Apabila melihat bangunan di atas, ia mengingatkan penulis tentang betapa besarnya jasa para pemimpin negara ini (terutamanya UMNO) dalam memastikan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara. Bapa penulis pernah dimasukkan ke IJN di penghujung 90 an kerana strok yang berlaku akibat 5 salur arteri yang tersumbat di jantungnya.
Bagi menyelamatkan bapa penulis, sejenis prosidur bagi melancarkan kembali salur yang tersumbat telah dijadualkan di IJN. Pembedahan bypass atau apa-apa prosidur yang melibatkan luka tidak digalakkan kerana beliau menghidap diabetes selain mengelakkan komplikasi lain. Untuk itu sejenis logam akan dimasukkan ke dalam semua salur yang tersumbat tadi bagi membuka semula saliran darah.
Alhamdulillah, prosidur tersebut telah menyelamatkan nyawa beliau dan sehingga ke hari ini, pihak IJN masih lagi meneruskan pemeriksaan susulan dan bekalan ubat-ubatan yang penulis jangka boleh mencecah ribuan RM sekali ambil. Bapa penulis juga telah sembuh sepenuhnya daripada kesan strok (mati sebelah badan) dalam beberapa tahun selepas itu melalui fosioterapi dan rawatan susulan hospital-hospital Kerajaan. Tidak sekali pun keluarga kami menjejakkan kaki ke mana-mana pusat rawatan milik swasta.
Prosidur jantung yang rumit itu hanya boleh dilaksanakan oleh pakar-pakar jantung terpilih, dan kalau difikirkan logik akal, sudah tentu memakan kos ribuan RM. Ya itu memang betul, kerana kos untuk operasi tersebut mencecah RM 33K lebih! Namun, pembaca tahu berapa yang dibayar oleh keluarga kami?!! Hanya RM 3 sahaja!
Ya, inilah namanya Kerajaan Berkebajikan! Memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang terbaik dengan kos yang tidak membebankan rakyat! Kalau tiada UMNO dan BN, penulis tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada bapa penulis.
Ini baru satu contoh yang paling dekat dengan penulis. Rasanya kalau hendak disenaraikan segala-gala bantuan dan pertolongan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan UMNO-BN kepada penulis dan seluruh rakyat Malaysia semenjak lahir hingga saat menghembuskan nafas terakhir, tentu sahaja tidak cukup satu posting ini. Bak kata orang, kita hanya perlu rajin berusaha sahaja di Malaysia ini untuk berjaya, kerana segala-galanya telah disediakan oleh Kerajaan UMNO-BN.
Tambahan lagi, semenjak DS Najib mengambil tampuk pentadbiran Negara, tidak pernah sekali pun kita mendengar berita buruk daripada mulut beliau, Sentiasa sahaja ada berita yang menggembirakan rakyat. Sudahlah begitu, apa sahaja pengumuman beliau pasti akan mencapai kesan yang menyeluruh kepada rakyat. Kalau kita ada akal dan hati nurani yang bersih, kita akan nampak yang "gula-gula" pakatan rakyat ini hanyalah terhad kepada golongan tertentu bagi mengaburi mata rakyat yang lain. Tetapi tidak DS Najib dan konsep 1Malaysia nya!
Bina institut kanser guna aplikasi pintar
Teknologi BIM cepatkan reka bentuk, pembinaan
PUTRAJAYA: Bangunan Institut Kanser Negara (IKN) di Presint 7 di sini berharga RM690 juta muncul sebagai premis pertama dibangunkan Jabatan Kerja Raya (JKR) di negara ini menggunakan teknologi pintar Building Information Modelling (BIM).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata penggunaan teknologi BIM, iaitu aplikasi model digital bagi mempercepatkan kerja reka bentuk, pembinaan dan pengurusannya, bukan hanya mempercepatkan pembinaan IKN, malah memudahkan kerja penyelenggaraan dan membaik pulih apabila berlaku kerosakan selepas bangunan itu siap pada 31 Ogos 2013.
“Kita yakin IKN dijangka beroperasi lebih awal, selepas diserahkan kepada Kementerian Kesihatan kerana sehingga 31 Disember lalu, kerja pembinaannya mencapai tahap 22.6 peratus siap iaitu tujuh peratus lebih awal berbanding jadual sebenarnya 16 peratus.
“Pembinaan IKN mencatatkan rekod amalan terbaik bagi pengurusan keselamatan apabila merekodkan sifar kemalangan dalam tempoh 1.46 juta jam bekerja (451 hari) sejak September 2010,” katanya selepas melawat tapak projek bangunan itu di sini, semalam.
Pada masa sama, Shaziman berkata, kementerian melantik Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes), Datuk Ir Mohamad Hussin selaku Pengarah Projek IKN bagi memastikan pembinaan berjalan lancar.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang turut serta dalam lawatan itu, berkata pihaknya berharap pembinaan dapat disiapkan mengikut jadual kerana ia bakal menjadi Pusat Rujukan Kebangsaan dan Pusat Kecemerlangan bagi pengurusan, rawatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubat-ubatan baru di Malaysia dan rantau Asia.
Tiong Lai berkata, pembinaan IKN membolehkan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan pesakit luar khusus bagi rawatan kanser antaranya klinik onkologi, paliatif, perubatan nuklear, rawatan kanser harian dan penjagaan kanser di rumah kepada rakyat negara ini.
Beliau berkata, pembinaan IKN penting kerana kanser adalah pembunuh nombor dua di kalangan rakyat Malaysia selepas jantung.
Malah, dari segi peratusan kematian akibat kanser meningkat daripada 7.5 peratus pada 1975 kepada 11.87 peratus, pada 2010.
“Daftar Kanser Kebangsaan pada 2007 pula menunjukkan lima jenis kanser paling kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia ialah payu dara (18.1 peratus), kolorektral (12.3 peratus), paru-paru (10.2 peratus), nasofarink (5.2 peratus) dan serviks (4.6 peratus),” katanya.
INFO
Kos pembinaan - RM690 juta
Keluasan tapak - 10.65 hektar
Tarikh milik tapak - 1 September 2010
Tarikh jangka siap - 31 Ogos 2013
Kapasiti - satu bangunan utama menempatkan 252 katil
Kaedah pelaksanaan - Reka dan Bina
PUTRAJAYA: Bangunan Institut Kanser Negara (IKN) di Presint 7 di sini berharga RM690 juta muncul sebagai premis pertama dibangunkan Jabatan Kerja Raya (JKR) di negara ini menggunakan teknologi pintar Building Information Modelling (BIM).
“Kita yakin IKN dijangka beroperasi lebih awal, selepas diserahkan kepada Kementerian Kesihatan kerana sehingga 31 Disember lalu, kerja pembinaannya mencapai tahap 22.6 peratus siap iaitu tujuh peratus lebih awal berbanding jadual sebenarnya 16 peratus.
“Pembinaan IKN mencatatkan rekod amalan terbaik bagi pengurusan keselamatan apabila merekodkan sifar kemalangan dalam tempoh 1.46 juta jam bekerja (451 hari) sejak September 2010,” katanya selepas melawat tapak projek bangunan itu di sini, semalam.
Pada masa sama, Shaziman berkata, kementerian melantik Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes), Datuk Ir Mohamad Hussin selaku Pengarah Projek IKN bagi memastikan pembinaan berjalan lancar.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang turut serta dalam lawatan itu, berkata pihaknya berharap pembinaan dapat disiapkan mengikut jadual kerana ia bakal menjadi Pusat Rujukan Kebangsaan dan Pusat Kecemerlangan bagi pengurusan, rawatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubat-ubatan baru di Malaysia dan rantau Asia.
Tiong Lai berkata, pembinaan IKN membolehkan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan pesakit luar khusus bagi rawatan kanser antaranya klinik onkologi, paliatif, perubatan nuklear, rawatan kanser harian dan penjagaan kanser di rumah kepada rakyat negara ini.
Beliau berkata, pembinaan IKN penting kerana kanser adalah pembunuh nombor dua di kalangan rakyat Malaysia selepas jantung.
Malah, dari segi peratusan kematian akibat kanser meningkat daripada 7.5 peratus pada 1975 kepada 11.87 peratus, pada 2010.
“Daftar Kanser Kebangsaan pada 2007 pula menunjukkan lima jenis kanser paling kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia ialah payu dara (18.1 peratus), kolorektral (12.3 peratus), paru-paru (10.2 peratus), nasofarink (5.2 peratus) dan serviks (4.6 peratus),” katanya.
INFO
Kos pembinaan - RM690 juta
Keluasan tapak - 10.65 hektar
Tarikh milik tapak - 1 September 2010
Tarikh jangka siap - 31 Ogos 2013
Kapasiti - satu bangunan utama menempatkan 252 katil
Kaedah pelaksanaan - Reka dan Bina
Kini IKN pula dalam pembinaan di sebelah Hospital Putrajaya. Sudah tentu selepas ini ramai pesakit kanser, terutamanya yang tidak berkemampuan akan mendapat rawatan yang terbaik dengan kos minimum di sini. Ini baru bukti Kerajaan UMNO-BN Kerajaan Berkebajikan. Tidak perlu umum dan jadikan slogan pun.
Tujuan penulis menulis artikel yang agak panjang ini adalah bagi mengajak semua rakyat Malaysia berfikir dengan rasional dan membuat pertimbangan yang tepat pada PRU-13 yang akan datang ini. Banding dan nilaikanlah dengan akal dan bukannya dengan hati yang penuh sifat mazmumah. Apakah kita ini bodoh mahu menggantikan pemimpin yang menjaga kita selama ini dengan golongan manusia yang terbukti hanya pandai bermain dengan janji dan pernah terbuang kerana rasuah dan penyelewengan?!! Cuba senaraikan bekas pemimpin BN yang bersama PR ketika ini yang betul-betul tidak dibersihkan daripada BN kerana masalah salah laku dan penyelewengan wang rakyat?!!
Penulis menggarap artikel ini daripada ICU hospital Putrajaya. Bapa penulis kini tenat, namun pihak hospital melalui inisiatif Kerajaan UMNO-BN tidak pernah berputusa asa memastikan beliau terus hidup dan mendapatkan rawatan yang terbaik, walaupun ubat-ubatan yang mahal untuk memastikan nyawanya panjang terus silih berganti ditambah. Penulis bersyukur, kerana bapa penulis, seorang aktivis UMNO, terus dibela nasibnya oleh anak-anak bangsa yang membangun kerana dasar UMNO-BN sehingga ke saat akhirnya.
Penulis sering kali terfikir, jika keadaan begini dihadapi oleh keluarga penulis di Singapura, sebuah negara yang sering dijadikan perbandingan oleh penyokong pakatan, apakah bapa penulis masih lagi dapat bertahan?!! Setahu kami, hospital subsidi sudah tidak wujud lagi di sana, apatah lagi untuk menyelamatkan nyawa seorang Islam yang tidak kaya.







0 comments:
Catat Ulasan