Selasa, 1 Januari 2013

RAMAL 13 MEI BERULANG: NEGARA ASING KEMBALI MENEROPONG?

SEJAK DAP MENANG BESAR DI SELANGOR, PENANG, KL & PERAK PERNAH KAMU LIHAT DAP BERARAK LAGI...



KEJAYAAN negara kita menjadi orang tengah di antara Kerajaan Filipina dengan Moro Islamic Liberation Front (MILF) merupakan satu kejayaan di bawah pemerintahan Kerajaan BN bermula dari zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang ini DS najib Tun Razak. 

Proses gencatan senjata sudah dimulakan, hanya menunggu proses pentadbiran di antara Kerajaan Filipina dan BangsaMoro yang akan disusuli dengan penyerahan senjata, penubuhan pasukan keselamatan dan penubuhan kerajaan autonomi BangsaMoro di  bahagian selatan Mindanao, kepulauan SuluPalawanBasilan dan beberapa pulau yang bersebelahan. Kejayaan ini sungguh manis kepada kita umat Islam di rantau Asia Tenggara ini, tetapi tidak kepada Singapura. Bacaan tambahan ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/12/kegagalan-mereka-menjatuhkan-perdana.html

Semua orang tahu bahawa sebelum itu, ketika Joseph Estrada menjadi Presiden Filipina, dia sangat rapat dengan DS Anwar Ibrahim, TPM Malaysia ketika itu, dan tidak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Ketua Kerajaan Malaysia. Sehingga ke hari ini, DS Anwar masih melayan jemputan Joseph Estrada untuk makan malam sambil berhibur menyanyi di rumah mewah Joseph Estrada di Manila. 

Umat Islam di seluruh dunia adalah bersaudara, ramai yang tidak tahu betapa Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pak Lah dan DS Najib telah memberikan bukan sahaja sumbangan berupa makanan, ubat-ubatan, pendidikan kepada pelajar Islam Bosnia dan Palestin, malah banyak lagi yang tidak mungkin ditulis di sini. 

Menjelang PRU13, DAP semakin hari semakin berani menyatakan pendirian mereka. Terkini bukannya isu Joseph Lim Guan Eng menuntut penggunaan nama Allah, namun Ngeh Koo Ham turut berani membandingkan, memanupulasi malah menyamakan Al-Quran dengan Bible sebagaimana laporan fakta inihttp://www.anwaraidc.com/?p=30305. Ahli-ahli Pas marah dan berdemo menentang LGE di Pulau Pinang, malangnya kepimpinan Pas pusat berdiam diri.

Hanya YB Nasharudin, YB Azamudin Taib, Datuk Hassan Ali, Datuk Haron Din sahaja yang berani berkata tidak dan menentang suara DAP. 

Saya teringat semasa saya menemubual Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, diminta oleh kerajaan asing supaya mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia semasa krisis 13 Mei 1969! Beliau dengan tegas mengatakan tidak. Keselamatan negara Malaysia masih dalam kawalan, kata beliau. Maka Tun Razak berjaya menubuhkan MAGERAN, di mana Panglima ATM menjadi komander keselamatan yang penting dalam MAGERAN. Bacaan ulangan anda di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/07/kisah-panglima-atm-brand-loureate-award.html

Apakah akan jadi kepada negara kita ketika itu jika ATM menerima nasihat kerajaan asing itu? 

Tanda-tanda peristiwa 13 Mei 1969 sudah banyak berlaku menjelang PRU13, kumpulan pembangkang setiap hari setiap waktu mahu saja mengadakan Demonstrasi di Kuala Lumpur. Terkini oleh NGO ANAK minggu lalu. Anda mesti ingat, Demonstrasi setiap hari sejak awal Mei, 1969 sehingga 13 Mei 1969 oleh DAP, itulah sebenarnya penyebab Tragedi 13 Mei 1969. Pergerakan Wanita DAP telah belajar dari sejarah kesilapan itu, lalu Wanita DAP berkata, jika kami kalah atau menang kami mahu peralihan kuasa secara aman! Mesej ini gagal dibaca oleh NGO-NGO yang diperkudakan DAP seperti ANAK itu. Individu seperti Ngeh Koo Ham masih boleh senyum kerana umat Islam hanya berdiam diri akan tweeter terbarunya itu.

Semasa saya bertemu TS Harussani Zakaria, mufti Perak di pejabatnya. Saya sangat terkejut apabila Mufti Perak memberitahu kepada saya akan desakan Ngah dan Ngeh supaya Wang ZAKAT umat Islam diberikan juga kepada mereka! Mengapakah kepimpinan Pas yang menggunakan nama Islam dalam parti mereka tidak menentang permintaan itu, walhal mereka menjadi Menteri Besar ketika itu!

Dengan apa yang saya huraikan ini, saya percaya jika DAP berjaya meninggikan jumlah kerusi mereka dengan permintaan 3 Parlimen dan 10 DUN itu, tanda-tanda 13 Mei 1969 bakal berulang.

Saya mesti menulis perkara ini untuk menyedarkan pengundi Islam akan bahaya DAP. Saya menulis beberapa artikel secara sipi-sipi seminggu dua ini, harapan saya semoga ada yang akan faham yang tersiratnya.

Sejak DAP menguasai Selangor, KL, Perak dan Pulau Pinang pernahkah DAP berarak-arak lagi sebagaimana 1969 dahulu? Siapakah pula yang suka berarak-arak sekarang ini? Bijak bukan DAP?

Baca selanjutnya di jentayuabaka.blogspot.com

3 comments:

Megat Alam Gempita berkata... 2 Januari 2013 8:22 PG

Jangan lupa beb, masa Joseph Estrada jugalah Bangsamoro disembelih dan dibunuh dengan kejam oleh tentera Filipina yang majoritinya kristian.

Masa Joseph Estrada jugalah sekumpulan penunjuk perasaan di Filipina cuba merempuh halangan polis semasa lawatan Agong Raja Azlan Shah ke Manila ketika itu tanpa diambil tindakan awal oleh Joseph Estrada.

Masa Joseph Estrada jugalah pihak gereja di Filipina cuba menyusup masuk dan mengembangkan kristian secara paksa ke atas Mindanao, Sabah, Brunei dan Timur Kalimantan. Hinggakan campurtangan politik terpaksa dilakukan oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Joseph Estrada jugalah yang banyak menyokong perjuangan LGBT di Filipina dan juga menyokong Anwar setelah dibuang dari UMNO dan Kerajaan sehinggakan hubungan Malaysia-Filipina tegang seketika. Bila Arroyo menang baru hubungan kedua-dua negara pulih semula hingga sekarang di bawah Presiden Benigno Aquino.

Perangai bintang porno memang kejam kalau jadi pemimpin!

Tanpa Nama berkata... 11 April 2013 6:31 PTG

No komen

Tanpa Nama berkata... 7 Mei 2013 12:12 PTG

tak mengapa , andai terjadi , kita dah sedia

Catat Ulasan