu mulia.....
tapi buat dulu kajian tentang sesuatu berita itu sebelum kita percaye....

Tanpa Nama berkata... 3 Februari 2013 11:05 PTG

kEPADA 3 Februari 2013 6:39 PTG, SAYA akan undi Pkr dan Pas kalau kuar dari pakatan, kerana sy tak leh trima DAP...YB PAS Dr. Mazian Mohamad sendiri seru undi UMNO, nak kata apa lagi, kalau Najib tu buruk sangat tak kanlah YB NAsharudin Mantan Timbalan Presiden PAS nak ikut dia kan kan, maknanya semua yg hang kata tu tak betullah sebab org yg faham bahasa Arab mcm YB nasha ne, mantan no 2 Pas, org yg Rapat sgt2 Rapat dgn Hj Hadi boleh mengikut ke mana Najib pergi... ADUN SEliNGSING pas APA CERITA PULAK...BAGAIMANA YG INI Khalwat Md Din Jusoh Pegawai Khas Adun PAS Bukit Payong Terengganu ...BAGAIMANA MAT SABU BILIK 112 TU...so, jgn dok mengata ajer ye..

Tanpa Nama berkata... 6 Februari 2013 11:58 PG

ANON 6.39 TOLONG BUKA MINDA DAN TGK KEADAAN POLITIK SEKARANG NI..HANYA KERANA NAJIB X IMAM KAN SOLAT DAN ROSMAH MASIH X BERTUDUNG SEGALA JASA,IDEA DAN KEPIMPINAN NAJIB KO NAK TOLAK TEPI..URUSAN KELUARGA DIA BIAR DIA URUSKAN DAN DOSA PAHALA DIA YG TANGGUNG..X NAMPAK KAH LAGI BAGAIMANA ISLAM,MELAYU SEDANG DIANCAM.DAP DENGAN SAMARATAAN DALAM BERAGAMA,PKR DENGAN SEKULAR DAN PLURALISME,PAS PULA X LEBIH SEBAGAI PELAKSA SAHAJA KERANA HUKUM HUDUD DAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM TELAH DITOLAK DARI DIMASUKAN DALAM BUKU JINGGA.

Tanpa Nama berkata... 19 Februari 2013 1:51 PTG

Sebenarnya ape yg saudara/saudari nyatakan disini telah sy ramal masa pru 12 lagi apabila pakatan pembangkang menang. Sy sedih bila pas bergabung dng dap lagi krn ideologi politik dah berbeza camne nak memerintah nanti. Perkara yg sy dpt rasakan mcm jadi kenyataan. Sy takut melayu & islam dimusnahkan oleh DAP. Bygkan jika BN kalah PRU 13, agak2 sape yg berkuasa. skrg ni pun, PAS x bolh nak arahkan DAP sbb DAP lagi berkuasa w/pun kecil mcm israel gak la. sy takut nanti berlaku huru hara lepas PRU ni krn perebutan kuasa dan pergaduhaan di kalangan parti. Akan berlaku tumpah darah & akhirnya kuasa asing (US/singapura) boleh campur tangan ..akhirnya kte akan dijajah kembali. fikr2kan la keamanan yg kta kecap skrg..adakah kta nak jadi mcm negara islam yg x aman skrg..MOGA ALLAH SELAMATKAN UMAT ISLAM DAN NEGARA KTA NI ..TOLONGLAH FAHAM SMUA DI SINI. Sokong la BN demi agama islam dan melayu..

Tanpa Nama berkata... 15 April 2013 11:28 PTG

Hidup melayu hancur PR baru selesa hidup di malaysia.

Bugis benci ABI berkata... 19 November 2013 12:16 PG

Askum wahai hamba2 Allah sekalian, dr segi penaklukan kwsn strategik DAP sudah menampakkan keberhasilan...antaranya memasukkan pelabur2 China dgn memajukan tanah2 yg dpt memberi pulangan...namun yg tersiratnya majoriti bangsanya yg dpt membeli dan secara x langsung peratusan pengundinya meningkat...bangsa2 melayu kita yg gelap mata pun turut menjual tanah dikwsn tersebut pd bangsa cina...maka bermula la penaklukan kwsn2 bandar dan strategik kpd DAP...orang melayu sudah mula membuka tanah2 baru di pinggir2 bandar...tepuk dada tanya selera...jgn lepas ni masjid mulai hilang dr mata di kwsn2 bandar dgn digantikan tokong2 cina...kukuhkan ekonomi orang melayu tidak kira UMNO atau PAS...tapi kita anggap PKR sebagai parti yg tidak teguh agamanya seperti lalang

Catat Ulasan